Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kokurikulum: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil (Smkaj), Hulu Langat, Selangor

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA

KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR

HALIZA BINTI HALID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA
KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR

HALIZA BINTI HALID

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006
ii
iii

Teristimewa buat,
ayah dan bondaku yang disayangi
Hj Halid Mohamed Said
Hjh Jah Binti Ahmad
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Untuk suamiku yang dicintai.


Ahmad Ayob Hj Ibrahim
Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Puteriku yang dikasihi.


Nur Afiqah Haninah
Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasi,

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah…
iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya


penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat
penyelia projek En. Hassan Bin Hushin yang telah banyak membantu dengan penuh
komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang
berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua serta Guru-guru
SMKAJ yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam
memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah
ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.


v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan guru di


dalam kelas, pengurusan kokurikulum dan mengenalpasti kaedah dan strategi
yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah untuk proses penambahbaikan
sekolah hingga menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara. Anugerah ini
diberi kepada sekolah terbaik dalam kalangan terbaik yang mencapai tahap 5
(tahap harapan) dengan memperolehi skor antara 70 sehingga 79 peratus. Seramai
70 orang guru dan pengetua sekolah ini terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan
data dalam kajian ini di buat melalui soal selidik dan temubual. Soal selidik
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A, berkaitan dengan latar belakang
responden. Bahagian B, berkaitan dengan pengurusan P&P dalam kelas dan
kokurikulum, menggunakan skala Likert lima mata. Sementara satu set temubual
dijalankan untuk mendapatkan maklumat terperinci dari pengetua. Pemerosesan
data dibuat menggunakan program SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratusan
dan min. Hasil kajian menunjukkan P&P berkesan telah dapat diwujudkan dengan
prestasi sekolah dapat ditingkatkan. Perancangan sekolah disediakan dengan
komprehensif merangkumi semua aspek dan hala tuju kepimpinan yang jelas dan
berjaya menggerakkan warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah.
vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the practice of teaching and learning,
cocuriculum management and the method and strategy which was used by the school
management for the process of improvement of the said school which won the award
“Anugerah Sekolah Harapan Negara”. This award was given to the best school which
achieved the level 5 (tahap harapan), having scored between 70 to 79 %. 70 teachers
were involved as respondents. The collection of data was done through a set of
questionnaire and an interview. The questionnaire had two sections. Section A is related
to the respondents background while section B is related to teaching and learning in class
cocuriculum management, using the Likert scale. A set of interview was conducted to get
the detail information from the principal. Data was analyzed through SPSS programmed
to get the frequency, percentage and min. The research result showed that teaching an
learning concept was present and making the school achievement can be up grade. School
planning was comprehensively executed can be seen clearly through the evidence of
staffs achieving the school vision and mission.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Skop dan Batasan Kajian 14
1.9 Definisi Istilah 14
viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19
2.2 Pengurusan 20
2.3 Pendekatatan Pengurusan Dalam Pengurusan 23
Kokurikulum
2.4 Penambahbaikan Dalam Pengurusan Kurikulum 24
Dan Kokurikulum
2.5 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 26
2.6 Strategi Pengajaran 28
2.7 Kaedah Pengajaran 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Analisis Data 33
3.8 Kesahan Kebolehpercayaan 34
3.9 Kesimpulan 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Data 36
4.3 Latarbelakang Responden 37
4.4 Soalselidik Berkaitan P&P Berdasarkan Persepsi 40
Guru
ix

4.5 Soalselidik Berkaitan Kokurikulum Berdasarkan 44


Persepsi Guru
4.6 Temubual Bersama Pengetua 47

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55
5.2 Perbincangan Kajian 55
5.3 Persepsi Guru Terhadap Pengurusan Pengajaran 56
Dan Pembelajaran
5.4 Persepsi Guru Terhadap Pengurusan 57
Kokurikulum
5.5 Kaeadah Dan Strategi Oleh Pengetua Sekolah 58
5.6 Rumusan 62
5.7 Cadangan Kajian 63
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.9 Penutup 64

