Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

TUGASAN 1

1.0:

Jadual 1 di bawah menunjukkan markah Bahasa Inggeris dalam peperiksaan percubaan pelajar
Tahun 6 Cempaka.

Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Markah 44 70 78 66 76 97 47 64 93 86
Pelajar 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Markah 91 58 35 51 43 84 44 41 50 44
Pelajar 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
Markah 36 52 53 48 71 60 45 71 80 66
Pelajar 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
Markah 40 53 49 57 41 62 82 49 50 66
Jadual 1: Markah Bahasa Inggeris bagi murid kelas 6 Cempaka

Jadual 2: Bilangan murid kelas 6 Cempaka berdasarkan selang kelas markah peperiksaan
Bahasa Inggeris

Selang Kelas (Markah) Frekuensi (Bilangan Pelajar)


0-9 0
10 - 19 0
20 - 29 0
30 - 39 2
40 - 49 12
50 - 59 8
60 - 69 6
70 - 79 5
80 - 89 4
90 - 99 3

1
Graf 1: Graf Histogram Markah Peperiksaan Bahasa Inggeris Pelajar Tahun 6 Cempaka

1.1:
Daripada histogram di atas, statistik yang boleh didapati supaya dapat dibentangkan dengan
jelas dalam Mesyuarat Peperiksaan ialah:

(a) Mod

Selang kelas: 40 – 49 markah

2
(b) Min

Selang Kelas Titik Tengah Frekuensi (Bilangan 𝒇𝒙


(Markah) Selang Kelas, 𝒙 Pelajar), 𝒇
0–9 4.5 0 0
10 – 19 14.5 0 0
20 – 29 24.5 0 0
30 – 39 34.5 2 69
40 – 49 44.5 12 534
50 – 59 54.5 8 436
60 – 69 64.5 6 387
70 – 79 74.5 5 372.5
80 – 89 84.5 4 338
90 – 99 94.5 3 283.5

Min, = titik tengah selang kelas 𝑥 frekuensi

Jumlah frekuensi

2420
=
40

= 60.5 markah

3
(c) Median

Selang Kelas (Markah) Frekuensi (Bilangan Kekerapan Kumulatif


Pelajar)
0–9 0 0
10 – 19 0 0
20 – 29 0 0
30 – 39 2 2
40 – 49 12 14
50 – 59 8 22
60 – 69 6 28
70 – 79 5 33
80 – 89 4 37
90 – 99 3 40

1
𝑁−𝐹
2
Median, m = 𝐿 +( )𝐶
𝑓𝑚

𝑁 40
= = 20
2 2

F = 14

𝑓𝑚= 8
C = 59.5 – 49.5 = 10
L = 49.5

20−14
Median = 49.5 + (
8
) 10
= 57 markah

4
(d) Varians/.;8iu.;l
∑ 𝑓𝑥 2
𝜎2 = − 𝑥̅ 2
∑𝑓

Selang Kelas Titik Tengah Frekuensi 𝒇𝒙 𝒇𝒙𝟐


(Markah) Selang Kelas, 𝒙 (Bilangan
Pelajar), 𝒇
0–9 4.5 0 0 0
10 – 19 14.5 0 0 0
20 – 29 24.5 0 0 0
30 – 39 34.5 2 69 2380.5
40 – 49 44.5 12 534 23763
50 – 59 54.5 8 436 23762
60 – 69 64.5 6 387 24961.5
70 – 79 74.5 5 372.5 27751.3
80 – 89 84.5 4 338 28561
90 – 99 94.5 3 283.5 26790.8
∑𝑓 = ∑ 𝑓𝑥 = ∑ 𝑓𝑥 2 =
40 157970.1
2420

157970.1 2420
Varians, 𝜎 2 = −( )2
40 40

= 3949.3 – 3660.3
= 289 markah

(e) Sisihan Piawai

∑ 𝑓𝑥2
σ=√ ∑𝑓
− 𝑥̅

= √289
= 17 markah

5
(f) Julat Antara Kuartil
1
𝑁 − 𝐹𝑄1
𝑄1 = 𝐿 + ( 4 )𝐶
𝑓𝑄1

1
(40)−2
4
= 39.5 + ( ) (10)
12

= 46.2 markah

3
𝑁 − 𝐹𝑄3
𝑄3 = 𝐿 + ( 4 )𝐶
𝑓𝑄3

3
(40)−28
4
= 69.5 + (
5
) (10)

= 73.5 markah

Julat = 𝑄3 − 𝑄1
= 73.5 – 46.2
= 27.3 markah

6
2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN YANG DIPEROLEHI OLEH TAHUN
6 CEMPAKA

Berdasarkan graf histogram markah Bahasa Inggeris dalam peperiksaan percubaan


pelajar Tahun 6 Cempaka, didapati bahawa majoriti pelajar mendapat keputusan yang rendah
untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu antara 40 markah hingga 54 markah. Situasi ini
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar Tahun 6 Cempaka dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris adalah sangat lemah. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar Tahun 6 Cempaka dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris adalah lemah kerana Bahasa Inggeris merupakan suatu mata
pelajaran yang susah. Majoriti penduduk di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam pertuturan seharian menyebabkan anak-anak muda jarang bertutur dalam
bahasa Inggeris dan secara tidak langsung penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris adalah
lemah dan seterusnya akan mempengaruhi markah ujian mereka.

Selain itu, faktor yang menyebabkan penguasaan pelajar Tahun 6 Cempaka tehadap
mata pelajaran Bahasa Inggeris yang lemah adalah disebabkan oleh faktor guru. Kemungkinan
guru hanya sekadar mengajar melalui buku teks tanpa memberi penerangan yang lanjut kepada
pelajar-pelajar untuk memahami setiap makna perkataan. Di samping itu, guru juga kurang
memberi latihan pengukuhan kepada murid seperti latihan tatabahasa bahasa Inggeris, latihan
menulis karangan dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Guru juga sepatutnya mengajar
pelajar-pelajar teknik belajar bahasa Inggeris yang berkesan seperti cara mencari makna
perkataan dalam kamus dan sebagainya untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris
pelajar Tahun 6 Cempaka.

Akhir sekali, faktor malu untuk bertanya juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan majoriti pelajar Tahun 6 Cempaka mendapat keputusan yang lemah dalam
peperiksaan percubaan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar enggan memberi
kerjasama dengan guru mereka. Mereka malu bertanya kepada guru mereka sekiranya mereka
tidak faham ketika guru sedang mengajar kerana mereka khuatir pelajar lain akan gelak dan
mentertawakan mereka. Faktor malu bertanya akan memberi kesan negatif dalam pelajaran
pelajar-pelajar Tahun 6 Cempaka.

