Himpunankajiankesdilemakanak Kanak

You might also like

You are on page 1of 215

ISBN 978-967-0638-84-3

HIMPUNAN
KAJIAN KES

Editor : AMINAH AYOB

Penerbitan

PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA, UPSI


(National Child Development Research Centre, NCDRC)
2018
Himpunan Kajian Kes : Dilema Kanak-Kanak Di Malaysia
Himpunan Kajian Kes : Dilema Kanak-Kanak Di Malaysia

Editor : Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah Bt Ayob

Cetakan Pertama

Tahun : 2018
Hak cipta : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ISBN : 978-967-0638-84-3
Dicetak oleh :

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara
tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
(NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Penerbit :

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)


Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 015-48797129
Faks : 015-48117294
Laman web : http://ncdrc.upsi.edu.my
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

PRAKATA

Dalam zaman yang serba pantas dengan teknologi yang serba moden ini, kanak-kanak tidak terlepas
daripada menghadapi pelbagai dilema dalam kehidupan mereka setiap hari. Kanak-kanak ini terjebak
dalam pelbagai dilema yang bukan disebabkan perbuatan mereka sendiri, tetapi adalah disebabkan
keadaan kehidupan keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. Namun, ramai ahli masyarakat yang
tidak menyedarinya.

Kanak-kanak menghadapi pelbagai dilema yang membimbangkan, misalnya ada pembuli di sekolah
atau di dalam kelas, ada rakan yang sentiasa mengajak untuk melakukan aktiviti devien dan
delinkuen, ada kanak-kanak dalam kemiskinan tegar, ada kanak-kanak yang terpaksa tinggal dalam
keluarga tunggal atau di rumah anak yatim, dan ada kanak-kanak yatim yang menghadapi masalah
dengan keluarga angkat. Setiap masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, baik isu kemiskinan,
kehilangan ibu bapa, isu penyakit dan kesihatan, keselamatan dan penderaan - semuanya telah
dibuktikan (melalui penyelidikan) memberi kesan jangka panjang kepada emosi, pendidikan dan
kesihatan kanak-kanak.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Kursus 6024: Isu-isu Dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah bimbingan Prof. Eme. Dato’ Dr Aminah Ayob kerana
berjaya mengenengahkan isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia dalam seminar dengan
tajuk yang sama. Prosiding ini membuktikan kejayaan dan kesarjanaan anda dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Kami bangga dengan pencapaian anda sekalian. Semoga perkongsian
ini memberi manfaat kepada pembaca.

Syabas.

(PROF. DR. SOPIA BT MD YASSIN)


PENGARAH
PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


1
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KATA ALUAN

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar dalam Kursus
KPI6024: Isu-isu dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, Semester 2, Sidang Akademik 2016-2017
kerana berjaya menganjurkan seminar yang bertemakan Dilema Kanak-kanak, dan menghasilkan
sebuah Buku Prosiding yang lengkap. Syabas.

Daripada kertas-kertas kerja yang terdapat dalam Prosiding ini, saya percaya para pelajar telah
mengkaji pelbagai isu yang berkaitan dengan kanak-kanak dan relevan dijadikan bahan perbincangan
dalam sebuah seminar di peringkat sarjana. Semua kertas kerja dalam prosiding ini boleh dijadikan
rujukan kepada pelajar-pelajar dan penyelidik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak,
khususnya pelajar-pelajar Sarjana dan Sarjana Muda PAKK di UPSI dan di seluruh negara. Prosiding
ini membuktikan kemampuan pelajar-pelajar UPSI menghasilkan kajian-kajian kes yang baik dan
membina keprihatinan masyarakat untuk melihat isu-isu kanak-kanak dari perspektif kanak-kanak
sendiri.

Diharap pelajar-pelajar yang mendaftar kursus KPI6024 pada semester-semester akan datang dapat
mengambil iktibar dan mencontohi usaha yang lakukan oleh pelajar-pelajar KPI6024 semester 2,
2016-2017 ini.

Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, saya mengucapkan tahniah kepada semua
pelajar yang terlibat menjayakan seminar “Dilema Kanak-kanak” dan menghasilkan buku Prosiding
Seminar yang lengkap.

Semoga terus berjaya.

(PROF. MADYA DR. NORAZILAWATI BT ABDULLAH)


PENYELARAS PENERBITAN
PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2018

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


2
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KATA PENGANTAR

Isu mengenai pendidikan awal kanak-kanak (PAKK), sama ada di peringkat tempatan atau global
terlalu banyak untuk dibincangkan. Kanak-kanak kini menjadi mangsa dalam pelbagai masalah yang
dicetuskan oleh orang dewasa. Antaranya adalah isu mengenai kemiskinan, keselamatan dan
kesihatan yang dikatakan isu-isu utama dalam mempengaruhi kesejahteraan kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar Program Sarjana Pendidikan (PAKK) yang mengikuti kursus
KPI6024: Isu-isu dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak telah diminta untuk menjalankan kajian kes
berkaitan dengan isu-isu yang tersebut di atas di peringkat Negara, dan membentangkan hasil kajian
mereka dalam sebuah seminar yang mereka anjurkan sendiri. Latihan ini, disamping meningkatkan
kemahiran penyelidikan dalam kalangan pelajar, juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar menjadi
sarjanawan yang peka dan pintar menganalisis isu-isu kanak-kanak dalam masyarakat.

Kertas kerja dalam buku ini telah disemak dan disunting dengan teliti supaya mencapai tahap kualiti
kesarjanaan yang tinggi.

Kepada semua penyelidik dan penulis kertas kerja dalam buku ini, saya percaya pengalaman yang
anda perolehi dari penganjuran seminar ini dan penyelidikan serta persediaan kertas kerja yang
dihasilkan merupakan pengalaman pembelajaran yang paling bermakna dalam hidup anda. Saya
berharap pembelajaran ini terus diulangi pada masa hadapan sehingga anda menjadi seorang
sarjanawan yang cemerlang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA

(PROF. EME. DATO’ DR. AMINAH AYOB)


EDITOR
2018

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


3
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

SENARAI KANDUNGAN MUKA


SURAT
Kata Aluan 1

Prakata 2

Kata Pengantar 3

Senarai Kandungan 4-5

DILEMA KANAK-KANAK DI MALAYSIA 6 - 22


Aminah Ayob

KESAN PERCERAIAN TERHADAP EMOSI KANAK-KANAK: KAJIAN


KES DUA ORANG MUIRD SEKOLAH RENDAH DI AMPANG,
SELANGOR. 23 - 31
Mohamad Albaree Abdul, Mohd Nur Sahid Azman, Kaweng Wanbayuree
dan Aminah Ayob

KEMISKINAN KELUARGA IBU TUNGGAL DAN IMPLIKASI


TERHADAP KEHIDUPAN HARIAN KANAK-KANAK: SATU KAJIAN
KES DI SETAPAK, KUALA LUMPUR. 32 - 48
Gan Siew Choo, Hong Pei Ch’i, Kang Yin Hooi dan Aminah Ayob

KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK DI RUMAH


DISEBABKAN KECUAIAN IBU BAPA. 49 - 57
Geneswary Machai Anandan, Seetha Devi Andiappan dan Aminah Ayob

KESAN KEMISKINAN TEGAR TERHADAP KESIHATAN DAN


PENCAPAIAN AKADEMIK KANAK-KANAK: SATU KAJIAN KES DI
MENTAKAB, PAHANG. 58 - 71
Subathira Chelapah, Janagi Kurusamy dan Aminah Ayob

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU DEVIAN:


KAJIAN KES DUA ORANG ANAK YATIM DI SEBUAH PUSAT
JAGAAN ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DI SELANGOR.
72 - 87
Mohamad Azlan Ali Yasak, Wan Ahmad Shaffin Wan Ahmad Nasri,
Hasmawiyah Jidaruddin dan Aminah Ayob

TINGKAH LAKU DEVIAN PELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH


MENENGAH DI KUALA LUMPUR.
88 - 108
Nur Adliza Mohd Fuad, Atia Faranajwa Roslan, Revathi Ramachandran dan
Aminah Ayob

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


4
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

SENARAI KANDUNGAN MUKA


SURAT
PENGABAIAN IBU BAPA DALAM KESELAMATAN KANAK-KANAK
DI JALAN RAYA
Nur Hafezah Md. Nor, Wan Nur Ainna Waheda Rozali, Nur Syahidah 109 - 125
Azizan dan Aminah Ayob

PERBANDINGAN KEPERLUAN ASAS DAN EMOSI DUA ORANG


ANAK YATIM YANG DIPELIHARA OLEH KELUARGA ANGKAT
DENGAN YANG TINGGAL DI RUMAH JAGAAN ANAK YATIM:
KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA. 126 - 139
Nur Zaleha Mahadi, Wan Shazwani Nadiah Wan Abdul Rahman, Anis
Shazreen Shamsir dan Aminah Ayob

DILEMA IBU TUNGGAL BEKERJA DALAM MEMBESARKAN


ANAK-ANAK
Philina Anak Adau, Rima Wani Merin, Vornicca Sani Anak Medan dan 140 - 156
Aminah Ayob

HUBUNGAN KELUARGA ANGKAT DENGAN DUA ORANG ANAK


YATIM KEMBAR YANG BERKEPERLUAN KHAS
Senthamarai Kothandan, Arulmozhi Narayanasamy, Aida Yahya dan 157 - 173
Aminah Ayob

IMPAK TERHADAP PENDIDIKAN, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-


KANAK PESAKIT KANSER: SATU KAJIAN KES DI KLANG,
SELANGOR
Siti Fatimah Md Salleh, Marhamah Abu Zahar, Khodaeh Huda dan Aminah 174 - 184
Ayob

KESAN EMOSI MANGSA BULI: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH


RENDAH
Siti Nur Hafiza Mohd Nasir, Vekneswary M. Elango, Ratha Muniandy dan 185- 196
Aminah Ayob

IMPAK KEMISKINAN TERHADAP PENDIDIKAN KANAK-KANAK


Suapnah Muniady, Nur Sayidah Fatimah Zaman Huri, Nur Baiti Saarani dan 197 - 212
Aminah Ayob

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


5
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

DILEMA KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Aminah Ayob
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Istilah dilema dalam keleksi kajian kes ini bermaksud masalah atau situasi rumit yang tidak
mempunyai suatu penyelesaian yang terbaik atau tidak mudah untuk diselesaikan. Dilema kanak-
kanak merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
keprihatinan pihak-pihak tertentu untuk membantu mereka menghadapi masalah tersebut dengan
sebaik mungkin. Dilema kanak-kanak yang bincangkan dalam buku ini adalah berdasarkan kajian-
kajian kes yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik dari kursus Isu-isu Semasa Dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Di antara dilema yang dikaji ialah kemiskinan kanak-kanak, kanak-kanak yatim
di rumah jagaan anak yatim, kanak-kanak dalam perlindungan, kanak-kanak yang dibesarkan oleh
ibu tunggal, kanak-kanak yang mengidap penyakit, kanak-kanak devian dan mangsa buli, dan
pengabaian kanak-kanak. Dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak ini diselidiki dari pandangan
kanak-kanak sendiri, agar ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan lebih memahami dan berempati
terhadap kanak-kanak yang berdepan dengan dilema-dilema tersebut.

Kata kunci: Dilema kanak-kanak, pendidikan awal kanak-kanak, kajian kes, kemiskinan kanak-
kanak, kanak-kanak yatim, ibu tunggal, kanak-kanak devian, kanak-kanak mangsa buli, dan
pengabaian kanak-kanak.

PENGENALAN

Sebelum membincangkan mengenai dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak, terlebih dahulu makna
dilema itu sendiri perlulah difahami. Definisi yang diberi oleh Psychology Dictionary1 ialah: situasi
sulit yang menjadi masalah dan memerlukan pilihan dibuat antara dua atau lebih kemungkinan untuk
menyelesaikannya, tetapi semua kemungkinan yang ada bukanlah kemungkinan yang terbaik untuk
kanak-kanak yang terlibat. Dalam penggunaan biasa, dilema dimaksudkan sebagai situasi di mana
pilihan perlu dibuat di antara beberapa pilihan yang ada walaupun pilihan itu tidak sebaiknya dapat
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam situasi sedemikian, seseorang yang sedang
menghadapi sesuatu masalah, dikatakan berhadapan dengan dilema kerana pilihan-pilihan yang ada
di hadapannya tidak benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Contohnya, dilema
kanak-kanak dalam kemiskinan atau kanak-kanak tanpa kerakyatan – apakah alternatif atau
kemungkinan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan? Sebenarnya tidak

1
(https://psychologydictionary.org/dilemma/)
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
6
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

ada jalan penyelesaian yang jelas dalam kedua-dua dilema tersebut kecuali dengan bantuan atau
kesedaran pihak-pihak berkenaan, untuk meringankan bebanan yang ditanggung. Cushman & Young
(2009) menerangkan bahawa dilema merupakan konflik yang dihadapi, misalnya dilema etika dan
dilema moral dalam psikologi. Dilema dikatakan wujud apabila terdapat beberapa jawapan yang
bertentangan kepada persoalan atau masalah yang dihadapi dan tiada jawapan yang tepat.

Pihak-pihak yang mengkaji mengenai dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak menyatakan
bahawa dilema ini jika tidak ditangani dengan segera, ianya boleh mempengaruhi pertumbuhan otak
kanak-kanak yang kemudian akan menjejaskan masa hadapan dan kehidupan mereka. Center on the
Developing Child, Harvard University, pada tahun 2015 telah mengeluarkan “Series of Brief
Summaries” yang melaporkan bahawa masa hadapan sesebuah masyarakat bergantung kepada
kemampuan masyarakat itu membina perkembangan sihat generasi akan datang. ‘Brief summaries’
tersebut menerangkan mengenai biology of stress – yang menerangkan bahawa perkembangan
kanak-kanak akan terbantut jika badan dan otaknya terpaksa merespon kepada stres yang keterlaluan
dan berpanjangan disebabkan dilema yang dihadapi. Stres ini dinamakan toxic stress, yang
memberikan kesan buruk kepada pembelajaran, tingkah laku, dan kesihatan kanak-kanak sepanjang
hidupnya.

“The future of any society depends on its ability to foster the healthy development of
the next generation. Extensive research on the biology of stress now shows that
healthy development can be derailed by excessive or prolonged activation of stress
response systems in the body and brain. Such toxic stress can have damaging effects
on learning, behavior, and health across the lifespan.”2

Kanak-kanak yang menghadapi dilema adalah kanak-kanak yang berada dalam keadaan
stres. Lebih serius dilema yang dihadapi, lebih kritikal keadaan stres yang dirasakannya
menyebabkan stres itu menjadi toksik yang meracuni perkembangan sihat tubuh badan dan
mindanya. Rencana ini membincangkan sepintas lalu pelbagai dilema yang dihadapi oleh kanak-
kanak hasil kajian pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
membentangkan kertas kerja mereka dalam Seminar Isu-isu Semasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak pada 13 Mei 2017. Rencana ini merumuskan semua kertas kerja yang dibentangkan untuk
menonjolkan betapa rumitnya dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak sehingga menjejaskan

2
https://developingchild.harvard.edu/resources/inbrief-the-impact-of-early-adversity-on-childrens-
development-video/

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


7
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kesihatan, emosi dan pembelajaran mereka, kini dan masa hadapan. Rencana terperinci setiap kertas
kerja tersebut diberikan dalam buku ini.

ANALISIS DILEMA KANAK-KANAK DI MALAYSIA

1. Dilema kanak-kanak dalam kemiskinan

Kemiskinan kanak-kanak sangat merosakkan, kerana ia menghancurkan keseluruhan perkembangan


kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial. Keadaan ini mempengaruhi kesihatan
fizikal dan mental kanak-kanak, yang seterusnya memberi impak kepada taraf pendidikan yang
rendah, dan akhirnya menyebabkan kitaran kemiskinan berulang dalam keluarga. Statistik World
Bank (2016) menunjukkan terdapat 385 juta kanak-kanak atau 47% kanak-kanak dunia berada dalam
kemiskinan tegar di mana pendapatan keluarga adalah kurang daripada $1.25 atau RM5.07 sehari
(Rajah 1.1). Di Malaysia, kajian oleh Khazanah Research Institute (2016) menunjukkan kadar
kemiskinan tegar sebanyak 0.2% pada 2012 telah dapat dibasmikan pada 2014, dan kadar kemiskinan
yang masih ada pada 2014 hanyalah 0.6% sahaja. Menurut UNICEF Malaysia, Sabah dan Kelantan
adalah dua buah negeri yang paling ramai kanak-kanak dalam kemiskinan – rekod menunjukkan
terdapat 31% dan 15% masing-masingnya pada tahun 2013.

Kajian kes yang dijalankan oleh Gan Siew Choo, et al.


Kemiskinan Kanak-kanak
(World Bank, 2016) (2017) menghuraikan perihal kemiskinan seorang murid

5% perempuan sekolah rendah yang berumur 11 tahun, yang


terpaksa hidup merempat di kaki lima bersama ibu dan
35% 47% empat orang adik-adiknya selepas bapa mereka
menghilangkan diri kerana berhutang dengan along3. Mereka
13% terpaksa tinggal di kaki lima kedai di bandar Setapak, Kuala
>12 thn 13-18 thn 19-60 thn >60 thn Lumpur selama lebih sebulan sebelum diberikan tempat
tinggal baru oleh masyarakat yang prihatin. Sepanjang masa
itu, kanak-kanak ini terdedah kepada pelbagai isu keselamatan, kesihatan, dan kebersihan.
Disebabkan tiada tempat untuk belajar dan membersihkan diri dan pakaian, maka kanak-kanak ini
akhirnya terpaksa meninggalkan bangku sekolahnya. Pendidikannya sebelum itu adalah baik dan
maju, namun selepas kehilangan bapanya, keluarganya menghadapi kesulitan yang amat teruk untuk

3
‘along’ ialah pemberi hutang yang menindas mangsanya dengan faedah yang tinggi dan memeras ugut
mangsanya jika hutang itu tidak/lambat dibayar. Mereka juga dikenali sebagai kumpulan samseng ceti haram.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
8
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membayar sewa rumah dan perbelanjaan harian sehingga ibunya terpaksa bekerja siang dan malam.
Kos hidup yang tinggi untuk disara oleh seorang ibu yang tiada berpendidikan tinggi amatlah sukar.
Mereka tinggal dalam keadaan sangat miskin dan menderita, dihalau oleh tuan rumah dan terpaksa
meminta sedekah untuk makan dan minum. Oleh kerana kerap memakan makanan sisa dan makanan
segera, kanak-kanak ini yang baru memasuki aqil balikh menjadi seumpama seorang kanak-kanak
obes. Dia kerap berjalan-jalan tanpa memakai coli dan seluar dalam kerana tiada tempat untuk
membasuh pakaian. Kanak-kanak ini menghadapi risiko keselamatan yang sangat tinggi. Inilah
dilema kanak-kanak yang cuba ditonjolkan oleh penyelidik-penyelidik tersebut.

Satu lagi kes kemiskinan tegar seorang murid sekolah rendah telah dikaji oleh Subathira
Chelapah, Janagi Kurusamy dan Aminah Ayob (2017). Mereka mendapati kanak-kanak yang
berumur 9 tahun ini, oleh kerana terlalu miskin, tidak mampu mengadakan alat-alat persekolahan
yang asas seperti pensil, buku, pembaris, pemadam, dan pakaian sekolah yang kemas. Baju
sekolahnya berwarna kekuningan disebabkan dibasuh di sungai yang mengalir dari ladang kelapa
sawit yang berhampiran rumahnya. Di rumahnya tiada sebarang peralatan dapur (hanya sebuah
periuk dan dapur kayu), juga tiada peralatan tidur - hanya ada sebuah katil buruk, dan mereka semua
mereka tidur di atas lantai tanpa bantal. Tiada lampu elektrik, hanya ada sebuah pelita minyak tanah,
dan dua buah meja empat segi yang telah usang. Disebabkan sentiasa diperlekehkan oleh kawan-
kawan dan guru, kanak-kanak ini mula membenci untuk ke sekolah, dan dia menunggu hari hujan
untuk mencari alasan ponteng sekolah sebab kawasan rumahnya akan menjadi tepu air dan banjir,
walaupun dengan hujan yang sedikit. Ibu bapanya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka
terlalu miskin, dan tidak mampu menyediakan walau sebuah buku atau meja untuk kanak-kanak ini
belajar. Mereka juga tiada sebarang harapan anak mereka boleh belajar seperti kanak-kanak lain.
Demikianlah impak kemiskinan tegar terhadap kanak-kanak – bukan sahaja terhadap pendidikan dan
kesihatannya tetapi juga emosi dan sosialnya turut terjejas, buat selama-lamanya.

Sebuah lagi kajian kes mengenai kanak-kanak dalam kemiskinan telah dilakukan oleh
Suapnah Muniady, Nur Sayidah Fatimah Zaman Huri, Nur Baiti Saarani dan Aminah Ayob (2017).
Mereka mengkaji pandangan dua orang kanak-kanak miskin terhadap diri sendiri dan pendidikan,
serta harapan masa hadapan mereka. Dapatan kajian kes ini menunjukkan kedua-dua orang kanak-
kanak miskin ini memandang diri mereka tidak sama dengan kanak-kanak lain; mereka sentiasa
melihat diri mereka serba kekurangan, tidak setaraf dan merasa sangat malu apabila selalu ditegur
oleh guru disebabkan kedaifan rupa, pakaian, kasut, peralatan sekolah, tidak membuat kerja rumah
dan lemah dalam pembelajaran. Pandangan ini akhirnya menyebabkan mereka mempunyai sikap
kendiri negatif dan inferior. Kerana itu, mereka tidak mempunyai kawan baik di sekolah, dan kerap
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
9
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

dibuli oleh murid-murid lain secara fizikal – ditendang dan dipukul atau diperlakukan seperti hamba.
Salah seorang daripada kanak-kanak itu digelar oleh gurunya sebagai ‘Linus tegar’, bermakna dia
tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (berdasarkan ujian Linus) walaupun
telah beberapa kali dimasukkan ke kelas pemulihan. Disebabkan perasaan kurang senang berada di
sekolah, maka kedua-dua kanak-kanak miskin ini lebih ponteng sekolah: seorang membantu ayah
dan abangnya mencari mentarang di laut sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarganya,
dan seorang lagi membantu ibunya menjual kuih di gerai tepi jalan sehingga lewat malam.

Demikianlah impak kemiskinan terhadap kanak-kanak. Kedua-dua kes ini memberikan


kesedaran kepada semua pihak agar prihatin dengan kewujudan kanak-kanak miskin di negara ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan 6 aspirasi murid, dan satu
daripadanya ialah menyediakan peluang atau akses yang sama kepada semua kanak-kanak untuk
mendapat pendidikan yang berkualiti. Pihak sekolah yang mempuyai murid-murid miskin perlu sedar
tanggungjawab mereka dan lebih prihatin untuk memberi pertolongan kepada golongan kanak-kanak
ini. Kanak-kanak ini perlu ditolong melalui pendidikan supaya mereka dapat keluar daripada kitaran
kemiskinan keluarganya.

2. Dilema kanak-kanak yatim di rumah jagaan dan kanak-kanak dalam perlindungan

Kanak-kanak yatim adalah kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa kerana kematian.
Kanak-kanak yatim piatu adalah mereka yang tiada kedua-dua ibu dan bapanya juga disebabkan
kematian. Kanak-kanak dalam perlindungan, tidak semestinya kanak-kanak yatim, mereka adalah
kanak-kanak yang diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) kerana
telah atau berpotensi dianiaya, didera, ditinggalkan atau diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga
mereka. Terdapat juga kanak-kanak dalam perlindungan kerana ibu bapa mereka berada di dalam
penjara atau penagih dadah. Kanak-kanak yatim, yatim piatu dan kanak-kanak dalam perlindungan
biasanya ditempatkan di rumah jagaan anak-anak yatim yang berdaftar dengan JKMM dan diberi
bantuan oleh kerajaan.

Menurut laporan JKMM, pada tahun 2014 terdapat 5,940 orang kanak-kanak yatim dan
yatim piatu di bawah umur 17 tahun tinggal di rumah jagaan anak yatim di seluruh negara. 1,440
daripadanya tinggal di rumah jagaan kendalian kerajaan dan selebihnya tinggal di institusi swasta
yang berdaftar. Pihak JKMM berpendapat jumlah sebenar adalah jauh lebih besar terutama kanak-
kanak yatim yang tinggal di rumah-rumah jagaan yang tidak berdaftar. Statistik JKMM juga
menunjukkan terdapat 4,453 kanak-kanak dalam perlindungan pada tahun 2015, meningkat sebanyak

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


10
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

3.7% dari tahun 2014. Seramai 2,464 orang kanak-kanak diberi perlindungan di beberapa rumah
kanak-kanak kendalian kerajaan seperti Rajah 1.

Rajah 1: Kanak-kanak dalam


perlindungan di institusi kanak-
kanak Malaysia 2015.
(Sumber: JKMM dalam Jabatan Perangkaan
Malaysia, 15 Disember 2016)

Menurut pengarah JKMM 4 , kanak-kanak tidak sepatutnya membesar di rumah jagaan,


mereka sepatutnya tinggal bersama keluarga yang prihatin. Kanak-kanak yang tinggal di rumah
jagaan anak-anak yatim tidak dapat merasa pengalaman membesar dalam suasana kekeluargaan.
Keadaan ini telah dibuktikan sangat mempengaruhi perkembangan otak dan emosi kanak-kanak dan
menyebabkan berlaku kelewatan pembelajaran. Menurut van Ijzendoorn, et al. (2014), ‘children
exposed to institutional care often suffer from structural neglect ...and delay in the important areas
of physical, hormonal, cognitive, and emotional development’.

Tiga buah kajian mengenai kesan kehidupan di rumah jagaan anak yatim telah dibentangkan
dalam seminar ini. Kajian oleh Mohamad Azlan Ali Yasak, et al. (2017) mendapati dua orang anak
yatim yang mereka kaji sangat tidak gembira berada di rumah jagaan yang telah menjaga mereka
sejak beberapa tahun lepas, namun mereka tiada pilihan dan terpaksa tinggal di situ. Kedua-dua
kanak-kanak ini, berumur 12 dan 17 tahun, telah melakukan tingkah laku devian seperti menipu,
mencuri, bergaduh dan ponteng sekolah. Kanak-kanak yang tinggal di rumah jagaan anak yatim
kerapkali menghadapi dilema dan pergolakan emosi yang tidak difahami oleh warden dan pengurus
rumah anak yatim sendiri. Kajian tersebut melaporkan, setiap hari mereka terpaksa mengikuti rutin
dan peraturan yang sangat ketat di rumah jagaan itu, tanpa ada privasi dan sebarang kebebasan. Ada
kala mereka merasa seperti terkongkong dan terpenjara tanpa boleh bersuara, padahal mereka juga
mempunyai keperluan asas seperti kanak-kanak lain, ingin merasa bebas, mempunyai hobi sendiri,
dan boleh berinteraksi dengan kawan-kawan di luar rumah jagaan tersebut. Mereka juga perlukan
wang saku untuk membeli sesuatu yang mereka inginkan, tetapi semua itu dikawal oleh warden and
pengurus rumah jagaan tersebut – “sebab itulah mereka mencuri dan berbohong serta berani

4
http://www.thestar.com.my/news/community/2014/06/17/a-home-for-every-child-orphans-deserve-to-grow-
up-in-a-family-setting-says-orphancare-chairman/#Wp1loymmGcErxpdr.99

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


11
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menipu”. Bermula dengan masalah kecil, akhirnya membawa kepada masalah-masalah yang lebih
serius. Namun, patutkah kita persalahkan kanak-kanak tersebut tanpa memperdulikan perasaan dan
emosi mereka? Tidakkah mereka juga inginkan kehidupan seperti kanak-kanak lain? Pengkaji kes ini
merumuskan bahawa faktor yang mendorong kanak-kanak yang tinggal di rumah jagaan anak yatim
melakukan tingkah laku devian adalah kerana dilema emosi dan kecelaruan perasaan yang dialami –
iaitu desakan untuk dihargai dan dikasihi serta kemahuan untuk mendapat hak sebagai individu
normal yang dipunyai oleh kawan-kawannya yang lain. Dilema kanak-kanak ini patut difahami dan
diteliti supaya tindakan yang bijak dilakukan demi kebaikan kanak-kanak itu sendiri dan masa
hadapan mereka.

Kajian oleh Nur Zaleha Mahadi, et al. (2017) mengukuhkan dapatan kajian oleh Mohamad
Azlan Ali Yasak et al. (2017). Mereka telah membandingkan keperluan asas dan emosi yang
dihadapi oleh dua orang anak yatim; seorang tinggal di rumah jagaan anak yatim dan seorang lagi
tinggal dengan keluarga angkat. Dapatan mereka menunjukkan kehidupan di rumah jagaan anak
yatim tidak membantu kanak-kanak berkembang secara optima, malah sebaliknya dalam kes ini,
kanak-kanak tersebut sentiasa mengalami kebimbangan, hilang minat belajar, gagal dalam pelajaran
dan bersifat antisosial. ‘Dia menjadi pembengis’ (apabila di luar daripada rumah jagaan tersebut),
dan melakukan tingkah laku yang tidak menyenangkan guru di sekolah. Ini semua kerana keperluan
emosinya tidak terpenuh, tiada tempat baginya untuk berkongsi isi hati dan meluahkan perasaan. Dia
merindukan ibu bapanya dan hanya menelan perasaan sedihnya sendiri. Dia sentiasa menginginkan
kehidupan bahagia dalam sebuah keluarga seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain. Apabila
dibandingkan dengan kes kanak-kanak yatim yang tinggal dengan keluarga angkat, didapati kanak-
kanak ini mempunyai kehidupan yang sangat ceria, bersikap positif dan berkeyakinan diri – tiada
perasaan bimbang atau murung, malah dia seorang murid yang berjaya dalam pelajarannya. Kanak-
kanak ini sangat disayangi oleh keluarga angkatnya kerana dia telah dipelihara sejak kecil. Dia juga
disayangi oleh anak-anak keluarga angkatnya.

Satu kajian lain yang djalankan oleh Senthamarai Kothandan, et al. (2017) mengenai
hubungan dua orang anak yatim kembar berkeperluan khas dengan keluarga angkat mereka
mendapati hubungan yang terjalin adalah sangat baik, dan ini memberi kesan positif terhadap
perkembangan kedua-dua orang kanak-kanak tersebut. Walaupun kanak-kanak yatim kembar ini
disahkan mengalami masalah pembelajaran (disleksia), tetapi ibu bapa angkat mereka sangat sayang
kepada kedua-duanya. Kasih sayang ini, walaupun hanya pada waktu cuti sekolah sahaja (kerana
keluarga angkat ini masih belum mendapat kelulusan mahkamah untuk mengangkat kedua-dua orang
kanak-kanak ini sepenuhnya), tetapi sangat memberi makna dan menyumbang kepada semangat
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
12
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mereka untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh. Harapan untuk tinggal dalam sebuah
keluarga bagi anak-anak yatim adalah harapan yang paling besar dan tidak dapat digambarkan jika
kita tidak pernah mengalaminya. Naluri semua kanak-kanak adalah sama, mereka tetap
menginginkan kehidupan dalam sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang terutama kasih
sayang dari ibu bapa dan ahli-ahli keluarga.

Berdasarkan kajian-kajian yang dibincangkan di atas mengenai dilema kanak-kanak yatim


yang tinggal di rumah jagaan anak yatim dan yang diangkat oleh keluarga yang prihatin, dapat
dikatakan bahawa anak-anak yatim di rumah jagaan yang terlibat dalam kajian-kajian ini sentiasa
menghadapi dilema yang sukar di atasi sehingga menyebabkan tekanan emosi yang teruk, yang
meracuni diri mereka sendiri (toxic stress), dan mengganggu serta menjejaskan pembelajaran
mereka. Kanak-kanak yatim sebaiknya diberikan kepada keluarga angkat yang sudi memelihara
mereka sebagai ahli keluarga sendiri, dengan itu mereka dapat hidup dengan lebih gembira dan
mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.

Di Malaysia, proses untuk mengambil anak angkat adalah amat sukar sekali dan mengambil
masa yang sangat panjang. Apabila kelulusan diperolehi, kanak-kanak itu pun telah membesar dan
telah mempunyai keperibadian yang mungkin sudah tidak secocok lagi dengan harapan keluarga
angkatnya. Terdapat juga rumah-rumah jagaan anak yatim yang diurus oleh pihak swasta yang tidak
mahu anak-anak yatim ini diserah kepada keluarga angkat disebabkan kepentingan pribadi – kerana
kanak-kanak yatim ini adalah sumber semua bantuan dan sumbangan yang diterima, sama ada dalam
bentuk wang ringgit mahu pun barangan. JKMM menyediakan RM8 sehari untuk elaun makanan
bagi setiap kanak-kanak yang tinggal di rumah jagaan anak yatim. Kerajaan juga menyediakan
bantuan perbelanjaan lain-lain seperti sewa rumah dan kenderaan5.

3. Dilema kanak-kanak dalam keluarga ibu tunggal

Definisi ibu tunggal yang diterima pakai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat ialah wanita yang bercerai dan mempunyai anak atau wanita yang mempunyai anak
dalam tanggungan manakala suaminya ditimpa penyakit teruk sehingga wanita tersebut terpaksa
menanggung keluarganya. Dua kajian kes mengenai tema ini menonjolkan dilema yang dihadapi oleh
dua orang ibu tunggal yang bekerja dalam membesarkan anak-anak mereka. Dalam hal ini dilema
yang dialami oleh ibu tunggal turut dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebuah kajian kes lain

5
http://www.thestar.com.my/news/community/2014/06/17/a-home-for-every-child-orphans-deserve-to-grow-
up-in-a-family-setting-says-orphancare-chairman/#Wp1loymmGcErxpdr.99
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
13
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membincangkan kesan perceraian terhadap kanak-kanak yang akhirnya menjadilah mereka anak-
anak yang dibesarkan dalam keluarga ibu tunggal.

Kajian oleh Philina Anak Adau, et al. (2017) mendapati masalah utama yang dihadapi oleh
ibu tunggal yang bekerja ialah kewangan dan masa. Kedua-dua orang ibu tunggal ini terpaksa bekerja
untuk menyara anak-anak mereka. Oleh itu mereka sangat kesuntukan masa untuk melayan dan
memberi perhatian kepada anak-anak, sama ada dari segi emosi, mahu pun pendidikan. Kesannya,
anak-anak tidak mendapat tunjuk ajar yang sempurna semasa di rumah, dan keadaan ini telah
menjejaskan tingkah laku, personaliti dan pencapaian akademik kanak-kanak. Justeru, kajian ini
mencadangkan supaya golongan ibu tunggal yang bekerja perlu mempunyai seseorang ahli keluarga
lain, misalnya ibu atau bapa sendiri atau keluarga terdekat untuk membantu membimbing anak-anak
semasa mereka bekerja. Ibu tunggal juga perlu merancang masa berkualiti untuk anak-anak mereka.
Hubungan erat antara ibu dan anak adalah kritikal dalam membentuk tingkah laku positif, emosi
sejahtera dan pencapaian akademik yang baik bagi anak-anak.

Kajian oleh Mohamad Albaree Abdul, et al. (2017) mendapati kesan perceraian terhadap
tingkah laku dan pencapaian akademik dua orang kanak-kanak: kanak-kanak A didapati mempunyai
tingkah laku agresif, degil, suka membuli dan melawan guru. Pencapaian akademiknya jatuh dan dia
juga tidak berminat belajar. Manakala kanak-kanak B, sebaliknya adalah seorang yang pendiam,
pemalu dan tidak suka bercampur dengan murid-murid lain. Pencapaian akademiknya adalah baik
dan selalu berada pada kedudukan yang tinggi berbanding murid-murid lain dalam kelasnya. Faktor-
faktor yang menyebabkan mengapa kedua kes ini berbeza menurut Mohamad Albaree Abdul et al.
(2017) ialah kerana perasaan kasih sayang yang tidak terpenuh. Hal ini bergantung kepada siapa yang
menjaga kanak-kanak tersebut selepas perceraian berlaku dan keadaan kehidupan kanak-kanak itu
seterusnya bersama penjaga mereka, bagaimana mereka dilayan, dan pandangan guru-guru serta
rakan-rakan terhadap mereka di sekolah. Semua ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
berkenaan, sama ada positif atau negatif, dan memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka di
dalam kelas.

4. Dilema kanak-kanak yang mengidap penyakit

Segelintir kanak-kanak yang jarang diberi perhatian oleh penyelidik-penyelidik ialah kanak-kanak
yang berada di hospital dan yang mengidap penyakit kronik dan sentiasa berulang alik ke hospital
untuk mendapatkan rawatan. Siti Fatimah Md Salleh, et al. (2017) telah mengkaji dilema yang
dihadapi oleh seorang kanak-kanak pesakit kanser dari segi emosi, sosial, pendidikan dan harapannya
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
14
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

untuk menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain. Pengkaji-pengkaji ini cuba
mengenal pasti bagaimana kanak-kanak pesakit kanser ini menghadapi masa-masa yang banyak
terluang semasa di hospital dan di rumah selepas menjalani rawatan. Responden ini adalah seorang
murid tahun tiga (9 tahun) sedang belajar di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor. Penyakit
yang dialaminya ialah kanser paratesticular rhabdomyosarcoma yang baru di kesan lebih kurang
setahun yang lepas.

Kanak-kanak yang dikesan mengidap kanser perlu mendapat rawatan segera daripada pakar
onkologi kanak-kanak. Terdapat beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk kanser kanak-kanak
dan biasanya rawatan ini adalah toksik, perit, tidak menyenangkan dan tidak menentu kesannya,
biasanya mengambil masa beberapa bulan sehingga bertahun-tahun mengikut tahap kanser yang
dihidapi. Kesannya sangat detrimental kepada emosi, tingkah laku, sosial dan pendidikan kanak-
kanak. Dapatan kajian mereka menunjukkan empat ketakutan yang dialami oleh responden kanak-
kanak ini semasa tinggal di hospital. Ketakutan tersebut ialah takut berpisah dengan keluarga dan
kawan-kawan; takut dengan persekitaran asing; takut menghadapi pemeriksaan dan takut menjalani
rawatan lanjut. Disebabkan ketakutan yang dihadapi, kesannya kanak-kanak ini hilang keyakinan
diri.

Kajian ini mendedahkan betapa sengsaranya kehidupan kanak-kanak yang mengidap


penyakit, sama ada di hospital atau di rumah. Mereka terpaksa menanggung kesakitan kerana
rawatan dan pembedahan yang dijalankan, terpaksa pula berulang alik ke hospital setiap kali dan
tidak dapat pergi ke sekolah selepas rawatan. Mereka juga tidak dapat bermain dengan kawan-kawan
seperti biasa; tidak boleh keluar rumah untuk bergaul dan berlasak dengan rakan-rakan dan adik
beradik yang lain; mereka juga terpaksa berpantang makanan-makanan yang mereka sukai dan
memakan ubat-ubat yang mereka sangat tidak sukai. Semua ini adalah dilema yang dihadapi oleh
kanak-kanak pesakit seperti apa yang telah didedahkan dalam kes ini. Ibu bapa dan keluarga kanak-
kanak pesakit kanser ini juga turut menanggung rasa sedih dan menghadapi dilema gangguan dalam
kehidupan dan kewangan. Pengkaji percaya, kes yang dikaji ini bukan satu kes khusus, tetapi ianya
berlaku kepada ribuan lagi pesakit kanak-kanak yang terlantar di hospital dan di rumah yang tidak
dipedulikan. Kesan terhadap perkembangan emosi, sosial, fizikal, dan akademik kanak-kanak adalah
sangat mendalam. Begitu juga kesan terhadap kesejahteraan dalam rumah tangga, keluarga kanak-
kanak itu sendiri. Oleh itu pelbagai pihak harus bekerjasama untuk membantu, memberi sokongan
emosi, moral dan kewangan, khususnya kepada keluarga yang miskin, apabila mengetahui terdapat
kanak-kanak pesakit kanser atau penyakit-penyakit lain dalam kawasan mereka supaya dapat

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


15
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membantu memberi sedikit keselesaan dan mengurangkan sedikit kesakitan yang mereka alami. Juga
untuk memberi sokongan moral kepada keluarga mereka.

5. Dilema kanak-kanak devian dan mangsa buli di sekolah

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2017, terdapat seramai 111,895 orang murid, iaitu
16,849 murid sekolah rendah dan 95,046 murid sekolah menengah terlibat dengan gejala salah laku
disiplin di sekolah pada tahun 2016 di mana ponteng sekolah adalah salah laku disiplin yang teratas
sekali. Tingkah laku buli direkodkan sebanyak 3,448 kes pada tahun 2016 dan sehingga bulan Jun
2017, sebanyak 872 kes telah merekodkan. Jelaslah statistik seperti ini agak merisaukan anggota
masyarakat walaupun pihak Kementerian Pendidikan menegaskan jumlah murid yang terlibat dengan
masalah disiplin adalah pada kadar 2.03% setahun, sejak 2012 sehingga 2016.

Mengenai masalah ini, Nur Adliza Mohd Fuad, et al. (2017) dalam kajian mereka mendapati
sekolah menengah berprestasi tinggi juga turut mempunyai pelbagai masalah disiplin dan devian
dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Mereka memilih tiga orang responden yang terlibat dengan
tingkah laku devian yang agak serius di sekolah ini. Ketiga-tiga responden itu sering melanggar
peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, merokok, mengisap dadah dan melakukan aktiviti tidak
bermoral di luar waktu sekolah. Malah, seorang daripada tiga orang responden tersebut terlibat
sebagai menjadi pengedar dadah - satu kesalahan jenayah yang boleh disabitkan di bawah undang-
undang negara. Menurut pengkaji, pelajar-pelajar tersebut berasal daripada keluarga atasan dan hidup
serba mewah, kecuali pelajar yang ‘mengedar dadah’, kerana ingin mendapatkan sumber kewangan
mudah. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar tersebut terlibat dengan tingkah laku delinkuen
kerana tiada pengawasan dari ibu bapa - yang terlalu sibuk dengan urusan perniagaan atau kerjaya
masing-masing. Mereka mengabaikan keperluan emosi anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak
terlibat dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang teruk. Dilema yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar ini adalah sangat rumit: kes ini terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik sekolah, nama
baik ibu bapa dan pada masa yang sama, untuk mengelakkan daripada berita ini sampai kepada pihak
media. Tidak boleh dibayangkan dilema yang akan dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar
tersebut jika hal ini diketahui oleh orang awam.

Tingkah laku devian atau delinkuen boleh dihindari jika semua pihak memahami peranan
dan tanggungjawab masing-masing terhadap kanak-kanak/remaja di bawah jagaan mereka. Isu ini
harus ditangani dengan baik tanpa menggugat perasaan remaja yang terlibat – dengan ini dapat

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


16
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membentuk semula tingkah laku mereka untuk menjadi insan yang baik, berjaya dalam pendidikan
dan dalam kehidupan kelak.

Demikianlah, kajian kes oleh Nur Adliza Mohd Fuad et al. (2017) yang mencungkil dilema
tiga orang remaja pelaku devian. Berlainan pula dengan kajian oleh Siti Nur Hafiza Mohd Nasir,
Vekneswary M. Elango, Ratha Muniandy dan Aminah Ayob (2017), mereka mengkaji dilema yang
dihadapi oleh kanak-kanak mangsa buli di sekolah rendah. Kajian kes ini dijalankan di negeri Perak
dan Pulau Pinang: seorang mangsa adalah murid cemerlang – dibuli kerana cemburu dan iri hati,
manakala seorang lagi dibuli kerana terlalu lemah dan pasif dalam kelas. Kedua-dua responden ini
tidak pernah melaporkan pembuli mereka kepada ibu bapa atau pihak sekolah kerana takut dibuli
dengan lebih teruk lagi. Dapatan kajian ini menunjukkan kedua-dua kanak-kanak tersebut mengalami
trauma dari kesan buli yang teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka. Kedua-dua mangsa
buli dalam kajian ini didapati sangat takut untuk datang ke sekolah, tetapi mereka terpaksa pergi ke
sekolah kerana tiada alasan untuk diberikan kepada ibu bapa. Mereka juga tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran dan akhirnya pencapaian mereka menjadi merosot. Kehadiran pembuli
dalam kelas yang sama secara tidak langsung terus mengongkong kedua-dua mangsa buli ini
daripada terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua mangsa buli ini tidak berani
berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka; mereka sentiasa berada dalam ketakutan,
berkelakuan pasif, bimbang, tidak ceria, dan suka menyendiri atau melarikan diri daripada pembuli
mereka. Dilema mangsa buli jika tidak dikenalpasti dan diberi bantuan segera oleh pihak sekolah,
berkemungkinan berakhir dengan ‘sucidal’. Dilema yang mereka hadapi mungkin tidak tergambar
oleh kita kerana kita tidak berada dalam keadaan tersebut. Ianya meruntuhkan semangat, keyakinan
dan nilai diri, mengakibatkan stres dan kemurungan yang amat sangat, sehingga menyebabkan
mereka gagal dalam pelajaran. Mereka juga tidak mampu berhubung dengan orang lain, terutamanya
guru atau ibu bapa, sehingga akhirnya mangsa buli menjadi seorang yang buntu dan hilang
pertimbangan. Setiap guru hendaklah sentiasa prihatin dan sedar bahawa pembuli dan mangsa buli
adalah fenomena sebenar yang wujud dalam semua bilik darjah – berilah perhatian kepada
perubahan-perubahan tingkah laku yang dapat dikesan pada setiap pelajar, sudah pasti perubahan
yang berlaku itu kerana ada sesuatu masalah disebaliknya.

6. Isu pengabaian keselamatan kanak-kanak

Dalam dekad pertama abad 21, kes-kes pengabaian dan kecuaian oleh ibu bapa terhadap anak-anak
di Malaysia dilaporkan meningkat lebih 400 kali ganda daripada sebelumnya, tetapi penyelidikan
mengenainya masih belum banyak dijalankan. Contohnya, kecuaian semasa di jalan raya, di dalam
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
17
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

rumah dan perkarangan rumah sendiri, di gedung membeli belah, semasa berkelah di sungai atau tepi
laut, dan sebagainya sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang menjejaskan kesihatan dan
kesejahteraan emosi dan pendidikan kanak-kanak.

Dalam seminar ini dua kertas kerja telah membincangkan isu ini hasil kajian kes yang
dijalankan; pertama pengabaian ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak-anak di jalan raya, dan
kedua mengenai kemalangan kanak-kanak di rumah yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa.

Nur Hafezah Md. Nor, et al. (2017) telah menjalankan kajian kes mengenai pengabaian
keselamatan kanak-kanak di jalan raya di sekitar Tanjung Malim, Perak. Kajian mereka melibatkan
dua responden ibu bapa yang didapati melakukan kesalahan jalan raya, iaitu tidak memakaikan topi
keledar kepada anak yang membonceng motorsikal, melanggar lampu isyarat di sebuah
persimpangan jalan di Tanjung Malim, dan tidak pernak memiliki lesen memandu kereta tetapi setiap
hari menghantar anak-anak ke sekolah dengan kereta. Dua orang responden pelajar telah dikesan
melakukan kesalahan lalu lintas, iaitu menunggang motosikal bawah umur tanpa lesen, dan
menunggang basikal tanpa menggunakan alat-alat keselamatan diri yang ditetapkan. Dapatan kajian
mereka menunjukkan ibu bapa sendiri kurang mengambil berat mengenai keselamatan anak-anak
mereka di jalan raya, malah mengalakkan anak-anak supaya tidak mengikuti peraturan jalan raya.
Pelajar yang menunggang basikal juga tidak pernah diajar cara-cara yang betul menunggang basikal
ke sekolah. Mereka kerap berlumba-lumba di jalan raya dan tidak memahami bahaya yang mereka
hadapi. Sikap ibu bapa mereka telah menjadi contoh teladan kepada kanak-kanak ini, menyebabkan
mereka juga tidak menghormati undang--undang jalan raya dan tidak mempedulikan keselamatan
anak-anak mereka semasa di jalan raya.

Isu yang ditimbulkan oleh penyelidik ialah patutkah pihak berkuasa melepaskan ibu bapa ini
tanpa diambil tindakan undang-undang yang sepatutnya. Sikap ibu bapa ini adalah faktor utama yang
mendorong kedua-dua responden pelajar dalam kajian ini mengabaikan keselamatan diri mereka
semasa di jalan raya. Jika berlaku kemalangan, maka patutkah ibu bapa ini dibiarkan bebas tanpa
didakwa di bawah peruntukan undang-undang kerana mengabaikan keselamatan nyawa anak-anak
mereka? Rakyat Malaysia telah banyak kali diuji dengan isu ini, dan akhirnya ibu bapa itu dilepaskan
atas dasar belas kasihan.

Kajian oleh Geneswary Machai Anandan, Seetha Devi Andiappan dan Aminah Ayob (2017)
adalah hampir sama, tetapi isu yang dibangkitkan ialah mengenai kecuaian dan bukannya
pengabaian. Mereka mengkaji kes kemalangan dua orang kanak-kanak di dalam rumah sendiri
disebabkan kecuaian ibu bapa. Dalam kes pertama, kanak-kanak A mengalami patah tulang paha
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
18
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kerana terjatuh di atas lantai yang basah semasa ibunya sedang mengemop lantai. Disebabkan
kemalangan itu, kanak-kanak A tidak hadir ke sekolah selama lebih 8 bulan dan terpaksa menghadiri
sesi fisioterapi selepas 6 bulan terlantar di hospital. Anak ini kini dikategorikan sebagai ‘cacat’
kerana tidak boleh berjalan dan berlari lagi seperti kanak-kanak normal. Bukan sahaja beliau terlepas
peluang menikmati kehidupan seperti murid-murid lain, malah dia sentiasa dalam kesakitan
walaupun untuk melakukan aktiviti harian seperti naik-turun tangga, ke bilik air dan sebagainya.

Dalam kes kedua, kanak-kanak B terjatuh tangga semasa bermain di atas tangga – pada masa
itu ibunya sedang memasak di dapur. Mungkin ini adalah kes kemalangan yang tidak diduga, namun
ibu bapa sepatutnya sentiasa mengawasi anak-anak walau di mana mereka berada. Kemalangan itu
telah menyebabkan kanak-kanak B mengalami pendarahan otak dan sehingga saat kajian ini
dijalankan kanak-kanak ini masih tidak sedarkan diri (dalam keadaan koma).

Pelbagai isu dan dilema dihadapi oleh kanak-kanak kerana pengabaian dan kecuaian ibu
bapa. Kanak-kanak A sangat bimbang dengan pelajarannya kerana telah lebih 8 bulan dia tidak ke
sekolah. Dia tidak mahu menjadi murid yang gagal. Dia juga berasa sangat sedih kerana tidak dapat
bermain dengan kawan-kawannya seperti dahulu. Dia sudah tidak boleh berlari, memanjat dan
melompat. Untuk naik tangga rumahnya pun dia terpaksa diangkat oleh bapanya. Perasaannya sangat
sedih. Ibu A juga sangat sedih kerana anaknya sekarang sudah menjadi OKU. Ibu kanak-kanak B
juga sentiasa menangis setiap kali ditemu bual. Seluruh keluarganya sangat berdukacita dan sentiasa
bersembahyang untuk mengharapkan anak mereka sedar dan kembali seperti normal. Demikianlah
kesan kemalangan kanak-kanak terhadap ibu bapa/keluarga mereka. Bukan sahaja kanak-kanak itu
menanggung kesakitan dan kesusahan tetapi kesan jangka panjang dan masa hadapan kanak-kanak
ini adalah lebih buruk lagi. Seluruh kehidupan keluarga responden-responden yang dikaji telah
menjadi tidak normal lagi selepas berlakunya kemalangan tersebut. Kedua-dua ibu kanak-kanak ini
sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Mereka tidak menyangka rumah yang sepatutnya
menjadi tempat paling selamat kepada kanak-kanak, namun apabila cuai, ia mendatangkan bahaya
kepada mereka.

KESIMPULAN

Dalam kertas kerja ini hanya enam jenis dilema kanak-kanak dibincangkan. Banyak lagi dilema
kanak-kanak yang patut dikaji dan dibincangkan secara ilmiah. Dengan menganalisis dilema yang
dihadapi oleh kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru akan lebih memahami perasaan dan isi hati
kanak-kanak, dan tidak hanya menyalahkan kanak-kanak apabila sesuatu masalah berlaku. Untuk

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


19
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menyediakan pendidikan yang berkualiti dan memberi peluang sama rata kepada semua kanak-
kanak, maka guru-guru perlu memahami latar belakang dan pemikiran kanak-kanak; mengapa
mereka melakukan tingkah laku devian, atau ponteng sekolah atau lemah dalam pembelajaran dan
sebagainya. Semua pihak yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan mendidik kanak-kanak
perlu mempunyai jiwa dan hati yang penyayang terhadap kanak-kanak walau bagaimana sekalipun
keadaan mereka, dan sentiasa cuba membantu kanak-kanak berkembang secara optimum. Masa
hadapan mereka terlalu berharga kepada negara ini untuk dibazirkan begitu sahaja. Lebih banyak
penyelidikan perlu dilakukan untuk kita lebih mengenali isi hati kanak-kanak seperti kajian-kajian
kes yang telah dibentangkan dalam seminar ini.

RUJUKAN

Cushman, F. & Young, L. (2009). The Psychology of Dilemmas and the Philosophy of Morality.
Ethic Theory Moral Practices (2009) 12:9–24 DOI 10.1007/s10677-008-9145-3. Published
online: 10 January 2009 # Springer Science + Business Media B.V. 2009.

Gan Siew Choo, Hong Pei Ch’i, Kang Yin Ho & Aminah Ayob (2017). Kemiskinan Keluarga Ibu
Tunggal Dan Implikasi Terhadap Kehidupan Harian Kanak-Kanak: Satu Kajian Kes Di
Setapak, Kuala Lumpur. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak,
UPSI: 13 Mei 2017.

Geneswary Machai Anandan, Seetha Devi Andiappan & Aminah Ayob (2017). Kemalangan Yang
Melibatkan Kanak-Kanak Di Rumah Disebabkan Kecuaian Ibu Bapa. Prosiding Seminar Isu-
isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Jabatan Perangkaan Malaysia (15 Disember 2016). Statistik Kanak-kanak Malaysia 2016. Pejabat
Ketua Perangkawan Malaysia. Putrajaya.

Khazanah Research Institute (2016). Kemiskinan dan Pendapatan Isi Rumah. Persidangan meja
bulat: Isu dan Cabaran Institusi Zakat di Malaysia. Anjuran Institut Kajian Tinggi Islam
Antarabangsa (IAIS) Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mohamad Albaree Bin Abdul, Mohd Nur Sahid Bin Azman, Kaweng Wanbayuree & Aminah Ayob
(2017). Kesan Perceraian Terhadap Emosi Kanak-Kanak: Kajian Kes Dua Orang Muird
Sekolah Rendah Di Ampang, Selangor. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal
Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Mohamad Azlan Ali Yasak, Wan Ahmad Shaffin Wan Ahmad Nasri & Hasmawiyah Jidaruddin
(2017). Faktor Yang Menyebabkan Tingkah Laku Devian: Kajian Kes Dua Orang Anak
Yatim Di Sebuah Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Di Selangor. Prosiding
Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Nur Adliza Mohd Fuad, Atia Faranajwa Roslan, Revathi Ramachandran & Aminah Ayob (2017).
Tingkah Laku Devian Pelajar Di Sebuah Sekolah Menengah Di Kuala Lumpur. Prosiding
Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


20
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Nur Hafezah Md. Nor, Wan Nur Ainna Waheda Rozali, Nur Syahidah Azizan & Aminah Ayob
(2017). Pengabaian Ibu Bapa dalam Keselamatan Kanak-kanak di Jalan Raya. Prosiding
Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Nur Zaleha Mahadi, Wan Shazwani Nadiah Wan Abdul Rahman, Anis Shazreen Shamsir & Aminah
Ayob (2017). Perbandingan Keperluan Asas Dan Emosi Dua Orang Anak Yatim Yang
Dipelihara Oleh Keluarga Angkat Dengan Yang Tinggal Di Rumah Jagaan Anak Yatim:
Kajian Kes Di Negeri Melaka. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-
kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Philina Anak Adau, Rima Wani Merin, Vornicca Sani Anak Medan & Aminah Ayob (2017). Dilema
Ibu Tunggal Bekerja Dalam Membesarkan Anak-Anak. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa
Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Senthamarai Kothandan, Arulmozhi Narayanasamy, Aida Binti Yahya & Aminah Ayob (2017).
Hubungan Keluarga Angkat Dengan Dua Orang Anak Yatim Kembar Yang Berkeperluan
Khas. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei
2017.

Siti Fatimah Md Salleh, Marhamah Abu Zahar, Khodaeh Huda & Aminah Ayob (2017). Impak
Terhadap Pendidikan, Sosial Dan Emosi Kanak-Kanak Pesakit Kanser: Satu Kajian Kes Di
Klang, Selangor. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI:
13 Mei 2017.

Siti Nur Hafiza Mohd Nasir, Vekneswary M. Elango, Ratha Muniandy & Aminah Ayob (2017).
Kesan Emosi Mangsa Buli: Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Isu-
isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Subathira Chelapah, Janagi Kurusamy & Aminah Ayob (2017). Kesan Kemiskinan Tegar Terhadap
Kesihatan Dan Pencapaian Akademik Kanak-Kanak: Satu Kajian Kes Di Mentakab, Pahang.
Prosiding Seminar Isu-isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

Suapnah Muniady, Nur Sayidah Fatimah Zaman Huri, Nur Baiti Saarani & Aminah Ayob (2017).
Impak Kemiskinan Terhadap Pendidikan Kanak-Kanak. Prosiding Seminar Isu-isu Semasa
Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI: 13 Mei 2017.

UNICEF (2015). Why addressing child poverty is a critical componen of the Post-2015
Developmental Agenda?’. A post-2015 world fit for children: issues Brief. Geneva:
UNESCO.

van Ijzendoorn, M.H., Palacios, J., Sonuga-Barke, E.J.S., Gunnar, M.R., Vorria, P., McCall, R. B.,
LeMare, L., Bakermans-Kranenburg, M.J., Dobrova-Krol, N.A., & Juffer, F. (2014).
Children in Institutional Care: Delayed Development and Resilience. Monograph Society
Research: Child Development. 76(4): 8–30. DOI: 10.1111/j.1540-5834.2011.00626.x.PMC
2014.

LAMAN WEB YANG DIRUJUK:

http://www.shelterhome.org/ “Children in shelter homes and orphanage childrens”

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


21
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

http://www.yayasansimedarby.com/downloads/LIST%20OF%20Charitable%20HOMES%20&%20
ORGANISATIONS.pdf: “Shelter home for children”
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-masalah-disiplin-secara-bersepadu-
1.501603#ixzz52ztJu64Q “Tangani masalah disiplin secara bersepadu”.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-359-pelajar-terlibat-salah-laku-disiplin-berat-
1.21677#ixzz536z2RGFS “Pelajar terlibat salah laku disiplin berat”.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


22
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KESAN PERCERAIAN TERHADAP EMOSI KANAK-KANAK: KAJIAN KES DUA


ORANG MURID SEKOLAH RENDAH DI AMPANG, SELANGOR

Mohamad Albaree Abdul, Mohd Nur Sahid Azman,


Kaweng Wanbayuree dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Statistik perceraian di Malaysia dalam tempoh enam tahun lalu menunjukkan sebanyak lebih
274,000 pasangan Islam bercerai (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, 2016). Hal ini
menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan institusi kekeluargaan umat Islam di negara ini.
Kertas kerja ini bertujuan membentangkan hasil sebuah kajian kes yang dijalankan untuk mengenal
pasti kesan perceraian terhadap dua orang anak yatim yang sedang belajar di sebuah sekolah
rendah di Ampang, Selangor. Kajian ini difokuskan kepada kesan perceraian terhadap pencapaian
akademik, keadaan emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Kedua-dua kanak-kanak ini
berumur 10 tahun dan berada di dalam kelas yang sama. Data/maklumat mengenai kanak-kanak ini
dikumpul menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Disebabkan batasan masa, hanya dua
kes sahaja dipilih. Dapatan kajian ini mengukuhkan pandangan bahawa perceraian memberi kesan
yang sangat besar kepada kanak-kanak. Kanak-kanak A mempunyai tingkah laku agresif, degil, suka
membuli dan melawan guru. Pencapaian akademiknya jatuh dan dia juga tidak berminat belajar.
Manakala kanak-kanak B, sebaliknya adalah seorang yang pendiam, pemalu dan tidak suka
bercampur dengan murid-murid lain, pencapaian akademiknya adalah baik dan selalu berada pada
kedudukan yang tinggi berbanding murid-murid lain dalam kelasnya. Kertas kerja ini
membincangkan secara detil faktor-faktor yang menyebabkan mengapa kedua kes ini berbeza dan
kesan-kesan negatif yang terpaksa dilalui oleh kanak-kanak ini disebabkan perceraian yang berlaku
di antara ibu bapa mereka.

Kata kunci: kesan perceraian terhadap kanak-kanak, pendidikan anak yatim, masalah tingkahlaku,
pendidikan sekolah rendah.

PENGENALAN

Wawasan 2020 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020
merupakan satu cita-cita dinamik yang kejayaannya banyak bergantung kepada kesejahteraan dan
kekuatan rakyat dari segi mental, fizikal, spiritual dan intelektual. Sebuah negara maju hanya dapat
ditegakkan melalui sokongan dan dorongan daripada unit keluarga. Kualiti pembangunan negara itu
pula banyak bergantung kepada tahap produktiviti unit-unit keluarga yang membentuk negara
tersebut. Justeru itu, kekayaan, kemajuan dan kesejahteraan negara lahir daripada kekuatan dalaman
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
23
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

yang berteraskan keilmuan yang tinggi, akhlak yang mulia dan keluarga yang sejahtera. Selaras
dengan wawasan tersebut, langkah kerajaan Malaysia melancarkan program 'Rumahku Syurgaku'
serta 'Masyarakat Penyayang' baru-baru ini memang tepat pada masanya.

Institusi keluarga yang dibina melalui ikatan perkahwinan mempunyai matlamat untuk
melahirkan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak yang dilahirkan. Dalam sebuah keluarga,
ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjaga kestabilan dan keharmonian rumahtangga.
Bahkan mereka telah diamanahkan oleh Tuhan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing
untuk melahir, memelihara, mendidik dan memimpin anak-anak yang bakal menjadi generasi yang
akan memimpin agama, bangsa dan negara (Sabariah Binti Baharum, 1989 dalam Abdul Rahman et
al., 2014; Agoes Dariyo, 2004). Menurut teori sistem ekologi sosial Bronfenbrenner (1979), keadaan
persekitaran keluarga memberi kesan kepada perkembangan personaliti kanak-kanak. Anak-anak
yang dibesarkan dalam keluarga yang sering bertengkar, bergaduh, berpisah terutamanya dalam kes
perceraian akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil serta perkembangan personaliti yang
negatif. Perceraian bukan suatu perkara yang baru dalam masyarakat, bahkan ia merupakan suatu
kebiasaan yang berlaku dalam mana-mana juga kelompok masyarakat, bangsa dan agama.

Kes perceraian ini ada pasang surutnya, sekaligus ia memberi isyarat bahawa kes ini
berhubung rapat dengan berbagai-bagai faktor yang saling berkait antara satu dengan yang lain
(Zurina Abd. Hamid, 1988 dalam dalam Abdul Rahman et al., 2014). Setiap pasangan yang
melangkah ke dunia perkahwinan memang berazam mengekalkan kebahagiaan hingga ke akhir
hayat. Apabila berlaku ketidaksefahaman dalam rumahtangga, maka perceraian adalah jalan terbaik
bagi meleraikan ikatan perkahwinan yang bermasalah yang tidak dapat diselesaikan. Walau
bagaimanapun, agama Islam sentiasa mengharapkan perkahwinan itu kekal buat selama-lamanya.
Hal ini kerana perkahwinan adalah satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T, manakala
perceraian pula merupakan perkara yang sebaliknya. Rumahtangga yang bahagia tidak akan
terlaksana jika kedua-dua pihak tidak dapat memahami dan menunaikan tanggungjawab masing-
masing kerana ia bukan sahaja merupakan hubungan jiwa antara suami isteri, tetapi juga melibatkan
hubungan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Islam mengharuskan perceraian sebagai penawar yang
pahit dan sebagai jalan terakhir sekiranya tidak ada jalan lain, setelah pelbagai cara dan pendekatan
yang positif telah dilakukan untuk menyelamatkan sesebuah ikatan perkahwinan (Marzulina Omar,
2003).
Namun begitu, apa yang terkesan sekali ialah anak-anak yang sedang membesar. Bagaimana
anak-anak yang masih mentah hendak menghadapi situasi keluarga yang pincang diusianya yang
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
24
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

masih belum mengenal erti kehidupan. Pelbagai kesan negatif dihadapi oleh anak-anak yang
menghadapi masalah penceraian ibu bapanya. Hal ini kerana emosi anak-anak kecil masih belum
stabil untuk terpaksa berpisah dengan salah seorang ibu atau bapanya. Jika peceraian dihadapi oleh
anak yang sudah dewasa atau belia, kesannya mungkin tidak seberapa kerana mereka lebih matang
untuk menghadapi cabaran kehidupan. Dipetik dari laman sesawang Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) (www.myhealth.gov.my) bahawa perceraian memberikan kesan yang sangat
negatif terhadap kesejahteraan kanak-kanak, di antaranya ialah:
 kanak-kanak mengalami kemurungan
 mereka mempunyai perasaan malu yang sukar ditafsirkan
 mereka mengalami kecelaruan fikiran terhadap kesetiaan yang perlu dibahagi antara ibu
dan ayah
 mereka mempunyai perasaan marah yang begitu mencengkam jiwa
 mereka mudah tersentuh rasa (sensitif) kerana menganggap diri mereka dibenci atau disisih
oleh ibu/bapa yang meninggalkan mereka
 ada yang tidak dapat mengawal perasaan, lalu menunjukkan sikap agresif yang keterlaluan
 ada yang menjadi anti-sosial dan tidak mahu bergaul dengan orang lain
 mereka menjadi tidak berminat terhadap aktiviti yang biasanya seronok dilakukan sebelum
ini
 mereka menunjukkan kemerosotan yang amat ketara dari segi akademik dan pembelajaran
dan
 mereka keterlaluan mengutuk dan mengkritik diri sendiri (KKM, 2016)

Memandangkan kesan-kesan yang begitu tidak sihat terhadap perkembangan kanak-kanak,


KKM (2016) menasihatkan supaya ibu dan bapa yang sudah berpisah untuk lebih bertanggungjawab
dan tidak mengabaikan perasaan anak-anak yang ditinggalkan. Sebesar manapun marah dan dendam
yang bersarang dihati ibu dan bapa yang bercerai, namun mereka perlu memikirkan emosi dan masa
hadapan anak-anak yang menjadi mangsa dan berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka.

Dalam kelas yang diajar oleh pengkaji, di sebuah Sekolah Rendah di Ampang, Selangor,
terdapat dua orang kanak-kanak yang ibu bapa mereka telah bercerai. Kedua-dua orang kanak-kanak
ini berumur 10 tahun. Tingkah laku dan pencapaian akademik mereka amat berbeza. Disebabkan itu,
pengkaji begitu tertarik untuk menyelidiki secara terperinci bagaimana kedua-dua orang kanak-kanak
ini menghadapi perpecahan dalam keluarga mereka selepas ibu bapa mereka bercerai. Pengkaji

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


25
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

memfokuskan kajian dari segi kesan perceraian terhadap emosi, tingkah laku, dan pencapaian
akademik kedua orang kanak-kanak ini.

METOLODOGI KAJIAN

Kajian ini adalah sebuah kajian kes mengenai kesan perceraian dari aspek akademik, emosi dan
tingkahlaku terhadap dua orang kanak-kanak berusia 10 tahun di sebuah Sekolah Rendah di Ampang.
Kajian kes, menurut Yin (2006) dilakukan kerana pengkaji ingin memahami persoalan mengenai kes
ini dengan mendalam dan terperinci. Persoalannya, mengapakah dua kes ini sahaja yang dipilih
dalam kajian ini? Jawapannya sudah tentulah kerana kes-kes ini adalah unik dan menarik dari
pandangan pengkaji berbanding kes-kes lain.

Data dikumpul melalui dua cara iaitu temubual dan pemerhatian. Selain daripada kedua
responden. Pihak-pihak lain juga ditemubual untuk mendapatkan pandangan dan maklumat tambahan
mengenai kes kanak-kanak ini. Mereka terdiri daripada individu-individu yang rapat dengan
responden iaitu guru-guru yang mengajar mereka, ahli keluarga dan pihak-pihak yang mengetahui
kisah dan kesan perceraian terhadap kedua orang kanak-kanak ini.

Kaedah pemerhatian dijalankan semasa kanak-kanak ini berada di dalam kelas pengkaji. Dari
sini, pengkaji dapat melihat tingkah laku, cara pergaulan, keadaan emosi, dan tumpuan mereka
semasa pembelajaran. Pengkaji juga mengumpul maklumat mengenai prestasi/pencapaian akademik
mereka dari rekod-rekod sekolah dengan kebenaran guru besar. Maklumat dari pemerhatian dan
temubual ini dianalisis untuk menentukan kesan perceraian terhadap kedua-dua orang kanak-kanak
dalam kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Di luar negara, banyak kajian tentang perceraian dan kesannya terhadap kanak-kanak telah
dijalankan. Walaupun kajian-kajian ini dapat memberikan maklumat tentang kesan-kesan jangka
pendek dan jangka panjang secara umum, adalah sukar untuk meramalkan kesan perceraian terhadap
seseorang kanak-kanak kerana berbagai-bagai faktor mempengaruhi cara kanak-kanak itu
menghadapi peristiwa ini. Bayi kecil tidak merasakan sangat kehilangan ayah atau ibunya jika
dibandingkan dengan anak yang berusia 10 tahun yang sudah pernah mesra dengan ayahnya atau
ibunya. Selagi bekas pasangan suami isteri itu masih bertelingkah setiap kali mereka bertemu, selagi
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
26
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

itulah emosi anak-anak akan terus tertekan. Keadaan rumahtangga yang huru-hara, suasana yang
tidak tenteram dan ibu yang tidak dapat mengawal keadaan atau perasaannya juga akan
menyebabkan emosi anak-anak terganggu. Begitu juga dengan kajian kes yang telah dijalankan ini.
Dalam kajian ini, kesan perceraian dilihat dari aspek akademik, emosi dan tingkah laku yang berbeza
di antara kanak-kanak A dengan kanak-kanak B. Berikut ialah profil kes yang dikaji.

