Penyelidikan Tindakan PTK 2202W

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KOSA KATA BAHASA INGGERIS


DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PSL (PLAY SING LEARN)
DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya
seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua
atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia
enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala
buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya

Menurut See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan
pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul. . Selain itu,. Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud
satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang
memberi makna kepada seseorang individu.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), menyatakan dalam model
tahap perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 5- 7 tahun
adalah kanak-kanak ini mula belajar membaca dan mengenali suku kata, bunyi perkataan
dan cara menyebut. Mereka juga sudah mula membaca perkataan mudah dengan
menggabungkan suku kata.

Maka jelaslah bahawa kemahiran membaca adalah penting dalam diri seseorang
dan dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Ini kerana setiap yang dilihat hanya boleh
ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Kebolehan membaca dalam
kalangan kanak-kanak merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun mereka
masih di peringkat awal.

Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan
menguasai sekumpulan pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang
tidak dikenali sebelum memasuki sekolah rendah akan berada pada kedudukan yag lebih
selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang masih belum boleh
menguasai kemahiran membaca.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran membaca yang tepat dan berkesan
harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu kanak-kanak ini kekal lemah sehingga
tamat sekolah rendah.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Larkin 2,


saya teah berkesempatan memerhatikan murid-murid Prasekolah Bestari SK Larin 2
ini. Sepanjang 2 minggu melaksanakan PBS, pelbagai pengalaman, maklumat dan
informasi berjaya saya perolehi. Daripada pengalaman di Prasekolah ini, saya dapati
terdapat pelbagai masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Saya telah mengenal pasti, bahawa majoriti murid-murid Prasekolah Bestari
ini tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata tersebut
telah diulang banyak kali semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah mereka. Walaupun mereka sering menyebutnya sesuatu kosa kata tersebut,
namun mereka tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan kosa kata tersebut.

Semasa memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran slot menghadapi


masalah mengingati pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Semasa guru
mereka bertanya apakah perkataan yang ditulis dihadapan dalam Bahasa Inggeris
yang mereka pelajari, saya sering mendengar mereka mengatakan bahawa lupa dan
tidak tahu. Apabila keadaan ini berlaku, murid-murid ini akan mendiamkan diri
sambil memandang guru dan menunggu jawapan dari guru mereka. Apabila dimarahi
oleh guru mereka, barulah mereka boleh mengingati dan menjawab kosa kata yang
ditulis dihadapan.

Semasa pemerhatian juga, saya dapati guru mereka sedikit kecewa dengan
perkembangan mereka dalam kosa kata Bahasa Inggeris dengan penumpuan mereka.
Sikap mereka yang terlalu bergantung kepada guru untuk memberikan jawapan setiap
kali diajukan soalan.

Melalui pemerhatian PBS juga, saya dapati kelemahan wujud dalam kalangan
murid-murid berbangsa melayu. Mereka lemah dari segi perbendaharaan kata dapat
dan juga perbualan mudah. Kelemahan dan kegagalan murid ini menguasai kedua-dua
aspek ini jika tidak ditangani akan menjejaskan perkembangan dan prestasi mereka
semasa di sekolah rendah.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

1.2 Refleksi sorotan litereatur

Pada tahun 2010, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Ujian Rintis Instrumen Pentaksiran
Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri,
mendapati hasil dapatan uji rintis ini mendapati bahawa tahap pencapaian dan
penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah. Antara kostruk Bahasa
Inggeris dalam KSPK yang diuji adalah listening skills, speaking skills, reading skills
dan writing skills. Sebanyak 14.9% responden masih lemah dalam konstruk listening
skills, manakala sebanyak 18.5% lemah dalam speaking skills, 17.7% masih belum
menguasai reading skills, dan 12.0% bagi writing skills. Peratusan ini
membimbangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana Bahasa
Inggeris merupakan bahasa kedua penting untuk dipelajari.

Menurut B.F Skinner (1957) (dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel 2009),
menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibu bapa atau penjaga kanak-
kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut
perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.

