Full

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Pengenalan

National Council for the Social Studies (NCSS) mendefinisikan Pengajian Sosial sebagai
integrasi pembelajaran yang meliputi kemanusiaan dan juga sains sosial bertujuan
menggalakkan kesedaran sivik (Seefeldt, 1997). Namun, bidang pengajian sosial pada masa
dahulu amat luas kepada seseorang kanak-kanak yang terlalu muda untuk memahaminya.
Lantaran itu, perubahan telah dilaksanakan kepada kurikulum pengajian sosial kini di mana
ia dapat dikait rapat dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP)
dan dapat diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Terdapat 10 pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS yang


berpegang teguh kepada lima prinsip utama agar pembelajaran pengajian sosial ini dapat
dijalankan secara berkesan kepada kanak-kanak (Charles B. Myers, 2002). Antara lima
prinsip utama itu ialah bermakna, bersepadu, berasaskan nilai, mencabar dan pembelajaran
yang aktif. Dengan pendekatan elemen-elemen tematik ini, kanak-kanak dipercayai dapat
dipenuhi keperluan dan kehendaknya dalam proses menyediakan diri menjadi insan,
masyarakat dan rakyat kepada sesebuah negara (Umar, 2009).

Sebagai seorang bakal guru dalam pendidikan awal kanak-kanak, adalah penting
untuk saya mengkaji dan memahami 10 tema NCSS ini serta perkaitannya dengan
kurikukulum pendidikan awal kanak-kanak dan prinsip amalan bersesuaian perkembangan
kanak-kanak (ABP).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1


Tugasan (i)

Pilih tiga tema NCSS. Kemukakan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan
tema tersebut dan perkaitannya dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan
kanak-kanak.

Berdasarkan soalan Tugasan 1(i), saya telah memilih tiga tema daripada kesemua 10 tema
NCSS yang dipelajari untuk dikaji perkaitannya dengan prinsip amalan ABP serta aktiviti
yang boleh dijalankan bagi tema-tema yang saya pilih. Antara tema yang saya pilih ialah :

1. Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga

2. Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan

3. Budaya dan Kepelbagaian Budaya

Aktiviti yang saya kemukan untuk ketiga-tiga tema di atas ialah :

‘Pesta Makanan’.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2


Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan setiap kaum mempunyai
makanan tradisi masing-masing. Sebagai contoh, ketupat adalah makanan tradisional bagi
kaum Melayu, Nasi Ayam ialah Makanan Orang Cina, Tosai adalah makanan kepada Kaum
India dan lain-lain (Sam, 2016). Oleh itu, aktiviti yang saya kemuakan untuk mengaitkan
dengan tema NCSS dan prinsip-prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak
(ABP) ialah aktiviti ‘Pesta Makanan’. Hal ini disebabkan selain dapat menerapkan tema
NCSS dan selaras dengan prinsip ABP, pesta makanan juga banyak memanfaatkan kanak-
kanak. Antaranya termasuklah kanak-kanak dapat didedahkan pelbagai budaya kaum di
Malaysia dan seterusnya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan mereka yang berbeza
bangsa (Logen, 2016). Hal ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Dr. Siti
Zaharah, selaku Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, bahawa
perpaduan rakyat dapat ditingkatkan melalui makanan pelbagai kaum (Kumpulan Utusan ,
2003).

Dalam aktiviti Hari Pesta Makanan ini, beberapa aktiviti kecil-kecilan dapat diadakan
untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak bersepadu dengan
prinsip ABP dan tema-tema NCSS, iaitu Kuasa Pihak Berkuasa, dan Penjaga, Pengeluaran,
Pengedaran dan Penggunaan serta Budaya dan Kepelbagaian Budaya. Dengan ini, saya
akan menghuraikan bagaimana aktiviti pesta makanan dapat dikaitkan dengan ketiga-tiga
tema tersebut secara terperinci di bawah.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3