7
3.0 ANALISIS DAN RUMUSAN

Berdasarkan histogram telah menunjukkan bahawa graf markah peperiksaan Bahasa


Inggeris Tahun 6 Cempaka adalah terpencong ke kanan. Hal ini telah menunjukkan bahawa nilai
min adalah lebih besar daripada nilai median dan nilai median adalah lebih besar daripada nilai
mod, min> median> mod. Mod markah peperiksaan bahasa Inggeris Tahun 6 Cempaka ialah 40-
49 markah. Ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris Tahun 6 Cempaka adalah
kurang memuaskan dan min markah bahasa Inggeris yang diperolehi oleh pelajar Tahun 6
Cempaka hanyalah 60.5 markah. Di samping itu, melalui histogram markah peperiksaan Bahasa
Inggeris Tahun 6 Cempaka, varians markah peperiksaan ialah 287 markah dan sisihan piawainya
ialah 17 markah. Hanya 3 orang pelajar sahaja yang memperolehi markah peperiksaan Bahasa
Inggeris yang cemerlang. Julat markahnya ialah antara 80 hingga 90 markah.

8
TUGASAN 2

1.0: PENGENALAN

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri dalam negara Malaysia dan merupakan sebuah
negeri yang pesat membangun sejajar dengan peredaran masa. Terdapat 3 jenis kaum yang
menetap di negeri Pulau Pinang iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan juga kaum India. Kaum Cina
merupakan kaum majoriti yang ada di Pulau Pinang sehingga ke hari ini. Terdapat dua buah
Institut Pendidikan Guru yang telah dibina di Pulau Pinang iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Warga pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) sentiasa
mengamalkan budaya kerja professional yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan
menekankan kerja berpasukan. Namun terdapat beberapa masalah yang boleh ditambah nilai
untuk mencapai hasrat murni IPGKPP tersebut. Antara dua isu yang berlaku dalam kalangan
pelajar dan pengurusan IPGKPP sendiri iaitu pelajar guru kurang aktif dalam bersukan dan isu
pengurusan perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang yang kurang berkesan.

Kita sedia maklum bahawa bersukan adalah suatu aspek yang penting untuk semua pihak
pada hari ini. Sekiranya seseorang itu bersukan, maka secara tidak langsung individu tersebut
akan menjadi lebih cergas dan cerdas ketika melaksanakan sesuatu tugas. Selain itu, dengan
ada bersukan pada setiap hari seseorang individu akan mampu untuk menghidari diri daripada
pelbagai penyakit dan seterusnya mampu meningkatkan produktiviti diri masing-masing ke atas
tanggungjawab yang diberikan. Namun, pada kebelakangan ini pelajar guru IPGKPP kurang
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah, fasiliti
sukan yang disediakan tidak mencukupi, alatan sukan hanya boleh digunakan pada waktu
tertentu sahaja dan keadaan pelajar guru yang letih setelah menghadiri kuliah dari pagi hingga
ke petang.

Selain itu, sebuah perpustakaan turut dibina di IPG Kampus Pulau Pinang. Perpustakaan
tersebut dibina dengan harapan mampu memudahkan pelajar-pelajar guru yang menuntut di IPG
Kampus Pulau Pinang untuk mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan subjek yang
mereka pelajari semasa kuliah. Selain itu, pelajar-pelajar guru juga sentiasa memanfaatkan
peluang yang ada untuk melakukan ulang kaji semasa musim peperiksaan di perpustakaan.
Dengan adanya perpustakaan yang dibina di IPG Kampus Pulau Pinang, maka pelajar-pelajar

9
guru tidak perlu bersusah payah untuk mengunjungi perpustakaan di universiti yang berkaitan
iaitu di Universiti Sains Malaysia yang memerlukan lima belas minit perjalanan ke sana.

Namun, kekangan ataupun masalah yang timbul yang sedikit sebanyak menyusahkan
para pelajar guru ialah dari segi pengurusan perpustakaan iaitu masa pengurusan perpustakaan
adalah bertindih dengan masa kuliah pelajar guru. Selain itu, tempoh peminjaman buku yang
diberi oleh pihak perpustakaan kepada para pelajar guru adalah sangat singkat. Perkara ini akan
menyusahkan para pelajar guru yang perlu menyiapkan tugasan kerja kursus yang memakan
tempoh masa lama.

Oleh itu, kajian ini akan dibuat terhadap sekumpulan pelajar guru IPG Kampus Pulau
Pinang yang terdiri daripada 25 orang pelajar untuk mengenal pasti punca-punca aktiviti pelajar
guru kurang bersukan, kesan daripada pelajar guru yang kurang bersukan terhadap pencapaian
IPG Kampus Pulau Pinang, dan seterusnya langkah-langkah untuk masalah tersebut. Selain itu,
mereka juga dikehendaki untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul tentang
pengurusan perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang serta langkah-langkah yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

10
2.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap 2 kajian yang telah dibuat iaitu Isu Pelajar Guru Kurang Aktif Dalam Bersukan dan Isu
Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang.

2.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar guru IPG Kampus Pulau
Pinang berdasarkan jantina, umur dan bangsa.

Jadual 1: Demografi Responden

Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratusan


( orang ) (%)
Lelaki 10 40
1. Jantina Perempuan 15 60
19 tahun 8 32
2. Umur 20 tahun 12 48
21 tahun ke atas 5 20
Bumiputera 10 40
3. Bangsa Cina 6 24
India 9 36

11
2.2 Jantina Responden

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Responden

Lelaki
40%
Perempuan Lelaki
60%
Perempuan

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 25 orang responden, seramai 10 orang (40%)
adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya iaitu sebanyak 15 orang (60%)
merupakan responden perempuan. Tidak terdapat jurang perbezaan yang agak besar dalam
pemilihan jantina. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat dalam rajah 1 yang menunjukkan
bahawa kajian ini adalah dengan membuat pemerhatian tentang persepsi dalam kalangan
pelajar-pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang. Oleh itu, jantina yang dipilih perlulah seimbang
agar keputusan jawapan yang diperolehi tidak memihak kepada satu gender sahaja, kerana
setiap gender dan individu mempunyai pandangan yang berbeza

12
2.3 Umur Responden

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur

Umur Responden

12

10
Bilangan Responden

0
19 Tahun 20 Tahun 21 Tahun ke atas
Umur Responden 8 12 5
Axis Title

Umur Responden

Berdasarkan hasil kajian, daripada 25 orang jumlah responden yang telah disoal selidik,
seramai 8 orang (32%) responden adalah terdiri daripada responden yang mempunyai
lingkungan umur 19 tahun. Selain itu, seramai 12 orang (48%) responden yang terdiri dalam
lingkungan umur 20 tahun. Manakala, seramai 5 orang (20%) responden yang berumur 21 tahun
ke atas. Responden yang berbeza dari segi umur amatlah penting supaya jawapan yang diberi
adalah mengikut tahap kematangan fikiran seseorang responden. Hal ini demikian kerana, setiap
lingkungan umur responden mempunyai pandangan yang berbeza terhadap isu yang berlaku.