Pendapat B.F Skinner turut disokong oleh (DeTemple & Snow, 1992) turut
menyatakan bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya sering berbual dan
berkomunikasi dengan sentiasa bercerita kepada mereka dan menggunakan banyak
perkataan dalam permulaan percakapan mereka, memperkembangkan banyak
perbendaharaan kata, menggunakan banyak ayat kompleks dan mempelajari
bagaimana untuk membaca dengan lebih bersedia apabila mereka memasuki zaman
persekolahan.

Keluarga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan


seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.
Ini ditekankan oleh Diana Baumrind (1995), iaitu beliau menyatakan cara asuhan
yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang
tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti.

Menurut Noam Chomsky (dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel 2009),
menyatakan bahawa proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh perspektif behavioris atau
mempelajarinya daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh
sosio kognitif.

Menurut (Patsy M. Lightbown dan Nina Spada, 2006) pula, menyatakan


bahawa kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan
menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan
berkembang dengan meluas apabila memasuki kepada peringkat persekolahan yang
sebenar.

Selain itu juga, menurut (Helen L. Bee, 2007), menerangkan bahawa kanak-
kanak yang kurang didedahkan dengan bahasa dalam peringkat awal umur mereka,
pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecam kosa kata, maka pendedahan
awal mengenai perkembangan bahasa adalah penting bagi perkembangan bahasa
mereka.

Dalam Teori Pemprosesan Maklumat Gagne (1974,1977), menurut Mok Soon


Sang) menyatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia dan ditafsirkan dalam storan
ingatan dan kemudian dihantar kepada storan ingatan jangka panjang sehingga kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengalaman-pengalaman yang disimpan
dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkan
dengan pengalaman-pengalaman baru bagi memudahkan proses pembelajaran
berlaku.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

2.1 Tinjuan Masalah

Semasa menjalankan PBS, saya telah dapat mengenal pasti dan mengesan
beberapa masalah yang dihadapi oleh muri-murid Prasekolah SK Larkin 2 ini dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, namun saya hanya akan menfokuskan
kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata sahaja. Situasi ini adalah disebabkan
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia adalah dibawah
tunjang utama iaitu tunjang komunikasi dalam KSPK untuk pembentukan
perkembangan bahasa sebelum murid ini dapat menguasai perbualan mudah harian
dan diaplikasikan dalam kemahiran-kemahiran yang lain.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Dalam Dokumen Standard Prasekolah (KSPK), yang diterbitkan oleh


Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak
kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid di prasekolah
dapat berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
penghantar dalam konteks kehidupan harian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa
kedua kepada subjek-subjek kajian yang akan dijalankan. Memandangkan
kebanyakan murid-murid prasekolah ini menggunakan bahasa pengantar adalah
Bahasa Malaysia, maka penggunaan Bahasa Inggeris dirumah adalah amat
berkurangan. Ini mungkin penyebab murid-murid ini sukar untuk fasih berbahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun menggunakan bahasa yang mudah dan
senang difahami.

Selain itu juga, faktor persekitaran murid-murid ini turut mempengaruhi


perkembangan bahasa mereka. Latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurang
perhatian daripada ibu bapa yang bekerja juga dijadikan sebagai faktor tahap
penguasaan murid-murid dalam Bahasa Inggeris lemah sekaligus membantutkan
proses membaca mereka. Sekiranya tiada langkah untuk mengatasi masalah ini,
kemungkinan besar murid-murid ini tidak dapat menguasai proses membaca Bahasa
Inggeris sekiranya menjejak kaki ke alam persekolahan kelak.

Maka, daripada masalah yang telah dikenalpasti, saya telah mengambil


inisiatif untuk menjalankan tindakan terhadap murid-murid prasekolah yang
mempunyai masalah membaca kosa kata dalam Bahasa Inggeris agar dapat diatasi.
Melalui kajian ini, saya akan menggunakan kaedah PSL (Play Sing Learn) untuk
membentuk murid-murid ini meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan
murid-murid prasekolah.

