Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Menaik Taraf Bilik ICT
Kertas Kerja Menaik Taraf Bilik ICT
KERTAS KERJA
MEMBAIKPULIH
BILIK ICT & MENAIK
TARAF KOMPUTER
DISEDIAKAN OLEH :
PENYELARAS ICT
EN. SRITHARR A/L JAHANADAN
UNIT ICT
SJK(T) LADANG KERLING
JAWATANKUASA UNIT ICT SJK(T) LADANG KERLING 2013
1. Bilik ICT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kerling telah mula beroperasi
pada 2 Januari 2010 dibawah pengurusan Pn. P.Thanavalli.
2. Pada ketika itu, sebanyak 12 buah komputer ‘second hand’ telah dibekalkan oleh
pihak bank.
3. Kesemua komputer telah dilengkapi dengan perisian Pentium 4 dan menggunakan
Windows XP.
4. Bilik dilengkapi dengan meja dan ‘LAN‘ kabel.
5. Pada tahun 2013, dengan dana yang telah dikumpul, pihak sekolah telah berusaha
dan mendapat 4 lagi CPU dan 3 Printer daripada CIMB Foundation. Selain itu,
pihak sekolah telah membelanjakan lebih kurang RM 7 000 untuk menaik taraf
LED monitor untuk kesemua komputer.
6. Pada awal 2014, KPM telah membekalkan 21 buah
PERALATAN SEDIA ADA
1. Komputer - 21 unit
2. Meja Komputer - 5 unit
3. Papan putih - 1 unit
4. Papan kenyataan - 2 unit
5. Printer - 1 unit
PERMASALAHAN
1. Kondusi komputer amat teruk kerana masih lagi menggunakan perisian lama iaitu
Pentium 4 dan Windows XP.
2. Kelemahan sistem penyambungan internet tidak berfungsi sejak Januari 2007.
3. Beberapa buah komputer tidak dapat digunakan lagi kerana kerosakkan pada
bahagian dalamannya.
4. Bilik ICT tidak dilengkapi dengan kerusi. Murid terpaksa membawa kerusi dari
bilik darjah sekiranya hendak menggunakan Bilik ICT.
5. Bilik hanya mempunyai 2 buah kipas. Ini menjadikan suasana di Bilik ICT tidak
kondusif untuk sesi Pengajaran & Pembelajaran berlangsung.
6. Kedua-dua penghawa dingin di Bilik ICT telah rosak dan tidak dapat dibaiki.
7. Siling bilik sudah bocor di beberapa tempat dan hanya ditutup dengan
menggunakan ’tape’.
8. Sebilangan besar tingkap di sekolah ini telah pecah. Ini boleh mengancam
keselamatan murid dan sekaligus menyebabkan berlakunya pencerobohan ataupun
kecurian.
CADANGAN MENAIK TARAF BILIK ICT
Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memenuhi segala kemudahan ini untuk kami.
Segala bantuan pihak tuan dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian murid dalam
bidang ICT, sekaligus melahirkan murid-murid celik ICT. Walaupun kami merupakan
sebuah sekolah kurang murid, namun kami percaya bahawa kami mampu menjana lebih
ramai murid yang bertauliah ke arah perkembangan dunia ICT.