13
2.3 Bangsa Responden

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Bangsa

Bangsa Responden

36% 40%
Bumiputera
Cina
India
24%

Berdasarkan hasil kajian, daripada 25 orang jumlah responden yang disoal selidik di
Institut Pendidikan Guru kampus Pulau Pinang, seramai 10 orang responden adalah terdiri
daripada kaum Bumiputera, dari segi peratusan pula ialah 40 peratus. Selain itu, seramai 6 orang
responden yang disoal selidik ialah berbangsa Cina yang mewakili 24 peratus daripada jumlah
keseluruhan. Manakala seramai 9 orang responden yang disoal selidik ialah responden
berbangsa India yang mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan. Oleh itu, bangsa
responden yang diambil haruslah seimbang supaya tidak wujud masalah ketidakadilan semasa
memberi respon dalam borang soal selidik agar jawapan yang diberi sentiasa seimbang.

14
3.0 Isu Kurang Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang

3.1 Punca-punca Kurang Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru IPG Kampus Pulau
Pinang

Jadual 2: Analisis Punca Kurang Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru


IPG Kampus Pulau Pinang

Tidak Sangat Tidak Setuju Sangat


Bil. Perkara Pasti tidak Setuju Setuju
setuju
f % f % f % f % f %
1. Alatan sukan hanya boleh digunakan 7 28 0 0 3 12 6 24 9 36
pada waktu tertentu sahaja
2. Fasiliti sukan yang disediakan tidak 1 4 2 8 5 20 7 28 10 40
mencukupi
3. Keadaan letih setelah menghadiri waktu 9 36 3 12 3 12 7 28 3 12
kuliah dari pagi hingga ke petang

Punca Kurang Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru


IPG Kampus Pulau Pinang
12
Bilangan Responden

10

0
Alatan sukan hanya boleh Fasiliti sukan yang disediakan Keadaan letih setelah menghadiri
digunakan pada waktu tertentu tidak mencukupi waktu kuliah dari pagi hingga ke
sahaja petang
Axis Title

Tidak Pasti Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

15
Berdasarkan jadual 2, analisis tentang punca-punca kekurangan bersukan dalam
kalangan pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang iaitu alatan sukan hanya boleh digunakan pada
waktu tertentu sahaja, seramai 7 orang responden bersamaan dengan 28% yang tidak pasti akan
punca tersebut. Selain itu, tiada responden yang sangat tidak setuju akan punca ini. Seterusnya,
terdapat sebanyak 3 orang responden iaitu bersamaan dengan 12% yang telah disoal selidik
tidak bersetuju akan punca tersebut. Selain itu, terdapat seramai 6 orang responden bersamaan
dengan dengan 24% yang setuju bahawa alatan sukan hanya boleh dipinjam pada waktu tertentu.
Akhir sekali, seramai 9 orang responden yang telah disoal selidik iaitu bersamaan dengan 36%
memberi respon bahawa mereka sangat setuju akan punca tersebut yang mempengaruhi pelajar
guru untuk kurang bersukan.

Di samping itu, bagi punca yang seterusnya yang menyebabkan pelajar guru IPG Kampus
Pulau Pinang kurang aktif dalam bersukan ialah fasiliti sukan yang disediakan tidak mencukupi,
seramai 1 orang responden iaitu bersamaan dengan 4% yang tidak pasti akan punca tersebut
apabila disoal selidik. Selain itu, terdapat seramai 2 orang responden bersamaan dengan 8%
yang sangat tidak bersetuju dengan punca tersebut. Selain itu, sebanyak 5 orang responden yang
telah disoal selidik iaitu bersamaan dengan 20% yang tidak bersetuju bahawa fasiliti sukan IPG
Kampus Pulau Pinang tidak mencukupi. Di samping itu , selepas menjalankan soal selidik
terhadap responden, terdapat seramai 7 orang responden bersamaan dengan 28% yang
bersetuju akan punca tersebutlah yang menyebabkan pelajar guru kurang aktif dalam bersukan.
Akhir sekali, terdapat 10 orang responden yang disoal selidik iaitu bersamaan dengan 40% yang
sangat bertuju akan punca tersebut.

Akhir sekali, bagi punca yang seterusnya yang menyebabkan pelajar guru kurang aktif
dalam bersukan ialah disebabkan keadaan letih setelah menghadiri kuliah dari pagi hingga ke
petang, seramai 9 orang responden yang disoal selidik iaitu bersamaan dengan 36% yang tidak
pasti akan punca tersebut. Selain itu, terdapat seramai 3 orang responden yang bersamaan
dengan 12% yang sangat tidak bersetuju akan punca tersebut. Di samping itu, seramai 3 orang
responden yang disoal selidik iaitu bersamaan dengan 12% yang menyatakan bahawa mereka
tidak bersetuju bahawa pelajar guru letih setelah mengahdiri kuliah. Seterusnya, terdapat 7 orang
responden yang disoal selidik yang bersamaan dengan 28% yang bersetuju terhadap punca
tersebut dan terdapat 3 orang responden iaitu bersamaan dengan 12% setelah disoal selidik
menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju bahawa keadaan letih setelah sepanjang hari
menghadiri kuliah menghalang mereka untuk aktif bersukan pada sebelah petang.

16
3.2 Kesan Kurang Aktif Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru IPG Kampus Pulau
Pinang

Jadual 3: Analisis Kesan Kurang Aktif Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru

IPG Kampus Pulau Pinang


Tidak Sangat Tidak Setuju Sangat
Pasti tidak setuju Setuju Setuju
Bil. Perkara
f % f % f % f % f %

1. Pelajar Guru sering demam/sakit dan 7 28 0 0 3 12 7 28 8 32


terpaksa meninggalkan kuliah

2. Stamina badan adalah kurang dan 6 24 2 8 6 24 7 28 4 16


tidak dapat mewakili IPG ke mana-
mana pertandingan

3. Pelajar guru kurang cergas ketika 1 4 1 4 2 8 13 52 8 32


menghadiri kuliah

Kesan Kurang Aktif Bersukan Dalam Kalangan Pelajar Guru


IPG Kampus Pulau Pinang
14
12
Bilangan Responden

10
8
6
4
2
0
Pelajar Guru sering demam/sakit Stamina badan adalah kurang dan Pelajar guru kurang cergas ketika
dan terpaksa meninggalkan kuliah tidak dapat mewakili IPG ke menghadiri kuliah
mana-mana pertandingan
Axis Title

Tidak pasti Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

17
Berdasarkan jadual 3, iaitu analisis kesan kekurangan bersukan dalam kalangan pelajar
guru, seramai 7 orang iaitu sebanyak 28% yang tidak pasti bahawa pelajar guru akan sering
demam dan terpaksan meninggalkan kuliah, manakala tiada responden yang sangat tidak setuju
akan penyataan tersebut. Bagi yang menyatakan tidak setuju pula adalah seramai 3 orang iaitu
bersamaan dengan 12%. Selain itu, terdapat seramai 7 orang iaitu 28% yang bersetuju bahawa
pelajar guru akan kerap ditimpa sakit sekiranya kurang bersukan manakala juga terdapat 8 orang
bersamaan dengan 32% yang sangat bersetuju dengan pernyataan ini.