Bagi memastikan tahap penguasaan murid prasekolah terhadap kosa kata


mudah ini, saya menggunakan dua alat untuk menganalisis data yang diperolehi. Alat
kajian yang saya gunakan adalah melalui permerhatian dan juga melalui temu bual
yang saya laksanakan dengan kes kajian sebagai tinjauan awal dengan menggunakan
borang senarai semak.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Berdasarkan jadual 1 dibawah, menunjukkan cara tinjauan awal yang saya


laksanakan kepada murid-murid prasekolah ini;

Perkara Cara Kumpulan sasaran Tujuan


Langkah 1 Pemerhatian 23 orang murid- - melihat penggunaan
melakukan pemerhatian murid prasekolah kosa kata Bahasa Inggeris
dengan menggunakan dalam kalangan murid
borang rekod pemerhatian. - melihat tindakbalas
Rujuk lampiran A murid semasa guru
melaksanakan pengajarn
dan pembelajaran.

Langkah 2 Tinjauan awal 3 orang subjek yang - mengenalpasti dan


Menggunakan senarai terlibat mengetahui tahap
semak pada Lampiran B penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris subjek
sasaran
Jadual 1 : Menunjukkan cara tinjauan masalah dilaksanakan

Melalui tinjauan yang dilaksanakan, maka satu alat diperlukan untuk


mendapatkan hasilnya untuk dijadikan sebagai ukuran. Antara alat yang digunakan
adalah :

 Pemerhatian
Kekerapan kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris yang diungkapkan dan
dituturkan oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kekerapan direkodkan dan saya telah melaksanakannya sebanyak 5 kali dalam
masa 2 minggu saya menjalankan PBS.

 Senarai semak
Borang senarai semak yang digunakan adalah soalan sama yang digunakan dalam
5 kali penilaian yang dilakukan. Saya menggunakan set yang sama untuk kelima-
lima penilaian kerana dapat melihat sejauh mana ingatan dan kefahaman murid-
murid dengan perkataan yang digunakan. Saya menggunakan sebanyak 12
perkataan yang mudah untuk diuji kepada murid-murid. (sila rujuk lampiran 1)
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Berdasarkan tinjauan awal, saya telah melakukan pemerhatian secara


keseluruhan dengan melihat seramai 23 orang murid. Pemerhatian ini dilaksanakan
untuk melihat respon murid terhadap penggunaan kosa kata mudah yang digunakan
dan memerhatikan murid yang tidak dapat menguasai kosa kata mudah ini dengan
baik. Selepas itu, saya akan melaksanakan tinjauan awal dengan memilih seramai
3 orang sebagai sampel bagi melihat tahap penguasaan kosa kata yang digunakan.

2.2 Analisis tinjauan masalah

Pada awal analisis pemerhatian, Setelah melaksanakan tinjauan masalah, hasil


dapatan daripada analisis pemerhatian, seramai 3 orang murid dikesan mengalami
masalah dalam penguasaan kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris.

Apabila berlaku masalah ini dalam proses P & P, pengajaran slot Bahasa
Inggeris terganggu sekaligus menyebabkan guru tidak dapat memberikan fokus untuk
murid-murid lain. Masalah ini timbul disebabkan 3 orang murid-murid ini tidak
memahami apa yang diperkatakan oleh guru semasa proses P & P dijalankan.

Berdasarkan jadual 2 dibawah menunjukkan hasil pemerhatian tinjuan awal


yang telah dilaksanakan terhadap 3 orang murid daripada 23 orang kumpulan sasaran.

Sampel Pemerhatian tentang kekerapan kosa kata Jumlah


mudah Bahasa Inggeris kekerapan
1 2 3 4 5
A 1 1 2 0 2 6
B 0 2 0 1 1 4
C 1 0 0 1 1 3
Jadual 2 : Menunjukkan hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap sampel

Berdasarkan hasil pemerhatian tinjauan awal daripada jadual 2, saya dapati


bahawa ketiga-tiga murid tersebut tidak menunjukkan penglibatan dalam P & P.
Murid-murid ini kurang aktif menjawab soalan semasa sesi slot Bahasa Inggeris.
Berdasarkan 12 soalan yang diajukan, ketiga-tiga mereka hanya mampu menjawab
dibawah 2 unit sahaja.

