Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Ayat Aktif yat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai

judul ayat atau sebagai unsur yang diterangkan. Oleh itu, ayat aktif memberikan penekanan kepada
pelaku bagi sesuatu perbuatan kerana dalam ayat ini pelaku merupakan perkara atau unsur yang
diterangkan. Pelaku bertindak sebagai subjek ayat. Pelaku lazimnya terdiri daripada manusia atau
haiwan, iaitu objek yang boleh melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya Ahmad, gadis itu dan
kuda. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkara yang bukan hidup boleh bergerak melakukan
sesuatu seperti banjir, ribut dan hujan. Dari segi penggolongan pelaku, semua pelaku tergolong
dalam golongan kata nama atau frasa nama. Berdasarkan kepada ayat di atas, ayat (i) dan (ii)
merupakan ayat aktif

Dalam bahasa Melayu, ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif. Pembahagian ayat aktif ini bergantung pada jenis kata kerja yang menjadi predikatnya. Jika
kata kerja tersebut terdiri daripada kata kerja transitif, maka ayat yang dihasilkan ialah ayat aktif
transitif dan jika predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif, maka ayat aktif yang terhasil
ialah ayat aktif tak transitif. Dalam ayat aktif, pelakunya, iaitu bas sekolah dan anak saudara saya
menjadi fokus ayat, manakala dalam ayat pasif, fokus diberikan kepada objek, iaitu papan tanda dan
kotak hadiah. Oleh itu, dalam ayat aktif pelaku diletakkan pada posisi subjek, manakala dalam ayat
pasif objek diletakkan pada posisi subjek.

Ayat pasif dengan awalan ter- ini mempunyai persamaan dengan ayat pasif berawalan di- kerana
boleh menggugurkan oleh + FN 34c. Papan tanda itu telah terlanggar petang semalam. 35c. Kotak
hadiah terpijak semasa lampu terpadam. Walau bagaimanapun, ayat pasif berawalan ter- berbeza
daripada awalan di- kerana ayat pasif berawalan teR- boleh menggugurkan KSN (oleh). Jika
digugurkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Contoh: 34d. * Papan tanda itu telah terlanggar
bas sekolah petang semalam. 35d. * Kotak hadiah terpijak anak saudara saya semasa lampu
terpadam.

34e. Papan tanda itu telah dilanggar bas sekolah petang semalam. 35e. Kotak hadiah dipijak anak
saudara saya semasa lampu terpadam.

Bina dua ayat aktif dan dua ayat pasif dengan kata kerja berawalan teR-. 1.
________________________________________________________________________ 2.
________________________________________________________________________ 3.
________________________________________________________________________ 4.
________________________________________________________________________

Garisi kata kerja dalam ayat di bawah dan tuliskan AA untuk ayat aktif dan AP untuk ayat pasif

1. Teman wanitanya mengelamun sepanjang hari. [ ] 2. Pengemis jalanan itu makan nasi
dengan lahapnya. [ ] 3. Zakuan terambil borang di atas kaunter pertanyaan itu. [ ] 4.
Perdana menteri menyampaikan syarahan di Fakulti Bahasa. [ ]
R a g a m A y a t | 145

5. Pesakit itu tertidur di bilik menonton televisyen sejak pagi tadi. [ ] 6. Kotak besar itu tidak
terangkat oleh dua orang pekerja syarikat itu. [ ]

Di samping kata pasif berawalan di- dan ter-, imbuhan pasif juga terdiri daripada imbuhan ber- dan
ke-...an. Bagaiamanapun, bentuk ini tidak merupakan bentuk yang lazim. Contoh : 36. Panggilan itu
belum berjawab oleh kakak. 37. Mereka berdua kehujanan malam tadi.