BIBLIOGRAFI 66

LAMPIRAN 69
x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bil Pelajar, Guru Dan Kelas Dari Tahun 1968-2002 7


1.2 Analisisi Keputusan SPM Dari Tahun 1994 - 2003 8
1.3 Analisisi Keputusan PMR Dari Tahun 1996 - 2003 9
1.4 Kejayaan Kokurikulum Dari Tahun 2002 - 2004 9
3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 30
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34
4.2 Taburan Responden Kelulusan Akademik 34
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Latihan Iktisas 35
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Institusi 35
Pendidikan
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman 36
Mengajar
4.6 Item Rancangan P&P 37
4.7 Item Pengurusan P&P 38
4.8 Item Penilaian P&P 40
4.9 Item Perancangan Kokurikulum 41
4.10 Item Pelaksanaan Kokurikulum 42
4.11 Bidang Dan Strategi Pihak Pengurusan Sekolah 48
xi

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju
AT - Amat Tinggi
ATS - Amat Tidak Setuju
Bil - Bilangan
HL - Hulu Langat
IT - Information Technology
JNS - Jemaah Nazir Sekolah
KS - Kurang Setuju
MARA - Majlis Amanah Rakyat
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PMR - Penilaian Menengah Rendah
S - Setuju
SKPM - Standard Kualiti Pelajaran Malaysia
SMKAJ - Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
TS - Tidak Setuju
xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 69

B Soalan Temubual 74

C Surat Akuan Pelajar 75

D Surat Kebenaran dari Kementerian 76


Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(EPRD)
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut


kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara
dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bagi menyahut cabaran tersebut,
maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk
dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,
K.Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya
boleh dicapai dan direalisasikan sebagai sau instrumen dalam system pendidikan
di Malaysia.

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang, kerajaan perlu memberi


komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan.
Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu
untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan
penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat, menubuhkan
sekolah Bestari dan menganjurkan berbagai program. Ini adalah kerana sistem
2

pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah


pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut. Keperluan untuk menjadikan sesebuah


sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah
sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai peningkatan yang baik dalam
akademik, kokurikulum, iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan
pembelajaran, komitmen di kalangan guru, ibubapa, waris dan seluruh
masyarakat.

Dalam menilai kemajuan sekolah pihak Jemaah Nazir Sekolah(JNS) telah


menetapkan sekolah perlu melakukan penarafan kendiri menggunakan Standard
Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) sebagai instrumen pemastian standard (IPS)
ke arah menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia. JNS menggunakan
instrumen itu ketika menjalankan pemeriksaan di sekolah, termasuk penilaian
untuk Anugerah Sekolah Harapan Negara, Sekolah Cemerlang serta Anugerah
Kualiti Menteri Pelajaran. Agensi lain di bawah Kementerian Pelajaran seperti
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah juga menggunakan
instrumen yang sama ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di
sekolah.

SKPM terdiri daripada 12 elemen yang dikelompokkan dalam empat


dimensi, iaitu dua bagi Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi (lima),
Pengurusan Program Pendidikan (empat) dan Kemenjadian Murid (satu). Elemen
dalam dimensi Hala Tuju Kepimpinan ialah visi dan misi serta kepimpinan.
Dalam Pengurusan Organisasi termasuk struktur organisasi, perancangan, iklim,
pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat. Manakala
Pengurusan Program Pendidikan pula ialah pengurusan program kurikulum,
kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan
sahsiah murid, penilaian pencapaian murid. Seterusnya elemen Kemenjadian
Murid iaitu kemenjadian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dari
3

segi skor pula, wajaran dimensi pertama ialah 10 peratus, kedua 30 peratus, ketiga
45 peratus dan keempat 15 peratus.