Bagi sampel A, dia hanya berjaya menuturkan 5 kosa kata mudah dalam
Bahasa Inggeris setelah 5 kali pemerhatian dilaksanakan. Manakala bagi sampel B,
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

dia hanya mampu menjawab 4 soalan daripada 12 soalan yang dilakukan setelah 5
kali pemerhatian dibuat. Bagi sampel C, dia hanya mampu menjawab dan mengingati
hanya 3 soalan daripada 12 soalan yang diberi, dan melakukannya sebanyak 5 kali
pemerhatian, penguasaannya masih belum menguasai kosa kata mudah dalam Bahasa
Inggeris.

Sampel A B C
Jumlah jawapan 4/12 3/12
yang betul 6/12
Peratusan% 50% 33.33% 25%
Jadual 3 : Menunjukkan hasil tinjuan awal terhadap murid-murid

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan hasil tinjauan awal kajian terhadap


sampel dan mendapati sebanyak 6 daripada 12 soalan kosa kata mudah Bahasa
Inggeris yang digunakan berjaya dijawab oleh sampel A dan sebanyak 50% berjaya
dijawab oleh sampel A setelah 5 kali pemerhatian dilaksanakan.

Manakala bagi sampel B, sebanyak 33.33% soalan yang digunakan mampu


dijawab dan hanya 4 daripada 12 soalan mampu diingati dan dijawab olehnya. Bagi
sample C, diperhatikan hanya 25% sahaja berjaya dilakukan dan dijawab olehnya
selepas 5 kali pemerhatian dijalankan. Ini menunjukkan daripada 12 soalan kosa kata
mudah yang digunakan sebagai aras, hanya 3 yang berjaya dijawab oleh sampel C.

Melalui hasil pemerhatian yang diperolehi, saya mendapati bahawa sampel


murid-murid ini kurang aktif dan tidak mempamerkan respon kepada guru. Murid-
murid ini dilihat kurang memberikan penumpuan semasa P & P dijalankan. Ini
disebabkan oleh penguasaan murid-murid ini terhadap kosa kata yang diberikan.
Murid-murid ini hanya mendiamkan diri apabila kosa kata yang tidak difahami tidak
dapat dijawab.

Oleh itu, perlu melaksanakan satu jalan penyelesaian supaya murid-murid ini
tidak ketinggalan dengan murid lain. Latihan dan peneguhan yang positif perlu
dilakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-
murid ini.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Selepas menjalankan kajian ini, diharap murid-murid dapat mencapai objektif berikut :

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris
murid-murid Prasekolah.

3.1.2 Objektif Khusus

Objektif Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk :

i. Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid


Prasekolah selepas menggunakan kaedah PSL (Play Sing Learn)
ii. Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid
Prasekolah dengan kaedah PSL (Play Sing Learn)

3.2 Soalan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut :

iii. Adakah kaedah PSL (Play Sing Learn) dapat meningkatkan


penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris bagi murid-murid Prasekolah?
iv. Mampukah penggunaan kaedah PSL (Play Sing Learn) dapat
meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid
Prasekolah?

3.3 Kepentingan kajian

Dapatan kajian yang dilakukan ini diharap dapat berkongsi bersama dan
menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu terutamanya bagi guru-guru
prasekolah juga kepada masyarakat luar.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

3.4 Definisi operational/ istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, kosa kata bermaksud
keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa dan perbendaharaan kata.

Manakala menurut Lee Lai Guan, Rahmah dan Salihah (1998), menyatakan
bahawa kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun
kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca
ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas
serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu
berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya.

Manakala menurut Noraishah, Nurazimah, Sharifah Hafsah, Siti Nuratika


Abdullah dan Zainuddin Mohamad (2012), menyatakan bahawa membaca merupakan
satu proses kognitif yang kompleks, melibatkan menyahkod simbol, dengan usaha
untuk membina atau memperoleh maksud.

Membaca adalah satu cara pemerolehan bahasa, komunikasi, dan berkongsi


maklumat dan idea. Seperti semua bahasa, membaca adalah interaksi kompleks di
antara teks dengan pembaca yang dibentuk oleh pengetahuan sedia ada, pengalaman
pembaca, sikap, dan bahasa masyarakat, yang di dalamnya terkandung budaya dan
sosial. Proses membaca memerlukan amalan yang berterusan, pembangunan dan
peningkatan.