Kes Pertama: Kanak-Kanak A


Kanak-kanak A seorang laki-laki, berbangsa Melayu, berumur 10 tahun. Ibu bapanya telah bercerai
dua tahun yang lepas dan kini dia tinggal di rumah bapa saudaranya. Di sekolah, A menunjukkan
sikap degil dan tidak suka mengikut arahan guru. Oleh itu A sentiasa dilabel oleh guru-guru sebagai
murid bermasalah, melanggar disiplin, beremosi, tingkah laku kasar, dan tidak berminat belajar.
Melalui temubual yang dijalankan oleh pengkaji, A menyatakan dia sentiasa berasa sedih, kesunyian,
dan sering menangis terutamanya pada waktu malam. Setiap petang A akan pergi ke taman
permainan yang berdekatan dengan rumah bapa saudaranya dan akan mengganggu serta membuli
kanak-kanak lain yang berada di kawasan tersebut. Apabila melihat kanak-kanak lain bermesra
dengan ibu bapa masing-masing, A memberitahu bahawa dia akan berasa sangat iri hati dan tertekan,
diam-diam dia akan menangis. Dia akan menyepak dan menendang apa-apa sahaja yang ada di situ,
misalnya mematahkan ranting pokok bunga, atau merosakkan alat-alat permainan yang ada untuk
melepaskan perasaan.

Dari temubual dengan bapa saudaranya, didapati bapa A adalah seorang yang pembengis dan
suka mendera A – itulah yang menyebabkan perceraian antara ibu dan bapanya. Selepas perceraian,
A tinggal bersama ibunya, tetapi enam bulan kemudian, ibunya telah berkahwin semula. Semasa
tinggal bersama ibu dan bapa tirinya, A masih tidak merasa kesenangan hidup. Menurut bapa
saudaranya, apabila berlaku pergaduhan antara ibu dan bapa tirinya, A akan menjadi mangsa dera
bapa tirinya pula. Tidak sampai setahun, berlaku perceraian kali kedua di antara ibunya dengan bapa
tirinya. Kehidupan A semakin ‘sengsara’ dan perasaannya sangat tertekan. Ibu A mengalami depresi
yang sangat teruk sehingga mengalami sakit mental dan dimasukkan ke hospital sakit mental. Kini A
tinggal bersama bapa saudaranya. Bapa saudaranya juga mengaku dia tidak ada masa untuk bersama
anak saudaranya itu disebabkan kesibukkan kerja, dan dia juga mempunyai anak-anak sendiri.

Pengkaji dapat merasakan bahawa bapa saudara A hanya menumpangkan A di rumahnya


atas dasar tanggungjawab terhadap kanak-kanak malang ini yang kini sebatang karah.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


27
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Di sekolah pula, A telah beberapa kali dibawa ke perhatian guru besar kerana berkelakuan
biadab, suka bertumbuk, mencuri duit murid-murid lain dan merokok. Di samping itu, A selalu
meluahkan emosinya dalam kelas dan mencabar guru sehingga menyebabkan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dari segi pencapaian akademik, kanak-kanak A
mempunyai prestasi yang rendah dan agak ke belakang. Hal ini kerana, A kerap ponteng kelas; dia
tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, tidak buat kerja rumah, dan menunjukkan sikap
bosan dan tidak berminat belajar.

Kes Kedua: Kanak-kanak B


Kanak-kanak B adalah seorang murid laki-laki, juga berketurunan Melayu, dan berumur 10 tahun.
Ibu bapanya telah bercerai lebih kurang satu tahun yang lepas disebabkan masalah kewangan.
[Pengkaji kurang pasti, apakah pekerjaan ibu/bapanya, dan di manakah bapanya sekarang]. Selepas
perceraian itu, kanak-kanak B tinggal bersama ibu dan neneknya (emak ibunya). Di rumah, kanak-
kanak B rapat dengan neneknya kerana ibunya bekerja. Neneknya sering memberi semangat, pujian,
galakkan dan membantu B dalam pembelajaran dan kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah.

Dari pemerhatian pengkaji, kanak-kanak B juga mengalami masalah emosi, dan sosial,
namun begitu dalam pelajaran, kanak-kanak B mempunyai prestasi akademik yang lebih baik dari
murid-murid lain dalam kelasnya, dan dia boleh dianggap sebagai murid yang berpencapaian tinggi.
Dari pemerhatian pengkaji, didapati B kerapkali suka duduk bersendirian dan ‘mengelamun’
(daydream). Dalam temubual dengan penyelidik, dia menceritakan betapa dia amat rindukan
ayahnya: "Saya rindu ayah saya" (sambil menyapu air mata).

Dari segi tingkah laku, kanak-kanak B adalah seorang yang pasif dan tidak banyak bercakap.
Boleh dilihat bahawa dia mempunyai self-esteem yang rendah, tidak suka mengganggu sesiapa dan
lebih suka berdiam diri dan bersendiri. Sifatnya amat bertentangan dengan kanak-kanak A.

PERBINCANGAN

Hasil analisis dua kes kanak-kanak A dan B yang berumur 10 tahun di sebuah sekolah rendah di
Ampang menunjukkan kesan perceraian ibu-bapa yang berbeza terhadap anak-anak. Kesan terhadap
emosi, tingkah laku dan pencapaian akademik kanak-kanak mangsa perceraian adalah bergantung
kepada siapa yang menjaga mereka selepas perceraian berlaku dan keadaan kehidupan kanak-kanak
itu bersama penjaganya, bagaimana mereka dilayan (oleh penjaganya), dan pandangan guru-guru
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
28
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

serta rakan-rakan terhadap mereka di sekolah. Semua ini memberi kesan positif dan negatif yang
sangat besar kepada kanak-kanak.

Rentetan analisis temubual dan pemerhatian dua kes ini menunjukkan kanak-kanak yang
menjadi mangsa perceraian sangat dahagakan kehidupan berkeluarga dan kasih sayang dari kedua ibu
bapa, walaupun ibu bapa itu bersifat bengis atau sebaliknya. Namun, berada dalam sebuah keluarga
dan mempunyai ibu dan ayah masih lagi menjadi harapan dan impian kanak-kanak. Tanpa wujudkan
suasana kekeluargaan ini, kehidupan dirasakan seperti tidak lengkap dan kosong, tidak bererti dan
tidak bermakna. Perasaan ini akan menjejaskan emosi kanak-kanak, dan minatnya terhadap
pembelajaran. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak A. Sikapnya yang dikatakan bermasalah,
agresif, kasar dan melawan guru, mungkin semuanya ini disebabkan emosi yang tidak terpenuh
(DiPerna dan Amato, 2014). Ini jelas dapat difahami, apabila A menyatakan dia sering menangis
apabila bersendirian dan apabila melihat kanak-kanak lain mendapat kasih sayang dan kemesraan ibu
bapa mereka, dengan sekejap perasaannya menjadi marah, dengki dan rasa tidak adil, maka inilah
yang menyebabkan dia (kanak-kanak A) melakukan tingkah laku agresif, membuli dan ‘biadap’
terhadap kanak-kanak lain termasuk gurunya. Inilah yang mendorongnya untuk melakukan kejahatan
seperti mencuri, berbohong dan merokok, seolah-olah sengaja untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia menunjukkan sikap engkar terhadap arahan guru, tidak pedulikan kerja sekolah dan akhirnya dia
gagal dalam pelajarannya.

Dari semua tingkah laku ini, pokoknya ialah perasaan kasih sayang yang tidak terpenuh.
Menurut Maslow (dalam Niemela dan Kim, 2014), keperluan untuk disayangi adalah asas yang
membolehkan kanak-kanak berkembang dengan sihat, gembira dan maju dalam pelajarannya.
Keperluan kasih sayang yang utama ialah kasih sayang dari ibu bapa dan ahli keluarga – mereka ini
adalah orang terpenting dalam hidup kanak-kanak, dan kasih sayang dari mereka menjadikan kanak-
kanak berasa terpenuh emosinya, selamat dan bahagia. Dalam kes begini, perkara yang perlu diberi
perhatian ialah memahami perasaan kanak-kanak dan sebab-sebab mengapa mereka berdukacita,
murung, atau berkelakuan sebaliknya.

Kanak-kanak B berada dalam situasi yang agak berlainan (berbanding kanak-kanak A). Dia
masih tinggal bersama ibu dan neneknya. Walaupun ibunya bekerja dan tiada masa untuknya, tetapi
ibunya tetap ada bersama di rumah. Dia mendapat kasih sayang dan perhatian dari neneknya. Namun
begitu, kesan perceraian itu amat besar kepada kanak-kanak ini sehingga menyebabkan dia berasa
sangat malu dengan kawan-kawannya, dan menjadikan dia lebih suka duduk di rumah sahaja
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
29
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

daripada keluar untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Tidak dapat dibayangkan begitu hebat
kesan perceraian terhadap tahap mental dan pemikiran kanak-kanak. Stigma yang dihadapi begitu
tebal sehingga boleh menjadi penghapus kepada kayakinan diri dan ‘self-esteem’ kanak-kanak.

Dari pemerhatian rekod pencapaian akademik kanak-kanak B didapati beliau mempunyai


prestasi yang sangat baik dalam semua pelajaran dan dia sering mendapat tempat kedua atau ketiga di
dalam kelasnya. Kes kanak-kanak B ialah sangat berlaian dengan kanak-kanak A. Kanak-kanak B
masih mendapat kasih sayang dari ibu dan neneknya dan inilah yang mendorongnya untuk belajar.
Dia tidak hilang minat belajar seperti kanak-kanak A kerana ada orang yang peduli kepadanya. Oleh
itu, dia dapat fokus kepada pembelajaran dan mencapai kepuasan belajar apabila mendapat markah
yang tinggi. Dia juga dianggap murid yang baik dan tidak bermasalah oleh gurunya.

Namun begitu, kanak-kanak B diperhatikan kurang bergaul dengan rakan sekelasnya dan
selalu bersendirian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan semasa waktu rehat. Emosinya
sering terganggu apabila kelas menjadi bising. Kanak-kanak B akan menangis dan menjerit di dalam
kelas. Apabila ditanyakan, dia memberitahu bahawa dia sangat runsing dan suka suasana yang
tenang. Dalam perbualan dengannya, dan pemerhatian lanjut, pengkaji mendapati kanak-kanak B
mungkin mengalami perasaan stres dan kemurungan yang agak mendalam. Dia menangis seolah-olah
dia tidak berdaya melawan keadaan yang dihadapinya – ‘dia sangat merindui ayahnya’. Hal ini
kerana, selepas berlakunya perceraian antara ibu dan ayahnya, kanak-kanak B tidak pernah berjumpa
lagi ayahnya - sudah lebih satu tahun. Inilah dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak B, dia cuba
menghadapi kehidupan seperti kanak-kanak lain yang normal, tetapi ada masa dia tidak dapat
menahan perasaannya dan ‘meletup’ menjadi satu kemarahan yang tidak diduga.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perceraian berpunca daripada pelbagai faktor dan ia membawa kepada kesan negatif
yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga. Lazimnya, anak-anaklah yang menjadi mangsa
perceraian menyebabkan pembentukan insaniah yang negatif. Walaupun begitu, perceraian juga tidak
hanya berpunca daripada perkara negatif, tetapi terjadi kerana untuk mengelakkan pasangannya terus
menderita di atas perkahwinan tersebut. Namun, perceraian bukanlah satu penyelesaian masalah yang
terbaik. Sebagaimana Hadith riwayat daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW
bersabda, “Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak” (Riwayat Abu Daud dan Hakim).
Pelbagai langkah untuk mengatasi perceraian boleh dilakukan seperti mendalami ilmu agama dan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
30
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pengetahuan mengenai perkahwinan, mengubah sikap menjadi lebih baik, menghadapi setiap cabaran
dan masalah dengan tenang serta memperbaiki komunikasi antara pasangan. Hal ini dapat
mengelakkan perceraian berlaku supaya anak-anak tidak menjadi mangsa perceraian. Ibu bapa perlu
berusaha membina sebuah keluarga yang sakinah supaya dapat membimbing anak-anak dengan baik
dan seterusnya dapat membentuk insaniah yang cemerlang.

Sebagai guru, sebaik-baiknya mereka tidak terus melabel kanak-kanak tanpa menyiasat latar
belakang mereka, dan sebagai kaunselor, murid yang bermasalah biasanya menghadapi masalah yang
bukan disebabkan oleh diri mereka sendiri, tetapi keadaan yang menjadikan mereka begitu. Maka
kefahaman mendalam mengenai dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak harus diselidiki oleh para
kaunselor sekolah jika benar-benar mereka ingin membantu.

RUJUKAN
Agoes Dariyo (2004). Memahami Psikologi Perceraian dalam Keluarga. Jurnal Psikologi (2) No 2.

Azizah Kassim. 1984. Women and divorce among the urban malays. Dlm. Women in Malaysia,
disunting oleh Hing Ai Yun, Nik Safiah Karim & Rokiah Talib, 98. Kuala Lumpur: Pelanduk
Publications.

DiPerna, J.C. dan Amato, P.R. (2014). Divorce, approaches to learning, and children's academic
achievement: A longitudinal analysis of mediated and moderated effects. Journal of school
psychology, 2014. Elsevier.

Gavin, W. J. (1994). Marriage and Divorce in Islamic South East Asia. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Marzulina Omar (2003). Talak: perkara halal yang paling dibenci Allah. Majalah Sinar Rohani, 3-4.

Masnah Mohd Zain, Mohd Zaki Zakaria, Norhayati Samba Mohamed, Roslina Salwani Shukri &
Wan Murshida Wan Hashim (2002). Kesan Pendapatan ke Atas Kadar Perceraian di
Kalangan Masyarakat Melayu di Kelantan. Kelantan: UiTM.

Niemela, P. dan Kim, S. (2014). Encyclopedia of Quality of Life and Well-Being. Springer.

Sabariah Binti Baharum (1989). Masalah Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam di Sabah: Satu
Kajian di Daerah Tawau, dalam Abdul Rahman Abe Sophian, Abdul, Zuliza Mohd Kusrin,
dan Anwar Fakhri Omar (2014). Faktor perceraian di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah,
Sarawak dari tahun 2000 hingga 2010. Islamiyyat, UKM Bangi 36.1: p.5-20

Zurina Abd. Hamid (1988). Perceraian Satu Kajian Mengenai Sebab-sebab Berlakunya di Daerah
Kuala Muda Kedah dalam Abdul Rahman Abe Sophian, Abdul, Zuliza Mohd Kusrin, dan
Anwar Fakhri Omar (2014). Faktor perceraian di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah,
Sarawak dari tahun 2000 hingga 2010. Islamiyyat, UKM Bangi 36.1: p.5-20.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


31
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KEMISKINAN KELUARGA IBU TUNGGAL DAN IMPLIKASI TERHADAP


KEHIDUPAN HARIAN KANAK-KANAK: SATU KAJIAN KES DI SETAPAK,
KUALA LUMPUR

Gan Siew Choo, Hong Pei Ch’i, Kang Yin Hooi dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kemiskinan berlaku apabila sebahagian daripada masyarakat, disebabkan oleh masalah-masalah


tertentu telah tidak berpeluang untuk menikmati kemewahan seperti yang dinikmati oleh sebahagian
masyarakat umum di sekelilingnya. Isu kemiskinan adalah tinggi di kalangan wanita terutama bagi
wanita yang menjadi ketua isi rumah. Bagi wanita yang bercerai hidup atau mati, mereka boleh
menjadi miskin serta merta sekiranya terpaksa menanggung anak-anak tanpa sebarang nafkah atau
harta yang ditinggalkan. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga tunggal menghadapi
masalah kehidupan yang agak sukar. Perpisahan atau kematian ibu bapa menyebabkan mereka tidak
dapat menikmati belaian kasih sayang dan asuhan yang berterusan daripada ibubapa. Apatah lagi
jika perpisahan dengan keluarga atau ketiadaan ibu bapa boleh menjejaskan kesejahteraan sosial
dan perkembangan anak-anak. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil kajian kes mengenai
seorang kanak-kanak sekolah rendah dan lima orang adik-adiknya yang tinggal bersama ibu mereka
di sebuah unit flat di kawasan Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ibu tunggal ini tidak
dapat menampung kos kehidupan keluarga dan tidak mampu membayar sewa rumah selama 6 bulan,
dan mereka telah dihalau keluar dari unit flat tersebut. Mereka sekeluarga terpaksa tinggal di kaki
lima flat untuk beberapa waktu (sehingga mereka dibantu, dan kini tinggal di sebuah rumah flat
yang lain). Kajian ini difokuskan kepada seorang daripada enam orang ‘anak yatim’ tersebut yang
tinggal bersama ibunya. Keadaan keperluan asas, sosio-emosi dan pendidikan kanak-kanak ini
dikaji secara mendalam supaya memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kesan kemiskinan
keluarga terhadap perkembangan dan masa depan kanak-kanak.

Kata kunci: Kemiskinan keluarga tunggal, kesan kemiskinan terhadap pendidikan, pendidikan awal
kanak-kanak, dilema kanak-kanak.

PENGENALAN

Kemiskinan adalah keadaan di mana terjadi ketidakmampuan untuk memenuhi keperluan asas seperti
makanan, pakaian, tempat perlindungan, pendidikan, dan kesihatan. Kemiskinan disebabkan oleh
kekurangan keperluan asas, ataupun menghadapi masalah berkaitan dengan pendidikan dan
pekerjaan. Kemiskinan merupakan masalah global. Keluarga yang tidak ada salah seorang daripada
ibu atau bapa dianggap sebagai keluarga tidak normal atau ‘keluarga tidak lengkap’ (incomplete

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


32
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

family). Ini kerana apabila salah seorang daripada ahlinya tidak ada, maka fungsi keluarga yang harus
dimainkan itu tidak dapat dipenuhi. Keadaan ini berlaku apabila tidak ada orang yang mengisi status
yang kosong dan sekali gus tiada yang melaksanakan peranan yang berkaitan. Apa yang mungkin
berlaku ialah individu lain akan melaksanakan peranan tersebut dengan ‘mengisi status’ yang kosong
itu. Setiap keluarga diketuai oleh ibu dan bapa dan anak-anak adalah hasil daripada perkahwinan
tersebut, tetapi apabila salah seorang daripada ketua keluarga, sama ada ibu atau bapa sudah tiada,
maka keluarga itu dinamakan keluarga tunggal. Keluarga tunggal boleh jadi diketuai oleh ibu atau
bapa yang tinggal bersendirian menjaga anak-anaknya. Dalam kajian ini, kes yang dikaji ialah
mengenai dilema seorang (daripada lima kanak-kanak) yang dipelihara oleh ibu tunggal yang perlu
menanggung hidup keluarganya disebabkan ditinggalkan oleh suaminya dan implikasi daripada
kemiskinan yang mereka hadapi terhadap pendidikan anak-anak.

MASALAH KAJIAN

Seorang ibu berketurunan Cina mendapati suaminya telah melarikan diri daripada lintah darah
(along) disebabkan hutang yang banyak. Sudah lebih setahun suaminya tidak pernah menghubungi
atau menampakkan diri kepada keluarganya, maka tinggallah ibu ini bersendirian untuk menyara
enam orang anak-anaknya, termasuk menjaga bapanya yang sudah tua. Anak-anaknya berada dalam
lingkungan umur 3 hingga 13 tahun di mana empat orang anaknya sedang belajar di sekolah rendah
dan yang sulung akan memasuki sekolah menengah. Anak bongsunya kini dipelihara oleh datuknya
yang juga miskin (tiada berpendapatan). Oleh kerana tidak mampu membayar sewa flat selama 6
bulan, keluarga ini telah dihalau keluar dari flat oleh tuan rumahnya. Maka mereka terpaksa tinggal
di kaki lima flat tersebut.

Demi menampung kos kehidupan keluarga, ibu tunggal ini terpaksa bekerja dari awal pagi
hingga lewat malam. Oleh sebab tahap pendidikan ibu tunggal ini tidak tinggi, dia bekerja sebagai
jurujual dan juruwang di pasaraya berdekatan dan membuat kerja sampingan untuk menambah
pendapatan. Oleh kerana terpaksa menumpukan perhatian kepada anak-anak, dia telah beberapa kali
dibuang kerja. Keadaan yang selalu bertukar kerja menyebabkan pendapatannya tidak stabil. Masa
kerja yang panjang juga menyebabkan ibu tunggal ini tidak mempunyai masa yang lebih untuk
mengambil berat tentang perkembangan anak-anaknya dan seterusnya tidak dapat memberi
bimbingan atau didikan ke atas anak-anaknya.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


33
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Semasa mereka tinggal di kaki lima flat, anak-anaknya selalu berkeliaran di sekitar kawasan
perumahan dan pusat membeli-belah tanpa pengawasan orang dewasa kerana ibu mereka bekerja di
gerai dalam pusat membeli-belah tersebut. Oleh sebab ketiadaan ibu di sisi anak-anaknya, anak-anak
ini kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu mereka (dan juga bapa mereka yang telah
menghilangkan diri), dan mereka berkelakuan agak liar dan kasar. Apabila anak-anak tersebut berasa
lapar, mereka meminta sedekah daripada orang awam, wang ataupun makanan. Mereka tidak pandai
memilih makanan yang berkhasiat, kebanyakan anak-anaknya menghadapi masalah obesiti kerana
selalu mengambil makanan ringan dan murah. Selain itu, mereka tidak tahu menjaga kebersihan diri.
Malah mereka jarang mandi dan tidak mempunyai pakaian bersih untuk dipakai setiap hari. Seorang
anak perempuan yang berumur 13 tahun (sudah akil balikh) kerapkali datang ke sekolah tidak pakai
seluar dalam dan pakaian sekolah yang bersih. Sejak ditegur oleh guru, dia kini sudah tidak hadir ke
sekolah lagi. Keluarga tunggal ini kini telah diberikan sebuah rumah flat baru untuk tinggal oleh
sebuah badan kebajikan (NGO). Empat orang daripada enam orang kanak-kanak ini diletakkan di
rumah jagaan anak yatim, seorang dipelihara oleh datuknya dan seorang kanak-kanak, iaitu anak
sulung, perempuan, berumur 13 tahun memilih untuk tinggal bersama ibunya. Kajian ini menyingkap
masalah dan dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak perempuan ini dari pelbagai perspektif untuk
mendedahkan implikasi perpecahan keluarga dan kemiskinan keluarga yang menjejaskan masa
hadapan kanak-kanak.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak
perempuan berumur 13 tahun berbangsa Cina yang dibesarkan dalam keluarga ibu tunggal di
Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini meneliti bagaimana masalah kesusahan
hidup dalam keluarga ibu tunggal memberi kesan terhadap kehidupan seharian kanak-kanak, peribadi
dan tingkahlaku, pendidikan, kesihatan dan keselamatan dirinya.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini ialah:


1. Mengenalpasti sejauhmanakah kemiskinan keluarga ibu tunggal mempengaruhi kehidupan
kanak-kanak, dari segi pembentukan peribadi dan tingkahlaku, pendidikan, kesihatan, dan
keselamatan diri mereka.
2. Mengenalpasti pengaruh tingkahlaku seorang ibu tunggal terhadap kehidupan anaknya.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
34
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

SOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:


1. Sejauhmanakah kemiskinan keluarga ibu tunggal mempengaruhi kehidupan kanak-kanak,
dari segi pembentukan peribadi dan tingkahlaku, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan diri
mereka?
2. Adakah tingkahlaku ibu tunggal mempengaruhi kehidupan anaknya?

KEPENTINGAN KAJIAN

Isu mengenai kebajikan kanak-kanak biasanya kurang diberi perhatian oleh pelbagai pihak apabila
menguruskan kebajikan keluarga tunggal yang dalam kemiskinan tegar. Kajian ini cuba menonjolkan
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang terperangkap dalam isu orang dewasa seperti isu
perpecahan keluarga dan keluarga tunggal. Kajian mengenai hal ini juga kurang diberi tumpuan
secara mendalam, walaupun statistik mengenai kemiskinan dan bilangan keluarga tunggal di
Malaysia dikeluarkan secara berkala oleh Lembaga Penduduk dan Keluarga Malaysia (LPKM) dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaratat. Statistik hanya dapat menunjukkan
jumlah atau bilangan kanak-kanak di rumah-rumah jagaan atau yang menjadi mangsa perceraian dan
kepincangan sesebuah keluarga. Apa yang dirasai oleh kanak-kanak malang ini jarang-jarang
dilaporkan melalui kajian ilmiah. Oleh itu, dapatan kajian ini adalah penting bagi pihak-pihak yang
terlibat dengan urusan kebajikan keluarga tunggal dan kanak-kanak untuk dijadikan iktibar dan
pengajaran bahawa ramai lagi kanak-kanak malang yang menghadapi masalah yang sama dalam
negara ini – yang patut diberi perhatian, kerana mereka adalah generasi masa hadapan negara. Baik
atau buruk tingkahlaku mereka, pasti akan memberi implikasi kepada masyarakat dan negara pada
masa hadapan. Dapatan kajian ini sangat bermakna kepada guru-guru untuk lebih memahami
mengenai psikologi dan pencapaian pendidikan murid-murid yang datang dari keluarga miskin dan
keluarga tunggal.

SKOP KAJIAN

Kajian kes ini ditumpukan kepada kes seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun (remaja)
yang belajar di sebuah sekolah rendah di Setapak Kuala Lumpur. Kes ini didapati unik kerana murid
ini pada mulanya mempunyai pencapaian yang baik di sekolah, tetapi selepas berlaku ‘kehilangan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
35
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

bapanya’ (kerana melarikan diri dari peminjam wang - ‘along’), pelajarannya terus merosot dengan
mendadak, dan dia telah hilang motivasi untuk belajar dan selalu tidak datang ke sekolah. Kajian ini
memfokus kepada aspek keperluan asas, sosial, emosi dan tingkahlaku kanak-kanak remaja ini dalam
menghadapi kehidupannya bersama ibu tunggal miskin di Setapak, Kuala Lumpur. Kajian ini cuba
menonjolkan dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak remaja ini dalam menjalani kehidupannya yang
tanpa tujuan dan tanpa bimbingan.

TINJAUAN LITERATUR

Seseorang wanita dianggap ibu tunggal apabila kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas
membesarkan anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dan diberi hak penjagaan ke atas
anak-anaknya, atau seorang wanita yang digantung tidak bertali tanpa diberi nafkah, atau wanita
dalam proses perceraian (Rohaty & Rais, 1999). Permasalah ibu tunggal semuanya menjurus kepada
masalah sosial, sekiranya masyarakat tidak prihatin terhadap masalah yang menimpa golongan
tersebut (Rohaty & Rais, 1999). Masalah utama yang sering dihadapi oleh golongan ini ialah
memenuhi keperluan asas anak-anak mereka terutama sekali ibu tunggal yang kurang bernasib baik,
kerana tiada pekerjaan dan pendapatan tetap, juga tiada pendidikan yang tinggi. Justeru, ibu tunggal
begini sering menghadapi pelbagai masalah peribadi, termasuk kemelut krisis jiwa seperti ganggunan
mental dan juga gangguan emosi. Menurut Diyana Isahak, Doris Padmini Selvaratnam & Nor Aini
Haji Idris (2009), keluarga tunggal biasanya mempunyai kekurangan dari segi sumber masa dan
wang.
Mustari, Ya’kob, Chik, Jasmi & Mohamed (2004) telah menjalankan kajian tentang masalah
pelajar daripada keluarga terpisah di Terengganu. Perpisahan ini disebabkan oleh penceraian,
kematian dan krisis keluarga. Hasil kajian tersebut menunjukkan pelajar yang datang daripada
keluarga ibu tunggal yang terpisah sering mengalami masalah kewangan, tidak ada tempat mengadu,
tekanan emosi, dan masalah pergaulan dengan rakan sebaya. Sehubungan dengan itu, mereka
merumuskan bahawa penceraian ibu bapa dan perpisahan keluarga menyebabkan tekanan jiwa yang
tidak sihat terhadap kalangan kanak-kanak. Anak yang tinggal dalam keluarga ibu tunggal tidak
mendapat kasih sayang yang secukupnya. Ini menjejaskan perkembangan diri kanak-kanak itu secara
menyeluruh dari aspek fizikal, intelektual dan sosial (Mustari, Ya’kob, Chik, Jasmi & Mohamed,
2004). Kekurangan perhatian dan kasih sayang juga mengganggu perkembangan personaliti mereka.
Menurut Rohaty dan Rais (1999), kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal sukar untuk
melafazkan perasaan kerana takut menyinggung perasaan ibu atau bapa mereka.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


36
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Dr Ruzita Jamaluddin (Bernama, 1
Julai 2016) melaporkan bahawa lebih 20 peratus kanak-kanak lingkungan umur 5 hingga 15 tahun di
negara ini menghadapi masalah mental yang berpunca daripada tekanan hidup serta diskriminasi
keadaan persekitaran. Menurut Abdul Hamid Abdul Rahman (2014) pensyarah Jabatan Psikiatri
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, ‘kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa
merupakan antara punca utama kanak-kanak mengalami tekanan hidup. Sekiranya kanak-kanak
tersebut dibiarkan, tekanan itu boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah mental. Ini kerana,
di peringkat ini emosi mereka tidak kental dan mudah mengalami gangguan mental’. Azyyati
Zainudin (2014) menyatakan persekitaran kanak-kanak, iaitu keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya,
politik dan interaksi antara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya turut menjadi faktor yang
mempengaruhi kemurungan dan masalah mental kanak-kanak.

Semua pendapat ini adalah sehaluan dengan apa yang disarankan oleh Bronfenbrenner dalam
Teori Sistem Ekologi Manusia – bahawa persekitaran kanak-kanak yang paling hampir iaitu
mikrosistem (terdiri daripada ahli keluarga, ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru di sekolah dan jiran-
jiran) adalah pihak yang paling mempengaruhi keperibadian kanak-kanak (Bronfenbrenner, 1979).
Kanak-kanak yang mendapat galakan dan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dalam suasana
yang menyenangkan dan kasih sayang didapati menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding
kanak-kanak yang tidak diberi peluang berinteraksi dan tidak mendapat galakan kasih sayang
(Azyyati Zainudin, 2014). Suasana dan keadaan keharmonian dalam rumah sangat mempengaruhi
tingkah laku individu pelajar di sekolah – demikian juga, apa yang berlaku dalam mikrosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mesosistem yang lain – iaitu persekitaran dalam masyarakat yang
lebih luas.

Hamidah, et al. (2006) dalam kajian mereka secara konsisten mendapati semua pelajar
daripada keluarga bercerai mempunyai masalah peribadi yang membawa kepada tingkah laku
negatif. Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-
kacir. Menurut penyelidik ini, ramai kanak-kanak dari keluarga tunggal khususnya mempunyai
masalah tingkah laku dan emosi akibat kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan untuk bersama
anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk
menyara keluarga. Akibatnya, menurut Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011),
remaja dari keluarga tunggal lebih banyak menghabiskan masa mereka di luar rumah (tidak belajar),
dan terdedah kepada pengaruh negatif rakan-rakan yang dalam keadaan yang sama.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


37
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011) menjelaskan ibu bapa yang sibuk
dengan kerja juga boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang – tidak
hanya dalam keluarga tunggal. Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah. Oleh
itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah. Masa
yang banyak dihabiskan bersama rakan-rakan boleh mendorong mereka untuk melakukan perkara-
perkara yang mengundang kepada kemerosotan akhlak. Namun, ada juga kanak-kanak dari keluarga
ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tingkah laku yang baik, bertanggungjawab dan berjaya dalam
pendidikan (Goh Suet Lan, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR,
dilaporkan dalam MyMetro, 5 Julai 2016). Semua ini adalah bergantung kepada bagaimana ibu atau
bapa tunggal ini memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Tingkah laku dan pemikiran ibu atau
bapa tunggal juga turut memberi pengaruh, sama ada positif atau negatif terhadap anak-anak mereka.

Banyak kajian di luar negara, terutama di Amerika Syarikat telah mengkaji kesan struktur
keluarga terhadap kesejahteraan kehidupan kanak-kanak, iaitu dari segi penyesuaian sosial,
psikologi, dan pencapaian akademik (Bronstein, et al., 1993; McLanahan & Sandefur, 1994; Brown,
2004; Brown, 2010; Brown, Manning & Bart Stykes, 2015). Kebanyakannya mendapati anak-anak
yang tinggal dalam keluarga tradisional (mempunyai kedua-dua ibu dan bapa) mempamerkan tahap
penyesuaian sosial, psikologi dan akademik yang lebih tinggi atau baik berbanding anak-anak yang
tinggal dalam lain-lain struktur keluarga tunggal dan keluarga tiri. Brown, Manning & Bart Stykes
(2015) mendapati remaja dari keluarga tunggal tidak memperolehi kejayaan yang setanding dengan
remaja dari keluarga normal dalam ujian membaca, lisan, dan matematik. Dapatan ini menyokong
hasil kajian Tillman (2008) yang mendapati remaja dalam keluarga yang telah bercerai ini
mengalami kemerosotan pelajaran yang ketara dan kerap ponteng sekolah. Remaja ini juga suka
mengalah, terlalu merendah diri, dan kurang keyakinan diri. Kajian-kajian lain juga menunjukkan
dapatan yang konsisten di mana kanak-kanak yang tinggal dengan keluarga tunggal mempunyai
pencapaian akademik jauh lebih rendah daripada kanak-kanak yang tinggal bersama kedua orang ibu
bapa mereka (Amato, 2014; Brown, 2010).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan kemiskinan keluarga tunggal terhadap kehidupan kanak-
kanak dari segi pembentukan peribadi dan tingkah laku, pendidikan, kesihatan, dan keselamatan diri.
Juga dikaji ialah tingkah laku ibu tunggal yang mempengaruhi kehidupan anaknya. Kajian ini
berbentuk kajian kualitatif, menggunakan reka bentuk kajian kes. Menurut Harrison (2017), kajian
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
38
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kes kontemporari adalah berasal daripada kajian-kajian dalam disiplin antropologi, sejarah, psikologi
dan sosiologi. Kajian kes kontemporari yang dipelopori oleh Yin (2014), Merriam (2009) dan Stake
(2006) adalah bersifat partikularistik, deskriptif, dan heuristik, yang menonjolkan tujuan dan kualiti
kes yang dikaji, serta berfokus kepada sesuatu entiti yang tertentu atau khusus. Kajian kes
kontemporari menyokong falsafah positivisme dan membolehkan proses konstruktivis dan
interpretasi dilakukan untuk menentukan perkaitan atau perhubungan sebab-akibat terhadap kes yang
dikaji.

Dalam kajian ini, kes yang menjadi tumpuan ialah seorang kanak-kanak perempuan, berumur
13 tahun yang tinggal bersama ibu tunggal yang miskin. Kehidupan mereka menjadi susah apabila
bapanya menghilangkan diri (disebabkan hutang). Kehidupan mereka melarat sehingga terpaksa
tinggal di kaki lima selama hampir dua bulan sebelum diberikan tempat tinggal baru oleh masyarakat
prihatin. Kanak-kanak ini mempunyai lima orang adik beradik lain, empat daripadanya telah
diletakkan di rumah jagaan anak yatim dan seorang lagi dipelihara oleh datuknya. Beliau adalah anak
sulung dan berasa dia bertanggungjawab untuk menjaga ibunya, maka dia tidak mahu diletakkan di
rumah jagaan bersama-sama adik-adiknya.

Maklumat mengenai kes ini dan hasil kajian diperolehi melalui temubual dan pemerhatian
selama beberapa minggu. Temubual juga dikendalikan dengan pihak-pihak lain seperti ibu dan guru
kelasnya. Soalan-soalan temubual adalah terbuka - kebanyakannya mengenai keperluan asas, emosi
dan pendidikan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

(i) Pandangan responden mengenai pemenuhan keperluan asas


Keperluan asas yang difokus dalam kajian ini ialah keperluan tempat tinggal, makanan, keselamatan,
kesihatan dan kasih sayang. Menurut responden, dia dan keluarganya (semasa tinggal di kaki lima
flat) terpaksa makan dan tidur di kaki lima sebagai peminta sedekah yang hina. Mereka tiada tempat
persendirian (privacy) untuk menyalin pakaian, berbaring atau membuat sesuatu yang selalu dibuat
dalam rumah atau bilik sendiri. Mereka tidak ada tempat mandi, tempat untuk membasuh tangan dan
muka (hanya ada tandas flat atau tandas kedai), oleh itu, mereka menggunakan tisu atau kain/tuala
kecil untuk membersihkan muka dan tubuh. Mereka tidak boleh mencuci pakaian kerana tidak ada
tempat untuk menyidai dan mengeringkan pakaian, malah mereka jarang mandi kerana tidak
dibenarkan mandi di dalam tandas.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
39
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Inilah dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menjadi responden kajian ini.
Bayangkan jika anda tidak dapat mandi dan menyalin pakaian bersih, sudah pastilah anda tidak mahu
pergi ke sekolah. “Sekolah hanya untuk orang yang ada rumah dan hidup aman damai; barulah
boleh buat kerja rumah dan ada tempat untuk belajar” (kata responden). Perasaan responden ini
sangat memilukan. Beliau sudah mengalah dan terpaksa menerima hakikat tidak mampu untuk
mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak lain. Apabila keperluan asas tidak dapat dipenuhi, maka
keperluan untuk belajar akan terputus dan dipendamkan.

Menurut responden ini, di waktu siang, dia rasa amat resah gelisah untuk duduk di kaki lima
bersama adik-adiknya, oleh itu mereka akan merayau-rayau di kawasan sekitar kerana cuba
melarikan diri daripada realiti diperhatikan orang ramai setiap gerak geri mereka – seolah-olah
mereka seperti anjing kurap. Mereka juga merasa tidak selamat dan sering takut ada orang yang akan
mencederakan dan melakukan sesuatu tindakan ganas seperti menghalau mereka dari situ. Tidak ada
tempat perlindungan yang selamat di kaki lima flat. Semua orang memandang dengan jijik
menyebabkan rasa hatinya sangat sedih. Responden sangat prihatin menjaga barang-barang
kepunyaan mereka yang dibungkus dalam beg-beg plastik dan kotak-kotak – kerana mungkin itulah
sahaja barangan yang tinggal yang mereka ada.

Menurut teori keperluan asas Abraham Maslow, kegagalan memenuhi keperluan asas,
terutama keperluan kepada makanan, keselamatan, kesihatan dan keperluan kasih sayang boleh
menyebabkan kekecewaan yang membawa kesan negatif terhadap kanak-kanak. Dari sinilah
mulanya terbentuk sifat benci dan enggan memberi kerjasama, sifat permusuhan dan agresif atau
penakut dalam diri kanak-kanak (Gorman, 2010).

Rajah 1 (diambil dari McLeod, 2007) menunjukkan piramid hirarki keperluan asas manusia.
McLeod (2007) menerangkan, bahawa mengikut teori Maslow, selagi keperluan asas paling bawah
tidak terpenuh, maka keperluan pada asas seterusnya tidak akan tercapai. Dalam kes kanak-kanak
yang dikaji ini, keperluan asas pada ketiga-tiga aras pertama piramid semuanya tidak terpenuh. Maka
tidak mungkin sekali dia boleh mempunyai pencapaian dalam pendidikan, yang boleh membina
estim kendirinya.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


40
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Rajah 1. Hiraki keperluan manusia mengikut teori Maslow (Sumber: McLeod, 2007)

Setiap hari, ibu responden terpaksa bekerja sepanjang hari dan juga di sebelah malam, oleh
itu responden dan adik-adiknya tidak dapat makan bersama dan pada masa makan yang tetap kerana
tiada orang menyediakan makanan untuk mereka. Keperluan asas fisiologi responden tidak dicapai,
maka responden cuba untuk memenuhi keperluannya dengan kaedah yang lain. Apabila mereka
berasa lapar, mereka meminta sedekah (wang atau makanan) daripada orang awam.

Oleh kerana responden ini merupakan anak sulung dalam keluarganya, dia terpaksa
memainkan peranan menjaga adik-adiknya semasa emaknya bekerja dan dia tahu bahawa emaknya
tiada masa untuk berbuat demikian. Disebabkan responden masih lagi seorang kanak-kanak, dia
sendiri tidak dapat mengendalikan dirinya dengan baik, apatah lagi mengendalikan adik-adiknya.
Semasa keluarga responden tinggal beberapa minggu di kaki lima flat, responden tidak mandi dan
menukar pakaian hampir seminggu. Ini menyebabkan mereka tidak tahu menjaga kebersihan diri.
Ada daripada enam orang kanak-kanak tersebut kadang-kadang tidak memakai seluar dalam kerana
tidak dapat dicuci, termasuk responden sendiri. Hal ini boleh mengundang bahaya terutama kerana
responden seorang remaja perempuan - dan mereka tiada tempat untuk melindungkan diri daripada
menjadi sasaran orang-orang yang tidak berperikemanusiaan – seperti perogol, bapa ayam dan
sebagainya. Inilah masalah keselamatan diri yang dihadapi oleh kanak-kanak ini – semasa ibu
mereka bekerja.

Selepas mereka tinggal hampir dua bulan di kaki lima flat, masalah mereka ini telah
mendapat perhatian daripada orang ramai. Terdapat beberapa buah persatuan kebajikan yang
menghulurkan bantuan kepada keluarga responden. Mereka menyediakan tempat tinggal bersih dan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


41
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

selamat untuk keluarga responden. Responden dan seorang adiknya tinggal bersama dengan ibunya
dan datuknya di sebuah rumah flat yang disediakan oleh persatuan kebajikan, empat orang adik-
adiknya yang lain ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras, Kuala Lumpur. Ahli-ahli
masyarakat juga ada yang memberi beras, makanan kering dan makanan dalam tin untuk membantu
keluarga responden menyelesaikan masalah makanan. Dengan bantuan orang ramai, responden dan
keluarganya kini tidak lagi menghadapi masalah pemenuhan keperluan asas makanan, pakaian,
tempat tinggal dan keselamatan. Mereka sudah ada tempat tinggal yang selamat. Namun, mereka
masih pelrukan penjaga dan orang yang sudi menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Pada aras
ini, masalah besar akan timbul – ibu kanak-kanak ini sibuk tetapi dia sayangkan anak-anaknya.
Siapakah pihak lain yang mampu menjaga mereka? Datuknya juga daif dan sudah tua. Dalam situasi
ini, maka kita melihat kanak-kanak ini sedang menghadapi dilema yang besar.

(ii) Pandangan responden mengenai emosi dan sosialnya


Temubual dengan responden menunjukkan beliau kurang mendapat kasih sayang dari keluarganya.
Beliau sudah lupa bagaimana rupa bapanya, dan ibunya juga sangat sibuk bekerja. Daripada beberapa
temubual dengan responden, pengkaji mengesan responden menunjukkan air muka yang sedih
apabila bercerita mengenai adik-adiknya. Responden sangat merindui adik-adiknya yang tinggal di
rumah perlindungan. Mereka hanya dapat berjumpa setiap 3 bulan sekali dan semasa cuti perayaan
kaum Cina dan cuti sekolah (hanya 4 kali setahun). Kajian ini dijalankan pada bulan April-Mei 2017,
dan cuti sekolah penggal satu pada bulan Mei sudah hampir tiba, dan responden menunjukkan
perasaan tidak sabar untuk bertemu dengan adik-adiknya. Harapan responden supaya keluarganya
dapat bersatu semula pada suatu hari nanti.

Kekurangan kasih sayang dan masa berkualiti dengan ibunya, menyebabkan responden
berasa kesunyian dan seolah-olah tiada tempat selamat untuk bergantung. Responden berubah
menjadi anak yang runsing, kurang keyakinan diri, selalu merasa takut, bimbang dan rasa
kekosongan – tidak seperti kanak-kanak lain yang gembira dan dapat berjalan-jalan bersama ibu bapa
mereka, pergi makan dan bersiar-siar sambil membeli belah. Responden ini walaupun masih muda –
baru 13 tahun, sangat berharap dapat menjaga dan memberikan kasih sayang kepada adik-adiknya,
dan beliau juga sangat memerlukan kasih sayang dari adik-adiknya. Kasih sayang menjadikan
seorang suka berinteraksi dan beraksi dengan lebih yakin dalam kehidupan. Kekurangan kasih
sayang dan perhatian boleh membawa kepada masalah remaja yang tidak ketahuan, lama-kelamaan
ia mungkin menjadi gejala sosial yang membimbangkan.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


42
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Eric Erikson (1968, dalam Crocetti, Rubini, Branje dan Koot, 2016) menekankan
kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut
Erikson, personaliti seorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososialnya.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan memberi
akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Dalam Teori Erikson, faktor keluarga dan faktor
ekonomi dikatakan sangat mempengaruhi keadaan sosial dan emosi kanak-kanak (Crocetti, et al.,
2016).

(i) Pandangan responden mengenai pendidikannya


Temubual dengan guru responden di sekolah, mendapati responden adalah seorang murid yang tekun
berusaha dalam pelajaran, dan kedudukan akademiknya dalam kelas agak cemerlang. Perkembangan
akademiknya mula terjejas selepas tragedi ini berlaku. Kehilangan bapanya memberi impak yang
besar terhadap pencapaian akademik responden. Ibu responden terlalu sibuk bekerja dan tidak
mampu menyelia pelajaran anak-anaknya sehingga pendidikan mereka terabai. Menurut gurunya,
responden hilang motivasi belajar sejak kejadian tersebut. Dia tidak membuat kerja rumah yang
diberikan setiap hari, dan sering ponteng sekolah. Keputusannya merosot dengan mendadak.
Akhirnya dia langsung tidak datang ke sekolah, walaupun gurunya cuba memujuknya beberapa kali.
Menurut gurunya lagi, kini kanak-kanak ini sudah terlalu jauh ketinggalan dalam pelajarannya dan
jika dia kembali ke sekolah pun, amat sukar baginya untuk mengejar perkembangan akademik murid-
murid lain dalam kelasnya.

Apa yang berlaku kepada diri responden didapati sama seperti yang dilaporkan dan tinjauan
literatur di atas – bahawa pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang telah bercerai-berai, paling
berkemungkinan akan mengalami kemerosotan akademik yang ketara dan mereka akan kerap
ponteng sekolah (Amato, 2014; Brown, 2010; dan Tillman, 2008). Mereka ini juga suka mengalah,
terlalu merendah diri, bersifat negatif, dan mengalami ‘inferiority complex’. Hal ini sama seperti
yang dapat dilihat dalam diri responden dalam kajian ini.

CADANGAN

 Ibu Responden
Sebagaimana yang diketahui, ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya
kepada anak-anak. Anak-anak perlu diberi kasih sayang supaya mereka disayangi dan tidak terabai.
Jika ibu bapa mengabaikan kebajikan anak-anak mereka, anak-anak akan mudah terpengaruh dengan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
43
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

rakan sebaya kerana mencari alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Dalam
kes ini, pengkaji mencadangkan supaya ibu responden perlu berusaha menunjukkan (melalui
interaksi, komunikasi dan gerak geri non-verbal) kasih sayang yang secukupnya terhadap anak-
anaknya di rumah, walaupun masa yang ada sangat terhad, memadai jika dia menunjukkan rasa
simpati dan mengambilberat apa yang dilakukan oleh anak-anaknya supaya mereka tidak terjerumus
dalam kancah gejala sosial yang buruk. Ibu ini perlu memberi bimbingan dan hala tuju kehidupan
kepada anak-anaknya.

Ibu responden juga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anaknya,
mengambil berat tentang perkembangan mereka sehingga mereka lebih matang dan dapat hidup
berdikari. Ibu ini boleh mulakan dengan aktiviti yang mudah seperti makan malam bersama-sama
apabila ada peluang. Setiap ahli keluarga duduk untuk menjamu selera bersama, mereka boleh
berbual mesra dan menikmati saat bersama tanpa gangguan. Meluangkan masa dengan anak-anak
tidak bermaksud kita perlu membelanjakan banyak wang. Terdapat perkara yang boleh kita lakukan
secara percuma seperti menonton televisyen, melakukan aktiviti riadah seperti bermain badminton
dan bermain di taman. Ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu tunggal dengan anak-anaknya.

Sebagai seorang ibu, ibu responden perlu mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai murni
supaya dapat membentuk sahsiah yang tinggi. Anak-anak bagaikan sehelai kain putih, ibubapa yang
perlu mencorak warna pada kain tersebut. Oleh itu, kanak-kanak mendapat bimbangan dan dorongan
daripada ibu bapa. Dalam kes ini, ibu responden harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan
supaya anak-anak boleh mengikut perkara baik dan menerapkan nilai teladan dalam kehidupan
mereka. Selain itu, ibu responden harus mengawasi perlakuan dan memberi pemantauan yang rapi
terhadap kegiatan luar anak-anaknya supaya mereka tidak terjebak dalam kancah negatif.

Walaupun terdapat dua orang anak ibu tunggal yang telah ditempatkan di institusi kebajikan,
ibu responden tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Seboleh-bolehnya anak-anak ini perlu
dijengguk dan sentiasa bertanya khabar dengan kerap. Pentingnya peranan ibu responden dalam
memberi sokongan dan dorongan serta bimbingan kepada anak-anaknya kerana sokongan moral
daripada keluarga adalah lebih bernilai daripada segalanya.

 Pihak Sekolah
Pihak sekolah yang dimaksudkan ialah guru kelas dan guru-guru lain serta guru besar sekolah –
pihak ini mestilah mengambil perhatian tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
44
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

seseorang murid. Jika guru peka terhadap perubahan yang ada pada murid-muridnya, dengan segera
guru dapat membantu murid yang menghadapi masalah dan seterusnya mungkin dapat mengelakkan
daripada berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas kanak-kanak tersebut.

Dalam hal ini, guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan yang penting.
Kaunselor yang bertauliah di sekolah adalah sangat diperlukan untuk memberi bimbingan kepada
murid-murid yang menghadapi masalah supaya mereka mempunyai tempat selamat yang betul untuk
mengadu sebarang masalah atau meminta pendapat dan nasihat dari kaunselor. Guru kaunselor
janganlah hanya menunggu murid-murid datang ke pejabatnya, tetapi sentiasalah berusaha mencari
kes-kes yang berpotensi menjadi masalah sebelum terlambat.

Pihak sekolah juga perlu menganjurkan program-program motivasi untuk meningkatkan


keyakinan dan motivasi murid-murid belajar. Perhatian perlu diberikan kepada membentuk nilai
sahsiah yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar - generasi muda, bukan hanya menumpu kepada
pencapaian akademik semata-mata. Bimbinglah pelajar-pelajar untuk menjadi individu-individu yang
prihatin dengan isu-isu dan masalah masyarakat. Guru-guru perlu memberi sokongan dan dorongan
kepada kanak-kanak, membimbing dan menasihati mereka supaya merasakan diri mereka
berkebolehan dan berkeyakinan. Hal ini dapat membantu membina watak kanak-kanak yang sihat
dalam semua aspek perkembangan.

 Ahli Masyarakat
Ahli masyarakat perlu memberikan perhatian kepada isu-isu kemiskinan kanak-kanak. Semua pihak
perlu membantu, terutama mereka yang memerlukan bantuan, pelajar-pelajar yang miskin, dan ibu
tunggal yang kurang berkemampuan untuk menyara kehidupan anak-anaknya. Masyarakat boleh
menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau barangan untuk membantu keluarga miskin dan
ibu tunggal memenuhi keperluan keluarganya. Konsep masyarakat penyayang perlu dihidupkan
semula. Masyarakat penyayang dapat menghindari pelbagai gejala sosial yang mungkin akan berlaku
pada suatu hari nanti.

PENUTUP

Ibu bapa merupakan aspek penting dalam sesebuah keluarga. Ia merupakan satu sistem ekologi
paling efektif dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, dalam semua aspek. Kasih sayang
adalah teraju utama untuk melahirkan keluarga yang sejahtera. Tanpa kerjasama setiap anggota
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
45
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

keluarga, impian untuk melahirkan keluarga yang sejahtera tidak akan tercapai. Sebuah keluarga
yang sejahtera sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Ibu bapa perlu menjadi
‘role model’ kepada anak-anak dan menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

Dalam kajian kes ini, ibu tunggal wajar melengkapkan diri dengan sesuatu kemahiran
pekerjaan supaya mendapat pekerjaan yang stabil dan pendapatan yang dapat menampung kos
kehidupan sekeluarga. Ibu tunggal juga perlu mempunyai ilmu mendidik anak-anak supaya
melahirkan anak-anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Dengan
sedemikian, kehidupan harian kanak-kanak dari segi aspek keperluan asas, sosio-emosi dan
pendidikan dapat dipenuhi.

Sesungguhnya keluarga sejahtera merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang


dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakat. Mayarakat
penyayang perlu direalisasikan demi kebaikan bersama. Elakkan memandang rendah atau remeh apa
yang kanak-kanak boleh lakukan - masalah kecil yang dihadapi oleh kanak-kanak mungkin menjadi
gejala sosial yang besar pada masa hadapan dan seterusnya memberi impak negatif yang tidak dapat
dijangka kepada masyarakat dan negara.

RUJUKAN

Amato, P. R. (2010). Research on Divorce: Continuing Trends and New Developments. Journal of
Marriage and Family. Published Date 18 June 2010

Amato, P. R. & Anthony, C. J. (2014). Estimating the Effects of Parental Divorce and Death With
Fixed Effects Models. Journal of Marriage and Family. Published Date 18 June 2014

Azyyati Zainudin (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-


kanak. Diakses pada 24 April 2017 https://www.slideshare.net/ weydwyda/faktorfaktor-
yang-mempengaruhi-perkembangan-sosioemosi-kanakkanak

Bronstein, P., Clauson, I, Stoll, M. F., & Abrams, C. L. (1993). Parenting behavior and children's
social, psychological, and academic adjustment in diverse family structures. Family
Relations, 42(3): 268-276.

Brown, S. L. (2004) Family structure and child well-being: The significance of parental
cohabitation. Journal of Marriage and Family (66); 351–367.

Brown, S.L. (2010). Marriage and child well-being: Research and policy perspectives. Journal of
Marriage and Family. (72): 1059–1077.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


46
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Brown, S. L., Manning, W. D. & Bart Stykes, J. (2015). Family Structure and Child Well-Being:
Integrating Family Complexity. Journal of Marriage Family. 2015 Feb; 77(1): 177–190.

Crocetti, E.T., Rubini, M, Branje, S., Koot, H.K. and Meeus, W. (2016). Self‐concept clarity in
adolescents and parents: A six‐wave longitudinal and multi‐informant study on development
and intergenerational transmission. Journal of Personality, May 2015.
(http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jopy.12181/full).

Diyana Isahak, Doris Padmini Selvaratnam & Nor Aini Haji Idris (2009). Isu Dan Cabaran Ibu
Tunggal Dalam Menghadapi Perubahan Persekitaran Global. Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV), Jilid 1 (2009) 324-336 ISSN: 2231-962X

Gorman, D. (2010). Maslow's hierarchy and social and emotional wellbeing. Aboriginal & Islander
Health Worker Journal, 34 (1), 27-29.

Hamidah Ab. Rahman, Sabariah Din, Mohd Taib Dora, Ajmain Safar, Hamdan Abd. Kadir dan
Puteri Khairul Bariah Mohd Mansur. (2006). Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga
Dan Penceraian: Kajian Kes Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia.

Manning W. D, Brown S. L, Stykes J. B. (2014). Family complexity among children in the United
States. Annals of the American Academy of Political and Social Science. 2014; 654:48–65.

McLanahan S, Sandefur G. (1994). Growing up with a single parent: What helps, what
hurts. Cambridge, MA: Harvard University Press.

McLeod, S. A. (2007). Maslow's Hierarchy of Needs.


Diakses dari: http://www.simplypsychology.org/maslow.html

Merriam S. B. (2009). Qualitative Research (3rd edition). San Fransisco:Jossey-Bass.

Mustari, M. I., Ya’kob, R., Chik, S. N., Jasmi, K. A., & Mohamed, A. K. (2004). Permasalahan Ibu
Tunggal dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak: Satu Kajian Kawasan
Sura, Dungun, Terenggannu. Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004. 29-30, Mei
2004. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Rohaty Mohd Majzud & Muhammad Rais (1999). Ibu Tunggal Menelusuri Rintangan Hidup dengan
Keyakinan. Selangor: Pelanduk Publications.

Siti Nor Yaacob dan Anita Abdul Rahman (1997). Depresi Dan Pencapaian Akademik Remaja Dari
Keluarga Berbeza Struktur. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 15, 1997.

Stake, R. E. (2006). Multiple Case Study Analysis. New Ypork: Guilford Press.

Tillman K.H. (2008). “Non-traditional” siblings and the academic outcomes of adolescents. Social
Science Research (37); 88–108.

Sinar Harian. (2014). Kurang Kasih Sayang Punca Anak Tertekan. Diakses pada 24 April 2017
checkhttp://cikamal.com/kajianpenuhmengenaiinteraksisosialdalam kalangankanak-
kanaktaska.html
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
47
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Yin. R.K. (2014) Case Study Research Design and Methods (5th ed.) Thousand Oaks, CA: Sage.

Zainudin Sharif dan Norazmah Mohamad Roslan (2011), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal of Education Psychology & Counseling, 1 (7). pp. 115-140. ISSN 2231-735X

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


48
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK DI RUMAH


DISEBABKAN KECUAIAN IBU BAPA
Geneswary Machai Anandan, Seetha Devi Andiappan dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Banyak kes telah dilaporkan dalam media-massa mengenai kecuaian ibu bapa sehingga
menyebabkan kecederaan kekal kepada anak-anak yang menjejaskan masa depan mereka. Kajian
kes ini bertujuan mendedahkan dua buah kes kemalangan yang berlaku di dalam rumah sehingga
membawa kepada kemudaratan kepada kanak-kanak. Kes yang pertama: Kes A melibatkan kanak-
kanak 8 tahun yang terjatuh sewaktu ibunya sedang mengemop lantai. Kanak-kanak ini terlantar di
hospital selama 3 bulan kerana patah tulang paha. Walaupun sudah sembuh, tetapi beliau
menghadapi kesukaran berjalan secara normal. Kanak-kanak ini tidak dapat menghadiri
persekolahan selama enam bulan kerana menjalani rawatan. Kes B melibatkan seorang kanak-kanak
lelaki berumur 10 tahun yang jatuh dari tangga rumahnya kerana berlari (bermain) sehingga
menyebabkan kecederaan teruk di kepala dan pendarahan otak. Kanak-kanak ini masih dirawat di
hospital dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kanak-kanak ini berkemungkinan
menghadapi risiko lumpuh dan tidak berupaya berfungsi secara normal mengikut pandangan doktor.
Kertas kerja ini membentangkan hasil temubual yang dijalankan bersama kanak-kanak A dan
pandangan ibu kanak-kanak B. Perasaan dan dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak yang terlibat
dalam kemalangan dibincangkan untuk memberi pengajaran kepada semua pihak agar sentiasa
beringat bahawa kemalangan boleh berlaku walau di dalam rumah sendiri apabila kita cuai.

Kata kunci: kecuaian ibu bapa, kemalangan kanak-kanak di rumah, isu-isu berkaitan kanak-kanak,
kesihatan dan kanak-kanak, dilema kanak-kanak.

PENGENALAN

Kemalangan kanak-kanak di rumah semakin hari semakin bertambah. Perkara ini terjadi kerana
kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka dan lalai mengawasi keselamatan anak-
anak. Susunan perabut dan peralatan dalam rumah dan di luar rumah juga jarang diberi perhatian
khusus oleh ibu bapa sehingga boleh menyebabkan kemalangan berlaku kepada kanak-kanak.
Kecuaian ibu bapa ini adalah penyebab utama kemalangan kanak-kanak di rumah. Perkara ini boleh
dielakan jika ibu bapa mempunyai pengetahuan dan kesedaran untuk mengawasi anak-anak semasa
bermain di rumah. Norhafizah Bt. Sahril, et al. (2014) melaporkan di New Zealand, 41.7% kematian
kanak-kanak adalah disebabkan kemalangan di rumah. Begitu juga menurut Mo, et al. (2006), rekod

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


49
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Canadian Hospital menunjukkan kebanyakan kemalangan bayi 0-4 tahun berlaku di rumah kanak-
kanak itu sendiri, terutama di kalangan anak-anak tatih (toddler).

Rumah sepatutnya adalah tempat paling selamat untuk kanak-kanak, namun didapati di
rumah berlaku berbagai kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Menurut Norhafizah Bt. Sahril,
et al. (2014) dan ROSPA (2017) rumah ialah tempat yang paling banyak berlaku kecederaan dalam
kalangan kanak-kanak. Kemalangan dalam rumah yang melibatkan kanak-kanak jarang diberi
perhatian oleh masyarakat. Dalam kajian Norhafizah Bt. Saril, et al. (2014) didapati seramai 8,017
kanak-kanak terlibat dalam kemalangan di rumah dalam tahun 2013 di Malaysia. Daripada jumlah
itu, 994 kes (11.4%) melibatkan kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Bilangan kemalangan yang
tertinggi dicatatkan ialah dalam kalangan kanak-kanak kaum India (14.7%), diikuti dengan kanak-
kanak dari kaum Melayu (11.2%) dan kanak-kanak dari keturunan Cina (8.2%). Lokasi-lokasi
berlakunya kemalangan atau kecederaan kanak-kanak ialah halaman rumah, ‘driveway’, longkang,
ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi/air, tandas, tangga, kolam renang/mandi, stor, atik/loteng,
beranda (balcony), bawah rumah, dalam lif, dan lain-lain Norhafizah Bt. Saril, et al. (2014).

Jenis-jenis kemalangan atau kecederaan kanak-kanak ialah jatuh, ditimpa atau dihempap
objek atau perabut rumah, luka kerana terkena benda tajam, tersepit, terbakar, lemas, keracunan,
digigit haiwan peliharaan, kejutan elektrik, tertelan objek, tersumbat dalam lubang, tercekek (objek
tersumbat dalam rongga badan seperti kerongkong, telinga, hidung, dll), ‘suffocation’ (lemas),
tertikam, tertembak, dan lain-lain (Linnan & Peterson, 2004).

Di Malaysia, kemalangan di rumah berada pada tempat kedua terbesar selepas kemalangan
di jalan raya. Laporan Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan Tahun 1996, oleh Jabatan
Kemalangan dan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan 10% kecederaan kanak-kanak
berlaku di rumah (dalam Norhafizah Bt. Saril, et al., 2014). Tiada kajian terbaru dilaporkan mengenai
hal ini, namun Norhafizah Bt. Saril, et al. (2014) menganggar statistik kemalangan kanak-kanak di
rumah terutama kemalangan-kemalangan kecil yang tidak dimasukkan atau dirawat di hospital
adalah sangat besar berbanding kemalangan di jalan raya. Walaupun ia kelihatan kecil dari sudut
luaran ia sebenarnya menjadi serius apabila kes tersebut melibatkan nyawa dan kesejahteraan hidup
kanak-kanak tersebut dalam jangka panjang. Kecuaian dan pengabaian ibu bapa sering berlaku
kerana kurang kepekaan di kalangan ibu bapa dalam memberi perhatian kepada setiap gerak-geri
anak-anak semasa mereka bermain atau ketika mereka melakukan sesuatu aktiviti di rumah. Sikap
tidak peka dan tidak ambil peduli boleh dianggap sebagai satu kecuaian atau pengabaian fizikal yang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


50
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak dari segi emosi, mental dan fizikal kanak-kanak itu
sendiri (Che Ros M.N., 1994; WHO & UNICEF, 2008).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini mengenalpasti dua kes kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan di rumah; bagaimana
kemalangan itu berlaku dan akibatnya terhadap kanak-kanak dan keluarga mereka.

SOALAN KAJIAN

Tiga soalan kajian dikemukakan untuk dicari jawapannya:

1. Bagaimanakah kemalangan di rumah berlaku dalam dua kes kanak-kanak yang dikaji?

2. Apakah kesan kemalangan tersebut terhadap pendidikan, emosi dan harapan masa depan
kanak-kanak yang terlibat?

3. Bagaimanakah kemalangan ini mempengaruhi emosi dan kehidupan ibu bapa (keluarga)
kanak-kanak yang terlibat?

METODOLOGI

Kecederaan atau kemalangan di rumah dalam kajian ini didefinisikan sebagai kecederaan yang
berlaku di kawasan rumah atau di dalam rumah sendiri yang menyebabkan kanak-kanak itu perlu di
dirawat di hospital.

Kajian ini ialah sebuah kajian kualitatif, menggunakan reka bentuk kajian kes. Data
dikumpul menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Temubual telah dilakukan dengan salah
seorang daripada responden yang dikaji (kerana seorang responden lagi dalam keadaan koma) dan
juga dengan ibu bapa mereka. Pemerhatian dilakukan terhadap kedua-dua responden di hospital.
Pengkaji juga telah melawat salah seorang responden di rumahnya.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


51
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

SAMPEL (KES)

Pemilihan kedua kes ini dibuat berasaskan akses pengkaji kepada responden, kerana mereka adalah
pelajar sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di mana pengkaji mengajar. Oleh itu,
pengkaji mempunyai akses dan mengenali keadaan mereka dan latar belakang mereka. Kedua-dua
orang kanak-kanak ini terlibat dalam kemalangan di rumah sendiri dan telah dirawat di Hospital
Pantai, Kuala Lumpur.

 Kes A: Murid Tahun 2, lelaki, berketurunan India, berumur 8 tahun - beliau terjatuh sewaktu
ibunya mengemop lantai menyebabkan tulang paha kanannya patah.
 Kes B: Murid Tahun 4, lelaki, juga berketurunan India, berumur 10 tahun - beliau mengalami
pendarahan otak kerana terjatuh tangga di rumahnya dan masih dalam keadaan koma.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

(i) Bagaimana kemalangan berlaku

Kes A: Kanak-kanak ini telah terjatuh semasa berlari (bermain) di ruang tamu rumahnya kerana
lantai jubin yang basah dan licin semasa ibunya sedang mengemop. Kecederaan yang dihadapinya
agak serius, iaitu patah tulang paha kanan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Dari temubual
dengan kanak-kanak, beliau memberitahu:

“Saya bermain dengan adik saya di luar rumah. Dia merampas mainan saya dengan kasar
menyebabkan saya berasa marah dan berlari masuk ke dalam rumah untuk menonton TV. Saya
tidak sedar emak sedang mop lantai. Saya tergelincir sebab lantai licin dan jatuh meluncur
sehingga kaki kanan saya termasuk ke dalam kabinet TV. Saya boleh dengar bunyi seperti
tulang kaki saya patah. Saya pun menjerit. Ibu dan nenek saya mengangkat saya dan meminta
saya berehat di atas sofa. Ibu tidak tahu kaki saya patah, dan dia menyapu minyak. Saya
tertidur. Sebelah petangnya aunty saya datang dan cuba menggerakkan kaki saya, aunty saya
terdengar bunyi seperti tulang patah dan terkejut. Dengan segera dia meminta saya dibawa ke
hospital dengan kereta uncle. Kami ke Hospital Pantai berhampiran rumah saya. Selepas x-ray
doktor memberitahu ibu saya tulang paha saya patah” (Responden A-1).

Kes B: Kanak-kanak ini telah terjatuh tangga di rumahnya dan mengalami pendarahan dalam otak.
Sejak kemalangan tersebut, dia masih belum sedar dan masih dirawat di unit ICU di hospital dalam
keadaan koma. Menurut ibunya, kemalangan kanak-kanak B berlaku semasa dia bermain naik turun
tangga bersendirian di ruang tamu. Pada masa ibu kanak-kanak ini sedang memasak di dapur.
Menurut ibunya, dia tahu anaknya bermain dengan barang-barang mainannya, tetapi dia tidak terfikir
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
52
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

apa-apa akan berlaku. Dia terus leka memasak dan tidak menjengguk anaknya atau menegur anaknya
supaya jangan bermain di tangga. Kecuaian ibu ini menyebabkan kanak-kanak ini terjatuh tangga dan
mengalami kecederaan di kepala dan dalam otak yang kritikal. Hasil temubual dengan ibu kanak-
kanak B mengesahkan maklumat ini:

“Sewaktu saya sedang memasak di dapur anak saya (kanak-kanak B) bermain di ruang tamu
rumah dengan alat-alat mainannya. Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat. Saya dengan
kelam kabut pergi ke ruang tamu dan ternampak anak saya terbaring di lantai bawah
tangga. Saya memanggil namanya beberapa kali tetapi dia tidak memberi sebarang respon
dan tidak sedar diri. Lalu saya telefon suami saya dan memberitahunya mengenai
kemalangan yang berlaku. Suami saya menelefon ambulans; selepas setengah jam ambulan
sampai dan bawa anak saya ke Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan saya dan
suami diberitahu oleh doktor bahawa anak saya mengalami pendarahan otak dan berada
dalam keadaan koma. Anak saya dimasukkan ke unit ICU. Sehingga sekarang dia masih
belum sedar” (Responden B-2).

Daripada penelitian pengkaji mengenai kedua-dua kes ini, memang terdapat unsur-unsur
kecuaian oleh ibu mereka. Kes A mungkin boleh dielakkan jika siibu sedar bahawa anak-anak sudah
pasti akan bergerak ke sana kemari di dalam rumah, oleh itu dia tidak sepatutnya mengemop lantai
semasa anak-anaknya berada di rumah. Dia boleh memilih hari-hari lain untuk mengemop lantai
rumah terutama di ruang tamu, misalnya pada masa anak-anaknya pergi ke sekolah. Kekurangan
pengetahuan dan kesedaran ini membawa padah yang besar kepada anaknya sendiri.

Bagi kes kedua, kemungkinan ini adalah kemalangan yang tidak diduga. Ibu kanak-kanak B
tidak ‘terfikir’ tentang bahaya anaknya bermain di tangga. Dia juga terlalu leka memasak sehingga
tidak ‘terfikir’ untuk menjengguk anaknya yang sedang bermain di tangga. Kemalangan ini boleh
dielakkan jika ibu kerap bercakap-cakap dengan anaknya, dan menjengguk dengan kerap apa yang
dibuat oleh anaknya. Sebaik-baiknya dia menyuruh anaknya bermain di ruang tamu atau di dapur
sahaja supaya dia boleh nampak apa yang dilakukan oleh anaknya. Tangga bukanlah tempat bermain.