Prinsip Amalan Bersesuaian
Tema NCSS Huraian
Perkembangan Kanak-kanak (ABP)
1. Pihak komuniti terlibat :
1. Penglibatan komuniti penting - Chef / Tukang masak / Ibu bapa
dalam perkembangan - Jabatan Kesihatan Negeri
pembelajaran kanak-kanak. (pemantauan)
Kuasa, Pihak
2. Perkembangan domain - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Berkuasa dan
kognitif, afektif dan psikomotor dan Pembersihan Awam / Majlis
Penjaga
saling berkaitan dan Daerah (Pembersihan / Ceramah)
mempengaruhi antara satu 2. Perkembangan KAF Kanak-kanak:
sama lain. - Main Peranan Sebagai Tukang
Bersih / Tukang masak
1. Kanak-kanak adalah pelajar
Pengeluaran,
aktif. Aktiviti Cuba Jual Sendiri di Gerai-
Pengedaran
2. Proses perkembangan Gerai Makanan
dan
meningkat melalui aktiviti yang
Penggunaan
mencabar.
1. Perkembangan adalah Pelbagai makanan tradisional kaum-
Budaya dan
berterusan. kaum
Kepelbagaian
2. Kanak-kanak mempunyai (Meneroka, mencuba dan mengalami
Budaya
pelbagai gaya pembelajaran. dalam pesta makanan)

Tema : Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga

Salah satu tema NCSS ialah Kuasa, Pihak Berkuasa dan Penjaga. Tema ini
merupakan salah satu pengajian sosial yang mengkaji tentang kaedah manusia berinteraksi
dan perubahan struktur kuasa dan pemerintahan (National Council for the Social Studies
(NCSS), n.d.).

Aktiviti yang boleh dijalankan semasa Hari Pesta Makanan ialah main peranan
Menurut Joyce et.al. (2008), kaedah main peranan adalah model pengajaran yang memiliki
dimensi indiividu dan sosial dalam pendidikan. Kaedah main peranan membolehkan kanak-
kanak meneroka hubungan antara manusia dengan melakonkan situasi masalah dan
berbincang mengenai lakonan tersebut (Nachiappan, 2015). Dengan ini, aktiviti main
peranan yang saya kemukakan ialah aktiviti main peranan sebagai tukang pembersih
dan tukang masak di gerai-gerai Pesta Makanan. Dengan ini, pihak sekolah atau guru serta
pendidik boleh menjemput insitut-institut awam atau pihak-pihak berkuasa komuniti setempat
untuk membantu dalam aktiviti Pesta Makanan ini. Pihak-pihak berkuasa seperti chef atau

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4


tukang masak, ibu bapa yang pandai memasak dan lain-lain untuk membuka gerai dalam
Pesta Makanan. Sesuatu gerai khas boleh disediakan untuk kanak-kanak memainkan
peranan sebagai tukang masak untuk memahami kerja seseorang chef. Selain itu, Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau SWCorp boleh dijemput untuk
membantu dalam pembersihan Pesta Makanan ini (SWCorp Malaysia, 2018). Sebuah tempat
khas boleh disediakan untuk jabatan ini mendirikan khemah dan kanak-kanak perlulah
bermain peranan sebagai tukang pembersih seketika selepas Pesta Makanan berakhir.
Sesuatu ceramah ringkas juga boleh diberikan kepada kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak
akan memperoleh pengalaman yang bermakna di samping mengetahui betapa pentingnya
menjaga kebersihan alam sekitar.

Dengan aktiviti Pesta Makanan ini, pihak-pihak berkuasa atau institut-institut awam di
komuniti dapat dilibatkan secara langsung dalam pembelajaran kanak-kanak, misalnya
SWCorp, Jabatan Kesihatan Negeri , Chef-chef, ibu bapa dan lain-lain. Dalam hal ini, Jabatan
Kesihatan Negeri boleh menjalankan tugas sebagai pemantau kepada pemilik-prmilik gerai
atau chef-chef agar menyediakan makanan yang menepati kehendak kanak-kanak meskipun
makanan itu adalah beraneka jenis. Kaedah atau pendekatan ini juga selaras dengan prinsip
amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak yang menyatakan bahawa ‘Penglibatan
komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak’. Selain itu, kanak-
kanak juga memperoleh manfaat dengan merangsang pemikiran bercapah dan kreatif dalam
diri kanak-kanak selain menambahkan ilmu dan pengalaman untuk merasai dan menerokai
pelbagai pekerjaan (Howard-Jones, 2002). Dengan pengalaman aktiviti yang seronok ini,
prinsip amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak (ABP) iaitu ‘ perkembangan
domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkaitan dan mempengaruhi antara
satu sama lain’ dapat direalisasikan.

Tema : Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan

Dalam tema Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan, kanak-kanak akan


mempelajari bagaimana seseorang menguruskan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan
barangan dan perkhidmatan, iaitu ekonomi (National Council for the Social Studies, n.d.).
Dalam hal ini, jangkaan pembelajaran bagi kanak-kanak di bawah tema pengajian sosial ini
adalah untuk membezakan antara keperluan dan kehendak, mengenal pasti contoh-contoh
barangan dan perkhidmatan awam dan peribadi serta menjelaskan dan menunjukkan
peranan wang dalam kehidupan seharian (McGraw Hill School, 2009).