Stamina pelajar guru lemah seterusnya tidak dapat mewakili IPG ke mana-mana
pertandingan adalah kesan daripada pelajar guru yang kurang bersukan. Bagi yang menyatakan
tidak pasti mempunyai seramai 6 orang bersamaan dengan 24% dan setelah disoal selidik
terdapat 2 orang responden yang bersamaan 8% daripada jumlah keseluruhan menyatakan
bahawa mereka sangat tidak bersetuju terhadap pernyataan ini. Manakala yang menyatakan
tidak setuju bagi kesan kurang bersukan tersebut ialah seramai 6 orang yang bersamaan dengan
24%. Di samping itu, terdapat seramai 7 orang iaitu sebanyak 28% yang setuju serta sebanyak
4 orang responden iaitu bersamaan dengan 32% yang sangat bersetuju bahawa pelajar guru
akan kekurangan stamina dalam sesuatu acara dan tidak dapat mewakili IPG ke mana-mana
pertandingan.

Akhir sekali, bagi kesan yang seterusnya iaitu pelajar guru kurang cergas ketika
menghadiri kuliah, terdapat seorang responden bersamaan dengan 4% yang tidak pasti akan
kesan ini. Selain itu, terdapat seorang responden iaitu sebanyak 4% yang sangat tidak setuju
akan kesan ini. Di samping itu, terdapat 2 orang responden yang telah disoal selidik iaitu
bersamaan 8% yang tidak setuju terhadap kesan tersebut. Seterusnya, terdapat 13 orang
responden iaitu bersamaan dengan 52% yang setuju bahawa sekiranya pelajar guru kurang aktif
dalam bersukan akan menyebabkan mereka kurang cergas ketika menghadiri kuliah. Akhir sekali,
terdapat 8 orang responden bersamaan dengan 32% yang sangat setuju akan kesan ini

18
3.3 Langkah-langkah Untuk Memupuk Semangat Pelajar Guru Untuk Melibatkan Diri
Dalam Aktiviti Sukan

Jadual 4: Analisis Langkah-langkah Memupuk Semangat Pelajar Guru Untuk Melibatkan Diri
Dalam Aktiviti Sukan

Tidak Sangat Tidak Setuju Sangat


Pasti tidak Setuju Setuju
Bil. Perkara
setuju

f % f % f % f % f %

1. Pihak JPP perlu menyediakan lebih banyak 3 12 6 24 4 16 6 24 6 24


pertandingan sukan supaya dapat melibatkan
penyertaan semua pelajar guru

2. Stor sukan IPG haruslah dibuka pada sebelah 3 12 4 16 3 12 8 32 7 28


petang Sabtu dan Ahad

3. Pihak IPG haruslah menyediakan sejumlah 3 12 3 12 3 12 6 24 10 40


peruntukan untuk membeli alatan sukan

Langkah Memupuk Semangat Pelajar Guru Untuk


Menyertai Aktiviti Sukan
12
Bilangan Responden

10
8
6
4
2
0
Pihak JPP perlu menyediakan Stor sukan IPG haruslah dibuka Pihak IPG haruslah menyediakan
lebih banyak pertandingan sukan pada sebelah petang Sabtu dan sejumlah peruntukan untuk
supaya dapat melibatkan Ahad membeli alatan sukan
penyertaan semua pelajar guru
Axis Title

Tidak pasti Sangat tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat setuju

19
Berdasarkan jadual 4, langkah pertama, pihak JPP perlu menyediakan lebih banyak
pertandingan sukan supaya dapat melibatkan penyertaan semua pelajar guru , terdapat seramai
3 orang responden yang disoal selidik iaitu bersamaan dengan 12% yang tidak pasti akan
langkah tersebut. Selain itu, kedapatan sebanyak 6 orang responden yang disoal selidik iaitu
bersamaan dengan 24% yang sangat tidak setuju dengan langkah tersebut. Seterusnya, terdapat
seramai 4 orang responden bersamaan dengan 16% yang tidak setuju akan langkah tersebut
dilaksanakan. Di samping itu, terdapat seramai 6 orang responden iaitu bersamaan dengan 24%
yang setuju bahawa pihak JPP perlu menyediakan lebih banyak pertandingan sukan untuk pelajar
guru. Akhir sekali, terdapat seramai 6 orang responden juga iaitu bersamaan dengan 24% yang
sangat bersetuju akan langkah tersebut diambil.

Di samping itu, langkah yang seterusnya ialah stor sukan IPG haruslah dibuka pada
sebelah petang Sabtu dan Ahad, terdapat seramai 3 orang responden yang telah disoal selidik
iaitu bersamaan dengan 12% tidak pasti akan langkah tersebut. Selain itu, terdapat seramai 4
orang responden iaitu bersamaan dengan 16% yang sangat tidak bersetuju bahawa langkah ini
mampu mengatasi kekurangan penglibatan pelajar guru dalam aktiviti sukan. Seterusnya setelah
disoal selidik terdapat seramai 3 orang responden yang bersamaan dengan 12% yang tidak
bersetuju akan langkah tersebut diambil. Di samping itu, terdapat seramai 8 orang responden
yang telah disoal selidik iaitu bersamaan dengan 32% yang setuju bahawa langkah tersebut perlu
diambil. Akhir sekali, setelah melakukan aktiviti soal selidik, terdapat sebanyak 8 orang
responden juga iaitu bersamaan dengan 32% yang sangat bersetuju akan langkah tersebut.

Akhir sekali, langkah yang perlu diambil untuk memupuk minat pelajar guru terhadap
aktiviti sukan ialah pihak IPG haruslah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membeli alatan
sukan, terdapat seramai 3 orang responden iaitu bersamaan dengan 12% yang telah disoal
selidik tidak pasti bahawa sama ada langkah tersebut berkesan ataupun tidak. Selain itu, terdapat
seramai 3 orang responden iaitu bersamaan dengan 12% yang sangat tidak bersetuju akan
langkah tersebut. Seterusnya, juga terdapat seramai 3 orang responden yang telah disoal selidik
iaitu bersamaan dengan 12% yang menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju bahawa langkah
itu perlu diambil. Di samping itu juga, terdapat seramai 6 orang responden yang telah disoal
selidik iaitu bersamaan dengan 24% yang menyatakan bahawa mereka setuju akan tindakan
tersebut perlu diambil supaya pelajar guru mempunyai peluang untuk bersukan. Akhir sekali,
terdapat sebanyak 10 orang responden yang sangat bersetuju bahawa pihak IPG perlu
menyediakan peruntukan untuk memperbanyakkan alatan sukan supaya semua pelajar guru
boleh menyertai aktiviti sukan tanpa ada yang tersisih.