Dari dua kes ini, dapat disimpulkan bahawa ibu bapa tidak begitu prihatin akan kemungkinan
berlaku kemalangan di dalam rumah sendiri, maka mereka agak cuai dalam urusan di rumah seperti
mengemop lantai dan membiarkan anak bermain di atas tangga dan sebagainya. Sifat kurang
menjangka kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, terutama semasa mereka bermain dengan
sesuatu objek atau berada dalam keadaan yang merbahaya. Semasa memasak, siibu boleh bercakap
dan berbual dengan anaknya, mengenai apa yang dia sedang main dan apa yang baik dan apa yang
tidak baik, dan sebagainya. Ciri-ciri ini memang tidak menjadi amalan ibu bapa di Malaysia secara
umumnya. Dalam hal ini mungkin sukar untuk mempersalahkan siibu dengan tuduhan cuai.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
53
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

(ii) Kesan kemalangan terhadap pendidikan, emosi dan masa depan kanak-kanak

Kes A: Perasaan kanak-kanak A semasa temu bual di hospital:


“Saya berasa amat takut bila berada dibilik pembedahan, doktor berbual dengan baik dan
meminta saya memakai mask mulut dan menarik nafas. Selepas itu saya tidak sedar diri
sehingga ibu memanggil nama saya. Saya berada di katil hospital. Saya berasa sangat sakit
bila ibu dan nenek suruh menggerakkan kaki untuk membersihkan saya. Saya berasa marah
pada ibu, nenek, jururawat dan doktor kerana mereka memaksa saya membuat sesuatu dan
saya amat sakit.” (Responden A-1)

Disebabkan kejadian ini kanak-kanak A tidak hadir ke sekolah selama lebih 8 bulan. Dia
terpaksa menghadiri sesi fisioterapi selepas 6 bulan pembedahan. Anak ini kini dikategorikan sebagai
“cacat” kerana tidak boleh berjalan dan berlari seperti kanak-kanak normal. Bukan sahaja beliau
terlepas peluang menikmati kehidupan seperti murid lain, malah dia sentiasa dalam kesakitan
walaupun untuk melakukan aktiviti harian seperti naik-turun tangga, ke bilik air dan sebagainya.

Kes B: Disebabkan kejadian ini kanak-kanak B masih berada di hospital dalam keadaan koma sejak
bulan Mac 2017 hingga sekarang. Peluangnya untuk hidup normal sangat sukar dan tipis. Jika dia
sedar sekalipun kehidupannya sudah tidak sama seperti dahulu. Persekolahannya jelas telah
terganggu dan masa depannya menjadi tanda soal. Ibunya sentiasa berdoa agar anaknya sembuh
seperti sedia kala pada satu hari kelak.

(iii) Kesan kemalangan kanak-kanak terhadap keluarga mereka

Kes A: Perasaan ibu kanak-kanak A:

“Saya amat sedih disebabkan kecuaian saya, anak saya menderita dan pelajarannya
terjejas. Perkara ini sepatutnya dapat dielakkan jika saya lebih berhati-hati.” (Responden
A-2)

Kes B: Perasaan ibu kanak-kanak B

“Sejak anak saya kemalangan, saya setiap hari terpaksa berjaga di hospital. Saya balik
rumah hanya untuk mandi dan bertukar pakaian. Suami saya bawakan saya makanan dan
bergilir menjaga anak saya bila saya balik rumah. Auntie dia (merujuk kepada kanak-kanak
B) juga datang jaga bila dia tak kerja. Kehidupan saya telah menjadi tidak teratur sejak B
mengalami kemalangan ini. Anak-anak saya yang lain dijaga oleh auntie mereka dan ibu
saya. Begitulah kesusahan yang kami hadapi sejak accident ini berlaku. Hati saya sangat
tidak tenteram; saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin B akan
mengalami kerosakan pada otaknya kerana koma yang begitu lama.” (Responden B-2).

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


54
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Dari temubual dan pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak dan keluarga mereka,
pengkaji berpendapat kedua-dua ibu kanak-kanak ini sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi.
Mereka tidak menyangka kemalangan di rumah boleh menyebabkan kehidupan normal mereka
menjadi tidak normal lagi.

Bagi kanak-kanak A, dia merasa sangat bimbang dengan pelajarannya kerana telah lebih 8
bulan tidak ke sekolah. Bagaimana dia akan mengejar apa yang telah dipelajari oleh rakan-rakannya
apabila dia kembali semua ke sekolah nanti. Tentu dia akan menjadi murid paling kebelakang dalam
kelasnya. Dia tidak mahu menjadi murid yang gagal. Dia juga berasa sangat sedih kerana tidak dapat
bermain seperti dahulu dengan kawan-kawannya. Dia sudah tidak boleh berlari atau memanjat dan
melompat. Untuk naik tangga rumahnya pun dia terpaksa diangkat oleh bapanya. Perasaannya sangat
sedih. Ibu A juga sangat sedih kerana anaknya sekarang sudah menjadi OKU.

Bagi kanak-kanak B, disebabkan dia masih tidak sedarkan diri, maka kita tidak boleh
mengetahui apakah perasaannya. Ibunya kerap menangis apabila ditemu bual. Oleh itu penyelidik
tidak lagi mahu mengganggu beliau atau suami beliau. Mereka dalam keadaan sangat berdukacita
dan sentiasa sembahyang untuk berharap anak mereka akan sedar kembali dan sembuh seperti
normal. Demikianlah kesannya kemalangan kanak-kanak terhadap ibu bapa dan keluarga mereka.
Bukan sahaja kanak-kanak itu menanggung kesakitan dan kesusahan tetapi kesannya adalah lebih
besar dari itu. Seluruh kehidupan keluarga kanak-kanak yang dikaji ini telah menjadi tidak normal
lagi selepas berlakunya kemalangan tersebut.

IMPLIKASI

Kajian ini memberikan dua implikasi utama: pertama kepada ibu bapa, dan kedua kepada pihak-
pihak sekolah, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan badan bukan
kerajaan (NGO). Ibu bapa tidak boleh lalai dari segi memerhatikan anak-anak mereka sepanjang
masa, walaupun di dalam rumah sendiri. Mereka mesti sentiasa peka apabila mengemas rumah, dan
menyusun-atur peralatan dan perabut rumah jika mempunyai anak-anak kecil terutama anak yang
aktif. Misalnya, pastikan lantai tidak dibina dari jubin yang licin, tidak ada halangan-halangan dalam
laluan kanak-kanak, plug elektrik ditutup atau dipasang lebih tinggi dari ketinggian kanak-kanak, dan
sebagainya. Jika mengemop lantai, buatlah semasa anak-anak tidak ada di rumah, atau tutup pintu
bilik yang sedang dimop sehingga lantai kering. Pengetahuan mengenai penjagaan keselamatan anak-
anak di rumah perlu dipelajari oleh ibu bapa. Hal ini tidak boleh diambil mudah sahaja.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


55
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kepada KKM, KPM dan NGO, mereka boleh membantu mengelakkan kemalangan kanak-
kanak di rumah daripada berlaku melalui edaran pamplet, paparan poster, dan kempen dalam
keselamatan di rumah dalam TV atau tempat-tempat awam supaya dapat memberi pengetahuan dan
menimbulkan kesedaran ibu bapa betapa ruginya masa depan anak-anak yang terlibat dengan
kemalangan di rumah sendiri. Ibu bapa mesti memahami bahawa mereka bertanggungjawab
memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa di rumah. Bukan sahaja peraturan-peraturan
keselamatan itu penting, tetapi perundangan juga perlu diwujudkan bagi memastikan ibu bapa tidak
cuai dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak yang dalam jagaan mereka.

CADANGAN

Walaupun kajian ini sangat ringkas dan tidak mengikuti prosedur sebuah kajian kes yang lengkap,
namun dapatannya boleh dianggap sebagai pembuka mata kepada para penyelidik untuk menjalankan
penyelidikan yang lebih menyeluruh dan komprehensif mengenai isu ini. Kanak-kanak adalah
individu yang belum matang dan mereka sentiasa memerlukan bimbingan dan panduan daripada
orang dewasa, manakala orang dewasa perlu pula mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang
tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya. Kajian-
kajian selanjutnya patut dilakukan yang berkaitan dengan pelbagai jenis kecederaan dan kemalangan
yang berlaku di kalangan kanak-kanak di rumah supaya dapat dihebahkan kepada ibu bapa dan
pihak-pihak yang berkenaan. Adalah sangat penting, dapatan-dapatan dari kajian-kajian terperinci
dihebahkan kepada masyarakat untuk menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai isu ini. Dengan
itu dapat mengingatkan bahawa ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan
anak-anak mereka setiap masa, mereka tidak boleh cuai dan mengabaikan keselamatan anak-anak
bukan sahaja di rumah tetapi di mana-mana sahaja apabila anak-anak mereka ada bersama mereka.
Jika ibu bapa sibuk, pastikan ada ahli keluarga dewasa yang lain untuk mengawasi anak-anak di
dalam dan luar rumah. Sebagai cadangan terakhir, pengkaji menyarankan supaya kesalahan
mengabaikan keselamatan kanak-kanak patut diberi hukuman yang berat.

KESIMPULAN

Kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak telah menjadi satu fenomena yang sering
berlaku di merata tempat sehingga memberi kesan yang buruk pada masa depan anak-anak tersebut.
Bagi mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini, satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan
oleh semua pihak, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengukuhkan lagi institusi
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
56
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kebajikan dan perlindungan kanak-kanak di negara ini. Kemalangan dalam rumah boleh dielakkan
jika ibu bapa sentiasa waspada dan tidak cuai. Kemalangan seumpama ini sudah pasti akan
menjejaskan masa hadapan anak-anak dan peluang mereka menjadi individu yang sihat, dan dapat
menyumbang kepada keluarga, bangsa dan negara.

RUJUKAN

Che Ros M. N (1994). Injury control and promotion of safety: A challenge for all sectors. In
Proceeding of Seminars on Injury Control and Promotion of Safety: Education and Research
1994, Kuala Lumpur.

Linnan, M., and Peterson, P. (2004). Child injury in Asia: time for action. Bangkok, The Alliance for
Safe Children (TASC) and UNICEF East Asia and Pacific Regional Office.
(http://www.unicef.org/eapro/Child_injury_issue_paper.pdf).

Mo, F. et al. (2006). Adolescent injuries in Canada: findings from the Canadian community health
survey, 2000– 2001. International Journal of Injury Control and Safety Promotion, 2006,
13:235–244.

Norhafizah Bt. Sahril, Yeo Pei Sien, Mohd Hatta Bt. Abdul Mutalip and Balkish Bt. Mahadir Naidu
(2014). Home Injuries among Young Children in Malaysia: A Population Based Study.
Clinics in Mother and Child Health 2014, 11:2.Institute for Public Health, National Institutes
of Health, Ministry of Health Malaysia. Pub date: Oct 10, 2014.

ROSPA (The Royal Society for the Prevention of Accidents). (2017). (http://www.rospa.com/home-
safety/advice/child-safety/accidents-to-children/)

WHO and UNICEF (2008). World Report on Child Injury Prevention. Switzerland: World Health
Organization.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


57
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KESAN KEMISKINAN TEGAR TERHADAP KESIHATAN DAN PENCAPAIAN


AKADEMIK KANAK-KANAK: SATU KAJIAN KES DI MENTAKAB, PAHANG

Subathira Chelapah, Janagi Kurusamy dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Menurut laporan World Bank (2016), jutaan kanak-kanak ketinggalan dalam arus global kerana
kemiskinan. Banyak kajian telah dijalankan di serata dunia menunjukkan bahawa kemiskinan adalah
faktor utama yang menyebabkan keciciran dalam pendidikan terutama di negara-negara dunia
ketiga. Kemiskinan isi keluarga juga dikaitkan dengan masalah kesihatan dan pertumbuhan fizikal,
emosi dan kognitif kanak-kanak. Kertas kerja ini bertujuan membentangkan hasil sebuah kajian kes
yang dijalankan bagi menonjolkan masalah yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur
9 tahun dari keluarga yang sangat miskin atau miskin tegar yang sedang belajar di sebuah sekolah
Tamil di Mentakab, Pahang. Pelajar ini dilabel dengan pelbagai label oleh guru-guru, rakan-rakan,
malah ahli keluarganya sendiri kerana prestasi akademiknya yang sangat rendah dan terburuk di
sekolah. Kajian ini cuba mendalami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dalam pelajaran,
dan lain-lain masalah yang mengganggunya untuk berjaya seperti murid-murid lain. Kajian kes ini
menumpu kepada menghalusi perasaan dan aspirasi kanak-kanak ini dan bagaimana dia melihat
kehidupannya pada masa hadapan. Semoga hasil kajian ini dapat menghuraikan dilema yang
dihadapi oleh kanak-kanak dalam kemiskinan tegar, dan memberi perspektif baru kepada pihak-
pihak yang berkaitan mengenai kemiskinan kanak-kanak.

Kata kunci : Isu-isu dalam pendidikan awal kanak-kanak, kemiskinan kanak-kanak, kesan
kemiskinan terhadap pencapaian akademik, dilema kanak-kanak dalam kemiskinan tegar.

PENGENALAN

Secara umumnya kemiskinan bermaksud ketiadaan pilihan dan peluang untuk menikmati kehidupan
yang selesa sekurang-kurangnya untuk memenuhi keperluan asas. Ini digambarkan melalui jangka
hayat yang pendek, kadar buta huruf yang tinggi dan kekurangan sumber. Terdapat 767 juta
penduduk dunia tinggal dalam kebuluran dengan pendapatan kurang daripada US$1.90 (RM6.50)
sehari pada tahun 2013, dan separuh daripadanya ialah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (World
Bank, 2016).

Kemiskinan merupakan fenomena sosial yang bersifat universal dan berlaku hampir di
semua negara termasuk negara maju. Usaha menangani isu kemiskinan di Malaysia telah dilakukan
sejak awal tahun 70an. Pelbagai program dan dasar telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
58
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Malaysia bagi mengatasi masalah kemiskinan, terutama kemiskinan tegar. Mengikut bancian terkini
oleh Institut Penyelidikan Khazanah Malaysia (2016), kemiskinan tegar di Malaysia telah dapat
dihapuskan daripada 0.2% pada tahun 2012 kepada 0% pada 2014, manakala kadar kemiskinan
keseluruhan ialah 0.6% pada 2014 (Rajah 1.0).

Rajah 1.0: Purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)


(Sumber: Khazanah Research Institute, 2016)

Negeri Sabah mengalami kadar kemiskinan paling tinggi iaitu 4.0%, diikuti dengan Wilayah
Persekutuan Labuan iaitu 1.1%, Sarawak dan Kelantan, masing-masing mempunyai kadar
kemiskinan 0.6% (Rajah 2.0). Strata kemiskinan di kawasan bandar secara keseluruhan ialah 0.2%,
manakala kemiskinan luar bandar ialah 1.0 %.

Kemiskinan lazimnya diiringi dengan masalah kekurangan sumber kewangan (Pampalon &
Raymond, 2000; Norzita Jamil, 2014). Akibat kekurangan sumber kewangan, kanak-kanak
berhadapan dengan pelbagai masalah lain yang berkait dengan pemakanan, pakaian, tempat tinggal,
pendidikan dan penjagaan kesihatan (Pampalon & Raymond, 2000; Dg. Suria Hj. Mulia, 2004;
Bartlett & Minujin, 2009). Bilangan ahli keluarga yang ramai juga boleh menentukan kuantiti dan
kualiti makanan yang boleh dibeli. Sumber kewangan yang terhad menyebabkan tidak semua anak
mampu diberi makanan yang berzat untuk tumbesaran yang sihat, pencegahan penyakit dan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
59
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menyediakan rawatan. Kekurangan sumber kewangan juga boleh menjejaskan kanak-kanak


mendapat peluang pendidikan yang berkualiti.

Rajah 2.0: Kadar Kemiskinan Mengikut Negeri di Malaysia pada 2014


(Sumber: Khazanah Research Institute, 2016)

SOROTAN LITERATUR

(a) Kesan kemiskinan terhadap perkembangan kanak-kanak

Kajian UNICEF dan World Bank (2016) melaporkan lebih daripada 385 juta kanak-kanak berada
dalam kemiskinan tegar di seluruh dunia. Menurut laporan tersebut:

“Children are disproportionately affected, as they make up around a third of the population
studied, but half of the extreme poor. The youngest children are the most at risk – with more
than one-fifth of children under the age of five in the developing world living in extremely
poor households.”

Menurut Executive Director UNICEF, Anthony Lake, “the youngest children are the worst
off of all, because the deprivations they suffer affect the development of their bodies and their
minds,” (World Bank: New York, 03 October 2016).

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


60
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kajian UNICEF dan World Bank (2016) ini menunjukkan kanak-kanak adalah pihak yang
paling terjejas dengan kemiskinan keluarga, sehingga boleh membantutkan tumbersaran dan
perkembangan otak mereka. Di Malaysia, Noralina Omar (2016) dalam tesis PhDnya bertajuk
‘Ekologi keluarga dan kesejahteraan hidup kanak-kanak miskin di Malaysia’ turut menyokong
bahawa kemiskinan keluarga boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada risiko defisit
pendidikan dan kesihatan akibat tiada kemampuan untuk mendapatkan keperluan prasarana asas
seperti bekalan air bersih dan elektrik. Walaupun di Malaysia kemiskinan tegar dikatakan sudah tidak
wujud, tetapi masih terdapat kelompok keluarga yang tidak berkemampuan untuk mengadakan
keperluan ini di rumah mereka disebabkan kemiskinan dan rumah yang mereka tinggal adalah rumah
setinggan atau rumah yang tidak berdaftar (Nurashikin Miskam & Haryati Shaftii, 2012).

(b) Kesan kemiskinan terhadap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak

Ketiadaan sumber air bersih boleh mengakibatkan penyakit dan hal ini menjejaskan kesihatan kanak-
kanak (Bartlett & Minujin, 2009, dalam Noralina Omar, 2016). Ketiadaan bekalan elektrik pula
menyebabkan kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada lampu yang terang, TV, radio, peti sejuk,
kipas angin, seterika, komputer dan sebagainya; semua ini sudah pasti boleh menjejaskan
pembelajaran dan keselesaan kanak-kanak untuk belajar di rumah, dan mereka juga ketinggalan dari
segi pengetahuan mengenai dunia luar. Ohiokpehai (2007) telah membuktikan bahawa isi rumah
yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah, juga mempunyai pencapaian pendidikan yang
rendah.

Dalam Millennium Summit, di Addis Ababa, Ethiopia pada Julai 2015 dan di Paris pada
Disember 2015, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB (United Nation) telah memperbaharui
matlamat ‘Millennium Development Goal’ (MDG) yang masih belum tercapai kepada ‘Sustainable
Development Goal’ (SDG); di antara 17 matlamat yang digariskan, matlamat ke-4 (SDG4) adalah
mengenai pendidikan iaitu ‘Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong
learning opportunities for all’. Lanjutan daripada itu satu kertas kerja telah dikeluarkan oleh
UNICEF (2016) mengenai ‘Eradicating child poverty in all its dimensions’. Di dalam kertas kerja
tersebut dihuraikan kesan kemiskinan yang sangat besar terhadap kanak-kanak seperti petikan
berikut:
Poverty in childhood is particularly devastating, often impacting on
children’s physical, cognitive and social development. It can
undermine their physical and mental health, setting children on a
lifelong trajectory of low education levels and reduced productivity
and sustaining intergenerational cycles of poverty. (m.1)

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


61
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Petikan di atas menjelaskan bahawa kemiskinan kanak-kanak memberikan kesan dan impak
yang sangat buruk ke atas perkembangan fizikal, kognitif, dan sosial kanak-kanak. Ia boleh
menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, menyebabkan pencapaian pendidikan yang
rendah dan berkemungkinan mereka tercicir dalam pendidikan. Ini bererti mereka tidak akan mampu
mendapat pekerjaan untuk keluar daripada kemiskinan tersebut. Demikianlah kitaran kemiskinan ini
akan berterusan.

PERNYATAAN MASALAH

Di sekolah yang pengkaji mengajar, iaitu sebuah sekolah rendah Tamil di Mentakap Pahang terdapat
ramai pelajar yang datang dari keluarga miskin. Salah seorang daripada pelajar-pelajar ini didapati
tersangat daif dan dia mempunyai pencapaian akademik paling rendah di antara semua murid Tahun
2. Oleh kerana itu, dia sentiasa dilabel dengan pelbagai gelaran oleh guru-guru, rakan-rakan, malah
ahli keluarganya sendiri kerana prestasi akademiknya yang terburuk di sekolah. Sebagai guru,
pengkaji merasa simpati dengan beliau dan ingin menyelami perasaannya dan apakah masalah yang
dia hadapi. Kebanyakan orang hanya melihat kegagalan murid dari sudut luaran, dan terus membuat
penghakiman tanpa mengetahui latar belakang dan masalah dalaman yang dihadapi oleh murid
tersebut. Kajian ini bertujuan mendedahkan dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak ini (disebabkan
kemiskinan keluarganya) dan cuba menentukan sekiranya faktor kemiskinan adalah faktor yang
menyebabkan pencapaian akademiknya begitu merosot.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti profil, sikap, dan keadaan kesihatan kanak-kanak yang datang dari keluarga
miskin tegar.
ii. Menentukan pandangan kanak-kanak dari keluarga miskin tegar tentang pencapaian
akademiknya.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah profil, sikap, dan keadaan kesihatan kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin
tegar?
ii. Apakah pandangan kanak-kanak dari keluarga miskin tegar tentang pencapaian
akademiknya?

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


62
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

METODOLOGI

Kajian ini yang dijalankan secara kajian kes, kerana hanya seorang kanak-kanak sahaja yang terlibat.
Kaedah yang digunakan ialah temubual dan pemerhatian. Temubual dijalankan dengan kanak-kanak
ini secara bersemuka dan berseorangan. Temubual telah dilakukan beberapa sekali agar data yang
diperolehi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Temubual dengan ahli keluarga (ibu bapa)
kanak-kanak tersebut juga dilakukan. Dapatan kajian juga disokong dengan maklumat yang
diperolehi daripada dokumen sekolah dan melalui pemerhatian ke atas kanak-kanak, persekitaran
rumahnya dan sikap ibu bapanya.

DAPATAN

Profil kanak-kanak A

Kanak-kanak A ialah seorang lelaki, berumur 9 tahun dan sedang belajar di Tahun 3 di Sekolah
Kebangsaan Tamil di Mentakab, Pahang. Kanak-kanak ini tinggal bersama ahli keluarganya seramai
8 orang. Dia adalah anak ketiga daripada 6 beradik. Bapanya tidak bekerja. Ibunya bekerja sebagai
penoreh getah. Menurut ibunya, bapa kanak-kanak ini telah meninggalkan ibunya semasa A berumur
satu tahun dan berkahwin lagi. Selepas beberapa tahun, bapanya telah kembali ke pangkuan mereka
(selepas meninggalkan isteri dan keluarga yang satu lagi itu). Menurut ibunya lagi, bapanya adalah
seorang kaki botol.

Keadaan rumah dan persekitaranya

Rumahnya terletak di pinggir hutan (hujung kampung), dan tidak beralamat. Keadaan rumahnya
sangat daif, separuh berdinding papan dan kadbod, dan berbumbung zink yang sudah berkarat dan
berlubang-lubang. Lantai rumahnya separuh simen dan ada tempat yang tiada bersimen. Di rumahnya
tiada sebarang kelengkapan, hanya ada dapur kayu, sebuah katil buruk, dan dua meja makan yang
telah usang. Rumahnya tiada bekalan elektrik dan tiada air bersih. Hanya sebuah lampu minyak. Air
minuman diambil dari perigi. Di dapur tiada terdapat sebarang kelengkapan seperti periuk belanga
dan pinggan mangkuk; dapur yang digunakan ialah dapur kayu. Seterusnya, kanak-kanak ini tidak
ada bilik tidur atau bilik bacaan. Semua ahli keluarga tidur di ruang tamu. Menurut kanak-kanak ini,
dia selalu tidur pukul 8 malam kerana tidak ada elektrik, mereka guna lilin. Kanak-kanak ini tidur
atas lantai dan berbantalkan beg sekolah.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


63
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Sikap/sifat kanak-kanak A

Dari pemerhatian pengkaji, kanak-kanak ini adalah seorang murid yang ‘sangat baik’ (tidak ada
sebarang masalah tingkah laku), tetapi sifatnya sangat pasif. Pertama, kerana dia tidak boleh
bercakap dalam Bahasa Malaysia langsung. Kedua, dia memandang dirinya sebagai sangat
kekurangan (daif) berbanding dengan murid-murid lain, maka dia cuba mengelak atau berdiam diri di
dalam kelas. Semua adik beradiknya juga kelihatan pasif dan pemalu. Menurutnya, dia suka bermain
di sungai bersama abangnya. Mereka mandi di sungai itu sebelum datang ke sekolah. Itulah tempat
mereka sekeluarga mandi dan membasuh pakaian. Keadaan air sungai itu keruh dan berselut, airnya
hampir berwarna kuning susu dan perang. Sebenarnya itu bukanlah sebuah sungai, tetapi sebuah
lopak air di kawasan ladang kelapa sawit. Oleh kerana air itu telah bertakung lama, ia berbau susuk.
Kadang-kadang dia dan abangnya memancing ikan di situ. Ikan yang dipancing dibawa balik ke
rumah dan dimasak oleh ibunya. Dapatlah semua adik-beradiknya makan.

Kanak-kanak ini selalu berpakaian yang nampak sangat lusuh dan kotor, berwarna
kekuningan disebabkan dibasuh dengan air sungai yang keruh. Dia tidak ada pakaian sekolah yang
lain, hanya sepasang sahaja. Kasutnya juga sudah koyak. Kasut tersebut telah dipakainya sejak 2
tahun lepas. Dia memberi alasan bahawa jalan ke sekolah tidak elok menyebabkan kasutnya koyak.
Memang benar, jalan keluar masuk ke rumahnya dipenuhi belukar dan berlobang-lobang dengan air
dan apabila hujan, memang kanak-kanak ini tidak dapat datang ke sekolah kerana air akan naik ke
jalan seperti banjir kecil kerana kawasan itu adalah kawasan tanah rendah.

Keadaan kesihatan kanak-kanak A

Dari segi kesihatan, didapati badan kanak-kanak ini sangat kurus dan sangat kecil. Rekod sekolahnya
menunjukkan dia ‘underweight’ (rendah berat badan berbanding umurnya). Walaupun dia tidak sakit,
tetapi pengkaji pasti dia tidak mendapat makanan yang mencukupi dan berzat. Keadaan ini mengikut
pandangan pakar neurosains boleh menjejaskan perkembangan otaknya – kemungkinan itulah
sebabnya dia mengalami ‘kelewatan’ dalam perkembangan dan pembelajarannya. [Tetapi ini hanya
tekaan pengkaji sahaja].

Pengkaji selalu memerhatikan kanak-kanak ini makan dengan berselera di kantin. Pengusaha
kantin sekolah pun tahu bahawa kanak-kanak ini miskin dan diberinya makan secara percuma dan
diberi tambah jika ada makanan-makanan yang lebih. Menurut kanak-kanak ini lagi, dia hanya dapat
makan makanan yang enak di kantin sekolah. Ibunya tidak dapat menyediakan makanan yang enak
untuknya. Kanak-kanak ini memberitahu kepada pengkaji bahawa dia tidak pernah pergi ke KFC

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


64
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

(restoran Kentucky Fried Chicken). Dia sangat ingin makan KFC. [Masa itu, pengkaji merasa sangat
terharu dan sedih, pengkaji sendiri tidak tertahan dan menangis. Saya berfikir dalam hati saya, sudah
berapa kali saya membawa anak-anak saya makan di KFC, tetapi kanak-kanak ini tidak pernah
merasakan makanan KFC dan sangat teringin untuk merasanya. Kenapa saya tidak pernah terfikir
bahawa ada kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan sangat teringin makan KFC seperti kanak-
kanak lain].

Kanak-kanak ini berkata bahawa di rumahnya tiada air bersih untuk diminum, sebab itu dia
selalu mengambil air dari kantin dan diisi di dalam botol plastik untuk dibawa balik ke rumah. Hal ini
juga menyedarkan pengkaji bahawa kita semua jarang mengambil kisah mengenai air minuman,
kerana sentiasa ada, tetapi bagi kanak-kanak ini mendapatkan air bersih untuk diminum adalah satu
cabaran dan masalah dalam kehidupannya.

Kanak-kanak ini memberitahu bahawa dia juga ingin merasai hidup seperti murid-murid lain.
Katanya, dia tidak ada televisyen di rumah, jadi tidak dapat menonton kartun yang selalu disebut oleh
rakan-rakannya di dalam kelas. Katanya dia suka kartun dan sangat ingin menonton cerita kartun.

Pencapaian akademik kanak-kanak A

Pengkaji pernah mengajar kanak-kanak ini subjek Bahasa Malaysia semasa dia berada dalam Tahun
Satu di sekolah ini. Pada masa itu, badannya lebih kurus dan dia selalu datang ke sekolah dengan
pakaian kotor. Pengkaji pun pernah beberapa kali memarahinya. Pada masa itu pengkaji tidak tahu
latar belakangnya. Semasa di Tahun 1 dia boleh mengecam dan mengeja huruf suku kata dalam
Bahasa Malaysia. Oleh kerana kerap gagal dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar, kanak-
kanak ini telah diletakkan di kelas pemulihan. Di kelas pemulihan, dia dikatakan oleh gurunya, lebih
tenang dan perlahan-perlahan dia telah dapat mengikuti pelajarannya, tetapi progresnya sangat
lambat. Dia tidak begitu faham Bahasa Malaysia. Ini kerana di rumah mereka hanya menggunakan
Bahasa Tamil dan kanak-kanak ini tidak ada kawan selain adik beradiknya sahaja, maka dia tidak
terdedah kepada Bahasa Malaysia langsung, selain di sekolah.

Sekarang dia berada di Tahun 3, dan masih tercorot dari segi pencapaiannya. Kanak-kanak
ini sudah tidak mampu mengejar murid-murid lain di dalam kelasnya. Ibunya mengatakan bahawa
dia tidak akan lulus kerana dia ‘tidak pandai, tidak boleh belajar dan gagal’. Memang kanak-kanak
ini gagal dalam semua mata pelajaran.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


65
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pada pendapat pengkaji, sekiranya guru kelas memberi sedikit perhatian kepada kanak-kanak
ini, pasti dia juga boleh belajar seperti kanak-kanak lain. Rakan-rakan mereka pun tidak
membantunya dan mereka tidak suka mendekatinya kerana kanak-kanak A berpakaian kotor dan
berbau apabila dekat dengannya. Ahli keluarganya juga tidak berpelajaran. Kanak-kanak A juga
kerap tidak datang ke sekolah terutama pada musim hujan kerana air naik. Jadi tidak ada orang yang
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kanak-kanak ini di rumah.

Semasa menemubual beliau, pengkaji boleh merasai perasaannya. Kanak-kanak ini


mengalami dilema yang patut diberi perhatian. Disebabkan kemiskinan hidup, kanak-kanak ini akan
membesar menjadi insan yang negatif, bersifat inferior, tiada keyakinan diri, merasai diri hina dan
kotor, tidak setaraf dengan murid-murid lain dan serba kekurangan, terutama dalam pelajaran. Ini
secara sedar atau tidak sedar telah menjejaskan keadaan emosi dan mindanya. Dia tidak dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana keperluan asasnya masih belum dipenuhi. Keadaan
ini sangat tepat dengan apa yang dinyatakan dalam Teori Motivasi Abraham Maslow (1965) – jika
keperluan asas belum dicapai, maka keperluan untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi tidak akan
kesampaian.

Harapan masa hadapan Kanak-kanak A

Kanak-kanak ini juga mempunyai harapan masa hadapan. Apabila ditanya tentang cita-cita katanya
dia ingin menjadi seorang guru. Ditanya mengapa, katanya dia ingin mengajar murid-murid yang
tidak tahu belajar, dia ingin menolong dan berbakti kepada masyarakat sebagai guru. [Terlintas
dalam fikiran pengkaji, adakah pengkaji sendiri telah menjalankan kewajipan sebagai seorang guru
iaitu memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan tunjuk ajar dari pengkaji?]

Dari temubual dengan ibunya, didapati ibu kanak-kanak ini sangat berharap anaknya ini akan
menjadi seorang yang berpelajaran. Tetapi impian itu nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.
Menurut ibunya, dia tidak menyesal hidup dalam kesusahan, tetapi dia sangat susah hati apabila
anak-anaknya terpaksa menjalani kehidupan sepertinya. Ibunya juga tahu bahawa ada guru yang
mengasingkan anaknya semasa mengajar. Mereka telah melabelkan dia sebagai budak yang tidak
tahu belajar dan tidak pandai. Kadangkala mereka juga tidak melibatkan kanak-kanak ini dalam
aktiviti-aktiviti lain. Apabila ditanya lagi, ibu kanak-kanak ini mengatakan bahawa kanak-kanak ini
tidak membawa apa-apa benda dan peralatan ke sekolah. Pihak sekolah pun tidak membantu kanak-
kanak ini. Dia pergi ke sekolah dan balik ke rumah, dan meneruskan kehidupannya dalam dunianya
sendiri.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


66
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Menurut kanak-kanak ini, sekarang dia tidak ada minat untuk belajar; sebab cikgu selalu
memukulnya kerana tidak membuat kerja rumah. Dia bertanya kepada pengkaji, “adakah cikgu
memahami saya”? Saya tanya mengapa? Katanya, “tidak ada orang memahaminya”. “Dia ingin pakai
baju yang elok, makan makanan yang enak, ada peralatan sekolah”. Selepas kajian ini ditamatkan,
pengkaji memerhatikan kanak-kanak ini lebih suka menyendiri dan kurang bercakap dengan orang
lain. Dia mula berdiam diri, dan tidak ada siapa juga yang peduli. Sampai masa, dia akan tamat juga
belajar di sekolah ini – tanpa sebarang pengetahuan yang berguna untuk hidupnya kelak di masa
hadapan.

PERBINCANGAN

Kajian ini mendedahkan mengenai dilema seorang kanak-kanak yang datang dari keluarga miskin
tegar di Mentakap Pahang. Seperti yang dinyatakan dalam kajian UNICEF dan World Bank (2016),
juga dalam kajian Noralina Omar (2016), kemiskinan keluarga memberi kesan dan impak yang
sangat mendalam terhadap kanak-kanak dalam serba serbi kehidupan kanak-kanak tersebut:
kemiskinan keluarga menjejaskan perkembangan fizikal, kesihatan, sosial dan emosi, pendidikan dan
masa depan kanak-kanak. Kemiskinan juga mencorakkan sikap, perasaan dan pemikiran kanak-kanak
yang akhirnya akan mencorakkan personalitinya.

Dalam kajian ini, kes seorang kanak-kanak miskin tegar telah dikaji dengan terperinci. Di
antara masalah-masalah yang dihadapinya ialah: ketiadaan keperluan asas yang kritikal, seperti
makanan yang mencukupi dan berzat, air bersih, pakaian dan kelengkapan sekolah; juga tempat
tinggal yang selesa. Semua keperluan asas ini tidak pernah dinikmati oleh kanak-kanak 9 tahun ini,
setiap malam mereka tidur dalam kegelapan tanpa bekalan elekrik, dan ini bermakna tiada tv atau
radio atau sebarang prasarana untuk membantu pembelajaran. Kerana daifnya hidup dalam
kemiskinan, kanak-kanak ini telah membina sifat negatif terhadap dirinya sendiri. Dia memandang
dirinya kekurangan dan hina; dia tidak disukai oleh kawan-kawannya, termasuk guru dan guru besar.
Pendidikannya mula merosot dan dia menjadi seorang murid yang sentiasa murung, sedih, serta
hilang keyakinan diri. Dia tiada kawan atau sesiapa pun untuk bermain semasa di sekolah, oleh itu
dia sentiasa bersendiri – memencilkan diri. Dia tidak memahami Bahasa Malaysia dan tidak boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, hanya mampu bercakap dalam Bahasa Tamil. Pelajarannya
semakin lemah sejak di Tahun 1 dan kini di Tahun 3 dia adalah murid yang paling terkebelakang
dalam kelasnya dan di sekolah itu. Semua ‘orang’, guru-guru dan kawan-kawannya, malah ibu
bapanya sendiri memandang dia sebagai seorang yang ‘gagal’ dan tiada harapan masa hadapan.
Tetapi dia adalah seorang murid yang baik.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
67
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kanak-kanak ini juga tidak mempunyai pakaian yang bersih untuk ke sekolah. Baju
sekolahnya telah lusuh dan nampak kotor, kasutnya juga tidak putih seperti kasut murid-murid lain -
kekuningan dan koyak. Di rumahnya tiada sebarang kemudahan asas, tiada elektrik dan sumber air
bersih. Tempat tidur juga hanya berlapikkan lantai simen dan kain selimut yang lusuh. Lain-lain
keperluan semuanya perlu dikongsi dengan adik-beradiknya yang seramai 6 orang.

Pencapaian akademik merosot sejak di Tahun 1. Tidak ada bimbingan daripada ahli keluarga,
kerana ibu bapanya juga tidak berpendidikan. Di sekolah pun tiada siapa yang memberi perhatian
khusus kepadanya, hanya dia sentiasa dirujuk dan dihantar ke kelas pemulihan - tidak ada orang
yang peduli akan perihal kesusahan kanak-kanak ini. Guru-guru hanya meletakkan ekspektasi yang
sama kepada semua murid dan jika ada murid yang tidak mencapai ekspektasi tersebut, dianggap
malas, bodoh dan diketepikan – diletakkan di kelas pemulihan.

Kesan kemiskinan terhadap kanak-kanak yang dikaji ini adalah begitu menyedihkan, namun
tidak ramai orang yang mengetahuinya. Guru kelasnya juga tidak mengambil tahu. Vygotsky (1978
dalam Silverman, 2011) telah mengatakan bahawa kanak-kanak yang tidak diberi bimbingan
(scaffolding) oleh guru-guru atau orang dewasa lain seperti ibu bapa dan abang-abang yang lebih
dewasa, tidak akan berkembang walaupun di dalam zon perkembangan proksimal atau ZPDnya
sendiri. Perkembangannya akan menjadi terbantut dan kanak-kanak ini akan mengalami masalah
yang dinamakan ‘kelewatan perkembangan dalam pendidikan’. Tahap pertumbuhan fizikal
(kesihatan) kanak-kanak ini turut terjejas disebabkan permakanan yang tidak berzat dan tidak
seimbang. Kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain. Tubuh badannya kurus dan
saiznya lebih kecil berbanding kanak-kanak lain.

Apakah harapan masa hadapan bagi kanak-kanak ini? Adakah dia akan membesar dan
menjadi seorang rakyat yang produktif atau destruktif? Apakah jaminan hidupnya pada masa
hadapan? Dia tidak faham semua subjek yang diajar dalam Bahasa Malaysia. Adakah dia akan lulus
UPSR? Adakah dia akan menamatkan pelajarannya hanya setakat sekolah rendah sahaja? Adakah dia
akan menjadi sampah masyarakat? Semua persoalan ini dikemukakan untuk pembaca
memikirkannya. Apa yang boleh dikatakan oleh pengkaji ialah kanak-kanak ini tidak pernah
menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain sejak lahir ke dunia. Kehidupannya sentiasa dalam
kemiskinan dan serba kekurangan. Emosi dan pribadinya kerap terganggu dan ini menjadikan dia
seorang yang pendiam, menarik diri, dan tersisih dari masyarakat.

Ringkasnya, kajian ini telah memberikan gambaran sebenar kehidupan seorang kanak-kanak
yang hidup dalam kemelaratan disebabkan kemiskinan. Secara amnya tiada siapa yang
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
68
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mengambiltahu dan prihatin dengan masalah yang dihadapinya, tidak juga pihak sekolah mahu
memahami perasaan dan kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini, sejak tiga tahun dia
bersekolah di sekolah tersebut, tiada yang menghulurkan bantuan. Dengan adanya maklumat dan
pendedahan melalui kajian ini mengenai keadaan kehidupan kanak-kanak dalam kemiskinan tegar,
diharap pihak-pihak seperti guru sekolah, dan badan-badan kebajikan masyarakat seperti NGO akan
lebih prihatin dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu kanak-kanak lain yang
berada dalam keadaan yang sama seperti kanak-kanak dalam kajian ini.

IMPLIKASI

Kesan kemiskinan terhadap kanak-kanak adalah sangat besar seperti yang diulang-ulang dalam
laporan-laporan WHO, UNICEF dan World Bank yang telah ditinjau dalam sorotan literatur di awal
kertas kerja ini. Oleh kerana itu, pelbagai pihak harus mengambil iktibar dan memikirkan mengenai
persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pengkaji dalam perbincangan di atas. Bermula dengan
diri pengkaji sendiri, sebagai seorang guru, saya perlu memperbetulkan diri saya sebelum
membetulkan orang lain. Dari sekarang, saya akan lebih berhati-hati tidak menghukum kanak-kanak
yang mempunyai sebarang tingkah laku luar biasa, tetapi akan menyiasat terlebih dahulu masalahnya
dan kemudian cuba membantunya mengatasi masalah tersebut. Kanak-kanak tidak mempunyai
keupayaan untuk mengubah nasib keluarganya, Cuma orang dewasa dan pihak berkuasa yang
mampu melakukan hal ini. Saya berjanji pada diri saya sendiri untuk menolong kanak-kanak ini
memulihkan pelajarannya melalui kelas tambahan. Saya juga akan mendapatkan bantuan makanan
dari pihak sekolah untuk kanak-kanak ini agar masa depannya lebih cerah. Masa ini masih belum
terlambat. Kepada ibu bapa kanak-kanak ini, mereka mungkin boleh menyerahkan kanak-kanak ini
untuk diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang lebih berada. Bapanya perlu berhenti minum
arak dan mencari pekerjaan yang dapat menyara keluarganya.

CADANGAN

Hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan seperti berikut:


1) Pihak sekolah pula perlu mengenal pasti masalah kanak-kanak seperti ini dan mengadakan kelas
pemulihan untuk memulihkan kanak-kanak ini. Pihak sekolah dan guru-guru perlu prihatin
dilema kanak-kanak miskin dan mencari jalan untuk membantu mereka dalam pelajaran. Selain
itu, kanak-kanak ini perlu diberi bantuan persekolahan yang boleh menampung perbelanjaan
sekolahnya. Pihak Guru Besar juga perlu mengambil tindakan terhadap guru-guru yang
mengabaikan tugas mereka dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak ini. Pihak sekolah
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
69
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

perlu mengadakan program belajar di sekolah khusus untuk murid-murid miskin yang lemah dan
ketinggalan dalam pelajaran dan tiada peralatan belajar di rumah.
2) Ahli masyarakat, khususnya Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Ketua Kampung hendaklah
prihatin nasib yang menimpa ahli komunitinya dan berusaha mencari bantuan untuk mereka
(mungkin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat). Kanak-kanak miskin sangat memerlukan
bantuan untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. Ahli masyarakat (industri/perniagaan)
boleh membantu memberi pekerjaan kepada bapanya.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan sangat perlu
dibantu. Kanak-kanak ini berhak untuk mendapatkan kehidupan dan pendidikan yang berkualiti
seperti kanak-kanak lain. Oleh itu, pelbagai inisiatif dan alternatif perlu diambil untuk membantu
kanak-kanak dalam kemiskinan di negara ini. Semua pihak harus mengambil iktibar agar masa depan
kanak-kanak miskin tidak terlepas pandang dan dapat diselamatkan. Setiap kanak-kanak adalah
modal insan negara, maka menjadi tanggungjawab negara dan semua pihak untuk memastikan tidak
ada kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan. Kajian ini membuka mata pengkaji sendiri, dan
semestinya semua pihak yang bertanggungjawab terhadap gejala kemiskinan tegar di negara ini.
Mereka perlu melaksanakan pelbagai initiatif untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi
mangsa kemiskinan.

Konvensi Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasi oleh Kerajaan Malaysia
haruslah dilaksanakan melalui pelbagai usaha untuk menyediakan peluang kehidupan yang lebih baik
bagi kanak-kanak miskin. Mereka berhak mendapatkan pemakanan yang cukup dan berzat bagi
memacu perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dan seimbang, khususnya apabila kanak-kanak
itu masih dalam lingkungan usia di bawah 10 tahun. Hal ini bagi memastikan kanak-kanak ini
mengalami perkembangan kognitif yang lancar, mampu mengikuti pembelajaran, dan sihat tubuh
badan. Kanak-kanak yang berkembang dengan baik dari segi kognitif dan fizikal akan membesar
menjadi ahli masyarakat marhaen yang membangun serta mampu memberi sumbangan kepada
negara. Kanak-kanak hari ini adalah pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Justeru,
tanggungjawab ini tidak harus dibebankan dibahu guru-guru dan sekolah sahaja tetapi pihak kerajaan
juga harus memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mendapat keperluan dan kemudahan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


70
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pendidikan yang sempurna. Dorongan dan motivasi juga adalah faktor pembantu yang penting dan
tidak harus dipandang ringan oleh ibu bapa.

RUJUKAN

Bartlett, S. dan Minujin, A. (2009). The Everyday Environments of Children's Poverty. Children,
Youth and Environments. Vol. 19, No. 2. pp. 1-11

Dg. Suria Hj. Mulia (2004). Strategi dan Program Pembasmian Kemiskinan Luar Bandar Di Sabah:
Satu Kajian Awal, Universiti Malaysia Sabah. (tesis Sarjana, tidak diterbitkan)

Khazanah Research Institute (2016). Kemiskinan dan Pendapatan Isi Rumah. Laporan persidangan
meja bulat: Isu dan cabaran Institusi Zakat di Malaysia. Anjuran Institut Kajian Tinggi Islam
Antarabangsa (IAIS) Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), 3 November 2016.

Noralina Omar (2016). Ekologi Keluarga dan Kesejahteraan Hidup Kanak-kanak di Malaysia. Tesis
PhD Universiti Malaya. Kaula Lumpur,

Norzita Jamil (2014). Realiti kemiskinan: Satu Kajian Teoritikal. Jurnal Ekonomi Malaysia 48(1),
m.167-177

Nurashikin Miskam & Haryati Shaftii (2012). Transformasi Pembangunan Luar Bandar: Kesan Ke
Atas kesejahteraan Hidup Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pampalon, R. dan Raymond, G. (2000). A deprivation index for health and welfare planning in
Quebec. Chronic Disease in Canada. 21(3): m.104-13.

Silverman, S. K. (2011). Zone of Proximal Development in Encyclopedia of Child Behavior and


Development (2011). Springer US.

Siti Hadijah Che Mat & Roslan Abdul Hakim (2011). Jangka Masa Keluar Daripada Kepompong
Kemiskinan Dan Ketermiskinn: Kajian Kes Di Kedah Darul Aman, Malaysia, Universiti
Utara Malaysia.

Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008). Peluang dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan
Masyarakat Luar Bandar: Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok,
Kelantan.

World Bank Group and UNICEF Study Report (2016). Nearly 385 million children living in extreme
poverty. New York: 03 October 2016.

LAMAN WEB YANG DIRUJUK:

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemiskinan_di_Malaysia
2. www.epu.gov.my/ms/sosio.../pendapatan-kemiskinan-isi-rumah
3. www.malaysiakini.com/news/301979
4. www.sinarharian.com.my/.../kemiskinan-dan-usaha-menangani-1.1...
5. www.mstar.com.my/.../membasmi-kemiskinan-bandar-dan-kemiski...
6. www.rurallink.gov.my/wp.../1-DATA-ASAS-MALAYSIA1.pdf

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


71
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU DEVIAN: KAJIAN KES DUA


ORANG ANAK YATIM DI SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK YATIM DAN IBU
TUNGGAL DI SELANGOR

Mohamad Azlan Ali Yasak, Wan Ahmad Shaffin Wan Ahmad Nasri,
Hasmawiyah Jidaruddin dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

ABSTRAK

Kajian ini meneliti tingkah laku devian dua orang anak yatim dari sebuah Pusat Jagaan Anak Yatim
dan Ibu Tunggal di Selangor. Responden yang dipilih terdiri daripada dua orang kanak-kanak iaitu
seorang murid lelaki Tahun 6 dan seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima. Kedua-dua responden ini
merupakan calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) tahun 2017. Kajian ini dilakukan bagi menonjolkan dilema dan emosi yang dialami oleh dua
orang responden yang telah melakukan tingkah laku devian. Responden pertama (murid Tahun 6)
telah didapati sangat kerap ponteng sekolah, manakala responden kedua (Tingkatan 5), didapati
ponteng sekolah, mencuri dan menipu. Kajian kes ini dijalankan secara temubual berstruktur ke atas
responden dan pengurus rumah jagaan. Disamping itu, kaedah pemerhatian juga digunakan untuk
menilai bahasa tubuh responden. Penelitian dokumen pengurusan pusat jagaan juga dilakukan.
Dapatan kajian menunjukkan respoden pertama telah melakukan tingkah laku devian bukan atas
kehendak dirinya sendiri, tetapi dipengaruhi oleh ibu angkat (ibu tunggal) yang menjaganya di pusat
jagaan tersebut. Manakala responden kedua melakukan tingkah laku devian kerana pergolakan
emosi dan untuk kepuasan dirinya sendiri. Kertas kerja ini membentangkan dilema yang dihadapi
oleh kedua-dua anak yatim yang menjadi responden kajian ini.

Kata kunci: Tingkah laku devian, tingkah laku anak yatim, isu-isu dalam pendidikan awal kanak-
kanak, dilema kanak-kanak.

PENGENALAN

Tingkah laku devian boleh didefinisikan sebagai tindakan atau kelakuan yang melanggar peraturan
dalam sesebuah organisasi/institusi dan masyarakat. Misalnya, mencuri ialah satu tindakan yang
melanggar peraturan masyarakat walaupun ianya dilakukan dengan alasan yang rasional iaitu
disebabkan oleh kelaparan atau kemiskinan (Hagan & Foster, 2001). Penulis-penulis ini mengatakan
bahawa kebiasaannya isu-isu psikologi dan sosial adalah penyebab dalam menggalakkan berlakunya
tingkah laku devian dalam kalangan kanak-kanak.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


72
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kajian ini bertujuan menganalisis punca tingkah laku devian dua orang anak yatim dari
sebuah Pusat Jagaan Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Selangor. Sejak beberapa dekad lepas, terdapat
banyak bahan-bahan yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal psikologi dan sosiologi mengenai kes-kes
devian dalam kalangan kanak-kanak. Dalam kajian ini, penulis cuba menonjolkan kes dua orang
kanak-kanak pelaku devian dari perspektif dan pandangan mereka sendiri, tentang mengapa mereka
melakukan tindakan devian, apa yang mereka cari dalam kehidupan mereka dan bagaimana latar
belakang mereka. Kajian ini lebih berminat untuk mendalami rasa hati kanak-kanak (pelajar) yang
terlibat, sama ada mereka sedar atau tidak kesan dari tingkah laku devian yang mereka lakukan.
Pendekatan ini jarang dilakukan oleh penyelidik, khususnya di Malaysia. Kebanyakan penyelidik
hanya berminat untuk melaporkan statistik tingkah laku devian, dan faktor-faktor penyebab dari kaca
mata penyelidik sendiri, yang biasanya bersifat negatif, tanpa meneropong ke dalam hati nurani
pelakunya dengan pandangan yang berempati.

TINJAUAN LITERATUR

Anak yatim merupakan kanak-kanak yang kematian bapa atau ibu, dan bagi yang kematian kedua-
dua ibu dan bapa mereka dikenali sebagai yatim piatu. Di Malaysia, khususnya anak-anak yatim ini
mendapat perhatian dan penjagaan daripada kerajaan, pihak-pihak NGO dan juga swasta di dalam
bantuan serta perlindungan. Pelbagai bantuan diberikan kepada mereka, contohnya bantuan
kewangan bulanan, bantuan buku teks, tempat perlindungan di rumah-rumah kebajikan dan
sebagainya tetapi adakah ianya mencukupi untuk kesihatan mental dan emosi mereka.

Siti Nor Yaacob & Anita Abdul Rahman (1997) mendapati anak yatim yang ketiadaan
kedua-dua ibu dan bapa (yatim piatu) merasakan diri mereka sangat terpinggir, terasing dan
bersendirian, walau pun mereka diletakkan dalam jagaan insitusi-institusi seperti Rumah Jagaan
Kanak-kanak atau Rumah Anak Yatim – sebesar mana pun sokongan yang diberikan, namun anak-
anak yatim sentiasa merasa kesedihan yang mendalam, kekal tersimpan dalam lubuk hati mereka,
apatah lagi jika tidak ada sokongan emosi diberikan kepada mereka, maka ini akan melahirkan sikap
negatif yang berpanjangan dalam kehidupan mereka. Begitu juga, Sengendo dan Nambi (1997)
menegaskan bahawa anak yatim biasanya gemar melayan perasaan dan selalu merasai kehilangan
sesuatu, akhirnya menjadikan mereka berasa putus asa, marah dan murung sehingga menyebabkan
mereka gagal meneruskan persekolahan. Inilah impak negatif yang berlaku di kalangan kanak-kanak
yatim yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


73
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Institusi rumah kebajikan seperti rumah jagaan kanak-kanak dan rumah anak yatim
mempunyai peranan yang besar sebenarnya dalam mencorak dan mempengaruhi perkembangan
kesihatan mental dan kognitif kanak-kanak yatim menerusi pengurusan dan pentadbirannya. Institusi
rumah kebajikan begini merupakan satu bentuk perlindungan yang memerlukan kesemua
kakitangan/staf untuk bersama-sama membantu menyediakan persekitaran terbaik bagi menjamin
keperluan emosi dan perkembangan psikososial yang berkesan kepada kanak-kanak yatim di bawah
jagaan mereka. Ini dapat dilihat jika di institusi tersebut hanya pentadbir yang membuat keputusan
sepenuhnya tanpa melibatkan keseluruhan staf, kesannya kanak-kanak menjadi stres dan kurang
berdikari dibandingkan dengan institusi yang melibatkan semua staf dalam membuat keputusan
secara bersama (Brower, 2005). Ini kerana kanak-kanak biasanya berinteraksi secara terus dengan
staf di rumah jagaan tersebut, dan staf ini lebih memahami kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Masalah emosi seperti kemurungan adalah satu masalah yang sukar dikesan walaupun oleh ibu bapa
sendiri, apatah lagi oleh staf atau warden/penjaga di rumah jagaan anak-anak yatim yang bilangannya
agak ramai. Kanak-kanak yatim ini biasanya terpaksa berkongsi masa, perhatian dan kasih sayang
daripada staf dan pihak pengurus rumah jagaan berkenaan. Oleh itu, pasti ada kanak-kanak yang
tidak mendapat perhatian yang diperlukannya, sehingga menyebabkan dia berasa dirinya diabaikan
atau diketepikan.

Menurut Berridge, et al. (1996) masyarakat melihat golongan anak yatim sebagai golongan
minoriti di sekolah yang membawa masalah. Disebabkan itu Catsimbis (1998) dalam Suresh Kumar
N Vellymalay (2011) menyatakan, di United Kingdom, laporan Audit Commision 1994, mendapati
sejumlah besar penghuni rumah kanak-kanak yatim tidak pergi ke sekolah.

Pendidikan adalah satu aspek penting yang amat perlu diambilberat terhadap kanak-kanak
yang terpisah daripada keluarga mereka dan anak-anak yatim. Malah aspek ini patut diletakkan pada
tahap prioriti tinggi, sama taraf dengan keperluan makanan, tempat tinggal dan keperluan asas yang
lain. Pendidikan adalah agen kepada perubahan dalam kitaran hidup sesebuah keluarga dan
masyarakat. Anak yang miskin atau anak yang yatim, boleh mengubah keadaan kehidupannya masa
hadapan andainya mempunyai pendidikan yang baik. Dalam keluarga yang normal, kanak-kanak
mendapat inspirasi daripada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga untuk berjaya dalam pendidikan.
Menurut Fan dan Chen (2001) aspirasi dan ekspektasi ibu bapa sangat mempengaruhi anak-anak
dalam mencapai kejayaan dalam pendidikan. Namun bagi kanak-kanak yatim di rumah-rumah
jagaan, mereka tiada sumber inspirasi ini, kecuali jika terdapat staf/penjaga yang prihatin dengan
nasib mereka (Astone dan McLanahan, 1991, dalam Suresh Kumar N. Vellymalay, 2011). Walau pun
kajian-kajian ini telah lama, tetapi dapatan yang dikemukakan masih relevan dan benar dengan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
74
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

situasi yang dihadapi pada masa kini – bahawa ekspektasi tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa
terhadap anak-anak dan penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anak memberi kesan positif ke
atas pencapaian pendidikan anak.

Disamping itu, aspirasi yang tinggi daripada anak pula menambahkan lagi penglibatan ibu
bapa dalam pelbagai praktis pendidikan anak-anak. Sebaliknya, ketiadaan ekspektasi dari ibu bapa
menyebabkan aspirasi anak menurun dan menjadi lemah, lantas mereka mengambil tindakan
mengabaikan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan pencapaian mereka di sekolah. Menurut
Suresh Kumar N. Vellymalay (2011) kegagalan remaja di rumah jagaan kanak-kanak untuk memiliki
aspirasi kendiri yang positif kemungkinannya berpunca daripada tiga perkara utama; pertama,
ketiadaan sokongan ibu bapa; kedua, persekitaran tempat tinggal mereka (di rumah jagaan kanak-
kanak); dan ketiga, budaya kelas menengah pihak sekolah. Menurut penulis ini juga, adalah sukar
untuk sebuah pengurusan rumah kebajikan menyediakan segala keperluan secukupnya kepada anak-
anak yatim, walaupun mereka sememangnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kanak-kanak ini
dan ingin memberikan yang terbaik sebagaimana yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu
sendiri. Namun begitu, masalah pengurusan ini, mengikut penulis (Suresh Kumar N. Vellymalay,
2011), dilihat sebagai antara penyebab yang membentuk sikap dan tingkah laku negatif anak yatim
terhadap pelajaran mereka. Ini adalah kerana tiada sesiapa pun dapat menggantikan peranan ibu bapa
untuk mendidikan anak-anak. Disebabkan oleh kekurangan aspek kendiri positif, ianya telah
menyebabkan kanak-kanak ini tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran bagi
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Natijahnya, ada di kalangan mereka yang terlibat
dengan masalah-masalah lain seperti perlakuan devian.

Teori Devian Robert K. Merton

Teori tingkah laku devian yang dikemukakan oleh Robert K. Merton pada tahun 1938,

mendefinisikan devian sebagai kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma

masyarakat yang ditentukan untuk individu dalam status sosial (dalam Thio, Calhoun & Conyers,

2010). Kelakuan devian adalah satu elemen asing yang dipandang buruk di dalam sesebuah

masyarakat. Definisi devian bergantung kepada bagaimana masyarakat mentakrifkan devian, siapa

yang dikatakan sebagai devian dan apa yang masyarakat lakukan apabila ia menjadi isu dalam

organisasi sosial. Holstein (2009) mendefinisikan devian sebagai tingkah laku yang melanggar

peraturan norma sosial dan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Menurut

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


75
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pandangan ahli psikologi, devian bermaksud penyimpangan norma sesebuah kumpulan yang tidak

diinstitusikan oleh undang-undang secara formal. Menyimpang atau tidaknya perilaku seseorang itu

ditentukan oleh norma atau nilai-nilai yang ditetapkan dalam masyarakat di mana ia tinggal. Tingkah

laku devian boleh melibatkan kelakuan jenayah atau kelakuan-kelakuan lain yang tidak disenaraikan

di bawah pendakwaan. Setiap tindakan atau perilaku yang bertentangan dengan nilai dan norma yang

berlaku hanya dianggap sebagai penyimpangan sosial yang bersifat negatif.

Menurut Merton (1938 dalam Thio, Calhoun & Conyers, 2010) perilaku devian terhasil dari

keadaan sosial tertentu. Merton menyatakan, apabila seseorang individu dihalang untuk melakukan

sesuatu yang diinginkannya, maka dia akan mengalami ketegangan (strain) atau kekecewaan.

Disebabkan kekecewaan ini, individu akan bertindak di luar kawalan. Menurut Merton lagi,

seseorang individu yang mengalami kekecewaan ini akan mengalami anomie. Anomie adalah satu

tahap di mana seseorang individu itu akan berfikir untuk melakukan sesuatu perbuatan ekstrem

kerana kekecewaan yang dihadapi, seperti melanggar peraturan institusi, membenci masyarakat,

sehingga melakukan jenayah, merosakkan harta benda, sehingga membunuh orang atau membunuh

diri.

Bagi pelajar sekolah, tingkah laku devian yang biasa dilakukan ialah ponteng kelas, ponteng
sekolah, bergaduh dan melawan guru, merosakkan harta benda sekolah, membuli, menjadi gangster
dan sebagainya; daripada tingkah laku devian yang ringan, jika tidak ditangani akhirnya boleh
menjerumuskan pelajar kepada tingkah laku devian yang lebih berat seperti menghisap rokok dan
terlibat dengan gejala menghisap dadah, mencuri dan melakukan pelbagai salah laku yang lain
(Buerah Tunggak, Shanah Ngadi dan Hamimah Abu Naim, 2015). Kajian Azizi Yahya et al. (2009)
mendapati kegagalan pelajar dalam bidang akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan
tingkah laku devian. Kekosongan jiwa kerana kehilangan ibu bapa juga dikatakan salah satu faktor
yang menyebabkan remaja terbabit menjadi liar dan melakukan tingkah laku devian.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) menunjukkan bilangan
pesalah juvana pada tahun 2015 ialah sebanyak 4,569 kes. Kes kesalahan pertama ialah sebanyak
4,152 dan kes kesalahan berulang ialah 417 kes. Di antara kesalahan utama yang dilakukan ialah
merosakkan harta benda (36%), mengambil dadah (29.7%), mencederakan orang, bergaduh dan
membuli (13.4%), kesalahan lalu lintas (1.7%), berjudi (1.5%), senjata api (0.9%) dan lain-lain

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


76
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

(16.8%). Statistik ini walaupun nampak kecil tetapi cukup membimbangkan, memandangkan kes-kes
ini hanyalah kes dari rekod tangkapan polis. Ada kemungkinan lebih banyak kes-kes devian yang
berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh pihak sekolah demi menjaga nama baik sekolah dan ibu bapa.

Dari tinjauan literatur ini, maka boleh dirumuskan bahawa terdapat anak-anak yatim yang
tinggal di rumah-rumah jagaan atau di rumah anak-anak yatim yang merasa kesunyian, keseorangan
dan kehilangan tempat bermanja dan mencurahkan kasih sayang; mereka merasa berputus asa,
kadang-kadang berasa marah, hilang minat terhadap kehidupan, dan pendidikan. Disebabkan
kemurungan yang dihadapi, mereka sukar bersosial dengan rakan-rakan dan guru-guru di sekolah.
Hal ini menyebabkan mereka selalu ponteng kelas/sekolah dan akhirnya mereka gagal dalam
pendidikan. Dari pandangan ahli teori devian dan pakar-pakar psikologi serta sosiologi, ciri-ciri
tersebut adalah faktor utama yang mendorong seseorang itu terlibat dengan tingkah laku devian yang
akhirnya menyebabkan mereka terjebak dengan melakukan jenayah.

PENYATAAN MASALAH

Anak yatim merupakan anak yang kematian bapa atau ibu; anak yatim piatu adalah mereka yang
kematian kedua-dua ibu dan bapa. Di Malaysia, anak yatim dan yatim piatu turut mendapat perhatian
dari pihak kerajaan, NGO dan swasta. Golongan anak yatim dan yatim piatu kebiasaannya diberikan
perlindungan di rumah-rumah jagaan atau rumah anak yatim - biasanya jagaan lebih tertumpu kepada
aspek fizikal dan material yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut. Namun, perhatian terhadap
emosi dan psikologi mereka jarang difahami dengan mendalam oleh pentadbir dan guru-guru yang
membimbing kanak-kanak ini. Dengan kata lain, perasaan kanak-kanak yang ditempatkan di rumah
anak-anak yatim bukanlah menjadi perhatian utama kepada pihak penjaga. Namun, apabila ada anak-
anak yatim yang terlibat dengan kesalahan disiplin atau tingkah laku devian di sekolah atau di rumah
jagaan itu sendiri, maka pelbagai tuduhan dan cemuhan dilemparkan kepada mereka.

Menurut maklumat dari sebuah Rumah Jagaan Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Selangor,
kes-kes tingkah laku devian seperti ponteng sekolah, membuli, mencuri, menipu dan sebagainya
dalam kalangan kanak-kanak yatim di rumah jagaan dan rumah anak yatim dilaporkan semakin
meningkat. Hal ini sangat menarik untuk dikaji dengan mendalam, maka penyelidik telah berbincang
dengan pihak rumah jagaan tersebut dan bersetuju untuk menjalankan kajian kes ini. Persoalan yang
menjadi perhatian kepada penyelidik dan juga pihak rumah jagaan tersebut ialah: mengapakah kanak-
kanak yatim yang selama ini dianggap ‘baik’ dan ‘sentiasa dalam pengawasan dan perhatian

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


77
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

penjaganya’ kini menjadi semakin liar dan berani melanggar disiplin? Apakah faktor-faktor yang
mendorong mereka melakukan tingkah laku devian? Kajian ini dijalankan dalam keadaan serba
kekurangan kerana limitasi masa dan logistik, oleh itu ianya dianggap sebagai sebuah tinjauan awal
untuk mendapatkan celik akal mengenai isu ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk menyelami dilema yang dihadapai oleh kanak-kanak yatim
yang tinggal di rumah jagaan anak yatim agar dapat menentukan sebab-sebab mengapa mereka
melakukan tingkah laku devian. Secara khusus, objektif kajian ini ialah :

1. Mengenal pasti faktor yang mendorong tingkah laku devian oleh dua orang respondan di
sebuah rumah jagaan anak yatim dan ibu tunggal di Selangor
2. Mengesan masalah emosi yang dialami oleh kedua orang respondan tersebut.
3. Mengenal pasti sekiranya ada program-program yang dianjurkan oleh rumah jagaan anak
yatim dan ibu tunggal tersebut dan pihak sekolah yang dapat membantu responden berubah
kepada tingkah laku prososial (positif).

SOALAN KAJIAN

Tiga soalan kajian dikemukakan selaras dengan objektif kajian ini iaitu:

1. Apakah faktor yang mendorong anak-anak yatim ini melakukan devian?


2. Apakah bentuk devian yang dilakukan oleh anak-anak yatim ini?
3. Adakah program-program yang dilaksanakan di rumah jagaan dan di sekolah memberi kesan
kepada anak-anak yatim ini?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Menurut Harrison et al. (2017), kajian kes adalah
kaedah yang kerap digunakan dalam penyelidikan sains sosial apabila penyelidik ingin menekankan
pentingnya kes yang diselidiki: “case study research focuses on a particular thing and that the
product of an investigation should be descriptive and heuristic in nature”. Ia melibatkan "an
intensive analysis of an individual unit (a person or community) stressing developmental factors in
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
78
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

relation to environment" (p.103). Merriam (2009) menerangkan kajian kes sebagai partikularistik,
heuristik dan deskriptif.

Kaedah mengumpul data bagi sesebuah kajian kes kebiasaannya ialah melalui temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah temubual dan
pemerhatian bagi mengumpul maklumat berkaitan responden bagi menjawab soalan-soalan kajian
yang telah dinyatakan di atas. Bilangan temubual dihadkan kerana batasan masa dan logistik. Oleh
itu dapatan kajian ini berkemungkinan tidak sebegitu mendalam seperti yang dihasratkan. (Untuk
menyelami perasaan dan emosi responden, sepatutnya pemerhatian dilakukan dalam jangka masa
yang lebih panjang dan bilangan temubual yang lebih kerap). Kaedah pemerhatian digunakan untuk
menilai kelakuan responden semasa di rumah jagaan dan di sekolah. Analisis dokumen terhad kepada
dokumen pengurusan yang terdapat pusat jagaan sahaja dan rekod pencapaian murid di sekolah.

Profil: Tingkah
RESPONDEN laku devian +
pencapaian dlm
A pendidikan TEMUBUAL, HASIL KAJIAN
PEMERHATIAN, & Faktor yang
ANALISIS mendorong tingkah
DOKUMEN laku devian
RESPONDEN Profil: Tingkah
B laku devian +
pencapaian dlm
pendidikan ANALISIS DOKUMEN:
Program sekolah dan rumah jagaan
untuk membantu pelajar

Rajah 1.0 Reka bentuk kajian

RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian ini terdiri daripada dua orang anak yatim, seorang berumur 12 tahun dan seorang
lagi berumur 17 tahun, merupakan penghuni sebuah rumah jagaan anak yatim dan ibu tunggal di
Selangor dan bersekolah di sekolah yang sama di mana pengkaji mengajar. Mereka dipilih kerana
mempunyai rekod kesalahan tingkah laku devian di sekolah, padahal mereka adalah anak yatim yang
sepatutnya dididik dengan pendidikan agama dan disiplin yang baik di rumah jagaan anak yatim dan
ibu tunggal tersebut. Masalah devian ini tidak berlaku kepada pelajar lain yang menjadi penghuni
rumah jagaan itu. Oleh itu, pengkaji menganggap kes ini adalah istimewa dan unik untuk diselidiki
dengan lebih lanjut.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
79
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Profil Responden A: Responden ini ialah seorang murid lelaki berumur 12 tahun, berada di Tahun 6
dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September 2017.
Responden ini didapati sangat kerap ponteng sekolah, pernah menipu rakan dan guru, dan
bergaduh.

Profil Responden B: Responden ini ialah juga seorang pelajar lelaki, berumur 17 tahun, dalam
Tingkatan Lima dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada
hujung tahun ini (2017). Kesalahan devian yang dilakukanya ialah ponteng sekolah, mencuri
dan menipu.

Pihak-pihak yang ditemubual termasuklah responden sendiri, guru-guru mereka, pengurus dan
warden pusat jagaan anak yatim dan ibu tunggal, dan ibu angkat responden A.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kes Pertama

Responden A – Didapati tiada sebarang rekod mengenai ibu dan bapanya, oleh itu dia tidak tahu
siapa ibu bapanya. Dia telah diserahkan bersama dua orang adiknya ke pusat jagaan ini oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat semenjak umurnya 6 tahun. Hasil temubual dengan responden dan penjaga
rumah jagaan, didapati dia telah diletakkan di bawah jagaan seorang ibu angkat dari kalangan ibu
tunggal yang juga tinggal di rumah jagaan tersebut. Responden ini cemerlang dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains, tetapi dia agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Fakta ini telah diperolehi dari buku rekod guru kelasnya.

