Professional Documents
Culture Documents
Bahan Komposit
Bahan Komposit
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
BAHAN KOMPOSIT
KOMPOSISI BAHAN
BAHAN KOMPOSIT
Bahan komposit merupakan bahan termaju yang dihasilkan oleh ahli sains
bahan yang digabungkan dengan satu bahan lain untuk menghasilkan bahan
Bahan komposit boleh terdiri daripada campuran dua atau lebih bahan seperti
logam , aloi, seramik, karbon, dan polimer. Pada umumnya, bahan komposit
mempunyai sifat yang lebih daripada bahan asal dan dihasilkan untuk tujuan
dengan keratin gentian pendek atau filamen yang diperbuat daripada silikon
karboda dan boron nitrat. Komposit matrik berseramik ini boleh digunakan
pada keadaan suhu yang amat tinggi.
1. SUPERKONDUKTOR
1. Kaca merpakan bahan lusinar, kuat, tahan hakis, dan secara biologi
merupakan bahan yang tidak aktif yang boleh dibentuk menjadi
permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca bahan yang
sangat berguna.
2. Silika yang merupaka galian yang mengandungi silicon dioksida dan
merupakan komponen utama dalam kaca. Silika wujud secara semulajadi
dalam pasir.
3. Silikat logam seperti natrium silikat Na2SiO3 atau kalsium silikat CaSiO3
dapat diperolehi dengan memanaskan pasir(silikat) bersama batu
kapur(kalsium karbonat) atau natrium karbonat pada 1500 darjah selsius.
SiO2(p) + CaCo3(p) CaSiO3(p) + CO2(g)
SiO2(p) + Na2CO3(p) Na2SiO3(p) + CO2(g)
4. Kaca merupakan bahan pepejal sekata , biasanya terbentuk apabila bahan
cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu
tidak memberikan cukup masa untuk jaringan Kristal biasa terbentuk.
5. Bahan keras lutsinar yang terbentuk dikenali sebagai kaca. Kaca
sebenarnya ialah cecair yang mempunyai kelikatan yang sangat tinggi.
Lutsinar
Kaca Silika Silikon Oksida Tiub kaca, turus
Takat lebur
terlakur ultraungu, kanta
yang sangat dan cermin
tinggi
Penebat
haba yang
baik
Lut sinar
Kaca soda Silikon dioksida Kaca tingkap,
kapur Natrium karbonat Takat lebur botol, pinggan,
Kalsium karbonat yang rendah mangkuk, dan
Mudah pecah kaca mentol
Tidak tahan lampu
haba
Tidak tahan
bahan kimia
Mudah
dijadikan
pelbagai
bentuk
Lut sinar
Kaca Silikon dioksida Pinggan,
kepada
borosilikat Boron dioksida mangkuk,
cahaya
Natrium oksida kelalang dan
Lut sinar
Aluminium oksida tabung uji
kepada sinar
inframerah
Takat lebur
yang agak
tinggi
Penebat
haba yang
baik
Tahan bahan
kimia
Mengembang
dan
mengecut
sedikit sahaja
Ketumpatan
Kaca Silikon dioksida Barang hiasan,
tinggi
plumbum Natrium oksida perisai sinaran,
Indeks biasa
Plumbun(II) prisma, dan kanta
yang tinggi
oksida
KACA KHAS
1. KACA FOTOKROMIK
Kaca ini juga dikenali sebagai kaca terbalik. Kaca fotokromik menunjukkan
Matahari dihalang mengena kaca itu, kaca kembali kepada warna asal.
Kaca fotokromik digunakan sebagai kanta kaca mata dan kaca tinggap.
2. KACA MENGKONDUKSIKAN
Kaca mengkonduksi ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik. Kaca
sekeping kaca dan bahan yang ditambah ini ialah ITO, indium stanum oksida.
Monitor LCD
SERAMIK
Seramik ialah bahan buatan yang diperbuat daripada tanah liat yang
terdiri daripada sebatian silikon, oksigen serta aluminium, dan pembuatannya
memerlukan tindakan haba yang tinggi. Tanah liat yang sesuai tanah liat putih
terhidrat.
Al2O3.2SiO(p).2H2O.
Bendasing seperti pasir dan Ferum (III) oksida yang terdapat dalam tanah
liat memberikan warna merah pada tanah liat . Lapisan air hablur
aluminosilikat menjadikan tanah liat bersifat plastik serta mudah untuk
dibentuk.Hablur-hablur ini mudah mengelongsor antara satu sama lain keran
air bertindak sebagai pelincir. Seramik merupakan bahan yang diperolehi
daripada tanah liat setelah dibentuk dan dibakar. Selapisan kilat boleh
ditambah kepada permukaan seramik dan dipanaskan semula sehingga
bahan berkilat itu melebur dan membentuk lapisan berupa kaca.