20
4.0 Isu Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang Terhadap Pelajar Guru

4.1 Punca-punca Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang Terhadap


Pelajar Guru

Jadual 5: Analisis Punca Masalah Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang

Terhadap Pelajar Guru

Tidak Sangat Tidak Setuju Sangat


Pasti tidak Setuju Setuju
Bil. Perkara
setuju

f % f % f % f % f %

1. Masa pengurusan perpustakaan bertindih 2 8 1 4 3 12 8 32 11 44


dengan masa kuliah pelajar guru

2. Tempoh peminjaman buku yang singkat 3 12 4 16 3 12 6 24 9 36

3. Buku rujukan yang terhad dan tidak 1 4 3 12 2 8 9 36 10 40


mencukupi

Punca Masalah Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus


Pulau Pinang Terhadap Pelajar Guru
12
Bilangan Responden

10

0
Masa pengurusan perpustakaan Tempoh peminjaman buku yang Buku rujukan yang terhad dan
bertindih dengan masa kuliah singkat tidak mencukupi
pelajar guru
Axis Title

Tidak pasti Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat setuju

21
Berdasarkan jadual 5, punca pertama isu pengurusan perpustakaan ialah masa
pengurusan perpustakaan bertindih dengan masa kuliah pelajar guru. Sebanyak 2 orang
responden yang disoal selidik iaitu bersamaan dengan 8% yang tidak pasti akan punca tersebut.
Selain itu, terdapat 4% iaitu seorang responden yang sangat tidak bersetuju dengan punca
tersebut. Di samping itu, terdapat 3 orang responden bersamaan 12% yang tidak bersetuju akan
faktor masa pengurusan merupakan masalah yang timbul. Namun, terdapat 32% iaitu 8 orang
responden dan 44% bersamaan dengan 11 orang responden yang disoal selidik masing-masing
bersetuju dan sangat bersetuju bahawa masa pengurusan perpustakaan bertindih dengan masa
kuliah pelajar dan seterusnya menyusahkan pelajar guru untuk mengunjungi perpustakaan.

Di samping itu, tempoh peminjaman buku yang singkat juga merupakan salah satu isu
pengurusan perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang terhadap para pelajar guru. Seramai 3
oraang responden bersamaan 12% yang tidak pasti akan perkara tersebut. Manakala terdapat 4
orang responden bersamaan dengan 16% berasa sangat tidak setuju akan kewujudan masalah
tersebut dan terdapat 12% responden iaitu 3 orang pelajar guru yang tidak akan penyataan
tersebut. Namun, terdapat 24% responden yang diwakili 6 orang pelajar guru bersetuju dan 36%
responden iaitu 9 orang pelajar guru yang sangat bersetuju bahawa tempoh peminjaman yang
singkat merupakan masalah pengurusan perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang.

Akhir sekali, buku rujukan yang terhad juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi
oleh pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang. Terdapat seorang responden iaitu bersamaan 4%
yang tidak pasti akan kewujudan masalah tersebut. Manakala, seramai 3 orang responden iaitu
12% yang sangat tidak bersetuju akan penyataan tersebut. Selain itu, terdapat 8% responden
yang disoal selidik iaitu seramai 2 orang pelajar guru yang tidak bersetuju akan masalah tersebut.
Namun, terdapat 36% responden iaitu 9 orang pelajar guru dan 40% responden yang terdiri
daripada 10 orang pelajar guru masing-masing bersetuju dan sangat bersetuju bahawa bahan
rujukan yang terhad merupakan masalah yang timbul pada perpustakaan IPG Kampus Pulau
Pinang.

22
4.2 Langkah-langkah Bagi Mengatasi Masalah Pengurusan Perpustakaan IPG Kampus
Pulau Pinang

Jadual 6: Analisis Langkah-langkah Bagi Mengatasi Masalah Pengurusan Perpustakaan

IPG Kampus Pulau Pinang

Tidak Sangat Tidak Setuju Sangat


Bil. Perkara Pasti tidak Setuju Setuju
setuju
f % f % f % f % f %
1. Perpustakaan harus beroperasi pada 2 8 7 28 4 16 5 20 7 28
waktu malam
2. Memanjangkan tempoh peminjaman 2 12 4 16 5 20 8 32 6 24
buku sehingga 1 bulan
3. Memperbanyakkan buku rujukan serta 0 0 2 8 3 12 12 48 8 32
jurnal pendidikan

Langkah-langkah Bagi Mengatasi Masalah Pengurusan


Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang
14
12
Bilangan Responden

10
8
6
4
2
0
Perpustakaan harus beroperasi Memanjangkan tempoh Memperbanyakkan buku rujukan
pada waktu malam peminjaman buku sehingga 1 dan jurnal pendidikan
bulan
Axis Title

Tidak pasti Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat Setuju

23
Berdasarkan jadual, salah satu daripada langkah mengatasi masalah pengurusan
perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang ialah perpustakaan harus beroperasi pada waktu
malam. Seramai 2 orang responden bersamaan dengan 8 peratus tidak pasti akan langkah
tersebut. Manakala, seramai 7 orang responden bersamaan 28% sangat tidak bersetuju dan
sebanyak 16% iaitu 4 orang responden yang tidak bersetuju akan langkah tersebut diambil.
Tetapi, terdapat 5 orang pelajar guru yang mewakili 20% yang bersetuju akan pelaksanaan
langkah tersebut dan 7 orang pelajar guru yang bersamaan 28% yang sangat bersetuju bahawa
perpustakaan harus beroperasi pada waktu malam.

Di samping itu, memanjangkan tempoh peminjaman buku sehingaa satu bulan juga
merupakan langkah untuk mengatasi masalah yang timbul. Sebanyak 2 orang responden iaitu 8%
pelajar guru yang tidak pasti akan langkah tersebut. Selain itu, seramai 4 orang responden
bersamaan 16% yang sangat tidak bersetuju bahawa langkah tersebut diambil dan seramai 5
orang pelajar guru yang mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan responden yang disoal
selidik tidak bersetuju akan langkah tersebut. Namun, terdapat 8 orang pelajar guru bersamaan
32% dan 6 orang pelajar guru yang bersamaan 24% masing-masing bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa pihak perpustakaan haruslah memanjangkan tempoh peminjaman buku
sehingga 1 bulan ketika disoal selidik.

Akhir sekali, memperbanyakkan buku rujukan dan jurnal pendidikan juga merupakan
salah satu langkah untuk menyelesaikan konflik yang timbul. Tiada pelajar guru yang tidak pasti
akan langkah tersebut sama ada perlu dilaksanakan mahupun tidak. Namun, terdapat 2 orang
responden yang bersamaan 8% serta 3 orang responden yang mewakili 12% daripada jumlah
keseluruhan responden yang ditemubual masing-masing menyatakan sangat tidak bersetuju dan
tidak bersetuju untuk menambahkan koleksi bahan rujukan di perpustakaan kerana bagi mereka
bahan rujukan di perpustakaan sudah mencukupi. Tetapi, sebanyak 8 orang responden yang
telah disoal selidik iaitu bersamaan 32% yang bersetuju untuk memperbanyakkan buku-buku
rujukan di perpustakaan dan seramai 6 orang responden iaitu 24% daripada jumlah keseluruhan
responden yang disoal selidik sangat bersetuju bahawa langkah tersebut perlu diambil.