Lantaran itu, aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menepati tema NCSS ‘Pengeluaran,
Pengedaran dan Penggunaan’ yang selaras dengan prinsip amalan bersesuaian

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 5


perkembangan (ABP) kanak-kanak ‘kanak-kanak adalah pelajar aktif’ dan ‘proses
perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar’ ialah aktiviti cuba jual sendiri
di gerai makanan .

Dalam aktiviti ini, guru boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi
penjual makanan. Dengan bimbingan guru, kanak-kanak boleh cuba untuk menjual makanan
kepada pelanggan-pelanggan yang datang, contohnya guru-guru lain di sekolah, ibu bapa-
ibu bapa, ahli-ahli PIBG dan sebagainya. Aktiviti ini dapat menerapkan tema NCSS,
Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat
sendiri memerhati bahawa bagaimana sesuatu makanan diproses dan dikeluarkan (dimasak
di gerai makanan), diedarkan kepada masyarakat (kanak-kanak membantu menjual) dan
digunakan oleh masyarakat (pelanggan makan makanan yang dibeli). Selain itu, menerusi
aktiviti cuba jual sendiri ini, kanak-kanak juga boleh diperkenalkan dan dikukuhkan
pengetahuan sedia ada mereka mengenai mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan
wang kertas. Hal ini juga sepadan dengan tema NCSS yang dinyatakan.

Di samping itu, aktiviti cuab jual sendiri ini juga boleh dijadikan sebagai satu
persekitaran pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana ditekankan dalam
sistem pendidikan abad ke-21 kerana ia berunsurkan strategi penyelesaian masalah dan
membuat keputusan (Mohd Roslan Abd. Razak dan Hjh. Norain Mohd Nor, 2017). Selain itu,
ia juga dapat melatih kanak-kanak supaya lebih berdikari.

Tema : Budaya dan Kepelbagaian Budaya

Dalam pengajian sosial kanak-kanak, tidak kurang juga pengalaman pembelajaran


yang berasaskan kepada faktor kebudayaan (Aiyas, 2011). Negara kita terdapat pelbagai
kaum dan setiap kaum memiliki budaya dan adat resam masing-masing. Setiap individu
perlulah belajar, memodifikasi dan menyesuaikan diri dengan budaya masing-masing serta
menerima adat budaya di sekelilingnya, termasuklah kanak-kanak.

Dalam Pesta Makanan ini, akan dijual pelbagai jenis makanan tradisional setiap kaum.
Contohnya, Ondeh-ondeh (Kaum Melayu), Tang Yuan (Orang Cina) dan Roti Canai (India).
Kanak-kanak dapat didedahkan kepada pelbagai budaya kaum di Malaysia di mana selaras
dengan tema NCSS ‘Budaya dan Kepelbagaian Budaya”. Di samping itu, dengan sendiri
menerokai dan merasai makanan-makanan ini, ilmu pengetahuan kanak-kanak yang hanya
melihat gambar daripada buku sahaja dapat dikukuhkan. Dengan ini, pembelajaran kanak-
kanak dalam Pesta Makanan ini akan lebih berkesan dan perkembangan mereka dapat
dimaksimumkan kerana perkembangan adalah berterusan, di mana kanak-kanak menimba

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6


ilmu daripada pengalaman awal dan pengetahuan sedia ada mereka (ABP amalan
bersesuaian dengan an kanak, 2014).

Seperti yang dinyatakan atas, kanak-kanak boleh sendiri mencuba menghasilkan


makanan di gerai. Aktiviti ini juga selaras dengan elemen 3E yang ditekankan dalam
pendidikan awal kanak-kanak, iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami di (Ebaq,
2018). Aktiviti-aktiviti sebegini juga dapat dikaitkan dengan prinsip amalam ABP iaitu kanak-
kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran (Mehat, 2011).

