Karangan 5K

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nenek merupakan insan yang penting dalam

keluarga kita. Hal ini kerana beliau telah banyak


berjasa kepada ibu atau bapa kita. Oleh itu, kita
haruslah berbakti kepada insan yang mulia ini.
Pertama sekali, kita boleh meluangkan masa
untuk menemani nenek. Sebagai contoh, makan
malam, bersukan, berbual-bual malah menonton
rancangan televisyen boleh dilakukan bersama
nenek. Beliau akan berasa lebih dihargai jika ahli
keluarga sanggup menemaninya.
Selain itu, kita juga harus menyayangi nenek
sebagai cara berbakti kepada beliau. Misalnya, kita
boleh memberi penghargaan atau hadiah semasa
hari lahir beliau. Hadiah ini mungkin kad ucapan hasil
sendiri atau urutan badan semasa beliau berasa letih.
Semua ini mampu mengeratkan hubungan antara
kita dengan nenek.
Di samping itu, kita juga wajib menghormati
orang tua kita. Kita boleh merendahkan suara semasa
bercakap dengan nenek. Kita perlu menerima
nasihat beliau kerana pengalaman kehidupannya
jauh lebih kaya daripada kita. Jangan sesekali kita
menengking orang tua kita kerana itu perbuatan
yang derhaka. Jangan kita bersikap bagai kacang
lupa akan kulit.
Marilah sama-sama kita menghormati, mentaati
dan menyayangi nenek kita.

You might also like