24
5.0 Rumusan

Kesimpulanya, fasiliti sukan yang disediakan adalah tidak mencukupi merupakan punca
utama yang menghalang pelajar guru untuk aktif dalam bersukan dan kesan utama ke atas
pelajar guru ialah pelajar guru kurang cergas ketika menghadiri kuliah pada setiap hari. Oleh itu,
majoriti responden telah mencadangkan agar pihak IPG haruslah menyediakan sejumlah
peruntukan untuk membeli dan menambahkan lagi bilangan alatan sukan supaya semua pelajar
guru berpeluang untuk melibatkan diri dalam bersukan dan seterusnya meningkatkan
kecemerlangan IPG. Manakala untuk isu pengurusan perpustakaan pula, masalah utama yang
telah dikenal pasti oleh responden-responden yang telah disoal selidik ialah masa pengurusan
perpustakaan IPG KPP adalah bertindih dengan masa kulah pelajar guru dan buku serta bahan-
bahan rujukan yang disediakan oleh pihak perpustakaan adalah tidak mencukupi. Oleh itu, para
responden dengan majoritinya telah memilih memperbanyakkan buku rujukan dan jurnal
pendidikan sebagai langkah utama untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi meningkatkan
lagi produktiviti IPG demi mencapai visi dan misi IPG dan wawasan 2020.

25
TUGASAN 3

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah institusi pengajaran dan pembelajaran yang dinamik.


Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, istilah ‘dinamik’ bermaksud bertenaga dan
mempunyai kekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan. Ini juga bermaksud bahawa sekolah merupakan sebuah organisasi yang
menggalakkan suasana pembelajaran itu berlaku dan pelaksanaannya adalah untuk
membuahkan hasil yang bermutu serta menuju kearah kemajuan. Oleh yang demikian, setiap
keputusan dan pemilihan yang dilakukan oleh pihak sekolah haruslah dilakukan secara
berhemah dan bijak bagi mengatasi isu-isu yang seringkali berlaku.

Untuk menjadi sekolah yang berpretasi tinggi dalam semua aspek, cara menangani
proses pengurusan sesuatu masalah itu haruslah ditangani dengan sistematik dan cekap. Antara
cara untuk menangani sesuatu isu dalam organisasi sesebuah sekolah tersebut adalah dengan
menggunakan ‘statistik’. Menurut J.Supranto ,tidak ada definisi tepat untuk menjelaskan istilah
statistik tetapi dalam erti yang lebih mudah, statistik adalah penyusunan data yang diringkaskan
dalam bentuk angka (kuantitatif). Kesimpulannya, penggunaan statistik amatlah berguna dan
penting dalam mengatasi pelbagai isu yang berlaku di dalam sesebuah sekolah.

2.0 APLIKASI STATISTIK DALAM MERUMUS KEHADIRAN MURID-MURID SEKOLAH

Terdapat beberapa isu yang boleh dikaitkan dengan statistik di sekolah yang
membolehkan guru mengenal pasti sesuatu masalah itu, punca terjadinya sesuatu masalah itu
dan cara menyelesaikan masalah tersebut. Antara kegunaan statistik adalah kaedah ini boleh
diaplikasikan oleh para guru dengan menggunakannya untuk menganalisis kehadiran murid ke
sekolah agar dapat mengetahui prestasi kehadiran murid secara menyeluruh. Penggunaan
statistik dalam menganalisis kehadiran murid ke sekolah juga ada kebaikannya. Antaranya ialah,
penyusunan data kehadiran murid menggunakan konsep statistik seperti penggunaan graf dan
jadual serta pengiraan akan membantu sekolah untuk membuat rumusan secara keseluruhan
untuk mencari sebab-sebab ketidakhadiran murid ke sekolah.

26
Melalui penggunaan statistik, pihak sekolah dapat mengetahui bulan manakah yang
paling kerap murid hadir ke sekolah dan bulan paling kerap murid tidak hadir ke sekolah. Dengan
mengetahui kekerapan kehadiran murid mengikut bulan, pihak sekolah dapat merumuskan
sebab-sebab yang mempengaruhi prestasi kehadiran murid. Contohnya, melalui penggunaan
statistik dalam menganalisis kehadiran murid di sekolah pedalaman orang asli, kekerapan
kehadiran murid ke sekolah adalah paling tinggi pada bulan Januari kerana ramai yang ingin
membuat pendaftaran bagi mendapatkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
manakala bulan yang paling kurang kekerapan kehadiran murid ke sekolah adalah pada bulan
September kerana musim buah-buahan selalunya jatuh pada bulan tersebut. Kebanyakkan murid
akan mengikuti ibu bapa mereka ke dalam hutan untuk membantu memetik buah-buahan .
Berdasarkan contoh yang diberikan tersebut, kita boleh lihat bahawa tanpa penggunaan statistik,
pihak sekolah tidak dapat membuat pemerhatian dan pemantauan untuk mengatasi masalah
tersebut.

Graf 1: Jumlah Kehadiran Murid Secara Bulanan

Jumlah Kehadiran Murid Secara Keseluruhan Kelas


720
700
680
660
640
620
600
580
560
540

Jumlah Kehadiran Murid Secara Keseluruhan Kelas

Dengan adanya penggunaan statistik, para guru dapat mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi hal ini. Pengunaan statistik juga akan memudahkan pihak sekolah untuk

27
memikirkan cara dan jalan penyelesaian jika ada kemerosotan prestasi kehadiran daripada tahun
sebelumnya. Perbandingan dapat dilakukan dengan lebih mudah kerana data-data yang
dikumpulkan disusun dalam bentuk visual dan jadual yang lebih sistematik dan tersusun.
Kesukaran dalam membuat perbandingan akan menyebabkan guru-guru sekolah sukar
mendapatkan gambaran sebenar peratus kehadiran murid daripada tahun sebelumnya dan ini
sedikit sebanyak akan menyebabkan sesebuah sekolah tidak mempunyai hala tuju yang jelas
tentang tindakan mereka untuk mengatasi masalah kehadiran murid. Sebagai contoh, sekiranya
kehadiran murid merosot disebabkan kurangnya galakan daripada ibu bapa, maka pihak sekolah
bolehlah bekerjasama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) untuk melawat ke rumah
murid yang berkaitan dengan membawa barang-barang seperti alat tulis, pakaian seragam
sekolah dan sebagainya untuk meningkatkan lagi galakan ibubapa serta motivasi murid itu
tersendiri untuk ke sekolah .

3.0 APLIKASI STATISTIK DALAM MARKAH UJIAN

Dalam era globalisasi ini, seorang guru itu digelar modal insan yang menjadi contoh dan
teladan kepada murid-muridnya agar mereka cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja
dalam mencapai kejayaan bidang akademik malah juga dalam kemuliaan akhlak . Oleh itu, guru
haruslah bijak dalam menjayakan sesebuah organisasi di sekolah. Umum mengetahui bahawa
sekolah merupakan sebuah organisasi pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Namun
begitu, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh warga sekolah termasuklah juga kaunselor sekolah.
Dalam usaha mempertingkatkan kualiti sekolah, banyak keputusan dan pemilihan yang perlu
dibuat dengan penuh berhati-hati dan bijak dalam menghadapai cabaran-cabaran yang ada di
sekolah.