Keseluruhan

Pendek kata, Aktiviti Pesta Makanan ini memang dapat memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menambah dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka tentang
kepelbagaian budaya bangsa Malaysia di samping menarik minat mereka untuk belajar dan
meneroka serta merangsang perkembangan mereka dari semua aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (Arif, n.d.). Walau bagaimanapun, guru perlulah mempunyai
kemahiran kepimpinan yang baik dalam mengendalikan Aktiviti Pesta Makanan ini agar aktiviti
ini dapat dijalankan lancar dan membawa makna kepada kanak-kanak. Dalam hal ini, guru
haruslah membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melaksanakan
aktiviti pembelajaran masing-masing, iaitu main peranan sebagai tukang masak, tukang
pembersih, dan aktiviti cuba jual sendiri. Demi kelancaran Pesta Makanan, guru juga boleh
menjemput ibu bapa untuk membantu mengawal keadaan Pesta.

Dengan mengaitkan tema-tema NCSS dan prinsip-prinsip amalan ABP, kanak-kanak


juga dapat memupuk hubungan baik dengan rakan-rakan daripada aktiviti-aktiviti kumpulan
yang dilakukan semasa Hari Pesta. Kanak-kanak juga memahami bahawa mereka adalah
salah satu anggota dalam masyarakat ini.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 7


Tugasan (ii)

Menghuraikan tiga tema yang dikemukakan oleh NCSS dan aspek perkaitannya
dengan salah satu kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berikut:

 PERMATA, atau

 KSPK Semakan 2017, atau

 KSSR

Berdasarkan soalan Tugasan 1(ii), tiga tema yang saya pilih untuk mengkaji perkaitannya
dengan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak ialah :

1. Hubungan Global

2. Individu, Kumpulan dan Institusi

3. Sains, Teknologi dan Masyarakat

Berikut merupakan huraian saya dalam bentuk jadual dan esei.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 8


Kurikulum
Elemen-elemen Aspek Perkaitan
Pendidikan Awal
Tematik (Tema NCSS & Huraian Contoh / Perkaitan Lain
Kanak-Kanak
(Tema NCSS) Kurikulum PAKK)
(PAKK)
Hubungan Global Dokumen Standard Tunjang Tujuan Tema: Perkaitan Tema NCSS lain:
Kurikulum dan Kemanusiaan Mempelajari berkaitan hubungan - Budaya dan Kepelbagaian
Pentaksiran global dan kesalingbergantungan. Budaya
Kurikulum Standard Kandungan: - Orang, Tempat dan
Standard - KM 6.0 Jangkaan Pembelajaran: Persekitaran
Saya dan Dunia
Prasekolah Kanak-kanak dapat meneroka - Pengeluaran,Pengedaran
Kebangsaan sebab musabab, akibat dan dan Penggunaan
- KM 6.1
(DSKP KSPK) kemungkinan penyelesaian kepada - Sains, Teknologi dan
Mengetahui negara
isu-isu global yang berterusan, Masyarakat
lain di dunia
semasa dan timbul seperti - Amalan sivik yang
pencemaran dan spesis terancam. Sempurna
Standard Pembelajaran :
- KM 6.1.1
Menyebut nama negara Contoh aktiviti : Standard lain:
lain
1. Melekatkan nama negara yang - KM 5.0
Saya dan Alam Sekitar
- KM 6.1.2 sepadan dengan kedudukan di
Mengenali negara lain - KE 1.0
atas globe
Muzik
2. Aktiviti pengasingan barangan
- KE 2.0
3. Menonton video klip / Bercerita Drama

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 9


Tema NCSS ‘Hubungan Global’ bertujuan untuk kanak-kanak mempelajari berkaitan
hubungan global dan kesalingbergantungan (McGraw Hill School, 2009). Dengan tema ini
serta standard kandungan dalam Tunjang Kemanusiaan, kanak-kanak dapat meneroka sebab
musabab, akibat dan kemungkinan penyelesaian kepada isu-isu global yang berterusan,
semasa dan timbul seperti pencemaran dan spesis terancam (Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), April 2016).

Dengan aktiviti seperti melekatkan nama negara yang sepadan dengan kedudukan di
atas globe, kanak-kanak dapat mengetahui nama dan kedudukan negara dunia. Selain itu,
aktiviti pengasingan barangan membolehkan kanak-kanak boleh mengklasifikasikan barang
buatan Malaysia dan barangan import dari luar negara. Di samping itu, daripada menonton
video klip yang berkaitan atau penceritaan guru, kanak-kanak juga boleh memahami,
menganalisis dan menghubung kait contoh kerjasama dan kesalingbergantungan sesama
individu, kumpulan dan negara (contohnya penggunaan minyak, perlindungan persekitaran).