Kaedah PSL (Play Sing Learn) adalah merupakan kaedah yang digunakan
untuk menggalakkan murid-murid prasekolah untuk membaca kosa kata mudah dalam
Bahasa Inggeris. Kaedah ini menggunakan pendekatan bermain sambil menyanyi dan
menerima pengetahuan.

Pengertian bermain menurut Hurlock, (1997) (dalam Tadkiroatun Musfiroh


(2005) menyatakan bahawa bermain adalah kegiatan yang dilakukan atas dasar suatu
kkesenangan dan tanpa mempertimbangkan hasil akhir sesuatu perkara. Kegiatan
tersebut dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan atau tekanan dari pihak luar.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu


yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah
satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Berdasarkan Peery
dan Peery (1987) (dalam Levinowitz, 1998) mencadangkan kanak-kanak patut
didedahkan, dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga.
Muzik perlu didedahkan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi ntuk
memperluaskan pengalaman pembelajarannya.

Menurut Tom Donahue (1992), kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam
tahun perlu diberi galakan mengembangkan bahasa mereka melalui aktiviti lisan
cerita dan nyanyian . Selain dari itu mereka juga memerlukan bimbingan dalam
kemahiran pra tulis dan pra bacaan. Manakala bermain menurut Priester, Michelle
Marie (2011), menyatakan bahawa kanak-kanak prasekolah akan mempelajari
perkataan Bahasa Inggeris semasa masa bermain.

Menurut Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011), bermain adalah bermain
ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah
sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti
bermain.

3.5 Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada murid-murid Prasekolah SK Larkin 2 yang berumur


dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun dan tertumpu kepada murid-murid yang tidak
menguasai kosa kata dalam Bahasa Inggeris sahaja.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian saya ialah 3 orang murid daripada 23 orang murid Prasekolah SK
Larkin 2 yang dipilih secara rawak. Saya menggunakan 3 orang murid lelaki yang
menghadapi masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Kumpulan sasaran saya
juga adalah terdiri daripada murid-murid yang berumur 5+ tahun. sasaran saya juga tertumpu
kepada murid-murid yang pasif semasa slot pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
dilaksanakan. Murid yang dipilih mempunyai masalah dari segi penguasaan kosa kata dalam
Bahasa Inggeris yang terhad.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.0 CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat


terlebih dahulu supaya dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui
perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat
dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian.

Kajian ini mengaplikasikan dan menggunakan model penyelidikan


tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat
fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki
keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, Fasa 3
mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan
yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi. Tempoh
kajian tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu.

Langkah pertama adalah penyusunan tindakan. Tahap berikutnya adalah


pelaksanaan dan sekaligus pengamatan terhadap pelaksanaan tindakan. Hasil
pengamatan kemudian akan dievaluasi dalam bentuk refleksi.

Apabila hasil refleksi daripada langkah pertama menunjukkan bahawa


pelaksanaan tindakan belum memberikan hasil sebagaimana diharapkan, maka
berikutnya disusun lagi tindakan susulan untuk dilaksanakan pada langkah kedua.
Demikian seterusnya sampai hasil yang dinginkan benar-benar tercapai.

Jadual dibawah menujukkan perancangan langkah-langkah untuk


menjalankan kajian ini menggunakan kaedah PSL.