Dalam usaha mempertingkatkan prestasi sesebuah organisasi di sekolah itu, keputusan


ujian dan peperiksaan murid adalah salah satu faktor yang menjadi tunjang utama berdirinya
sesebuah organisasi sekolah tersebut. Namun begitu, isu yang sering berlaku di sekolah ialah
ramai murid yang tidak mencapai tahap cemerlang dalam mata pelajaran- mata pelajaran yang
diajarkan di sekolah. Organisasi sesebuah sekolah itu turut menurun kesan daripada markah
yang kurang memuaskan yang diperolehi oleh murid. Oleh yang demikian, warga pendidik

28
perlulah mengambil inisiatif untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengatasi masalah ini
dengan meneliti, menganalisis dan mengambil tindakan ke atas murid-murid yang mendapat
markah rendah dalam ujian dan peperiksaan di sekolah.

Salah satu kaedah yang digunakan untuk meneliti serta menganalisis data yang diperoleh
daripada markah murid-murid ialah melalui statistik. Statistik merupakan satu kaedah yang sering
digunakan di sekolah-sekolah. Hal ini demikian kerana statistik merangkumi pengumpulan,
pengorganisasian, perangkuman, pemaparan dan penganalisaan data serta pengambilan
kesimpulan. Melalui kaedah-kaedah tersebut, guru akan dapat melihat markah yang terbaik dan
tercorot dalam sesuatu subjek tersebut. Selain itu, guru-guru juga boleh mengadakan sesi
bimbingan bersama murid-murid yang mendapat markah rendah dalam ujian atau peperiksaan.

Dengan adanya penggunaan statistik, para guru akan dapat mengira purata markah
keseluruhan bagi murid yang menduduki ujian dan peperiksaan dengan lebih mudah. Di dalam
sesebuah kelas, guru subjek akan mengira purata keseluruhan markah yang diperolehi murid
dalam peperiksaan , dengan itu guru akan mengetahui tahap kebolehan seseorang murid itu
dalam subjek-subjek yang diambilnya. Dengan ini, murid akan mempunyai kesedaran untuk
sentiasa berusaha dalam meningkatkan lagi markah mereka dalam subjek-subjek yang mereka
lemah. Jika perkara ini terus dipraktikkan pastinya murid tersebut akan mempunyai kemajuan
dan sekali gus organisasi sekolah juga dipertingkatkan.

Graf 2: Statistik Peratusan Kelulusan Setiap Subjek Bagi Ujian Pertengahan Semester 2014

PERATUSAN KELULUSAN SUBJEK


Peratusan Kelulusan Subjek
98.30%

96.75%
87%

80%

63.40%
79%

61.20%

54.50%

BAHASA BAHASA MATEMATIK PENDIDIKAN SEJARAH KIMIA FIZIK MATEMATIK


MELAYU INGGERIS MORAL TAMBAHAN

29
Seterusnya, melalui pengiraan sisihan piawai dalam statistik, guru juga akan mengetahui
perbezaan antara murid yang mendapat markah tinggi dengan murid yang mendapat markah
rendah. Jika perbezaan yang diperolehi adalah besar, itu menunjukkan bahawa jumlah murid
yang mendapat markah rendah adalah tinggi sehingga memberi kesan kepada nilai sisihan
piawai. Dengan ini, guru akan lebih menumpukan perhatian kepada murid-murid yang mendapat
markah rendah dalam ujian atau peperiksaan. Guru juga boleh menjalankan satu kelas
tambahan bersama murid-murid yang mendapat markah rendah. Jika tindakan ini diteruskan
pastinya akan berlakunya peningkatan dalam markah murid tersebut.

Selain itu, guru akan mewakilkan data-data markah yang diperoleh oleh murid-muridnya
dalam bentuk visual seperti graf. Terdapat pelbagai jenis graf yang boleh digunakan untuk
memudahkan guru-guru mentafsir data yang diperoleh. Melalui graf yang dihasilkanl, adalah lebih
mudah bagi seseorang guru tersebut untuk mengesan golongan murid yang lemah dalam
sesuatu mata pelajaran itu. Dalam usaha meningkatkan organisasi pembelajaran di sekolah, guru
perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan untuk meningkatkan kualiti markah murid.
Seterusnya, melalui graf yang terhasil itu juga, guru boleh mereka atau mendapatkan bahan
pembelajaran yang lebih efektif kepada golongan murid yang lemah. Hal ini pastinya akan
membawa peningkatan dalam markah murid-murid.

Sebagai kesimpulannya, prestasi markah ujian serta peperiksaan seseorang murid itu
merupakan perkara besar yang menyumbang kepada prestasi sesebuah sekolah. Oleh yang
demikian, penggunaan statistik amatlah penting kerana ia dapat menyusun, mengemas kini dan
mentafsir data kepada bentuk yang lebih mudah dilihat, dianalisis serta dikaji untuk mencari
punca berlakunya sesuatu perkara itu, jalan penyelesaian bagi perkara itu dan rumusan dalam
menentukan standard dan mutu sekolah itu sendiri. Oleh itu, penggunaan dan konsep statistik
perlu didedahkan serta diperluaskan lagi supaya setiap input yang ingin dikemukakan dapat
dipersembahkan secara kuantitatif dan mudah untuk difahami.

30
4.0 KEGUNAAN STATISTIK DALAM SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu dan zaman sekarang, pengurusan sistem
maklumat murid pada zaman dahulu adalah tidak teratur dan tidak terancang. Pada zaman
dahulu, dunia teknologi maklumat atau ICT belum berkembang dengan pesat jika dibandingkan
dengan zaman sekarang yang merupakan dunia yang dilingkari oleh kemajuan sains dan
teknologi. Warga pendidik pada zaman dahulu hanya mengumpul data-data mahupun maklumat
murid secara lisan dan dicatat pada papan hitam ataupun di dalam sebuah buku. Namun, kaedah
tersebut adalah adalah tidak selamat kerana sekiranya berlakunya apa-apa bentuk bencana
seperti banjir, kebakaran dan sebagainya maka segala maklumat tersebut akan musnah begitu
sahaja. Selain itu, maklumat yang disimpan di dalam fail juga kurang membantu dan
dimanfaatkan kerana sukar dicapai.

Namun, setelah teknologi maklumat atau ICT telah berkembang dengan pesat pada hari
ini, maka sistem maklumat murid pada setiap sekolah semuanya diuruskan oleh guru data di
setiap sekolah dengan menggunakan perisian aplikasi yang terdapat dalam komputer. Pada hari
ini, setiap sekolah akan melantik seorang guru data yang khas untuk menguruskan data-data
pelajar yang ada di sesebuah sekolah. Tujuan pengenalan Sistem Maklumat Murid adalah untuk
memudahkan pihak pentadbir sekolah ataupun mana-mana pihak dalam kementerian supaya
lebih senang mengakses maklumat seseorang murid. Hal ini demikian kerana, setiap maklumat
murid yang diuruskan dibawah Sistem Maklumat Murid (SMM) akan disimpan di bawah satu
pangkalan data yang diuruskan oleh pihak kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia
yang berpusat di Putrajaya.