Aktviti seperti ini juga dapat dikaitkan bersama dengan tema NCSS seperti
‘Pengeluaran, Pengedaran dan Penggunaan’, ‘Sains, Teknologi dan Masyarakat’ serta
‘Amalan Sivik Yang Sempurna’. Daripada aktiviti-aktiviti berkaedah penaakulan ini, kanak-
kanak dapat dilatih untuk kebolehan menjana idea baru daripada informasi yang sedia ada
dan mengembangkan hubungan antara andaian-andaian mengikut prinsip yang sistematik
(Rosser, 1994).

Selain itu, tema ini juga dapat dikaitkan dengan Tunjang Kreativiti dan Estetika. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana lagu-lagu atau muzik yang sentiasa diperdengarkan dalam radio
atau drama-drama serta karton-karton yang ditonton oleh kanak-kanak daripada televisyen
juga merupakan salah satu unsur hubungan global yang dapat diterapkan kepada mereka.
Dengan mengaitkan dengan contoh yang lebih mendekati kanak-kanak dalam kehidupan
seharian, kanak-kanak dapat lebih memahami tentang hubungan global di seluruh dunia,
maka terjadilan pembelajaran yang bermakna (Rahmah, 2013). Misalnya, lagu ‘Old
MacDonald Had A Farms’ dari negara Barat, lagu ‘Didi and Friends’ dari negara kita, filem
‘Froezen’ daripada Disney serta ‘Upin-Ipin’ daripada Malaysia.

Daripada tema ‘Hubungan Global’, kanak-kanak juga turut belajar mengenai cara
hidup berbeza di negara yang berbeza serta perbezaan antara budaya barat dan budaya timur.
Hal ini dapat dihubungkaitkan dengan tema NCSS iaitu ‘Budaya dan Kepelbagaian Budaya’
serta ‘Orang, Tempat dan Persekitaran’.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 10


Kurikulum
Elemen-elemen
Pendidikan Awal Aspek Perkaitan
Tematik Huraian Contoh / Perkaitan Lain
Kanak-Kanak (Tema NCSS & Kurikulum PAKK)
(Tema NCSS)
(PAKK)
Individu, Kurikulum Bidang Pembelajaran : Tujuan Tema: Tema NCSS lain:
Kumpulan dan PERMATA Perkembangan Sahsiah, Mempromosikan - Amalan sivik yang
Institusi Negara Sosioemosi dan Kerohanian kesinambungan sosial. sempurna
(KPN) - Perkembangan individu dan
Hasil Pembelajaran:
Jangkaan Pembelajaran: identiti
- Boleh bekerjasama dalam
Kanak-kanak perlulah
permainan dan gembira
mengenal pasti peranan Prinsip ABP Lain:
apabila berkongsi barang
dalam situasi tertentu - Konsep main penting pada
mainan dan bersedia
seperti sebagai seorang perkembangan kanak-kanak
menawarkan pertolongan
pelajar, ahli keluarga, rakan (bermain sambil belajar-
DSKP KSPK Tunjang Keterampilan Diri sepermainan dan main sosial)
sebagainya. - Perkembangan kognitif,
Standard Kandungan:
afektif dan psikomotor
KD 3.2
Contoh Aktiviti : saling berkaitan dan
Menggunakan kemahiran bersosial
dalam hubungan dengan orang lain 1. Bermain bongkah / Lego mempengaruhi antara satu
2. Main peranan / Simulasi sama lain
Standard Pembelajaran:
- Perkembangan adalah
KD 3.5
berterusan (daripada
Menyesuaikan diri dengan situasi
tertentu untuk bersosialisasi pengetahuan awal)

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 11


Tema ini mempromosikan kesinambungan sosial (National Council for the Social
Studies (NCSS), n.d.). Kanak-kanak perlulah mengenal pasti peranan dalam situasi tertentu
seperti sebagai seorang pelajar, ahli keluarga, rakan sepermainan dan sebagainya.

