Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Laman web: http://www.ipgipoh.info

AJK ( MAKANAN)

NAMA : THARANY THARMARAJA

OBJEKTIF :

1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makanan peserta dan jurulatih


2. Merancang jadual makanan dan minuman peserta dan jurulatih
3. Menyediakan tempat makanan untuk peserta dan jurulatih
4. Menguji makanan sebelum dihidangkan kepada peserta dan jurulatih
5. Menyediakan makanan tambahan.

Unit Beruniform Bulan Sabit Merah IPG Kampus Ipoh telah menyertai
perkhamahan selama 4 hari 3 malam di tapak Kem Murni. Pada pandangan saya
bagi program kali ini, tugas AJK Makanan begitu berat berbanding dengan AJK yang
lain. Hal ini kerana, untuk program ini kami perlu memasak makanan secara kawah.
Mahupun kami Berjaya mengalami cabaran tersebut.

Saya dan Ajk makanan dari kelas lain dua orang telah menjalankan tugas kita
sebelum hari program lagi dalam penyediaan menu dan juqa makanan seharian
kepada kesemua peserta dengan jurulatih yang mengikut program ini. Setelah
perbincangan bersama pensyarah PBSM yang terlibat, menu menu yang disediakan
itu telah pun dilululuskan.

Sebelum tiba hari perkhemahan , saya sebagai ahli jawatankuasa yang


bertanggunjawab bahagian makanan telah berurusan dengan pihak kantin di
PLKN Gopeng tentang makanan yang disediakan sepanjang 4 hari 3 malam
kami di sana. Saya telah memberikan maklumat yang diperlukan seperti
memaklumkan jumlah bilangan peserta bagi Unit Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia supaya mereka boleh membuat persediaan yang sebaiknya dalam
menyediakan barang makanan . Selain itu, sebelum saya menempah barang dapur
daripada pihak kantin , saya telah melakukan semakan untuk memastikan tiada
sebarang masalah kelak berkaitan dengan barang –barang yang diberi. Contohnya,
daripada 59 orang guru pelatih yang menyertai , terdapat beberapa guru pelatih
daripadanya adalah vegetarian. Maka saya telah mengasingkan barang dapur yang
digunakan untuk memasak makanan vege di kantin PLKN.

Selain itu, saya telah membuat pengiraan kos makanan sepanjang kami
berada di sana untuk setiap orang peserta dengan dibantu oleh Bendahari.
Setelah kos akhir telah dihitung, kemudian saya telah meminta bendahari untuk
mengutip wang untuk membeli bahan mentah sepanjang kami berada di sana
bagi menjalankan masakan kawah di kem PLKN Gopeng. Bagi guru pelatih yang
vegetarian tadi, mereka telah bersetuju untuk memasak makanan mereka sendiri.
Selain itu ,saya juga membeli bahan-bahan makanan yang diperlukan bagi kelas
saya sebagai alas perut di kem PLKN Gopeng. Saya telah meminta pihak ahli
jawatankuasa peralatan dan juga kebersihan supaya menyediakan dan
membersihkan tempat kantin sebagai bantuan kepada guru pelatih yang bertugas
untuk memasak di sana.

Selian itu, saya telah memaklumkan kepada guru pelatih agar membawa
makanan tambahan sendiri. Ini bertujuan sebagai persediaan untuk mengalas
perut mereka jika pada waktu tersebut mereka lapar dan waktu makan di kantin
sudah berlalu. Seterusnya ,saya juga menasihati mereka supaya membawa air
mineral dan botol air untuk mengisi air menggunakan watercooler yang
disediakan di kantin. Hal ini kerana , cuaca di PLKN adalah panas dan jika tidak
minum air secukupnya akan menyebabkan masalah kesihatan seperti batuk,
tekak kering , pengsan, demam dan sebagainya.

Ketika kami menjalankan perkemahan di sana , makanan untuk sarapan


pagi, minuman pagi, makan tengahari, minuman tengahari, makan malam dan
minuman malam disediakan dengan baik. Sarapan pagi telah diberi pada pukul
7.00 pagi, makan tengahari pada pukul 12.30 dan makan malam pada pukul 6.30
petang. Saya telah memastikan setiap guru pelatih berada di kantin pada waktu
makan dan memastikan tiada sebarang masalah yang berlaku semasa dan
selepas memasak . Selain itu. pada setiap slot ceramah atau aktiviti , guru pelatih
yang bertugas untuk memasak dan pembantunya telah menyediakan minuman
kepada penceramah ,jurulatih , pensyarah serta guru –guru pelatih. Seterusnya ,
dalam program tersebut guru pelatih yang bertugas harus menggunakan bahan-
bahan yang telah beli sebelum sampai ke kem PLKN Gopeng. Antaranya adalah
seperti berikut:

Bil Jenis –jenis bahan mentah


1 Beras
2 Teh
3 Kopi
4 Gula
5 Garam halus
6 Bawang besar
7 Bawang kecil
8 Bawang putih
9 Serbuk kunyit
10 Sos tomato
11 Sos cili
12 Kicap
13 Roti
14 Biskut
15 Tepung gandum
16 Ayam/udang
17 telur
18 sayur
19 Hot dog
20 Bihun
21 Rempah ratus
22 Cilli padi
23 Minyak masak
24 Serbuk kari

Rajah 1

Bahan mentah ini diberikan untuk menampung selama program ini


berlangsung. Oleh itu, guru pelatih yang bertugas pada hari tersebut haruslah
berjimat cermat dan bijak menggunakannya. Selain itu, dalam program ini
dibekalkan makanan basah iaitu ayam/ udang sebab ini merupakan salah satu menu
makanan yang kita pilih dan juga dipersetujui oleh guru –guru pelatih yang lain.