Ayat Pasif dengan Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

agi ayat pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hadir pada posisi di hadapan kata
kerja pasif. Kata kerja pasif lazimnya terdiri daripada kata dasar, iaitu kata yang tidak mempunyai
imbuhan awalan. Contoh : Subjek / Pelaku Kata Kerja Transitif Objek 38a. Aktif

38b. Pasif Objek Pelaku + Kata Kerja Pasif

Berdasarkan contoh 38 (a dan b) di atas, terdapat persamaan dengan ayat 29 (a dan b), iaitu posisi
objek dan posisi subjek telah ditukar ganti, iaitu dalam ayat pasif, posisi subjek diisi oleh objek. Yang
berbeza ialah pelaku yang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama dan kedua perlu diletakkan
di hadapan kata kerja pasif, manakala bagi ayat pasif dengan ganti nama diri orang ketiga, ganti
nama diri ketiga tersebut diletakkan selepas kata kerja pasif. Kata kerja pasif pula terdiri daripada
kata tanpa imbuhan awalan. Dalam ayat pasif ini, terdapat keeratan hubungan antara kata ganti
nama diri orang pertama dan kedua dengan kata kerja pasif yang mengikutinya. Oleh itu, tidak boleh
diselitkan antara kedua-duanya dengan apa-apa perkataan.

telah saya selesaikan

Saya telah menyelesaikan semua hutangnya.

Semua hutangnya.

R a g a m A y a t | 146
Contoh : 39a. Mesyuarat itu akan awak tangguhkan. 39b. *Mesyuarat itu awak akan tangguhkan.

Ayat 39b dianggap tidak gramatis kerana di antara kata ganti nama diri awak dan kata kerja
tangguhkan telah diselitkan kata bantu akan di antara kedua-duanya. Oleh itu, ayat ini dianggap
tidak tepat dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh lain yang berikut menjelaskan ayat pasif dengan
ganti nama diri orang pertama dan kedua. 40. Khemah itu berjaya kami dirikan pagi tadi. 41.
Makanan itu masih belum hamba jamah lagi. 43. Permohonan membina masjid di kawasan itu
sudah beta perkenankan.

Pasifkan ayat-ayat yang berikut:

(1) Awak sudah menyemak pelan perumahan itu?


____________________________________________________________________________ (2)
Kamu hendak makan soto di gerai Pak Leman?
____________________________________________________________________________ (3)
Saya masih belum memahami subjek sintaksis ini.
____________________________________________________________________________ (4)
Kami masih belum boleh menyiapkan laporan tentang perkara itu.
____________________________________________________________________________

Ayat Pasif dengan Perkataan kena

yat pasif dengan perkataan kena bererti ayat yang menjadikan objek sebagai fokus ayat dan
meletakkan perkataan kena di hadapan kata kerja pasif. Kata kerja pasif ini terdiri daripada kata
kerja yang tidak mempunyai imbuhan awalan.

R a g a m A y a t | 147

Contoh: 44a. Ayat Aktif Lelaki itu menipu rakan serumahnya. 44b. Ayat Pasif Rakan serumahnya
kena tipu oleh lelaki itu. Apabila ayat pasif diletakkan dengan perkataan kena, lazimnya ayat pasif
tersebut mendukung maksud negatif. Contohnya kene tipu, kena curi, kena tanggap, kena pukul,
kena tumbuk, kena belasah, kena marah dan lain-lain. Ayat pasif jenis ini lazimnya menggugurkan
pelaku. Oleh itu, frasa sendi oleh + Frasa Nama bersifat pilihan, iaitu beloh digugurkan atau
dikekalkan dalam sesebuah ayat.

Contoh: 45a. Pemandu lori itu kena saman oleh polis. 45b. Pemandu lori itu kena saman.
46a. Pelakon itu kena tumbuk oleh rakannya semalam. 46b. Pelakon itu kena tumbuk semalam.

KATA KUNCI

1. Ayat aktif 6. Kata kerja transitif 2. Ayat pasif 7. Kata kerja tak transitif 3. Pelaku 8. Objek 4.
Judul ayat 9. Pelengkap 5. Kata kerja 10. Unsur Keterangan