Apabila ditanya tentang hobi dan cita-citanya, responden ini memaklumkan dia tidak
mempunyai sebarang hobi atau cita-cita, mungkin dia masih belum lagi menetapkan hala tuju
hidupnya.

Ditanya mengenai apakah perlanggaran disiplin dan tingkah laku devian yang dilakukannya,
responden ini mengaku dia suka menipu, mencuri, bergaduh dan ponteng sekolah. Kebanyakan
kesalahan itu dilakukan di rumah jagaan dan di sekolah. Bagi kes ponteng sekolah, responden A
memberitahu dia kerap ponteng antara 2 hingga 3 hari dalam seminggu. Pengkaji dimaklumkan oleh
warden rumah jagaan tersebut, bahawa responden A juga telah melakukan beberapa kes devian yang
lain tetapi dia tidak mahu menjelaskan apakah kes-kes tersebut. Menurut warden ini, responden A

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


80
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sentiasa dilindungi oleh ibu angkatnya iaitu ibu tunggal yang ditugaskan menjaganya di rumah
jagaan tersebut. Ibu angkat ini selalu cuba menafikan tingkah laku devian oleh responden A.

Menurut guru kaunseling sekolah, responden A ini telah diberi kaunseling beberapa kali
tetapi dia masih tidak mahu berubah. Demikian juga kaunselor di pusat jagaan telah melakukan
beberapa siri kaunseling, namun perubahan yang ditunjukkan hanya bertahan beberapa hari sahaja
dan selepas itu sikap lama akan berulang kembali.

Dari beberapa perbualan dan pemerhatian pengkaji sendiri, disyaki responden A mempunyai
masalah emosi yang teruk tetapi tidak ditunjukkannya. Ini mungkin kerana rasa terganggu sebab
tidak pernah mengetahui siapa dan di mana ibu dan bapanya. Kadang kala, pada hujung minggu, ada
ibu dan bapa angkat yang datang mengambil dan membawa responden A dan adik-adiknya ke rumah
mereka, namun responden ini selalu menimbulkan masalah – seolah-olah dia cuba ‘memberontak’
atau merasakan ‘ini bukan ibu bapa ku, dan aku tidak mahu diperlakukan seperti anak mereka. Aku
mahu ibu bapaku yang sebenar!’. Mungkin inilah yang dirasai oleh responden A. Walaupun ini
hanyalah interpretasi pengkaji sendiri, tetapi tanda-tandanya jelas dapat dibaca dari reaksi muka dan
gaya bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh responden A semasa temubual dengannya. Disebabkan
peragainya yang agak ‘sombong dan degil’, akhirnya, keluarga angkat ini hanya mengambil adik-
adiknya sahaja. Masalah ini mulai bertambah kusut bila adik-adiknya apabila pulang ke rumah jagaan
akan bercerita pelbagai cerita yang menjadikan responden bertambah cemburu.

Daripada beberapa pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan, pengkaji percaya
responden A menyimpan perasaan ‘marah’ atau ‘rasa tidak adil dan cemburu’ yang mendalam
terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang memanjakan mereka. Sebab
itu, apabila ada pihak-pihak yang ikhlas yang ingin mengambil responden sebagai anak angkat
sementara, dan ingin memberikan kasih sayang atau menunjukkan kasih sayang kepadanya, dia tidak
mahu, kerana bukan kasih sayang itu yang dikehendakinya. Jauh disudut hatinya, mungkin dia sangat
merindukan kasih sayang dari ibu bapanya yang sebenar.

Oleh kerana dia telah diberikan seorang ibu angkat (ibu tunggal) di rumah jagaan itu
(mungkin bukan dengan kerelaannya), maka dia sentiasa mengalami keadaan kecelaruan fikiran,
sama ada hendak menerima atau menolak dan membencinya – pada perasaannya seboleh-bolehnya
dia tidak mahu dijaga atau diberi perhatian oleh ibu tunggal atau sesiapa sahaja yang menjaganya di
rumah jagaan tersebut. Namun, alternatif yang hanya ada padanya ialah menerima ibu tunggal itu
sebagai ibu angkatnya. Keadaan kecelaruan perasaan ini wujud kerana dia merasa ‘terpaksa’ untuk

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


81
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membalas kasih sayang ibu angkat (ibu tunggal) ini. Dari pemerhatian pengkaji, ibu angkat
responden A sangat sayang kepada kanak-kanak ini, dan ingin memberi sepenuh kasih sayang
kepadanya. Oleh itu, apa sahaja yang dilakukan oleh responden A, dia cuba menutup dan
melindunginya.

Pengkaji berpendapat, responden A melakukan devian sebab mahukan perhatian atau mahu
melepaskan rasa cemburu terhadap orang lain, kerana dia tidak mempunyai ibu bapa dan keluarga
seperti apa yang mereka punyai. Responden A adalah seorang yang cerdas dalam pelajaran terutama
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (mata pelajaran kuantitatif), tetapi dia tidak suka subjek
bahasa yang mempunyai elemen ‘perasaan dan emosi’, terutama elemen seni bahasa seperti pantun,
sajak, karangan dan cerita-cerita rakyat. Hal ini cukup untuk pengkaji memahami bahawa dia
mempunyai emosi halus yang tidak terpenuh. Dia mungkin selalu diganggu oleh perasaan dahagakan
kasih sayang ibu dan bapa yang sentiasa menyelubungi jiwanya, seumpama ada suatu penutup hitam
yang menutupinya dan mendorongnya melakukan tindakan devian yang melanggar peraturan sekolah
dan rumah jagaan tempat dia tinggal. Apa yang berlaku kepada responden A ini selaras dengan teori
Merton yang dibincangkan di atas.

Kes Kedua

Responden B - dia berstatus anak yatim piatu kerana kehilangan ibu dan bapanya sejak kecil lagi.
Pada awalnya, dia ditempatkan bersama abang dan kakaknya di rumah jagaan itu. Namun kini hanya
tinggal dia seorang sahaja sebab abang dan kakaknya sudah meningkat umur lebih dari 18 tahun dan
mereka terpaksa keluar dari rumah jagaan itu. Kakaknya baru sahaja mendirikan rumahtangga, dan
mengenai abangnya, dia tiada sebarang berita.

Pencapaian akademiknya adalah sederhana dan dia merupakan pelajar dalam jurusan sastera.
Hobinya ialah bermain badminton dan merupakan wakil sekolahnya. Cita-citanya agat menarik – dia
ingin menjadi pembuat kek dan roti dan berazam ingin membuka kedai kek sendiri suatu masa kelak.
Dari sudut ini, responden B sekurang-kurangnya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Dia juga
memberitahu akan melanjutkan pengajiannya kelak dalam bidang kemahiran membuat kek dan roti.

Masalah devian yang dilakukan oleh responden B ialah menipu, mencuri dan ponteng
sekolah - ketiga-tiga tingkah laku devian ini saling berentetan antara satu sama lain. Responden ini
mengaku telah melakukan kesalahan mencuri di pusat jagaan. Menurutnya, dia melakukan kesalahan
itu kerana dia tiada wang. Dia perlukan wang untuk membeli ‘barang’ kesukaannya (seperti yang
dipunyai oleh pelajar lain di sekolahnya). Bila dia tiada wang dan tiada ‘barang’ seperti yang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


82
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

dipunyai oleh rakan-rakan sekolahnya, maka dia memilih untuk ponteng sekolah. Ini kesalahan
devian kedua yang dilakukannya. Dia sangat kerap ponteng sekolah kerana menurutnya, dia ‘frust’,
dia tiada wang saku dan tiada ‘barang’ seperti kawan-kawannya. Untuk menutup kesalahannya
ponteng sekolah, maka dia selalu berbohong dan menipu guru serta warden di rumah jagaannya. Jadi
masalah devian ini berterusan, dari satu masalah membawa kepada masalah lain yang semakin serius.

Pengkaji mendapati responden B ini sentiasa terdesak ingin mempunyai wang seperti rakan-
rakan sekolahnya yang lain. Dia sudah hampir dewasa, dan mempunyai keinginan untuk merasa
bebas dan mampu memiliki apa-apa barangan yang dikehendaki dan dipunyai oleh remaja yang
seumur dengannya, seperti telefon bimbit, makanan segera, minuman tin, rokok, dan sebagainya. Dia
mahu diterima oleh kumpulannya. Apabila responden B tidak berjaya memperoleh wang tambahan
dari pusat jagaan atau sumber lain (kakak atau abangnya), maka dia menjadi semakin berani untuk
mencuri.

Pengkaji berpendapat responden B sedang mengalami dilema – kerana dia tahu mencuri itu
adalah salah, tetapi dorongan untuk mempunyai wang mengatasi pemikiran logiknya, dan terjadilah
devian yang sukar diterima oleh warden rumah jagaan dan pihak sekolahnya. Berbagai hukuman
diberikan kepadanya dan dia juga telah diberikan kaunseling oleh kaunselor pusat jagaan dan
sekolah, tetapi tingkah lakunya masih tidak berubah. Menurut teori pemenuhan kendiri oleh Abraham
Maslow (dalam McLeod, 2007) apabila keperluan asas, iaitu keperluan untuk diterima dan disayangi
oleh rakan-rakan dan individu penting dalam hidupnya tidak terpenuh, maka seseorang itu tidak akan
bermotivasi untuk mencapai matlamat hidup pada hirarki yang lebih tinggi, iaitu pencapaian dalam
pendidikan.

Dalam pendidikan, didapati respondan B tidak mempunyai prestasi yang baik. Menurutnya,
dia kerap kali bosan belajar. Di antara semua mata pelajaran, hanya subjek Sejarah sahaja yang
diminatinya. Ini kerana dia suka kepada guru Sejarahnya dan katanya guru ini adalah idolanya.
Dilema yang dihadapi oleh responden B ini amat sukar untuk difahami. Dia seorang yang suka dan
gemar memendam perasaan (menurut katanya sendiri). Dia sukar meluahkan perasaannya kepada
sesiapa, mungkin kerana dia tidak pernah ada orang yang rapat dan dipercayai untuk meluahkan
perasaannya. Abang dan kakaknya juga bukan rapat dengannya kerana mereka semua tinggal di luar.
Tambahan pula, responden B berpendapat tidak ada “privacy” di rumah jagaan itu, sedangkan dia
sudah menjadi seorang penghuni yang senior di situ.

Sebagai rumusan, kajian ini mendapati responden A sedang mengalami tekanan emosi yang
agak serius disebabkan keinginan yang mendalam untuk mempunyai kehidupan sempurna seperti
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
83
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pelajar-pelajar lain, dan dia juga sangat ingin menatap wajah ibu dan bapanya sendiri yang dia tidak
tahu di mana mereka. Kerinduan ini amat sukar dibendung – dia benci kepada kawan-kawan lain
yang mempunyai ibu dan bapa, walau pun dia diberikan ibu angkat di rumah jagaan tersebut. Di
menjadikan ibu angkat ini sebagai batu loncatan baginya untuk melakukan apa-apa sahaja yang dia
sukai, seperti ponteng sekolah, menipu, mencuri dan bergaduh, dan ibu angkatnya akan
melindunginya daripada pihak pengurusan rumah jagaan itu. Dalam hatinya, dia juga bimbang
dengan peperiksaan UPSR yang akan datang, tetapi dia cuba melawan perasaan itu dengan
melakukan tingkah laku devian yang terus merosakkan dirinya sendiri.

Responden B, yang juga tidak lama lagi akan mengambil peperiksaan SPM dan akan
memasuki golongan orang dewasa mempunyai keperluan untuk mempunyai wang saku dan
kesenangan seperti pelajar-pelajar lain yang mempunyai ibu dan bapa. Dia ingin merasa bebas untuk
mempunyai barang-barang seperti yang dipunyai oleh kawan-kawannya, maka dia mencuri.
Demikianlah rupanya, bagi kanak-kanak yang ketiadaan ibu/bapa, dan apabila tidak mendapat kasih
sayang yang sejati, hidup dalam keadaan serba sederhana di rumah jagaan, tiada ruang pribadi, tiada
kemewahan dan terpaksa mengikut pelbagai peratutan di rumah jagaan, maka jiwa mereka menjadi
‘rebelious’, memberontak, akhirnya mereka terdorong untuk melakukan tingkah laku-tingkah laku
devian, sebagai cara melepaskan perasaan. Pengkaji merasa bersimpati dengan keadaan dan perasaan
responden B. Walaupun dia seorang yang dilihat seolah-olah gagal dan dilabel sebagai devian,
namun jauh di sudut hatinya dia mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya menjadi seorang
pembuat kek dan roti pada masa hadapan. Tingkah laku devian itu hanyalah kerana dia mahukan apa
yang pelajar-pelajar di sekolahnya ada, iaitu wang saku, yang dia boleh guna untuk membeli apa-apa
yang dia inginkan.

IMPLIKASI

Penyelidik berpendapat, pihak-pihak yang berkenaan, seperti ibu bapa angkat, warden, guru-guru dan
kaunselor sekolah perlu faham dilema yang dihadapi oleh anak-anak yatim seperti dua orang
responden dalam kajian ini, dan cuba menunjukkan rasa empati terhadap mereka.

Anak yatim yang melakukan devian, kadang-kadang bukan kerana mereka ‘jahat’, tetapi
kerana mereka inginkan apa yang orang lain ada (misalnya wang saku atau keluarga yang bahagia).
Bagi responden B, beliau sudah dewasa dan perlukan penerimaan dari kawan-kawan.
Kemungkinannya hal inilah yang menyebabkan beliau mencuri dan melakukan kesalahan devian.
Demikian juga responden A, dia juga ponteng sekolah kerana tidak berminat dengan mata pelajaran

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


84
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sekolah dan merasa kecewa dan sedih yang berterusan disebabkan perasaan cemburu dan rindukan
kasih sayang ibu bapa sendiri. Kajian ini memberi implikasi besar kepada pihak-pihak yang terlibat
menguruskan anak-anak yatim dan juga pihak sekolah dan guru-guru.

Dalam mengurus anak-anak yatim, pihak pengurus rumah jagaan dan warden semestinya
mempelajari mengenai ilmu psikologi dan teknik kaunseling yang berkesan. Mereka tidak sepatutnya
hanya menyediakan tempat tinggal dan peraturan-peraturan untuk kanak-kanak yatim di bawah
jagaan mereka. Selain prasarana fizikal, aspek lebih penting yang perlu diurus ialah keperluan emosi
dan kasih sayang yang kanak-kanak yatim ini sangat dahagakan. Mereka perlu dilayan seumpama
anak sendiri, kerana mereka tidak mempunyai ibu bapa seperti lazim kanak-kanak lain. Rasa
cemburu dan sayu sentiada menyelubungi jiwa mereka – hal ini boleh menjejaskan pelajaran dan
juga pergaulan serta sikap mereka terhadap masyarakat.

Kepada guru-guru sekolah, mereka semestinya mengenali setiap pelajar dalam kelas dan
memberi perhatian serta bimbingan dengan penuh prihatin dan empati. Guru-guru perlu memahami
kemurungan perasaan yang dirasai oleh kanak-kanak yatim dan keperluan anak remaja yang
menghampiri alam dewasa – mereka juga mempunyai perasaan dan keinginan untuk mempunyai
kebebasan dan sumber kewangan bagi keperluan diri sendiri. Sekiranya pencapaian mereka merosot,
maka menjadi tanggungjawab guru untuk menentukan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, lebih-
lebih lagi jika pelajar itu seorang anak yatim atau yatim piatu. Diharap mereka tidak dihukum kerana
tingkah laku devian yang mereka lakukan, jika semua pihak saling memahami.

PENUTUP DAN CADANGAN

Masalah emosi merupakan faktor utama yang mendorong kanak-kanak (pelajar sekolah) melakukan
tingkah laku devian. Dapatan kajian ini selaras dengan teori Merton dan kajian-kajian lain yang telah
disoroti seperti kajian Suresh Kumar N Vellymalay (2011), Balan Rathakrishnan (2011), Buerah
Tunggak et al. (2015), Farah Syazrah Mohd Ghazalli et al. (2015) dan lain-lain. Sikap untuk
mendapatkan perhatian dan desakan naluri remaja yang tidak dikawal memperkukuhkan kehendak
untuk melakukan devian dalam kalangan kanak-kanak yatim. Sudahlah kehidupan mereka sangat
terikat dengan peraturan-peraturan rumah jagaan, ketiadaan ruang dan masa untuk privacy, ketiadaan
individu yang boleh memberikan kasih sayang sejati sebagaimana diberikan oleh ibu dan bapa,
menyebabkan kanak-kanak menjadi murung dan bercelaru dengan pelbagai perasaan marah,
cemburu, benci dan sebagainya. Semua faktor-faktor ini didapati telah menyebabkan kanak-kanak
yang walaupun dibesarkan dalam persekitaran yang baik, berlandaskan Islam sanggup melakukan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
85
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tingkah laku devian yang serius seperti berbohong, menipu, mencuri, dan ponteng sekolah. Apabila
kanak-kanak ini tidak hadir ke sekolah, mereka sudah pasti akan berkeliaran di tempat-tempat yang
tidak sepatutnya mereka berada. Hal ini akan memburukkan keadaan diri mereka. Pencapaian dalam
pelajaran menjadi merosot dan akhirnya kedua-dua pelajar yang akan menghadapi ujian UPSR dan
SPM pada tahun ini seolah-olah seperti keadaan ‘telur di hujung tanduk’. Risiko gagal dalam ujian
dan peperiksaan ini akan membawa padah lebih besar terhadap masa hadapan mereka. Oleh itu,
pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan kebajikan kanak-kanak yatim hendaklah sentiasa
prihatin dan mengambilberat keperluan emosi mereka. Dicadangkan, pihak sekolah dan pusat jagaan
perlu bekerjasama dan berbincang selalu tentang bagaimana caranya untuk membantu pelajar-pelajar
yang sebegini. Kaunselor sekolah perlu memainkan peranan dengan baik bagi memulihkan mereka.
Selidiki asal usul mereka sedalam-dalamnya sebelum membuat kesimpulan bahawa mereka bersalah.

RUJUKAN

Azizi Yahya, Jamaludin Ramli, Hamdan Kadir, Noordin Yahaya (2009). Discipline Problems
Among Secondary School Students in Johor Bahru, Malaysia. European Journal of Social
Sciences. Volume 11, Number 4.

Balan Rathakrishnan (2011). Devian sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Berridge, D., Brodie, I., Ayre, P., Barrett, D., Henderson, B. & Wenman, H. (1996). Hello — Is
anybody listening?: The education of young people in residential care, Luton: University of
Luton. (http://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/030857590302700205)

Brower, R.E. (2005). Tranformational Leadership & Decision Making in Schools. Corwin. eText
ISBN: 9781483363653, 1483363651.

Buerah Tunggak, Shanah Ngadi dan Hamimah Abu Naim (2015). Delinkuen pelajar dan cadangan
penyelesaiannya menerusi model pembangunan sahsiah remaja/pelajar muslim bersepadu.

Fan, X., & Chen, M. (2001). Parental involvement and students’ academic achievement: A meta-
analysis. Educational Psychology Review, 13(1), 1–22.

Farah Syazrah Mohd Ghazalli, Muhammad Fadhil Nurdin & Norizan Abdul Ghani (2015).
Penerimaan layanan emosi anak yatim di rumah perlindungan: kajian di wisma yatim
perempuan islam, Pulau Pinang. Proceedings of ICIC2015 – International Conference on
Empowering Islamic Civilization in the 21st Century eISBN: 978-967-13705-0-6, 478-486.

Hagan, J & Foster, H. (2001).Youth violence and the end of adolescence. American Sociological
Review; Dec 2001; 66, 6; ABI/INFORM Global pg. 874

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan bilik darjah dan tingkahlaku. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


86
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Harrison, H., Birks, M, Franklin, R. & Mills, J (2017). Case Study Research: Foundations and
Methodological Orientations. Forum: Qualitative Social Research, Vol. 18, No. 1 Art. 19
(January 2017)

Jabatan Perangkaan Malaysia (2016). Siaran Akhbar: Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2016. Pejabat
Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya.15 Disember 2016

McLeod, S. A. (2007). Maslow's Hierarchy of Needs.


Diakses dari: http://www.simplypsychology.org/maslow.html

Merriam S. B. (2009). Qualitative Research (3rd edition). San Fransisco:Jossey-Bass.

Milne, A. M., Myers, D. E., Rosenthal, A. S., & Ginsburg, A. (1986). Single parents, working
mothers, and the educational achievement of school children. Sociology of Education, 59,
125–139.

Sengendo, J. and dan Nambi, J (1997). The psychological effect of orphanhood: a study of orphans in
Rakai District. Health Transition Review, vol. 7, pp. 105–124.

Siti Nor Yaacob Anita Abdul Rahman (1997). Depresi Dan Pencapaian Akademik Remaja Dari
Keluarga Berbeza Struktur. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, USM. Jilid 15.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2011). Sikap dan Tingkah Laku Remaja Terhadap Pembelajaran di
Sekolah: Satu Kajian Kes di Rumah Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(2), 25-
32.

Thio, A., Calhoun, T. C., & Conyers, A. (2010). Readings in deviant behavior (6th ed.). Boston:
Allyn & Bacon.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


87
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

TINGKAH LAKU DEVIAN PELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI


KUALA LUMPUR

Nur Adliza Mohd Fuad, Atia Faranajwa Roslan,


Revathi Ramachandran dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji tingkah laku devian dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah
menengah di Kuala Lumpur. Seramai tiga orang pelajar dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini
menggunakan kaedah temubual dan analisis secara kualitatif. Terdapat tiga soalan kajian yang
diutarakan untuk memandu kajian ini; pertama, apakah tingkah laku devian yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar yang dikaji?; apakah punca yang menyebabkan mereka terlibat dengan tingkah laku
devian?; dan apakah implikasi tingkah laku devian ini terhadap pelajar-pelajar itu sendiri dan
kepada pihak sekolah dan ibu bapa mereka? Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk mengatasi
masalah devian di sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan latar belakang keluarga,
hubungan remaja dengan ibu bapa dan ahli keluarga, persekitaran, rakan sebaya dan media sosial
adalah faktor-faktor utama yang mendorong pelajar-pelajar remaja ini terlibat dengan tingkah laku
devian. Dapatan kajian ini memberi implikasi besar kepada masa hadapan pelajar-pelajar sendiri
dan keluarga mereka. Beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tingkah laku devian dalam
kalangan remaja dan cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

Kata kunci: Tingkahlaku devian, delinkuen, keruntuhan akhlak, remaja bermasalah, faktor-faktor
yang mendorong devian dan delinkuen, isu-isu dalam pendidikan awal kanak-kanak.

PENGENALAN

Masalah pelanggaran disiplin atau perlakuan devian di sekolah tidak pernah selesai semenjak dahulu
sehingga sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua pihak yang
terlibat dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan.
Sejak kebelakangan ini, kadar jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah
semakin meningkat (Utusan Online, 12 Julai 2017), dan hal ini bukan sahaja membimbangkan ibu
bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi turut memberi impak terhadap kredibiliti
sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam membentuk moral dan
tingkah laku generasi muda. Bagi remaja yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali
sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini terdiri daripada pelajar-
pelajar sekolah atau remaja di bawah umur 18 tahun dan melibatkan jenayah, mereka dikenali
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
88
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sebagai delinkuen. Secara umumnya, devian dan delinkuen adalah tingkah laku yang melanggar
peraturan atau yang bertentangan dengan norma masyarakat dan semestinya tidak dapat diterima oleh
masyarakat (Norruzeyati Che Mohd Nasir, 2016; Azizi Yahya, 2008; Sayuti dan Ying, 2004).

Menurut Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku devian dalam kalangan remaja
adalah disebabkan oleh konflik dan tekanan psikologikal. Remaja-remaja yang terlibat dengan
melakukan tingkah laku devian dan delinkuen ini juga mengalami konflik dalam keluarga mereka
sendiri. Mereka gagal melihat keluarga sebagai satu persekitaran yang sihat dan boleh memberikan
kebahagiaan serta ketenangan jiwa kepada mereka. Curtis (2015) mengatakan, zaman remaja adalah
masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang
dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat memahami perkembangan emosi remaja.
Mereka wajar membantu remaja cara mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif.
Pelajar-pelajar sekolah menengah antara umur 13-18 tahun, masih dalam usia remaja dan sangat
mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian
daripada ibu bapa. Akhirnya ini akan menyebabkan remaja terjebak dengan perkara-perkara tidak
produktif seperti melepak, ponteng sekolah, menagih dadah, merokok, terlibat dalam clubbing,
hubungan seks bebas dan pelbagai gejala sosial yang lain.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tingkah laku devian dan punca yang menyebabkan
berlakunya tingkah laku devian tersebut dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah
terkemuka di Kuala Lumpur.

MASALAH KAJIAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesatnya. Pelbagai
kejayaan telah dicapai oleh rakyat negara ini sama ada di dalam atau di luar negara. Rakyat negara ini
juga sentiasa berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan seiring dengan pencapaian yang telah
diperoleh. Walau bagaimanapun tanpa disedari, baik ketara ataupun tidak, dapat dilihat atau
dirasakan, bahawa perubahan sosial yang diakibatkan oleh proses pembangunan ini telah
mendatangkan cabaran hebat kepada kehidupan sosial masyarakat dan menimbulkan tekanan yang
semakin kompleks ke atas pelajar-pelajar (golongan remaja) dan keluarga mereka. Bahang ini juga
dapat dirasai oleh golongan pelajar yang sering menjadi fokus perbincangan semasa dan selalunya
dikaitkan dengan golongan yang bermasalah. Berita-berita mengenai pelbagai masalah remaja dan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


89
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pelajar sekolah seperti kenakalan, merosakkan harta benda, berpakaian tidak sopan, pelanggaran
disiplin sekolah, hinggalah kepada pelanggaran undang-undang negara semakin kerap dilaporkan.

Bagi kumpulan pelajar-pelajar yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun


melanggar disiplin dalam institusi sekolah dikategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin
perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa harian, kerana kita lebih gemar
memberi label seperti samseng, gangster, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian,
perogol dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai
kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila melibatkan jenayah, maka mereka dikenali
sebagai delinkuen juvana. Jelasnya, delinkuen atau gengsterisme adalah tingkah laku yang melanggar
peraturan dan undang-undang atau kelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.

Isu salah laku pelajar di sekolah kini berada pada tahap yang ‘merbahaya’ (Utusan Online,
12 Julai 2017). Setiap hari ada sahaja masalah disiplin yang dilaporkan sama ada dalam akhbar
mahupun majalah. Masyarakat semakin muak melihat pendedahan media massa tentang masalah
devian/delinkuen di sekolah. Namun, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan dalam kemelut
permasalahan pendidikan di Malaysia. Merokok, buli, vandalisme, mencuri, mengugut guru dan
sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi para pendidik yang semakin bingung dan tertekan. Malah
pelajar masa kini semakin berani melakukan perbuatan devian/delinkuen di luar kawasan sekolah
seperti menagih dadah, merokok, seks bebas dan lain-lain.

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran.
Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari norma-norma masyarakat
tanpa mampu memikirkan kesan-kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah adalah satu tempat
menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar-pelajar yang dihasilkan merupakan
individu-individu yang runtuh akhlaknya. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin
meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah, bukan sahaja membimbangkan ibu
bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti
sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan
tingkah laku generasi muda (Azizi, et al., 2005).

Laporan-laporan tentang salahlaku devian dan delinkuen termasuk kes-kes jenayah yang
melibatkan remaja dan pelajar sekolah sentiasa mendapat liputan akhbar di negara ini. Misalnya,
Utusan Online (14 Mei 2016) melaporkan kebimbangan pihak AADK (Agensi Anti Dadah
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
90
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kebangsaan) mengenai statistik pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah
yang semakin meningkat. AADK melaporkan seramai 717 pelajar dalam lengkungan 13-18 tahun
dikesan terjebak dengan dadah pada 2016 berbanding 622 pelajar pada tahun 2014. Pada 17 April
2017, PDRM (Polis Di Raja Malaysia) melaporkan 15 orang pelajar sekolah di Kedah dikenalpasti
terlibat dengan dadah – sama ada menggunakan atau mengedarkan dadah. Sekolah-sekolah tersebut
adalah dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Padang Terap. Banyak lagi kes-kes
jenayah pelajar sekolah yang dipaparkan dalam ahkbar-akhbar tempatan yang menimbulkan
kebimbangan semua pihak tentang masalah tingkah laku devian dan delinkuen pelajar-pelajar
sekolah.

Oleh kerana tingkah laku delinkuen ini juga berlaku di sekolah di mana pengkaji sedang
berkhidmat, maka timbul minat untuk menyelidiki dengan mendalam mengapa pelajar-pelajar yang
terpilih untuk masuk ke sekolah ini (sebuah sekolah berprestasi tinggi) sanggup terlibat dan menjadi
mangsa gejala sosial yang boleh menjejaskan masa hadapan dan nama baik keluarganya. Pengkaji
ingin tahu, apakah yang mendorong mereka terjebak ke dalam masalah delinkuen ini, apakah
masalah mereka dan bagaimana perasaan mereka semasa melakukan tingkah laku devian/delinkuen
tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tingkah laku devian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sebuah sekolah
menengah di Kuala Lumpur.
2. Mengenalpasti punca yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan tingkah laku devian
3. Mengenalpasti perasaan pelajar-pelajar yang terlibat dengan tingkah laku devian mengenai
masa hadapan mereka.

SOALAN KAJIAN:

1. Apakah tingkah laku devian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah di
Kuala Lumpur?
2. Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan tingkah laku devian?
3. Apakah perasaan pelajar-pelajar yang terlibat dengan tingkah laku devian mengenai masa
hadapan mereka?

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


91
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KERANGKA TEORI KAJIAN

Untuk menerangkan permasalahan dalam kajian ini, beberapa teori yang berkaitan dijadikan sebagai
kerangka asas. Menurut Maizatul Akhman (2007), teori-teori yang sesuai untuk menerangkan
mengenai tingkah laku devian/delinkuen ialah Teori Biologi, Teori Psikologi atau Psikogenik dan
Teori Proses Sosiologi. Dalam kajian ini, pengkaji memilih Teori Psikologi dan Teori Sosiologi
sebagai teori kajian (Rajah 1.0).

Teori Psikologi
Teori Psikologi atau psikogenik oleh (Murray, 1939 dalam Flett, 2008) menerangkan pembentukan
tingkah laku delinkuen dari aspek keperluan primer (biologi) dan sekunder (psikologi); keperluan
primer adalah untuk hidup tetapi keperluan psikologi adalah untuk kesejahteraan emosi (misalnya
kasih sayang, kebebasan, dan pencapaian). Jika keperluan sekunder tidak terpenuh, individu
berkembang dengan sikap-sikap yang salah, fantasi, internalisasi diri yang keliru, konflik batin,
emosi kontroversal dan sukar menyesuaikan diri. Dikatakan lebih kurang 90% dari jumlah remaja
delinkuen datang dari keluarga yang tidak bahagia atau kurang beruntung (sosioekonomi rendah)
sehingga mendorong mereka mencari sumber kebahagiaan di luar rumah bagi memecahkan kesulitan
batinnya untuk mencapai kesejahteraan emosi. Ringkasnya, teori ini menerangkan perilaku delinkuen
sebagai reaksi terhadap masalah psikologi yang dihadapi oleh remaja di rumah dan di sekolah,
khususnya apabila pelajar cuba menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain yang mempunyai latar
belakang sosioekonomi yang lebih baik daripada dirinya.

Teori Proses Sosiologi


Teori ini dipelopori oleh Sutherland & Cressey (1979 dalam Flett, 2008) yang menerangkan bahawa
tingkah laku delinkuen adalah disebabkan oleh pengaruh interaksi sosial dan persekitaran. Terdapat
tiga sub-teori yang menerangkan bagaimana tingkah laku devian/delinkuen berlaku: (i) teori
pembelajaran sosial oleh Bandura dan Walter; (ii) teori ikatan sosial oleh Hirschi; dan (iii) teori sub-
budaya dan delinkuensi. Mengikut teori pembelajaran sosial, pengaruh budaya adalah penting dalam
proses perkembangan kanak-kanak. Proses sosialisasi bermula di rumah dan jika ibu bapa berupaya
menjadi model terbaik, kanak-kanak akan mendapat nilai-nilai positif dan bertingkah laku positif.
Sekiranya kanak-kanak dibesarkan dengan baik, mereka tidak mudah dipengaruhi oleh tekanan sosial
lain seperti pengaruh rakan-rakan untuk cuba bertingkah laku devian/delinkuen. Tetapi sebaliknya
akan berlaku jika tiada role-model yang baik daripada ibu bapa/keluarga.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


92
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Teori ikatan sosial Hirschi (1969, dalam Norrulzeyati, 2016) menekankan aspek ikatan
(bonding) dan kerapatan hubungan dengan ahli keluarga. Terdapat empat komponen yang mengikat
individu kepada masyarakat seterusnya mengurangkan tingkah laku delinkuensi iaitu attachment
(keterikatan), commitment (komitmen), involvement (penglibatan) dan belief (kepercayaan). Menurut
Hirschi, tingkah laku delinkuen dapat disekat sekiranya wujud hubungan yang mesra antara ibu bapa
dengan anak-anak. Akhir sekali, teori sub-budaya dan delinkuensi oleh Erich Goode (1994)
menjelaskan bagaimana sesuatu kumpulan sosial mempunyai sub-budaya dan gaya hidup sendiri.
Remaja generasi milennium ternyata mempunyai sub-budaya mereka tersendiri (Siti Sarawati Johar
et al., 2017), mereka suka bersosial, sukakan hiburan, terlibat dalam pergaulan bebas, merokok atau
minum arak, mengisap dadah, mengisap vape, berzina dan lain-lain aktiviti yang diamalkan oleh ahli
kumpulan sub-budaya tersebut. Kebanyakan tingkah laku sub-budaya ini adalah yang bertentangan
dengan norma masyarakat dan adalah tingkah laku devian atau delinkuen.

Berlandaskan kombinasi teori-teori ini, maka teori kajian ini dinamakan Teori Psikososial, dan
kerangka teori ini diberikan dalam Rajah 1.0.

TEORI
PSIKOSOSIAL
TEORI Faktor Latar belakang
PSIKOLOGI keluarga (demografi &
ekonomi)

Teori Pembelajaran TINGKAH LAKU


Sosial Jenis Personaliti
DEVIAN/
TEORI DELINKUEN
Teori Ikatan Sosial Hubungan keluarga
PROSES
SOSIOLOGI
Pengaruh
Teori Sub-budaya
persekitaran (rakan
sebaya)
Rajah 1.0: Kerangka Teori Kajian

TINJAUAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Kebanyakan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji psikologi menunjukkan bahawa
zaman remaja sememangnya dipenuhi dengan pelbagai cabaran sehingga mengakibatkan masalah
tingkah laku. Fariza Md Sham (2006 dalam Siti Sarawati Johar et al., 2017) menerangkan bahawa
pelbagai masalah sosial yang menyelubungi remaja adalah berpunca daripada sikap agresif dalaman

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


93
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

dan emosi yang tidak terkawal disebabkan kurangnya penghayatan terhadap agama, maka timbullah
pemberontakan emosi dan jiwa serta desakan untuk mencari ketenangan dengan cara yang salah.

Hubungan keluarga dengan tahap kecerdasan emosi dan tingkah laku delinkuen remaja
sangat berkait rapat. Hubungan keluarga yang baik biasanya mendorong kecerdasan pelajar dan
menghindar mereka dari gejala sosial. Perkaitan ini telah dibuktikan oleh Maizatul Akhman (2007)
dalam kajiannya yang bertajuk “Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya dan
Kecerdasan Emosi dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar”. Dalam kajian ini, hubungan keluarga
dinilai seperti aspek kemesraan di antara ahli keluarga, kekerapan meluangkan masa sesama ahli
keluarga dan sejauhmana keluarga mengetahui aktiviti pelajar. Responden kajian ini adalah pelajar
sekolah menengah tingkatan empat.

Norrulzeyati Che Mohd Nasir (2016) juga mendapati terdapat hubungan yang positif di
antara aspek status sosioekonomi, demografi dan status keluarga dengan tingkah laku devian anak-
anak. Penyelidik ini menyatakan bahawa “remaja dari keluarga yang bermasalah lebih mudah
terdedah dengan tingkah laku delinkuen ekoran dari kurangnya kawalan sosial oleh ibu bapa”
(ms.61). Daripada 8 orang responden dalam kajian beliau, empat daripadanya mempunyai ibu bapa
yang kurang mengambil berat tentang anak-anak mereka, misalnya ibu bapa mereka tidak mengambil
berat jika anak perempuannya ingin keluar dan balik lewat malam atau tidak balik langsung ke rumah
kerana mereka sendiri mempunyai masalah dalam perkahwinan. Ibu bapa dalam kajian Norrulzeyati
Che Mohd Nasir (2016) juga dilaporkan kurang memberi komitmen dalam hal-hal personal anak-
anak mereka, kurang mengambil berat tentang perkembangan pendidikan anak-anak dan kurang
meluangkan masa untuk bersama anak-anak. Terdapat juga ibu bapa yang terlalu mementingkan
wang ringgit sehingga tiada masa untuk berjumpa anak-anak (responden-responden dalam kajian
beliau) kerana masing-masing sibuk bekerja.

Nor Azri (2002) membuat kajian untuk melihat peranan keluarga dan hubungannya dengan
kebahagiaan rumah tangga serta kesannya ke atas tingkah laku sosial remaja. Kajian ini
memperlihatkan beberapa aspek pendekatan model. Pendekatan yang pertama ialah menerusi model
4-R Keluarga Dinamik di mana setiap keluarga akan berfungsi dengan sempurna jika memenuhi
keempat-empat peranan iaitu peraturan, peranan, perhubungan dan ritual dalam kehidupan.
Pendekatan model yang kedua ialah Model Circumplex. Model ini merumuskan bahawa keluarga
yang mempunyai darjah kohesi yang tinggi adalah sinonim dengan keluarga yang berfungsi baik dan
boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dari persekitarannya. Hasil kajian ini menunjukkan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
94
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

keluarga yang berfungsi baik akan membawa kebahagiaan rumah tangga dan akhirnya akan
membentuk pola tingkah laku sosial remaja mengikut acuan keluarga berkenaan.

Mumtaj Begum (2003) telah meninjau dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap kemurungan dan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja yang melibatkan diri dengan
kegiatan pelacuran. Kajian ini melibatkan 120 orang remaja yang masih menjalani pemulihan di dua
buah institusi akhlak iaitu di Taman Sri Pulai Rembau dan Taman Sri Putri Batu Gajah. Melalui
kajian ini, didapati bahawa faktor melarikan diri berhubung secara signifikan dengan kemurungan
dan penghargaan kendiri tetapi tidak bagi faktor status ibu bapa. Selain itu, hasil kajian telah
menunjukkan tiada perkaitan antara kemurungan dan penghargaan kendiri dalam kalangan
responden.

Robi’atun Nur (2002) mengkaji corak layanan ibu bapa dan konsep kendiri terhadap 44
orang remaja bermasalah tingkah laku devian di Sekolah Tunas Baki, Taiping. Dapatan kajian beliau
menunjukkan tiada perhubungan yang signifikan wujud antara corak layanan ibu bapa dengan konsep
kendiri remaja. Ini bermakna bentuk layanan yang diberikan oleh ibu bapa remaja yang mempunyai
masalah tingkah laku tidak memberi kesan terhadap pembentukan konsep kendiri yang baik. Kajian
ini juga mendapati bahawa interaksi ibu bapa dengan anak remaja dan hubungan kawalan ibu bapa
tidak membawa sebarang pengaruh terhadap konsep kendiri remaja bermasalah. Beliau juga
menegaskan bahawa kurangnya perhubungan di antara ibu bapa dengan anak menyebabkan remaja
bertingkah laku devian. Keadaan ini mengakibatkan anak merasa tidak diperlukan (perasaan
penolakan) dan lebih gemar meminggirkan diri dan mencari jalan lain untuk meluahkan perasaan dan
mendapatkan perhatian.

Wan Hassan Embong dan Siti Norlina Muhamad (2004) telah membuat kajian mengenai
kesedaran terhadap peranan bapa dalam keluarga yang mempunyai masalah keruntuhan akhlak
remaja; dapatan kajian ini berjaya membuktikan bahawa kerapuhan institusi keluarga adalah
berpunca daripada kejahilan sebahagian besar ibu bapa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka
terhadap keluarga. Kepincangan akhlak generasi muda dikatakan berpunca daripada kurangnya
kefahaman ketua keluarga (bapa) dan ibu terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang
longgar menyumbang kepada berlakunya masalah sosial dalam kalangan anak-anak. Antara faktor
keluarga yang lazimnya dikaitkan dengan tingkah laku negatif remaja ialah struktur keluarga, asuhan
ibu bapa ke atas anak, komunikasi antara ibu bapa dengan anak dan keterlibatan ibu bapa dalam
kegiatan salah laku.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
95
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Salah satu daripada masalah sosial dalam masyarakat hari ini ialah ketegangan hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak. Terdapat kaum bapa yang beranggapan pergaulan rapat antara
mereka dengan anak-anak boleh menyebabkan hilangnya perasaan hormat dan takut kepada bapa. Ini
sememangnya merupakan tanggapan yang salah kerana akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh
bapa semasa berkomunikasi merupakan satu bentuk pendidikan akhlak yang efektif. Mengikut teori
pembelajaran sosial, bapa adalah role model terbaik bagi anak-anak khasnya anak lelaki.

Kes-kes delinkuen juvana yang semakin berleluasa kini banyak dikaitkan dengan ibu bapa
yang tidak mempedulikan anak dan menjaga disiplin anak dengan baik. Kajian Fadhilah dan
Hamidah (2008) terhadap institusi keluarga dan masalah sosial remaja di Johor Darul Takzim
mendapati bahawa masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja disebabkan oleh faktor
persekitaran keluarga seperti persekitaran rumah yang tidak berkualiti, interaksi yang renggang
antara ibu bapa dan anak-anak, kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa yang sibuk
bekerja, suasana rumah yang kurang aman, sunyi dan membosankan serta konflik dan penceraian
antara ibu bapa. Ibu bapa atau ahli keluarga itu sendiri merupakan agen sosialisasi yang paling
penting dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Oleh itu, kawalan dan pengawasan keluarga
sangat penting dalam mencegah remaja daripada terlibat dengan salah laku sosial negatif.

Remaja yang bermasalah tidak harus dibiarkan sehingga mereka tenggelam dengan dunia
mereka sendiri. Kebanyakan remaja yang bermasalah akan dihantar ke pusat-pusat pemulihan.
Hubungan keluarga dengan remaja di pusat pemulihan adalah sangat penting dan akan memberi
kesan yang baik jika hubungan tersebut bersifat positif. Dalam satu kajian yang bertajuk ‘Hubungan
Remaja Dengan Keluarga Sebagai Pemangkin Proses Pemulihan: Satu Kajian Di Sekolah Tunas
Bakti’ yang telah dijalankan oleh Sayuti & Ying (2004) bertujuan meninjau persepsi remaja di
Sekolah Tunas Bakti terhadap perhubungan keluarga dalam membantu proses pemulihan. Mereka
menjelaskan bahawa pertemuan atau lawatan ibu bapa sangat penting bagi mengembalikan semula
semangat dan kasih sayang sesama juvana dan keluarga mereka. Lawatan keluarga merupakan salah
satu proses pemulihan yang dapat membantu juvana. Proses-proses pemulihan seperti pendidikan
agama dan moral, kaunseling dan bimbingan, latihan vokasional dan sebagainya diberikan supaya
mereka bersedia apabila kembali kepada keluarga dan masyarakat. Dalam menjayakan kelahiran
juvana yang baru, peranan keluarga dan masyarakat sangat penting untuk memberi sokongan.
Dengan ini, juvana bermasalah dapat mempertingkatkan keupayaan diri dan berjaya dalam kehidupan
mereka. Dalam kajian ini, sebanyak 88.1% berasa gembira apabila ibu atau bapa mereka datang
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
96
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

melawat. Hal ini jelas menunjukkan kehadiran ibu bapa datang melawat dapat menggembirakan hati
remaja yang berada di dalam proses pemulihan.

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal
dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial dan budaya kehidupan masyarakat. Kajian yang
telah dijalankan oleh Mohamad Abu Bakar (2010) merupakan satu tinjauan untuk mengkaji gejala
sosial dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di tiga kolej kediaman pelajar UTM.
Persoalan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh yang wujud dari ibu bapa dan rakan,
internet, didikan agama dan masa lapang bagi pelajar yang terjebak dengan gejala sosial. Reka
bentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan
menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Kajian mendapati pengaruh utama adalah
internet, manakala pengaruh ibu bapa dan rakan, didikan agama dan masa lapang juga mempengaruhi
pelajar tetapi tidak ketara. Oleh itu pengawalan penggunaan internet perlulah dilakukan terhadap
remaja untuk mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial/delinkuen.

Azizi Yahaya (2008) dalam kajiannya yang bertajuk Persekitaran Keluarga dan Kesannya
Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara ciri-ciri tingkah laku ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian dalam kalangan
pelajar remaja di Daerah Pontian, Johor. Seramai 210 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah
di Daerah Pontian telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Statistik deskriptif iaitu frekuensi
dan min digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson
digunakan untuk menganalisis hubungan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian
remaja.

Nur Fadhilah (2012) telah membuat satu kajian iaitu Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibu
Bapa Dengan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Ponteng. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk melihat hubungan antara gaya asuhan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
ponteng di sebuah sekolah di daerah Rantau Panjang, Kelantan. Muhammad Afiq Fikri (2012) telah
membuat kajian tentang Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Delinkuen
Pelajar Tingkatan 4 Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor. Tiga gaya asuhan yang
telah dilihat dalam kajian ini adalah autoritatif, autoritarian dan permisif. Kajian ini dijalankan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor. Seramai 97 orang pelajar
tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel. Alat ukur PAQ (Parental Authority Questionnaire)
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
97
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

telah digunakan untuk menentukan gaya asuhan ibu bapa yang diterima daripada responden dan Soal
Selidik Tingkah Laku Delinkuen yang digunakan untuk mengukur tahap tingkah laku delinkuen
pelajar. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan manakala ujian-t pula digunakan
untuk melihat perbezaan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara
gaya asuhan ibu bapa autoritatif dengan tingkah laku delinkuen dan tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara gaya asuhan ibu bapa autoritarian dengan tingkah laku delinkuen.

Syed Mohd Akram (2010) telah mengkaji tentang Tahap Kelangsangan Dalam Kalangan
Kanak-Kanak Dan Remaja Mangsa Perceraian Di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kajian tersebut
bertujuan untuk melihat kelangsangan kanak-kanak dan remaja mangsa perceraian berdasarkan
beberapa aspek demografi. Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah di daerah Sabak Bernam,
Selangor. Seramai 103 orang sampel terlibat dalam kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan 1,2 dan 4
yang mana terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki dan 58 orang pelajar perempuan sebagai
responden. Borang soal selidik The Aggression Questionnare digunakan bagi menguji tahap
kelangsangan. Kajian ini telah menguji hipotesis nul bagi mengenal pasti hubungan yang signifikan
antara min kelangsangan kanak-kanak dan remaja 29 mangsa perceraian berdasarkan faktor
demografi. Hasil kajian mendapati bahawa anak-anak mangsa perceraian berada pada tahap
kelangsangan yang sederhana. Data yang dianalisis menggunakan ujian-t mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara min kelangsangan kanak-kanak dan remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor demografi yang dikaji.

Banyak sekali kajian-kajian yang telah dilakukan di Malaysia mengenai tingkah laku devian
dan delinkuen dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hampir kesemuanya menyatakan bahawa
faktor-faktor pendorong remaja dan pelajar-pelajar sekolah terjebak dengan masalah devian/
delinkuen ialah latar belakang keluarga dan faktor persekitaran. Ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting dalam mendidik dan mengawalselia anak-anak sepanjang masa, terutama anak-anak
yang telah hampir dewasa. Pengabaian dalam tanggungjawab mendidik, mengawalselia, memberi
perhatian dan berinteraksi dengan anak-anak menyebabkan mereka mencari alternatif lain untuk
menjadi tempat meluahkan perasaan dan diterima sebagai ahli kumpulan. Dengan itu wujudlah sub-
budaya mereka sendiri bagi memenuhkan keperluan emosi masing-masing. Mereka mencari cara lain
untuk mendapat perhatian, hiburan dan kegembiraan. Akhirnya mereka terlibat dengan gejala sosial
dan tingkah laku devian dan delinkuen.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


98
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual
tidak berstruktur sebagai cara mengumpul maklumat/data. Kaedah ini dikatakan sebagai, a valid form
of inquiry to explore a broad scope of complex issues, particularly when human behavior and social
interactions are central to understanding topics of interest’ (Yin, 2014). Menurut Creswell (2014)
kaedah ini amat sesuai bagi kajian yang berbentuk eksploratori – di mana penyelidik ingin mencari
maklumat yang dia sendiri belum ada jawapan atau celik akal melainkan setelah diceritakan oleh
responden sendiri. Creswell (2014) menerangkan: ‘Case study research is consistently described as a
versatile form of qualitative inquiry most suitable for a comprehensive, holistic, and in-depth
investigation of a complex issue’ (dalam Harrison et al., 2017).

Seramai tiga orang responden dikenalpasti dari sebuah sekolah menengah di bandaraya
Kuala Lumpur. Ketiga-tiga responden ini, dua perempuan dan seorang laki-laki telah dilaporkan
mempunyai masalah tingkah laku (pihak sekolah tidak ingin menyatakan bahawa mereka terlibat
dalam gejala devian atau delinkuen). Temu bual dijalankan beberapa kali untuk mengenalpasti
masalah-masalah yang menyebabkan mereka terlibat dalam gejala sosial tersebut.

Sekolah yang menjadi lokasi kajian ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang
dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada 2010 dan Sekolah Kluster Cemerlang
pada 2015 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di Jalan Kampung Pandan Kuala
Lumpur, di tengah-tengah bandaraya terbesar yang sibuk di Malaysia. Sekolah ini menawarkan
pendidikan menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Ia merupakan sekolah pintar (smart
school) pertama yang menggunakan Open Source Softwere dan ia juga sekolah kebangsaan yang
pertama menawarkan pembelajaran bahasa Perancis kepada semua pelajarnya. Sekolah ini adalah
sekolah yang terkemuka dan mempunyai reputasi yang sangat tinggi dalam negara.

DAPATAN KAJIAN

Kes 1 (Responden A)
Jantina : Perempuan
Umur : 16 tahun
Pekerjaan Bapa : Pensyarah
Pekerjaan Ibu : Peguam
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
99
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Bilangan Adik Beradik : Anak Sulung dari 5 beradik


Masalah tingkah laku: Merokok, menghisap dadah, pelanggan tetap kelab malam.

Pengakuan responden A
“Saya merupakan anak kepada pasangan Dato’ Seri dan Datin Seri. Saya terjebak dalam gejala ini
kerana seorang lelaki yang saya gelarkannya, Nabil. Nabil rakan sekelas saya. Dia sudah berjinak-
jinak dalam najis dadah ini selama 2 tahun. Disebabkan sayang kepadanya, saya terpengaruh dan
menurut segala permintaannya untuk terjebak sekali dalam kegiatan tidak bermoral ini. Di awal
perkenalan, Nabil mengajar saya untuk merokok. Lama-kelamaan, dia mengajar saya mengambil
dadah. Pada awalnya, saya tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membeli dadah ini
kerana Nabil sentiasa memberinya secara percuma. Namun, ekoran ketagihan yang melampau, saya
terpaksa menggunakan duit poket saya untuk membeli bekalan dadah ini. Saya tidak mempunyai
sebarang masalah untuk mendapatkan stok dadah kerana Nabil dan kawan-kawannya merupakan
seorang pengedar dadah. Lazimnya, kami akan mengambil dadah di taman permainan di belakang
sekolah ketika solat Jumaat dan di waktu petang selepas PdP di sekolah. Saya akan menipu
pemandu saya dengan mengatakan saya terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan
terpaksa pulang lewat, walhal saya akan mengikuti Nabil dan rakan-rakan lain untuk melepaskan
gian kami bersama-sama. Kebiasaannya, salah seorang daripada kumpulan kami tidak akan
mengambil dadah, kerana jika semua khayal siapa yang akan membawa kami pulang ke sekolah.
Kelab malam adalah tempat kebiasaan untuk saya melepak bersama-sama kawan-kawan saya. Saya
akan bersama-sama makcik saya untuk ke kelab malam tanpa pengetahuan ibu bapa saya. Malang
tidak berbau kerana, ibu bapa saya mula mengesyaki perubahan pada diri saya - saya lebih suka
mengurung diri di dalam bilik untuk melakukan kegiatan tidak bermoral ini, apabila keadaan tidak
membenarkan saya keluar dari rumah, terutama apabila mak saya ada di rumah. Setelah
melepaskan gian, saya akan tidur tanpa sedarkan diri lebih dari 12 jam. Saya tidak turun untuk
bergaul dan meluangkan masa bersama-sama ibu bapa dan ahli keluarga saya yang lain. Perubahan
yang ketara ini menyebabkan ibu bapa saya merasa curiga dan mereka telah membuat pemeriksaan
di dalam bilik saya secara mengejut. Saya pasti mereka telah terjumpa kesemua bahan bukti yang
jelas membuktikan saya mengambil dadah dan seorang penagih dadah. Kesedihan dan kekecewaan
mereka telah membuatkan saya rasa bersalah dan ingin berhenti dari meneruskan semua ini.
Tambahan pula, saya merupakan anak sulung dan perempuan yang sewajarnya memberikan contoh
kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa saya telah membawa saya berjumpa dengan doktor pakar
bagi merawat dan membantu saya untuk meninggalkan segala kerja haram yang saya lakukan
selama ini. Saya juga telah diberikan kaunseling oleh pakar kaunseling yang dibayar oleh kedua ibu
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
100
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

bapa saya. Saya menyesal kerana disebabkan pujukan manja seorang lelaki, saya telah merosakan
masa depan diri sendiri dan harapan ayah ibu saya.”

Kes 2 (Responden B)
Jantina : Lelaki
Umur : 16 tahun
Pekerjaan Bapa : Pemandu teksi
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
Bilangan Adik Beradik : Anak sulung dari 8 beradik
Masalah tingkah laku: Mengedar dadah, menghisap dadah, mencuri

Pengakuan Responden B
“Saya berjaya masuk ke sekolah ini kerana Cikgu Rosna (nama samaran) yang membantu saya
ekoran saya seorang pelajar handal bermain hoki. Kalau nak dibandingkan dengan keputusan
peperiksaan saya ketika UPSR, saya tidak layak untuk belajar di sekolah ini. Namun begitu, saya
bukan sahaja menconteng arang ke muka ibu bapa saya malah pada muka Cikgu Rosna yang banyak
membantu saya. Saya berjinak-jinak dengan dadah kerana saya malu akan diri saya dan keluarga
saya yang miskin. Kebanyakan kawan-kawan saya adalah anak orang kaya. Jadi, saya mengambil
jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan mengedar dadah. Saya menjual dadah dengan harga
RM5.00 untuk satu paket kecil. Saya juga mengambil dadah untuk mendapatkan tenaga ketika
bermain hoki. Pada tahun 2016, saya pernah dipukul oleh guru disiplin kerana mencuri wang kawan
sekelas saya. Namun begitu, guru tersebut telah dilucutkan jawatan dari Lembaga Disiplin Sekolah.
Perbuatan saya telah terbongkar ekoran kawan saya telah memecahkan rahsia. Nasi sudah menjadi
bubur. Saya sangat malu, tetapi tiada apa lagi yang saya boleh buat. Setiap hari saya akan
membawa bekalan dadah dan saya akan letakkan bekalan tersebut di pondok pengawal tanpa
disyaki oleh sesiapa kerana saya sangat rapat dan ramah dengan semua orang. Satu hari, pihak
lembaga sekolah membuat pemeriksaan mengejut. Bekalan dadah saya yang bersaiz 5cm x 1.25cm
telah dijumpai oleh mereka. Saya tidak mampu melarikan diri kerana banyak bukti yang
menunjukkan bahawa dadah itu adalah kepunyaan saya. Kini, saya menanti untuk menerima
hukuman dari pihak sekolah.”

Kes 3 (Responden C)
Jantina : Perempuan
Umur : 17 tahun
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
101
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pekerjaan Bapa : Ahli perniagaan


Pekerjaan Ibu : Ahli perniagaan
Bilangan Adik Beradik : Anak tunggal
Masalah Tingkah laku: Melakukan hubungan seksual, menghisap vape, merokok, minum arak.

Pengakuan Responden C
“Saya merupakan pelajar Tingkatan 5 di sekolah ini. Guru disiplin dapat menjejak kegiatan buruk
saya melalui kawan-kawan yang lain. Saya mengaku saya merupakan anak orang kaya sehingga
saya tidak pernah merasa hidup susah. Saya akan mendapat apa sahaja yang saya inginkan. Setiap
hari lepas sekolah, saya akan meluangkan masa bersama-sama teman lelaki dan kawan yang lain
untuk ke kelab dan pusat membeli belah. Setiap hari saya akan melakukan hubungan seks bersama
teman lelaki saya dengan menggunakan alat pencegah kehamilan. Saya juga menghisap rokok dan
vape. Saya sedar perbuatan saya ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pencapaian
akademik saya. Ekoran saya kerap melepak ketika malam, siang hari di sekolah saya kerap tidur dan
tidak mampu untuk memberi tumpuan dalam kelas. Saya juga sedar ingatan saya kian luntur kerana
mengambil bahan-bahan kimia ini. Saya juga kerap mabuk. Ibu bapa saya tidak pernah
mempedulikan saya kerana mereka berdua sibuk mengendalikan perniagaan mereka hingga ke luar
Negara. Saya kerap ditinggalkan keseorangan bersama-sama pembantu rumah saya. Saya mula
sedar, sikap saya ini tidak mendatangkan apa-apa faedah. Saya takut kerana peperiksaan SPM
semakin dekat. Saya ingin berubah. Tapi tiada siapa yang membantu saya. Saya takut untuk
meluahkan perasaan dan masalah saya secara jujur pada kedua ibu bapa saya kerana khuatir
mereka akan kecewa dengan sikap saya.”

PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa orang pelajar dari sekolah berprestasi tinggi ini yang
mempunyai masalah tingkah laku devian dan delinkuen. Masalah tingkah laku devian ini perlu
dipandang serius kerana tingkah laku tersebut boleh menjadi barah jika tidak dibendung. Tiga orang
responden yang telah di temubual oleh pengkaji dalam kajian ringkas ini menunjukkan terdapat
segelintir pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku devian yang agak serius. Ketiga-tiga
responden ini sering melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, merokok dan banyak lagi
aktiviti devian yang tidak bermoral dilakukan di luar waktu sekolah. Malah, dua daripada tiga orang
responden tersebut terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah – ini adalah
kesalahan jenayah yang boleh disabitkan di bawah undang-undang negara.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


102
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kajian ini turut mendapati latar belakang sosioekonomi keluarga bukan penyebab utama
remaja melakukan devian, walaupun responden B menyatakan pada awalnya dia ‘mengedar dadah’
kerana ingin mempunyai wang seperti pelajar-pelajar lain yang datang dari keluarga yang kaya.
Namun, remaja dari keluarga yang kaya juga terbabit dengan tingkah laku devian dan mereka ini
melakukannya kerana tidak pengawalan dari ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka terlalu mengejar
kebendaan dan mengabaikan keperluan emosi anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak terlibat
dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang teruk.

Menurut teori pembelajaran sosial, perasaan, pemikiran dan kepercayaan merupakan perkara
yang boleh dipelajari. Melalui pendekatan teladan (role modeling), tingkah laku boleh dibentuk
melalui pemerhatian dan penerimaan oleh orang yang berotoriti seperti ibu bapa atau pihak sekolah.
Oleh itu, untuk membentuk tingkah laku remaja adalah dengan cara menyelami perasaan dan
pemikiran mereka melalui unsur-unsur nasihat, didikan dan perbincangan. Dengan memahami jiwa
remaja yang bermasalah disiplin, perubahan tingkah laku dapat dihasilkan. Remaja ini perlu diberi
kesedaran mengenai akibat dan implikasi dari perbuatan mereka terhadap masa hadapan diri mereka,
keluarga dan kewajipan mereka terhadap sekolah. Pelanggaran disiplin sekolah dan tingkah laku
devian boleh dihindari jika semua pihak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing
terhadap remaja/kanak-kanak di bawah jagan mereka. Isu ini harus ditangani dengan baik tanpa
menggugat perasaan remaja yang terlibat – dengan itu dapat membentuk semula tingkah laku mereka
untuk menjadi baik. Semua remaja ini secara semulajadi mempunyai asas yang suci, mereka sendiri
faham dan tahu mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga mereka –
iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, namun oleh kerana tarikan dan desakan persekitaran,
mereka kerap tersasar. Ibu bapa perlulah sentiasa mendampingi anak-anak untuk mengetahui
kegiatan dan keperluan emosi mereka, jika ibu bapa gagal memenuhi keperluan ini, maka anak-anak
akan mencarinya daripada sumber-sumber lain. Dengan beranggapan semua tingkah laku boleh
dipelajari, para pendidik berperanan penting untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah
tingkah laku untuk membina tingkah laku yang positif.

Pakar psikologi tingkah laku percaya tingkah laku bermasalah adalah akibat daripada pelajar
tidak selesa dengan peraturan dan undang-undang dalam mengawal tingkah laku (Jas Laile Suzana
Jaafar (2002, 2012). Dalam minda pelajar telah sedia wujud perasaan iaitu guru atau pengetua
sekolah mesti menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dan mereka harus patuh kepada
undang-undang yang telah ditetapkan. Di samping itu, terdapat tanggapan pelajar iaitu mereka mesti
mendapat markah sebaik mungkin agar diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya. Kesannya pelajar akan
menghukum diri sendiri terlebih dahulu dengan menyatakan bahawa dia seorang pelajar yang nakal,
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
103
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

malas, tidak pandai dan pelbagai sifat negatif yang menyebabkan pelajar tersebut enggan berubah
disebabkan kepercayaan bahawa sifat tersebut akan terus kekal dalam diri mereka. Keadaan ini
dinamakan ‘self-fulfilling prophecy’. Di sinilah para pendidik perlu memainkan peranan dengan
mengenali pelajar dengan lebih dekat agar masalah pelajar dapat diketahui. Suatu diagnosis perlu
dilakukan agar para pendidik tahu sifat negatif yang bersarang dalam minda pelajar supaya ia dapat
dirungkaikan.

Pandangan pendokong teori psikologi sosial dan tingkah laku percaya semua manusia
dilahirkan bersih, suci dalam keadaan ‘kosong’. Apa yang terjadi kepada manusia adalah hasil
pembentukan tingkah laku yang telah dibentuk oleh asakan persekitaran. Pembentukan personaliti
individu adalah kesan daripada pembelajaran melalui pelbagai pengalaman yang dilalui. Menurut
Albert Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial, individu akan mengamalkan apa yang dilihat
sebagai tingkah laku yang perlu diamalkan. Sekiranya berterusan, tingkah laku tersebut akan kekal
dalam diri individu itu. Tingkah laku remaja boleh dilihat daripada sudut pendekatan tingkah laku.
Dalam konteks kajian ini, responden iaitu remaja datang daripada pelbagai pengalaman hidup.
Remaja ini telah menjadikan individu-individu lain sebagai model tanpa mereka sedari. Maka
wujudlah pelbagai tingkah laku yang menimbulkan pelbagai masalah disiplin.

Tingkah laku remaja yang bermasalah juga dapat dikaitkan dengan teori ikatan sosial atau
social bond theory oleh Hirschi. Teori ini boleh digunakan untuk menerangkan mengapa dua
daripada tiga orang responden yang dikaji, iaitu responden A dan C, melakukan masalah devian –
kerana tiada hubungan atau kerapatan dengan ibu bapa, disebabkan ibu bapa terlalu sibuk. Demikian
juga teori ini telah dapat menerangkan bahawa komitmen dan penglibatan ibu bapa dalam hal ehwal
anak-anak, jika diabaikan akan mengakibatkan kesan yang buruk – sehingga menyebabkan tingkah
laku delinkuen yang tidak sepatutnya berlaku. Namun, di akhir kajian ini, ketiga-tiga orang
responden telah menyesal di atas perbuatan mereka dan sedar kesan buruk terhadap masa depan dan
pendidikan mereka disebabkan keterlanjuran tingkah laku yang mereka lakukan. Mereka ingin
kembali memperbaiki diri mereka sendiri.

IMPLIKASI

Dapatan kajian yang telah dipersembahkan dan disokong dengan beberapa teori pembentukan
tingkah laku mempunyai beberapa implikasi: pertama, kepada golongan pendidik iaitu guru-guru di
sekolah - para pendidik boleh membantu pelajar membentuk tingkah laku positif yang dapat diterima
oleh masyarakat. Para guru dan kaunselor sekolah harus sentiasa memantau pelajar yang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


104
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menunjukkan perubahan tingkah laku dan penurunan pencapaian dalam pembelajaran. Mereka perlu
sentiasa peka dan sensitif terhadap pelajar-pelajar melalui rekod pencapaian dan pelanggaran disiplin
sekolah – berkemungkinan ada masalah lebih besar disebalik maklumat yang tercatat dalam buku-
buku rekod tersebut yang perlu diselidiki dan dipantau. Tugas pendidik bukan sekadar ingin
memenuhi hasrat ibu bapa daripada aspek akademik semata-semata tetapi yang lebih penting adalah
untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan
jasmani. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua, implikasi kepada
ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja. Pembentukan tingkah laku negatif wujud tanpa
kesedaran remaja itu sendiri. Mereka mungkin beranggapan nilai dan world view mereka adalah sama
dengan orang disekeliling mereka. Dengan adanya kajian ini, diharapkan ibu bapa sedar bahawa
tanpa bimbingan, remaja tidak akan sedar nilai dan world view mereka kadangkala adalah
bertentangan dan tidak selari dengan kehendak masyarakat. Remaja perlu dibantu untuk membaiki
tingkah laku mereka kerana mereka merupakan modal insan yang perlu digilap dan diasuh agar
menjadi aset yang berguna kepada negara. Ketiga, implikasi kepada pihak kerajaan mahupun
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar dapat mengorak langkah dengan mengadakan
pelbagai program seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara dan lain-lain bagi mencari
jalan untuk mendekati golongan remaja agar mereka dapat difahami dan dibantu.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini hanya mengkaji tentang masalah-masalah tingkah laku yang wujud dalam kalangan
pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Kuala Lumpur. Walaupun kajian ini telah
merumuskan beberapa dapatan yang menarik, namun ia tidak dapat menggambarkan situasi sebenar
tingkah laku remaja secara menyeluruh. Ini disebabkan bilangan responden kajian ini yang kecil dan
hanya berfokus kepada sebuah sekolah sahaja.

Oleh itu, dicadangkan supaya kajian ini dapat dijalankan secara meluas dan meliputi lebih
banyak sekolah yang ada di negara ini khususnya sekolah-sekolah yang terletak di bandar-bandar
besar dan melibatkan lebih ramai responden. Disamping itu, dicadangkan agar kajian akan datang
memfokuskan kepada persoalan atau masalah berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada
masalah tingkah laku devian pelajar. Ini bermatlamat untuk mengetahui punca sebenar yang
menyebabkan pelajar terjebak dengan gejala devian dan delinkuen. Maklumat yang diperolehi kelak
dapat digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi
mengatasi dan mengurangkan gejala sosial yang boleh merosakkan bangsa dan masa hadapan negara.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
105
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kajian yang menggunakan kaedah-kaedah lain seperti gabungan kaedah kuantitatif dan
kualitatif juga boleh dijalankan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian, demi memperoleh
keputusan yang lebih tepat.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa tiga orang responden pelajar di sekolah menengah
dalam kajian ini mempunyai masalah dalam tingkah laku devian/delinkuen yang boleh dianggap
serius dan merbahaya. Di antara masalah yang dikenalpasti ialah mengedar dadah, mengambil dadah,
mencuri, melakukan hubungan seks bebas, merokok, melepak di kelab malam dan mabuk. Masalah-
masalah yang dihadapi oleh responden adalah disebabkan gaya hidup bandar yang terlalu kebendaan.
Ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa untuk bersama dengan anak-anak setiap hari. Anak-anak dari
keluarga yang kaya ini mempunyai semua yang wang boleh beli, cuma yang tidak ada ialah kasih
sayang dan perhatian ibu bapa serta didikan agama. Keadaan hidup yang mewah tidak menjamin
anak-anak merasa kehidupan yang sejahtera. Jiwa mereka kosong dan emosi mereka celaru oleh
desakan rakan-rakan dan gaya hidup songsang. Mereka tiada tempat untuk meluahkan isi hati dan
masalah. Sebagai remaja, mereka sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan konflik dalam diri
mereka sehingga mengakibatkan mereka bertingkah laku sedemikian. Masalah-masalah tingkah laku
devian remaja ini harus dibendung dari awal kerana dari masalah yang kecil inilah gejala-gejala
sosial yang lebih serius seperti penagihan dadah, merogol, meminum arak, merompak dan
membunuh berlaku. Hal ini jika dibiarkan berlarutan akan mengakibatkan gejala sosial remaja sukar
dibendung dan ahirnya memberi kesan negatif kepada negara ini. Oleh kerana masalah berkaitan
remaja ini sangat serius dan besar skopnya, maka ia bukanlah tugas para pendidik sahaja untuk
menanganinya. Para ibu bapa sendiri perlu campur tangan dan mengambil tahu masalah ini agar
dapat menghalang punca-punca permasalahan itu di peringkat awal lagi. Jika wujud kerjasama
sebegini barulah masa depan anak-anak remaja akan lebih terjamin.

Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat


dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Cara didikan dan asuhan dirumah mempunyai
perkaitan yang rapat dengan masalah devian yang timbul. Sikap ibu bapa dapat mempengaruhi boleh
telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar
kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Di samping itu terdapat
banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam perlakuan devian. Antaranya
ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet
1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
106
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid.
Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam
pembentukan disiplin murid-murid.

