Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE SPRITZER ECOPARK DAN ZOO TAIPING

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi murid-murid Program


Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Gangga, Beruas.. Program lawatan sambil
belajar kali ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid
PPKI bertujuan mendedahkan mereka dengan hidupan haiwan yang sebenar serta.
Dengan itu mereka lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik
darjah berkaitan tema haiwan.

Lawatan kali ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-
murid berkaitan alam sekitar yang dipelihara dengan lawatan ke spritzer Eco Park di
Jalan Air Kuning,Taiping.

Adalah besar harapan kami agar program ini akan berjalan dengan jayanya.
Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan
impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0 OBJEKTIF

Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:

i) Mendedahkan murid-murid PPKI mengenai dunia sebenar hidupan haiwan


di zoo.
ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.
iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar dan
alam sekitar yang bersih.

3.0 RASIONAL

Perlaksanaan program ini memberi peluang kepada murid-murid untuk


menambah pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran
sebenar hidupan haiwan. Pengalaman ini mampu mewujudkan pembelajaran
berkesan dikalangan murid – murid PPKI ini.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya
murid – murid PPKI SK Gangga ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di
luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid itu sendiri.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. Warga PPKI SK Gangga yang terdiri daripada :-

29 orang murid PPKI


1 orang murid prasekolah PPKI
7 orang guru
5 orang pembantu pengurusan murid

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tempat : Zoo Taiping Dan Spritzer Eco Park Air Kuning, Taiping

Tarikh : 30 April 2019 ( Selasa)

6.0 ANJURAN

Program Pendidikan Khas Intergrasi , SK Gangga, Beruas.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN

Penasihat : En. Ahmad Mayzian B Abdullah

Pengerusi : Pn. Faridahtul Amlar Bt Mohamed Ramli

Setiausaha : Pn Mardziah Bt Ramli

Bendahari : Puan Nurul Aini Binti Rozali

AJK PENGELOLA NAMA

PENGANGKUTAN Pn. Faridatul Amlar Bt Mohamed Ramli

Puan Mardziah Binti Ramli


DISIPLIN/KESELAMATAN Pn. Norsharina Lidya Binti Piai

Pn. Nurul Aini Binti Rozali

Pn. Nur Hanani Bt Alias

Pn. Shafedah Binti Shapie

PUBLISITI Pn. Nur Liyana Bt Fouizi

Pn. Ainul Nadia Binti Mior Huthamuddin

MAKANAN Pn Khairul Bariyah Binti Kamaruddin

Pn Mazlina Bt Mat Zin

Pn. Raja Saidatol Azwa Binti Raja Zainon


Pn. Azimah Binti Zainal

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RM
PENDAPATAN RM PERBELANJAAN

Kutipan dari pelajar 1400.00 Pengangkutan (bas) 600.00


(RM 40 x 30 orang)
Tiket Zoo :
Kutipan Guru dan PPM Murid: percuma
(RM51 X 12 orang) 612.00 Guru/ppm : ( RM12 X 12) = RM144 144.00

Tiket Eco-Spritzer(Golf) :
Murid/guru/ppm : (RM9 X 42) = RM378 378.00

Makan :
Pagi (RM 2.00 x 42 ) = RM 84 630.00
Tengahari (RM 10 x 42 ) = RM 420
Petang (RM 3 x 42 ) = RM 126
Jumlah = RM 630

Air mineral (RM 12 x 5 kotak) 60.00

Kecemasan 200.00

2,012.00
JUMLAH 2,012.00 JUMLAH
9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN

Rujuk lampiran A

10.0 JADUAL AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM

7.30 Pagi Berkumpul Di SK Gangga


7.45 Pagi Menaiki bas Ke Taiping
9.00 Pagi Sampai di Taman Tasik Taiping dan bersarapan pagi.
9.30 Pagi Bertolak ke Zoo Taiping
9.45. Pagi Lawatan di Zoo Taiping
12.00 Tengahari Rehat , Makan Tengahari dan solat Zohor
2.00 Ptg Bertolak ke Eco-spritzer, Ayer Kuning.
2.15 Ptg Lawatan di Eco-spritzer.
4.15 Ptg Minum petang dan solat asar
5.00 petang Bergerak balik ke Beruas
6. 15 petang Dijangka sampai ke SK Gangga

11.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat
memberi faedah dan pengetahuan secara ‘hands on’ kepada muridmurid pendidikan
khas dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh :

……………………………………..

(MARDZIAH BT RAMLI)
Penyelaras,
Progran Lawatan PPKI
SK Gangga, Beruas.

You might also like