Kaedah/Teknik Penggunaan Play Sing Learn


Cara Pelaksanaan Langkah 1
Jelaskan peraturan permainan pada murid, iaitu
menyusun kosa kata berdasarkan huruf-huruf lepas
yang telah dipelajari. Kumpulan menang adalah
kumpulan yang cepat dan benar dalam menyusun
huruf menjadi kosa kata.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Langkah 2
Bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu : kumpulan
Barat, Timur, Utara dan Selatan.
Langkah 3
Berikan kad-kad huruf yang sama pada semua
kumpulan. Contohnya EAT, DOWN, CHAIR,
WASH dan lain-lain. Guru turut memberikan
kertas putih bergambar seperti dalam kad huruf
pada manila kad yang dilampirkan.
Langkah 4
Tiup wisel panjang dua kali atau memberi syarat
mula, “mulai”. Murid-murid berunding bersama,
menyusun huruf-huruf menjadi kata yang sesuai
berdasarkan gambar dan ketepi sekiranya ada
mana-mana huruf yang tidak sesuai.
Langkah 5
Tiup wisel dengan irama tiga kali jeda (..._..._...),
kemudian bertanya kepada murid dengan nyanyian
berirama ‘what is’ seperti lagu goreng pisang pada
kumpulan Barat, “say what, say what, say what
word you do?”. Murid-murid kumpulan Barat
menjawab dengan lagu yang sama, “ say ‘CHAIR‘
say ‘CHAIR‘ say ‘CHAIR‘ it is. Dan terus
sambung jawapannya It’s a CHAIR, its’s a Chair,
It’s a CHAIR, it’s CHAIR.
Langkah 6
Bantu murid membaca hasil karya mereka.
Nyanyian yang digunakan Seperti lagu dalam permainan Goreng Pisang
Bahan bantu mengajar Kad huruf berukuran 8 x 10 cm dalam jumlah yang
banyak, kad gambar, manila kad bergambar, wisel
dan gam.
Jadual 4 : Jadual menunjukkan perancangan langkah-langkah
tindakan
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.2 Pengumpulan Data

Data yang dikumpul adalah dengan menggunakan dua cara iaitu melalui
pemerhatian dan senarai semak. Melalui pemerhatian, pada awal kajian saya telah
mensasarkan seramai 23 orang murid prasekolah SK Larkin 2. Pemerhatian yang
saya jalankan ini bertujuan untuk melihat percakapan dan penggunaan kosa kata
Bahasa Inggeris yang digunakan oleh murid-murid ini sepanjang slot Bahasa
Inggeris dilaksanakan.

Selepas mengumpul data melalui rekod pemerhatian, saya melakukan


tinjauan awal iaitu dengan mengambil seramai 3 orang murid yang tidak
menguasai kosa kata Bahasa Inggeris semasa P & P. Murid yang dipilih ini juga
adalah berdasarkan tingkah laku mereka yang pasif semasa slot Bahasa Inggeris
dilaksanakan. Melalui tinjauan awal ini, saya menggunakan senarai semak untuk
mengenal pasti kelemahan mereka.

Apabila pemerhatian dan senarai semak tinjauan awal telah dilaksanakan,


cara yang saya guna untuk mengumpul data adalah melalui intervensi iaitu 3
murid sampel yang dipilih akan dilihat pencapaiannya selepas penggunaan
kaedah PSL (Play Sing Learn) yang dilaksanakan.

5.3 Perancangan cara menganalisis data

Melalui pengumpulan data pemerhatian, semua data yang diperolehi akan


saya kumpulkan dengan menjumlahkan kekerapan kosa kata yang dituturkan oleh
sampel kajian. Melalui pemerhatian ini, data yang diperolehi adalah melalui
rekod pemerhatian yang dilakukan berdasarkan penggunaan kosa kata yang telah
ditetapkan iaitu sebanyak 15 jenis kosa kata Bahasa Inggeris.

Selepas mengumpul data melalui pemerhatian, tinjauan awal


dilaksanakan dengan mengambil data melalui pemerhatian yang dilakukan dan
data yang diambil dianalisis dengan menggunakan peratusan jawapan yang betul.
Tinjuan awal ini dilaksanakan selepas berjaya mengenal pasti murid yang tidak
menguasai kosa kata Bahasa Inggeris. Saya menggunakan senarai semak dengan
mengambil 3 sampel yang mempunyai keputusan yang rendah. Tujuannya adalah
untuk mengenal pasti dan mengetahui tahap penguasaan murid bermasalah kosa
kata.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Apabila telah melaksanakan pemerhatian dan tinjauan awal, program


intervensi akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah PSL. Data yang
diperolehi akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul.