Berdasarkan panduan penarafan sekolah dalam SKPM, tahap satu


membabitkan pencapaian 0 hingga 24 peratus adalah taraf `sekolah lampau
lemah.; tahap dua (25-34 peratus) `sekolah sangat lemah.; tahap tiga (35-49
peratus) `sekolah lemah;
tahap empat (50-69 peratus) `sekolah sederhana.; tahap lima (70-79 peratus)
`sekolah harapan.; tahap enam (80-89 peratus) `sekolah cemerlang. dan tahap
tujuh (90-100 peratus) `sekolah gemilang.(JNS,2005)

Pemimpin pendidikan harus memahami dan menyedari bahawa setiap


pelajar mempunyai potensi untuk berjaya. Pemimpin harus mengembleng
sepenuh tenaga membantu pelajar mengenal pasti potensi dan bersungguh-
sungguh untuk mempastikan pelajar mencapai kecemerlangan. Pemimpin
pendidikan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dengan berkesan supaya dapat memberi ruang dan peluang untuk
mengembangkan potensi pelajar sepenuhnya. Proses peningkatan kecemerlangan
yang berterusan akan mewujudkan situasi "yang baik menjadi lebih baik dan yang
lebih baik menjadi terbaik dan kita menjadi yang terbaik antara yang terbaik".
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan
cara berkesan. Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa
banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah. Corak pengajaran
masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah maju (Mok Soon
Sang, 2000).
4

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan dan dilatih untuk


menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada
murid-muridnya.
Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan
kemahiran mengajar seperti:

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan


psikologi
manusia.
ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran
serta
mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran
yang
diajar.
iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan
murid-
murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus


menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam
dekad 80-an dengan pengenalan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), memerlukan
guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang
canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja
yang kian mencabar. Oleh yang demikian, guru-guru perlu mempunyai
keseimbangan content knowledge dan pedagogical knowledge (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002).
5

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih
berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan
mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke
semasa. (Mok Soon Sang, 2000).

Menguasai kaedah pengajaran baru memerlukan perubahan sikap dan


orientasi semula corak memikir terhadap sesuatu perkara, melibatkan tingkahlaku
dan membantu pelajar menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa dengan
kaedah-kaedah baru ini (Ramaiah, A. L., 1999). Kepelbagaian dan
kebolehsesuaian penggunaan kaedah pengajaran dapat melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pengurusan berkesan menekankan budaya kerja bermatlamat dan


berfokus. Pengurusan berkesan memerlukan teori dan pendekatan pengurusan
pendidikan terkini serta peka dengan keadaan setempat. Budaya kerja
bermatlamat dan berfokus perlu mempunyai visi dan misi untuk mencapai
matlamat organisasi bagi menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum. Insan pelajar yang dihasratkan adalah pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum

Sekolah yang berjaya mempunyai warga sekolah yang berkongsi visi dan
misi, sepakat, adil, mesra, saling hormat menghormati, rasa tanggungjawab
terhadap diri dan warga sekolah, rasa kekitaan dan bersama menyemarakkan
budaya ilmu. Sekolah yang dapat menyumbang dan memantapkan organisasi
pembelajaran (learning organisation).
6

Proses pengajaran dan pembelajaran dan interaksi positif dalam proses pengajaran
perlu diurus dengan kemas, cekap dan berfokus. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dimantapkan lagi oleh faktor kebersihan dan keceriaan bilik darjah
dan sekolah.