R a g a m A y a t | 148

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah definisi ayat aktif? 2. Apakah ciri-ciri ayat aktif?. 3. Dengan menggunakan contoh yang
relevan, bandingkan ayat aktif dengan ayat pasif? 4. Apakah cirri-ciri ayat pasif? 5. Dengan
memberikan contoh yang sesuai, huraikan setiap ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu? 6.
Apakah yang membezakan ayat aktif berawalan teR- dengan ayat pasif berawalan teR-? 7. Jelaskan
perbezaan antara ayat pasif ganti nama diri orang ketiga dengan ayat pasif ganti nama diri orang
pertama dan kedua. 8. Pasifkan ayat-ayat yang berikut: i. Israel masih menyerang rakyat Palestin.
___________________________________________________________________________ ii. Ahli
tatabahasa terkenal mengarang buku itu.
___________________________________________________________________________ iii.
Kamu akan membatalkan mesyuarat tersebut.
___________________________________________________________________________ iv.
Pemburu itu tertembak seekor seladang betina.
___________________________________________________________________________ v. Kami
belum menyampaikan salam kepada tuan rumah.
___________________________________________________________________________ vi. Saya
akan menangguhkan pemergian saya ke Jakarta.
___________________________________________________________________________ vii. Saya
hendak merasai masakan tukang masak baharu itu.
___________________________________________________________________________ viii.
Gadis kampung itu menjunjung bakul kain untuk ke sungai.
___________________________________________________________________________ ix.
Pasukan gerak khas menyuraikan para penunjuk perasaan.
___________________________________________________________________________

R a g a m A y a t | 149

x. Pada malam ini, pasukan Selangor akan menentang pasukan Perak.


___________________________________________________________________________ xi. Awak
hendaklah memaklumkan keputusan mesyuarat tersebut nanti.
___________________________________________________________________________ xii.
Mohammad terlanggar kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah itu.
___________________________________________________________________________ xiii.
Kami telah melaporkan berita yang baik itu kepada Ketua Jabatan kami.
___________________________________________________________________________ xiv.
Anda belum pernah menyaksikan persembahan drama persatuan kami.
___________________________________________________________________________

RUJUKAN

Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors. Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Professional. Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi
Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yang berikut merupakan contoh aktif: 1. Halimah mencuci pinggan di dapur. 2. Banjir telah melanda
beberapa kawasan di Pantai Timur. 3. Adik berlari di padang pada petang itu. 4. Ahli mesyuarat
sedang berbincang tentang projek tersebut. Berdasarkan kepada ayat di atas, ayat (1) dan (2)
merupakan ayat aktif transitif, manakala ayat (3) dan (4) ialah ayat aktif tak transitif. Contoh di atas
menunjukkan bahawa ayat aktif mengutamakan pelaku

Ayat Aktif

Ayat Aktif Transitif

Ayat Aktif Tak Transitif

R a g a m A y a t | 132

(Halimah, banjir, adik dan ahli mesyuarat) sebagai unsur utama, iaitu sebagai bahagian yang
diterangkan dan kesemua pelaku ini terdiri daripada frasa nama. Bahagian predikat pula terdiri
daripada kata kerja sama ada kata kerja transitif (mencuci dan melanda) atau kata kerja tak transitif
(berlari dan sedang berbincang).

Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatkah anda bezakan antara ayat aktif transitif dengan ayat
aktif tak transitif?
__________________________________________________________________________________
___
__________________________________________________________________________________
___

Ayat Aktif Transitif eperti yang dinyatakan sebelum ini, ayat aktif ini ialah ayat yang mengutamakan
pelaku sebagai judul atau fokus ayat dan predikatnya terdiri daripada kata kerja transitif. Kata kerja
transitif merupakan kata kerja yang perlu diikuti oleh frasa nama atau ayat komplemen, iaitu
bahagian ayat yang berfungsi sebagai objek. Oleh itu, objek berfungsi sebagai penyambut kepada
kata kerja transitif. Pada umumnya, rumus bagi ayat aktif transitif adalah seperti yang berikut:
Dalam bahasa Melayu, ayat aktif transitif lazimnya terdiri daripada kata kerja terbitan dengan
awalan meN-. Hanya sebilangan kecil sahaja kata kerja transitif yang terdiri daripada kata dasar.
Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Objek 5. Anak perempuannya makan kuih bahulu. 6. Pasukan
penyelamat membantu mangsa banjir.

SUBJEK + KATA KERJA TRANSITIF + OBJEK

R a g a m A y a t | 133

7. Ibu tua itu sedang memikirkan masa depan anak-anaknya. 8. Penduduk di kawasan bencana itu
memerlukan bantuan uabt-ubatan.