RUJUKAN

Azizi Yahaya (2008). Pembentukan Personaliti Remaja. Universiti Teknologi Malaysia

Curtis, A. C. (2015). Defining Adolescence. Journal of Adolescent and Family Health: Vol. 7 (2),
Article 2. Available at: http://scholar.utc.edu/jafh/vol7/iss2/2

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches
(4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Fadhilah dan Hamidah (2008) (tidak diterbitkan).

Flett G. L. (2008). Personality Theory & Research: an International Perspective. Mississauga,


Ontario: John Wiley and Sons.

Goode, E.(1994; 2014). Deviant Behavior (10th ed). Milton Park, Abingdon: Routledge Taylor &
Francis Group.

Harrison, H., Birks, M., Franklin, R. & Mills, J. (2017). Case Study Research: Foundations and
Methodological Orientations. Forum: Qualitative Social Research. Volume 18, No.1, Art.19.
January 2017.

Hirschi, T. (1969). Causes of delinquency. Berkeley: University of California Press.

Jas Laile Suzana Jaafar (2012). Psikologi Remaja Dan Masalah-Masalah Psikososial. Selangor:
Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mahmood Nazar Muhammad (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn Bhd.

Maizatul Akmam Abu Bakar (2007). Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya
Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Tesis Sarjana Psikologi
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Abu Bakar (2010) (tidak diterbitkan).

Muhammad Afiq Fikri (2012) (tidak diterbitkan).

Mumtaj Begum (2003) (tidak diterbitkan).

Nor Azri (2002) (tidak diterbitkan).

Norrulzeyati Che Mohd Nasir (2016). Aspek-Aspek Keluarga dan Penglibatan Remaja Perempuan
dalam Tingkah Laku Delinkuensi. Geografi, Vol.4, No.(2), ms. 54-64 Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris: ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
107
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Nur Fadhilah (2012) (tidak diterbitkan).

Robi’atun Nur (2002) (tidak diterbitkan).

Sayuti, Rusimah and Kang, Chiu Ying (2004) Hubungan remaja dengan keluarga sebagai pemangkin
proses pemulihan: Satu kajian di Sekolah Tunas Bakti. Kertas kerja Seminar Pembangunan
Keluarga Kebangsaan 2004, Cabaran Institusi Keluarga Menempuh Alaf Baru, 29-30 Mei
2004, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Siti Sarawati Johar, Fauziah Ani, Shamsaadal Sholeh Saad, Zahrul Akmal Damin, Shahidah Hamzah,
Harliana Halim, Md. Akbal Abdullah, Ku Hasnan Ku Halim (2017). Tingkah Laku Devian
dan Perlakuan Jenayah: Cabaran Kecenderungan Negatif di Sebalik Kehidupan Masa Lalu
dan Kini. E-Prosiding PASAK 2 - Jilid 3: Subtema Sosio Budaya, Sosiologi dan Kenegaraan

Syed Mohd Akram (2010) (tidak diterbitkan).

Wan Hassan Embong dan Siti Norlina Muhamad (2004) Kesedaran terhadap peranan bapa kepada
anggota keluarga mempengaruhi gejala keruntuhan akhlak remaja. Universiti Teknologi
Malaysia.

Yin. R.K (2014). Case Study Research Design and Methods (5th ed.) . Thousand Oaks, CA: Sage.
282 pages. (ISBN 978-1-4522-4256-9) .

Laman web yang dirujuk:


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/17/pelajar-15-sekolah-di-kedah-
dikenal-pasti-terlibat-dadah/

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid3
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/jumlah-pelajar-sekolah-menengah-terlibat-dadah-semakin-
meningkat-aadk-1.325997
https://terengganutimes.com/10-pelajar-mrsm-terlibat-buli-dibuang-sekolah
https://www.bharian.com.my/node/155043

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


108
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

PENGABAIAN IBU BAPA DALAM KESELAMATAN KANAK-KANAK


DI JALAN RAYA

Nur Hafezah Md. Nor, Wan Nur Ainna Waheda Rozali


Nur Syahidah Azizan dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Di Malaysia, menurut statistik Polis DiRaja Malaysia sehingga bulan April, 2017, 73% daripada
kemalangan jalan raya yang melibatkan kemalangan maut dalam kalangan kanak-kanak adalah
berpunca daripada pengabaian ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan raya. 42.8%
daripada mereka berusia di antara satu hingga empat tahun, dan 30.2% berusia antara lima hingga
sembilan tahun. Kertas kerja ini bertujuan membentangkan hasil sebuah kajian kes yang dijalankan
di Tanjung Malim terhadap dua orang remaja yang melakukan kesalahan lalu lintas, iaitu
menunggang motosikal bawah umur tanpa lesen, dan menunggang basikal tanpa menggunakan alat-
alat keselamatan diri yang ditetapkan. Kebiasaannya, kemalangan yang berlaku pada kanak-kanak
adalah akibat daripada sikap ibu bapa yang mengambil mudah tentang keselamatan anak-anak
mereka semasa di jalan raya seperti tidak memakai topi keledar, tidak memasang tali topi keledar
dengan betul, tidak memasang tali pinggang keledar kepada anak-anak semasa di dalam kereta,
tidak menggunakan carseat untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah dan sebagainya. Kes-
kes yang dikaji ini telah dikenal pasti selepas penyelidik membuat pemerhatian di sebuah jalan raya
di Tanjung Malim pada waktu kanak-kanak pergi dan pulang dari sekolah. Kajian kes ini dijalankan
secara temubual dengan dua orang responden kanak-kanak (remaja) dan dua orang ibu bapa yang
didapati melakukan kesalahan jalan raya, iaitu tidak memakaikan topi kaledar kepada anak yang
membonceng dan juga melanggar lampu isyarat di sebuah persimpangan jalan di Tanjung Malim.
Berdasarkan kes-kes yang dikaji tersebut, didapati ibu bapa sendiri kurang mengambil berat
mengenai keselamatan di jalan raya dan suka melanggar peraturan jalan raya tanpa memikirkan
akibat buruk yang mungkin berlaku kepada anak-anak mereka disebabkan kecuaian tersebut. Dalam
hal ini, persoalan yang ingin ditimbulkan ialah wajarkah ibu bapa disabitkan dengan kesalahan
mengabaikan keselamatan kanak-kanak semasa di jalan raya dan wajarkah mereka diberi hukuman
setimpal jika berlaku kemalangan terhadap anak-anak mereka di atas kelalaian mereka sendiri.

Kata kunci: keselamatan jalan raya, kemalangan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak, pendidikan
keselamatan jalan raya, pendidikan awal kanak-kanak, dilema kanak-kanak.

PENGENALAN

Pada tahun 2016, Malaysia mencatatkan sebanyak 521,466 kemalangan jalan raya, melebihi setengah
juta orang dengan bilangan kematian sebanyak 7,152 orang (Traffic Branch Bukit Aman, dalam BH
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
109
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Online April, 23, 2017). Ini merupakan peningkatan sebanyak 6.48% berbanding tahun 2015 dan
kerugian ekonomi yang ditanggung dianggarkan melebihi RM8 bilion. Lebih kurang 19 kematian
sehari dalam kemalangan jalan raya. Statistik sebegini amat membimbangkan semua pihak. Daripada
statistik tahun 2015, di mana sebanyak 6,706 kematian berlaku, majoritinya melibatkan penunggang
motosikal dengan jumlah 3,816 kematian, pembonceng motosikal sebanyak 387 kematian, dan
selebihnya, 11,550 melibatkan kecederaan. Semua ini adalah disebabkan faktor kecuaian manusia
(BH online, 7 November 2016).

Mengikut rekod tersebut, individu yang berumur di antara 16 hingga 20 tahun mencatatkan
jumlah kematian tertinggi iaitu 934 kes. Jalan luar bandar didakwa sebagai kawasan kemalangan
tertinggi iaitu 3,731 kemalangan, diikuti dengan kawasan bandar (1,277), pekan kecil (827) dan
bandar besar (408). Laporan Statistik Kemalangan Jalanraya 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan juga mendedahkan seramai 249 penunggang
tanpa lesen berusia antara 11 hingga 15 tahun terbunuh, sementara 229 orang mengalami kecederaan
serius dan 427 kes kecederaan ringan. Laporan tersebut mendedahkan statistik kemalangan maut
melibatkan motosikal bagi penunggang dan pembonceng yang turut melibatkan bayi ialah sebanyak
1,235 kematian pada 2015; ini bermakna 3.4 orang kanak-kanak mati dalam kemalangan jalan raya
setiap hari. Menurut WHO (2015), motorsikal merupakan punca utama kematian dan morbiditi yang
melibatkan remaja di Asia Tenggara.

Kadar kemalangan penunggang motosikal secara tidak sah dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja paling ketara meningkat, terutama di kawasan luar bandar berbanding pada tahun 2014 (BH
online, 7 November 2016). Statistik PDRM menunjukkan seramai 1,295 penunggang dan 108
pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan tidak mengggunakan topi keledar (helmet).
Masa paling kerap berlaku kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal adalah antara pukul
8.00 malam hingga 10.00 malam melibatkan 500 kematian, sementara dari jam 6.00 malam hingga
8.00 malam melibatkan 470 kematian. Pecahan dari segi kaum menyaksikan 2,509 kematian bagi
penunggang Melayu, diikuti 513 orang berbangsa India, 473 orang berbangsa Cina dan 236 warga
asing. Kebanyakan kemalangan maut berlaku di kawasan luar bandar, melibatkan 2,193 mangsa,
diikuti di kawasan bandar dengan 801 kematian, pekan kecil dengan 572 kematian dan bandar-bandar
besar dengan 250 kematian. Data lengkap kemalangan jalan raya di Malaysia dari 1997 hingga 2016
diberikan dalam Lampiran 1.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


110
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

PENYATAAN MASALAH

Statistik Polis DiRaja Malaysia sehingga April 2017, menunjukkan terdapat 73 orang kanak-kanak
terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya; 42.8% daripadanya ialah kanak-kanak, berumur
antara umur satu hingga empat tahun, dan 30.2% berusia antara lima hingga sembilan tahun (PDRM,
April, 23, 2017). Terdapat pelbagai laporan yang menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya yang
melibatkan kanak-kanak adalah disebabkan kelalaian/kecuaian ibu bapa memastikan keselamatan
anak-anak mereka sama ada semasa di dalam kenderaan, atau semasa menunggang motosikal untuk
ke sekolah atau ke tempat-tempat lain (misalnya ke kedai, atau ke surau/mesjid dsb) atau semasa di
rumah. Pengabaian juga berlaku apabila ibu bapa tidak menyelia anak-anak yang menunggang
motosikal atau basikal ke sekolah atau semasa berekreasi. Contohnya kemalangan jalanraya yang
melibatkan sekumpulan 20-30 orang remaja yang menunggang basikal berlaku pada jam 3 pagi di
Johor pada 18/2/2017 yang melibatkan 8 remaja maut dan 8 cedera parah (Bernama, 18 Februari,
2017). Menurut laporan tersebut, ibu bapa kurang memberi perhatian dan menyelia keselamatan
anak-anak di jalan raya. Pihak polis juga dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu
bapa dan penjaga di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana membiarkan anak-anak mereka
tanpa pengawasan di jalan raya. Kejadian-kejadian seumpama itu dilihat sangat membimbangkan di
negara ini memandangkan setiap hari ada sahaja kes-kes kemalangan berlaku seolah-olah tiada
kaedah atau undang-undang yang mampu menangani kes berkenaan sehinggakan golongan kanak-
kanak dilihat tidak mendapat pembelaan.

Mungkin tindakan ibu bapa meninggalkan anak di dalam kereta untuk seketika, tidak
memakaikan anak dengan topi keledar ketika menunggang motosikal, memandu sambil meriba anak,
menyuruh anak kecil menjaga adik yang masih bayi di tempat duduk belakang atau anak-anak tidak
dipakaikan tali pinggang keledar semasa di dalam kereta dilihat sebagai perkara kecil dan
remeh. Namun disebabkan kecuaian inilah akhirnya membawa kepada kematian kanak-kanak apabila
berlaku kemalangan. Menurut pandangan seorang pakar psikologi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia, “Kemalangan dalam kalangan kanak-kanak berlaku atas banyak faktor tetapi paling
merugikan adalah disebabkan kecuaian ibu bapa kerana berpunca daripada kekurangan ilmu. Ibu
bapa di negara ini masih kurang kesedaran dan tidak memberi perhatian serius kepada keselamatan
kanak-kanak di jalan raya.” (Utusan Melayu, 2015).

Dalam pemerhatian pengkaji sendiri setiap kali memandu di beberapa jalan raya di sekitar
Tanjung Malim, didapati pengabaian keselamatan jalan raya di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
111
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sangat benar dan berlaku dengan berleluasa. Ibu bapa seolah-olah menganggap langkah keselamatan
jalan raya adalah perkara remeh dan tidak dimasukkan dalam senarai rutin harian mereka. Mereka
juga tidak mengendahkan keselamatan kanak-kanak yang ada bersama mereka baik di dalam kereta
atau membonceng motosikal yang mereka pandu. Disebabkan isu ini begitu menonjol, maka pengkaji
mengambil keputusan untuk menjalankan sebuah kajian kes yang melibatkan pelanggaran undang-
undang jalan raya yang dilakukan oleh kanak-kanak sekolah dan ibu bapa di sekitar Tanjung Malim,
Perak.

OJEKTIF KAJIAN

Dua objektif kajian dikemukakan iaitu:


1. mengenalpasti jenis pengabaian ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan raya.
2. mengenalpasti sejauhmana kefahaman ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan
raya mengikut peraturan dan undang jalan raya negara ini.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif di atas, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Apakah jenis pengabaian oleh ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan raya?
2. Sejauhmanakah kefahaman ibu bapa terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan raya
mengikut peraturan dan undang jalan raya di negara ini?

TINJAUAN LITERATUR

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis pengabaian oleh ibu bapa berlaku pada kanak-kanak dalam
pelbagai aspek seperti fizikal, emosi, pendidikan dan perubatan. Pengabaian bermakna kegagalan
yang berterusan untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan ini adalah bentuk pengabaian yang
paling biasa berlaku terhadap kanak-kanak (Horwath, 2007). Kanak-kanak mungkin dibiarkan lapar
atau kotor, tanpa pakaian yang mencukupi, tempat tinggal, tanpa penyeliaan, tiada diberi rawatan
perubatan atau penjagaan keselamatan. Kanak-kanak dibiarkan mengalami situasi bahaya tanpa
dilindungi daripada kemungkinan berlaku kecederaan fizikal atau emosi di sebabkan oleh pengabaian
ibu bapa mereka. Pengabaian adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecelakaan terhadap kanak-
kanak, mungkin kesannya akan mengambil tempoh masa yang lama untuk ‘sembuh’, misalnya

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


112
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kemalangan di jalan raya yang melibatkan kanak-kanak sehingga ada yang lumpuh atau menjadi
warga kurang upaya sepanjang hayat.

Kajian-kajian lepas telah membincangkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan
kanak-kanak – hampir kesemuanya kembali menyatakan ianya adalah disebabkan kecuaian ibu bapa
(Brody, 2000; Mazdi Marzuki, 2003; Norlen Mohamed et al., 2011; dan Singh et al., 2015). Menurut
Tay, et al. (2016), ramai ibu bapa di Malaysia bersikap bersahaja atau tidak mengendahkan dalam
mengamalkan langkah keselamatan terhadap anak-anak mereka walaupun melibatkan soal hidup dan
mati di jalan raya. Dua faktor utama yang sangat kurang diberi perhatian oleh ibu bapa ialah: (i)
penggunaan child carseat untuk kanak-kanak kecil, dan (ii) kanak-kanak tidak memakai tali
pinggang keledar semasa di dalam kereta. Ibu bapa tahu pentingnya menggunakan child carseat dan
tali pinggang keledar tetapi akibat sifat sambil lewa maka inilah penyebab utama kematian kanak-
kanak apabila berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta. Ibu bapa kerapnya berfikiran
tidak mengapa, dan kemalangan tidak akan berlaku, atau perjalanan itu tidaklah jauh sangat, maka
mereka mengabaikan peraturan supaya kanak-kanak yang menjadi penumpang kenderaan ini tidak
duduk dalam carseat atau memakai tali pinggang keledar (Copeland, 2013). Kajian oleh Safe Kids
Worldwide (2013) menunjukkan 3,817 orang kanak-kanak meninggal dunia kerana kemalangan yang
melibatkan kereta di Amerika Syarikat pada 2012. Respons dari ibu bapa yang berharta dan
berpelajaran menunjukkan mereka berpandangan tidak mengapa jika kanak-kanak tidak
menggunakan tali pinggang keledar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa di luar negara
juga mengambil mudah terhadap keselamatan anak-anak mereka di jalan raya.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Liu et al. (2016) mendapati 83.5% ibu bapa sedar
dan mengetahui tentang kepentingan menggunakan carseat untuk kanak-kanak, tetapi hanya 61.6%
ibu bapa melaporkan mereka akan menggunakan carseat untuk bayi/anak mereka. Kajian ini
dijalankan di negara China dengan sampel seramai 242 orang ibu/bapa. Golongan ini adalah dari
kalangan ibu bapa yang berpendidikan tinggi, dan mempunyai pengetahuan serta kesedaran tinggi
mengenai keselamatan kanak-kanak di jalan raya. Mereka juga adalah golongan yang mampu
membeli carseat untuk anak-anak mereka.

Kemalangan jalan raya juga dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak pejalan kaki.
Menurut Zeedyk & Kelly (2003), pada peringkat permulaan kanak-kanak melintas jalan, ibu bapa
akan menemani anak-anak mereka dan menggunakan cara melintas jalan raya yang betul. Namun,
selepas peringkat itu, ibu bapa menganggap kanak-kanak sudah boleh melintas jalan raya sendiri dan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
113
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tidak lagi menemani anak-anak mereka semasa melintas jalan. Terdapat juga sebahagian ibu bapa
yang hanya menerangkan cara melintas jalan kepada anak-anak, dan membiarkan anak-anak mereka
berjalan ke sekolah atau melintas jalan sendiri – terutama apabila ada pengawal keselamatan jalan
raya yang diupah oleh pihak sekolah untuk membantu kanak-kanak melintas jalan raya. Zeedyk &
Kelly (2003) mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai limitasi dalam memahami situasi sebenar
keadaan lalu lintas dan peraturan-peraturan jalan raya. Mereka mudah leka, atau suka bermain-main
semasa berjalan di jalan raya atau tidak memberi perhatian terhadap kenderaan yang lalu lintas,
kesannya kemalangan boleh berlaku kepada kanak-kanak pejalan kaki. Menurut Kajian olah RAC
Foundation (2011-2014), didapati 40% kemalangan jalan raya di Amerika melibatkan kanak-kanak
pejalan kaki dan 13% kanak-kanak yang menunggang basikal kerana tidak memakai helmet basikal.

Dellinger & Kresnow (2010) juga menyatakan berjuta-juta rakyat Amerika menunggang
basikal namun kurang dari separuh bilangan mereka memakai helmet basikal. Kajian mereka
menunjukkan hanya 48% kanak-kanak berusia 5-14 tahun memakai helmet basikal ketika
menunggang basikal. Malah, lebih ramai bilangan kanak-kanak lebih tua yang tidak memakai helmet
basikal menurut kajian Dellinger & Kresnow (2010). Data mengenai kemalangan melibatkan basikal
dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia jarang dilaporkan. Satu kajian yang telah agak lama
dijalankan oleh Fatimah, Mcom H. dan Osman (1997) mengenai risiko kemalangan jalan raya di
kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Kuala Terengganu. Dapatan yang diperolehi menunjukkan
53.9% kemalangan (daripada 140 kes yang dikaji) berlaku semasa melintas jalan, 46.8% adalah
motosikal, dan 11.9% adalah basikal. Didapati 42% daripada kanak-kanak yang mengalami
kemalangan tidak mengamalkan tingkah laku selamat semasa di jalan raya. Dari segi sikap
ibubapa/penjaga, didapati pengetahuan keselamatan jalan raya kanak-kanak 10 tahun ke bawah
adalah sangat rendah, manakala 54.5% penjaga menganggap kebanyakan kanak-kanak 10 tahun ke
bawah tahu melintas jalan dengan selamat, dan 45.5% mengatakan anak mereka tahu tentang lampu
isyarat dan posisi jalan dengan baik. Penyelidik ini mengatakan bahawa disebabkan anggapan
sedemikianlah, ibubapa/penjaga kurang memberi pengawasan keselamatan jalan raya terhadap anak-
anak mereka, terutama apabila kanak-kanak itu telah mencapai umur belasan tahun (11-12 tahun).

Menurut Linnan et al. (2007), kanak-kanak biasanya meniru kelakuan ibu bapa mereka; pada
usia kecil, kanak-kanak dipakaikan topi keledar semasa menunggang motorsikal tetapi ibu bapa tidak
memakainya. Kelakuan ini mungkin bertahan sehingga tiga tahun, namun apabila anak mencecah
umur sepuluh tahun, kemungkinan kanak-kanak ini tidak akan memakai topi keledar adalah tinggi
kerana melalui pengamatan mereka, tidak menjadi satu kesalahan tidak memakai topi keledar dan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
114
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tidak mendatangkan kecederaan jika tidak memakainya kerana ibu bapa mereka tidak menekankan
supaya mereka memakai topi keledar, dan ibu bapa sendiri pun kerapkali tidak memakai topi keledar
– jadi ibu bapa adalah panduan kepada anak-anak. Kanak-kanak semasa membonceng motorsikal
yang dipandu oleh ibu/bapa, biasanya duduk pada tangki petrol motosikal atau di belakang
penunggang dan ini adalah sangat merbahaya – jelas dalam kes ini, ibu bapa telah mengabaikan
keselamatan anak-anak mereka dengan memboncengkan anak mereka pada kedudukan yang
merbahaya (Noor Faradilah et al., 2014). Di Malaysia, kanak-kanak dibenarkan secara sah
menunggang motorsikal pada umur 15 tahun ke atas.

Kesimpulannya, tinjauan kajian ini menunjukkan bahawa kecuaian ibu bapa adalah faktor
utama kanak-kanak mengabaikan keselamatan diri semasa di jalan raya, sama ada semasa
menunggang basikal, atau berada di dalam kenderaan atau semasa menunggang atau membonceng
motosikal yang menyebabkan berlaku kemalangan. Kebanyakan daripada kajian-kajian yang disoroti
menunjukkan sikap ibu bapa yang mengambil mudah dalam setiap aspek keselamatan terutamanya
apabila anak-anak berada di jalan raya. Ibu bapa perlu menjadi panduan kepada anak-anak dengan
menunjukkan contoh yang baik seperti memakai topi keledar, memakai tali pinggang keledar, dan
mematuhi peraturan jalan raya. Ini kerana apabila kanak-kanak menginjak umur ke peringkat yang
lebih tinggi, mereka juga akan membina sikap seperti ibu bapa mereka - mengabaikan keselamatan
diri semasa di jalan raya, walaupun mereka sudah boleh berfikir sendiri dan mengetahui mengenai
undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya. Sikap memandang remeh terhadap keselamatan
dan undang-undang jalan raya, dan melihat contoh teladan dari ibu bapa sendiri yang juga suka
melanggar peraturan jalan raya, maka tidak hairanlah jika kadar kemalangan jalan raya yang
melibatkan kanak-kanak begitu tinggi sekali di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan dengan reka bentuk kajian kes. Responden
kajian terdiri daripada empat orang, dua orang kanak-kanak (pelajar sekolah) dan dua orang bapa
(orang dewasa) yang menghantar dan mengambil anak masing-masing pergi-balik ke sekolah. Dua
orang responden kanak-kanak (remaja) ini dipilih secara bertujuan kerana mereka didapati telah
melakukan kesalahan lalu lintas (hasil penyeliaan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri), iaitu
seorang menunggang motosikal tanpa lesen, dan seorang lagi berbasikal secara berkelompok
sehingga menghalang lalu lintas di sebuah jalan besar di Tanjung Malim. Responden ibu/bapa (orang
dewasa) juga dipilih melalui penyeliaan (surveilance) yang dilakukan oleh pengkaji di jalan besar di
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
115
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Tanjung Malim – mereka ini didapati telah melakukan kesalahan jalan raya. Responden orang
dewasa pertama telah memandu kenderaan tanpa lesen, dan responden orang dewasa kedua
membiarkan anaknya menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen dan membiarkan anaknya yang
masih di sekolah rendah melintas jalan bersendirian. Kaedah memilih responden melalui pengamatan
terhadap sasaran yang tertentu adalah disokong oleh Merriam (2009) dan Yin (2014), kerana kajian
ini bersifat spesifik – di mana pengkaji ingin mendapatkan maklumat khusus daripada kes yang telah
dikenalpasti khusus dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui temubual dan pemerhatian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Responden Remaja 1 (R1)


Kes: Melakukan kesalahan menunggang basikal secara berbahaya
Temubual dengan responden ini dijalankan di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Tanjung
Malim. Beliau adalah seorang remaja laki-laki berumur 16 tahun, bersekolah di SMK Methodist
Tanjung Malim dan tinggal di kawasan berdekatan dengan sekolah. Responden ini datang ke
gelanggang ini dengan menaiki basikal. Responden R1 di pilih kerana beliau dilihat menunggang
basikal secara berbahaya iaitu berkelompok di jalan raya sehingga mengganggu kenderaan lain
melalui jalan itu. Melalui soalan yang diberikan, Responden R1 kelihatan tenang dan dapat memberi
respon yang memuaskan terhadap setiap soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah soalan
terbuka, meliputi pemahaman responden terhadap keselamatan jalan raya, tanggungjawab ibu bapa
serta pandangan mengenai situasi kemalangan jalan raya yang pernah berlaku. Responden diminta
memberi pendapat tentang isu kanak-kanak berbasikal pada waktu malam sehingga terjadinya
kejadian kemalangan ngeri yang berlaku di Johor pada 18/2/2017, serta pemahaman responden
terhadap keselamatan berbasikal di jalan raya.

Responden R1 menyatakan bahawa perbuatan mengayuh basikal beramai-ramai sambil


berbual-bual di jalan raya adalah tidak patut dilakukan dan berbahaya. Katanya, apabila berbasikal di
jalan raya, hendaklah melihat ke kiri dan kanan jalan sebelum melintas. Apabila menunggang basikal
semasa ke sekolah dan balik perlulah mengikut arus. Melalui respon-respon tersebut, pengkaji
mendapati Responden R1 mempunyai pemahaman asas tentang keselamatan jalan raya yang agak
baik dan boleh menilai bahawa perbuatan berlumba-lumba basikal secara berkelompok di jalan raya
adalah satu kesalahan dan boleh mendatangkan kemalangan. Namun begitu apabila disoal mengapa
beliau menunggang secara bermain-main dan berkelompok, beliau diam dan hanya tersenyum, malah
dia menyatakan ‘tidak apa-apa yang berlaku kerana kenderaan lain tidak akan melanggar mereka’.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
116
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pandangan inilah yang sangat merbahaya dan perlu dihapuskan kerana kanak-kanak/remaja tidak
sedar risiko yang boleh terjadi dengan kesalahan yang dilakukan ini – beliau merasakan ‘cara
menunggang mereka itu tidaklah berbahaya’.

Seterusnya, Responden R1 memberitahu bahawa ibu bapanya hanya memesan supaya


berhati-hati semasa menunggang basikal sahaja. Walaupun responden berumur 16 tahun tetapi dapat
dilihat bahawa ibu bapa melepaskan tanggungjawab – tidak membantu memastikan basikal anak
mereka itu selamat dan kanak-kanak ini memakai helmet basikal. Malah apabila pengkaji
menanyakan soalan adakah ibu bapanya pernah bertanyakan cara beliau berbasikal, responden ini
memberi jawapan bahawa ibu bapanya sibuk dan tidak dapat memberi perhatian sewajarnya kepada
beliau tentang keselamatannya di jalan raya. Disebabkan ibu bapanya sibuk, maka beliau berbasikal
ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan kereta, lori, bas, dan motorsikal. Selain itu,
pengkaji menyoal juga tentang peralatan keselamatan seperti helmet, pad tangan atau kaki dan
reflektor. Responden menyatakan ibu bapanya ada membelikannya peralatan keselamatan ini semasa
beliau berumur 12 tahun iaitu pada masa beliau mula berbasikal ke sekolah. Tetapi kini dia tidak
peduli untuk memakainya. Pengkaji dapat melihat perubahan intonasi dan riak wajah responden
apabila memberitahu ibu bapanya sibuk. Pengkaji bertanya sekiranya responden pernah terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Beliau memberitahu dia tidak pernah terlibat tetapi pernah melihat
rakannya yang berbasikal dilanggar oleh sebuah kereta semasa keluar dari kawasan sekolah, kerana
kereta itu tidak dapat melihat dengan jelas pelajar yang menunggang basikal di kawasan itu.
Responden juga menceritakan bahawa semasa menaiki kereta, beliau sendiri yang memakai seat belt
tanpa diberitahu oleh ibu bapa kerana menyedari bahawa memakai seat belt dapat mengelakkan
kemalangan malah ibu bapanya juga sangat berhati-hati dalam menjaga keselamatan mereka semasa
di jalan raya dan tidak melanggar lampu isyarat. Ibu bapanya juga pernah memberitahu beliau
tentang keselamatan jalan raya seperti tidak melanggar lampu isyarat dan mematuhi peraturan.

Kesimpulan dari temubual ini, didapati ibu bapa Responden R1 mempunyai kesedaran yang
baik mengenai keselamatan jalan raya, namun begitu masih terdapat pengabaian kerana melepaskan
anak mereka ke sekolah menggunakan basikal tanpa pemeriksaan keadaan basikal, tidak
menyediakan peralatan keselamatan berbasikal yang sewajarnya, dan tidak mengajarkan peraturan
berbasikal yang betul semasa melalui jalan raya yang sibuk. Responden sendiri tidak sedar bahawa
cara beliau menunggang basikal adalah salah dan membahayakan nyawanya dan rakan-rakannya.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


117
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Responden Remaja 2 (R2)


Kes: Menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen
Responden ini merupakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. Beliau bersekolah di SMK
Methodist Tanjung Malim dan tinggal di Kampung Simpang Empat. Jarak yang dilalui setiap hari
dari rumah ke sekolah adalah 1 kilometer. Beliau menggunakan motosikal untuk bergerak ke sana ke
mari.

Daripada temubual yang dijalankan dengan remaja ini, pengkaji mendapati responden ini
tahu bahawa menunggang motosikal tanpa lesen adalah satu kesalahan besar. Namun, disebabkan
disuruh oleh ibu bapa, maka responden ini terpaksa menurut. Malangnya, responden ini tidak
mengetahui bahawa dia boleh didakwa di mahkamah dan akan menanggung segala kerugian di
pihaknya dan pihak yang terlibat jika berlaku kemalangan jalan raya walaupun bukan dia yang
bersalah dalam kemalangan itu. Hal ini sangat menggusarkan, kerana sejauh mana kecekapan remaja
tersebut dalam menunggang motosikal - tanpa mempunyai lesen yang sah bermakna beliau belum
mengikuti kursus dan ujian-ujian lalu lintas. Beliau juga masih di bawah umur untuk mendapatkan
lesen menunggang motosikal. Situasi yang dihadapi oleh responden R2 sangat membahayakan.
Tambahan lagi jalan raya di Tanjung Malim masa kini semakin sibuk dan pemandu-pemandu kereta
juga kerapkali kurang bertimbang rasa dan suka memandu dengan laju walaupun ada tanda jalan
menunjukkan kawasan sekolah. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan sewajarnya – iaitu
menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah dan bukan membelikan motosikal dan
membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen untuk ke sekolah.

Dari temubual, Responden R2 memberitahu bahawa ibu bapanya juga sering menasihati
untuk menunggang dengan baik dan memperlahankan motosikal di kawasan berhadapan sekolah
kerana kawasan itu sangat sibuk. Tetapi, teguran tanpa menunjukkan role model yang baik akan
menyebabkan remaja ini mengikut kehendak sendiri semasa menunggang motosikalnya. Responden
turut memberitahu kerapkali dia menunggang motosikal dalam jarak yang sangat dekat dengan kereta
atau betul-betul di belakang kereta. Beliau juga tidak memakai helmet walaupun ada helmet tersebut
tergantung di motosikalnya. Hal ini tidak diambil tahu oleh ibu bapa remaja tersebut.

Responden Orang Dewasa 1 (OD1)


Kes: Membawa kenderaan tanpa lesen
Responden OD1 ini adalah seorang perempuan dan suri rumah berusia 42 tahun. Beliau mempunyai
7 orang anak dan tinggal di Taman Wangsa, Tanjung Malim. Beliau memandu kereta untuk
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
118
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menghantar anak-anaknya ke sekolah (SMK Khir Johari dan SMK Methodist) setiap hari, tetapi
beliau tidak mempunyai lesen memandu. Pengkaji telah menanyakan kepada responden tentang
kewajaran ibu bapa yang tidak mempunyai lesen memandu membawa anak-anak menaiki kenderaan
untuk dihantar ke sekolah. Responden ini memberi komen dengan menyatakan bahawa perkara
tersebut tidak patut berlaku kerana ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-
anak. Jawapan ini menunjukkan responden tahu dan faham undang-undang jalan raya dan
memandang berat soal keselamatan di jalan raya, namun dia menggangap perbuatannya memandu
tanpa lesen memandu tidak menjadi masalah, dan kerana dia berhati-hati ketika memandu dan selama
ini pun belum pernah berlaku sebarang kemalangan. Menurutnya, dia sentiada menjaga keselamatan
dan mematuhi peraturan jalan raya walaupun dia tidak mempunyai lesen memandu.

Responden OD1 juga memberitahu bahawa perbuatan tersebut merbahaya namun beliau juga
menyatakan bahawa selagi beliau berhati-hati maka tidak akan berlaku sebarang mudarat. Pada
pandangan pengkaji, responden ini (ibu ini) tidak sedar bahawa anak-anaknya sedang mempelajari
sesuatu dari sikapnya – anak-anaknya mengetahui bahawa ibu mereka memandu tanpa lesen dan
melanggar undang-undang jalan raya, tetapi dia menganggap itu bukan perbuatan yang salah. Tanpa
disedari, anak-anaknya juga belajar bahawa ‘tidak mengapa melanggar undang-undang selagi tidak
berlaku sebarang kemalangan!’. Perbuatan ibu ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada sikap
anak-anaknya – kelak mereka juga menganggap remeh peraturan dan undang-undang jalan raya dan
tidak mengapa jika melanggar undang-undang asal matlamat sendiri tercapai.

Pengkaji juga meminta pendapat daripada responden tentang sesetengah ibu bapa yang
membenarkan anak-anak mereka membonceng motosikal tanpa mempunyai lesen memandu.
Responden berpendapat bahawa perkara sebegitu sepatutnya tidak berlaku. Hal ini kerana jika
berlaku kemalangan yang melibatkan kanak-kanak tersebut, ibu bapa akan dipersalahkan. Responden
juga berpendapat bahawa, ‘jika kita sayangkan anak hendaklah bertempat’. Responden dilihat
sebagai seorang ibu yang penyayang. Seterusnya responden ditanya tentang pendapat dan tindakan
yang perlu diambil terhadap ibu bapa yang tidak mempunyai lesen motosikal tetapi memboncengkan
anak-anak ke sekolah. Responden memberi pendapat bahawa tindakan undang-undang perlu diambil
terhadap mereka, seperti mendenda ibu bapa mereka atau mereka perlu dipanggil untuk diberi
kaunseling, demi keselamatan anak-anak mereka. Jawapan responden ini menunjukkan beliau amat
tidak bersetuju dengan ibu bapa yang membenarkan anak-anak ke sekolah dengan membonceng
motosikal tanpa mempunyai lesen – padahal beliau sendiri memandu tanpa lesen!

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


119
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Ketika disoal tentang kepentingan penggunaan child carseat, pemakaian helmet dan
pemakaian peralatan menunggang basikal yang selamat, Responden OD1 memberitahu bahawa
kesemuanya itu sangat penting tetapi tidak ramai ibu bapa yang mengaplikasikannya termasuklah dia
sendiri. Responden OD1 juga tidak meletakkan anak kecilnya di dalam child carseat walaupun dia
tahu perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada anaknya. Ini menunjukkan responden
hanya bersikap sambil lewa tentang kepentingan penggunaan child carseat dan keselamatan anak-
anak di jalan raya. Akhir sekali, pengkaji menanyakan soalan mengenai tindakannya semasa anak-
anaknya melintas jalan. Beliau memberitahu bahawa kadang-kadang sahaja dia memimpin tangan
anaknya dan membawanya melintas jalan, tetapi kadang-kadang dia membiarkan anaknya melintas
sendiri.

Responden Orang Dewasa 2 (OD2)


Kes: Membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen dan membiarkan anak melintas
jalan sendirian

Responden OD2 adalah seorang lelaki (bapa) berusia 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak; seorang
di sekolah rendah, seorang di sekolah menengah dan anak yang kecil berada di taska. Beliau tinggal
di Kampung Changkat Khir dan menjadikan kereta dan motosikal sebagai kenderaan utama
menghantar anak-anaknya ke sekolah dan taska. Anak sulungnya belajar di SMK Khir Johari dan
anak kedua di SK Tanjung Malim. Responden OD2 didapati mempunyai tahap kesedaran mengenai
keselamatan anak-anak di jalan raya yang agak rendah. Pertama kerana dia memberi kebenaran anak
sulungnya menunggang motosikalnya ke sekolah tanpa lesen kerana dia perlu pergi bekerja.
Seterusnya beliau berkongsi juga bahawa beliau sering menghantar anak keduanya yang bersekolah
di SK Tanjung Malim sekadar di seberang jalan sahaja dan anaknya perlu melintas sendiri jalan raya
untuk ke sekolah. Hanya apabila jalan sangat sibuk, barulah beliau membantu anaknya melintas
jalan, kerana beliau selalu mengejar masa untuk ke tempat kerja.

Hasil kajian yang ringkas ini menunjukkan kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan jalan
raya terutama keselamatan anak-anak masih sangat kurang. Ibu bapa juga turut melanggar undang-
undang jalan raya dengan sewenang-wenangnya, dan memberikan teladan yang buruk kepada anak-
anak. Di antara kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan ialah menunggang motosikal dan
memandu kereta tanpa lesen, melanggar lampu isyarat, memberhentikan anak di tepi jalan tanpa
memberi signal untuk berhenti, tidak membantu anak-anak melintas jalan walau pun jalan sangat
sibut semasa datang dan balik dari sekolah, dan tidak memakai helmet semasa menunggang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


120
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

motosikal dan memastikan anak-anak juga memakai helmet, tidak menggunakan carseat untuk anak
kecil semasa di dalam kereta, tidak memastikan anak-anak memakai helmet basikal dan
menggunakan peralatan dan pakaian yang memantul cahaya demi memastikan keselamatan semasa
di jalan raya. Dengan kecuaian-kecuaian tersebut, tidak hairanlah mengapa Malaysia adalah salah
sebuah negara di dunia yang mempunyai kadar kematian kanak-kanak disebabkan kemalangan jalan
raya yang agak tinggi di dunia.

Ibu bapa walaupun mempunyai pengetahuan dan kesedaran, tetapi tetap melakukan
kesalahan jalan raya secara terang-terang. Sikap acuh tidak acuh mengenai peraturan dan undang-
undang jalan raya serta pandangan bahawa kemalangan tidak akan berlaku perlu dibuang. Pihak
berkuasa juga tidak menjalankan tanggungjawab yang tegas terhadap kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh ibu bapa dan kanak-kanak sekolah. Undang-undang yang ada apabila diperlekehkan,
menjadilah sebagai bahan gurauan dan mainan. Kanak-kanak yang membesar dengan sikap bahawa
undang-undang boleh diperlekehkan sudah pasti mereka akan terus melanggar apa sahaja undang-
undang atau peraturan-peraturan lain yang ada dalam hidup mereka kelak. Inikah generasi yang kita
ingin lahirkan? Apakah gunanya mendapat pencapaian yang baik di sekolah, tetapi sikap dan perilaku
semasa berada di dalam masyarakat terutama di jalan raya membayangkan seperti orang yang kurang
bertamadun.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Pihak ibu bapa perlu lebih prihatin dan mengajar anak-anak mematuhi peraturan jalan raya agar dapat
menghindarkan daripada berlaku kemalangan. Apabila sudah berlaku kemalangan, bukan sahaja ibu
bapa akan turut susah, tetapi ianya boleh menjejaskan masa hadapan kanak-kanak itu sendiri –
berkemungkinan mereka akan mengalami kecacatan sepanjang hidup atau perlu dirawat dalam
tempoh yang lama di hospital sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Kanak-kanak sangat
bergantung kepada tunjuk ajar dan pengawasan daripada ibu bapa. Dilema yang dihadapi oleh kanak-
kanak ialah ibu bapa tidak mengambil berat dan mengawas keselamatan mereka menggunakan jalan
raya dan tidak menunjukkan contoh teladan yang baik sehingga menyebabkan kanak-kanak juga
terpaksa melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya – atas ‘kebenaran’ dari ibu bapa.

Pihak sekolah juga perlu lebih kerap mengadakan program keselamatan jalan raya bersama
ibu bapa supaya dapat membina kefahaman dan kesedaran dalam memastikan keselamatan anak-
anak diberi perhatian utama. ‘Malang tidak berbau’, demikian peribahasa Melayu – peribahasa ini
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
121
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tepat menegaskan kemalangan boleh berlaku walaupun di dalam kawasan rumah, apa lagi di jalan
raya. Pihak sekolah perlu melakukan pemeriksaan yang kerap supaya memastikan pelajar yang
menaiki motosikal mempunyai lesen dan memakai helmet dengan cara yang betul. Bagi yang
menggunakan basikal, pihak sekolah sepatutnya memeriksa bahawa mereka mengunakan helmet
basikal dan memakai pakaian yang memantul cahaya. Pihak sekolah juga perlu mengajar pelajar-
pelajar cara-cara yang selamat menunggang motosikal dan berbasikal semasa datang dan balik dari
sekolah, termasuk juga, cara-cara melintas jalan yang betul.

Dicadangkan pihak berkuasa tempatan perlu selalu membuat rondaan terutama menyaman
ibu bapa yang tidak mematuhi undang-undang pemakaian topi keledar semasa menunggang
motosikal dan pemakaian tali pinggang keledar bagi anak-anak semasa berada di dalam kereta.
Begitu juga penggunaan carseat untuk bayi dan anak kecil semasa berada di dalam kereta. Semua ini
adalah demi kebaikan dan keselamatan kanak-kanak. Di luar negara terutama di negara-negara maju,
undang-undang jalan raya terutama yang melibatkan kanak-kanak sangat dititikberatkan dan
hukuman-hukuman yang agak berat dikenakan bagi pesalah jalan raya yang membawa anak-anak di
dalam kenderaan yang dipandu, tetapi di Malaysia, walaupun ada peraturan yang jelas dan kempen-
kempen penggunaan topi keledar, tali pinggang keledar dan child carseat, namun tidak
dikuatkuasakan. Dengan itu pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari peluang
untuk melanggar peraturan dan undang-undang yang ada. Implikasi dari semua kelemahan yang
terdapat dalam sistem pentadbiran dan penguatkuasaan ini akhirnya akan menyebabkan generasi
muda yang bakal mewarisi negara ini juga tidak mempunyai nilai-nilai kesopanan di jalan raya dan
tidak akan mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya yang ada.

Kesanya akan dapat dilihat 10 atau 20 tahun akan datang, apabila kanak-kanak dan remaja
yang ada sekarang menjadi memandu dan penunggang kenderaan-kenderaan di jalan raya di negara
ini. Bagaimanakah agaknya sikap mereka kelak? Mungkin sikap mereka lebih buruk dari apa yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka sekarang, atau sebaliknya. Walau apa pun, sikap yang terbina dari
kecil, biasanya amat sukar untuk diubah apabila besar nanti, kerana telah menjadi kebiasaan.
Menurut pakar Undang-Undang Universiti Malaya (Utusan Melayu, 27 Mei 2015), bukan mudah
untuk mendakwa ibu bapa yang menyebabkan kematian/kemalangan anak sendiri atas faktor cuai
kerana tiada garis pengukur yang diperuntukkan di mahkamah tentang perkara itu. Tidak dinafikan
ada Akta Kanak-kanak 2001 untuk membendung kejadian kemalangan dalam kalangan kanak-kanak,
namun faktor kelemahan penguatkuasaan untuk mendakwa ibu bapa menjadi penghalang akta itu
dilaksanakan dengan berkesan. Untuk membolehkan proses pendakwaan, satu penyiasatan terperinci
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
122
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

perlu dilakukan oleh pihak penguatkuasa untuk menentukan sama ada kes-kes yang berlaku cukup
bukti untuk dihadapkan ke mahkamah dan bukti itu perlulah kukuh agar pendakwaan tidak lemah,
selain aspek yang paling sukar ialah apabila berlakunya konflik jiwa penguatkuasa yang mahu
melaksanakan amanah kerja dan rasa simpati terhadap ibu bapa yang kehilangan anak atau sedang
menderita dirawat daripada kemalangan jalan raya yang berlaku.

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji berharap agar ibu bapa, penjaga, masyarakat
sekeliling, guru-guru dan sesiapa sahaja mengambil peduli dan peka akan keselamatan kanak-kanak
di jalan raya. Hal ini kerana, kanak-kanak adalah individu yang masih mentah dan perlu diajar dalam
segala aspek, termasuklah dari segi keselamatan di jalan raya. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-
anak mereka mempunyai lesen memandu kelas kenderaan tertentu sebelum membenarkan anak-anak
di bawah jagaan mereka menunggang atau memandu kenderaan. Selain itu, mereka juga perlu
memastikan basikal anak mereka berada dalam keadaan sempurna dan selamat untuk ditunggang.
Bagi anak-anak kecil pula, ibu bapa hendaklah membiasakan diri mereka untuk meletakkan anak-
anak di dalam carseat. Penggunaan carseat adalah penting untuk mengelakkan kecederaan yang
teruk jika berlaku sebarang kemalangan. Selain daripada ibu bapa, pihak guru juga hendaklah
memainkan peranan mereka. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan ‘spot check’ kepada pelajar
yang menunggang motosikal ke sekolah sama ada mempunyai lesen atau tidak. Akhir sekali,
pengkaji berharap agar ibu bapa menekankan aspek keselamatan dalam kehidupan mereka seharian -
keselamatan adalah penting kerana ia melibatkan nyawa. Maka, diharapkan kerjasama dari semua
pihak agar menekankan aspek keselamatan dalam kehidupan harian mereka supaya tiada nyawa yang
melayang akibat kelalaian dan sikap tidak mengendahkan keselamatan di jalan raya.

RUJUKAN

Brody (2000). The placebo response. Recent research and implications for family medicine. Journal
of Family Practice. July, 49(7):649-54.

Copeland, L. (2013). Parents often neglect to properly buckle children. USA TODAY.
https://www.usatoday.com/story/news/nation/2013/09/16/child-passenger-restraints-car-
safety/2798725/

Dellinger AM, Kresnow MJ. Bicycle helmet use among children in the United States: The effects of
legislation, personal and household factors. Journal of Safety Research 2010:41;375-380.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


123
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Fatimah M., Mcom, H., & Osman, A. (1997). Risiko Kemalangan Jalan Raya Di Kalangan Kanak-
kanak Sekolah Rendah di Kuala Terengganu. Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

Horwath, J. (2007) Child neglect: identification and assessment. Basingstoke: Palgrave


Macmillan.http://www.nytimes.com/2000/03/07/health/personal-health-children-s-safety-
often-eglected-in-cars.html

Linnan M., Giersing, M., Cox, R., Linnan, H., Williams, M.K., Voumard, C, & Hatfield, R. (2007).
Child mortality and injury in Asia: survey results and evidence. Innocenti Working Paper
2007-06, Special Series on Child Injury No.3, UNICEF Innocenti ResearchCentre,Florence
(http://www.unicef-irc.org/publications/pdf/iwp_2007_06.pdf)

Liu, X., Yang, J., Chen, X., & Li, L. (2016) Knowledge, Attitudes and Behaviors on Child Passenger
Safety among Expectant Mothers and Parents of Newborns: A Qualitative and
Quantitative Approach. PLoS ONE 11(1): e0146121.

Mazdi Marzuki & Abdul Jalil Ishak (2003). Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan
Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjong Malim. Penerbitan UPSI.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative Case Study Research Qualitative research: a guide to design and
implementation (2nd ed., pp. 39-54). San Franciso, CA: Jossey-Bass.

Noor Faradila Paiman, Aqbal Hafeez Ariffin, Azhar Hamzah, Siti Fairos Mat Husin, Zulhaidi Mohd
Jawi, Mohd Syazwan Solah, Norlen Mohamed (2014). Issues Surrounding Children as
Motorcycle Pillion Rider in ASEAN Country. Australian Journal of Basic and Applied
Sciences, 8(24) Special 2014, Pages: 328-333.

Norlen Mohamed, Wong Shaw Voon, Hizal Hanis Hashim & Ilhamah Othman (2011) An Overview
of Road Traffic Injuries Among Children in Malaysia and Its Implication on Road Traffic
Injury Prevention Strategy: Research Report MRR 03/2011

PDRM (April 23, 2017). 20 Malaysians Died from Road Accidents Every Day in 2016.

Singh D., Singh, S.P., & SonuGoel (2015). Epidemiology of road traffic accident deaths in children
in Chandigarh zone of North West India. Egyptian Journal of Forensic Sciences. Volume 6,
Issue 3, September 2016, Pages 255-260 open access

Tay, L., Lee, S.W.H., Sabariah Faizah Jamaluddin, Tam, C.L., & Wong, C.P. (2016). The
epidemiology of childhood brain injury in the state of Selangor and Federal Territory of
Kuala Lumpur, Malaysia. BMC PediatricsBMC series. Open, inclusive and trusted
201616:56 (https://doi.org/10.1186/s12887-016-0590-1)

Robert K. Yin. R.K. (2014). Case Study Research Design and Methods (5th ed.). Thousand Oaks,
CA: Sage. 282 pages.

Zeedyk, M. S., & Kelly, L. (2003). Behavioural observations of adult–child pairs at pedestrian
crossings. Accident Analysis & Prevention, 35(5), 771-776.

LAMAN WEB YANG DIAKSES:

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


124
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

https://www.todaysparent.com/family/family-health/rejecting-safety-rules/
https://www.usatoday.com/story/news/nation/2013/09/16/child-passenger-restraints-car-
safety/2798725/
https://paultan.org/2016/11/07/kadar-kemalangan-maut-penunggang-bawah-umur-
meresahkan/#xvhkujfyubhkwD3O.99
https://www.miros.gov.my/1/page.php?id=17
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI airunnisa.alaui@yahoo.com.my07 Mei 2015 12:56 PM. Kanak-
kanak maut: Cuai atau kemalangan?
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/kanak-kanak-maut-cuai-atau-kemalangan-
1.88947#ixzz4utnUOGjx © Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/kanak-kanak-maut-cuai-atau-kemalangan-
1.88947#ixzz4utmXkEV3 © Utusan Melayu (M) Bhd. 2015.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/04/18/kemalangan-jalan-raya-malaysia-
2015/#rTZwH5QsSCy8UQCe.99
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/kanak-kanak-maut-cuai-atau-kemalangan-
1.88947#ixzz4utnG4ogP © Utusan Melayu (M) Bhd
Safe Kids Worldwide (2013) https://www.safekids.org/safe-roads-safe-kids

LAMPIRAN
General Road Accident Data in Malaysia (1997 – 2016)

(Sumber: 2017 All Rights Reserved © Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)
e = estimated value from Department of Statistics Malaysia
a = media statement
NA = Not available (The official figures are not available yet)
(This factsheet summarizes some facts and figures to highlight important statistics and accident characteristics
involving motorcycles in Malaysia. For many years, motorcycle has been the most preferable, convenient and
affordable mode of transport.)

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


125
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

PERBANDINGAN KEPERLUAN ASAS DAN EMOSI DUA ORANG ANAK YATIM


YANG DIPELIHARA OLEH KELUARGA ANGKAT DENGAN YANG TINGGAL
DI RUMAH JAGAAN ANAK YATIM: KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA.
Nur Zaleha Mahadi, Wan Shazwani Nadiah Wan Abdul Rahman
Anis Shazreen Shamsir dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mengasuh dan membentuk peribadi anak-anak,
di samping membentuk sistem sokongan moral yang kukuh sebagai motivasi kepada anak-anak untuk
mencapai kecemerlangan dalam hidup. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak bernasib
baik dan dapat membesar dengan ibu bapa mereka sehingga dewasa, dan mereka terpaksa berdepan
realiti menjadi anak yatim. Anak yatim boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang telah
kehilangan salah seorang ibu atau bapanya, manakala anak yatim piatu bermaksud kanak-kanak itu
telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Kajian-kajian lepas membuktikan bahawa penglibatan ibu
bapa di rumah memberi kesan yang positif ke atas kecemerlangan akademik anak-anak, dan ini
meletakkan golongan anak yatim sebagai golongan yang berada dalam kekurangan dari aspek
penglibatan ibu bapa dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti
perbezaan antara dua orang anak yatim yang dipelihara oleh keluarga angkat dengan yang tinggal
di rumah anak yatim dari segi aspek keperluan asas dan emosi. Kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian dan temu bual berstruktur untuk mendapatkan maklumat. Hasil kajian menunjukkan
bahawa anak yatim yang dipelihara oleh keluarga angkat mempamerkan sikap dan tingkah laku
yang positif dan mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik berbanding anak yatim yang
tinggal di bawah jagaan rumah anak yatim. Kertas kerja ini membentangkan perihal yang
menyebabkan kedua-dua kanak-kanak ini berbeza dari segi sikap, tingkahlaku, motivasi, minat
belajar, dan dilema emosi yang menyelubungi perasaan mereka. Daripada kajian ini, beberapa
cadangan konstruktif diberikan kepada pihak-pihak tertentu agar lebih prihatin dan memahami jiwa
anak yatim.

Kata kunci: dilema kanak-kanak yatim, pencapaian akademik anak yatim, isu-isu dalam pendidikan
awal kanak-kanak.

PENGENALAN

Tingkah laku kanak-kanak di sekolah banyak dipengaruhi oleh sokongan yang diterima daripada
persekitaran terutama di rumah, di mana persekitaran sesebuah keluarga mendatangkan impak yang
signifikan dalam pembentukan sistem sokongan moral dari bimbingan kedua ibu bapa dan ahli
keluarga. Ibu bapa perlu giat memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem sokongan moral

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


126
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

yang tinggi terhadap anak mereka. Hal ini akan mendorong ibu bapa untuk melibatkan diri dengan
pelbagai aktiviti berkualiti yang mampu memberi kesan positif ke atas pencapaian akademik anak-
anak, dan dalam masa yang sama, sistem sokongan moral yang mantap ini dapat membuatkan anak-
anak lebih bersemangat dan terdorong untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik
seperti yang diharapkan oleh ibu bapa masing-masing.

Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak berasal daripada persekitaran keluarga yang
memberi sistem sokongan moral sedemikian. Bagi kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa dan
ditempatkan di institusi anak-anak yatim, mereka tidak lagi mendapat sokongan sedemikian, dan
mereka harus bergantung sepenuhnya dengan kemampuan diri sendiri ataupun berusaha
mendapatkannya dari sumber-sumber lain, misalnya orang sekeliling yang terdekat seperti penjaga
atau warden, dan pihak pengurusan rumah jagaan tersebut. Walaupun perkara ini kelihatan kecil,
namun ia mendatangkan impak yang amat besar terhadap sikap, tingkah laku, dan emosi kanak-
kanak berkenaan sehingga boleh menjejaskan motivasi dan minatnya belajar; lantas keadaan ini
akhirnya memberi kesan kepada pencapaian akademiknya.

Golongan anak yatim di sekolah merupakan bilangan minoriti dan mereka sering dianggap
sebagai golongan pembawa masalah (Berridge, et al.,1997 dalam Brodie, 2000). Persoalan yang
timbul ialah: ‘Adakah ini kesilapan rumah anak yatim itu sendiri atau ada punca lain yang
menyebabkan mereka bermasalah? Fulcher (2011) berpendapat bahawa pihak sekolah perlu
mengelakkan sebarang andaian yang mengatakan penempatan keluarga gantian atau penjaga adalah
lebih baik berbanding penempatan institusi. Menurutnya, apa yang perlu dititik beratkan ialah, sama
ada sesuatu penempatan itu mampu memenuhi keperluan asas dan emosi kanak-kanak. Hal ini adalah
sebaiknya kerana dengan cara ini masalah-masalah anak-anak yatim dapat dikenalpasti dan kaedah
untuk menyelesaikannya dapat difikirkan. Ini adalah lebih baik daripada meletak anggapan yang
negatif terhadap perkhidmatan institusi jagaan anak-anak yatim (Fulcher, 2011).

TINJAUAN LITERATUR

Kajian-kajian mengenai kehidupan anak-anak yatim telah dijalankan sejak berabad lamanya
sehinggalah sekarang. Telah pun dibuktikan bahawa kanak-kanak yang serba kekurangan khususnya
kekurangan kasih sayang ibu, bapa atau kedua-duanya sekali biasanya mempunyai pelbagai ciri-ciri
negatif, misalnya:
 rendah IQ (Nelson, et al., 2014),
 kecelaruan emosi atau emotional disorder (Dorsey, et al., 2015),
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
127
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

 rendah estim kendiri dan konsep kendiri (Kelley, et al., 2016),


 bimbang dan suka bermusuhan (anxiety and hostility) serta sukar untuk berkawan (Lynch, et
al., 2009),
 kurang kemahiran mengawal diri (Gee, et al., 2013),
 mengalami kekeliruan identiti dan keluarga (Nelson, et al., 2007), dan sebagainya.

Lain-lain kajian pula mendapati, kurang pengalaman hidup bersama ibu bapa dan keluarga di
peringkat awal umur memberi impak yang merosakkan (destruktif) terhadap: perkembangan emosi
kanak-kanak (Nelson et al., 2014), perkembangan intelek (Tottenham et al., 2011; dan Gee et al.,
2013), perkembangan percakapan (speech development) dan kebolehan untuk mengujudkan
hubungan utuh (trustful relationships) dengan orang lain (Nelson et al., 2014). Ahli-ahli psikologis
juga mendapati kanak-kanak yang tidak merasa kenikmatan hubungan kekeluargaan di peringkat
awal hidup mereka, kerap kali akan mengalami masalah bercakap (speech). Shumow & Miller (2001)
dan Tottenham, et al. (2011) berpendapat kejadian yang traumatik pada masa awal hidup kanak-
kanak (seperti kehilangan ibu/bapa) sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka.

Dari segi pencapaian dalam akademik, banyak kajian-kajian yang juga membuktikan bahawa
keyatiman kanak-kanak sangat menjejaskan aspirasi, semangat, minat, dan motivasi kanak-kanak
dalam pendidikan – seolah-olah kanak-kanak merasa hilang tempat untuk berkongsi rasa gembira dan
bangga jika berjaya dalam pendidikan atau tidak mahu lagi untuk terus berusaha (Shumow & Miller,
2001). Ini kerana, menurut Asmawati (2009), aspirasi dan ekspektasi ibu bapa adalah faktor yang
mendorong anak-anak untuk rajin berusaha – namun, apabila ekspektasi itu sudah tiada, maka kanak-
kanak yatim menjadi hilang pedoman dan tidak keruan, akhirnya mereka tiada bersemangat untuk
menumpukan perhatian terhadap pendidikan, dan pencapaian mereka turut terjejas. Dalam hal ini,
siapakah yang perlu mengambil tindakan membantu kanak-kanak ini, dan bagaimanakah mereka
dapat dibantu? Persoalan ini adalah kompleks dan memerlukan persefahaman yang tinggi dari semua
pihak, khususnya pihak yang menjadi penjaga kepada kanak-kanak ini dan guru-guru mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Selepas meninjau pelbagai bahan rujukan dan kajian-kajian lepas mengenai nasib dan dilema anak-
anak yatim yang selama ini pengkaji hanya kenali sebagai pelajar di sekolah – sama seperti pelajar
lain yang mempunyai keluarga yang lengkap, barulah pengkaji sedar bahawa anak-anak yatim dan
anak yatim piatu adalah sekumpulan kanak-kanak yang sangat memerlukan perhatian kita semua.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
128
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Mereka sedang menghadapi cabaran yang sangat besar dalam kehidupan mereka yang masih belum
pasti halatujunya. Mereka masih sangat inginkan perhatian dan kasih sayang daripada kita (guru) dan
penjaga mereka untuk mencari harapan dan menagih rasa simpati agar memahami apa yang mereka
hadapi dan rasai.

Guru-guru di dalam kelas, jarang mahu mengambil tahu kisah dan latar belakang murid-
muridnya. Mereka (guru) hanya ingin supaya murid-murid ini menunjukkan pencapaian yang
cemerlang. Namun, selagi keperluan asas terhadap kasih sayang dan rasa dipunyai belum terpenuh
dalam diri kanak-kanak, hal ini tidak mungkin akan berlaku – pendidikan dan pencapaian akademik
tidak boleh berlaku. Pengkaji mendapati beberapa laporan akhbar (BERNAMA: Jun 27, 2017;
BERITA ONLINE: 04 Mei 2017; dan Sinar Online: 11 Januari 2017) mengenai nasib kanak-kanak
yatim dan yatim piatu sangat menyayat hati, sehingga timbul rasa ingin mengkaji mengenai kes
kanak-kanak yatim yang dijaga di rumah jagaan anak-anak yatim dan yang dipelihara oleh ibu bapa
angkat – bagaimana perasaan mereka, sikap, hasrat dan emosi mereka mengenai kehidupan yang
mereka lalui, dan apakah aspirasi serta pencapaian akademik mereka. Kajian ini didorong oleh rasa
simpati dan ingin mencungkil rasa hati anak yatim yang sedang belajar di sekolah tempat pengkaji
mengajar.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti perbezaan dari aspek keperluan asas, emosi, motivasi, dan
pencapaian akademik dua orang anak yatim, seorang dipelihara oleh keluarga angkat dan seorang
lagi tinggal di rumah jagaan anak-anak yatim. Objektifnya ialah untuk menentukan bagaimanakah
kedua situasi itu berbeza dan sama dari pandangan anak-anak yatim itu sendiri.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian kes. Kes yang menjadi tumpuan ialah dua
orang anak yatim yang sedang belajar di sebuah sekolah di Melaka, seorang daripadanya telah
diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga sejak dari kecil, manakala seorang lagi tinggal di
rumah jagaan anak-anak yatim telah hampir beberapa tahun (sejak menjadi yatim). Kedua-dua kes ini
dianggap unik kerana penyelidik mendapati responden kajian (sedang belajar di sekolah pengkaji)
mempunyai sikap, tingkah laku, motivasi dan minat belajar yang sangat berlainan antara satu sama
lain. Demikian juga pencapaian akademik mereka, sangat jauh berbeza. Oleh itu, pengkaji cuba
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
129
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mendalami kedua-dua kes ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana suasana
kehidupan kedua responden ini mempengaruhi diri mereka, terutama pencapaian akademik mereka.
Kedua-dua orang responden ini berada dalam kelas yang sama dan berusia 13 tahun. Maklumat dan
data kajian diperoleh melalui temubual dan pemerhatian.

Profil Responden
Responden A: seorang kanak-kanak lelaki, berumur 13 tahun, dalam Tingkatan 1. Tinggal di rumah
jagaan anak-anak yatim di Melaka sejak enam tahun lepas apabila kedua ibubapanya meninggal
dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Beliau hanya mempunyai seorang nenek.

Responden B: seorang kanak-kanak perempuan, berumur 13 tahun, berada dalam Tingkatan 1.


Beliau telah tinggal dengan keluarga angkatnya sejak kecil.

DAPATAN KAJIAN

(a) Perbezaan dari segi pemenuhan keperluan asas


Hasil temubual dan pemerhatian selama 2 minggu, pengkaji mendapati kedua-dua responden ini
mengalami dilema dari perspektif keperluan asas fisiologi dan psikologi yang tidak dipenuhi.
Responden A menyatakan bahawa, “Saya akan main bola sepak dan bergurau dengan rakan-rakan
bagi menghilangkan rasa sunyi. Saya tunggu balik kampung untuk beritahu nenek apa yang saya
rasa atau masalah saya.”. Manakala responden B, “Saya selalu pergi tengok wayang pada hujung
minggu. Saya sangat suka membaca novel dan menulis cerpen. Jadi, mak (ibu angkat) akan hantar
ke bengkel penulisan pada cuti sekolah. Saya selalu berkongsi minat dan masalah dengan adik
beradik angkat terutama mak”.

Ini menunjukkan bahawa aktiviti harian yang dialami oleh kedua-dua responden ini jelas
berbeza. Responden A hanya melakukan aktiviti biasa (bermain bola) di mana beliau juga
menginginkan aktiviti-aktiviti seperti kanak-kanak lain. Apabila beliau ingin berkongsi perasaan
dengan orang yang tersayang, beliau tidak dapat melakukan perkara tersebut kerana perlu menunggu
sehingga cuti sekolah apabila dia dibenarkan balik kampung ke rumah neneknya. Maka, perasaan itu
terpaksa disimpan sementara waktu. Berbeza dengan responden B yang boleh melakukan aktiviti-
aktiviti kegemaran beliau dan mendapat sokongan penuh dari keluarga angkatnya pada setiap masa.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


130
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Selain itu, responden A mendedahkan dilema yang dialami ketika berada di rumah anak
yatim ialah dari segi makanan. Beliau berkata, “Saya tak suka makan ikan dan sayur. Tapi dekat sini
saya kena makan juga walaupun kadang-kadang saya teringin sangat nak makan masakan air
tangan mak atau nenek saya.” Responden B tidak ada dilema dari segi makanan kerana keluarga
angkatnya sangat faham makanan kegemarannya, dan dia tidak cerewet tentang makanan – dia akan
makan apa-apa menu yang disediakan setiap hari. Perasaan ini wujud kerana Responden B
merasakan dia adalah sebahagian daripada ahli keluarga angkatnya – maka dia tidak menaruh
perasaan ‘dibezakan’ atau ‘ditidakpedulikan’. Oleh itu dia mudah menerima apa sahaja yang
dimakan oleh keluarga angkatnya. Responden A, masih merasa dirinya ‘tersisih’ dan pihak rumah
jagaan tidak dapat melayan beliau lebih istimewa daripada yang lain-lain. Dia sendiri tidak dapat
mengatasi perasaan ‘terasing’ dan ‘tersisih’ dalam suasana di rumah jagaan tersebut. Maka, beliau
sentiasa akan teringat-ingat rumahnya sendiri dan neneknya. Hal ini mungkin sukar dihilangkan dari
diri Responden A, kerana beliau masih rapat dengan keluarga asalnya, walaupun hanya yang ada
ialah neneknya. Manakala Responden B, beliau tidak ingat langsung perihal suasana keluarga asalnya
kerana semasa dia diambil sebagai anak angkat, dia masih kecil.

Hasil analisis temubual menunjukkan kedua-dua responden menjalani kehidupan dalam


suasana yang berbeza. Responden A berada dalam suasana kehidupan yang penuh peraturan dan
disiplin. Beliau perlu mengikuti jadual yang ketat termasuk waktu tidur dan bangun tidur. Beliau
tidak boleh menetapkan sendiri jadual harian bahkan untuk tidur sekejap di siang hari pun beliau
tidak boleh lakukan – pada pandangannya “…tiada kebebasan langsung untuk lakukan apa-apa yang
kita suka di rumah jagaan ini, melainkan kena ikut peraturan”. Berbeza dengan Responden B yang
menjalani kehidupan lebih fleksibel dan bebas. Beliau boleh menetapkan dan membuat keputusan
sendiri untuk melakukan apa sahaja di rumah keluarga angkatnya.

Dari segi kewangan (pocket money) yang diterima untuk perbelanjaan makan di sekolah juga
berbeza. Responden A mengatakan, “Saya dapat wang saku yang sedikit dan jumlah tak sama setiap
kali. Jadi, dekat sekolah saya kenalah berjimat.” Manakala, responden B berkata, “Saya dapat duit
belanja RM5.00 sehari dan kadang-kadang bila saya nak beli apa-apa di sekolah, saya minta duit
lebih dari mak dan abah.”

(b) Perbezaan dari tekanan emosi


Dapatan kajian menunjukkan tekanan emosi yang besar dirasai oleh Ressponden A berbanding
Responden B. Responden A menunjukkan emosi yang agak keliru kerana beliau tidak dapat
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
131
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menzahirkan perasaan sebenar ketika berada di rumah anak yatim, mungkin kerana ketiadaan
seseorang yang dianggapnya boleh dipercayai. Namun begitu beliau cuba menyelindung perasaannya
– beliau memberi jawapan: “Saya tak rasa apa-apa sebab kalau ada apa-apa saya diam je. Saya
malas nak fikirkan masalah saya. Saya main bola je. Lagipun kalau kawan saya nak dengar…
barulah ada orang nak dengar, kalau tak diam je. Duduk sini ikut je lah [sahajalah] apa yang jadi.”
Responden A memberitahu bahawa kehidupan beliau di asrama anak yatim itu tidak dapat memberi
kegembiraan pada dirinya kerana dia ‘sentiasa rasa sunyi’ dan kadang-kadang ‘dibuli’ di rumah anak
yatim itu – “disuruh itu dan ini, dan kita terpaksalah buat”. Semasa di sekolah pula katanya, murid-
murid lain suka menyindir dan mengejek beliau.

Bagi Responden B, dia tidak merasa sebarang perasaan rendah diri atau diperkecilkan. Ini
kerana dia mempunya penjaga (mak dan ayah angkatnya) seperti ibu bapanya sendiri. Oleh itu,
murid-murid lain menghormatinya dan suka berkawan dengannya. Dari pemerhatian pengkaji,
Responden B memang seorang yang ceria dan tidak menunjukkan sebarang perasaan bimbang atau
muram kerana menurutnya, “saya puas hati dengan kehidupan bersama keluarga angkat saya.”
Semua keperluannya cukup lengkap seperti murid-murid lain yang bukan yatim. Hal ini
menyebabkan dia sentiasa berperasaan gembira dan muka yang ceria tertonjol pada wajahnya.
Responden B juga menyatakan, “Saya sangat gembira duduk bersama keluarga angkat, kalau saya
nak apa-apa atau ada masalah saya cakap sahaja pada mereka. Saya tak pernah lagi tak dapat apa
yang saya nak setakat ni. Saya tak nak duduk rumah anak yatim.” Menurut beliau lagi, beliau tidak
pernah mengalami masalah emosi sepanjang dipelihara dan semasa berada di sekolah. Rakan-rakan
tidak pernah mengejek berikutan status beliau sebagai seorang anak angkat.