Salah sebuah sekolah yang telah menunjukkan peningkatan dan


pencapaian yang membanggakan dalam penambahbaikan sekolah terutamanya
dalam bidang akademik dan kokurikulum ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Abdul Jalil(SMKAJ).Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila
bermulanya kelas Darjah Menengah dengan menumpang di tiga buah sekolah
Kebangsaan iaitu; Sekolah Kebangsaan Ulu Langat, Sekolah Kebangsaan Dusun
Tua, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi. Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233
orang pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan
di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat
(SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar dengan bilangan pelajar seramai
233 orang dan guru 9 orang. Sejak dari tarikh bilangan pelajar dan guru makin
bertambah kerana SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung
pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah
jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat iaitu; Sekolah Kebangsaan Sungai
Tekali, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Sekolah Kebangsaan Sungai Lui,
Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Sekolah Kebangsaan Hulu Langat(kini digelar
SK Tun Abdul Aziz Majid), Sekolah Kebangsaan Pomsong. Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (Cina) Batu Sembilan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(Cina) Batu Empat Belas, Sekolah RendahJenis Kebangsaan (Cina) Batu
Lapanbelas.

Pada1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah
dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato' Hormat Bin Rafee DPMS, SMS,
JMN, AMN iaitu Menteri Besar Selangor dengan nama baru iaitu
"SEKOLAH MENENGAH ABDUL JALIL' (SMAJ).13 mei 1991, YAB Dato'
Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah
7

merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan
selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya.
Pada tahun 1998, sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL (SMKAJ) atas arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari tahun 1968 ke tahun 2002 sedang sekolah
mengalami pertambahan staf dan pelajar. Sekolah terus menempa kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pencapaian diperolehi dalam kedua-
dua bidang ini boleh membanggakan. Terdapat peningkatan dalam keputusan
PMR dan SPM. Jumlah warga sekolah bertambah kepada 141 guru, 14 orang staf
sokongan dan pelajar-pelajar seramai 2668 orang. Pertambahan ini telah sampai
ke kemuncak pada tahun 2002.

Jentera pentadbiran sekolah dimantapkan lagi dengan kehadiran lebih


banyak guru berijazah. Zaman penyusuan semula dan konsolidasi bermula dengan
penubuhan beberapa buah kelab, persatuan dan unit berpakaian seragam yang
baru. Beberapa aktiviti sukan dan permainan yang baru diperkenalkan. Penubuhan
jawantankuasa-jawatankuasa akademik dan kokurikulum yang penting seperti
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Dispiln
telah meningkatkan lagi profesionalisma dan produktiviti dalam jentera
pentadbiran sekolah.
8

Jadual 1.1 Bilangan Pelajar, Guru Dan Kelas dari tahun 1968 hingga 2002

TAHUN BIL.PELAJAR BIL.GURU BIL.KELAS


1968 233 9 9
1969 279 11 9

1970 345 12 9
1971 345 13 9
1972 391 15 9
1973 414 15 9
1974 481 17 9
1975 559 24 17
1976 715 30 21
1977 785 32 22
1978 852 33 23
1979 1012 47 28

1980 1109 54 33
1981 1182 61 38
1982 1140 59 36
1983 1185 57 35
1984 1133 54 34
1985 1147 55 32
1986 1202 53 34
1987 1168 59 36
1988 1088 61 37
1989 1099 58 34

1990 1027 56 32
1991 1062 59 34
1992 1129 66 37
1993 1228 66 38
1994 1309 75 43
1995 1465 81 45
1996 1653 87 47
1997 1860 95 53
1998 2064 105 60
1999 2268 116 67
2000 2401 124 70
2001 2595 131 72
2002 2668 141 73

(Sumber: Pusat Sumber SMKAJ)

Tradisi dan budaya sekolah yang bermula dengan pengenalan cogan kata
bendera dan lencana sekolah telah diperkayakan dengan pembentukan piagam dan
visi sekolah. Melalui misi dan visi sekolah, sekolah telah mendapat beberapa
9

anugerah pada peringkat kebangsaan, daerah dan negeri, antaranya ialah


Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang Daerah HL, Anugerah Sekolah Paling
Aktif Kokurikulum Daerah HL, Anugerah Sekolah Paling Aktif Kokurikulum
Daerah HL - Pasukan Beruniform, Anugerah Johan 3K Daerah Hulu Langat,
Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar - Peringkat Negeri
Selangor. Anugerah-anugerah ini diterima pada tahun 2003. Manakala pada tahun
2002 anugerah yang diterima ialah Anugerah Pemimpin Cemerlang, Anugerah
Guru Cemerlang Akademik, Anugerah PIBG Aktif, Anugerah Khas (Inovasi) -
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Anugerah Taman Sumber Sains, Anugerah
Johan 3K Daerah Hulu Langat. Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang oleh
Yayasan Mara diterima pada tahun 2001.

