Soalan BM t5 Pemahaman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUHIBBAH

JALAN JAMBU AIR

81400 SENAI, JOHOR

UJIAN BULANAN 1

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 5

NAMA : _______________________________ KELAS : 5 ______________

BAHAGIAN A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. ___________________Encik Halim untuk bercuti di luar negara terpaksa

dibatalkan pada saat-saat akhir.

A. Usul B. Pendapat

C. Rancangan D. Wawasan

2. __________________ kawasan air terjun menarik perhatian pelancong dari

dalam dan luar negara.

A. Kebahagiaan B. Keindahan

C. Keamanan D. Kehalusan

3. Semua ahli Persatuan Bahasa Melayu sebulat suara bersetuju dengan

__________________ Haikal.

A. gagasan B. helah

C. pendapat D. rahsia

4. ___________________ peragawati yang memperagakan baju kebaya itu

sungguh menawan hati para penonton.

A. Senyuman B. Sorakan

C. Siulan D. Hebahan

1
5. “Negara kita mengalami ____________Khatulistiwa,” Kata Cikgu Hamidah

kepada murid-muridnya.

A. suhu B. iklim

C. suasana D. paras

6. Taman Muhibbah akan mengalami _____________ bekalan air selama 48 jam.


A. sekatan B. gangguan

C. halangan D. potongan

7. _____________________ telah dipilih menjadi hakim pertandingan

mendeklamasikan sajak peringkat sekolah .

A. Inspektor Fauzan B. Doktor Farah

C. Imam Ahmad D. Cikgu Azlina

8. ______________________ ditugaskan untuk menyiasat kes penculikan anak

seorang jutawan.

A. Doktor Ameena B. Cikgu Mazni

C. Inspektor Rahim D. Haji Daud

9. Puan Roziah sedang _________________ nasi untuk hidangan makan malam

keluarganya.

A. menyalai B. menanak

C. memanggang D. membakar

10. Mak Cik Salmah sedang _________________ ikan untuk dimasak asam

pedas.

A. menghiris B. menyembelih

C. menyiang D. memancung

2
11. Pakaian di ampaian itu _________________ oleh pembantu rumah Datuk

Fauzi pagi tadi.

A. disidai B. dilekat

C. dipasang D. digantung

12. Pak Sudin __________________ kayu api dengan sebilah kapak yang tajam.

A. menghiris B. membelah

C. mencantas D. memangkas

13. Permohonan untuk mengadakan lawatan itu perlu disertakan dengan

_____________________.

A. kertas mahjong B. kertas kerja

C. kertas tulis D. kertas catatan

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Masyarakat Melayu menghidangkan pulut kuning dalam majlis kenduri.

A. Majlis kenduri dihidangkan oleh masyarakat Melayu pulut kuning.

B. Masyarakat Melayu dihidangkan oleh pulut kuning dalam majlis kenduri.

C. Pulut kuning dihidangkan oleh masyarakat Melayu dalam majlis kenduri.

D. Pulut kuning dihidangkan dalam masyarakat Melayu oleh majlis kenduri.

15. Pilih ayat yang betul.

A. Penyanyi itu bersuara amat benar merdu ketika melagukan irama asli.

B. Persembahan tarian dabus itu benar hambar.

C. Penari-penari itu sungguh amat segak sekali.

D. Anyaman tikar itu amat unik dan menarik perhatian kami.

3
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Negara Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum. Mereka terdiri

daripada kaum Melayu, Cina, India dan beberapa etnik lain. Kehidupan

mereka sangat unik kerana saling menghormati antara satu sama lain.

Pelbagai budaya sama ada makanan, pakaian dan cara hidup yang

diamalkan oleh kaum-kaum tersebut telah menjadi satu landasan muhibah

bahawa tiada berlaku perbalahan antara mereka. Mereka saling

bermuafakat dan tidak merendah-rendahkan orang lain.

Budaya memberi salam telah menjadi satu ikutan kepada kaum-kaum

lain kerana memberi salam bukan sahaja digalakkan oleh agama Islam,

tetapi kaum lain juga turut bersalaman apabila bertemu. Secara tidak

langsung hal ini telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang harmoni.

16. Bermuafakat bermaksud ________________.

A. berbincang B. bertindak

C. seia sekata D. berbicara

17. Mengapakah masyarakat di Malaysia dikatakan sangat unik ?

A. Saling menghormati antara kaum.

B. Kepelbagaian etnik yang hidup bermuafakat.

C. Budaya memberi salam yang diamalkan.

D. Malaysia negara yang harmoni.

4
18. Apakah bukti amalan kaum-kaum ini dijadikan satu landasan muhibah antara

mereka ?