SIFAT SERAMIK
Sangat kuat
Keras tetapi rapuh
Takat lebur tinggi
Penebat elektrik
Penebat haba
Tahan bahan kimia
Tahan mampatan
CONTOH SERAMIK
Seramik boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah
Kumpulan Contoh
PENGGUNAAN SERAMIK
A. Bahan pembinaan
Sifat kekerasan membolehkan seramik digunakan sebagai bahan
pembinaan. Contoh bahan pembinaan ialah batu-bata, jubin, atap gentiing,
simen, dan paip bawah tanah. Seramik tahan tekanan dan suhu yang
amat tinggi . Oleh sebab itu seramik dapat digunakan untuk melapisi relau,
rangka kapal angkasa lepas, dan reaktor nuklear.
B. Barang hiasan
Sifat-sifat seperti seramik adalah bahan lengai, seramik tidak karat dan
seramik tahan lama menyebabkan ia sesuai digunakan untuk membuat
barang hiasan. Contoh barang hiasa termasuklah pinggan, mangkuk,
pasu, tembikar, dan porselin. Selain dari itu seramik juga digunakan untuk
membuat barang hariaan seperti singki, mangkuk tandas, peti sejuk, dan
enamel pada permukaan dapur.
C. Penebat elektrik
Seramik ialah suatu bahan penebat elektrik yang baik dan banyak
digunakan dalam pembuatan bahagian penebat elektrik dalam alat-alat
elektrik. Contoh barang elektrik yang menggunakan seramik sebagai
penebat ialah seterika, pembakar roti, kabel elektrik, dan palam pencucuh.
D. Semikonduktor
Terdapat sesetengah seramik bersifat semikonduktor dan dapat
menyimpan cas. Cip mikro yang menghasilkan pelbagai jenis barang
seperti televisyen, komputer, radio, telefon, dan kalkulator dibuat daripada
seramik.
E. Bidang perubatan
Seramik digunakan untuk membuat tangan palsu, kaki palsu dan
gigi palsu kerana ia mempunyai sifat keras, lengai dan tahan mampatan.
SERAMIK MODEN
1. Superkonduktor
Seperkonduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak
mempunyai rintangan elektrik. Seramik yang digelar perovkite bertindak
sebagai superkonduktor pada suhu -196 darjah selsius. Penggunaan
superkonduktor ini dapat meminimumkan kehilangan tenaga elektrik dalam
bentuk haba. Selain itu superkonduktor juga boleh digunakan untuk
membuat magnet yang sangat ringan tetapi mempunyai kuasa beribu-ribu
kali lebih kuat daripada magnet biasa.
2. Blok enjin seramik
Seramik mempunyai sifat rintangan haba yang amat tinggi dan dapat
tahan suhu tinggi yang melebihi seribu darjah selsius. Bahan api dapat
dibakar dengan lengkap dalam blok enjin seramik secara tidak langsung
dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan bahan api.
BAHAN PENGUAT
GENTIAN KACA
Kaca soda-lime-silica;
Kaca jenis A
digunakan untuk botol minuman dan makanan,
bahan penebat dan sebagainya.
Zirconia-glass;
Kaca jenis AR
digunakan untuk struktur yang memerlukan
rintangan terhadap alkali.
Glass alumino-borosilicate;
Kaca jenis E
jenis kaca yang paling biasa digunakan bagi
rintangan elektrik.
GENTIAN KARBON
Gentian karbon merupakan bahan yang amat kuat. Walaupun gentian karbon
lebih mahal dari gentian kaca tetapi gentian karbon lebih ringan mempunyai
kekuatan tegangan yang tinggi. Secara amnya, Polimer diperkuat Jenis
Karbon (CFRP) mempunyai tegasan tegangan yang agak sama dengan
Polimer Diperkuat Gentian Kaca (GFRP).
Polimer Diperkuat Jenis Karbon (CFRP) (Smith, 1993)
Gentian karbon menunjukkan rintangan terhadap asid, bes dan sangat tahan
terhadap haba. Lamina karbon-epoksi baik dalam rintangan keletihan, tidak
senang berlaku rayapan dan sangat baik dalam rintangan tegasan patah dan
tegasan hakisan. Walaubagaimanapun, gentian ini akan menyebabkan
hakisan pada permukaan logam apabila bersentuhan dengan bahan binaan
seperti besi dan aluminium. Karbon juga merupakan bahan konduktor elektrik
dan akan mengalirkan arus. Prihatin dan perancangan yang lebih rapi boleh
dilakukan dalam reka bentuk gentian jenis karbon yang mungkin bersentuhan
dengan logam untuk mengatasi kelemahan gentian ini. Salah satu cara untuk
mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan gentian kaca jenis E
terlebih dahulu sebagai satu lapisan penebat sebelum aplikasi gentian karbon.
GENTIAN ARAMID
Gentian aramid adalah bahan organik yang dihasilkan oleh manusia. Gentian
ini mempunyai sifat mekanik yang amat baik dan berketumpatan rendah.
Tegasan tegangan gentian aramid adalah lebih tinggi daripada gentian kaca.
Bahan ini juga mempunyai sifat mekanik yang amat baik dan berketumpatan
rendah. Tambahan pula ia juga lebih tahan kepada bahan organik seperti
minyak dan solvent. Secara keseluruhannya, mampatan gentian aramid
adalah lebih rendah berbanding dengan gentian kaca dan gentian karbon.
Gentian aramid sangat tahan dan digunakan sebagai kabel dan tali.
CONTOH PENGGUNAAN GENTIAN KARBON