Oleh itu, melalui aktiviti bermain, adalah penting untuk kanak-kanak belajar berkongsi
dengan rakan-rakan. Selain daripada dapat menerapkan tema NCSS ‘Individu, Kumpulan
dan Institutsi’, kanak-kanak juga dapat membina kemahiran bersosial dengan orang lain. Hal
ini bukan sahaja dapat mingkatkan ilmu dalam pengajian sosial, tetapi juga dapat memupuk
sifat mulia kanak-kanak secara tidak langsung. Dengan ini, kanak-kanak dapat berkembang
secara seimbang dari segi intelek, emosi dan sosial, di mana merupakan matlamat sistem
pendidikan negara kita (Keow, n.d.). Misalnya, aktiviti membina bongkah atau bermain lego,
kanak-kanak harus dilatih untuk berkongsi alat-alat mainan atau bekerjsama membina
sesuatu binaan daripada bongkah-bongkah yang ada (Ujana Sinergi PLT, n.d.). Selain
daripada mengetahui peranan sebagai rakan, kanak-kanak juga boleh menggunakan
bongkah atau alat-alat mainan untuk bermain simulasi atau main peranan. Daripada situasi
seperti dalam keluarga, kanak-kanak dikehendaki berlakon sebagai anak atau kakak abang
mahupun adik. Manakala jika bertukar kepada situasi sekolah, kanak-kanak dikehendaki
bertukar watak menjadi seorang murid (Adibah, 2015). Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-
kanak dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dan lebih memahami peranan
sendiri dalam pelbagai situasi.

Maka, ia juga dapat dikaitkan dengan prinsip amalan ABP iaitu ‘Perkembangan kognitif,
afektif dan psikomotor saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain’, ‘Konsep
main penting pada perkembangan kanak-kanak’ dan ‘Perkembangan adalah berterusan
(daripada pengetahuan awal)’ (Mehat, 2011). Aktiviti-aktiviti atau pendekatan ini juga dapat
diterapkan tema-tema NCSS seperti ‘Perkembangan individu dan identiti’ dan ‘Amalan sivik
yang sempurna’ (National Council for the Social Studies (NCSS), n.d.).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 12


Elemen-
Kurikulum
elemen Aspek Perkaitan
Pendidikan Contoh /
Tematik (Tema NCSS & Kurikulum Huraian
Awal Kanak- Perkaitan Lain
(Tema PAKK)
Kanak (PAKK)
NCSS)
Sains, Dokumen Sains Tahun 1 Tujuan Tema: Tema NCSS
Teknologi Standard (SAINS HAYAT) Kanak-kanak lain:
dan Kurikulum dan HAIWAN akan - Amalan sivik
Masyarakat Pentaksiran Standard kandungan: mempelajari yang
Kurikulum 5.1 Bahagian Tubuh tentang sempurna
Haiwan
Standard hubungan
Sekolah Standard Pembelajaran: antara sains Prinsip ABP
Rendah 5.1.1 dan teknolgi Lain:
(DSKP KSSR) Mengenal pasti bahagian dengan - Kanak-kanak
tubuh haiwan seperti paruh,
Tahap 1 sisik, sirip, berbulu halus, manfaatnya adalah pelajar
berbulu pelepah, tanduk, yang dibawa aktif
sumbu, sesungut, kulit
keras, cangkerang, sayap, kepada - Kanak-kanak
kepak, kepala, badan, ekor, masyarakat. mempunyai
dan kaki selaput renang.
pelbagai gaya
5.1.2
Contoh pembelajaran
Menghubungkaitkan
bahagian tubuh haiwan dan aktiviti :
kepentingannya kepada
1. Nature Walk
manusia
+ lembaran
kerja
TUMBUHAN (berkumpulan)
Standard kandungan:
6.1 Bahagian Tumbuhan 2. Eksperimen
sains (3E) –
Standard Pembelajaran:
kitaran air,
6.1.1
Membanding dan kejadian ais
membezakan bahagian
pada tumbuhan iaitu daun, 3. Projek litar
bunga, batang, akar
elektrik &

6.1.2 Terang dan


Menghubungkaitkan Gelap
bahagian tumbuhan iaitu
daun, bunga, batang dan

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 13


akar serta kepentingannya 4. Buku skrap
kepada manusia
Sains Tahun 2
(SAINS FIZIKAL)

Standard Kandungan:
6.0 Terang dan Gelap

Standard Pembelajaran :
6.1.1
Menyatakan sumber
cahaya

6.1.2
Membanding beza aktiviti
yang dijalankan dalam
keadaan terang dan gelap
Standard Kandungan:
7.0 Elektrik

Standard Pembelajaran:
7.1.2
Menerangkan fungsi
komponen dalam litar
elektrik lengkap

(BUMI DAN ANGKASA)

Standard kandungan:
9.1 Air

Standard Pembelajaran:
9.1.4
Membuat urutan kitar air
semula jadi

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 14


Dalam tema ‘Sains, Teknologi dan Masyarakat’, kanak-kanak akan mempelajari
tentang hubungan antara sains dan teknolgi dengan manfaatnya yang dibawa kepada
masyarakat (National Council for the Social Studies, n.d.).