Berdasarkan contoh 5-8 di atas, kata kerja transitif boleh terdiri daripada kata dasar (makan) dan
juga kata terbitan (membantu, memikirkan, memerlukan). Berdasarkan contohnya, didapati
lazimnya kata kerja transitif terdiri daripada kata terbitan berawalan meN-. Kata terbitan ini perlu
diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Objek bagi ayat di atas ialah kuih
bahulu, mangsa banjir, masa depan anak-anaknya dan bantuan ubat-ubatan. Frasa nama yang
berfungsi sebagai objek ini boleh dipasifkan.

Tuliskan enam kata kerja transitif yang anda ketahui.

Dalam perbincangan tentang ayat aktif yang dinyatakan sebelum ini, kesemua ayat terdiri daripada
satu objek. Walau bagaimanapun, ayat aktif juga boleh terdiri daripada dua objek. Objek pertama
ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif dan objek ini diistilahkan
sebagai objek tepat. Objek kedua pula ialah objek yang hadir selepas objek pertama dan diistilahkan
sebagai objek sipi. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Objek Tepat Objek Sipi 9.
Pensyarah memberikan kami nasihat. 10. Pengawal keselamatan membukakan saya pintu pagar.
11. Abang saya menghadiahi isterinya sebentuk cincin. 12. Sultan Kedah menganugerahi pemain
badminton itu pingat kebesaran.
1. 4. 2. 5. 3. 6.

R a g a m A y a t | 134

Objek tepat dan objek sipi ini boleh diubah kedudukannya, iaitu objek sipi boleh menjadi penyambut
langsung kepada kata kerja transitif dan objek tepat menjadi unsur keterangan dalam frasa sendi
nama. Perubahan kedudukan ini tidak membawa perubahan makna, tetapi hanya mengubah
binaannya, iaitu posisi objek tepat diisi oleh objek sipi, manakala objek tepat yang asal didahului
oleh kata sendi nama di hadapannya dan membentuk frasa nama. Contoh: Subjek Predikat Kata
Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama (Keterangan) 9a. Pensyarah memberi nasihat kepada kami.
10a. Pengawal keselamatan membuka pintu pagar untuk saya. 11a. Abang saya menghadiahkan
sebentuk cincin kepada isterinya. 12a. Sultan Kedah menganugerahkan pingat kebesaran kepada
pemain badminton itu.

Berdasarkan kepada contoh (9a - 12a) di atas, ditunjukkan bahawa objek tepat yang asal, iaitu kami,
saya isteri dan pemain badminton telah berubah kedudukannya, iaitu daripada posisi selepas kata
kerja transitif kepada posisi keterangan, iaitu mengisi posisi dalam frasa sendi nama. Objek sipi yang
asal pula berubah posisinya kepada posisi objek, iaitu mengisi posisi selepas kata kerja transitif.
Walaupun berlaku perubahan posisi, tetapi perubahan ini tidak mengubah makna.

Selain daripada frasa nama atau kata nama yang berfungsi sebagai objek bagi menyambut kata kerja
transitif, terdapat juga klausa komplemen yang berfungsi sebagai objek. Bagaimanapun, kehadiran
klausa komplemen ini menunjukkan bahawa ayat tersebut tidak lagi merupakan ayat tunggal
melainkan ayat terbitan, iaitu ayat majmuk pancangan komplemen. Ayat ini dapat dikenal pasti
menerusi kata komplemen bahawa.

R a g a m A y a t | 135

Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Klausa Komplemen 13. Ketua kampung menegaskan bahawa surau itu
perlu diperbaiki. 14. Pemuda itu menjelaskan bahawa sewa apartmen di situ agak mahal. 15. Beliau
menerangkan bahawa kertas kerja itu perlu diselesaikan segera. 16. Siti Aisyah menyatakan bahawa
kakaknya sudah berangkat ke luar negara.