(c) Perbezaan dari segi motivasi belajar


Hasil dari temubual dengan Responden A dan B, pengkaji mendapati tahap motivasi kedua-duanya
sangat berbeza. Responden A mempunyai motivasi dan efikasi kendiri yang rendah kerana tidak
mendapat penghargaan, perhatian dan bimbingan semasa berada di rumah anak yatim. Selain itu,
beliau tidak mempunyai cita-cita yang tetap kerana tidak mendapat pendedahan dan sokongan
sewajarnya. Menurut beliau, “Saya tidak pernah dapat pujian atau hadiah kalau saya periksa ke atau
menang pertandingan apa-apa dekat sekolah. Dulu masa mama hidup lagi, mama selalu beli hadiah.
Sekarang saya tak dapat apa-apa.” Apabila ditanya tentang cita-cita dan matlamat hidupnya, dia
memberitahu, “Saya tak tahu nak jadi apa. Tahun ni saya macam nak jadi pemain bola sepak.”
Responden B pula didapati mempunyai motivasi dan efikasi kendiri yang tinggi kerana sering
mendapat ganjaran dan kemudahan untuk belajar dengan baik seperti dapat menghadiri kelas tuisyen
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
132
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

persendirian dan peluang pergi ke sana sini bersama keluarga angkatnya. Beliau bercita-cita menjadi
seorang doktor pakar kanak-kanak dan ingin menulis buku. Tujuannya ialah untuk menggembirakan
kanak-kanak melalui penulisannya. Responden B telah dibesarkan dalam keluarga yang kasih dan
sayang kepadanya, sehingga lahir cita-cita murni dan tahap motivasi belajar yang tinggi. Pernyataan
beliau semasa ditemubual, “Saya sejak kecil lagi bercita-cita untuk menjadi orang yang boleh
membantu dan menggembirakan orang lain. Saya nak jadi doktor pakar kanak-kanak yang boleh
menulis novel dengan baik. Saya nak kanak-kanak yang saya rawat happy sebab baca buku saya.
Kalau ada kanak-kanak yang senasib dengan saya, saya akan pastikan mereka lagi happy. Mak
angkat saya selalu pesan supaya hidup biar bermakna. Jangan buat jahat dengan orang. Selalu
bantu orang yang kurang bernasib baik. Belajar rajin-rajin dan mak selalu berdoa serta solat hajat
untuk saya. Setiap kali saya periksa, mak tak bangun dari tikar sejadah.”

(d) Perbezaan dari segi pencapaian akademik


Hasil temubual bersama guru-guru kelas dan guru mata pelajaran kedua-dua orang responden kajian
ini menunjukkan banyak perbezaan dari segi pencapaian akademik kanak-kanak yatim ini. Keputusan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga membuktikan tahap perbezaan antara pencapaian
akademik mereka. Responden A mendapat 2B, 1C, dan 3D, manakala Responden B mendapat 6A.
Guru kelas Responden A memberitahu, “Responden A tidak aktif dalam kelas. Beliau merupakan
seorang murid yang pendiam dan tidak bertanya sebarang soalan walaupun beliau tidak faham
semasa belajar. Beliau suka tidur di dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja rumah. Keseluruhan
pencapaian beliau adalah pada tahap minimum sahaja.” Manakala guru kelas Responden B
melaporkan bahawa responden B menunjukkan kecemerlangan di dalam pencapaian akademik. Guru
kelas beliau menyatakan, “Responden B melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan bersaing
secara sihat dengan rakan sekelas untuk mendapatkan tempat terbaik di dalam peperiksaan. Selain
itu, beliau juga mewakili sekolah di dalam aktiviti ko-akademik seperti Pertandingan “Spell-it-
Right” dan “Kalam Jamaie”. Saya suka perangai beliau yang mendengar kata dan baik. Beliau
tidak pernah menimbulkan masalah di sekolah setakat ini.”

Apa yang boleh dibezakan di antara kedua-dua responden ini ialah Responden A tidak
pernah mendapat sokongan dan dorongan dari penjaganya, manakala Responden B sentiasa
mendapat galakan dan dorongan yang ikhlas dan merangsangkan dari keluarga angkatnya sehingga
dapat memberi kesedaran kepadanya untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan dalam
akademik, dan pada masa hadapan.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


133
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

(e) Perbezaan dari segi sikap dan peribadi


Responden A mempunyai tingkah laku yang baik dan berdisiplin kerana beliau terikat dengan
peraturan ketat di rumah anak yatim. Beliau boleh berdikari, dan mempunyai kemahiran sosial yang
tinggi kerana beliau selalu terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti majlis keagamaan dan
khidmat masyarakat. Hasil temubual bersama pegawai rumah anak yatim menunjukkan, “Responden
A baik orangnya. Beliau berdisiplin dan jarang timbulkan masalah besar kepada kami... walaupun
dia pendiam tapi dia bukanlah kera sumbang. Dia pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan-
kawan di sini. Kami pun selalu pergi ke rumah-rumah jemputan untuk bacaan Yaasin atau kenduri.
Kami juga selalu ke rumah orang tua-tua untuk aktiviti sosial di sana.” Berbeza dengan Responden
B yang menjalani kehidupan yang privasi. Oleh itu, beliau tidak suka bersosial dan tidak mempunyai
ramai kawan. Beliau lebih suka bersendirian di dalam bilik dan menghabiskan masa dengan
membaca buku. Hasil temubual bersama ibu angkatnya menunjukkan, “Responden B memang suka
duduk dalam bilik, asyik baca buku dan menulis. Hasil penulisan dia bagus. Saya tengok dia tak suka
sangat keluar rumah untuk melepak dengan kawan-kawan di taman ini.”

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara antara jati diri dua orang anak yatim
yang tinggal di rumah anak yatim dan yang tinggal di rumah bersama keluarga angkat. Menurut Teo
Kok Seng (2015) jati diri peribadi melibatkan sifat diri, perwatakan baik yang asli, tulen atau luhur.
Sifat-sifat tersebut dimanisfestasikan menerusi cara seseorang berfikir, bertingkah laku dan
berketerampilan dalam menonjolkan diri.

Dalam kajian kes ini, Responden A yang tinggal di rumah anak yatim menjalani kehidupan
tanpa kebebasan peribadi, maka dia mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik berbanding
Responden B. Semasa berada di rumah anak yatim, dia perlu berkongsi pelbagai kemudahan yang
ada dengan penghuni-penghuni yang lain. Aktiviti seharian Responden A seperti belajar dan bermain
semuanya melibatkan rakan-rakan yang tinggal bersama di asrama. Responden A juga menunjukkan
tahap disiplin yang tinggi. Dia menjalani kehidupan dengan mengikuti jadual dan peraturan yang
ketat, bermula dari awal pagi sehingga ke waktu tidur. Dari aspek emosi, Responden A merasai dan
memahami erti kesunyian hidup kerana menjadi yatim sejak berusia 6 tahun. Apa yang dirasai oleh
Responden A adalah sama seperti apa yang disebut oleh Nelson, et al. (2007, 2014), bahawa beliau
sukar membina perhubungan utuh (a trustful relationships) dengan orang lain.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


134
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Seperti yang dinyatakan oleh Asmawati (2009), ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat
sekitar merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada pembentukan akhlak dan jati diri
kanak-kanak. Dalam kajian kes ini, Responden B menjalani kehidupan sebagai seorang anak manja
dan mempunyai banyak kebebasan peribadi semasa berada di rumah bersama keluarga angkat.
Responden B tidak merasa dia sebagai anak yatim kerana dia mendapat kasih sayang dari keluarga
angkat sama seperti keluarga sendiri. Dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain kerana telah
diangkat sejak lahir lagi. Dalam kajian kes ini, Responden B sangat suka membaca berbanding
Responden A kerana mendapat sokongan dan galakan sepenuhnya dari keluarga angkat. Hasil dari
tabiat membaca yang meluas menjadikan Responden B mempunyai matlamat hidup yang jelas iaitu
mahu menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak dan dalam masa yang sama ingin menjadi seorang
penulis novel. Manakala Responden A pula tidak dapat menetapkan matlamat hidup dan cita-cita
dengan jelas kerana dia perlu lebih banyak berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa
bimbingan – yang tidak berlaku di rumah jagaan tempat dia tinggal.

Tottenhem et al. (2013) menjelaskan apabila kepintaran semulajadi individu (IQ) dijana
sepenuhnya menerusi faktor-faktor pemangkin seperti persekitaran dan intrapersonal, ianya akan
menjadikan individu tersebut cemerlang dan berbakat. Dalam kajian kes ini, Responden B yang
tinggal dengan keluarga angkat menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
berbanding Responden A yang tinggal di rumah anak yatim.

Hasil kajian kes ini telah dapat menonjolkan perbezaan besar di antara kedua-dua anak yatim
ini, seorang tinggal di rumah jagaan anak yatim dan seorang lagi tinggal bersama keluraga angkat.
Perbezaan ini wujud disebabkan tempoh masa mereka menjadi yatim, persekitaran dan keprihatinan
penjaga yang menjaga mereka serta cara mereka dibesarkan. Responden B adalah lebih beruntung
berbanding Responden A.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

(i) Implikasi kepada pihak rumah anak yatim.


Pakar psikologi perkembangan kanak-kanak, Erik Erikson (dalam Fleming, 2004, 2008) memberi
gambaran bahawa individu yang beridentiti memiliki ciri-ciri keyakinan dan estim kendiri yang
tinggi. Justeru, pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak yatim perlulah prihatin
kepada keperluan kanak-kanak ini yang kadang-kala memerlukan kebebasan peribadi dalam
kehidupan mereka. Kanak-kanak di rumah jagaan anak yatim perlu didedahkan dengan kemudahan
yang boleh membantu mereka mengetahui potensi dan identiti diri sendiri. Para penjaga yang berada

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


135
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

di rumah anak yatim ini juga perlu meluangkan lebih masa secara individu dengan penghuni untuk
lebih memahami keperluan asas dan emosi kanak-kanak yatim yang pelbagai.

(ii) Implikasi kepada keluarga angkat.


Keluarga angkat kepada seorang anak yatim perlu sentiasa memberikan kasih sayang sepenuhnya
tanpa berbelah bagi. Lynch et al. (2009) mentakrifkan penjagaan oleh keluarga sebagai ‘primary
care’ yang mempunyai hubungan intim dan saling bergantungan. Kanak-kanak yang dijaga dengan
penuh kasih sayang akan mewujudkan kesejahteraan dalam dirinya sendiri dan juga mewujudkan
kesejahteraan terhadap keluarga angkat tersebut.

(iii) Implikasi kepada pihak yang menguruskan keluarga angkat.


Pihak ini perlu memastikan kanak-kanak yatim segera diletakkan dalam keluarga angkat semasa
mereka masih kecil. Proses pengangkatan kanak-kanak perlu diperbaiki supaya tidak mengambil
masa terlalu panjang untuk membolehkan seseorang kanak-kanak yatim segera diangkat ke dalam
keluarga yang benar-benar penyayang. Selain proses pengangkatan yang rumit, masyarakat di
Malaysia cenderung untuk mengambil anak angkat yang baru dilahirkan dan bukannya kanak-kanak
yang sudah membesar. Ini adalah juga langkah yang baik, dan pihak berwajib hendaklah membantu
inisiatif ini. Namun demikian, kanak-kanak yatim yang sudah besar dan remaja juga perlukan
keluarga angkat sebagai tempat bergantung dan bermanja, maka pihak berwajib hendaklah juga
berusaha mencari keluarga angkat yang sudi menjadikan kanak-kanak dan remaja ini sebagai anak
angkat dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.

PENUTUP

Pengkaji sangat menyokong institusi atau organisasi yang membantu mencari keluarga angkat
penyayang kepada kanak-kanak yatim. Pihak-pihak tertentu seperti selebriti atau tokoh akademik
boleh memberi penerangan dalam mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai keperluan
kanak-kanak yatim tinggal bersama keluarga angkat yang penyayang. Pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat juga perlu mengadakan kempen bagi memudahkan masyarakat mendapat maklumat
mengenai proses pengangkatan kanak-kanak. Pihak rumah kebajikan anak-anak yatim perlu
menambah kakitangan bagi membantu kehidupan dan perkembangan kanak-kanak yang tinggal di
situ. Kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih dan mesra dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Pada usia yang masih mentah, kanak-kanak perlu dipantau dengan teliti oleh penjaga-
penjaga di rumah kebajikan dari segi keperluan asas, emosi dan sosial serta pendidikan. Penjaga-

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


136
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

penjaga di rumah kebajikan kebiasaannya hanya dapat membantu kanak-kanak dari segi pengurusan
diri. Mereka tidak memiliki kepakaran dari segi psikologi kanak-kanak terbabit. Pihak berkaitan
perlu melantik kaunselor atau ahli psikologi untuk melawat pusat kebajikan anak-anak yatim secara
berkala bagi membantu mereka dari segi emosi. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bersesuaian
dengan situasi yang telah dialami oleh kanak-kanak terutamanya bagi kes kehilangan ibubapa dengan
cara yang tragik.

Pengkaji menyeru masyarakat untuk menyumbang dana ke pusat-pusat jagaan anak yatim
bagi tujuan melengkapkan prasarana dan keperluan kanak-kanak. Prasarana asas yang baik amat
kekurangan di kebanyakan rumah jagaan kanak-kanak yatim di Malaysia. Dengan adanya sumbangan
dari orang ramai, sekurang-kurangnya anak-anak yatim dapat menjalani kehidupan yang baik dan
selesa, walaupun tidak sebaik mereka yang tinggal dengan keluarga sempurna.

Akhir sekali, guru-guru di sekolah perlu lebih peka kepada anak-anak yatim yang tinggal di
rumah kebajikan. Mereka juga harus mengambil tahu mengenai kemudahan yang ada di rumah
kebajikan terbabit. Jika guru mendapati bahawa tahap perkembangan anak yatim ini tidak
memuaskan, mereka boleh membantu kanak-kanak ini. Apa-apa bentuk bantuan yang ada di sekolah
boleh disalurkan kepada kanak-kanak ini. Selain itu, kanak-kanak yang dilihat terjejas dari aspek
emosi boleh dirujuk kepada kaunselor yang ada disekolah.

Kajian kes mengenai perbandingan antara dua anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim
dan yang tinggal di rumah keluarga angkat ini telah memberikan satu gambaran yang terperinci
mengenai perbezaan yang wujud dalam kehidupan kanak-kanak yatim. Sebagai anggota masyarakat
yang bertanggungjawab, kita haruslah sedar dan berusaha untuk memberikan bantuan yang terbaik
kepada anak-anak yatim yang menghadapi dilema dalam hidup mereka. Setiap kanak-kanak perlukan
kasih sayang dan perlindungan dari keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN

Asmawati Suhid (2009). Pendidikan Akhlak dan Adab Islam, Konsep dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Berridge, et al., (1997) dalam Brodie, I. (2000). Children's Homes and School Exclusion:
Redefining the Problem. Support for Learning. Vol.15, Issue 1, February 2000. Pp.
25–29 DOI: 10.1111/1467-9604.00138

Dorsey, S., Lucid, L., Murray, L., Bolton, P., Itemba, D., Manongi, R., and Whetten,
K.(2015). A Qualitative Study of Mental Health Problems among Orphaned Children
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
137
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

and Adolescents in Tanzania, Journal of Nervous and Mental Disease. 2015 Nov;
203(11): 864–870.

Fleming, J.S. (2004, 2008). Psychological Perspectives on Human Development, Chapter 6:


Erikson’s Psychosocial Developmental Stages.
http://www.swppr.org/Textbook/Contents.html
Fulcher, M. (2011). Individual differences in children’s occupational aspirations as a
function of parental traditionality. Sex Roles, 64, 117-131.

Gee, D.G., & Tottenham, N. (2013). Early Maternal Deprivation and Human Amygdala-
Prefrontal Cortex Development. Developmental Affective Neuroscience Laboratory
https://adaa.org/sites/default/files/Gee_307.pdf.

Kelley, M. C., Brazg T., Wilfond, B. S., Lengua, L. J., Rivin, B. E., Martin-Herz, S. P.
dan Diekema, D. S. (2016). Ethical challenges in research with orphans and
vulnerable children: a qualitative study of researcher experiences. International
Health. 2016 May, 8 (3):187-96. Doi: 10.1093/inthealth/ihw020.

Lynch, K., Baker, J. & Lyons, M. (2009). Affective Equality. Love, Care and Injustice.
London: Palgrave Macmillan.

Nelson, C. A., Zeanah, C. H., Fox, N. A., Marshall, P. J., Smyke, A. T., and Guthrie, D.
(2007). Cognitive recovery in socially deprived young children: the Bucharest Early
Intervention Project. Science, 318 (5858), 1937–2940.

Nelson, C. A., Fox, N. A., and Zeanah, C. H. (2014). Romania's abandoned children:
Deprivation, brain development, and the struggle for recovery. Cambridge, MA:
Harvard University Press.

Shumow, L. and Miller, J. D. (2001). Parents’ at-home and at-school academic involvement
with young adolescents. Journal of Early Adolescence. Volume 21, Issue1, pp.68-91.
Teo Kok Seong (2013). Membentuk jati diri kebangsaan dalam PPPM: Dasar mampu
merangsang perasaan kebersamaan, kesetiaan kepada negara.Berita Harian 2
Oktober. Retrieved:http://tmsabli.tumblr.com/post/62950818943/membentuk-jati-
diri-kebangsaan-dalam-pppm

Tottenham, N., Hare, T. A., and Casey, B. J. (2011). Behavioral assessment of emotion
discrimination, emotion regulation, and cognitive control in childhood, adolescence,
and adulthood. www.frontiersin.org. March 2011, Volume 2, Article 39.

LAPORAN BERITA:

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


138
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

BERNAMA: Jun 27, 2017. “Anak yatim piatu Amira dan Aqila masih dibayangi kesedihan”.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-yatim-piatu-amira-dan-aqila-
masih-dibayangi-kesedihan-147523

BERITA ONLINE: 04 Mei 2017. “Anak-anak yatim adalah amanah untuk saya”
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/anak-anak-yatim-amanah-untuk-saya-
1.477293

Sinar Online: 11 Januari 2017. “Ujian hidup tanpa bapa tercinta.”


HTTP://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/EDISI/TERENGGANU/UJIAN-HIDUP-
TANPA-BAPA-TERCINTA-1.609638

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


139
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

DILEMA IBU TUNGGAL BEKERJA DALAM MEMBESARKAN ANAK-ANAK

Philina Anak Adau, Rima Wani Binti Merin


Vornicca Sani Anak Medan dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kajian kes ini dijalankan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal yang bekerja
dalam membesarkan anak-anak dan bagaimana masalah ini memberi kesan kepada perkembangan
emosi dan pembelajaran anak-anak mereka. Kaedah pengumpulan data ialah melalui temubual dan
pemerhatian. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang ibu tunggal yang mempunyai dua orang
anak, berumur lima dan enam tahun. Temubual mendalam telah dijalankan dengan responden untuk
memahami cabaran dan masalah yang dihadapi mereka setiap hari terutama dalam membimbing
anak-anak. Manakala kaedah pemerhatian dijalankan terhadap dua orang anak-anak responden
semasa mereka di tadika. Dapatan kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu
tunggal yang bekerja dalam kajian ini ialah kewangan dan masa. Kedua-dua mereka merasakan
mereka perlu bekerja untuk menyara anak-anak. Oleh itu mereka kesuntukan masa untuk melayan
dan memberi perhatian kepada anak-anak. Kesannya, anak-anak tidak mendapat tunjuk ajar yang
sempurna semasa di rumah, dan keadaan ini telah menjejaskan tingkah laku, personaliti dan
pencapaian akademik kanak-kanak. Justeru, kajian ini mencadangkan supaya golongan ibu tunggal
yang bekerja perlu mempunyai seseorang ahli keluarga lain, misalnya ibu atau bapa sendiri atau
keluarga terdekat untuk membantu membimbing anak-anak semasa mereka bekerja. Ibu tunggal juga
perlu merancang masa berkualiti untuk anak-anak mereka. Hubungan erat antara ibu dan anak
adalah kritikal dalam membentuk tingkah laku positif, emosi sejahtera dan pencapaian akademik
yang baik bagi anak-anak.

Kata kunci: Isu-isu pendidikan awal kanak-kanak, kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu tunggal
yang bekerja, cabaran ibu tunggal, masa berkualiti.

PENGENALAN

Masyarakat umum berpendapat bahawa keluarga ibu tunggal sebagai keluarga pincang kerana ia
tidak mampu berfungsi sebagai keluarga asas. Hal ini kerana, keluarga tersebut hanya diketuai oleh
ibu seorang sahaja tanpa sokongan dari seorang bapa. Bagi ibu tunggal yang bekerja, masalah
memelihara dan membesarkan anak adalah lebih rumit dan perlu mendapat sokongan dari pihak-
pihak lain. Kajian menunjukkan keluarga yang hanya diketuai oleh ibu atau bapa tunggal mempunyai
beberapa kekurangan dari aspek perhubungan intim dengan anak kerana mereka sering kesuntukan
masa yang berkualiti untuk bersama dengan anak-anak mereka. Menurut Mooney et al. (2009) dan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


140
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Nurul ‘Aqidah Binti Moklis (2014), ibu atau bapa tunggal terpaksa bekerja kuat dan lebih masa untuk
menyara keluarganya dan masa yang ada sangat terhad.

Isu ibu tunggal bukanlah suatu isu baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mendapati terdapat 235,240 ibu tunggal di seluruh negara,
tetapi hanya 83,775 yang berdaftar dengan JKM (Berita Harian, 11 Februari 2016). Kebanyakan
kisah ibu tunggal ini seringkali dipaparkan melalui media massa. Bagi ibu tunggal Jamelah Musah
52, pengalaman membesarkan anak-anak seramai 10 orang tanpa suami merupakan sesuatu yang
sukar dilakukan tanpa diiringi dengan sifat sabar dan tabah dalam dirinya (Sinar Harian, 2015).
Melalui laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menunjukkan ibu tunggal yang
mempunyai anak yang ramai biasanya tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan prasekolah kerana
tidak mampu menanggung kos pendidikan yang tinggi (Sinar Harian, 2016). Oleh itu, tidak hairanlah
sekiranya terdapat keluarga ibu tunggal yang berada dalam kelompok kemiskinan sekaligus tidak
mampu menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan pendidikan yang baik kepada anak-anak. Hal
ini sangat merugikan bagi kanak-kanak, dan hal ini pasti akan menjejaskan masa hadapan mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan demi kesedaran pengkaji untuk mengenengahkan isu-isu berkaitan dilema yang
dihadapi oleh ibu tunggal dan membetulkan pandangan guru-guru sekolah dan orang ramai yang
tidak menyedari perihal kesulitan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga
ibu tunggal - mengapa mereka mempunyai tingkah laku dan taraf pendidikan yang tidak seperti
diharapkan. Kajian kes ini difokuskan kepada golongan kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu
tunggal yang bekerja sahaja, kerana populasi bagi golongan ibu tunggal yang bekerja lebih ramai
daripada yang tidak bekerja. Situasi ini sering menjadi dilema kepada ibu tunggal dalam
membahagikan masa antara keluarga atau kerjaya. Selain itu, keadaan ekonomi sekarang yang
semakin meningkat menyebabkan golongan ibu tunggal mengambil langkah untuk bekerja demi
menyara dan membantu keluarganya. Seperti dilaporkan dalam Sinar Harian (12 Jun 2015),
misalnya, Zaharah Ishak, 45, menyetakan dia terpaksa bekerja kerana menyara anak-anaknya:
katanya, “saya terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah dengan hasil
jualan yang diperoleh antara RM300 hingga RM400 sebulan”. Kebanyakan ibu tunggal mempunyai
pendapatan yang kecil dan merupakan pencari rezeki yang tunggal.

Masalah tingkah laku anak-anak merupakan antara cabaran yang terpenting perlu ditangani
oleh ibu tunggal. Apabila mereka terpaksa bekerja, masa untuk mendidik anak-anak menjadi semakin

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


141
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

terhad, maka anak-anak akan terbiar dan akhirnya bertingkah laku negatif dan lemah dalam
pelajaran. Tetapi ini bukan bermakna tidak ada anak-anak yang berjaya dari keluarga ibu tunggal,
hanya kajian ini ingin menonjolkan bagaimana pahit getir yang dirasai oleh ibu tunggal yang terpaksa
bekerja demi masa hadapan anak-anak. Justeru, kajian kes mengenai dilema ibu tunggal yang bekerja
disamping bertanggungjawab membesarkan anak-anak ini adalah amat relevan dilaksana dan
dilaporkan. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan keluarga ibu tunggal
miskin ke arah kehidupan yang lebih baik, sekaligus menjamin masa hadapan anak-anak setelah
ketiadaan dan kehilangan tempat bergantung.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal yang bekerja dalam
membesarkan anak-anak. Kajian ini juga meneliti sejauhmana dilema yang dihadapi oleh ibu tunggal
yang bekerja memberi kesan terhadap tahap pencapaian akademik dan tingkah laku kanak-kanak
yang berada di bawah jagaan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal yang bekerja dalam
membesarkan anak-anak.
2. Untuk mengenalpasti tahap pencapaian akademik kanak-kanak yang di besarkan oleh ibu
tunggal yang bekerja.
3. Untuk mengenalpasti tingkah laku kanak-kanak yang di besarkan oleh ibu tunggal yang
bekerja.
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal yang bekerja dalam membesarkan anak-
anak?
2. Bagaimanakah tahap pencapaian akademik kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu tunggal
yang bekerja?
3. Bagaimanakah tingkah laku kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu tunggal yang bekerja?

KAJIAN LITERATUR

Wan Halim Othman (1995) dan Hamit et al. (2010) mendefinisikan ibu tunggal sebagai wanita yang
telah diceraikan suami atau wanita yang kematian suami. Wanita berkenaan hidup tanpa kehadiran
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
142
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

suami dan dia bertanggungjawab mendidik, membimbing, menjaga, membiaya dan membesarkan
anak-anaknya. Menurut Majzub & Karim (1999), faktor utama menjadi ibu tunggal adalah kematian
suami, penceraian, ditinggalkan suami atau ‘digantung tidak bertali’, dan suami kurang upaya atau
uzur sehingga tidak dapat mencari nafkah untuk keluarganya. Selain daripada berstatus balu dan
janda, wanita yang menjadi ketua keluarga, mengurus dan membesarkan anak secara bersendirian
juga dikategorikan sebagai ibu tunggal (Sufean & Jamaludin, 2006). Oleh kerana tiada sumber
pendapatan lain, maka kebanyakan ibu tunggal terpaksa bekerja.

Kesusahan isi rumah ibu tunggal adalah berkaitan dengan kewangan: iaitu kesulitan
makanan, tempat tinggal, perubatan dan pembayaran utiliti (Faizah & Azian, 2013). Ibu tunggal
miskin dan rendah pendidikan adalah yang paling teruk mengalami tekanan fizikal dan mental
menurut Ananglangka Mad Kassim (2011). Golongan ini memerlukan sokongan daripada ahli
keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan pihak kerajaan kerana selain berdepan pelbagai kesukaran
kewangan (Faizah & Hazirah, 2013), mereka turut mengalami kemurungan (Afifi et al., 2006), dan
tekanan perasaan dan kesunyian (Rosmiza, 1997 dalam Hamid et al., 2010). Hal ini kerana stigma
negatif masyarakat terhadap ibu tunggal (Crosier, 2007; Faizah & Hazirah, 2013; Faizah & Azian,
2013) dan masalah berkaitan anak-anak (Ainun, 1997 dalam Diyana, 2009; Nor Hafizah et al., 2017)
menambahkan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal. Pandangan serong dan stigma negatif
masyarakat terhadap golongan ini memburukkan lagi keadaan emosi ibu tunggal (Crosier, 2007;
Faizah & Hazirah, 2013; Faizah & Azian, 2013).

Selain itu, kebanyakan keluarga ibu tunggal didapati hidup susah kerana tiada sokongan
ekonomi daripada pihak bapa. Situasi ini boleh menyebabkan perbelanjaan harian tidak dapat
dipenuhi terutamanya perbelanjaan untuk keperluan persekolahan anak. Manakala kekurangan
sumber pembelajaran boleh mengurangkan minat anak-anak untuk belajar dan seterusnya
menjejaskan pencapaian akademik mereka. Biasanya, kanak-kanak dari keluarga begini mudah
berhenti sekolah kerana merasakan keperluan hidup mereka kurang diberi keutamaan disebabkan
faktor kemiskinan keluarga (Faizah & Azian, 2013).

Menurut Jones et al. (2003) dan Faizah & Hazirah (2013), kesusahan hidup keluarga ibu
tunggal memberikan kesan besar kepada anak-anak. Kesan daripada keluarga yang tidak terurus,
menjadidkan anak-anak cenderung mengalami masalah tingkah laku dan berkemungkinan tercicir
daripada sekolah. Kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal yang bekerja berkemungkinan
bertingkah laku di luar jangkaan atau agresif disebabkan pengaruh persekitaran keluarga.
Kekurangan hubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


143
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

perubahan tingkah laku seseorang individu. Persekitaran keluarga yang bermasalah seperti wujud
konflik dalam keluarga, dan perhubungan keluarga yang tidak mesra boleh menjejaskan
kesejahteraan kanak-kanak (Mustari, et al., 2004; Mooney et al., 2009; dan Nurul ‘Aqidah Binti
Moklis, 2014). Konflik yang berlaku dalam keluarga juga boleh menyebabkan kestabilan emosi
anak-anak turut terganggu. Apatah lagi bagi anak-anak dari kelompok ibu tunggal bekerja yang
sentiasa tiada masa untuk diluangkan kepada anak-anak, akibatnya kanak-kanak mengalami
ketidakstabilan emosi dan kemurungan atau sebaliknya menjadi agresif dan destruktif (Nurul
‘Aqidah Binti Moklis, 2014). Justeru, kanak-kanak dari keluarga ibu atau bapa tunggal lebih
cenderung mengalami masalah tingkah laku dan rendah pencapaian akademik berbanding kanak-
kanak yang dibesarkan dalam keluarga dua ibu dan bapa.

Kebanyakkan anak-anak dari keluarga ibu tunggal cenderung mempunyai perasaan rendah
diri jika berbanding dengan kanak-kanak yang datang dari keluarga normal (Ahmad, 2006; Isahak et
al., 2009). Hal ini dikesan daripada ketiadaan bapa dalam membimbing mereka untuk menjalani
kehidupan seperti kanak-kanak lain. Perasaan rendah diri yang wujud dalam kalangan kanak-kanak
yang dibesarkan oleh ibu tunggal menyebabkan mereka memilih untuk mengasingkan diri, tidak suka
berkawan, dan tiada keyakinan dalam pelajaran. Justeru, perhatian dan kasih sayang yang diperlukan
oleh kanak-kanak mempengaruhi disiplin dan tingkah laku mereka. Jika perubahan tingkah laku
dalam kalangan anak-anak tidak disedari oleh ibu tunggal, maka ia akan mempengaruhi masa
hadapan mereka.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja juga mempengaruhi emosi ibu tunggal kerana tugas-
tugas yang banyak perlu disiapkan. Segelintir ibu tunggal yang tidak dapat menguruskan emosi
dengan baik akan bertindak di luar kawalan dan melepaskannya kepada anak-anak apabila balik dari
kerja. Azizi (2008) menjelaskan mengenai emosi yang tidak seimbang sebagai penyebab kepada
berlakunya pengabaian dan penderaan kanak-kanak oleh ibu mereka sendiri. Anak-anak yang masih
kecil dan belum mengerti akan situasi yang dihadapi oleh ibu mereka menjadi mangsa keadaan. Ibu
tunggal terpaksa menghadapi cabaran yang besar dalam membentuk sistem dan pengurusan emosi
yang baik supaya masalah-masalah sebegini tidak melemahkan mereka dalam membesarkan anak-
anak. Oleh itu, keseimbangan dan kestabilan emosi amat penting bagi ibu tunggal yang bekerja
terutamanya dalam konteks membesarkan anak-anak dan berhadapan dengan perubahan yang berlaku
dari semasa ke semasa.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


144
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan kaedah temubual dan pemerhatian untuk
mengumpul data/maklumat. Reka bentuk kajian ditunjukkan dalam Rajah 1.

Kesan
terhadap
Masalah ibu tunggal Temu bual berstruktur Tingkah laku anak
yang bekerja: dengan ibu tunggal

Ibu Tunggal1 Pemerhatian kanak-kanak


Ibu Tunggal 2 di tadika Pencapaian
Kesan akademik anak
terhadap

Rajah 1. Reka bentuk Kajian

Responden kajian terdiri daripada dua orang ibu tunggal yang bekerja dan dua orang anak-anak
mereka, yang sedang belajar di sebuah tadika di Subang Jaya, Selangor.

Profil responden ibu tunggal 1 dan anaknya:


Berumur 28 tahun, berasal dari Sarawak; bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Subang
Jaya; taraf pendidikan – STPM; sudah bercerai dengan suami selama 3 tahun.
Nama anak: Keith (bukan nama sebenar)
Jantina: lelaki
Umur: 5 tahun

Profil responden ibu tunggal 2 dan anaknya:

Berumur 31 tahun, berasal dari Selangor; bekerja sebagai jurujual di sebuah kompleks
membeli belah di Subang Jaya; taraf pendidikan – Diploma; kematian suami ketika anak
berumur 3 tahun (telah menjadi balu & ibu tunggal selama 3 tahun).
Nama anak: Jayden Chai (bukan nama sebenar)
Jantina: lelaki
Umur: 6 tahun

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


145
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pengumpulan data/maklumat

Untuk mengutip data, pengkaji telah menggunakan kaedah temubual berstruktur dan pemerhatian
terbuka. Temubual telah dijalankan sebanyak 3 kali dalam tempoh 2 bulan. Berikut ialah soalan-
soalan yang ditanyakan kepada kedua orang ibu tunggal yang bekerja menggunakan protokol
temubual secara beretika.

Protokol temubual: Pengkaji memperkenalkan diri; pengkaji memaklumkan tujuan kajian ini
dijalankan dan bagaimana maklumat temubual ini akan digunakan dan aspek kerahsiaan maklumat
yang diberikan oleh responden; pengkaji memohon kebenaran menemubual dan membuat
pemerhatian terhadap anak-anak responden. Pengkaji juga berjanji akan memberikan salinan
transkrip temubual kepada responden.

Soalan-soalan temu bual:

1. Mengapa puan bekerja? Adakah puan bimbang tentang kewangan puan dan anak puan?
2. Bagaimanakah cara puan melayan dan mendidik anak puan di rumah?
3. Adakah puan memahami perasaan anak puan?
4. Bagaimanakah sikap puan terhadap pelajaran anak puan? Adakah puan membantunya
dalam pembelajaran di rumah? Apakah harapan puan untuk masa hadapan anak puan?
5. Apakah lain-lain masalah yang puan hadapi?

Pemerhatian telah dijalankan terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun
(anak-anak responden) semasa mereka berada di tadika. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti
tingkah laku, keadaan emosi dan sosial, dan status pencapaian akademik mereka.

DAPATAN KAJIAN

Petikan temubual dengan responden ibu tunggal diberikan di bawah ini:

Responden 1 (ibu Keith)

Soalan 1: Mengapa puan bekerja? Adakah puan bimbang tentang kewangan puan dan anak puan?

Jawapan Responden 1: Sejujurnya, saya perlu bersabar dan bekerja keras untuk menyara kehidupan
saya dan anak saya. … Saya perlu bekerja keras kerana saya hanya bergantung pada diri sendiri
setelah berlakunya penceraian ini.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


146
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Yuran yang dikenakan di sekolah mahal kerana saya menghantar anak saya dari pagi hingga ke
petang. Saya tiada pilihan lain.

Soalan 2: Bagaimanakah cara puan melayan dan mendidik anak puan di rumah?

Jawapan Responden 1: Saya sentiasa berfikir bahawa anak saya adalah tanggungjawap saya yang
perlu saya jaga kerana saya adalah ibu dan saya juga ayah kepada anak saya… Apabila anak saya
tidak mendengar nasihat, saya berpura-pura mengambil rotan dan biasanya dia akan diam dan
meminta maaf. Saya biasanya tidak menghukum, saya cuma tegas dalam menasihati anak saya.

Soalan 3: Adakah puan memahami perasaan anak puan?

Jawapan Responden 1: Keith suka menonton televisyen. Dia seorang yang pendiam. Dia sudah
boleh urus diri sendiri, mandi dan makan sendiri tanpa disuap. Anak saya agak manja sedikit….
hubungan saya dengan anak saya amat rapat.

Soalan 4: Bagaimanakah sikap puan terhadap pelajaran anak puan? Adakah puan membantunya
dalam pelajaran di rumah? Apakah harapan puan untuk masa hadapan anak puan?

Jawapan Responden 1: Saya bekerja pada hari Isnin hingga Sabtu, hanya hari Ahad sahaja masa
yang dapat diluangkan bersamanya. …saya akan membantunya menyiapkan kerja sekolah. Kadang-
kadang kami melakukan aktiviti riadah. Saya tidak mahu anak saya terlalu tertekan terhadap
pelajarannya kerana bagi saya dia masih terlalu muda untuk menumpukan perhatian sepenuhnya
dalam pelajaran.

Soalan 5: Apakah lain-lain masalah yang puan hadapi?

Jawapan Responden 1: Setelah bercerai dengan suami, saya merasakan bahawa dunia saya terhenti
seketika … sekarang tanpa seorang suami dan bapa yang menjadi tulang belakang dalam keluarga
kami...saya sentiasa bimbangkan Keith, bagaimana kami akan menghadapi hidup ini seterusnya.
Saya sibuk bekerja, tidak ada banyak masa untuk anak saya dan dia terpaksa berada di tadika
sepanjang hari, tentu dia juga rasa bosan dan rindukan sebuah keluarga bahagia seperti kawan-
kawan yang lain…

Responden ibu tunggal 2 (ibu Jayden Chai)

Soalan 1: Mengapa puan bekerja? Adakah puan bimbang tentang kewangan puan dan anak puan?

Jawapan Responden 2: Setelah kematian suami, saya tiada sumber kewangan lain untuk menyara
kehidupan kami. Saya bekerja untuk menanggung perbelanjaan sekolah anak saya. Beberapa bulan
selepas pemergian suami, saya terpaksa berhenti menghantar anak saya ke tadika untuk seketika
kerana kewangan yang belum stabil. Perbelanjaan yang besar diperlukan dalam menghantar anak
saya ke tadika ini. Setelah saya bekerja barulah saya mampu menghantar semula anak saya ke
tadika.

Yuran tadika pun mahal, tapi saya tidak kisah asal anak saya memperoleh pendidikan yang
sewajarnya.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


147
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Soalan 2: Bagaimanakah cara puan melayan dan mendidik anak puan di rumah?

Jawapan Responden 2: Saya berusaha untuk mengawal dirinya agar sentiasa bersopan dan
berkelakuan baik. Saya akan memberitahu kesilapan yang dilakunya. Saya jarang sekali menghukum
anak saya apabila dia membuat kesalahan. Saya sangat sayangkan Jayden, dialah satu-satunya
penghibur hati saya.

Soalan 3: Adakah puan memahami perasaan anak puan?

Jawapan Responden 2: Saya sangat faham apa yang dirasai oleh Jayden. Dia sangat merindui
ayahnya. Tapi sekarang dia sudah besar sedikit dan mulai faham dan biasa dengan keadaan hidup
tanpa seorang ayah.

Jayden boleh berdikari. Di rumah, dia boleh makan sendiri dari makanan yang ada dalam fridge
atau yang saya beli di kedai.

Biasanya pada hujung minggu kami akan keluar berjogging dan melakukan aktiviti seperti
menonton tv bersama dan bermain game. Hubungan saya dengannya sangat rapat.

Soalan 4: Bagaimanakah sikap puan terhadap pelajaran anak puan? Adakah puan membantunya
dalam pelajaran di rumah? Apakah harapan puan untuk masa hadapan anak puan?

Jawapan Responden 2: Biasanya, pada hujung minggu kami akan melakukan aktiviti seperti
membaca, menulis dan mewarna tetapi hanya sejam sahaja. Pelajaran adalah sangat penting untuk
masa hadapannya, saya mahu dia berjaya dalam pelajarannya. Saya tiada harta, pendidikan itulah
hartanya untuk masa hadapannya.

Soalan 5: Apakah lain-lain masalah yang puan hadapi?

Jawapan Responden 2: Cabaran utama dalam membesarkan anak sendirian adalah dari segi
kewangan dan emosi. Sebagai ibu tunggal yang bekerja, saya selalu merasa cemas, takut, sedih dan
ada kala emosi saya kurang stabil apabila bekerja…, dan pada masa yang sama saya perlu
menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu. Bekerja sebagai seorang jurujual menyebabkan saya
selalu balik lewat dan tak ada masa menguruskan anak.

Hasil perbualan di atas menunjukkan bahawa ibu tunggal terpaksa bekerja untuk menyara
keluarganya. Anak-anak terpaksa ditinggalkan di tadika sepanjang hari, dari pagi hingga ke petang
kerana mereka tiada pilihan lain. Anak-anak terpaksa belajar mengurus diri sendiri, seperti makan-
minum sendiri dan melakukan urusan harian lain-lain sebab ibu mereka bekerja sepanjang hari
suntuk dan keletihan selepas balik kerja. Kanak-kanak ini juga terpaksa menyesuaikan diri dengan
keadaan ibu masing-masing di rumah – selain menjaga diri sendiri, mereka mengisi masa dengan
menonton tv dan bermain games. Ibu tunggal hanya ada masa di hujung minggu untuk bersama anak-
anak mereka, disamping mengemas rumah tangga dan menyediakan keperluan-keperluan lain, kedua-
dua ibu tunggal ini memberitahu, mereka membawa anak-anak mereka beriadah dan berjoging di
hujung minggu. Kedua-dua ibu tunggal ini sangat menyayangi anak-anak mereka dan sedar

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


148
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tanggungjawab mereka terhadap kanak-kanak yang sedang membesar ini, dan cuba memberi
perhatian terhadap perasaan dan kesunyian yang dirasai oleh anak-anak mereka.

Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan kedua-dua ibu tunggal ini mempunyai masalah
kewangan dan masa. Kedua-duanya sangat bimbang dengan kos sara hidup keluarga yang semakin
meningkat dan yuran sekolah yang tinggi. Keadaan ini menambahkan lagi bebanan ibu tunggal yang
bekerja untuk menyediakan pendidikan yang sempurna dan berterusan kepada anak-anak mereka.

Dari pemerhatian pengkaji, didapati kedua-dua ibu tunggal ini sendiri mengalami tekanan
emosi. Mereka terpaksa memikul dua tugas yang berat dalam satu masa dan ketiadaan tempat
bergantung dan berkongsi masalah juga mempengaruhi emosi mereka. Ibu kepada responden 1
mengatakan dia berasa tertekan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Ibu tunggal ini
bimbang sekiranya tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada anaknya. Manakala ibu
responden 2 mengatakan dia sering mengalami emosi yang kurang stabil semasa waktu kerja kerana
memikirkan anaknya dan merasa sangat berat tanggungjawabnya sebagai ibu dan ayah kepada
anaknya.

Pemerhatian yang dilakukan ke atas dua orang anak responden ibu tunggal di tadika
menunjukkan dapatan berikut:

(i) Dari segi pencapaian akademik: didapati Responden 1 (Keith – 5 tahun) mempunyai pencapaian
akademik yang baik. Dia sentiasa menyiapkan aktiviti dan latihan yang diberikan oleh guru
kepadanya. Keith suka melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dia sangat berminat dengan subjek seni dan kreativiti terutamanya dalam aktiviti
melukis dan mewarna. Selain itu, Keith juga sudah menguasai literasi asas; dia boleh membaca abjad
dengan betul, mengira, membilang dan mengenali nombor, dan sudah pandai menulis. Secara
keseluruhannya, tahap pencapaian akademik Keith adalah baik. Manakala Responden 2 (Jayden – 6
tahun), didapati masih mempunyai masalah untuk mengenali warna, walaupun telah berumur 6
tahun. Jayden sering keliru antara warna hijau dan biru, tetapi dia sangat berminat membaca dan suka
mendengar cerita. Dia suka bersoaljawab dengan guru semasa aktiviti bercerita dijalankan. Jayden
juga telah boleh menulis tetapi masih perlu dibimbing oleh guru kerana dia mudah hilang fokus dan
minat. Namun begitu, menurut gurunya, Jayden adalah seorang yang cepat belajar.

(ii) Dari segi tingkah laku – Pemerhatian dalam kelas menunjukkan Responden 1 (Keith) lebih suka
menyendiri dan kurang pandai bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Keith bersifat manja dengan
orang yang suka melayannya. Dia suka bercakap dan bercerita tentang bapanya dengan guru kerana

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


149
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sebelum ini dia sangat rapat dengan bapanya. Selain itu, Keith juga seorang yang aktif, boleh
berdikari dan patuh apabila ditegur oleh guru. Manakala Responden 2, Jayden, sebaliknya adalah
sangat nakal. Dia suka mengganggu kawan-kawan semasa belajar. Gurunya selalu terpaksa menegur
tingkah laku Jayden. Kanak-kanak ini juga menghadapi masalah kurang tumpuan semasa melakukan
sesuatu aktiviti. Guru sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Namun begitu
Jayden adalah seorang yang boleh berdikari - dia pandai menguruskan diri sendiri seperti menjaga
barang sekolahnya, dan sebagainya.

PERBINCANGAN

Ibu tunggal terpaksa bekerja kerana mencari rezeki untuk menyara keluarganya selepas bercerai atau
kematian suami. Mereka sentiasa dalam keadaan kehidupan yang serba kekurangan dan miskin. Kos
sara hidup yang tinggi di pusat bandar menyukarkan lagi kehidupan keluarga ibu tunggal.
Disebabkan kesibukan bekerja, ibu tunggal terpaksa bergantung kepada pihak tadika untuk menjaga
dan membimbing anak-anak mereka sepanjang hari, lima atau enam hari seminggu. Hal ini secara
jelas telah memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak dan juga pencapaian akademik mereka.
Kedua-dua orang anak dari dua orang responden ibu tunggal dalam kajian ini didapati mempunyai
masalah tingkah laku: Keith menjadi seorang yang pendiam dan sukar bergaul dengan kawan-kawan,
manakala Jayden menjadi seorang yang terlalu aktif dan nakal, suka mengganggu kawan-kawan,
serta sukar menumpukan perhatian. Kedua responden ibu tunggal yang ditemubual menyatakan
mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi dan membimbing anak-anak mereka
kerana terlalu sibuk bekerja. Keduanya mengakui, kurang meluangkan masa berkualiti untuk anak-
anak dan termasuk membantu dalam pendidikan mereka. Walaupun begitu, kedua ibu tunggal ini
tetap mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai keperluan emosi dan psikologi anak-anak mereka
yang sentiasa dahagakan kasih sayang seorang ayah. Namum ibu tunggal sendiri juga mempunyai
masalah yang sama, mereka juga sentiasa merasa kesunyian dan kesulitan dalam menghadapi
cabaran hidup tanpa suami. Ibu tunggal dalam kajian ini mencuba sedaya upaya untuk memberikan
kasih sayang dan membina ikatan kasih sayang yang mendalam dengan anak-anak mereka. Seperti
ibu-ibu lain, ibu tunggal juga mempunyai harapan tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada
anak-anak mereka, menyediakan keperluan asas dan memenuhi setiap ruang masa yang ada untuk
bersama dengan anak-anak, walaupun hanya pada masa beriadah dan berjoging. Kedua-dua
responden ibu tunggal dalam kajian ini juga menyatakan mereka sentiasa memikirkan masa hadapan
anak-anak mereka.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


150
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Walaupun setiap usaha telah dilakukan oleh kedua-dua ibu tunggal ini, hakikatnya tidak
dapat dinafikan, bahawa akibat meninggalkan anak-anak yang dalam umur pertengahan kanak-kanak
(iaitu 5-6 tahun) terlalu lama di prasekolah tetap memberikan kesan yang mendalam terhadap tingkah
laku, peribadi dan pembelajaran mereka. Dua orang anak-anak ibu tunggal bekerja dalam kajian ini
didapati menghadapi dilema emosi dan tingkah laku; salah seorang daripadanya mempunyai
personaliti yang pendiam, tidak suka bercakap dan rendah estim kendiri, manakala seorang lagi
bersifat nakal, demanding dan suka mengganggu orang lain. Ini jelas dapat dilihat daripada sifat-sifat
Keith dan Jayden – Keith adalah seorang yang pendiam tetapi bijak, manakala Jayden seorang yang
aktif, sukar memberi perhatian semasa pembelajaran dan suka mengganggu rakan-rakan lain. Dia
juga belum dapat menguasai pembelajaran dengan baik. Dapatan ini disokong oleh ramai penyelidik
seperti Jones et al. (2003); Faizah & Hazirah (2013); Nurul ‘Aqidah Binti Moklis (2014); dan Nor
Hafizah, et al. (2017) yang telah dibincangkan dalam tinjauan literatur di atas.

Ringkasnya, tiga dilema utama dialami oleh ibu tunggal yang bekerja dalam membesarkan
anak-anak iaitu masalah kewangan, kekangan masa, dan tekanan emosi. Kajian ini mendapati dilema
yang dihadapi oleh ibu tunggal yang bekerja sangat mempengaruhi pencapaian akademik dan tingkah
laku anak-anak mereka. Dapatan kajian ini memberikan satu perspektif yang menarik untuk
direnungi oleh semua pihak terutama guru-guru di sekolah dan pihak-pihak yang berwajib terhadap
kebajikan ibu-ibu tunggal di negara ini.

IMPLIKASI

Kajian ini memberi implikasi kepada pihak-pihak seperti guru dan pihak sekolah, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan majikan di mana ibu tunggal bekerja. Ketiga-tiga pihak ini perlu memahami ibu
tunggal perlu bekerja kerana menyara kehidupannya dan anak-anak, maka berilah sedikit perhatian
kepada mereka bahawa mereka sangat memerlukan rasa simpati dan ihsan serta sokongan moral.
Keprihatinan ini pasti dapat membantu mereka menghadapi hidup yang penuh dengan kesunyian,
kebimbangan yang kerap kali menyebabkan emosi mereka kurang stabil, berperasaan sensitif dan
mudah tersinggung. Kepada para guru, mereka sebaiknya memberi lebih perhatian untuk mendidik
dan membimbing kanak-kanak yang hanya mempunyai salah seorang ibu atau bapa sahaja. Guru-
guru harus menunjukkan kasih sayang dan kemesraan terhadap kanak-kanak dari keluarga ibu tungga
lebih daripada kanak-kanak lain. Bagi pihak Jabatan Kebjiakan Masyarakat Malaysia (JKMM),
kebajikan ibu-ibu tunggal hendaklah menjadi prioriti dalam usaha membantu masyarakat. JKMM
boleh menganjurkan pelbagai program untuk ibu-ibu tunggal melibatkan diri dengan ahli masyarakat,
dan mendapat bantuan daripada ahli-ahli masyarakat yang prihatin. Pihak ini juga boleh mengadakan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
151
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

ruang perkongsian, secara maya atau maujud untuk ibu-ibu tunggal berinteraksi, berkongsi
pengalaman, perasaan dan masalah sesama mereka dan dengan staf JKMM sendiri. Perkhidmatan
kaunseling juga boleh disediakan kepada ibu-ibu tunggal supaya dapat membantu mereka menangani
masalah emosi dan psikologi yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Sokongan moral dari ahli keluarga terdekat dan ahli masyarakat juga sangat diperlukan.

CADANGAN

Dilema ibu tunggal yang bekerja dalam membesarkan anak-anak merupakan satu pekara yang perlu
diberi perhatian oleh semua pihak, kerana anak-anak yang membesar di bawah peliharaan ibu tunggal
adalah agak ramai dan mereka ini juga adalah ahli masyarakat dan generasi negara pada masa
hadapan. Bagaimana mereka dibesarkan akan mempengaruhi cara bagaimana mereka berkelakuan
dan berfikiran kelak. Jika kita inginkan satu bangsa Malaysia yang produktif dan harmoni pada masa
hadapan, maka anak-anak dari keluarga ibu tunggal yang juga akan menjadi sebahagian daripada
rakyat Malaysia pada masa hadapan, maka wajiblah kita memberi perhatian utama kepada mereka
supaya kehidupan mereka sekarang tidak terabai dan tingkah laku serta keperibadian mereka
terbimbing kepada sifat-sifat yang terbaik. Begitu juga dalam pembelajaran, mereka perlu dibimbing
supaya rajin belajar dan dapat membawa perubahan dalam kehidupan keluarganya kelak.

Ibu-ibu tunggal yang bekerja perlu dibantu dengan pelbagai cara, misalnya mengurangkan
yuran prasekolah, memberi subsidi untuk makanan dan tempat tinggal, dan sokongan moral untuk
mereka. Lain-lain cadangan adalah seperti berikut:

 Perkhidmatan kaunseling yang disediakan di sekolah dibuka juga kepada ibu-ibu tunggal
agar mereka dapat menikmati perkhidmatan ini di sekolah tempat anaknya belajar.

 Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu memberi perhatian kepada anak-anak dari
keluarga ibu tunggal terutama daripada kumpulan status sosioekonomi rendah. Pinjaman
modal untuk golongan ibu tunggal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan amat wajar
dipertimbangkan.

 Bantuan bulanan patut diberikan dalam bentuk bantuan kewangan, tempat tinggal seperti
Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


152
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

 Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu tunggal juga perlu dibantu dengan Tabung Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada 2003 dibawah peruntukan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Tabung ini juga selaras dengan Dasar Pendidikan
Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) untuk membasmi masalah kanak-kanak tercicir persekolahan akibat kemiskinan.
Kelayakan penerima adalah kanak-kanak darjah 1 hingga tingkatan 1 di sekolah kerajaan,
yang status kemiskinannya disahkan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri.

 Skim Bantuan Tuisyen (SBT, Mac 2004; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) untuk
memberi peluang bimbingan tambahan secara berstruktur dan terancang kepada kanak-kanak
yang tidak mampu, dan

 Perkhidmatan tambahan seperti pusat jagaan harian bagi meringankan beban ibu tunggal
apabila perlu melakukan urusan di luar atau pergi bekerja.

Kajian ini merupakan satu kajian awal dan hanya menyentuh kepada objektif yang sangat terbatas.
Masih banyak pekara yang perlu dikaji terhadap masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal di
negara ini. Oleh itu dicadangkan kajian-kajian selanjutnya difokuskan kepada masalah yang lebih
luas seperti hak-hak ibu tunggal, konflik yang dihadapi antara anak-anak dengan ibu tunggal,
masalah kewangan, kemurungan dan kestabilan emosi ibu tunggal dan sebagainya. Kajian
selanjutnya wajar menggunakan sampel yang lebih besar, menggunakan beberapa kaedah termasuk
kaedah tinjauan secara kuantitatif supaya rumusan dan generalisasi dapat dibuat mengenai isu ini.

PENUTUP

Ibu tunggal adalah insan yang berhadapan dengan ujian yang berat kerana terpaksa memikul dua
tanggungjawab dalam satu masa. Namun, apa yang mengkagumkan ialah ibu tunggal mempunyai
semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, dedikasi dalam mendidik keluarganya
dengan sempurna dan ada kalanya lebih berjaya daripada keluarga yang diketuai oleh kedua-dua ibu
dan bapa. Ibu tunggal terpaksa menghadapi cabaran besar seperti menyara hidup keluarganya,
menghadapi tekanan sosial dalam masyarakat kerana stigma sebagai janda dan ibu tunggal, dan
sebagainya. Ibu tunggal juga berusaha keras membantu anak-anak agar berjaya dalam pembelajaran
supaya anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya dan mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Mereka juga mendidik anak-anak supaya mempunyai tingkah laku yang positif dan mulia.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
153
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kebijaksanaan ibu tunggal dalam mendidik anak-anak mereka secara psikologi amat penting
kerana mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan mudah terpengaruh. Penekanan kepada
pendidikan akhlak juga penting dalam diri anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam
gejala-gejala yang tidak baik. Ibu tunggal merupakan insan yang perlu diberikan kedudukan yang
sewajarnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Masyarakat hendaklah memberi
perhatian kepada mereka untuk membina harapan yang positif. Kedudukan dan status mereka sebagai
ibu tunggal merupakan ketentuan Ilahi yang perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

RUJUKAN

Afifi, T. O., Cox, B. J., & Enns, M. W. (2006). Mental health profiles among married, never-married,
and separated/divorced mothers in a nationally representative sample. Social psychiatry and
psychiatric epidemiology, 41(2), 122–9. doi:10.1007/s00127-005-0005-3

Ahmad, W. I. W. (2006). Fenomena Ibu Tunggal dan Masa Depan Warga Tua Desa di Malaysia.
Jurnal Pembangunan Sosial, 9, 85–108.

Ali, A. M., Som, H. M., & Bujang, S. M. (2004). Aktiviti Keusahawanan di Kalangan Ibu Tunggal di
Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor Penglibatan dan Kejayaan Dalam Bidang Perniagaan.
Jurnal Kemanusiaan, (4), 53-75

Ananglangka Mad Kassim (2011). Stres, kecelaruan mental, dan strategi daya tindak dalam kalangan
ibu tunggal Etnik Bajay Sabah. Tesis Kedoktoran UMS (akses online).

Azizi Hj. Yahya. (2008). Pembangunan Personaliti Remaja. Johor: Sekudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

Crosier, T., Butterworth, P., & Rodgers, B. (2007). Mental health problems among single and
partnered mothers. The role of financial hardship and social support. Social Psychiatry and
Psychiatric Epidemiology, 42(1), 6–13. doi:10.1007/s00127-006-0125-4

Deborah J. Jones et al. (2003). Co Parent Conflict In Single Mother Headed African American
Families. Do Parenting Skills Serve As A Mediator of Child Psychological Adjustment?
Behavior Therapy. Vol 34. Page 259-272

Diyana Isahak, Doris Pamini & Nor Aini Hj Idris (2009). Isu dan Cabaran Ibu Tunggal Dalam
Menghadapi Perubahan Persekitaran Global. Prosiding Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM 1V), Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009.

Faizah A Ghani and Hazirah bte Hashim (2013), Challenges and Locus Control Among Single
Mothers in Muar, Johor. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy
Studies 4(5), 760-765

Faizah Abd. Ghani and Azian Abd. Aziz (2013). Profile of single mothers in southern Malaysia and
issues afflicting their lives. British Journal of Arts and Social Sciences, 16 (1). pp. 197-206.
ISSN 2046-9578
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
154
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Nor Hafizah, S., Farah Syazwani, H. A. and Noraida, E. (2017). Lived Experiences and Narratives of
De Facto Single Mothers in Penang Island, Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences &
Humanities. 25 (1): 417 – 424 Universiti Putra Malaysia Press.

Faizah, A., & Hazirah, H. (2013). Challenges and Locus Control among Single Mothers in Muar,
Johor. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies, 4(5), 760-
765.

Faizah, A., & Azian, A. (2013). Profile of Single Mothers in Southern Malaysia and Issues Afflicting
Their Lives. British Journal of Arts and Social Sciences, 16(1), 197 – 206.

Hamid, T., Mottan, J., & Tyng, S. (2010). Keluarga Induk Tunggal: Penekanan Kepada Cabaran
Keluarga Ibu Tunggal. Keluarga dan Keibubapaan (Edisi 3). Selangor, Malaysia: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Isahak, D., Selvaratnam, D. P., & Idris, N. A. (2009). Isu dan Cabaran Ibu Tunggal Dalam
Menghadapi Perubahan Persekitaran Global. Dlm Prosiding Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM 1V) (pp. 324-336). Kuantan, Pahang, Malaysia.
Majzub, R. M., & Karim, M. R. A. (1999). Ibu Tunggal: Menelusuri Rintangan Hidup dengan
Keyakinan. Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mohd Ismail Mustari, Robiah Yaakob, Syarifah @ Noriana Chik, Kamarul Azmi Jasmi dan Ahmad
Kilani (2006). Permasalahan Ibu Tunggal Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan
Anak-anak: Satu Kajian di Kawasan Sura, Dungun, Terengganu Darul Iman. Krisis dan
Konflik Institusi Keluarga. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Jones, D. J. et al. (2003). Co-Parent Conflict In Single Mother Headed African America Families: Do
Parenting Skills Serve As A Mediator Of Child Psychosocial Adjustment?. Behaviour
Theraphy. Vol 34: Page 259-272

Jones, D. J., Shaffer, A. Forehand, R., Brody, G., & Armistead, L. (2003). Coparenting conflict, in
single-mother headed families: Do parenting skills serve as a mediator or moderator of
children’s psychosocial adjustment? Behavior Therapy, 34, 259-272.

Nor Ainun Ibrahim (1997). Ibu Tunggal Dari Segi Pendidikan Anak-anak. Satu kajian Khusus di
Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Muda, Universiti Malaya

Mooney, A, Oliver, C. & Smith, M. (2009). The impact of family breakdown on children’s
wellbeing: evidence review. DCSF Research Report DCSF-RR113 Retrieved from
http://dera.ioe.ac.uk/11165/1/DCSF-RR113.pdf

Mustari, M. I., Ya’akob, R., Chik, S. N., Jasmi, K. A., & Mohamed, A. K. (2006). Permasalahan Ibu
Tunggal Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak: Satu Kajian di
Kawasan Sura, Dungun, Terengganu Darul Iman: Krisis dan Konflik Institusi Keluarga.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributor Sdn. Bhd.

Wan Halim Othman (1995). Fenomena Ibu Tunggal Dalam Masyarakat. Ciri-ciri dan Cara
Menghadapinya. Kelana Jaya (Kertas Kerja Dalam Seminar Ibu Tunggal Kebangasaan, 7-9
Julai 1995)
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
155
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Nurul ‘Aqidah Binti Moklis (2014). Isu Perceraian: Punca dan Kesan Negatif Terhadap Pembentukan
Insaniah Anak-Anak. Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti
Sains Malaysia.

Rosmiza bt Omar (1997). Ibu Tunggal Muslim, Konflik dan Penyelesaian. Satu Kajian Di Wilayah
Persekutuan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Sufean, H., & Jamaluddin, T. (2006). Keluarga Ibu Tunggal : Senario Dan Dasar Sosial
Mengenainya. Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

LAMAN SESAWANG:

BERITA HARIAN: Julai 02, 2016. Kumpulan ibu tunggal bantu golongan senasib.

BERITA HARIAN: 11 Februari 2016. 83,777 ibu tunggal berdaftar dengan JWP – Azizah.
https://www.bharian.com.my/node/123381

BH ONLINE: 22 Oktober 2015. Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015-2020 dilancar.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


156
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

HUBUNGAN KELUARGA ANGKAT DENGAN DUA ORANG ANAK YATIM


KEMBAR BERKEPERLUAN KHAS

Senthamarai Kothandan, Arulmozhi Narayanasamy,


Aida Yahya dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian mengenai hubungan keluarga angkat dengan anak
yatim kembar berkeperluan khas. Kajian ini dijalankan secara kajian kes, khusus untuk menonjolkan
dilema dua orang kanak-kanak yatim kembar yang berkeperluan khas yang diambil sebagai anak
angkat ‘sementara’ oleh sebuah keluarga. Perkataan ‘sementara’ digunakan untuk menunjukkan
proses yang lama yang perlu ditempuhi oleh keluarga yang ingin mengambil anak angkat secara
sah. Kedua-dua orang anak yatim kembar ini sedang dijaga di sebuah rumah jagaan di bawah
Pertubuhan Nur Kasih di Klang Selangor Darul Ehsan. Kedua-dua mereka mengalami masalah
pembelajaran kategori disleksia sejak lahir. Walaupun yatim dan berkeperluan khas, naluri semua
kanak-kanak adalah sama, mereka tetap menginginkan kehidupan dalam sebuah keluarga yang
dipenuhi dengan kasih sayang terutama kasih sayang dari ibu, bapa dan ahli-ahli keluarga, namun
kanak-kanak ini berpeluang merasai kehidupan tersebut hanya pada masa cuti sekolah dan masa
cuti perayaan sahaja, kerana pada hari-hari persekolahan biasa mereka tetap tinggal di rumah
jagaan anak-anak yatim. Kajian kes ini menganalisis hubungan yang terjalin di antara kedua orang
kanak-kanak kembar yatim berkeperluan khas ini dengan keluarga angkat mereka. Tujuan kajian
ialah untuk mengenalpasti dilema dan perasaan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini di rumah
jagaan dan semasa bersama keluarga angkat. Implikasi dan cadangan-cadangan konstruktif untuk
mengatasi masalah menunggu proses pengangkatan diberikan.

Kata kunci: Pendidikan awal kanak-kanak, kanak-kanak berkeperluan khas, masalah anak yatim,
hubungan keluarga angkat dengan anak angkat, dilema kanak-kanak di rumah jagaan kanak-kanak.

PENGENALAN

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia 2014 menunjukkan terdapat seramai 5,089 kanak-
kanak di bawah umur 17 tahun tinggal di rumah-rumah jagaan anak yatim di seluruh Malaysia
(KWKPM Quick Fact, 2016). Daripada statistik tersebut, seramai 1440 kanak-kanak adalah yang
tinggal di rumah anak yatim bantuan kerajaan, sementara yang lain tinggal di institusi persendirian
yang berdaftar.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


157
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Anak yatim adalah kanak-kanak yang kematian salah seorang ibu atau bapa mereka. Setiap
agama, menyuruh penganutnya membantu dan melayan anak-anak yatim dengan baik. Agama Islam
khususnya sangat menekankan supaya anak-anak yatim dijaga dan dilayan dengan baik dan wajib
dilindungi dan diberi pendidikan untuk bekalan masa hadapan mereka. Secara umum, memang
banyak pihak ingin membantu anak-anak yatim, tetapi sekadar bantuan kebendaan atau material.
Tidak ramai yang memahami bahawa anak-anak yatim mempunyai keperluan yang lebih utama, iaitu
perhatian dan kasih sayang, tempat bermanja dan pangkuan selamat. Keperluan psikologi ini lebih
kritikal dalam masa lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak yatim, di mana ciri-ciri personaliti
dan identiti mereka sedang terbentuk dan berkembang (Hart et al., 2003). Pada peringkat umur ini,
mereka amat memerlukan pengalaman hubungan yang mesra, selamat, manja dan penuh kasih
sayang. Menurut Cassidy & Shaver (2008), selepas umur tersebut sahsiah atau personaliti mereka
telah terbentuk dan amat sukar pula untuk diubah. Oleh itu bagi keluarga-keluarga yang ingin
mengambil anak angkat, sebaik-baik umur ialah di bawah lima tahun.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kanak-kanak pada peringkat awal hidupnya sangat memerlukan pengalaman asuhan yang selamat,
menyeronokkan, penuh kemesraan dan belaian mesra orang yang rapat dengannya. Hubungan
perapatan (attachment) yang kukuh dan stabil dengan orang yang terdekat memberi kesan kepada
perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Suasana yang terbaik untuk kanak-kanak membentuk
pemikiran yang sihat adalah bersama ibu bapa dan keluarga (Swick, Knopf, William & Field, 2013).

Isu anak yatim merupakan salah satu isu penting yang dikhuatiri sedang meningkat di
Malaysia. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah
dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam dari 2013 hingga 2015. Daripada jumlah tersebut, 53,492
dilahirkan pada 2013, 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015. Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat pula melaporkan sebanyak 697 kes buang bayi dicatatkan di antara tahun
2010 hingga 2016 (Utusan Melayu, 25 Julai 2017). Bayi yang dibuang ini, jika masih hidup adalah
juga dikategorikan sebagai anak yatim, demikian juga bayi yang lahir di luar nikah, jika tidak dapat
dipelihara oleh ibu atau bapa kandungnya, maka bayi ini dihantar di rumah jagaan dan akhirnya
ditempatkan di rumah anak yatim.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat 5,087 orang anak yatim yang
dipelihara di rumah anak yatim di seluruh negara pada tahun 2014, tetapi statistik Jabatan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
158
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Perangkaan Malaysia menunjukkan terdapat 13,700 kanak-kanak tinggal di rumah anak yatim di
Malaysia pada 2014. Statistik ini sungguh mengelirukan, namum pengkaji percaya statistik Jabatan
Perangkaan Malaysia adalah lebih tepat. Sementara itu terdapat 13,785 kanak-kanak kurang upaya
yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan seramai 6525 kes adalah kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran (JPN, 2015; JKM, KPWKM, 2016).

Menurut Pengerusi Yayasan Rumah Anak Yatim, kanak-kanak yatim memerlukan institusi
keluarga untuk membesar dan mencapai perkembangan menyeluruh 6 . Menurut beliau keluarga
merupakan tempat yang paling baik bagi perkembangan fizikal, emosi dan mental kanak-kanak jika
dibandingkan dengan rumah anak yatim, malah kanak-kanak tidak seharusnya diinstitusikan di
rumah anak yatim tetapi perlu hidup bersama keluarga yang prihatin. Beliau berharap pengubal polisi
kanak-kanak negara akan meminda undang-undang yang sedia ada supaya lebih ramai kanak-kanak
yatim dapat diletakkan di bawah penjagaan ibu bapa angkat. Beliau menyatakan, kebanyakan negara
Eropah dan barat, kanak-kanak jarang ditempatkan di institusi/rumah anak yatim. Sebaliknya mereka
ditempatkan di bawa penjagaan ibu bapa angkat. Contohnya di Moldova, kanak-kanak yatim
diletakkan di bawah jagaan keluarga-keluarga yang menganggotai sebuah badan amal yang dikenali
sebagai ‘Lumos’ – dengan itu negara tersebut dapat mengurangkan bilangan anak yatim di rumah
anak yatim dari 1000 orang kanak-kanak kepada 200 orang dalam masa lima tahun. Kerajaan boleh
menjimatkan perbelanjaan sekiranya anak-anak yatim ditempatkan di bawah penjagaan keluarga
angkat malah perkara ini memberi feadah kepada kanak-kanak dalam jangka masa panjang (Utusan
Melayu: 25 Julai 2017).