Contohnya, semasa kanak-kanak mempelajari tentang bahagian tubuh haiwan dan


tumbuhan, guru boleh menggunakan kesempatan untuk mengajar kanak-kanak tentang
kegunaan bahagian-bahagian haiwan dan tumbuhan kepada manusia dan masyarakat.
Sehubungan itu, kanak-kanak juga boleh menjalankan aktiviti kerja berkumpulan untuk
mengutip bahagian-bahagian tumbuhan semasa aktiviti Nature Walk dan menyiapkan
lembaran kerja tentang kegunaannya kepada manusia (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Seterusnya, kanak-kanak boleh menjalankan aktiviti eksperimen dengan menerapkan
konsep pembelajaran 3E (Explore, Experience, and Experiment) untuk menimba
pengetahuan dan pengalaman tentang manfaat sains dan teknologi kepada masayrakat.
Contohnya, eksperimen tentang kejadian hujan daripada pembelajaran tentang kitaran air
secara semula jadi atau pertukaran air kepada ais dan sebaliknya (Fonterra, 2017).

Selain itu, kanak-kanak juga boleh menjalankan projek mengenai litar elektrik dan
menghubungkaitkannya dengan pembelajaran terang dan gelap (Khee, 2012). Dengan
pengalaman hands-on learning, kanak-kanak dapat belajar dengan berkesan dan isi pelajaran
atau pengetahuan yang diperolehi mereka akan disimpan di ingatan jangka panjang (Yee,
2012).

Ia juga dapat selaras dengan prinsip amalan ABP yang menyatakan bahawa ‘kanak-
kanak adalah pelajar aktif’ dan ‘kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran’ (ABP
amalan bersesuaian dengan an kanak, 2014). Sehubungan itu, tema NCSS seperti ‘amalan
sivik yang sempurna’ dapat diterapkan sepanjang aktiviti dilaksanakan. Akhir sekali, guru
boleh meminta murid-murid menghasilkan satu buku skrap bagi mengukuhkan pengetahuan
mereka di samping memupuk semangay kerjasama dan mengaplikasikan kaedah
pembelajaran koperatif (Nachiappan, 2015).

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 15


Penutup

Berdasarkan semua penulisan ini, dapat disimpulkan bahawa adalah penting untuk
menerapkan pengajian sosial kepada kanak-kanak sejak kecil lagi, bak kata pepatah
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini kerana ia penting dalam membentuk sikap,
shasiah, pemikiran dan keperibadian kanak-kanak yang mulia serta selaras dengan budaya,
sosial dan norma masyarakat setempat di sekeliling kanak-kanak di samping membantu
membina hubungan sosial kanak-kanak dengan persekitaran luar. Namun, adalah penting
untuk seseorang guru dalam merancang dan menguruskan pengajaran dan pembelajarannya
dengan teliti agar kanak-kanak tidak berasa terlalu terbeban dengan lingkup ilmu yang luas
dalam pengajian sosial. Pendek kata, guru hendaklah menerapkan elemen-elemen tematik
pengajian sosial ini dengan bermakna, bersepadu dan menarik minat kanak-kanak kerana
pendekatan tema ini banyak memberi implikasi kepada kehidupan kanak-kanak.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 16


Rujukan

ABP amalan bersesuaian dengan an kanak. (2014, September 8). Didapatkan dari Multi
Language Document: https://vdocuments.site/abp-amalan-bersesuaian-dengan-an-
kanak.html
Adibah, A. A. (2015, Oktober 12). Kaedah main peranan. Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/DIFARINA1/kaedah-main-peranan
Aiyas, A. M. (2011, April 18). Keadah elemen tematik. Didapatkan dari Scribd.:
https://www.scribd.com/document/53233904/Kaedah-Elemen-Tematik
Charles B. Myers, A. M. (2002). National standard for social studies teachers. United States,
America: National Standard for Social Studies.
Fonterra. (2017). 5 fun experiments you can do at home with kids. Retrieved from
Calciyum.com: https://www.calciyum.com.my/ms/active-parenting/article-listing-
activities/activities-5-fun-experiments-you-can-do-at-home-with-kids.html
Howard-Jones, P. T. (2002). The effect of play om the creativity of young children during
subsequent activity. Dalam T. a. Francis, Early Child Development and Care (Vol.
172) (hlm. 323-328). Abingdon: Routledge.
Joyce, B.R., Weil, M., & Calhou, E., 2008. Model of teaching (8th ed). New Delhi: Prentice
Hall of India.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (April 2016). Dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran pendidikan prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (2016). Kurikulum standard sekolah rendah sains
dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 2. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK KPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Selangor:
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum standard sekolah rendah sains
dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 1. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK KPM).
Keow, C. L. (n.d.). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khee, L. S. (2012, November 26). Terang dan gelap. Didapatkan dari Sudut Dunia Sains
dan Teknologi Tahun 2: http://lausiawkhee2572.blogspot.com/2012/11/terang-dan-
gelap.html
McGraw Hill School. (2009). National Council for the Social Studies (NCSS) Curriculum
Standards for Social Studies. NCSS Standards, 1-6.
Mehat, N. (2011, Ogos 7). Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Didapatkan dari Slideshare: https://www.slideshare.net/normalaprasekolah/amalan-
bersesuaian-dengan-perkembangan-kanakkanak