Berdasarkan contoh di atas, klausa komplemen menjadi penyambut langsung kepada kata kerja
transitif menegaskan, menjelaskan, menerangkan dan menyatakan. Sama seperti frasa nama yang
berfungsi sebagai objek, kata komplemen ini juga boleh dipasifkan. Kesemua objek dalam ayat aktif
yang ditunjukkan dalam contoh di atas tidak boleh digugurkan, sama ada objek tersebut terdiri
daripada frasa nama atau klausa komplemen. Hal ini kerana pengguguran objek menjadikan ayat
tersebut tidak gramatis.

Bina tiga ayat aktif dengan satu objek dan tiga ayat aktif dengan dua objek.

1. ________________________________________________________________________ 2.
________________________________________________________________________ 3.
________________________________________________________________________ 4.
________________________________________________________________________ 5.
________________________________________________________________________ 6.
________________________________________________________________________ Dalam
bahasa Melayu, terdapat ayat aktif yang boleh digugurkan objek yang mengikuti kata kerja transitif.
Objek tersebut terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, sama ada ganti nama tunggal atau
kata nama jamak. Ayat aktif dalam kategori ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata kerja
transitif yang mempunyai ciri kata adjektif, iaitu kata kerja yang boleh didahului oleh kata penguat.
Lazimnya kata dasar

R a g a m A y a t | 136

bagi kata kerja ini terdiri daripada kata adjektif dan mendukung makna adjektif. Antara kata kerjanya
ialah menggembirakan, menyedihkan, mendebarkan, memilukan, dan memeranjatkan. Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Objek 14. Kemalangan itu memeranjatkan mereka sekeluarga. 15.
Peristiwa di Aceh sangat memilukan perasaan kami di sini. 16. Cerita yang ditayangkan itu amat
mendebarkan kami semasa menontonnya. 17. Keputusan peperiksaan saya menggembirakan kedua-
dua ibu bapa saya.

Tuliskan lima ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang kata dasarnya terdiri daripada kata
adjektif. 1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________ 3.
________________________________________________________________________ 4.
________________________________________________________________________ 5.
________________________________________________________________________

Huraikan jenis-jenis ayat aktif transitif dalam bahasa Melayu.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

R a g a m A y a t | 137

Ayat Aktif Tak Transitif

yat aktif tak transitif ialah ayat yang terdiri daripada kata kerja tak transitif sebagai pradikatnya. Oleh
itu, ayat aktif ini, tidak mempunyai objek sebagai unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif terbahagi
kepada dua dan ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Ayat aktif berpelengkap merupakan ayat aktif yang kata kerja tak transitifnya perlu diikuti oleh
pelengkap sebagai unsur penyambut. Sebaliknya bagi ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap kerana
ayat ini tidak memerlukan pelangkap, tetapi kata kerja tak transitifnya boleh diikuti oleh unsur
keterangan. Unsur keterangan ini boleh digugurkan atau dikekalkan dalam sesebuah ayat.

Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap

yat aktif berpelengkap merupakan ayat aktif yang memerlukan pelengkap bagi menghasilkan ayat
yang gramtis. Pelengkap merupakan unsur yang wajib dan ketiadaan pelengkap menyebabkan
sesebuah ayat tidak lengkap dari segi makna dan binaannya. Pelengkap boleh terdiri daripada
golongan kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap

Ayat Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap

R a g a m A y a t | 138

Contoh:

Pelengkap Kata Nama

Subjek

Predikat

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap Kata Nama

18a. Anak sulungnya menjadi pegawai perancang bandar. 18b. * Anak sulungnya menjadi 19a.
Pengemis itu beralaskan kotak buruk untuk tidur. 19b. * Pengemis itu beralaskan 20a. Rumah teres
itu ada empat buah bilik tidur. 20b. * Rumah teres itu ada

Pelengkap Kata Adjektif

Subjek

Predikat
Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap Kata Adjektif

21a. Ibu saudaranya beransur pulih. 21b. * Ibu saudaranya beransur 22a. Beliau sentiasa berbuat
baik kepada ibu dan adik-adiknya. 22b. * Beliau sentiasa berbuat 23a. Wanita tua itu berasa
bangga dengan pencapaian anaknya. 23b. * Wanita tua itu berasa