TINJAUAN LITERATUR

Keluarga adalah tempat pertama dan paling utama bagi anak mendapatkan pendidikan, kasih sayang,
dan sokongan emosi yang sempurna. Kepuasan hubungan kekeluargaan yang dialami oleh anak
dalam keluarga akan menentukan bagaimana anak itu bertindak balas terhadap masyarakat di
sekelilingnya. Anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak harmonis, sukar mengembangkan
ketrampilan sosialnya (Baxter, Higgins & Hayes, 2012). Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu
bapa iaitu anak yatim, terpaksa bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan hidup
supaya berpeluang merasai kegembiraan seperti kanak-kanak yang mempunyai keluarga lengkap.
Anak-anak yatim merupakan golongan yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan kanak-

6
http://www.thestar.com.my/news/community/2014/06/17/a-home-for-every-child-orphans-deserve-to-grow-
up-in-a-family-setting-says-orphancare-chairman/#Wp1loymmGcErxpdr.99
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
159
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kanak yang masih mempunyai ibu bapa. Anak-anak yatim selalu mengalami pelbagai perasaan, ada
di antara mereka merasa hidup ini kosong dan tiada masa hadapan, dan ada yang masih termimpikan
ibu bapa sendiri. Ada juga yang bimbang tidak akan mendapat kasih sayang daripada keluarga
angkat. Ada yang rasa kesepian atau marah terhadap penjaga yang menempatkan mereka di rumah
anak-anak yatim. Justeru, mereka tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai masalah
berhubung dengan emosi. Senario ini sudah pasti memberi kesan terhadap perkembangan emosi
anak-anak yatim, lebih-lebih lagi anak-anak yang ditinggalkan ini tidak mendapat belaian, kasih
sayang dan perhatian daripada panjaga rumah anak yatim bagi membantu perkembangan optima
mereka (Farah Syazrah Mohd. Ghazalli, 2015).

Menurut Groark, McCall & Fish (2011), hasil penyelidikan mereka sepanjang 30 tahun yang
lalu menunjukkan interaksi yang baik di antara kanak-kanak dengan ibu bapa memberi kesan yang
besar terhadap perkembangan otak, terutamanya jika interaksi itu berlaku dalam tempoh anak itu
berusia 0-3 tahun. Banyak lagi bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa asuhan keluarga
mempunyai perkaitan dalam pemupukan sifat-sifat yang positif dalam perkembangan kanak-kanak
(Richter, Foster & Sherr, 2006). Ini kerana keluarga mampu memberikan kasih sayang, semangat
kekitaan dan perhubungan yang baik dengan orang lain serta masyarakat sepanjang hayat (Smyke et
al., 2010). Mengikut Cluver & Gardner (2006), sistem sokongan yang lemah kepada anak yatim
berlaku disebabkan mereka dijaga oleh individu yang tidak mempunyai pertalian keluarga. Maka
anak-anak yatim ini membesar dalam suasana yang kurang perhatian dari segi kasih sayang dan
kemesraan kekeluargaan.

Kanak-kanak kurang upaya khususnya adalah mereka yang sangat memerlukan penjagaan
dan perlindungan dari aspek sokongan fizikal, emosi dan psikososial. Konvensyen mengenai Hak
Orang Kurang Upaya menegaskan bahawa setiap kanak-kanak kurang upaya berhak mendapat
perlindungan dari segi rumah dan keluarga (United Nation, 2006). Ini adalah kerana kanak-kanak
yang berkeperluan khas biasanya mempunyai kebolehan terhad dan selalu diasingkan daripada
persekitaran terbuka. Oleh itu keluarga memainkan peranan penting dalam menyokong mereka
hidup dalam masyarakat, terutama kanak-kanak yatim yang berkeperluan khas.

Cuzzocrea, Larcan & Westh (2013) berpendapat kanak-kanak yatim berkeperluan khas perlu
mendapat sokongan keluarga yang berterusan dan berkekalan. Freud dalam Habibah dan Noran
(2002) turut menyatakan bahawa ketiadaan perapatan dalam hubungan dengan ibu bapa boleh
memberikan kesan buruk terhadap kesejahteraan seseorang kanak-kanak. Kajian mereka juga
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
160
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mendapati anak-anak yatim berkeperluan khas bukan sahaja menghadapi masalah kurang mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada pengasuh atau pentadbir asrama, bahkan juga daripada ahli
keluarga terdekat. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kewangan, jarak,
tempoh masa dan sebagainya yang menjadi kesukaran kepada ahli keluarga terdekat untuk
mengunjungi mereka di asrama.

Perbincangan tentang pengisian dalam pembinaan diri kanak-kanak di rumah perlindungan


menurut Collings dan Davies (2008) perlu mengambil kira dua aspek iaitu isu keperluan anak yatim
yang perlu disediakan dan hak individu kanak-kanak tersebut. Dari segi keperluan asas, anak yatim
berhak mendapat penempatan (tempat jagaan) yang boleh menyediakan keperluan makanan,
perlindungan serta pendidikan yang sepatutnya kepada kanak-kanak tersebut. Dari segi hak individu,
setiap kanak-kanak yatim, tambah-tambah lagi jika ia berkeperluan khas berhak untuk mendapat
kasih sayang dan belaian kemesraan dari ahli keluarga atau pihak yang paling rapat, iaitu penjaga
atau keluarga angkat. Suasana berkeluarga di rumah keluarga angkat akan membolehkan kemahiran
hidup dan sosial kanak-kanak berkembang, selain memberi peluang mereka mengembangkan
personaliti dan identiti diri. Membiarkan kanak-kanak yatim berkeperluan khas di institusi dan rumah
perlindungan untuk jangka panjang adalah sangat tidak wajar.

Di Malaysia, biasanya kanak-kanak yatim berkeperluan khas yang tinggal di rumah jagaan
jarang-jarang diambil sebagai anak angkat (Azlin & Zarina, 2010). Kanak-kanak tersebut akhirnya
membesar dengan kemahiran sosial dan emosi yang negatif. Adakala mereka tidak mengenali siapa
diri mereka sendiri, disebabkan kurangnya peluang mereka menghubungkan diri dengan orang lain.
Isu ini boleh diselesaikan dengan menyerahkan mereka kepada keluarga angkat yang prihatin dan
penyayang. Namun, dilaporkan prosedur undang-undang untuk membenarkan anak yatim
berkeperluan khas diambil sebagai anak angkat adalah amat sukar sekali dan memakan masa yang
lama, sehingga kanak-kanak pun sudah meningkat umur dan membesar dalam rumah jagaan anak
yatim - tanpa dapat diangkat oleh keluarga yang berminat.

Dari tinjauan literatur ini boleh dirumuskan bahawa kanak-kanak yatim terutama yang
berkeperluan khas amat perlu diberi hak tinggal bersama keluarga angkat yang sudi mengambil
mereka. Suasana kekeluargaan telah dibuktikan dapat membantu kanak-kanak berkembang secara
optimum dalam semua aspek, fizikal, sosial, emosi, dan intelek. Suasana kekeluargaan adalah kritikal
dalam membina jati diri kanak-kanak yatim dalam menghadapi cabaran hidup apabila besar kelak. Ini
kerana suasana di rumah jagaan anak yatim tidak dapat memberi perhatian kepada setiap individu
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
161
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

(kerana ramai), kurang privasi, dan kurang belaian kemesraan yang hanya dapat dirasai dengan ibu
bapa dan keluarga sendiri atau keluarga angkat yang penyayang.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati terdapat satu kes di Klang, di mana kanak-kanak
yatim berkeperluan khas yang ingin diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang prihatin,
tetapi disebabkan prosedur yang menyulitkan ini, mereka hanya dapat mengambil kanak-kanak ini
hanya pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja. Sejak kanak-kanak yatim itu berumur 6 tahun,
dan kini telah berumur hampir 10 tahun, mereka masih belum mendapat kebenaran untuk diambil
sebagai anak angkat oleh keluarga tersebut. Namun begitu, hubungan kekeluargaan yang dirasai oleh
kanak-kanak yatim berkenaan masih menunjukkan harapan yang sangat besar bahawa suatu hari
nanti mereka akan dapat tinggal buat selama-lamanya bersama keluarga angkat yang sudah dianggap
sebagai keluarga sendiri. Kajian kes ini hanya menerokai dilema yang dihadapi oleh dua orang
kanak-kanak yatim ini dan hubungan mereka dengan keluarga angkat.

Sejarah kehidupan kanak-kanak kembar ini bermula dari tarikh kelahiran mereka pada 31
Januari 2007 di sebuah Hospital Pakar di Muar Johor. Sejurus kemudian kanak-kanak kembar ini
telah diambil oleh ibu susu mereka sebagai anak angkat. Mereka dijaga oleh ibu susu dari usia lahir
sehingga berumur 4 tahun. Disebabkan masalah keluarga dan penceraian, maka anak kembar ini telah
diserahkan kepada Pertubuhan Nur Kasih di Klang.

Seterusnya, kedua-dua orang anak yatim kembar ini tinggal di bawah jagaan Pertubuhan Nur
Kasih. Apabila berusia lima tahun mereka dihantar untuk mengikuti pendidikan awal di sebuah
tadika di sekitar tempat tinggal mereka. Selepas dua tahun mengikuti pendidikan prasekolah, mereka
menyambung pendidikan ke sekolah rendah, dan semasa kajian ini dijalankan mereka berumur 10
tahun dan berada dalam Tahun Empat. Guru di sekolah rendah ini telah mengesan bahawa kanak-
kanak ini mempunyai masalah kelewatan perkembangan pembelajaran. Setelah dirujuk kepada pakar
perubatan, didapati kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai masalah disleksia, iaitu kesukaran untuk
mengenali abjad, menyebabkan mereka sukar membaca dan menulis. Kanak-kanak yang mengalami
masalah ini dikategorikan (oleh pihak sekolah) sebagai kanak-kanak LD (learning disability) atau
bermasalah pembelajaran. Menurut Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
disleksia bermakna kesukaran terhadap perkataan. Kanak-kanak disleksia menghadapi kesukaran

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


162
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membaca dan mengenali perkataan, huruf dan simbol, tetapi kecacatan ini biasanya tidak
mempengaruhi kebolehan intelek mereka (Bailey, et al., 2012).

Kedua-dua orang kanak-kanak yatim kembar ini kemudian mengikuti pendidikan khas di
bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah rendah di Klang. Hasil daripada
Program PPKI, kanak-kanak ini berpeluang meningkatkan perkembangan diri dari segi pembelajaran
dan juga sukan. Kedua-dua mereka mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan sukan.
Pembelajaran di bawah program pendidikan khas juga membantu perkembangan pembelajaran
mereka secara beransur-ansur.

Setiap kanak-kanak, sama ada sempurna atau berkeperluan khas memerlukan perhatian dan
penjagaan daripada ibu bapa dan keluarga supaya mereka boleh mencapai perkembangan
pembelajaran yang optimum. Banyak penyelidikan telah membuktikan pentingnya peranan keluarga
dalam usaha membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai kejayaan dalam pembelajaran dan
hidupnya (Jeynes, 2007; Mitchell, 2014). Namun begitu sebagai anak yatim piatu, kedua-dua kanak-
kanak berkeperluan khas ini menghadapi dilema tiada ahli masyarakat yang mahu mengambil mereka
sebagai anak angkat (kerana label OKU!). Walau bagaimanapun, mereka sangat bertuah, kerana ada
sebuah keuarga yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat. Kini sudah hampir 3 tahun dan
proses untuk mengangkat masih belum diluluskan, dan mereka hanya dapat bersama keluarga angkat
pada masa cuti sekolah atau cuti-cuti awam sahaja. Berikutan itu, kajian kes ini dijalankan bagi
mengkaji dilema yang dihadapi oleh dua orang anak yatim kembar berkeperluan khas dalam
menjalinkan hubungan dengan keluarga angkat mereka.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan:


1. mengenalpsti perasaan dua orang anak yatim kembar berkeperluan khas terhadap hubungan
mereka dengan keluarga angkat.
2. mengenalpasti kesediaan keluarga angkat untuk memahami perasaan yang dialami oleh dua
orang anak angkat kembar berkeperluan khas.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


163
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Menurut
Bryman (2012), kajian kes adalah pengumpulan data dan pembentangan maklumat secara terperinci
berkaitan sesebuah kes. Kajian ini lebih menekankan aspek penerokaan isu anak-anak yatim dan
hubungan mereka dengan keluarga angkat dalam usaha untuk memahami dilema yang dihadapi oleh
kanak-kanak dalam situasi yang sama. Menggunakan sampel kajian yang kecil iaitu dua orang anak
yatim berkembar yang berumur 10 tahun, responden kajian kes ini merupakan kanak-kanak istimewa
yang mempunyai masalah pembelajaran kategori disleksia. Lokasi kajian dijalankan di dua tempat,
iaitu di Pertubuhan Nur Kasih, Klang, Selangor dan di rumah keluarga angkat di Kampung Jawa
Klang. Data dikumpulkan menggunakan kaedah temubual separa berstruktur dan pemerhatian.
Semasa temubual dijalankan, pengkaji mengambil kesempatan membuat pemerhatian reaksi dan
sifat-sifat kanak-kanak berkenaan dan menyuruh mereka melukis gambar mereka dan keluarga
angkat mereka.

Tiga sesi temubual telah dijalankan, iaitu dengan pengusaha rumah kebajian yang menjaga
responden kajian, dengan ibu angkat mereka, dan dengan responden sendiri. Sesi temubual yang
dijalankan adalah seperti berikut:
(i) Temu bual dengan pengusaha rumah jagaan anak yatim Pertubuhan Nur Kasih
Tarikh: 14 April 2017, jam 3:00 petang, tempat: Rumah Pertubuhan Nur Kasih, Klang.

(ii) Temubual dengan kedua responden.


Tarikh: 14 April 2017, jam 3:00 petang, tempat: Rumah Pertubuhan Nur Kasih, Klang

(iii) Temubual dengan ibu angkat responden


Tarikh: 27 April 2017, jam 3:00 petang, tempat: Rumah keluarga angkat di Taman Bahagia,
Kampung Jawa, Klang.

Profile Responden 1 (Kembar Sulung)

Seorang kanak-kanak perempuan, berumur 10 tahun, kembar sulung kepada Responden 2. Kanak-
kanak ini diserahkan kepada penjaga Pertubuhan Anak Yatim Nur Kasih di Klang Selangor pada usia
5 tahun. Kanak-kanak ini telah disahkan oleh doktor pakar sebagai kanak-kanak berkeperluan khas
dalam kategori bermasalah pembelajaran atau learning disability (LD), iaitu masalah disleksia.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


164
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Responden 1 ini sekarang berada dalam Tahun 4 di sebuah sekolah rendah berdekatan rumah jagaan
Pertubuhan Nur Kasih dan ditempatkan dalam kelas khas bermasalah pembelajaran. Walaupun dia
mengalami masalah disleksia, Responden 1 aktif dalam sukan dan telah memenangi beberapa
pertandingan sukan peringkat sekolah. Responden 1 sentiasa membimbing adik kembarnya dalam
kerja-kerja harian di pusat jagaan. Dia kelihatan lebih cergas dan matang serta bertanggungjawab
terhadap adik kembarnya. Dia sangat sayang kepada adiknya dan selalu memanjakan adiknya.

Profile Responden 2 (Kembar Adik)

Responden 2 adalah adik kembar (tidak seiras) kepada Responden 1, seorang kanak-kanak
perempuan, juga berumur 10 tahun dan sedang belajar di Tahun 4 di sekolah rendah yang sama
dengan kakaknya (Reponsden 1). Responden 2 diserahkan kepada penjaga rumah Pertubuhan Anak
Yatim Nur Kasih Klang bersama-sama kakak kembarnya pada usia 5 tahun. Responden 2 juga
didiagnos sebagai bermasalah disleksia dan mengikuti pendidikan di kelas khas bermasalah
pembelajaran di sekolah yang sama dengan kakaknya. Responden 2 seorang yang manja dan tidak
secergas kakaknya. Dia sentiasa sentiasa bergantung kepada kakaknya (Responden 1) dalam aktiviti
harian. Menurut Pengurus Rumah Jagaan Anak Yatim Pertubuhan Nur Kasih:
“Mereka berdua adalah kembar tak seiras, yatim piatu. Selepas lahir mereka dijaga oleh ibu
susu di Melaka sehingga berumur 4 tahun. Kanak-kanak ini diserah kepada saya oleh pakcik
ibu susu mereka dengan surat beranak. Pada umur itu kanak-kanak ini masih tidak pandai
mengurus diri dan mempunyai masalah menerima arahan. Semasa di Tadika, cikgu beritahu
mereka tidak pandai untuk memegang pencil dan menghadapi masalah menulis. Bila naik ke
Tahun 1 dan 2, mereka menghadapi masalah membaca dan menulis. Kemudian saya bawa
mereka merujuk dengan doktor dan mendapati mereka ada masalah disleksia. Mereka
diletakkan dalam kelas pendidikan khas.”

Sebagai guru pendidikan khas, pengkaji juga mendapati kanak-kanak ini menghadapi
masalah mengenal huruf dan menyalin perkataan – memang benar mereka mempunyai masalah
disleksia. Dari segi perkembangan fizikal (tubuh badan) dan kebolehan-kebolehan lain mereka adalah
sama seperti kanak-kanak lain yang normal.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan 1: Perasaan Responden 1 dan 2 terhadap hubungan mereka dengan keluarga angkat.
Hasil temubual dengan Responden 1 dan 2 didapati kedua-dua orang kanak-kanak ini sangat sayang
dan menyatakan perasaan gembira dan suka apabila balik ke rumah ‘mama’ keluarga angkat mereka

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


165
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

dan apabila dibawa balik ke kampung keluarga angkat mereka di Perlis. Petikan berikut
menggambarkan perasaan yang dirasai oleh kedua orang kanak-kanak yatim kembar ini:

Pengkaji : Azura suka balik ke rumah emak ?


Responden 1 : Suka…. Balik rumah mama dan abah, ada kakak… ada adik. Boleh main
dengan adik…
Responden 2 : Pergi kedai …kita beli selipar
Responden 1 : Balik kampung naik bas malam … masa cuti sekolah aje.
Responden 2 : Naik motor Tok Ibu … ada Atuk.

Pengkaji : Bila kamu balik ke rumah mama dan abah?


Responden 1 : Cuti sekolah… Kakak Ayu ajar buat kerja sekolah, tulis…warna gambar,
saya suka… Kakak Ayu.
Responden 2 : Adik boleh main telefon abah.

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Responden 1 dan 2: ‘bermain dengan adik’ (anak bongsu
keluarga angkat), ‘Kakak Ayu ajar saya warna gambar’ ‘pergi ke kedai membeli selipar’, ‘main
telefon abah’, ‘suka balik ke kampung…naik bas malam’, ‘Suka balik ke rumah Tok Ibu dan Atuk’,
‘naik motor di kampung’ dan lain-lain. Semua pernyataan ini menunjukkan bahawa kedua-dua orang
kanak-kanak yatim piatu ini sangat mesra dengan keluarga angkat mereka dan sangat gembira dapat
balik ke kampung bertemu keluarga besar ibu bapa angkat mereka.

Dari reaksi dan wajah-wajah kedua orang responden ini, boleh ‘dibaca’ kegembiraan yang
mereka alami semasa menceritakan suasana semasa mereka bersama keluarga angkat mereka.
Respons yang aktif, dan perasaan yang gembira dan senyuman riang terpapar di wajah kanak-kanak
ini menunjukkan mereka merasa diri mereka diberi perhatian dan mendapat kasih sayang sejati dari
keluarga angkat ini, yang terdiri daripada ibu, bapa (abah), kakak, adik, atuk, nenek dan mak su iaitu
ibu saudara angkat di kampung.

Menurut pengurus rumah jagaan Pertubuhan Nur Kasih ini,

“Mereka suka balik ke rumah keluarga angkat dan telah menganggap keluarga angkat ini
sebagai ibu bapa sendiri, kakak sendiri, dan keluarga sendiri. Apabila kanak-kanak ini sakit,
saya akan menghubungi keluarga angkat mereka dan ibu bapa angkat mereka akan datang
membawa ke klinik dan menjaga di rumah mereka.”

Apabila pengkaji menyuruh kanak-kanak ini melukiskan gambar mereka semasa di rumah
keluarga angkat, lukisan yang dihasilkan menunjukkan gambar dua orang kanak-kanak berada
bersama ibu, bapa, kakak (keluarga) di dalam ruang besar dalam rumah. Lukisan tersebut

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


166
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

menggambarkan perasaan responden yang telah menganggap keluarga angkat sebagai ibu bapa dan
keluarga sendiri (perasaan inklusif).

Hasil temu bual dengan keluarga angkat pula mendapati kanak-kanak ini telah dianggap
sebagai anak sendiri oleh keluarga angkat ini. Datuk dan nenek juga menganggap reseponden sebagai
cucu yang disayangi dan selalu diberi perhatian. Kasih sayang dan perhatian daripada keluarga
angkat sedikit sebanyak telah memberi kesan positif kepada responden dari segi akademiknya apabila
telah menunjukkan peningkatan dalam penulisan dan pembelajaran.

Namun, kedua-dua responden masih berhadapan dengan dilema ketidakpastian (uncertainty)


kerana belum disahkan mereka boleh diangkat oleh keluarga angkat mereka. Oleh itu mereka
terpaksa tetap tinggal di rumah pertubuhan anak yatim itu. Hal ini sangat mengecewakan bagi kedua-
dua kanak-kanak ini. Responden 1 menyatakan dia ingin tinggal bersama keluarga angkatnya dan
mempunyai keluarga yang sempurna seperti kanak-kanak lain. Responden 2 pula pernah menyatakan
kepada ibu angkatnya iaitu: ‘Kenapa adik perlu balik ke tempat Ustaz? Adik hendak tinggal dengan
mama dan abah’. Menurut ibu angkat ini, dia telah membuat permohonan untuk mengangkat kedua-
dua orang kanak-kanak ini 3 tahun yang lepas, tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang
jawapan. Hal ini menjadi rumit kerana proses pengambilan Responden 1 dan 2 sebagai anak angkat
tergendala kerana tiada maklumbalas daripada waris mereka dan siapa ibu kandung mereka juga
masih tidak diketahui dan tidak dapat dihubungi.

Dapatan 2: Kesediaan keluarga angkat untuk memahami perasaan yang dialami oleh dua
orang anak angkat kembar berkeperluan khas

Temu bual dengan ibu angkat Responden 1 dan 2 menunjukkan bahawa beliau seorang yang bersifat
prihatin dan kasih sayang kepada anak-anak yatim piatu ini. Sedutan temubual berikut menerangkan
bagaimana mulanya ibu angkat ini mengambil kanak-kanak kembar yatim piatu ini sebagai anak
angkat dan akhirnya menyayangi mereka.

Pengkaji : Bagaimana puan bertemu dengan kanak-kanak ini?


Mama : Saya datang ke Pertubuhan ini untuk mencari seorang kanak-kanak sebagai
teman di rumah kerana anak sulung saya sudah besar, dah berumur 10 tahun.
Pada mulanya saya bawa balik kanak-kanak kembar ini ke rumah suka-suka saja.
Lama-lama saya sendiri dan suami saya menjaga mereka dan setiap cuti sekolah
kami membawa mereka balik ke rumah.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


167
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pengkaji : Pada awal perkenalan dengan kanak-kanak ini adakah sebarang masalah?
Mama : Masalah dari segi pengurusan diri... memang saya mengajar cara-cara mandi,
makan, basuh pinggan, mengemas bilik, sembahyang dan memakai pakaian dan
urus diri sendiri. Pada awal memang susah. Sekarang mereka sudah boleh buat
sendiri, dan juga berani tidur berduaan dalam bilik. Saya tegas dan menegur jika
buat salah. Ini cara saya mendidik mereka.

Pengkaji : Bagaimana reaksi dan perasaan kanak-kanak apabila balik ke rumah puan?
Mama : Mereka suka…sangat suka, dalam kereta cerita macam-macam. Adik suka
menonton kartun sambil berdiri di depan tv. Mereka suka bila balik ke rumah
saya kerana kakaknya, anak saya yang sulung akan mengajar mereka membaca
dan menulis. Masa cuti sekolah panjang saya bawa mereka balik ke Perlis ke
rumah emak ayah saya. Di sama mereka ada Mak Su, adik saya... Mereka suka
sangat… atok dan nenek (bapa dan emak saya) pun sayangkan mereka.

Pengkaji : Bagaimana hubungan kanak-kanak ini dengan keluarga puan?


Mama : Ibu bapa saya anggap mereke seperti cucu sendiri... layan mereka dan jaga
macam anak saya sendiri...

Pengkaji : Bagaimanakah reaksi mereka apabila dihantar balik ke Pertubuhan?


Mama : Si Adik tu seperti manja-manja dan tidak mahu balik. Dia pernah menyoal
mengapa Adik perlu balik ke Pertubuhan, dia nak tinggal di rumah dengan mama
dan abah, Kakak Ayu dan adik. Si Kakak tu boleh faham dah sebab perlu ke
sekolah dan tinggal di Pertubuhan .. sekarang mereka sudah faham, cuti sekolah
dan cuti hujung minggu mereka boleh balik ke rumah saya.

Pengkaji : Adakah mereka pernah peluk dan cium puan....manja-manja dengan puan?
Mama : Mereka biasa peluk dan cium dengan saya,…kakak dan adik main-main dan
peluk-peluk tu adalah biasa dan selalu.

Dari temu bual ini, dapat disimpulkan bahawa hubungan di antara keluarga angkat dengan
kanak-kanak kembar yatim berkeperluan khas ini sangat baik dan mesra. Kedua-dua pihak dapat
menerima antara satu sama lain. Kedua-dua orang anak-anak yatim piatu ini merasa cukup selesa
dengan keluarga ibu angkat mereka dan keluarga sebelah ibu angkat mereka di kampung. Kemesraan
yang digambarkan ini menunjukkan keluarga ibu angkat sangat memahami perasaan kedua-dua
kanak-kanak yatim berkeperluan khas ini. Dapatan ini disokong oleh pengurus Pertubuhan, seperti
dalam temu bual berikut:

Pengkaji : Bagaimana layanan keluarga angkat dengan kanak-kanak ini?


Pengurus : Mereka jaga baik apabila bawa balik ke rumah, keluarga angkat ini menjaga
kanak-kanak ini selama 4 tahun dah dan okay. Apabila cuti sekolah mereka

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


168
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

bawa balik ke kampung mereka di Perlis. Mereka selalu beritahu saya ke mana
mereka nak bawa kanak-kanak ini, supaya saya tahu.

Apabila ditanya mengapa mereka tidak mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat
secara sah. Berikut ialah jawapan pengurus Pertubuhan Nur Kasih: “Saya perhatikan keluarga
angkat ini boleh menjaga anak yatim ini dengan baik. Bukan mudah untuk dilepaskan. Prosedur
mengambil anak angkat perlukan kebenaran waris. Saya ada menghubungi keluarga waris tetapi
tidak ada sebarang jawapan daripada keluarga waris.”

Inilah dilema besar yang dihadapi oleh Responden 1 dan 2 – mereka tidak dapat diambil
terus untuk tinggal bersama keluarga angkat mereka disebabkan prosedur yang mereka tiada upaya
menyelesaikannya. Oleh sebab itu, Responden 1 dan 2 berasa sedih, rindu, pelbagai tanda soal
terdetik di hati mereka ketika terpaksa pulang ke Pertubuhan Nur Kasih dan tinggal di asrama untuk
tempoh masa yang mereka tidak tahu bila akan berakhir. Hakikatnya kanak-kanak ini telah berjaya
menjalinkan hubungan mesra bersama keluarga angkat selama 4 tahun dan telah menaruh harapan
yang tinggi bahawa mereka juga mempunyai ibu, ayah dan keluarga seperti kanak-kanak lain di
sekolah mereka. Kanak-kanak ini telah membina kepercayaan [dan harapan] keluarga angkat mereka
iaitu ibu bapa, kakak, adik, atuk, nenek, dan mak su adalah satu-satunya keluarga mereka sendiri, dan
mereka amat menyayangi keluarga angkat ini.

Hubungan yang erat dan kasih sayang yang terjalin menyebabkan kanak-kanak ini seolah-
olah percaya inilah satu-satu keluarga yang mereka ada dan sentiasa berharap untuk kembali kepada
keluarga ini sebagai keluarga sendiri. Mereka menaruh seribu harapan untuk dapat terus hidup dalam
keluarga ini sepanjang hayat mereka. Ibu bapa keluarga angkat juga berada dalam dilema. Mereka
mahu mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat secara sah, tetapi peraturan dan undang-
undang yang ada menghalang mereka berbuat demikian.

IMPLIKASI

Dapatan kajian kes ini memberikan implikasi kepada: (i) pengurus rumah-rumah jagaan anak-anak
yatim; (ii) keluarga yang ingin mengambil kanak-kanak yatim sebagai anak angkat; dan (iii) Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penggubal undang-undang tentang Pengangkatan kanak-kanak.
Dalam usaha mencari kaedah yang terbaik bagi membantu kanak-kanak yatim menjalani hidup
seperti kanak-kanak lain, kepedulian pelbagai pihak dalam masyarakat adalah sangat penting.
Pengurus Rumah Jagaan anak yatim harus dapat memberikan layanan kasih sayang yang sejati
seperti anak-anak sendiri terhadap anak-anak yatim di bawah jagaan mereka. Penjaga rumah anak
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
169
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

yatim harus bukan sahaja menjaga keperluan fizikal, tetapi lebih penting ialah memenuhi keperluan
emosi mereka yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari ibu bapa. Bagi keluarga yang ingin
mengambil kanak-kanak yatim sebagai anak angkat, mereka juga mestilah mempunyai kesabaran dan
dapat memberi layanan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, seumpama anak sendiri, tidak kira
sama ada kanak-kanak ini diambil sebagai anak angkat secara sementara atau kekal. Dalam hal
pengangkatan kanak-kanak sebagai anak angkat, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti JKM
dan pengubal undang-undang negara perlu lebih prihatin dan efektif dalam mengendalikan setiap kes
agar kanak-kanak ini tidak tertunggu begitu lama untuk boleh diangkat oleh keluarga yang benar-
benar dapat memberikan penjagaan dan kasih sayang kepada anak-anak yatim.

CADANGAN

Hasil kajian ini membolehkan pengkaji mengemukakan empat cadangan untuk difikirkan oleh semua
pihak. Pertama, pihak berkuatkuasa harus memudahkan prosedur pengambilan anak angkat supaya
memberi peluang kepada kanak-kanak yatim untuk dapat tinggal dalam suasana kekeluargaan yang
harmoni. Oleh itu, Pihak Pendaftaran Negara boleh memudahkan prosedur-prosedur mengambil anak
angkat supaya ramai ibu bapa dapat mengambil anak angkat dan memberi kehidupan yang bermakna
kepada kanak-kanak tersebut.

Kedua, kanak-kanak yatim berkeperluan khas adalah mereka yang sangat perlu diberi
keutamaan untuk mendapat keluarga angkat agar mereka dapat merasa suasana inklusif dalam sebuah
keluarga, mendapat sokongan moral, bimbingan dan tunjuk ajar secara individu sehingga dapat
membina konsep kendiri yang positif. Ini kerana di sekolah mereka belajar secara terasing -
diasingkan kerana mereka tidak atau belum menguasai sesuatu peringkat dalam pembelajaran oleh
sistem yang ada di sekolah – kerana mereka berkeperluan khas! Sistem ini terus mendiskriminasi
kanak-kanak yang bercanggahan dengan dasar hak asasi kanak-kanak dan CRC.

Ketiga, pengurusan rumah anak yatim perlu menjemput kaunselor terlatih untul membantu
kanak-kanak yatim berkeperluan khas membina kepercayaan terhadap diri sendiri dan membantu
mereka menguasai pembelajaran dengan baik. Kebanyakan kanak-kanak yatim/yatim piatu,
disebabkan trauma yang mereka hadapi, kerana kehilangan ibu/bapa dan tempat bergantung akan
menghadapi masalah kelewatan pembelajaran (learning delayed). Oleh itu pengurus/penjaga di pusat
jagaan perlu berusaha membantu setiap kanak-kanak di rumah jagaan yang bermasalah pembelajaran.
Cara yang terbaik ialah mencari keluarga-keluarga angkat yang boleh memberi perhatian kepada
setiap kanak-kanak secara individu – dengan itu dapat mengubah nasib kanak-kanak berkeperluan
khas kepada prospek masa hadapan yang lebih baik. Pengalaman hidup tanpa keluarga biasanya
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
170
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

memberi kesan yang besar terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak juga tidak boleh
diasingkan daripada masyarakat. Terdapat kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang ditinggalkan
dalam jagaan institusi, sejak awal usia dan kurang mendapat rangsangan sosial dari keluarga dan
masyarakat, didapati lebih cenderung menghadapi masalah sosial, emosi dan psikologi di kemudian
hari (Cluver & Gardner, 2006; Jeynes, 2007; Azlin H. Hillaluddin & Zarina M. Saad, 2010; dan
Mitchell, 2014). Oleh itu, pengurus rumah jagaan anak yatim/yatim piatu perlu berusaha mencari
waris-waris kanak-kanak dan memujuk mereka supaya membenarkan kanak-kanak yatim ini diserah
kepada keluarga angkat secepat mungkin. Pihak pengurusan rumah jagaan anak yatim perlu
menyimpan rekod semua kanak-kanak dalam jagaannya dengan lengkap dan sistematik.

Cadangan keempat adalah kepada ahli masyarakat, mereka juga perlu mengubah persepsi
negatif terhadap anak yatim berkeperluan khas dan menganggap mereka sebahagian daripada ahli
masyarakat kerana kanak-kanak yatim berkepelruan khas juga manusia yang mempunyai perasaan
dan emosi. Mereka juga perlukan layanan seperti kanak-kanak lain. Masyarakat perlu memberi
sokongan moral kepada kanak-kanak yatim berkeperluan khas supaya mereka tidak berasa terasing,
tersisih dari mesyarakat sekeliling. Masyarakat boleh mengadakan pelbagai program dan kempen
untuk memotivasikan kanak-kanak yatim berkeperluan khas dan mengubah nasib mereka agar
mereka boleh berdikari, bersifat positif dan mampu hidup dengan bermakna.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kajian kes ini telah dapat mengenalpasti wujudnya hubungan mesra dan kasih
sayang yang sejati dan murni oleh sebuah keluarga angkat terhadap kanak-kanak kembar yatim yang
berkeperluan khas. Walaupun kedua-dua kanak-kanak yatim ini tidak dapat diambil sebagai anak
angkat yang sah, disebabkan peraturan dan undang-undang yang sukar ditembusi, namun mereka
telah berjaya membina hubungan yang intim dan memberi harapan yang positif kepada kedua-dua
orang kanak-kanak yatim ini untuk mempunyai sebuah keluarga yang boleh dirasai sebagai keluarga
sendiri. Perasaan ini, sudah pasti telah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ini dan pendidikan
mereka. Sejak berada dalam jagaan keluarga angkat, walaupun hanya pada hujung minggu dan cuti
sekolah, kanak-kanak yatim ini telah dapat menunjukkan sifat-sifat ceria dan gembira, menghormati
orang yang lebih tua, dan menunjukkan kemajuan dalam pembelajaran mereka. Begitu juga dalam
hal mengurus diri sendiri, mereka belajar berdikari dan bersembahyang. Kehidupan mereka lebih
gembira dan bermakna. Kajian kes ini boleh dianggap sebagai sebuah kes contoh – bahawa kanak-
kanak yatim boleh dibantu untuk berjaya dalam hidup mereka kelak dan menjadi ahli masyarakat

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


171
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

yang baik dan sejahtera sekiranya mereka mendapat peluang berada dalam keluarga angkat yang
memahami perasaan mereka dan dapat memberi kasih sayang yang ikhlas kepada mereka. Hubungan
kasih sayang ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yatim yang sememangnya sentiasa dahagakan
kasih sayang dan bimbingan. Semoga lebih ramai pihak-pihak lain yang sudi mengambil anak-anak
angkat dari kalangan kanak-kanak yatim yang ditinggalkan di rumah jagaan anak yatim, khususnya
anak-anak yatim yang berkeperluan khas. Sesungguhnya kajian ini membuktikan bahawa keluarga
angkat yang baik mampu memberikan masa hadapan yang cerah kepada kanak-kanak yatim untuk
menjadi insan yang berjaya.

RUJUKAN

Azlin Hilma Hillaluddin dan Zarina Mat Saad (2010) Penilaian psikososial kanak-kanak: Isu-isu
kebajikan dan perkembangan. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-5311-51-2

Bailey, D. B., Raspa, M., and Fox, L.C. (2012). What Is the Future of Family Outcomes and Family-
Centered Services? Topics in Early Childhood Special Education 2012. DOI:
10.1177/0271121411427077. http://tec.sagepub.com/content/31/4/216.

Baxter, J., Higgins, D., & Hayes, A. (2012). Families make all the difference: Helping kids to grow
and learn (Facts Sheet). Melbourne: Australian Institute of Family Studies.

Bryman, A. (2012). Social Research Methods (4th ed). New York: Oxford University Press Inc.

Cassidy, J., & Shaver, P. (Eds.). (2008). Handbook of attachment: Theory, research, and clinical
applications (2nd ed.). New York, NY: Guilford Press.

Cluver, L. & Gardner, F. (2006). The Psychosocial Well Being of Children Orphaned by AIDSin
Cape Town, South Africa. Journal of Annals of General Psychiatry 2006, 5:8.

Collings, S. & Davies, L. (2008). For the Sake of the Children’: Making Sense of Children and
Childhood in the Context of Child Protection. Journal of Social Work Practice:
Psychotherapeutic approaches in Health, Welfare and the Community. 22:2, 181-193.

Cuzzocrea, F., Larcan, R., & Westh, F. (2013). Family and parental functioning in parents of disabled
vhildren. Nordic Psychology. 65 : 271-287.

Farah Syazrah Mohd Ghazalli, Muhammad Fadhil Nurdin & Norizan Abdul. (2015). Penerimaan
Layanan Emosi Anak Yatim Di Rumah Perlindungan: Kajian di Wisma Yatim Perempuan
Islam, Pulau Pinang. International Conference on Empowering Islamic Civilization in the
21st Century. eISBN: 978-967-13705-0-6.

Groark, C. J., Mccall, R. B., & Fish, L. (2011). Characteristics of Environments, Caregivers, and
Children in Three Central American Orphanages. Infant Mental Health Journal, 32, 232-
250. http://dx.doi.org/10.1002/imhj.20292

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


172
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Hart, D., Atkins, R., Fegley, S., Robins, R. W. and Tracy, J. L. (2003). Personality and Development
in Childhood: A Person-Centered Approach. Monographs of the Society for Research in
Child Development. Vol. 68, No. 1. (2003), pp.1-122.

Jeynes, W. H. (2007). The relationship between parental involvement and urban secondary school
student academic achievement:A meta-analysis. Urban education, 42(1), 82-110.

Mitchell, D. (2014). What really works in special and inclusive education: Using evidence-based
teaching strategies. London: Routledge.

Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Quick Facts KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat). (2016).
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/

Richter L., Foster G., Sherr L. (2006). Where the heart is: Meeting the psychosocial needs of young
children in the context of HIV/AIDS. The Hague, The Netherlands: Bernard van Leer
Foundation.

Smyke, A. T., Zeanah, C. H., Fox, N. A., Nelson, C. A., & Guthrie, D. (2010). Placement in Foster
Care Enhances Quality of Attachment Among Young Institutionalized Children. Journal of
Child Development. 2010 Jan-Feb; 81(1): 212–223.

Swick, K., Knopf, H., Williams, R., & Fields, E. (2013). Family-school strategies for responding to
the needs of children experiencing chronic stress. Early Childhood Education Journal 41 (3),
181-186.

United Nations (2006) Convention on the Rights of Persons with Disabilities.


http://www.un.org/disabilities/default.Asp? Id + 259.

Jabatan Pendaftaran Negara (2016). Statistik 2016. http://www.jpn.gov.my/statistik-2016/

Utusan Melayu (2017). Sebanyak 697 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di seluruh negara
2010-2016. Kuala Lumpur 25 Julai 2017.
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/697-kes-pembuangan-bayi-dilaporkan-antara-
2010-2016-1.507223#ixzz4wbWpwlf4

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


173
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

IMPAK TERHADAP PENDIDIKAN, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK


PESAKIT KANSER: SATU KAJIAN KES DI KLANG, SELANGOR

Siti Fatimah Md Salleh, Marhamah Abu Zahar,


Khodaeh Huda dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Pesakit kanser terutama golongan kanak-kanak perlu diberi perhatian dan sokongan oleh orang
ramai memandangkan mereka masih mentah tetapi sudah ditimpa penyakit yang kronik dan
mempunyai kesan fizikal dan psikologikal yang serius. Semasa kanak-kanak normal sedang belajar
di sekolah dan bergembira bermain dengan rakan-rakan, kanak-kanak pesakit kanser terpaksa
masuk-keluar hospital untuk menjalani rawatan bagi menangani penyakit mereka. Ditambah lagi
dengan kesakitan yang mereka alami akibat rawatan dan pembedahan. Seperti kata pepatah Melayu,
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kajian ini bertujuan mengesan dilema
yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak pesakit kanser dari segi emosi, sosial, pendidikan dan
harapannya untuk menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak lain. Pengkaji juga cuba
mengenal pasti bagaimana kanak-kanak pesakit kanser ini menghadapi masa-masa yang banyak
terluang semasa di hospital dan di rumah selepas menjalani rawatan. Responden ini adalah seorang
murid Tahun 3, berumur 9 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor.
Penyakit yang dialaminya ialah kanser paratesticular rhabdomyosarcoma yang baru di kesan lebih
kurang setahun yang lepas. Data dikumpul melalui pemerhatian dan temu bual dengan guru, ibu
bapa, kakak dan kanak-kanak ini sendiri. Dapatan kajian diharap dapat memberi kesedaran kepada
semua pihak, terutama pihak sekolah dan ibu bapa lain supaya lebih prihatin dan sentiasa ingat
untuk melawat dan memberi sokongan moral kepada kanak-kanak yang mengalami kesakitan dan
kesunyian dalam mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser.

Kata kunci: isu-isu pendidikan awal kanak-kanak, dilema kanak-kanak pesakit kanser,
perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak pesakit kanser, kesan rawatan terhadap emosi dan
pendidikan kanak-kanak.

PENGENALAN

Kanser kanak-kanak disenaraikan sebagai sepuluh daripada penyakit pembunuh di Malaysia dengan
seratus daripada sejuta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun didiagnosis mengidap kanser menurut
perunding pakar pediatrik Hospital Umum Sarawak (HUS) seperti dilaporkan dalam Utusan Borneo
(Sarawak) bertarikh 25 September 2016. Di Sarawak sahaja terdapat 60 hingga 70 kes kanser kanak-
kanak dilaporkan setiap tahun, dengan 30 hingga 40 peratus adalah pengidap kanser leukemea atau
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
174
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kanser darah. Lain-lain kanser yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak, menurut perunding pakar
pediatrik HUS, ialah Hodgkin lymphoma, ependymoma, astrocytoma, medulloblastoma, kanser saraf
tunjang, kanser mata, ketumbuhnan otak, neuroblastoma, gonadal dan tumor gem sel, kanser buah
pinggang, soft tissue sarcomas, retino blastoma dan lain-lain.

Kanser terjadi apabila sel telah hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan tersendiri
tanpa dapat dikawal oleh badan. Pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa
daripada segi saiz dan bentuk, sehingga memusnahkan sel yang bersebelahan dan merebak kepada
organ-organ dan tisu-tisu lain. Pertumbuhan sel kanser biasanya memerlukan lebih makanan di dalam
badan. Kanser mengakibatkan daya tahan badan kanak-kanak menurun, memusnahkan organ dan
tulang, dan melemahkan sistem pertahanan (imun) badan untuk melawan penyakit (MyHealth,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012). Secara tipikal, faktor yang menyebabkan kanser di
kalangan kanak-kanak adalah tidak sama dengan kanser di kalangan orang dewasa, seperti merokok
atau terdedah kepada persekitaran tercemar.

Apabila kanak-kanak telah dikesan mengidap kanser, mereka perlu mendapat rawatan
dengan segera daripada pakar onkologi kanak-kanak yang ada di hospital-hospital kerajaan atau
swasta. Terdapat beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk kanser kanak-kanak termasuk
pembedahan, kemoterapi, radioterapi, imunoterapi dan pemindahan sel stem. Selalunya gabungan
rawatan ini digunakan. Rawatan pesakit kanser kanak-kanak adalah toksik, perit, tidak
menyenangkan dan tidak menentu, biasanya mengambil masa beberapa bulan sehingga bertahun-
tahun mengikut tahap kanser yang dihadapi. Ada yang mendapatkan rawatan di hospital dan ada
yang berulang alik ke hospital. Kesannya sangat detrimental kepada emosi, tingkah laku, sosial dan
pendidikan kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kehidupan dan menyelami perasaan
seorang kanak-kanak pesakit kanser yang berusia sembilan tahun di Klang, Selangor. Oleh kerana
hanya seorang kank-kanak sahaja yang terlibat, kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang tipikal.

MASALAH KAJIAN

Kajian ini didorong oleh satu laporan yang dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan yang bertajuk
“Ramai kanak-kanak hidap penyakit kanser perlukan bantuan” (Merdeka online, 14/4/2016). Akhbar
ini melaporkan kenyataan oleh presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Kanser Malaysia
(PiBaiK), bahawa ‘ramai kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser di negara ini memerlukan
bantuan dan sokongan berterusan daripada semua pihak. Selain semangat dan bimbingan yang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


175
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sememangnya diperlukan, bantuan kewangan atau dana juga amat penting demi memastikan
kebajikan, terutama kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser mampu meneruskan kelangsungan
hidup mereka”.

Laporan tersebut amat menyentuh perasaan pengkaji yang sedang mengikuti kursus Isu-isu
Semasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah universiti tempatan. Lanjutan itu, pengkaji
telah membuat rujukan tambahan dan menetapkan akan membuat kajian mengenai dilema yang
dihadapi oleh kanak-kanak pesakit kanser dan keluarga mereka sebagai projek dalam kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kesan terhadap emosi, sosial dan pencapaian pendidikan kanak-kanak yang
mengalami penyakit kanser.
2. Mengenal pasti dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak pesakit kanser.

SOALAN KAJIAN
1. Apakah kesan terhadap emosi, sosial dan pendidikan kanak-kanak yang mengalami penyakit
kanser?
2. Mengenal pasti dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak pesakit kanser?

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan
dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan
bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan
selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal
menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Tumor boleh
dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak
merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah
yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh
merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi
multi-organ boleh menyebabkan kematian.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


176
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Laporan Persatuan Kanser Ibu Bapa
dan Kanak-kanak Malaysia (Utusan online, 15 Disember 2016) menunjukkan terdapat 45,000
pengidap kanser baru setiap tahun, termasuk kanak-kanak. Bilangan ini adalah sangat tinggi dan
dikatakan penyebab utama kadar kematian yang tinggi di Malaysia.

Rawatan kanser biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang sel kanser atau tumor
dan not lim (lymph note) yang berhampiran organ yang dijangkiti barah. Rawatan ini digabungkan
dengan terapi radiasi dan kimoterapi. Menurut Teepapal, Punthmatharith dan Naphapunsakul (2015),
rawatan-rawatan ini memberi kesan-kesan berikut kepada pesakit.
1) Badan: seperti muntah, demam, keletihan, hilang selera, tak makan, badan kurus dan
sebagainya.
2) Mental: tidak minat bercakap, takut berpisah dengan ibu bapa, bosan, takut rawatan
seterusnya, sedih, murung, dan sebagainya.
3) Sosial: Takut dipisahkan dari orang yang disayangi seperti keluarga dan rakan-rakan, tidak
boleh berkomunikasi dengan orang lain, tidak boleh melakukan aktiviti secara normal sebab
peraturan dalam hospital, dan rasa terkongkong/tidak bebas.

Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Coyne (2013) yang menjelaskan empat ketakutan
yang dialami oleh kanak-kanak semasa tinggal di hospital. Ketakutan tersebut ialah takut berpisah
dengan keluarga dan kawan-kawan; takut dengan persekitaran asing; takut menghadapi pemeriksaan
dan takut menjalani rawatan lanjut. Disebabkan ketakutan yang dihadapi, kesannya kanak-kanak
hilang keyakinan diri. Untuk mengurangkan kebimbangan kanak-kanak di hospital, Coyne (2013)
mencadangkan supaya ibu bapa digalakkan tinggal bersama anak di hospital, membenarkan adik-
beradik untuk melawat dan bermain, menyediakan alat teknologi dan terapi bermain untuk kanak-
kanak.
Kajian Kanjanapongkul (2007) melibatkan seramai 517 orang kanak-kanak berumur tiga
hingga empat tahun yang mengidap penyakit kanser mendapati kaedah rawatan kanser memberi
kesan teruk kepada pesakit. Pengkaji melaporkan kesan rawatan kimoterapi menyebabkan berat
badan bertambah (26.4%), manakala kesan terhadap emosi dan sosial menyebabkan kanak-kanak
berperasaan sangat negatif terhadap orang lain (8.5%). Kajian Chung (2014) juga mendapati kesan
rawatan yang lama di hospital menyebabkan kanak-kanak mengalami kesukaran berkomunikasi
disebabkan kurang kemahiran verbal (berbahasa) dan ini menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Demikian juga Corsano et al., (2015), mereka melaporkan 74% kanak-kanak yang dirawat dalam
tempoh yang lama di hospital mengalami emosi marah dan bebal, 63% emosi sedih, dan 70% emosi
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
177
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

takut. Kajian oleh Rokach (2016) juga menunjukkan hospitalisasi yang lama menjejaskan
perkembangan pesakit kanak-kanak, terutama terhadap pembinaan identiti dan estim kendiri, mereka
menjadi begitu benci kepada cucukan jarum (injection) dan transfusi darah. Kanak-kanak begini
dikatakan memerlukan pemulihan yang rapi dan agak lama.

METODOLOGI

Kajian ini mengunakan reka bentuk kajian kes secara kualitatif. Kajian kes dipilih kerana pengkaji
seorang responden terlibat dan ini merupakan kes biasa atau tipikal yang boleh dianggap hampir-
hampir menyerupai kes-kes lain dalam kategori ini. Disamping itu, kajian ringkas ini hanya
dijalankan dalam masa yang sangat terhad sebagai sebahagian dari tugasan bagi kursus Isu-isu
Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk keperluan pengajian peringkat Sarjana. Seperti kajian kes yang
lain, kaedah temu bual dan pemerhatian telah digunakan (Yin, 2014). Temubual dijalankan dengan
guru, ibu bapa, ahli keluarga dan responden kanak-kanak ini sendiri. Lokasi kajian ialah di kediaman
dan sekolah kanak-kanak di Klang, Selangor.

Responden merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sembilan tahun dan
bersekolah di Tahun Tiga di sebuah sekolah di Klang, Selangor. Responden merupakan anak bongsu
daripada tiga orang adik-beradik. Bapa responden berkerja sendiri, manakala ibunya adalah suri
rumah yang mengambil upah menjaga bayi. Responden mempunyai seorang abang dan kakak yang
bersekolah. Responden telah menghidap kanser kelenjar atau nama saintifiknya paratesticular
rhabdomyosarcoma yang dikesan sejak Oktober 2016 (sudah hampir setahun lalu). Responden
sedang menjalani rawatan kimoterapi selama enam bulan bermula pada bulan Februari sehingga Julai
2017.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kronologi Pesakit
Pada bulan Oktober 2016, responden mengadu sakit di bahagian kelenjar dan dibawa ke klinik
kesihatan. Doktor meminta responden dirujuk ke Hospital Shah Alam. Ibu dan bapanya
membawanya ke Hospital Shah Alam dan diperiksa lanjut oleh doktor. Doktor kemudian
mengesahkan responden tiada masalah dan boleh dibawa pulang. Sejam selepas pemeriksaan, pihak
hospital meminta responden diperiksa semula oleh doktor lain, dan ressponden terus di tahan di wad.
Keesokkan harinya responden terus dibedah bagi membuang kelenjar yang terjejas. Hasil
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
178
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pembedahan di hantar ke hospital Klang untuk pemeriksaan lanjut. Responden dibenarkan pulang
sehari selepas pembedahan. Keputusan daripada hospital keluar pada bulan Januari 2017 dan
responden disahkan menghidap kanser kelenjar tahap satu. Responden dirujuk ke Hospital Kuala
Lumpur bagi rawatan lanjut. Responden perlu menjalani enam rawatan kimoterapi dalam tempoh 6
bulan. Ketika kajian ini dijalankan, responden telah menjalani tiga rawatan kimoterapi. Responden
perlu berulang alik ke hospital tiga kali setiap bulan bagi rawatan kimoterapi.

Keadaan Emosi pesakit:


Sebelum disahkan mengidap kanser, responden merupakan seorang yang periang dan ceria. Melalui
temu bual dengan gurunya, guru menyatakan ‘murid ini adalah seorang yang suka tersenyum dan
gembira ketika di dalam bilik darjah’ dan beliau (gurunya) tidak menyangka murid ini menghidap
kanser. Menurut gurunya, responden akan menjadi murung dan baran apabila kembali ke sekolah
selepas 2-3 hari berehat selepas menerima rawatan kimoterapi.

Menurut ibunya, responden perlu bangun seawal jam 5 pagi setiap kali akan ke hospital
untuk rawatan kimoterapi kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Rawatan
akan bermula pada jam 10 pagi dan tamat selepas dua hingga tiga jam setiap kali rawatan. Menurut
bapanya, kadang-kala, responden akan menangis dan mengamuk apabila dikejutkan awal pagi bagi
bersiap untuk pergi ke hospital. Responden juga sangat penat dan bosan menunggu setiap kali
rawatan. Hal ini menyebabkan emosi responden sangat terganggu setiap kali perlu menjalani
rawatan. Menurut ibunya, responden akan tidak lalu makan dan muntah-muntah selama dua hingga
tiga hari selepas rawatan; “kesian dia, setiap kali nak pergi hospital dia nampak sangat malas, serik
dan tak suka nak pergi ke hospital. Tapi apa boleh buat, terpaksa juga pergi dan kita kenalah pujuk
dia.”

Menurut ibunya lagi, responden akan bertanya dengan ibunya ‘ibu, adik perlu ke makan ubat
oren tu? Nanti mesti adik muntah-muntah lagi’. Dia menjadi lemah dan tidak larat untuk
menguruskan dirinya selepas rawatan. Kesan fizikal yang dihadapi oleh responden selepas rawatan
kimoterapi adalah dia mengalami keguguran rambut. Untuk mengelakkan keadaan ini, rambut kanak-
kanak ini terpaksa dibotakkan oleh ayahnya. Dia juga mengalami penurunan berat badan yang
menyebabkan dia kelihatan kurus cengkung dan tidak bermaya. Responden menyatakan dia malu
untuk menunjukkan kesan pembedahan dan kawasan rawatan kimoterapi kepada pengkaji. Menurut
ibunya, responden perlu dijaga rapi seperti seorang bayi dan perlu dipantau setiap masa kerana
badannya telah hilang pertahanan diri dan mudah dijangkiti penyakit. Hal ini menyebabkan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
179
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

responden merasa tidak bebas dan sangat bosan; dia tidak boleh bermain di luar rumah dan merasa
hidupnya sangat dikawal.

Keadaan Sosial pesakit


Sejak menerima rawatan kemoterapi, responden tidak lagi boleh berjumpa dengan kawan-kawannya
di sekolah dan di rumah kerana kesihatannya takut dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan
komplikasi. Responden sentiasa mengalami rasa sedih, murung dan mudah memberontak kerana
tidak dapat bertemu dengan kawan-kawannya. Semenjak dia sakit, ibunya telah membataskan
perhubungannya dengan kawan-kawannya walaupun adalah beberapa orang kawan-kawannya yang
ingin melawat beliau. Responden hanya bersosial dangan ahli keluarganya sahaja dan kanak-kanak
lain yang juga sakit semasa di hospital. Abang dan kakaknya terpaksa banyak mengalah dengannya,
kerana kesan rawatan kimoterapi yang sangat buruk kepada responden, mereka juga bimbang dan
sedar emosi responden sangat mudah terganggu.

Menurut ibu kanak-kanak pesakit kanser ini, kakaknya sebelum ini suka bergurau dan
bergumpal secara fizikal dengannya, tetapi kini dia banyak mengalah dengan adiknya. Apabila
pengkaji bertanya kepada kakaknya bagaimana hubungan dia dengan adiknya, dia menyatakan
bahawa dia banyak memendam perasaan kerana kadang-kala ibunya lebih mementingkan adiknya
dan dia banyak mengalah dengan adiknya, tetapi dia tidak kisah kerana mahu adiknya cepat sembuh.
Sepanjang tempoh masa responden menjalani rawatan kimoterapi, pelbagai pihak dan kawan-kawan
kepada ibu bapa kanak-kanak ini telah datang ke sekolah untuk menyatakan rasa simpati dan
memberi sokongan moral. Pihak sekolah dan persatuan pesakit kanser kanak-kanak juga telah datang
dan memberi sumbangan wang dan alatan perubatan kepada anaknya. Selain itu, hubungan
responden dengan orang luar juga sangat terbatas kerana menurut ibunya, jika tetamu yang datang
terlalu ramai, responden akan masuk ke bilik dan mengasingkan diri.

Pencapaian Pendidikan pesakit


Sebelum sakit, menurut gurunya, pelajaran kanak-kanak ini lemah dan dia kurang berminat belajar.
Namun begitu ibunya menyatakan, dia rajin pergi ke sekolah kerana ingin bermain dengan kawan-
kawannya. Selepas disahkan sakit, kanak-kanak ini hanya akan belajar selepas benar-benar sihat dari
rawatan kimoterapi iaitu dua minggu selepas rawatan. Ibu bapanya tidak memaksa dia belajar kerana
takut dia menjadi murung. Mereka juga mengambil kata-kata nasihat doktor supaya responden hanya
belajar di rumah sahaja. Kesan daripada penyakit ini, maka pendidikannya memang sangat terjejas.
Dia sudah ketinggalan sangat jauh dalam pelajarannya. Ibu bapa dan kakaknya juga tidak mampu
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
180
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mengajar apa yang diajar di sekolah kepada responden, maka dia hanya mengulang kaji pelajaran
yang telah dipelajari. Hal ini sadah pasti menjejaskan pencapaianya dalam pendidikan.

Dilema yang dihadapi kanak-kanak pesakit kanser

(i) Kurang simpati dari pihak sekolah


Menurut ibunya, pada hujung tahun 2016, pihak sekolah telah meminta responden menghadiri
peperiksaan akhir tahun di sekolah selepas sehari keluar dari hospital selepas pembedahan. Walaupun
responden diberi cuti rehat oleh doktor, tetapi pihak sekolah memberi alasan responden perlu hadir
ke sekolah mengambil peperiksaan bagi menentukan kedudukan kelasnya pada tahun hadapan
(2017). Oleh itu, kanak-kanak terpaksa hadir ke sekolah walaupun masih sakit pada ketika itu.

(ii) Tidak dapat bermain dengan kanak-kanak lain, hidup dalam kesunyian
Sejak mengidap penyakit ini, aktiviti kanak-kanak ini sangat terhad dan dia hanya bermain di dalam
rumah sahaja. Dia tidak dibenarkan bermain di luar rumah. Oleh itu, kanak-kanak ini lebih banyak
menghabiskan masanya menonton televisyen. Kadang-kala, kanak-kanak ini menangis kerana terlalu
bosan dan ingin keluar rumah, maka ibu atau bapanya akan membawanya menaiki kereta, dan
pusing-pusing di sekitar kawasan Klang dan pulang semula ke rumah tanpa singgah di mana-mana.

(iii) Tidak boleh makan makanan yang disukai


Kanak-kanak yang mengidap kanser dan menerima rawatan kimoterapi terpaksa berpantang dari segi
makanan. Emosi responden sangat terganggu ketika waktu makan kerana dia tidak boleh makan
makanan sembarangan dan makanannya perlu segar di masak. Jika tersalah makan dia perlu ditahan
di wad. Kanak-kanak ini kurang gemar minum air, tetapi disebabkan rawatan kimoterapi dia perlu
minum air yang banyak. Ibu kanak-kanak ini terpaksa membuat jus segar setiap hari untuk memujuk
responden minum. Dia juga diberi minum susu dalam botol (botol susu). Menurut ibunya, resonden
pernah tersilap makan iaitu dia minum air kelapa tanpa disedari oleh ibunya. Pada malam itu, suhu
badan responden telah naik secara mendadak dan dia terpaksa dibawa ke hospital dan ditahan di wad
selama dua hari. Dia juga tidak dibenarkan makan makanan segera dan makanan berperisa tambahan.
Disebabkan itu, seluruh ahli keluarganya juga terpaksa mematuhi larangan tersebut, kerana tidak
mahu kanak-kanak ini nampak dan mahukan makanan tersebut.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


181
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapatan kajian kes ini memberi beberapa implikasi terhadap keluarga responden, pihak sekolah dan
ahli masyarakat yang tinggal berhampiran dengan keluarga responden. Ahli keluarga responden,
terutama ibu dan bapa, terpaksa meluangkan lebih banyak masa kepada responden berbanding
dengan anak-anak yang lain. Maka adik beradik responden perlu memahami keadaan ini dan tidak
terasa kecil hati atau diabaikan oleh ibu bapa mereka. Pihak sekolah juga perlulah lebih prihatin dan
bersifat peri kemanusiaan terjadap murid-murid yang menderita sakit dan tidak mengarahkan mereka
mengambil peperiksaan di sekolah, tetapi membantu murid berkeaan mengambil peperiksaan di
rumah atau di rumah sakit agar tidak menjejaskan keadaan penyakit murid-murid tersebut. Pihak
sekolah perlu lebih bersimpati terutama dengan kes-kes kanak-kanak yang dalam kesusahan, bukan
hanya tahu memberi arahan. Sepatutnya ada guru-guru yang sanggup untuk membantu kanak-kanak
ini belajar di rumah atau sekurang-kurangnya meminta ahli keluarga kanak-kanak ini membimbing
pelajaran kanak-kanak dengan memberikan bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari oleh murid-
murid lain di sekolah. Pihak sekolah haruslah lebih bertimbang rasa dengan keadaan responden yang
sedang sakit dan baru menjalani pembedahan. Seterusnya ahli masyarakat dan jiran-jiran haruslah
juga prihatin dan membantu keluarga responden yang sedang kesusahan kerana menanggung
masalah kewangan, emosi dan sebagainya. Kadang-kadang jiran-jiran juga boleh membantu
membawa kanak-kanak pesakit ke hospital atau menjaga anak-anak yang tinggal kerana ibu bapa
mereka terpaksa menunggu dan berada di hospital dalam masa yang lama.

Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk diambil perhatian oleh
pihak-pihak yang berkenaan. Pertama, pihak hospital wajar menempatkan seorang kaunselor untuk
memberi nasihat dan pandangan kepada kanak-kanak pesakit dan juga keluarganya. Kewujudan
kaunselor ini amat penting supaya emosi kedua-dua pihak terjamin dan tidak mengalami sebarang
tekanan yang melampau. Kedua, pihak hospital juga wajar menyediakan senarai cadangan makanan
seimbang dan menarik untuk pesakit kanser kanak-kanak yang tinggal di rumah – kerana biasanya
selepas rawatan kimoterapi, pesakit hilang selera makan. Maka, cadangan senarai makanan yang
sesuai boleh membantu ahli keluarga menyediakan variasi makanan yang berkhasiat, seimbang dan
menarik perhatian pesakit kanak-kanak di rumah.

Cadangan ketiga ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dua
langkah perlu dititikberatkan oleh KPM: (i) menyediakan tenaga pengajar di hospital untuk
membantu kanak-kanak terus mengikuti pembelajaran atau membantu ibu bapa mengupah/mencari
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
182
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

seorang tutor atau sukarelawan untuk membantu kanak-kanak sakit di rumah terus mengikuti
pembelajaran. Hal ini amat penting untuk memastikan tahap pendidikan pesakit adalah selari dengan
peningkatan umur dan perkembangan pesakit serta tidak keciciran dalam pelajaran.

PENUTUP

Kajian ini telah membuka mata dan minda pengkaji betapa sengsaranya kehidupan kanak-kanak yang
mengidap penyakit, sama ada di hospital atau di rumah. Sudahlah mereka terpaksa menanggung
kesakitan kerana rawatan dan pembedahan yang dijalankan, mereka terpaksa pula berulang alik ke
hospital setiap kali dan tidak dapat pergi ke sekolah selepas rawatan. Mereka juga tidak dapat
bermain dengan kawan-kawan seperti biasa; tidak boleh keluar rumah untuk bergaul dan berlasak
dengan rakan-rakan dan adik beradik yang lain; Mereka juga terpaksa berpantang makanan-makanan
yang mereka sukai dan memakan ubat-ubat yang mereka sangat tidak sukai. Semua ini adalah dilema
yang dihadapi oleh kanak-kanak pesakit seperti apa yang telah didedahkan dalam kajian ini. Dilema
ini turut dialami oleh ibu bapa dan keluarga pesakit kanak-kanak. Pengkaji percaya, kes yang dikaji
ini bukan satu kes khusus, tetapi ianya berlaku kepada ribuan lagi pesakit kanak-kanak yang terlantar
di hospital dan di rumah yang tidak dipedulikan.

Kesan terhadap perkembangan emosi, sosial, fizikal, dan akademik kanak-kanak adalah
sangat mendalam. Begitu juga kesan terhadap kesejateraan dalam rumah tangga. Oleh itu pelbagai
pihak harus bekerjasama untuk membantu, memberi sokongan emosi, moral dan kewangan,
khususnya kepada keluarga yang miskin, apabila mengetahui terdapat kanak-kanak pesakit kanser
dan penyakit-penyakit lain dalam kawasan mereka. Semoga bantuan dan rasa simpati yang
dihulurkan akan memberi keselesaan dan mengurangkan kesakitan yang mereka dialami.

RUJUKAN

Chung, A. (2014). Long-term Hospitalization and the Impact on Emotional Well-being of a Child.
Honors thesis, State University of New York (online).

Corsano, P., Cigala, A., Majorano, M., Vignola, V., Nuzzo, M.J.,Cardinale, E., & Izzi,G. (2015)
Speaking about emostional events in hospital. The role of health-care professionals in
children emotional experiences. Journal of Child Health Care, vol.19(1), 84-92. DOI:
10.1177/13674935.13496912: SAGEpub.com

Coyne, I. (2013). Children’s fears in hospital. Lucerne: Trinity College Dublin, Ireland.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


183
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kanjanapongkul, S. (2007). Quality of life and late effects in survivors of childhood cancers. Thai
Pediatric Oncology Group: ThaiPOG, The Thai Society of Hematology.

Rokach, A. (2016). Psychological, emotional and physical experiences of hospitalized children.


Clinical Case Reports and Reviews. Vol 2(4): 399-401. DOI: 10.15761/CCRR.1000227.

Teepapal, T., Punthmatharith, B. & Naphapunsakul, N. (2015). Effect of Self-Help Group on the
Psychological Dimension of Quality of Life of Adolescents with Cancer. Thailand: Prince of
Songkla University.

Yin. R. K. (2014). Case Study Research Design and Methods (5th ed). Thousand Oaks, CA: SAGE.

RUJUKAN LAMAN SESAWANG:

Utusan Borneo (Sarawak) (25 September 2016). https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-


borneo-sarawak/20160925/281483570862778

MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia (2012). http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-


pesakit-kanser-secara-holistik/

Merdeka online (14/4/2016). http://merdeka-online.com/home/ramai-kanak-kanak-hidap-penyakit-


kanser-perlukan-bantuan/

Utusan online (15 Disember 2016). http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/harapan-kanak-


kanak-kanser-1.232832

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


184
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

KESAN EMOSI MANGSA BULI: KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH

Siti Nur Hafiza Mohd Nasir, Vekneswary M. Elango, Ratha Muniandy


dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Pembangunan Negara yang pesat turut membawa bersama impak sosial yang negatif dalam
kalangan pelajar-pelajar sekolah pada masa kini. Salah satu gejala sosial negatif yang kerap
berlaku dan dilaporkan dalam media massa ialah buli. Kes buli dikatakan semakin meningkat setiap
tahun dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan semakin serius masalahnya. Statistik
Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-
sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan
fizikal. Banyak lagi kes-kes kecil yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana mangsa buli
takutkan akibat yang lebih parah jika berbuat demikian. Kes buli memberi kesan buruk terhadap
emosi dan pembelajaran mangsa. Kajian kes ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan emosi
mangsa buli yang berlaku di sekolah rendah, di negeri Perak dan Pulau Pinang. Dua orang murid
mangsa buli telah dipilih sebagai responden kajian. Responden A adalah seorang murid Tahun 5, di
Perak, berumur 11 tahun, mempunyai pencapaian yang baik dan sentiasa mendapat pujian daripada
guru-guru di dalam kelas. Beliau dibuli oleh rakan-rakannya disebabkan cemburu. Manakala
responden B merupakan seorang murid Tahun 6, di Pulau Pinang, berumur 12 tahun, adalah
seorang yang pendiam dan pasif dalam kelas. Beliau suka menyendiri dan tidak banyak bercakap
dan ini menyebabkan pelajar lain mengambil kesempatan membulinya. Kedua-dua responden dalam
kajian ini didapati tidak pernah memberitahu guru atau keluarga mereka bahawa mereka dibuli di
sekolah. Kajian ini cuba menyelami perasaan kedua-dua mangsa buli ini dari segi tekanan emosi
yang mereka dihadapi. Beberapa cadangan untuk membantu mangsa buli diberikan dalam rencana
ini.

Kata kunci: pendidikan awal kanak-kanak, dilema kanak-kanak, masalah buli di sekolah rendah,
kesan buli kepada kanak-kanak, isu-isu pendidikan awal kanak-kanak.

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat menjadi Negara maju
mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Murid-murid menjadi elemen utama di Negara ini yang
akan terus melaksanakan program pembangunan Negara untuk mencapai Wawasan 2020. Namun
demikian, pembangunan yang pesat turut membawa bersama impak sosial yang negatif dalam
kalangan murid-murid pada masa kini. Salah satu gejala sosial negatif yang hangat dalam kalangan
murid-murid ialah kes buli.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
185
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, buli merupakan aksi mempermain-mainkan orang yang
lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan. Kes buli meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap mangsanya. Ia melibatkan perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan
menunjukkan kekuatan masing-masing. Apabila golongan pembuli menunjukkan kekuatannya,
secara tidak langsung mereka yang lemah berasa takut dan turut mematuhi mereka yang kuat.