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan


5.4.1 Jadual pelaksanaan Carta Gantt

Langkah-langkah perancangan menganalisis data


Julai Ogos
Aktiviti
Bil M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
mengenal pasti masalah
1 - melalui pemerhatian pada slot P & P
pengumpulan data tinjauan awal
- menggunakan senarai semak, 3
2 sampel dikenal pasti
menentukan objektif/ soalan kajian
- penentuan objektif umum kajian
(tujuan kajian)
3 - penentuan objektif khusus kajian
merancang tindakan
- merancang langkah tindakan dan cara
4 mengumpul data
5 menulis proposal
6 melaksanakan tindakan
menganalisis tindakan
- mengira kekerapan dan peratusan
hasil dapatan
7 - daripada pengumpulan data
8 membuat refleksi
9 menulis laporan kajian
10 pembentangan laporan kajian

Jadual 5 : Jadual menunjukkan carta Gantt mengenai pelaksanaan kajian


PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.4.2 Anggaan Kos Kajian

Kos kajian ini adalah merupakan kos yang terlibat semasa menyediakan soalan
ketika tinjauan awal dan selepas intervensi dilaksanakan. Kos ini diperlukan
sepanjang melakukan intervensi. Jadual dibawah menunjukkan kos jangkaan bagi
melaksanakan kajian ini.

Harga Seunit Jumlah


Bil Bahan Unit RM RM
1 Kertas A4 1 rim 10.00 10.00
2 Ink Printer Catridge 1 50.00 50.00
3 Kad manila 8 1.00 8.00
4 Gam 1 1.50 1.50
5 Gunting 1 1.00 1.00
6 Fotostat bahan guru 15.00
Jumlah keseluruhan RM 85.50

Jadual 6 : Jadual menunjukkan anggaran kos yang digunakan untuk


melaksanakan kajian.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

SENARAI RUJUKAN

Rosinah Edinin, (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Freemind Horizons
Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Meng CF dan Jaizah Mahmud, (2011). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan Dalam
Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Puchong.

Haliza Hamzah Dan Joy N.Samuel. (2011). Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mok S.S. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Mok S.S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Meng E.A. ( 1994). Pemantapan Proses Pendidikan, Asas Pendidikan 4. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd Sharani Ahmad. (2010). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Batu Caves:
PTS Publications & Distributor

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:


Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Tadkiroatun Musfiroh, (2005). Pintar Cerdas Melalui Bermain. Synergy Media Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.

See B.E, (2008). Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan.

DeTemple & Snow, (1992). On reading books to children: Parents and teachers (pp.16–36).
Mahwah, NJ. Erlbaum.

Helen Bee, D.B (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education,Inc.

Leelai Guan, Rahmah bt. Hanafi dan Salihah bt. Yusof, (1998). Satu Tinjauan Pelbagai
Aspek Membaca Murid-Murid Tadika. Jabatan Pendidikan IPDA.

Noraishah Anwar, Nurazimah Mazelan, Sharifah Hafsah Mohamed Hanif, Siti Nuratika
Abdullah dan Zainuddin Mohamad,(2012). Seronok Membaca Melalui Kaedah Literature
Circle. Sekolah Rendah Woodland, Singapura.

Priester, Michelle Marie, (2011), Using Song Lyrics in the Preschool ESL Classroom to
Assist Students’ English Vocabulary Retention and Use. Caidwell College.
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

LAMPIRAN

Lampiran 1
Kosa kata mudah yang digunakan dalam tinjauan awal.
1. Sit 7. Hair
2. Chair 8. Cut
3. Down 9. Sleep
4. Eat 10. Clap
5. Come 11. Table
6. Wash 12. Come
Lampiran 2

REFLECT P
L
3 A
2 N

1
ACT & OBSERVE

R P
REFLECT E L
V A
6 I N
S
5
E I
D

ACT & OBSERVE


4

R P
REFLECT E L
V A
9
I N
8 S
E II
D
ACT & OBSERVE 7

Rajah 1: menunjukkan Rancangan Penelitian Tindakan Model Kemmis & Taggart


PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 2
1.2 Refleksi sorotan literatur 3

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN


2.1 Tinjuan Masalah 4
2.2 Analisis tujuan masalah 7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian 9
3.2 Soalan Kajian 9
3.3 Kepentingan kajian 9
3.4 Definisi operational/ istilah 10
3.5 Batasan Kajian 11

4.0 KUMPULAN SASARAN 11

5.0 CADANGAN TINDAKAN


5.1 Perancangan Tindakan 12
5.2 Prosedur cara mengumpul data 14
– instrumen kajian dan kesahan dan kebolehanpercayaan
5.3 Perancangan cara menganalisis data 14
5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan 15

SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN

You might also like