Jadual 1.1 Analisis Keputusan SPM dari tahun 1994 hingga 2003

TAHUN BM BI SEJ PAI MAT SNS GEO PS SAS PRD PA EA MT BIO KIM FIZ
1994 99.30 41.50 73.80 96.00 30.00 67.30 61.40 98.40 87.50 91.70 29.40 43.30 60.00 100 76.90 66.70
1995 92.90 46.70 69.90 94.40 61.70 51.10 67.30 93.50 74.70 58.20 57.40 79.30 41.70 80.00 40.00 80.00
1996 92.80 58.90 70.60 92.20 66.70 75.90 87.90 100 70.20 65.20 72.70 69.30 88.90 83.30 100 100
1997 87.00 47.80 62.20 87.00 58.13 76.20 94.90 99.50 57.14 71.30 48.60 97.20 90.00 80.00 93.30 96.70
1998 89.50 49.10 55.90 86.00 58.59 79.50 94.20 99.60 42.62 64.70 60.00 69.90 94.74 100 94.70 100
1999 90.70 53.08 63.66 87.31 63.85 86.67 98.17 97.45 57.45 78.97 84.78 92.86 86.11 100 100 100
2000 88.90 53.40 59.30 90.80 64.30 90.70 91.9 96.00 90.70 55.60 91.40 97.10 84.10 96.60 98.10 100
2001 93.70 65.14 63.61 87.84 68.01 88.77 93.42 98.11 97.37 62.35 84.51 83.33 78.10 100 89.39 95.45
2002 92.76 57.31 70.95 86.25 63.10 89.49 94.44 92.89 90.28 56.94 67.00 57.89 68.71 96.88 81.25 96.43
2003 96.44 68.50 72.49 95.26 77.33 91.86 96.10 99.04 74.03 69.27 52.32 64.44 49.33 98.33 92.79 89.10
10

Jadual 1.2 Analisis Keputusan PMR dari tahun 1996 hingga 2003

TAHUN BM BI SEJ GEO MAT SNS PAI KHB.1 KHB.2 KHB.3 BC BA BT

1996 96.80 51.50 90.70 93.60 91.80 93.90 97.50 100 99.20 98.20 50.00 26.70 -

1997 98.20 56.80 92.20 93.00 93.00 90.60 92.70 100 99.20 98.50 69.20 34.20 100

1998 92.80 54.00 87.00 89.90 88.60 86.60 81.40 97.80 97.40 84.50 50.00 26.70 -

1999 97.10 66.90 91.10 92.90 94.90 92.40 96.40 100 100 97.80 100 100 -

2000 98.00 54.50 92.80 93.60 90.60 97.40 92.30 96.70 94.20 99.00 81.80 96.40 -

2001 96.1 62.2 94.7 96.7 94.5 96.3 98.1 96.3 100 98.9 100 94.1 -

2002 96.6 73.7 94.3 97.2 92.4 95.4 97.2 83.6 98.9 91 100 100 -

2003 96.9 65.8 94 96.1 92.4 96.4 95.9 95.9 97.7 93.4 100 95.6 -

(Sumber : Jawatankuasa Peperiksaan SMKAJ)

Jadual 1.4 Kejayaan Kokurikulum dari tahun 2002-2004

TAHUN KEJAYAAN KOKURIKULUM

Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor-Johan


Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah HLl-Tahfiz Al-Quran(L) Johan
-Tahfiz Al-Quran(P) Naib johan
2002 - Syarahan Bahasa Melayu(P) Ketiga
-Kuiz Agama Naib Johan
Hoki Perempuan Peringkat Daerah HL-Bawah 15 Tahun Ketiga