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 17


Mohd Roslan Abd. Razak dan Hjh. Norain Mohd Nor. (2017). Asas pendidikan awal kanak-
kanak. Sungai Petani, Kedah: Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim.
Nachiappan, S. (2015). Panduan pendidikan awal kanak-kanak (teori, model, kaedah dan
aktiviti ke arah perkembangan kognisi). Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
National Council for the Social Studies (NCSS). (n.d.). NCSS Themes. Didapatkan dari
Learner Org.:
https://www.learner.org/workshops/socialstudies/pdf/session4/4.NCSSThemes.pdf
National Council for the Social Studies. (n.d.). National curriculum standards for social
studies : chapter 2 - the themes of social studies. Didapatkan dari National Council
for the Social Studies: https://www.socialstudies.org/standards/strands
Rahmah, N. (2013). Belajar bermakna Ausubel. Jurnal Pendidikan, 43-48.
Rosser, R.. 1994. Cognitive Development:Psychological and Biological Perspectives.
Massachusetts: Allyn and Bacon.
Seefeldt, C. (1997). Social studies in the developmentally appropriate integrated
curriculum. Integrated curriculum and developmentally appropriate practice: Birth to
age eight, 171-199.
Ujana Sinergi PLT. (n.d.). Apa yang anak-anak dapat pelajari dari bermain bongkah kayu.
Didapatkan dari Junior Aulad: http://junioraulad.com/blog/apa-yang-anak-anak-dapat-
pelajari-dari-bermain-bongkah-kayu
Umar, S. F. (2009, Jun 20). Elemen tematik mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.
Didapatkan dari Blog post: http://fillnthecookies.blogspot.com/2009/06/elemen-
tematik-mempengaruhi-kehidupan.html

Yee, M. T. (2012). Kesan penggunaan aktiviti "hands-on" dalam proses pembelajaran sains
tahun empat. Jurnal Penyelidikan Tindakan, 180-194.

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 18


Lampiran

Budaya

Masa,
Amalan sivik
Kesinambun
yang
gan dan
sempurna
Perubahan

Standard Disiplin Ilmu


Orang,
Hubungan
Tempat dan
Persekitaran  Sejarah Global

 Geografi
 Sivik dan
Sains,
Perkembang Kewarganegaraan Teknologi
an Individu
dan
dan Identiti
 Ekonomi Masyarakat

 Psikologi
Pengeluaran
Individu, ,
Kumpulan Pengedaran
dan Institusi dan
Kuasa, Pihak Penggunaan
Berkuasa
dan Penjaga

Model Konseptual Tema NCSS

Prinsip-pinsip Tema NCSS

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 19


Perkembangan domain kognitif, afektif
& psikomotor saling berkaitan &
mempengaruhi antara satu sama lain.

Penglibatan komuniti Perkembangan


penting dalam berlaku mengikut
perkembangan urutan.
pembelajaran kanak-kanak.

Kanak-kanak
Prinsip-prinsip Kadar perkembangan
mempunyai pelbagai kanak-kanak
gaya pembelajaran. berbeza.
Amalan
Bersesuaian
Proses
perkembangan
Perkembangan
meningkat melalui
aktiviti yang
Perkembangan adalah berterusan.
mencabar.

Kanak-kanak
Erkembangan adalah
Konsep main penting berperingkat-
kepada
perkembangan peringkat.
kanak-kanak.

Perkembangan
Kanak-kanak dipengaruhi oleh
faktor baka dan
adalah pelajar persekitaran.
aktif.

Prinsip-pinsip Amalan ABP Kanak-kanak

PAKK 3362 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 20

You might also like