R a g a m A y a t | 139

Pelengkap Frasa Sendi Nama

Subjek

Predikat

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap Frasa Sendi Nama

24a. Lelaki itu berada di tanah suci. 24b. * Lelaki itu berada 25a. Kawan karibnya menetap di
Tokyo, Jepun. 25b. * Kawan karibnya menetap 26a. Pelajar-pelajar itu akan berangkat ke luar
negara pada minggu ini. 26b. * Pelajar-pelajar itu akan berangkat

Berdasarkan contoh di atas, kesemua pelengkap merupakan unsur yang wajib hadir bagi menjadikan
sesebuah ayat gramatis. Penguguran pelengkap (dalam ayat 21b – 26b) menjadikan ayat tidak
gramatis dan tidak difahami maksudnya. Bagi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama atau frasa
nama, pelengkap ini mempunyai sifat atau ciri yang berbeza daripada objek. Hal ini kerana
pelengkap tidak boleh dipasifkan, manakala objek boleh dipasifkan. Bandingkan contoh di bawah.

27a. Adik bongsu saya membeli sebuah basikal. 28a. Adik bongsu saya ada sebuah basikal.

Dalam ayat di atas, ayat 27a ialah ayat aktif transitif manakala ayat 28a ialah ayat aktif tak transitif
berpelengkap. Hal ini kerana predikat bagi ayat 27a ialah kata kerja transitif membeli, manakala ayat
28a, predikatnya ialah kata kerja tak transitif ada. Kedua-dua ayat ini diikuti oleh frasa nama sebuah
basiakal, yang berfungsi sebagai objek dalam ayat 27a dan pelengkap dalam ayat 28a. Walaupun
kedua-dua objek dan pelengkap merupakan frasa yang sama, iaitu frasa nama, tetapi hanya ayat 27a
yang boleh dipasifkan. Contoh: 27b. Sebuah basikal dibeli oleh adik bongsu saya. 28b. * Sebuah
basikal diada oleh adik bongsu saya.

R a g a m A y a t | 140

Kedua-dua contoh ini menjelaskan bahawa hanya ayat yang mengandungi frasa nama yang berfungsi
sebagai objek sahaja yang boleh dipasifkan, manakala ayat terdiri daripada pelengkap tidak boleh
digugurkan dan jika dipasifkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis (28b).

Berdasarkan pemahaman anda terhadap ayat aktif, lengkapkan rajah yang berikut, yang
menggambarkan penggolongan ayat aktif dalam bahasa Melayu.

Garisi kata kerja dalam ayat di bawah dan tuliskan AATR untuk ayat aktif transitif dan AATTR untuk
ayat aktif tak transitif.

1. Ombak laut membasahi kaki seluar bapa. [ ] 2. Mereka tertidur di bawah pokok manggis
itu. [ ] 3. Zainab amat rajin membantu ibunya di dapur. [ ] 4. Adik bongsunya asyik
menguap sejak pagi tadi. [ ] 5. Datuk sedang berehat di beranda rumah pada petang itu. [
] 6. Raziman menonton wayang bersama rakan-rakan sekuliahnya. [ ]
Objek Objek

Ayat Aktif

Pelengkap

R a g a m A y a t | 141

Ayat Pasif

yat pasif ialah ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif. Oleh itu, berbanding dengan ayat
aktif, ayat pasif merupakan ayat yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Hal ini bererti bahawa dalam ayat pasif, penekanan ayat diberikan kepada objek atau
penderita kepada sesuatu perbuatan. Oleh itu, objek diletakkan pada posisi subjek ayat. Menurut
Nik Safiah et al. (2010), ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu: i. ayat pasif dengan imbuhan
kata kerja pasif. ii. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua. iii. ayat pasif dengan
perkataan kena, iaitu kata yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif Ganti dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

yat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif lazimnya terbentuk daripada ayat aktif berawalan meN-.
Walaupun terdapat kata kerja transitif yang terdiri daripada kata dasar yang boleh membentuk ayat
pasif, tetapi bilangannya agak terbatas. Yang berikut menjelaskan penerbitan ayat pasif daripada
ayat aktif. Contoh: Subjek / Pelaku Kata Kerja Transitif Objek 29a. Aktif

29b. Pasif Objek Kata Kerja Pasif Subjek / Pelaku


Berdasarkan contoh 29 (a dan b) di atas, posisi objek dan posisi subjek telah ditukar ganti, iaitu
dalam ayat pasif, posisi subjek diisi oleh objek, manakala posisi objek diisi oleh subjek ayat aktif.
Lazimnya subjek atau

Kotak-kotak itu.

disusun oleh pekerja kilang.