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah HL-Johan PKBM Putera


-Johan Pengakap 1
-Johan PBSM A
-Johan KRS A
2003 -Johan KRS 1
Pertandingan kawad kaki KRS Peringkat Kebangsaan-Ketiga
Hari puteri Daerah Hulu Langat-Tokoh Puteri -Naib Johan Gubahan
- Johan Mendirikan Khemah
- Johan Kawad Kaki
-Naib Johan Gubahan
-Naib Johan Mendirikan Khemah

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah HL-3 Emas,3 Perak,10 Gangsa


Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Selangor-1 Gangsa
Johan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah HL
Johan Kejohanan Bola Tenpin Bawah 15 Peringkat Daerah HL
Johan Petanque Peringkat Daerah HL
Emas Putera E Dalam Silat Olahraga SUKMA X
Pemilihan Gayong Kebangsaan-Johan Putera D
11

Kejohanan Silat Jemputan Integerasi SMK Abdul Jalil-Johan Pasukan Puteri


-Naib Johan Pasukan
2004 PuteraKejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pesaka Kedah-Gangsa
Petandingan Hoki Peringkat Daerah HL-Johan P15
-Johan P18
Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah HL-Naib Johan L15
-Johan L18
Pertandingan Badminton Peringkat Daerah HL-Naib Johan Bergu P18
Pertandingan Bola Keranjang-Johan P Cina
Sirkit Remaja Kebangsaan 2(Angkat Berat)-Johan
Majlis tadarus Al-Quran Peringkat Zon-Johan Keseluruhan
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor -Johan KRS Putera
-Johan NGO Puteri
-Naib Johan NGO Puteri
-Naib Johan GO Putera
-Ketua Platun Terbaik

Pertandingan Unit PKBM Peringkat Negeri Selangor-Johan Kawad Kaki


Perkhemahan PKBM Darat Peringkat Kebangsaan-Johan Kawad Kaki
Sambutan Hari Puteri PPIM Peringkat Peringkat Negeri-Johan Kawad Kaki
-Johan Pertandingan Gajet

Daripada analisis keputusan SPM dan PMR di atas didapati terdapat


peningkatan bagi setiap matapelajaran yang diambil oleh pelajar. Ini
menunjukkan terdapatnya pencapaian yang membanggakan dalam bidang
akademik.Begitu juga dalam bidang kokurikulum, di mana dari jadual diatas
menunjukkan pencapaian yang baik samaada bagi peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.Justeru itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana sekolah dapat
membuat penambahbaikan sekolah bagi mencapai misi dan visi sekolah. Aspek
yang ingin dikaji adalah daripada segi pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Sekolah yang berjaya adalah seperti mempunyai kemahiran


kepemimpinan pengetua yang dinamis, strategi pembangunan yang digunakan
oleh sekolah, sikap guru terhadap pelajar, pandangan guru terhadap sekolah,
12

disiplin pelajar, penggunaan sumber sekolah, dan kepuasan guru dengan pelajar.
Ini merupakan di antara elemen –elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah
yang dianggap sebagai berjaya. Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah
impian yang tidak boleh menjadi kenyataan, malahan ia adalah sesuatu yang
mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak.

Kajian dan tinjauan akan dapat membantu melihat sejauh mana


penekanan kepada aspek pengurusan pengajaran pembelajaran iaitu dalam bidang
akademik dan kokurikulum yang dilaksananakan di SMKAJ dari persepsi guru-
guru dan kaedah serta strategi oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan prestasi
sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan pengajaran dan


pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum bagi
menentukan aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan lancar.
1.4.3 Mengenalpasti kaedah dan strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan
untuk memajukan dan menambahbaikan sekolah.

You might also like