A. Kepelbagaian kaum yang bersalam-salaman antara satu sama lain.

B. Perbezaan budaya yang diamalkan di Malaysia.

C. Kepelbagaian kaum yang bermuafakat dalam aktiviti kemasyarakatan.

D. Setiap kaum ada makanan, pakaian dan cara hidup sendiri.

19. Apakah amalan yang dijadikan satu budaya oleh kaum-kaum ini ?

A. Budaya merendah-rendahkan orang B. Budaya muafakat

C. Budaya hormat-menghormati D. Budaya memberi salam

20. Berikut ialah kesan yang akan terjadi jika kaum-kaum ini bertelagah kecuali

A. rusuhan kaum B. saling menghormati

C. perbalahan antara kaum D. bertikam lidah

5
BAHAGIAN B : Jawab semua soalan.

Soalan 21 : Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

masalah kawalan mematuhi punca maklumat utama

kemalangan mengikuti melebihi pandangan dikehendaki

Punca _____________________ yang menyumbang kepada meningkatnya kadar

kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna yang tidak ___________________

peraturan jalan raya. Antara sikap buruk pengguna ialah amalan memandu

melebihi had laju dan tidak memberikan tumpuan ketika memandu. Keadaan jalan

raya yang tidak lurus dan berlubang juga merupakan ____________________

berlakunya kemalangan. Keadaan jalan raya yang tidak lurus dan berlubang boleh

mengakibatkan pemandu dan pengguna jalan raya hilang __________________

sehingga menyebabkan berlakunya _________________ yang tidak diingini.

(5M)

Soalan 22

A. Tandakan ( ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah.

i ) Saya berpendapat __________________ masalah penduduk kampung ini

harus dibincang bersama ketua kampung.

( ) bahawa ( ) kerana ( ) yang

ii) Rowena segera pulang ke Kota Kinabalu ______________ bapanya sakit.

( ) sementara ( ) kerana ( ) semenjak

( 2M )

B. Lengkapkan peribahasa yang berikut .

6
i. Jangan seperti kacang _________________________________________.

ii. Berat sama dipikul ringan ______________________________________.

( 2M )

C. Bina ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberi.

i. bidang

___________________________________________________________

___________________________________________________________

ii. keping

___________________________________________________________

___________________________________________________________

iii. ekor

___________________________________________________________

___________________________________________________________

( 6M )

Soalan 23

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini masih kurang jika

dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Jika dilihat di stesen-stesen bas,

komuter dan kereta api umpamanya, agak kurang kelihatan orang awam membawa

bahan bacaan. Sebaliknya rakyat di negara Eropah dan Jepun biasanya

menghabiskan masa dengan membaca semasa menunggu pengangkutan awam.

7
Kempen galakan membaca perlu diadakan dari masa ke semasa. Ini

bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kebaikan membaca. Pihak

media massa seperti surat khabar, radio dan televisyen perlu memainkan peranan

untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Amalan membaca bukan sahaja mengisi masa terluang malah dapat

menambah pengetahuan. Kita juga dapat mengetahui perkembangan semasa yang

berlaku di dalam dan di luar negara.

Amalan membaca patut dipupuk sejak kecil. Kanak-kanak yang suka

membaca akan menjadikan amalan tersebut sebagai sebahagian daripada hidup

mereka sehingga dewasa kelak.

a. Kempen bermaksud ______________________________________.

( 1M )

b. Amalan membaca dalam kalangan masyarakat negara ini masih ____________

_________________________________________________________.

( 2M )

c. Apakah amalan yang dilakukan oleh rakyat di negara Eropah dan Jepun semasa

menunggu pengangkutan awam ?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

( 2M )

8
d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Kempen galakan membaca perlu kerap

diadakan.

Pihak media massa perlu memainkan

peranan untuk menggalakkan budaya Betul

membaca.

Amalan membaca boleh membazir

masa yang terluang. Salah

Amalan membaca perlu dipupuk sejak

kecil lagi.

( 2M )

9
Soalan 24 : Baca puisi di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bumi semakin tercemar

Asap kilang, asap kenderaan

Masalah jerebu

Mencemarkan udara

Menjadi kotor dan tercemar

Sungai semakin mengalir lesu

Penuh sampah sarap

Sisa toksik dibuang sesuka hati

Pokok-pokok hutan semakin banyak ditebang

Bukit-bukau jadi tanah gondol

Hakisan tanah berlaku

Banjir lumpur membaca bencana

Selamatkan bumi kita

Selamatkan sebelum terlambat

Agar generasi akan datang

Dapat hidup lebih sejahtera

1. Apakah punca-punca berlakunya pencemaran udara ?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

( 2M )

2. Mengapakah air sungai mengalir dengan lesu ?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(2M)

10
3. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang

salah berdasarkan puisi tersebut.

Bukit-bukau menjadi gondol kerana banyak pokok

hutan ditebang.

Hakisan tanah bukan penyebab banjir lumpur berlaku.

( 2M )

4. Selamatkan bumi kita

Selamatkan sebelum terlambat

Terangkan maksud baris sajak di atas.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

( 2M )

11

You might also like