Oleh kerana pengurusan sistem maklumat murid di setiap sekolah merupakan suatu
perkara yang wajib dan amat mustahak, maka pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling
bahawa setiap sekolah perlu melantik seorang guru yang khas untuk menguruskan data-data
murid tersebut dan guru tersebut akan menyandang jawatan sebagai guru data di sesebuah
sekolah. Guru data perlu mendapatkan maklumat-maklumat murid melalui kaedah soal selidik
iaitu dengan mengedarkan Borang Malumat Murid (BMM) kepada murid-murid mahupun penjaga
untuk diisi setiap maklumat yang ada di dalam borang tersebut. Dalam Borang Maklumat Murid
(BMM), terdapat beberapa komponen yang penting yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh murid-
murid ataupun penjaga untuk memudahkan pengurusan sekolah. Antara maklumat yang perlu

31
diisi ialah seperti nama murid, tarikh lahir, status warganegara, serta beberapa maklumat yang
berkaitan dengan ibu bapa mahupun penjaga murid.

Gambar 1: Contoh Borang Maklumat Murid (BMM)

32
Gambar 2: Bahagian yang Wajib Diisi oleh Ibu Bapa/Penjaga

Guru data akan mengagihkan Borang Maklumat Murid (BMM) kepada setiap guru kelas
untuk diagihkan kepada murid-murid setiap kelas. Setelah guru data memperolehi setiap
maklumat murid, maka guru data perlu mengisi setiap data tersebut ke dalam sistem yang
disediakan oleh pihak kementerian secara online seperti sistem EMIS (Educational Management
Information System). Data-data tersebut haruslah sentiasa dikemaskini supaya pihak kerajaan
lebih mudah dan cepat untuk mengakses data setiap murid. Selain itu, melalui data-data yang

33
telah diperolehi daripada murid-murid, guru-guru data juga perlu merumuskan segala data murid
ke dalam satu jadual mengikut kelas dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Antara
maklumat yang boleh diisi ke dalam jadual ialah seperti nama penuh, nombor kad pengenalan,
kelas, jantina dan sebagainya.

Setelah guru data memindahkan segala data yang diperolehi ke dalam bentuk jadual yang
dibuat dengan menggunakan Microsoft Excel. Maka ianya akan memudahkan setiap guru kelas
mahupun pentadbir untuk mengenal pasti jumlah keseluruhan murid di sesebuah sekolah
berdasarkan jantina dan agama setiap murid. Sekiranya enrolmen murid telah disediakan, pihak
pentadbir khasnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid akan lebih mudah untuk mengenal pasti
jumlah murid di sekolah jika terdapat apa-apa bantuan yang ingin diberi oleh pihak kementerian
kepada murid sekolah. Ianya akan melicinkan kerja-kerja pihak pentadbir.

Gambar3: Enrolmen Pelajar Berdasarkan Kelas

Sebagai contoh, sekiranya terdapat bantuan biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia kepada para murid di sekolah, maka statistik enrolmen pelajar adalah
sangat penting dan diperlukan oleh pihak pentadbir. Hal ini demikian kerana, biasiswa yang
ditawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

34
adalah ditawarkan kepada murid yang pendapatan bulanan ibu bapa kurang daripada RM 1500.
Oleh itu, untuk memudahkan pihak sekolah mengenal pasti golongan murid yang layak menerima
bantuan biasiswa tersebut, maka pihak sekolah hanya perlu merujuk kepada statistik pelajar yang
pendapatan bulanan ibu bapa mereka kurang daripada RM1500. Dengan adanya statistik
tersebut, maka ianya akan dapat membantu melicinkan pengurusan pihak pentadbir supaya tidak
berlakunya pertindihan maklumat dan kesilapan ketika menguruskan biasiswa pelajar.

Rajah 1: Contoh Data Murid-Murid Berdasarkan Pendapatan Ibu Bapa

Bil Nama Murid Jantina Pendapatan Bulanan Ibu bapa

1. Siti Diana Binti Karim P RM 1200

2. Chong Poy Kong L RM 1750

3. Elizabeth Nias Ak Anthony P RM 1400

4. Abdul Hisham Bin Mansor L RM 1800

5. Richard a/l Subramaniam L RM 2000

Graf 3: Graf Bar Bilangan Murid Yang Layak Mendapat Biasiswa

DATA MURID BERDASARKAN


PENDAPATAN IBU BAPA
3.5
3
2.5 3
2
1.5 2
1
0.5
0
Layak Mendapat Biasiswa (< RM 1500) Tidak Layak Mendapat Biasiswa (>RM 1500)

Data Murid Berdasarkan Pendapatan Ibu Bapa

35
Kegunaan statistik dalam sekolah bukan sahaja terhad digunakan untuk mengenal pasti
jumlah murid yang layak mendapat bantuan biasiswa, namun ianya juga boleh digunakan untuk
melihat jumlah murid yang layak menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Pada hari ini, setiap murid adalah berhak untuk menukar sekolah atas sebab-sebab
tertentu. Selain itu, terdapat juga murid yang terpaksa ditukarkan ke sekolah lain disebabkan oleh
masalah disiplin yang serius yang mereka lakukan semasa di sekolah asal. Oleh itu, jumlah murid
pada tahun semasa adalah berkemungkinan tidak sama dengan jumlah murid pada tahun
pertama pendaftaran di sekolah. Hal ini demikian kerana, berlakunya pertambahan mahupun
pengurangan murid setiap tahun.

Oleh itu, dengan adanya bantuan statistik hasil daripada maklumat-maklumat pengurusan
murid yang diuruskan oleh guru data, maka pihak sekolah adalah lebih mudah untuk mengetahui
jumlah murid yang ada pada tahun semasa. Setelah pihak sekolah mengetahui jumlah sebenar
murid-murid yang ada di sesebuah sekolah, maka urusan setiausaha peperiksaan untuk
mendaftarkan nama murid-murid yang terlibat dalam peperiksaan awam pada setiap hujung
tahun akan menjadi lebih lancar. Hal ini demikian kerana, setiausaha peperiksaan perlulah
memasukkan data pelajar ke dalam sistem atas talian yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mendaftarkan nama seseorang murid supaya murid tersebut mampu
mendapat slip daftar peperiksaan dan nombor angka giliran bagi membolehkan murid tersebut
menduduki ujian.

36
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan statistik adalah sangat penting untuk institusi sekolah pada
hari ini. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh sesebuah sekolah boleh dipindahkan ke dalam
statitik untuk melihat berapa kerap sesuatu masalah itu berlaku, jumlah pihak yang terlibat dalam
sesuatu masalah tersebut dan sebagainya supaya pihak sekolah boleh membuat analisis secara
terperinci untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka, guru-guru perlulah didedahkan dengan
penggunaan statistik kerana terdapat ramai lagi guru-guru yang kurang mahir menggunakan
statistik melalui perisian dalam komputer. Oleh itu, sebagai guru yang berjiwa pendidik, kita
hendaklah mempersiapkan diri masing-masing dengan pengetahuan statistik untuk melicinkan
tugas-tugas kita di sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

37

You might also like