Pekerja kilang menyusun kotak-kotak itu.

R a g a m A y a t | 142

pelaku didahului oleh kata sendi nama oleh. Kata kerja transitif berawalan meN- dalam ayat aktif
berubah menjadi awalan di- dalam ayat pasif.

Dalam bahasa Melayu, ayat pasif berimbuhan terdiri daripada ayat pasif berawalan di-, ter-, ber- dan
ke...an. Bagaimanapun, imbuhan ayat pasif yang paling luas penggunaan ialah ayat pasif dengan
awalan di-. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan 30a. Bangunan
itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pagi tadi. 31a. Kisah pahlawan itu telah dibukukan oleh
Kartini sebulan yang lalu. 32a. Surau lama itu akan dicat oleh penduduk kampung pada hujung
minggu ini.

Kata sendi oleh dalam ayat di atas boleh digugurkan dengan syarat kata sendi ini hadir selepas kata
kerja pasif. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Frasa Nama Keterangan 30b. Bangunan itu
dirasmikan Menteri Kesihatan pagi tadi. 31b. Kisah pahlawan itu telah dibukukan Kartini sebulan
yang lalu. 32b. Surau lama itu akan dicat penduduk kampung pada hujung minggu ini.

Pengguguran kata sendi oleh ini tidak menjejaskan makna dan kegramatisan ayat. Walau
bagaimanapun, jika oleh + Frasa Nama hadir agak jauh daripada kata kerja, misalnya posisi oleh +
Frasa Nama diisi oleh unsur keterangan, maka kata sendi oleh tidak boleh digugurkan. Contoh:
Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Keterangan oleh + Frasa Nama 30c. Bangunan itu dirasmikan pagi
tadi oleh Menteri Kesihatan. 30d. *Bangunan itu dirasmikan pagi tadi Menteri Kesihatan. 31c. Kisah
pahlawan itu telah dibukukan sebulan yang lalu oleh Kartini.

R a g a m A y a t | 143
31d. *Kisah pahlawan itu telah dibukukan sebulan yang lalu Kartini. 32c. Surau lama itu akan dicat
pada hujung minggu ini oleh penduduk kampung. 32d. *Surau lama itu akan dicat pada hujung
minggu ini penduduk kampung.

Berdasarkan contoh di atas, walaupun pada kelazimannya, oleh + Frasa Nama boleh digugurkan,
tetapi jika sesuatu perbuatan dilakukan oleh sesuatu perkara seperti banjir dan ombak, maka oleh +
Frasa Nama tidak boleh digugurkan. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif oleh + Frasa Nama
Keterangan 33a. Kawasan di tepi pantai dilanda oleh banjir sejak petang semalam. 33b. Kawasan di
tepi pantai dilanda banjir sejak petang semalam. 33b. * Kawasan di tepi pantai dilanda - sejak
petang semalam.

Berdasarkan kepada contoh 33 ini, ayat 33c menjadi tidak gramatis dan tidak difahami jika oleh +
Frasa Nama digugurkan.

Imbuhan pasif yang hampir menyamai cirinya dengan imbuhan pasif di- ialah imbuahan pasif ter-.
Berbeza daripada imbuhan di, imbuhan teR- boleh hadir dalam ayat aktif, mahupun ayat pasif.
Contoh Ayat Aktif 34a. Bas sekolah telah terlanggar papan tanda itu petang semalam. Ayat Pasif 34b.
Papan tanda itu telah terlanggar oleh bas sekolah petang semalam.

Ayat Aktif 35a. Anak saudara saya terpijak kotak hadiah semasa lampu terpadam. Ayat Pasif 35b.
Kotak hadiah terpijak oleh anak saudara saya semasa lampu terpadam.

Contoh 34 dan 35 ini menunjukkan bahawa kedua-dua imbuhan

You might also like