Kita mengagihkan bahan makanan pada hari pertama sehinggalah hari yang
keempat dan memberi taklimat tentang jadual makanan kepada wakil AJK makanan
dalam setiap kumpulan. Setiap hari mempunyai 30 hingga 36 orang yang bertugas
untuk memasak makanan pada hari yang ditetapkan Kita telah membahagikan 6
kumpulan untuk sahari bagi masakkan sarapan pagi, minuman pagi, makanan
tengahari , minuman tengahari, makanan malam dan akhirnya minuman malam.
Dalam setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang.

Selepas kami semua bertolak dari ipg minuman petang telah disediakan oleh
sriniewasan pillay dengan pembantunya lalu ahli kumpulan 1 yang menyediakan
makanan tengahari telah menyediakan makanan untuk kami semua iaitu sirap, nasi
putih, kari ayam, telur dadar serta kubis goreng diikuti dengan makanan malam pada
hari tersebut adalah sirap, kari ayam, sayur campur dan nasi putih minuman
malam adalah teh ‘o’ dengan biskut.

Pada hari yang kedua pula peserta kumpulan 2 yang menyediakan sarapan
pagi bagun awal dan menyediakan makanan pagi. Rata – rata ahli peserta program
bagun pada 5 pagi. Saudari Arularasi dengan pembantunya telah menyediakan
makanan nasi goreng dan kopi sebagai sarapan pagi kami. Dalam pemerhatian
kumpulan 2 telah menyediakan sarapan yang enak kepada kami semua. Ahli
kumpulan 2 bagi persiapan minum pagi telah menyediakan teh ‘o’ dengan roti bun .
Ahli kumpulan makanan tengahari pula menyediakan sirap, ayam goreng, sup sayur
serta nasi putih untuk non vege dan sirap, rasam, kentang sambal dan nasi putih
untuk vege. Menu bagi minum petang pula adalah teh ‘o’ dengan cucur bilis. Untuk
makan malam pula pada pukul 8.00 petang adalah sirap,ayam masak merah, kobis
masak lemak dan nasi putih. Dan minuman malam untuk 5 haribulan 8 adalah teh
‘o’ dengan biskut.

Pada 6 haribulan 8 khamis pada pukul 7 hingga 7.30 semua peserta


diwajibkan menyertai aktivi junggle tracking. Oleh itu, masakan kumpulan 3 bagun
lebih awal untuk menyediakan makanan pagi iaitu kopi ‘o’ dan bihun goreng.
Malangnya, makanan yang disediakan itu tidak mencukupi bagi 10 dan lebih
orangnya. Ia membimbangakan hati saya. Ahli kumpulan 2 bagi persiapan minum
pagi telah menyediakan teh ‘o’ dengan roti bun . Ahli kumpulan makanan tengahari
pula sirap, ayam masak lemak, kubis goreng dan nasi putih untuk non vege , sirap,
sambar, kubis goreng dan nasi putih untuk vege. Menu bagi minum petang pula
adalah teh ‘o’ dengan kuih tepung gandum. Untuk makan malam pula, ajk makanan
bagi setiap kumpulan diarahkan mengambil ayam dan hot dog yang merendam ke
tempat yang membuat bbq . Disebabkan ini malam ketiga dan pada hari keesekoan
hari iaitu 7/ 9/2018, kami semua ahli peserta akan balik ke kampus dan tamat
program kami di gopeng, makanan malam sangat banyak dan istimewa kerana perlu
licinkan bahan mentah yang dibekalkan. Pada malam tersebut, kami juga ada
menjalankan aktiviti malam kebudayaan pada 8.30. Oleh itu, kami semua makan
pada pukul 10.00 iaitu setelah habis malam kebudayaan.

Pada hari yang terakhir iaitu 7 haribulan 8 dalam program tersebut, kami
membekalkan sarapan pagi iaitu kopi ‘o’ dan nasi lemak pada pukul 7.00. Setelah
menyiapkan persediaan sarapan pagi ajk makanan dikehendaki menyimpankan
bahan makanan yang terlebih. Selepas sarapan pagi .kami dan ajk kebersihan
membersihkan kantin tersebut. Kami semua bekerjasama menguruskan kerja
tersebut. Sebelum ke kampus setiap kumpulan diminta untuk menyemak kembali
alatan supaya barang yang dikembalikan mencukupi dan tidak hilang. Kerja ini
diketuai oleh tharany tharmaraja, rathiarasi dan cheah. Setelah siap menyemak dan
bersih peralatan yang digunakan kita menyerahkan kunci kantin tersebutnya.

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasan saya


dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan saya.

Disediakan oleh, 11 SEPTEMBER 2018

…………………………………….
(THARANYTHARMARAJA)

AJK MAKANAN

Unit Bulan Sabit Merah Malaysia,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

You might also like