Menurut Olweus (2001), buli ialah tingkah laku langsang yang diperlakukan kepada orang
lain dengan sengaja. Kebanyakan perbuatan buli bertujuan untuk menunjukkan kuasa dan keupayaan
menundukkan orang lain, dan perbuatan tersebut dilakukan secara berulang kali. Buli melibatkan tiga
elemen iaitu, pembuli, mangsa buli dan pemerhati (Rigby, 2002 & Olweus, 2001 & 2005). Manakala,
terdapat tiga jenis buli iaitu buli secara fizikal, buli secara verbal, dan buli secara relational (Olweus,
2007).

Pembuli lazimnya mempunyai ciri-ciri seperti bertubuh besar, tegap dan tinggi. Mereka juga
terdiri daripada sekumpulan murid yang biasanya usia mereka adalah sebaya atau lebih senior. Bagi
mereka, membuli adalah satu cara untuk menunjukkan ego, marah, balas dendam dan rasa seronok
(sadis). Apabila mereka berjaya membuli seseorang murid, mereka dianggap kuat dan berkuasa.
Manakala, kebanyakan mangsa buli bertubuh kecil, lemah dan lebih junior kepada pembuli. Selain
itu, murid yang kerap dipuji oleh guru juga mudah menjadi sasaran bagi golongan pembuli.

Buli membabitkan tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang
dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa. Buli dalam bentuk fizikal melibatkan pukul-
memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, dan sepak
teranjang sehingga menyebabkan kecederaan (Noran, Rajendran & Ahmad, 2004). Malah, paling
ganas menyebabkan kematian. Manakala buli dalam bentuk psikologikal lebih kepada ejek-
mengejek. Mangsa buli didera dari segi mental sehingga hilang keyakinan diri, membiarkan diri
diperlakukan apa sahaja, tidak mahu ke sekolah dan sebagainya (Azizi et al., 2008; dan Simon,
2017). Kes buli kini semakin meningkat. Keadaan ini amat merimaskan dan membimbangkan
pelbagai pihak. Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang mengenakan hukuman gantung
persekolahan setahun untuk pelajar terbabit dengan kes buli yang serius (UtusanOnline, 16 Oktober
2016). Menteri Pendidikan dilaporkan berkata pihaknya memandang serius kes buli pelajar yang
semakin meningkat dan ini menyebabkan pihaknya mahu mengambil tindakan tegas terhadap pelajar
terbabit. Pihak KPM akan mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif untuk
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
186
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

membendung masalah buli di sekolah. Buli telah dibuktikan sangat mempengaruhi emosi,
kesejahteraan dan akademik pelajar-pelajar yang menjadi mangsa. Kajian-kajian lepas telah
menunjukkan kesan buli berlanjutan sehingga ke peringkat dewasa dan sepanjang hidup. Oleh itu
semua pihak perlu memberi perhatian serius mengenai kes buli yang berlaku di sekolah agar dapat
dicegah sebelum menjadi barah.

PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan kajian mengenai buli di Malaysia dilakukan secara kuantitatif untuk mendapatkan
maklumat/data mengenai perlakuan buli, jenis-jenis buli, alasan melakukan buli, dan kesan buli
terhadap pelajar dan ibu bapa (Wan Yusoff & Wan Abdul Kadir, 2005; Saibon & Khairani, 2006;
Khalid, 2007; Azizi et al., 2008; Rozanah Binti Madsarapi, 2011; Junainor Hassan, et al., 2016).
Kajian yang mengkaji secara mendalam perihal perasaan yang dialami dan tekanan serta rasa malu,
marah, sedih yang ditanggung oleh mangsa buli jarang-jarang diberi perhatian. Dalam erti kata lain,
kajian kes secara terperinci yang mencungkil dilema yang dihadapi oleh mangsa buli belum begitu
banyak dijalankan di Malaysia. Beberapa kajian telah dikenalpasti yang menyokong bahawa
pentingnya penyelidikan dijalankan bukan sahaja melihat kepada data kasar dan generalisasi daripada
data berkenaan, tetapi meneliti perasaan dan impak psikologi yang dialami oleh mangsa buli adalah
sangat relevan. Contoh-conton kajian kes buli yang dilaporkan dalam jurnal antarabangsa
termasuklah kajian oleh Norshidah Mohamad Salleh & Khalim Zainal (2014) yang bertajuk
‘Bullying Among Secondary School Students In Malaysia: A Case Study’; kajian oleh Salmi Ahmad
Sudan (2016) bertajuk ‘School Bullying: Victimization In A Public Primary School In Malaysia’; dan
kajian oleh Simon (2017) bertajuk ‘A Case Study of Childhood Bullying in Malaysia’.

Kajian kes ini dijalankan sebagai tugasan bagi kursus KPI6024 mengenai Isu-Isu Pendidikan
Awal Kanak-Kanak. Disebabkan keterbatasan masa dan logistik, kajian kes ini dijalankan
menggunakan kes tipikal (biasa) dengan harapan ianya boleh juga digunakan untuk menerangkan
dilema kanak-kanak mangsa buli bagi kes-kes yang hampir sama.

SOALAN KAJIAN

Empat soalan dikemukakan untuk diselidiki.


1. Bagaimanakah kes buli ini bermula dan mengapakah mangsa yang menjadi sasaran buli?
2. Bagaimanakah pembuli memperlakukan mangsanya dan kekerapan kejadian buli berlaku?
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
187
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

3. Bagaimanakah perasaan dan emosi pelajar mangsa buli?


4. Mengapakah mangsa tidak melaporkan kejadian buli ini kepada pihak sekolah dan ibu bapa?

Hasil kajian adalah penting bagi memahami kesan buli terhadap emosi murid sekolah rendah,
dengan mengenalpasti kekerapan kejadian buli berlaku, lokasi, siapa yang menjadi pembuli dan jenis
perlakuan buli yang dilakukan. Maklumat dari kajian ini sekurang-kurannya dapat dimanfaatkan oleh
pihak-pihak berikut:
 Guru dan pihak pentadbiran sekolah – supaya mereka dapat mengadakan program yang
bersesuaian dalam meningkatkan kesedaran terhadap implikasi buli di sekolah
 Kaunselor sekolah – supaya dapat menyediakan program kaunseling yang bersesuaian
terhadap mana-mana kategori individu atau kelompok yang berpotensi menjadi pembuli dan
mangsa buli.
 Institusi dan organisasi pendidikan – supaya menyokong sekolah dengan mengadakan
kempen yang bersesuaian dengan persekitaran sekolah bandar dan luar bandar dalam
meningkatkan kesedaran diri untuk mencegah menjadi pembuli dan mangsa buli.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Olweus (2007), buli adalah satu bentuk perbuatan dengan niat dan disengajakan. Perlakuan
buli bertujuan mendatangkan kecederaan, ketidakselesaan dan menjatuhkan air muka atau
memalukan murid yang selalunya lebih lemah daripada murid yang lebih berkuasa (Vlachaou,
Anreou, Botsoglou & Didaskalou, 2011). Terdapat tiga jenis buli iaitu buli secara fizikal, buli secara
verbal dan buli secara relasional (Vlachou et al., 2011; Paluck & Shepherd, 2012). Perlakuan buli
seringkali berlaku dalam kawasan sekolah. Kajian mengenai perlakuan buli telah dijalankan seawal
tahun 70an (Alana, 2010) dan semakin agresif dijalankan kerana perlakuan buli pada masa kini telah
menjadi semakin serius dan kompleks terutama kesan terhadap mangsa buli dan pembuli sendiri yang
serta memerlukan program-program yang bersesuaian (Olweus, 2001).

Oleh kerana rumusan statistik kes buli di Malaysia yang direkodkan tidak dikumpulkan pada
satu sumber; maka ini menyukarkan capaian maklumat yang tepat bagi kes-kes buli yang berlaku di
sekolah. Maka, bagi tujuan huraian kejadian kes buli di sekolah, maklumat diperolehi daripada rekod
pihak berkuasa polis dan sorotan ringkas berita-berita buli yang dilaporkan di akhbar-akhbar di
Malaysia. Merujuk kepada laporan Polis Diraja Bukit Aman, Malaysia (PDRM, 2010) terdapat
13,134 kes buli yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2007. Data ini agak ketinggalan masa,
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
188
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

maklumat terkini dari laporan akhbar Utusan Online (18 Jun 2017) daripada statistik KPM sendiri,
terdapat lebih 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan 2015 dan
sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal. Menurut Nobullying.com sebuah forum dalam talian
yang bertujuan untuk menghentikan kes buli, kira-kira 84% kanak-kanak di Malaysia mempunyai
pengalaman dibuli di sekolah.

Kajian Noran Fauziah dan Goh (2007) menunjukkan sekolah perlu memainkan peranan
penting dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada keganasan. Namun begitu, untuk
kebanyakan kanak-kanak, persekitaran di sekolah sebenarnya mendedahkan mereka kepada
keganasan di mana mereka juga akan mempelajari keganasan. Mereka terdedah kepada hukuman di
dalam bentuk fizikal dan hukuman di dalam bentuk psikologi yang agak kejam dan memalukan, serta
keganasan yang berdasarkan gender dan berbentuk seksual, adalah juga dikategorikan sebagai buli.

Kesan buli sangat mendalam sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan membawa maut
(Anderson, et al., 2001; Lee, 2004; Hymel & Swearer, 2015). Secara emosi, mangsa-mangsa buli
seringkali merasa takut dan bimbang setiap kali mereka berada di sekolah. Ini menyukarkan mereka
untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat, si
mangsa akan ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Menurut Hymel & Swearer
(2015) mangsa-mangsa buli seringkali merasa sangsi terhadap diri sendiri serta mempunyai
keyakinan diri yang rendah. Kebanyakan mangsa menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan
pembulian itu berlaku, mereka percaya bahawa kelemahan dan ketidakcekapan mereka telah
menyumbang kepada sebab-sebab mengapa mereka telah dipilih oleh pembuli-pembuli (Norshidah
Mohamad Salleh & Khalim Zainal, 2014). Terdapat beberapa orang mangsa yang masih menyimpan
perasaan marah dan dendam terhadap pembuli-pembuli dan persekitaran sosial yang menggalakkan
dan menyokong perlakuan buli terhadap diri mereka. Kemarahan ini, sekiranya tidak ditangani, boleh
menyebabkan mangsa sendiri akan menjadi pembuli terhadap murid-murid lain apabila pembuli
mereka sudah keluar dari sekolah itu. (Suckling & Temple, 2002).

Untuk membantu mangsa buli pulih daripada tekanan buli, pelbagai program intervensi dan
terapi telah disarankan oleh pelbagai penyelidik (Suckling & Temple, 2002; Rozana Binti Madsarapi,
2011; dan Junainor Hassan et al., 2016). Namun, adalah lebih baik jika pihak-pihak berkenaan
mengambil langkah-langkah pencegahan daripada langkah pemulihan, terutama pihak sekolah, perlu
menunjukkan sikap prihatin dan mengambil tahu setiap gerak geri pelajar dan dapat membaca wajah
pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
189
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan secara kajian kes menggunakan kaedah temubual sebagai cara mengumpul data.
Kes yang dipilih merupakan kes tipikal iaitu kes yang selalu berlaku dan boleh dijadikan contoh
untuk menerangkan kes-kes yang sama (Creswell, 2014). Dalam kajian ini dua orang murid sekolah
rendah, berumur 11 dan 12 tahun telah dipilih sebagai responden. Kedua-dua mereka adalah dari
sekolah rendah yang berlainan, seorang di negeri Perak dan seorang di Pulau Pinang. Pilihan kedua
responden ini pada awalnya adalah berdasarkan logistik, tetapi akhirnya mereka dijadikan sebagai
kes contoh untuk dua persekitaran yang berbeza. Kes di Perak merupakan persekitaran luar bandar,
manakala kes di Pulau Pinang merupakan persekitaran bandar. Dengan itu pengkaji boleh melihat
persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua kes ini. Empat soalan temubual disediakan untuk sesi
temubual dengan responden.

1. Mengapa anda dibuli?


2. Bagaimana anda dibuli? (Apa yang mereka buat kepada anda?)
3. Adakah anda memberitahu guru atau ibu bapa anda bahawa telah dibuli?
4. Apakah perasaan anda apabila selalu dibuli?

DAPATAN KAJIAN

Kes 1: Responden A
Beliau ialah seorang murid Tahun 5, laki-laki dan berumur 11 tahun. Bersekolah di sebuah sekolah
kebangsaan di Perak. Beliau mempunyai pencapaian yang baik dan selalu dipuji oleh guru-guru di
dalam kelas. Berikut ialah petikan temubual dengan Responden A.
1. Mengapa anda dibuli?
“Saya dibuli kerana mereka cemburu kepada saya. Cikgu selalu puji dan panggil
saya untuk buat itu dan ini,... cikgu sayang kepada saya. Rakan-rakan dalam kelas
saya tidak suka kepada saya. Guru-guru selalu menjadikan saya sebagai contoh di
dalam kelas. Ini tambah lagi buat mereka tidak suka kepada saya.”

“Mereka selalu membuli saya ketika guru sudah keluar dari kelas, kadang-kadang
mereka buli saya masa akhir sekolah. Biasa juga mereka buli saya di kantin.”

2. Apa yang mereka buat kepada anda?

“Mereka paksa saya beli makanan untuk mereka menggunakan duit saya. Ada dua
orang murid yang membuli saya – mereka ni marah kepada saya sebab cikgu suka

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


190
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kepada saya. Mereka kata saya suka ampu cikgu. Mereka juga menyuruh kawan-
kawan lain membuli saya. Mereka ajak beberapa kawan-kawan mereka untuk buli
saya; mereka menolak badan saya, kepala saya, macam nak pukul saya. Setiap hari
saya kena buli.”

“Di dalam kela pun mereka akan buli saya. Mereka mengejek dan menggelar saya
‘kaki ampu’. Kadang-kadang mereka conteng nama saya di papan hitam dengan
gelaran yang diberikan kepada saya. Kadang-kadang mereka menyembunyikan buku
latihan saya, apabila pulang ke rumah, saya mendapati buku latihan saya tiada
dalam beg sekolah saya. Esok hari mereka tunjuk buku latihan saya ada pada mereka.
Bila saya nak ambil buku latihan saya, mereka baling kepada kawan lain dan saya
selalu kena kejar ke sana sini untuk dapatkan balik buku latihan saya. Mereka paksa
saya buat kerja sekolah mereka, sebelum buat kerja sekolah saya.”

3. Adakah anda memberitahu kepada guru atau ibu bapa anda?

“Saya tidak pernah beritahu guru dan ibu bapa saya kerana saya telah diugut akan
dipukul jika saya beritahu kepada guru atau ibu bapa saya. Jadi saya takut dengan
ugutan mereka. Biarlah saya menurut sahaja apa yang mereka suruh saya buat,
asalkan mereka tidak pukul saya”.

4. Apakah perasaan anda apabila selalu dibuli?

“Saya rasa takut nak pergi sekolah. Rasa tiada semangat nak duduk dalam kelas tu.
Saya selalu rasa malu bila dimain-mainkan dan dibuli oleh mereka. Kadang-kadang
saya rasa sedih, saya rasa sangat benci pada mereka dan pada diri saya sendiri bila
saya kena buat kerja sekolah mereka. Ianya menyebabkan saya rasa susah hati setiap
hari. Mengapa mereka suka buli saya, bukan saya buat apa-apa kepada mereka. Saya
pun tak pernah ampu cikgu. Saya hanya hendak belajar dan jadi seorang yang baik.
Ibu bapa saya selalu suruh saya belajar rajin-rajin.”

Kes 2: Responden B
Beliau seorang murid Tahun 6, laki-laki, berumur 12 tahun, bersekolah di sekolah kebangsaan di
Pulau Pinang. Murid ini baru berpindah ke sekolah ini pada awal tahun 2017 kerana bapanya
berpindah tempat kerja. Responden B mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan lemah
dalam hampir semua mata pelajaran. Berikut ialah petikan temubual dengan Responden B.

1. Mengapa anda dibuli?

“Kerana saya baru di sini dan saya lemah dalam pelajaran, saya dipandang rendah
dan diejek oleh murid-murid dalam kelas saya sendiri, mereka semua lima orang.
Mereka yang menganggap mereka lebih pandai dan saya murid baru dan bodoh. Saya
tahu mereka orang kaya, keluarga mereka kaya. Ada seorang tu anak pelakun tv
terkenal. Saya seorang miskin, keluarga saya sederhana sahaja. Mereka ganggap diri
mereka lebih pandai dan ingin jadikan saya kuli mereka.”

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


191
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

2. Apa yang mereka buat kepada anda?

“Mereka membuli saya ketika guru tiada dalam bilik darjah. Mereka suka mengejek
dan hina saya dan keluarga saya – mereka kata saya anak bangsat, saya mana boleh
beli barang yang mereka ada. Jika saya menunjukkan reaksi marah, mereka akan
memukul menendang saya. Mereka pernah memukul saya secara bergilir-gilir. Empat
orang memegang kedua-dua kaki tangan saya, seorang lagi akan menyerang saya,
menumbuk saya dan menampar saya. Kemudian yang lain pula ambil giliran
memukul saya. Murid lain hanya tengak sahaja. Mereka tak mahu campur. Kalau
saya menjerit, mereka akan memukul lebih kuat.... saya minta tolong mereka lepaskan
saya tetapi mereka tidak peduli dan terus pukul saya, sehingga kerusi meja pun
terbalik. Bila cikgu masuk mereka pura-pura buat baik dan angkat meja dan kerusi
sambil ketawa.

“Sudah dua kali mereka pukul saya di dalam kelas. Sekarang saya sangat takut
kerana saya tidak mahu bergaduh. Masa di kantin, mereka tidka pukul saya, tetapi
mereka keluarkan kata-kata yang menghina saya di hadapan murid-murid Tahun 4
dan Tahun 5 yang lebih muda daripada saya. Saya berasa sangat geram kerana
mereka suka mentertawakan saya, membuat saya kelihatan bodoh di hadapan murid-
murid lain. Saya rasa sangat malu dan sangat benci, tapi saya tidka boleh berbuat
apa-apa. Saya tahu tak ada siapa yang ingin berkawan dengan saya.... mungkin
mereka juga takut.”

3. Adakah melaporkan kepada guru, atau memberitahu ibu bapa anda?

“Saya tidak pernah memberitahu kejadian ini kepada guru kelas kerana saya takut
akan dipukul lebih teruk lagi. Saya pun tak beritahu kepada ibu bapa saya kerana
saya tidak mahu ibu bapa saya risau kepada saya atau pergi ke sekolah buat laporan
kepada guru.”

4. Apakah perasaan anda apabila selalu dibuli?

“Saya rasa tak suka nak pergi sekolah setiap hari. Saya tak bersemangat nak belajar
kerana selalu takut mereka akan buli saya. Ya, saya bukan murid yang pandai macam
di sekolah ini murid-murid semua pandai-pandai. Saya nak belajar tapi hati saya
sangat tidak tenteram. Saya rindukan sekolah lama saya dan kawan-kawan saya di
sana.”

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan kanak-kanak dibuli oleh rakan-rakan mereka kerana terlalu pandai
dalam kelas (kes A) atau terlalu lemah dalam kelas (kes B). Keadaan ini benar-benar menyulitkan –
semua pelajar sepatutnya berusaha untuk mencapai taraf yang tinggi dalam pelajaran, tetapi
disebabkan dengki dan cemburu kerana disayangi oleh guru, maka mereka membuli pelajar ini.
Responden A, walaupun bijak dalam pelajaran, berkemungkinan dia mempunyai keyakinan diri dan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


192
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

estim kendiri yang rendah, maka dia tidak mampu untuk mengelak daripada menjadi mangsa buli
oleh rakan-rakan dalam kelasnya sendiri. Manakala, Responden B, juga berkemungkinan mempunyai
estim kendiri yang rendah disebabkan lemah dalam pelajaran, dan baru berpindah ke sekolah tersebut
serta tidak ‘berada’ seperti murid-murid lain (dia seorang murid yang miskin), maka dia juga menjadi
mangsa buli oleh rakan-rakan dalam kelasnya sendiri.

Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa pihak sekolah tidak mengetahui bahawa disebalik
kes-kes teruk yang dilaporkan oleh media massa, lebih banyak kes-kes buli yang berlaku setiap hari
di dalam kelas dan luar kelas yang tidak dilaporkan kerana mangsa buli sangat takut akibat yang
lebih buruk jika dilaporkan. Ibu bapa juga tidak mengetahui bahawa anak-anak mereka dibuli begitu
terusk di sekolah, walaupun di sekolah rendah. Hal ini paling merugikan kepada semua pihak.
Kanak-kanak mangsa buli sentiasa menanggung rasa takut dan bimbang, menjadi murung dan tidak
bersemangat belajar disebabkan kesan buli yang mempengaruhi emosi mereka, dan kesan ini
mungkin berterusan sepanjang hayat, manakala pembuli mereka terlepas bebas. Dapatan kajian ini
menyokong dapatan kajian kes oleh Simon (2017).

Dari dapatan ini, maka adalah penting guru-guru dan ibu bapa memberi perhatian dalam
membentuk keyakinan diri positif, dan estim kendiri yang tinggi dalam kalangan murid-murid dan
anak-anak. Walau apa pun pencapaian mereka, kemampuan murid untuk mengurus emosi dan sosial
boleh membantu mereka terselamat daripada menjadi mangsa buli di sekolah. Saranan ini telah
diberikan oleh Rozana Binti Madsarapi (2011) dan Junainor Hassan et al. (2016) dalam kajian
mereka mengenai kes buli.

CADANGAN

Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi murid dan keselamatan di
sekolah. Cadangan yang boleh diberikan ialah: (i) Tindakan tegas perlu diambil bagi membendung
kejadian buli yang berlaku di sekolah kerana sekolah merupakan institusi paling penting mendidik
generasi muda sebelum mereka melangkah ke alam dewasa. Jika buli tidak dibendung, ia akan
menjurus kepada kegiatan jenayah yang lebih serius; (ii) Sudah sampai masanya pihak kerajaan
memikirkan mewujudkan sebuah akta khusus untuk mengawal serta mengekang kejadian buli di
sekolah seperti yang diamalkan di negara maju misalnya di Amerika Syarikat dan Britain. Akta
sedemikian boleh memperuntukkan pihak sekolah mewujudkan sebuah jawatan khas setaraf dengan
kaunselor untuk mengendalikan kes buli di sekolah; (iii) Bina semangat dan motivasi kendiri pelajar-
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
193
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

pelajar. Kekuatan dan keunggulan setiap manusia yang berjaya adalah kerana jiwa dan pemikirannya
yang positif; (iv) Adakan lebih banyak program yang menekankan gaya hidup sihat seperti bersukan,
riadah, program keagamaan, dan program pendidikan hak asasi manusia; (v) Tingkatkan keyakinan
diri pelajar yang pernah dibuli melalui pelbagai program kaunseling dan terapi; dan akhir sekali (vi)
Wujudkan kesedaran di kalangan guru-guru dan para pelajar bahawa membuli di dalam apa jua
bentuk adalah tidak diterima di sekolah dan pembuli mesti dihukum setimpal dengan tindakan buli
yang dilakukannya. Murid-murid yang bersubahat dalam kejadian membuli juga perlu dibicara dan
dihukum oleh pihak sekolah.

KESIMPULAN

Masalah jenayah dalam sesebuah negara boleh dikaitkan dengan masalah buli di sekolah. Keseriusan
masalah buli dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya
mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Daripada hasil kajian yang
telah dikemukakan, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tingkah laku buli telah memberikan impak
yang negatif kepada kedua-dua orang mangsa buli dalam kes yang dikaji ini. Kesan negatif yang
dialami oleh kedua-dua mangsa buli ini menyebabkan taraf kebimbangan yang amat tinggi,
menyebabkan stres dan kemurungan, rasa sedih, rasa tidak berupaya melawan, lemah dan malu yang
teramat sangat. Kesan emosi daripada kejadian buli ini menjadi dilema yang sentiasa mengugat
fikiran mangsa buli setiap hari. Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan pembelajaran mereka.
Oleh itu, mangsa buli perlulah segera diberi pertolongan dan dipulihkan melalui kaedah-kaedah
kaunseling dan terapi yang berkesan. Dengan cara demikian, mangsa buli dapat berhadapan dengan
realiti kehidupan dengan lebih positif dan berwibawa.

RUJUKAN

Alana, J. (2010). School bullying. PhD Researcher. Goldsmiths, University of London. Taken from
NSPCC. www.org.uk.inform.

Anderson, C. A., Kautman, J., Simon, T. R., Barrious, L., Paulozzi, L. & Ryan, G. (2001). School-
associated violent deaths in United States, 1994-1999. Journal of the American Medical
Association (dalam Junainor Hassan, et al., 2016)

Azizi Hj Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa & Zurhana Muhamad
(2008). Kajian Indeks perlaakuan buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan
rendah di Malaysia. Jabatan Asas Pendidikan UTM.

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches
(4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
194
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Hymel, S. & Swearer, S. M. (2015). Four decades of research on school bullying. American
Psychological Association, 71(4). 293-299.

Junainor Hassan, Salleh Abd Rashid, Suliadi Fidaus Sufahani, dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz.
(2016). Buli di kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar: Kajian kes di kawasan FELDA
Utara Kedah-Perlis, Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(1): p.113-125.

Khalid, Mahadi (2007). Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan
agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Isntitut Perguruan Batu Lintang (dalam
Junainor Hassan, et al., 2016)

Lee, C. (2004). Preventing bullying in schools. California. Sage Publication.

Noran, F. Y., Rajendran, N. & Ahmad, J. J. (2004). Bullying among Malaysian primary school
children. Wales: Cardiff University: UPSI

Noran Fauziah Yaakub & Goh Chee Leong (2007). Keganasan di sekolah: Mara ke hadapan.
https://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_6948.html

Norshidah Mohamad Salleh & Khalim Zainal (2014). Bullying Among Secondary School Students
In Malaysia: A Case Study. International Education Studies; Vol.7, No.13. p. 184-191.

Olweus, D. (2001). Peer harassment: A critical analysis and some important issues. In J. Juvonen &
S. Graham (Eds.). Peer harassment in school: The plight of the vulnerable and victimized, 3-
20. NY: Guilford Press.

Olweus, D. (2005). A useful evaluation design and effects of the Olweus Bullying Prevention
Program. Psychology, Crime & Law, 11(4), 389- 402. Routledge.
Olweus, D. (2007). Olweus Bullying Questionnaire: Standard School Report. USA: Minnesota.
Hazelden Pub.
Paluck, E. L. & Shepherd, H. (2012). The salience of social reference: A field experiment on
collective norms and harrassment behaviour in a school social network. Journal of
Personality and Social Psychology. 103 (6). 899-915 (dalam Junainor Hassan, et al., 2016)

Rigby, K. (2002). New perspectives on bullying. London & Philadelphia: Jessica Kingsley. (dalam
Junainor Hassan, et al., 2016).

Rozanah Binti Madsarapi (2011). Tahap tingkah laku buli di kalangan pelajar di sekolah menengah
Daerah Semporna. Disertasi Sarjana (Pengurusan Pendidikan), UUM

Saibon, Jamalsafri & Khairani, Ahmad Zamri (2006). Hubungan antara status sosial murid dengan
tahap tingkah laku buli. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM.

Salmi Ahmad Sudan (2016). School Bullying: Victimization In A Public Primary School In
Malaysia. Asian Journal of Management Science & Education. Vol.5(3). July 2016

Simon, S. (2017). A Case Study of Childhood Bullying in Malaysia. Imperial Journal of


Interdisciplinary Research (IJIR). Vol.3(10). ISSM:2452-1362

Suckling, A. & Temple, C. (2002). Bullying: A whole-school approach. London: Jessica Kingsley
Publishers Ltd.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


195
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Vlachou, Maria; Andreou, Eleni; Botsoglou, Kafenia & Didaskalou, Eleni. (2011). Bully/Victim
Problems Among Preschool Children: A Review of Current Research Evidence. Educational
Psychology Review, 23, 329-358.

Wan Yusoff, Wan Abdul Kadi (2005). Globalisasi, Internationalisme dan nasionalisme dalam
mempertahankan identiti Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, 16. (dalam Junainor Hassan, et
al., 2016).

SUMBER DARI MEDIA MASSA:

UtusanOnline, 16 Oktober 2016. KPM cadang hukuman gantung persekolahan pembuli.


http://www.utusan.com.my/berita/terkini/cadang-hukuman-gantung-persekolahan-pembuli-
1.395729 © Utusan Melayu (M) Bhd.

Melvister.com (23/3/2017). Berita Terkini Kes Buli Di Sekolah Agama Putatan Sabah.
http://www.melvister.com/2016/09/berita-terkini-kes-buli-di-sekolah-agama-putatan-
sabah.html. 23/03/2017

Astroawani.com (23/3/2017). KPM akan pastikan kes buli tidak berulang walaupun peratusan
menurun. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-akan-pastikan-kes-buli-tidak-
berulang-walaupun-peratusan-menurun-119955. 23/03/2017

UtusanOnline (18 Jun 2017) Statistik Kementerian Pendidikan menunjukkan terdapat lebih daripada
14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan 2015 dan
sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal.
(http://www.utusan.com.my/rencana/utama/buli-isu-serius-perlu-campur-tangan-kerajaan-
1.494456).

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


196
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

IMPAK KEMISKINAN TERHADAP PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Suapnah A/P Muniady, Nur Sayidah Fatimah Zaman Huri,


Nur Baiti Saarani dan Aminah Ayob

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kemiskinan kanak-kanak adalah isu yang amat penting kerana kesannya adalah jangka panjang
terhadap kehidupan dan masa hadapan kanak-kanak. Kajian kes ini dijalankan untuk membuktikan
bagaimana kemiskinan mempengaruhi pendidikan kanak-kanak. Dua kes pelajar miskin dari sebuah
sekolah rendah di Sekincan, Selangor. dipilih sebagai responden kajian. Data dipungut melalui
temubual separa berstruktur dan pemerhatian. Fokus kajian ialah untuk mengetahui perasaan dan
kesedaran diri responden sebagai pelajar miskin di sekolah, aspirasi mereka tentang pendidikan dan
masa hadapan, dan jenis-jenis bantuan yang mereka terima dari pihak sekolah. Dapatan kajian
menunjukkan kedua-dua responden mempunyai persepsi negatif terhadap diri sendiri (dibandingkan
dengan pelajar-pelajar lain), bersifat inferioriti kompleks, rendah estim kendiri, oleh itu mereka
kerap tidak hadir ke sekolah, dan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah pembelajaran
sehingga pencapaian mereka terjejas. Mereka juga tidak mempunyai aspirasi yang positif tentang
masa hadapan mereka. Kedua-dua responden ini juga tidak menerima bantuan-bantuan yang
sepatutnya mereka terima, atau jika ada, bantuan tersebut tidak mencukupi. Kajian ini cuba
mencungkil dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak miskin di sekolah dan peranan pihak-pihak yang
bertanggungjawab untuk membantu mereka daripada tercicir dalam pendidikan. Implikasi
kemiskinan kanak-kanak turut dibincangkan dan beberapa cadangan diberikan untuk kajian
lanjutan.

Kata kunci: Kemiskinan kanak-kanak, kesan kemiskinan terhadap pendidikan, isu-isu dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

PENGENALAN

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pada
tahun 2014, terdapat 0.6% rakyat Malaysia yang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan
(PGK). Peratusan ini jika dikira berdasarkan jumlah penduduk Malaysia (31.2 juta orang)
menunjukkan terdapat sebanyak 187, 200 rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Taraf kemiskinan isi
rumah dikatakan boleh mengugat kelancaran keluarga menjalankan fungsi sosial mereka, khususnya
peranan keibubapaan yang berkesan kepada anak-anak. UNICEF sebenarnya telah lama menekankan
kesan negatif kemiskinan kanak-kanak, yang dianggap sebagai faktor paling kritikal yang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


197
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

mempengaruhi pendidikan, kesihatan dan masa hadapan kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-
kanak miskin selalunya menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap akademik yang tinggi dan
akhirnya menyukarkan mereka untuk melepaskan diri daripada kitaran belenggu kemiskinan
keluarga. Oleh yang demikian, orang miskin dikatakan berkecenderungan untuk mencari pekerjaan
dan kurang berminat untuk mencapai kemahiran akademik secara relatifnya. Keadaan ini telah
mengakibatkan wujud isu kemiskinan yang berterusan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kemiskinan adalah satu keadaan ketidaksamaan dan kekurangan yang berlaku kepada isi
rumah miskin di kebanyakkan negara sedang membangun. Kemiskinan boleh dikenal pasti
berdasarkan tahap pendapatan rendah untuk memenuhi keperluan asas, tahap pendidikan yang
rendah, tidak mempunyai harta, tidak sihat, kurang makanan dan pakaian, tanpa tempat tinggal yang
selesa dan pekerjaan yang selamat untuk mengekalkan hidup. Semua ini mempengaruhi kemampuan
golongan miskin untuk melarikan diri dari perangkap kemiskinan jika tiada bantuan dan sokongan
diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Astro Awani (7 Mac 2017), Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada
49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012, dan angka terkini adalah 0.6
peratus pada 2015. Walau bagaimanapun, kemiskinan kanak-kanak masih wujud kerana mereka
adalah ahli isi rumah miskin. Menurut Unit Pengurusan dan Prestasi Pelaksanaan (2016), terdapat
1.3% kanak-kanak di bawah 5 tahun yang hidup di bawah garis kemiskinan, dan 1.7% kanak-kanak
di bawah 15 tahun dalam kategori ini. Kemiskinan kanak-kanak adalah isu yang amat penting kerana
kesan jangka panjangnya akan turut mempengaruhi produktiviti negara. Kanak-kanak miskin
selalunya gagal atau tercicir dalam pelajaran dan ini menjejaskan peluang menjadi inidividu
produktif pada masa hadapan.

Masalah kemiskinan kanak-kanak telah dikaji oleh pelbagai penyelidik di seluruh dunia dan
kesemuanya bersetuju bahawa kemiskinan kanak-kanak adalah faktor utama yang menjejaskan
pencapaian sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kemiskinan terhadap
pendidikan kanak-kanak dalam dua kes khusus di Sekincan Selangor. Hasil kajian ini boleh memberi
celik akal dan bukti penting kepada penggubal dasar supaya lebih prihatin kewujudan kanak-kanak
miskin dan dilema yang mereka hadapi sehingga menyebabkan mereka tercicir dalam pendidikan.
Usaha-usaha yang berterusan hendaklah dilakukan bagi menangani kes-kes kanak-kanak miskin di

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


198
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

sekolah dan membantu mereka kembali meminati pelajaran demi membina masa hadapan yang lebih
cerah.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti pandangan kanak-kanak miskin terhadap diri dan pendidikan mereka.


2. Mengenalpasti bantuan yang di terima oleh kanak-kanak miskin dari pihak sekolah.
3. Mengenalpasti harapan masa hadapan kanak-kanak miskin.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah pandangan kanak-kanak miskin terhadap diri dan pendidikannya di sekolah?


2. Apakah bantuan yang di terima oleh kanak-kanak miskin dari pihak sekolah?
3. Apakah harapan masa hadapan kanak-kanak miskin?

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), kemiskinan bermaksud kekurangan aset dan
tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyediakan keperluan hidup yang lengkap. Siti Masayu
Rosliah (2008) dalam kajiannya menerangkan unsur-unsur kemiskinan merangkumi kekurangan
makanan dan taraf kesihatan yang rendah, taraf pendidikan dan pendapatan yang rendah,
pengangguran, persekitaran perumahan yang tidak selamat, tidak mempunyai keperluan yang
mencakupi, aspek pekerjaan yang tidak terjamin, sikap serta mempunyai pemikiran yang kolot.

Menurut kajian Janice Nga, Katty Hsiao Jia Wong, dan Ti Ching Yan (2012) kerajaan
Malaysia telah menetapkan tahap kemiskinan diukur berdasarkan jumlah pendapatan keluarga yang
diperolehi dalam sebulan: jika tahap pendapatan ialah RM2000 atau kurang sebulan, maka keluarga
tersebut dikategorikan sebagai berpendapatan rendah atau miskin. Jumlah ini ditetapkan oleh kos sara
hidup semasa. Jika jumlah pendapatan ialah RM750 dan kurang, maka keluarga tersebut di
kategorikan sebagai miskin tegar. Di Sabah, kategori miskin tegar digolongkan bagi pendapatan isi
keluarga RM960 dan kurang, manakala di Sarawak ialah RM830 dan kurang.

Menurut Siti Masayu Rosliah (2008), kebanyakan masyarakat Melayu luar bandar hidup
dalam keadaan miskin dan miskin tegar. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut
memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna. Kemiskinan
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
199
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

biasanya dikaitkan dengan risiko keciciran dalam pendidikan, risiko kesihatan, terbantut
perkembangan dan tumbesaran, dan risiko terjebak dalam kegiatan anti-sosial dan masalah-masalah
sosial (Vikashni, 2015). Selain itu, Norzita dan Hadijah (2014) menyatakan bahawa sumber
kewangan yang diperlukan dalam pendidikan mempengaruhi kadar penurunan dan kemasukan
kanak-kanak ke sekolah. Kos persekolahan dibahagikan kepada dua iaitu kos langsung dan tidak
langsung. Contohnya, kos langsung merangkumi yuran sekolah, buku dan peralatan manakala kos
tidak langsung seperti kos makan, pengangkutan dan aktiviti ko-kurikulum yang terlibat semasa
persekolahan.

Di luar negara, kemiskinan kanak-kanak berkait rapat dengan berhenti sekolah, rendah
pencapaian akademik, kehamilan remaja, melahirkan anak diluar nikah, kesihatan mental dan fizikal
yang lemah, tingkah laku bermasalah, dan pengangguran (Rita, 2008). Pendapatan keluarga yang
rendah juga memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosio-emosi, kognitif, dan akademik
kanak-kanak (Jeynes, 2002; Feldman, 2011; dan Huerta & Sandstrom, 2013). Menurut Aber (2012),
kemiskinan dikaitkan dengan pelbagai impak negatif kepada kanak-kanak seperti kesihatan fizikal,
bahasa dan perkembangan kognitif dan pencapaian pendidikan yang rendah. Menurut beliau ibu/bapa
atau penjaga golongan miskin cenderung untuk bekerja keras, sehingga tertekan dan menunjukkan
kuasa autoriti kepada anak-anak serta menggunakan strategi disiplin yang keras. Mereka sering
kurang mesra dan sensitif sehingga menyebabkan kegagalan untuk membentuk hubungan yang sihat
dengan anak-anak mereka.

Menurut Rita (2008), kanak-kanak miskin sering meninggalkan rumah untuk menghilangkan
perasaan ‘susah’ dan bimbang terhadap diri sendiri dan adik-beradik yang lain. Manakala ibu bapa
mereka bekerja lebih masa berbanding dengan rakan-rakan mereka yang mempunyai kehidupan yang
lebih kaya. Mereka menggunakan masa dengan bermain di luar atau menghabiskan masa dengan
menonton televisyen serta kurang cenderung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
selepas sekolah. Engle & Black (2008) juga menyatakan perkara yang sama, kanak-kanak yang
tinggal di status sosioekonomi rendah kurang membaca, kurang peluang untuk melawat tempat-
tempat yang merangsang pembelajaran seperti muzium dan zoo, serta lebih cenderung untuk
terdedah kepada tekanan di rumah berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran
status sosioekonomi tinggi. Kesannya, kesediaan sekolah terjejas. Kesediaan sekolah dimaksudkan
sebagai kemahiran untuk belajar – jika kesediaan ini tiada, maka keupayaan kanak-kanak untuk
belajar di sekolah akan terjejas. Contohnya kesihatan fizikal, kemahiran motor, penjagaan diri,
disiplin diri, emosi dan tingkah laku, kemahiran sosial, kemahiran berkomunikasi, kemahiran pra
sekolah, perhatian, rasa ingin tahu dan motivasi untuk belajar. Kesemua keupayaan di atas amat perlu
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
200
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

untuk menyediakan kanak-kanak menghadapi pembelajaran dengan baik, tanpanya pendidikan


mereka akan terjejas.

Ryan (2013) menunjukkan terdapat korelasi antara status sosial ekonomi rendah dengan
defisit kognitif tertentu dalam perkembangan bahasa, kemahiran, ingatan kerja dan fungsi eksekutif.
Zalika Adam (2009), mendapati pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa
faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu
mengajar, tiada kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Menurut
Coley (2013), satu faktor yang jelas berkait dengan kemiskinan ialah status pekerjaan keluarga.
Apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang stabil, keluarga lebih mampu untuk menyediakan
suasana dan persekitaran rumah yang stabil dan ahli keluarga yang sihat. Zalika Adam (2009)
menyenaraikan di dalam kajiannya aktiviti atau bantuan yang boleh disediakan untuk
memperkasakan pendidikan luar bandar seperti berikut:

a. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS).


b. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
c. Bantuan makanan asrama.
d. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid (KPM menyediakan bantuan perjalanan dan
pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam
bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.)
e. Pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama.
f. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya.
g. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
h. SkimBaucar Tuisyen (SBT). KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang
lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
i. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).
j. Asrama Harian.

Objektif utama Bantuan KWAPM adalah untuk memberi bantuan khusus kepada murid
miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari semua bangsa
dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik
serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab
untuk mengenalpasti setiap kanak-kanak miskin untuk diberikan Bantuan KWAPM yang disediakan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


201
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

oleh Kerajaan. Kegagalan pihak sekolah memberikan bantuan ini merupakan kesalahan yang tidak
boleh diterima dan dimaafkan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif, menggunakan reka bentuk kajian kes dan teknik
mengumpul data/maklumat melalui temubual dan pemerhatian. Menurut Harrison (2017) kajian kes
mempunyai tiga ciri-ciri khusus iaitu: (i) ia mengutamakan data langsung; (ii) memerlukan
triangulasi; dan (iii) menonjolkan perincian kontekstual.

Kes yang dikaji terdiri daripada dua oleh murid sekolah rendah yang telah dikenalpasti oleh
pihak sekolah sebagai murid termiskin, disebabkan pendapatan ibu bapa mereka kurang daripada
RM500 – iaitu di bawah paras kemiskinan tegar. Kedua-dua orang murid ini sedang belajar dalam
Darjah 3, di sebuah sekolah rendah di Sekinchan, Selangor. Kajian ini mempunyai pelbagai batasan
khususnya batasan masa dan logistik, oleh itu dapatan yang diperolehi tidak boleh dianggap
menyeluruh. Pengkaji menganggap dapatan kajian ini hanya sebagai maklumat awal untuk
dilanjutkan dengan kajian-kajian yang lebih terperinci yang bersifat etnografik. Berikut dibincanglan
dapatan kajian yang diperolehi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan tiga soalan kajian yang telah dikemukakan, iaitu: (1)
Bagaimanakah kemiskinan mempengaruhi pendidikan kanak-kanak yang menjadi responden dalam
kajian ini? (2) Apakah bantuan yang mereka terima dari pihak sekolah? (3) Apakah harapan masa
hadapan mereka? Sebelum menjawab soalan-soalan ini, diberikan dengan ringkas maklumat latar
belakang kedua orang responden yang terlibat.

KES 1
Latar Belakang Responden 1
Umur 9 tahun (Darjah 3)
Jantina Laki-laki
Pekerjaan Bapa Mencari mentarang
Pekerjaan Ibu Membantu suami menjual mentarang
Adik Beradik  Anak ke 2 daripada 3 orang adik beradik
 Abang berumur 12 tahun, tidak bersekolah kerana mengikut bapa
mengutip mentarang.
 Adik berumur 6 tahun, tidak dihantar ke prasekolah
(Dua orang adik perempuan telah meninggal dunia; seorang

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


202
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

meninggal dunia pada umur 2 tahun, dan seorang lagi pada umur 3
bulan).
Pendapatan Kurang daripada RM 500.00 sebulan
keluarga

Responden 1 adalah murid baru di sekolah ini. Dia baru masuk ke sekolah ini pada pada awal
tahun, sebab keluarganya terpaksa berpindah rumah kerana dihalau oleh tuan rumah tersebut kerana
tidak bayar sewa. Responden kini tinggal bersama keluarganya di rumah sewa yang lebih kecil dan
murah sewanya. Responden ini selalu keluar mengutip mentarang bersama bapa dan ibu serta
abangnya. Mereka keluar seawal jam 2 pagi dan pulang ke rumah pada jam 5 petang. Rekod
kehadiran Responden 1 menunjukkan beliau sangat kerap ponteng sekolah (lebih daripada 40% hari
persekolahan sehingga tempoh kajian ini dijalankan). Rumahnya jauh dari sekolah dan dia datang ke
sekolah dengan menumpang motosikal ayah seorang pelajar lain yang belajar di sekolah yang sama.

KES 2

Latar belakang Responden 2

Umur 9 tahun (Darjah 3)


Jantina Perempuan
Tiada Bapa Meninggal dunia
Pekerjaan Ibu Menjual kuih
Adik Beradik  Anak ke 3 daripada 8 orang adik beradik
 Abang berumur 11 tahun
 Kakak berumur 10 tahun
 2 orang adik kembar berumur 7 tahun
 4 orang adik berumur antara 1 hingga 5 tahun.
Pendapatan ibu RM500.00 sebulan

Responden 2 adalah anak yatim. Ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur 7 tahun.
Keluarganya sekarang menunpang di rumah ibu saudara sebelah ibunya. Kakak dan abang responden
juga belajar di sekolah rendah yang sama, dua orang adik kembarnya berada di Tahun 1, manakala 2
orang adik-adik berumur antara 4 dan 5 tahun tidak dihantar ke prasekolah, dan 2 orang lagi masih
kecil berumur 2½ dan 1 tahun.

(i) Pandangan kanak-kanak miskin terhadap diri dan pendidikannya

Responden 1: dia memandang dirinya tidak sepadan dengan murid-murid lain di sekolah. Dia sangat
menyedari dirinya miskin dan tidak mempunyai kelengkapan bersekolah seperti murid-murid lain.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
203
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Pakaiannya juga sentiasa tidak lengkap, dan bajunya bukan lagi putih tetapi kekuningan disebabkan
lusuh. Responden ini tidak memakai tali leher, tiada tag nama dan lencana. Ini kerana ibunya tidak
cukup wang untuk membeli alatan tersebut. Begitu juga dengan alatan belajar yang lain. Responden
ini juga kadang-kadang tidak memakai sarung kaki semasa ke sekolah kerana hanya mempunyai
sepasang sarung kaki sahaja. Dia tidak mempunyai seluar PJ (Pendidikan Jasmani) untuk bersukan.
Seluar yang dipakainya tidak muat – jelas bukan seluarnya. Kemiskinan ini telah memberi impak
kepada identiti dirinya sehingga dia sentiasa rasa malu dan berperasaan rendah diri (inferior) dan
sedar dirinya tidak seperti orang lain. Dia juga selalu kena tegur dan dimarahi oleh guru-gurunya
kerana berpakaian ‘tidak kemas’. Fakta ini jelas diketahui oleh semua murid lain dalam kelasnya dan
di sekolah tersebut. Dia juga merupakan murid baru di sekolah itu, namun kemiskinan keluarga dan
kedaifan rupa, pakaian, kasut, beg sekolah dan peralatan sekolah yang ada padanya menyebabkan
semua orang tahu dia seorang murid miskin. Ini menyebabkan dia kerap merasa malu untuk bersuara
(bercakap) dengan sesiapa di sekolah. Dia tidak mempunyai kawan baik di sekolah. Kanak-kanak ini
juga kerap dibuli oleh kawan-kawannya secara fizikal – ditendang dan dipukul. Dia tidak pernah
melaporkan tentang kejadian itu kepada guru kelasnya kerana takut. Menurutnya, guru tidak akan
percaya kepadanya.

Disebabkan perasaan kurang senang berada di sekolah, maka Responden 1 lebih suka
ponteng sekolah; dia sanggup bangun awal, dan tidak tidur malam untuk mengikuti ayah dan
abangnya mencari mentarang di laut sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarganya. Mereka
akan keluar ke laut seawal jam 2 atau 3 pagi dan balik waktu petang.

Apabila ditanya:

Pengkaji : Kenapa hari itu tak datang sekolah? Ponteng ke?


Responden: Saya terlambat bangun tidur. Saya kena dikejutkan, baru boleh bangun.
Pengkaji: Sudah Darjah 3 masih kena dikejutkankah? Kan kamu dah besar?
Responden: Kalau saya bangun, saya tengok kat luar gelap lagi, saya ingat masih malam,
saya tidur semula.
Pengkaji: Mmmm. Kat rumah tak ada jamkah?
Responden (menggelengkan kepala – bermakna tidak ada jam)
Pengkaji: Kalau macam tu macam mana tahu dah siang?
Responden: (tidak menjawab)
Pengkaji: Mak marah tak kalau tak pergi sekolah?
Responden: Tak, sebab mak pun lambat bangun, saya pun lambat bangun. Selalu
emak saya yang kejutkan.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


204
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Temubual ini menunjukkan seluruh keluarga Responden 1 kadang-kadang bangun lewat


kerana tiada jam untuk menentukan waktu. Dia sentiasa keliru di antara subuh dengan malam lalu
tertidur hingga ke pagi. Kehidupan Responden 1 dan keluarganya seumpama sebuah kesah dongeng
pada zaman dahulu. Kehidupan mereka begitu terpencil dan terpisah dari kelompok masyarakat
umum. Mereka hanya hidup untuk mencari ‘sesuap pagi dan sesuap petang’ dan keperluan hari demi
hari. Realitinya, mereka tidak peduli dengan dunia dan dunia juga tidak mengetahui masalah hidup
mereka. Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak seperti Responden 1 ini, yang akan menghadapi
kehidupan dan masa hadapan yang masih tidak ada halatujunya.

Hasil temubual dengan guru-guru yang mengajarnya didapati Responden 1 adalah seorang
pelajar yang mudah memahami apabila diajar sesuatu, akan tetapi akibat kerap ponteng sekolah dia
banyak ketinggalan dalam pelajarannya. Di rumah Responden 1 sama sekali tidak membaca atau
mengulangkaji pelajarannya. Dia sangat memahami bahawa dia adalah murid yang terkebelakang
dalam kelasnya. Dia amat faham bahawa dia tidak mungkin akan lulus apa-apa ujian atau
peperiksaan yang diberikan, dan dia tidak bercadang untuk menghadiri mana-mana peperiksaan pun.
Dia percaya dia tidak akan lulus apa-apa peperiksaan. Kedua-dua ibu bapanya juga tidak
berpendidikan tinggi, mereka hanya belajar setakat sekolah menengah sahaja.

Responden 2: dia merupakan salah seorang murid yang digelar oleh guru kelasnya sebagai LINUS7
tegar, bermakna dia belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (LINUS) walau
telah beberapa kali dimasukkan ke kelas pemulihan. Menurut gurunya, Responden 2 tidak boleh
memahami apa-apa yang diajarkan kepadanya. Kerap kali arahan yang diberikan tidak difahaminya.
Responden 2 didapati kerap termenung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun
tingkah laku responden ini menimbulkan kemarahan guru-guru, tetapi guru-guru juga sedar perkara
ini bukan berpunca dari diri responden sendiri. Keadaan kehidupan dan latar belakangnya mungkin
menyebabkan dia adalah murid yang sangat lemah dalam pendidikan dan bertingkah laku
sedemikian.

Di rumah, tidak ada sesiapa yang membantu Responden 2 belajar dan mengulangkaji atau
membuat kerja sekolah. Suasana rumah adalah sangat sederhana, disebabkan ‘terlalu ramai’ yang
tinggal dalam satu rumah, suasana bising dan tiada privasi untuk belajar. Keluarga ini menjadikan
televisyen sebagai cara menghabiskan masa. Responden 2 memberitahu, dia selalu menonton drama-
drama Melayu, kerana ibunya suka menonton program-program tersebut. Ini menyebabkan
Responden ini sentiasa bercerita tentang cinta dan menunjukkan simbol-simbol cinta kepada rakan-

7
LINUS ialah singkatan kepada Literasi dan Numerasi
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
205
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

rakannya dan telah kerap kali ditegur oleh guru. Disebelah petang, setiap hari Responden 2
membantu ibunya menjual kuih. Mereka berada di gerai kecil ibunya sehingga jam 9.30 malam.
Selepas itu mereka pulang ke rumah. Ini menyebabkan Responden tidak langsung mempunyai masa
untuk membuat kerja rumah atau mengulangkaji pelajaran. Responden ini juga kerap tidur dalam
kelas kerana tidak cukup tidur.

Dari analisis kedua-dua kes di atas, didapati kanak-kanak miskin tidak mempunyai peluang,
dorongan dan motivasi untuk belajar di rumah. Mereka terperangkap dalam ‘kelambu kemiskinan’
yang menyelubungi hidup mereka menyebabkan mereka hilang identiti diri sebagai pelajar yang
bertanggungjawab untuk belajar, dan lebih teruk lagi mereka tidak berada dalam realiti kehidupan
sebenar, tetapi tenggelam dalam kemiskinan hidup keluarganya. Mereka tidak mempunyai visi dan
kesedaran dalam pendidikan, dan keluarganya juga tidak membantu dalam hal ini. Mereka tidak
meletakkan pendidikan sebagai suatu matlamat hidup kerana ‘yang lebih penting ialah matlamat
untuk memastikan bagaimana mencari rezeki untuk esok hari’.

Kedua-dua responden menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai alatan belajar yang
mencukupi. Hal ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dengan penuh bersemangat.
Mereka juga sering diejek oleh rakan sekelas kerana kerap meminjam alat-alat menulis dari rakan-
rakan. Responden 1 mengatakan dia kadang-kala malu untuk sentiasa meminta dan meminjam alatan
tulis dari kawan-kawannya. Kekurangan kelengkapan alatan belajar seperti pensel, pemadam,
pembaris dan sebagainya menyebabkan responden terpaksa meminjam dari rakan-rakan. Maka
perbuatan meminjam ini telah menimbulkan rasa malu dan trauma. Kedua-dua responden ini
mengetahui bahawa kekurangan ini adalah akibat dari kemiskinan yang dialami oleh keluarga
mereka. Kekurangan ini bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran responden malah
menimbulkan rasa rendah diri dan malu dalam diri responden.

Keperluan utama pelajar untuk hadir ke sekolah adalah berpakaian seragam sekolah. Apabila
pelajar hadir ke sekolah tanpa berpakaian seragam maka akan banyak persoalan yang diajukan
kepadanya. Persoalan-persoalan yang diajukan ini secara tidak langsung menimbulkan rasa malu
dalam diri pelajar. Maka pakaian seragam amat sinonim dengan pelajar sekolah di Malaysia ini.
Pakaian yang tidak kemas juga menjejaskan minat dan semangat mereka untuk ke sekolah. Pakaian
yang lusuh dan compang-camping juga menyebabkan pelajar mudah berasa malu dan merendah diri.
Responden 1 mengatakan bahawa ibunya masih tidak mampu untuk membeli tali leher, tanda nama
dan lencana sekolah. Kekurangan pada pakaian seragam ini menyebabkan pakaian responden tidak
kemas sebagaimana pelajar lain. Selain itu, keadaan pakaian responden yang lusuh menambahkan

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


206
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

kekurangan terhadap kekemasan pada pakaian responden tersebut. Hal seperti ini memberi impak
pada identitinya sebagai pelajar. Kekurangan yang jelas terhadap pakaiannnya telah menjejaskan
minat responden untuk ke sekolah.

Kedua-dua responden dalam kajian ini menyatakan mereka tidak meluangkan masa dalam
kegiatan-kegiatan kemahiran sampingan yang memerlukan latihan dan tumpuan seperti berpersatuan,
bermain bola atau bersukan. Mereka juga tidak pernah mengikuti kelas tuisyen. Oleh kerana mereka
tidak ada sebarang kelebihan lain untuk dibanggakan, maka ini menjadi faktor yang menghadkan
mereka berinteraksi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Perkara ini menyebabkan kedua-dua
responden ini memiliki sikap suka menjauhkan diri dan menyendiri.

Analisis dapatan kajian ini menunjukkan kedua-dua responden juga mengalami halangan
dalaman untuk belajar – iaitu sikap tidak berkemahuan dan rasa malas, kurang keyakinan diri serta
malu. Sikap begini amat berkait rapat dengan keadaan kekurangan dalam diri seseorang. Kedua-dua
responden menyatakan bahawa mereka mengalami perasaan negatif dan kurang bersemangat untuk
belajar apabila timbul suasana dan keadaan seperti adik-adik bising di rumah, tidak faham apa yang
diajar oleh guru, tidak cukup wang untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan serta
mendapat nombor yang terkebelakang dalam peperiksaan berbanding rakan sekelas yang lain.

(ii) Bantuan yang diperolehi oleh kanak-kanak miskin dari pihak sekolah

Jadual 1.1 menunjukkan jenis-jenis bantuan yang terdapat di sekolah dan jenis bantuan yang
diberikan kepada kedua orang responden dalam kajian ini.

Jadual 1.1: Jenis bantuan yang diterima oleh Responden 1 dan 2.

Jenis bantuan Responden 1 Responden 2


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Dapat Dapat
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Tidak dapat
(KWAPM). (namanya dikatakan Dapat
‘tercicir’ dari senarai)
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Dapat Dapat
Skim Baucar Tuisyen (SBT). Tidak dapat Tidak dapat
Bantuan Perjalanan/Pengangkutan Murid Tidak dapat Tidak dapat
Program Susu Sekolah (PSS). Dapat Dapat

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


207
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Jadual 1.1 menunjukkan bahawa kedua-dua responden hanya mendapat 3 jenis bantuan
sahaja dari pihak sekolah, iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT), dan Program Susu Sekolah (PSS). Selain itu, Responden 1 tetap mendapat buku tulis, buku
latihan dari pihak sekolah walaupun ibu bapanya tidak membayar yuran peralatan tersebut. Menurut
gurunya, Responden 2 tidak memulangkan Borang Maklumat Pelajar, maka dia telah tercicir
daripada menerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Walaubagaimana pun, kekurangan dan kesusahan yang dihadapi oleh kedua responden ini
telah menarik perhatian pihak sekolah untuk memberikan bantuan secara tidak langsung. Pihak
sekolah juga memahami keadaan dan kesulitan pelajar-pelajar miskin ini. Oleh itu, pihak sekolah
memberikan bantuan-bantuan seperti alatan tulis dan buku latihan. Namun demikian, bantuan yang
diberikan ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan mereka mendapat pencapaian yang baik
dalam pendidikan – mereka perlukan bimbingan pembelajaran daripada para guru sekalian.

(iii) Harapan kanak-kanak miskin terhadap masa hadapan mereka

Setiap manusia di dunia ini pasti menginginkan kehidupan yang selesa dan sempurna. Kehidupan
yang sempurna mencakupi keperluan dari aspek kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan
dan penyertaan seiring dengan apa yang diperjuangkan dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak
(CRC) agar mereka dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik
dalam persekitaran yang kondusif.

Sebagai insan yang waras, kedua-dua responden ini juga mempunyai keinginan yang serupa.
Mereka dahagakan persekitaran yang dapat membantu mereka supaya lebih maju di masa hadapan.
Responden 1 bercita-cita ingin menjadi seorang polis. Katanya, dia ingin menyumbang jasa kepada
keselamatan negara selain ingin membantu mengubah taraf hidup keluarganya. Dia berharap agar
menikmati kehidupan yang lebih terjamin apabila dewasa kelak kerana tidak sanggup lagi melihat
keluarganya dihalau keluar rumah dan hidup merempat apabila bapanya tidak mampu membayar
sewa rumah. Responden 2 tidak menyatakan apakah cita-citanya pada masa hadapan. Responden 1
berharap agar dirinya dan keluarganya dihargai oleh orang sekeliling. Dia amat memerlukan guru-
guru dan kawan-kawannya memahami masalahnya dan memberi sokongan emosi secara konsisten
apabila dia dalam kesusahan. Dari segi psikologi, kanak-kanak memang mudah menjadi kecewa jika
mereka tidak dapat berbuat sesuatu atau tidak mampu memiliki sesuatu yang mereka mahukan.
Kanak-kanak yang sering ditertawakan, dihukum atau diabaikan berkemungkinan apabila dewasa
menjadi seorang yang pemalu, tidak berkeyakinan dan tidak dapat meluahkan emosi secara sihat.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


208
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Kanak-kanak juga boleh mengalami tekanan yang berlebihan jika mereka secara fizikal atau
emosi dihukum dengan kekerasan, terdedah kepada keganasan, diabaikan dan didera, atau hidup
dalam keluarga yang mempunyai masalah mental dan sosial. Dalam keadaan begini, mereka
dikatakan berkecenderungan menjadi agresif, ganas dan suka memberontak. Justeru, adalah menjadi
suatu kewajipan kepada ibu bapa atau penjaga mahupun guru untuk menggunakan cara-cara lebih
positif dan berkesan untuk menangani tingkah laku kanak-kanak ini seperti memberikan pujian,
galakan, dorongan dan empati agar kanak-kanak miskin dapat dibentuk tingkah laku mereka ke arah
konsep kendiri yang positif dan tidak bertingkah laku anti-sosial.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Setiap ibu bapa menginginkan perkara yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kehendak dan
kemahuan ibu bapa bukan sahaja terhadap pakaian dan makan-minum anak-anak, tetapi keperluan
pendidikan adalah perkara utama dalam memenuhi keperluan anak-anak. Namun, kekurangan dan
kemiskinan yang di hadapi menjadikan ibu bapa tidak mampu memenuhi keperluan pendidikan anak-
anak mereka. Ini disokong oleh Jeynes (2002) yang menyatakan bahawa faktor sosioekonomi seperti
latar belakang pendidikan, status pekerjaan dan tingkat pendapatan ibu bapa turut memberi kesan
kepada pendidikan kanak-kanak. Tiada ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka dalam
keadaan kekurangan dari segi keperluan pendidikan. Realitinya, ibu bapa dari keluarga miskin tidak
mampu untuk memberikan keperluan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka meskipun
ibu bapa ini mengetahui kepentingan pendidikan tersebut untuk masa hadapan anak-anak mereka.

Ajian ini mendapati keadaan kesempitan hidup, masalah kewangan keluarga dan latar
belakang ibu bapa yang tiada berpendidikan menimbulkan gangguan kepada proses perkembangan
pendidikan anak-anak mereka. Dapatan ini disokong oleh Rita (2008), bahawa kanak-kanak miskin
lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan kurang cenderung untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti selepas waktu sekolah. Kekurangan yang wujud dalam
institusi keluarga memberi kesan terhadap pendidikan anak-anak. Peranan ibu bapa amat penting
dalam proses pembesaran dan perkembangan anak-anak, meskipun ibu bapa menyedari kekurangan
yang mereka miliki, mereka seharusnya mengutamakan pendidikan anak-anak lebih dari segala-
galanya – demi masa akan hadapan mereka.

Seterusnya, gaya hidup kedua-dua responden kajian kes ini menunjukkan dengan jelas
bagaimana pelajar-pelajar dari golongan miskin ini menguruskan masa mereka. Dapatan ini disokong
oleh Engle & Black (2008), bahawa kanak-kanak yang tinggal dalam status sosioekonomi rendah

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


209
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

tidak kerap membaca, kurang peluang melawat tempat-tempat merangsang pelajaran seperti muzium
dan zoo, dan lebih cenderung untuk terdedah kepada persekitaran rumah yang tidak kondusif untuk
belajar. Kesannya, kesediaan sekolah terjejas. Demikianlah kajian ini mendedahkan keadaan
kemiskinan keluarga yang sangat memberi kesan kepada pendidikan pelajar samada secara langsung
atau tidak langsung.

Kajian ini juga mendedahkan, kanak-kanak miskin kerapkali tercicir daripada mendapat
bantuan-bantuan yang sememangnya disediakan untuk mereka. Oleh kerana isu-isu teknikal seperti
borang maklumat pelajar tidak dipulangkan ke sekolah, maka murid itu tidak mendapat bantuan-
bantuan yang sepatutnya mereka dapat seperti Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM), Skim Peminjaman Buku Teks (SPBT), Bantuan Tuisyen, Bantuan Perjalanan &
Pengangkutan Murid dan sebagainya. Pihak sekolah sepatutnya lebih prihatin dan bersifat empati
terhadap golongan murid-murid yang berada dalam kemiskinan tegar.

Kesimpulannya, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu dan
meringankan beban golongan miskin ini. Pelbagai bantuan telah disalurkan secara terus kepada pihak
sekolah, para pelajar dan keluarga miskin di negara ini. Bantuan-bantuan ini jelas menunjukkan
kehendak negara yang ingin melahirkan rakyat yang berpendidikan walaupun mereka adalah dari
golongan miskin. Pihak sekolah harus lebih bertanggungjawab dalam usaha meperkasakan
pendidikan anak-anak miskin dengan apa cara sekalipun, kerana itulah peranan sekolah dan guru –
mengupayakan kanak-kanak untuk berjaya dalam pendidikan. Maka, sikap dan kesedaran pihak
sekolah amatlah penting dalam melaksanakan hasrat negara membasmi kemiskinan rakyat dan
membebaskan masyarakat dari belenggu kemiskinan.

RUJUKAN

Astro Awani online news (7 Mac, 2017). PM Najib kongsi rahsia Malaysia turunkan kadar
kemiskinan, tangani pengangguran. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-najib-
kongsi-rahsia-malaysia-turunkan-kadar-kemiskinan-tangani-pengangguran-134612. Diakses
pada 23 Mac 2017.

Bourne, P.A. (2008). Poverty and Access to Tertiary Level Education in Jamaica: A model
using secondary data. Diakses pada 30 Mac 2017 dari http://paul-bourne.
joeuser.com/article/328167/Poverty_And_Access_To_Tertiary_Level_Education_In_Jamaic
a_A_Model_Using_Sec>

Chamhuri Siwar. (2009). Pembasmian Kemiskinan dan Ketidaksetaraan Agihan Pendapatan.


In: Nor Aini Idris and Ishak Yussof (Eds.). Ekonomi Malaysia ke arah Pembangunan
Seimbang, pp. 135-155. Bangi: Penerbit UKM.
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
210
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Coley, R.J. (2013). Poverty and Education: Finding the Way Forward. Diakses pada 1 April
2017 dari www.ets.org/research

Engle, P. L., & Black, M. M. (July 25, 2008). The Effect of Poverty on Child Development
and Educational Outcomes. Annals of the New York Academy of Sciences, 1136, 1, 243-256.

Feldman, R. & Vengrober, A. (2011). Post-Traumatic Stress Disorder in infants and young
children exposed to war-related trauma. Journal of the American Academy of Child and
Adolescent Psychiatry 50.645-658.

Graneheim U.H., and Lundman B. (2004). Qualitative content analysis in nursing research:
Concepts, procedures and measures to achieve trustworthiness. Nurse Education Today, 24,
105-112.
Huerta & Sandstrom. (2013). The Negative Effects of Instability on Child Development: A
Research Synthesis. Diakses pada Marh 21, 2017 dari
http://www.urban.org/research/publication/negative-effects-instability-child-development-
research-synthesis

Janice Nga, Katty Hsiao Jia Wong dan Ti Ching Yan(2012). Kemiskinan Dan Pendidikan:
Kesan dan cabaran di kalangan belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies. 55-76

Jeynes, W. H. (2002). Examining the effects of parental absence on the academic


achievement of adolescents: The challengeof controlling for family income.Journal of
Family and Economic Issues,23(2).

McMunn, A. M., Nazro, J. Y., Marmot, M. G., Boreham, R., Goodman, R. (2001).
Children’s emotional and behavioural wellbeing and family environment: findings from the
Health Survey for England. Social Science and Medicine, 53, 423-440.

Norzita Jamil Siti dan Hadijah Che Mat. (2014). Realiti Kemiskinan: Satu Kajian Teoritikal.
Jurnal Ekonomi Malaysia 48(1) 167 – 177 Diakses pada 14 Mac 2017 dari
www.ukm.my/fep/jem/pdf/2014-48(1)/jeko_48(1)-14.pdf

Prastowo, A. (2011). Memahami metode-metode penelitian: Suatu tinjauan teoristis dan


praksis. Jogjakarta: Ar-Ruzz Media, p.118.

Rita Ferrari D'Aoust.(2008). The Impact of Early Childhood Poverty on Academic


Achievement

Ryan, J. E. (2013). Poverty as disability and the future of special educaiton law. Georgetown
Law Journal, 101(6), 1455-1503. Retrieved April 4, 2017, from
http://search.ebscohost.com.ezproxy.liberty.edu:2048/login.aspx?direct=true&db=a9h&AN=
90144580&site=ehostlive&scope=sit

Shipman, M. (2013). Effects of Poverty on Cognitive Development of Childre. Diakses pada 4


april 2017 dari
https://sites.google.com/site/kshipmaneportfoliotecheduc/matrix/educ518-education-
research-and-assessment/literature-review---effects-of-poverty-on-cognitive-development-of-
children

Siti Masayu Rosliah (2008). Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar
Bandar : Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok, Kelantan. Pulau
Pinang : University Sains Malaysia
Editor: Aminah Ayob@NCDRC
211
Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia (2018), NCDRC, UPSI

Sugiyono (2008). Metode penelitian pendidikan (Pendekatan kuantitatif. kuantitatif dan


R&D). Bandung: Alpabeta

Unit Pengurusan dan Prestasi Pelaksanaan. (2016). Laporan tahunan 2015. Diakses pada 15
mac 2017 dari
http://www.spad.gov.my/sites/default/files/bm_pemandu_ntp_ar2015_260416.pdf

Vanderwater, E. A. & Lansford, J. E. (2008). Influences of family structure and parental


conflict on children’s well-being. Family Relation, 47, 323-330.

Vikashni, D.C. (2015). Understand Child Poverty and Its Impact On The Holistic Wellbeing
And Education Of Children In New Zealand: What Every Early Childhiid Teacher Should
Know. https://www.tojned.net/journals/tojned/.../v05i02-10.pdf . Diakses pada 5 April 2016.

Zalika Adam (2009). Memperkasakan Pendidikan Luar Bandar. International Islamic


University Malaysia.

Editor: Aminah Ayob@NCDRC


212

You might also like