Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

P1-2

FORMAT PELAPORAN PERANTISAN 1

Nama RUSIAH BINTI ABDUL RAHMAN


No. Kad Pengenalan 740924055014
Kelas/Kumpulan SRBE2
Ambilan/Tahun AMBILAN 1, 2019

Sekolah Asal/ Pejabat


Butiran Am Sekolah Perantisan 1
Bertugas
SK TELOK BEREMBANG, SK RAMUAN CHINA
Nama Sekolah 78100 LUBOK CHINA, BESAR, 78300 MASJID
MELAKA TANAH, MELAKA

Kod Sekolah MBA0016 MBA0005

18/3, 20/3 DAN


Tarikh Perantisan Dilaksanakan
21/3/2019
Nama Pengetua/Guru Besar EN. KHAHAR BIN EN. ZAINAL BIN
(P/GB) JAAFAR OTHMAN
Sekolah luar Bandar
yang mempunyai
keupayaan mencipta
Faktor Pemilihan sekolah nama sehingga ke
(Nyatakan justifikasi Pemilihan) peringkat luar Negara
dari segi aspek
pencapaian
kokurikulumnya.
Tiga (3) kekuatan kepimpinan 1.Seorang pemimpin
dan pengurusan sekolah serta sekolah yang tegas dan 1.Seorang pemimpin
justifikasi mempunyai prinsip sekolah yang ceria dan
memimpin yang baik mudah tersenyum
dengan menetapkan dengan seiapa sahaja.
keputusan yang bijak. Beliau amat mudah
didekati dan peramah
serta suka berkongsi
pengalaman beliau.
Beliau sentiasa
mendekati guru-gurunya
dengan mesra dan boleh
bergurau.

2. Beliau sentiasa
menjaga kebajikan guru-
2. Beliau sentiasa
guru dan anak-anak
bersikap tolak ansur dan
muridnya. Mudah bertolak
disenangi para guru dan
ansur
senang di bawa
berbincang.
Guru-guru tidak kekok
dan berbincang secara
3. Beliau sentiasa
santai sahaja.
memastikan kemenjadian
murid di dalam semua
3. Mempunyai kreativiti
bidang. Terkini beberapa
sendiri dalam bertindak
kejayaan sekolah telah
menyelesaikan masalah-
diperoleh dan
masalah yang wujud
melonjakkan nama
dalam organisasi
sekolah.
mengikut keadaan yang
sesuai.
Tidak menghadkan
pemikiran guru-guru,
malah menggalakkan
guru-guru berfikiran
kreatif.
Tiga (3) perkara (kepimpinan 1,Terlalu mendengar 1.Beliau perlu menjadi
dan pengurusan) yang perlu hanya pendapat mata dan telinga yang
ditambah baik dan justifikasi sesetengah guru sahaja. baik untuk semua staff
dan para pelajarnya. Ada
2. Suka membuat staff yang mengambil
kesempatan atas
kebaikan dan
keperibadian beliau.

2.Beliau sentiasa
melayan guru dan staff
dengan baik dan suka
bercerita
keputusan sebelum pengalamannya.
berbincang dan Terdapat staff yang
mendengar pendapat menjadikan peluang
orang lain. Cepat marah berbual dengan guru
tetapi cepat mudah besar untuk
dirapati semula. melambatkan masa
untuk masuk ke kelas.
3. Pelupa dengan arahan
yang telah diberikan 3. Murid-murid terbiar
walaupun beliau telah semasa guru sibuk untuk
menyatakan sebelum ini di membuat persiapan
dalam mesyuarat atau Mesyuarat Agung PIBG.
taklimat ringkas. GPK juga tidak menegur
dan mengambil tindakan
supaya murid sentiasa
berada bersama guru
yang ditugaskan.
Keprihatinan terhadap
keselamatan murid
diambil mudah dan tidak
diuruskan dengan baik.
Refleksi atas kepimpinan dan pengurusan (perbandingan) dan penambahbaikan yang
akan diambil sekiranya diberi peluang menerajui sekolah.

1. Kedua-dua pemimpin sekolah asal saya dan sekolah Perantisan 1 mempunyai


ciri-ciri pemimpin yang mudah didekati dan mengambil berat tentang kebajikan
guru-guru serta murid-muridnya. Sangat boleh dicontohi (Role Model) dan
menjadi panduan kepada saya untuk mempelajari sikap guru dan murid-
muridnya.

2. Kedua-dua pemimpin sekolah ini terlalu rapat dengan sesetengah orang guru
sahaja dan menyebabkan ada guru yang tidak mengenali beliau dengan lebih
baik. Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya mereka lebih terbuka mendekati
semua orang guru dan tidak mendengar hanya pendapat sesetengah staff
sahaja. Pemimpin yang baik hendaklah menegur dan boleh ditegur, boleh
mengkritik yang membina dan menerima kritikan yang membina juga.

3. Seterusnya, terdapat rungutan daripada guru-guru yang tidak mahu


menggantikan kelas rakan-rakan yang keluar menguruskan murid, bercuti atau
mengikuti kursus atau taklimat di luar sekolah. Mereka merasakan itu menjadi
satu bebanan yang besar, dan sering meluahkan dengan guru besar apabila
diarahkan oleh guru penolong kanan untuk masuk ke kelas gentian. Sebagai
pemimpin yang cekap mengurus, adalah menjadi tugas pemimpin sekolah
menegaskan di dalam mesyuarat guru supaya tidak bersungut dan membantah
sebarang kerja yang diberikan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
menjaga dan mengajar murid-murid yang ada di dalam kelas sendiri atau di
dalam kelas rakan lain. Selain itu, tugas pemimpin sekolah juga mengingatkan
keselamatan murid hendaklah diutamakan. Sekiranya berlaku sesuatu
kemalangan di dalam kelas yang perlu guru-guru masuk, bukan sahaja guru
tersebut akan dipersalahkan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah
menjawab segala insiden yang berlaku.

4. Pemimpin sekolah yang hebat juga hendaklah berani membuat perubahan


terhadap sekolah yang ditadbirnya. Pemimpin akan menghadapi pelbagai risiko
antaranya sikap guru yang akan memberontak dan marah akan perubahan yang
ingin dibuat. Namun begitu, bukanlah mudah seseorang pemimpin ingin
membuatnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan. Pertama,
perubahan tidak boleh dibuat secara drastik dan segera ingin mendapatkan
kesan perubahannya. Pemimpin sekolah haruslah mengenali budaya dan iklim
sekolah tersebut serta mencari data yang logik.

Kedua, berkomunikasi secara berkesan dan baik harus berlaku. Mencipta


kemenjadian manusia bukan semudah membuat barang atau sesuatu produk.
Oleh itu, pemimpin sekolah haruslah mengenali semua karakter pelaksana yang
ada di sekolah dan memerhati tingkah laku mereka. Setelah pemerhatian
dilakukan, barulah perubahan boleh dilakukan mengikut langkah-langkah yang
tidak terburu-buru. Pemantauan perlu sentiasa dibuat dan penambaikan
terhadap perubahan yang dilakukan sentiasa menjadi keutamaan. Pemimpin
sekolah tidak boleh lepas tangan atau membiarkan sahaja guru-guru
membuatnya sendiri. Gunakanlah kebijaksanaan untuk mengatasi masalah.

5. Melalui pengalaman di sekolah Perantisan 1, saya banyak belajar tentang cara


guru besar berkomunikasi melayan kehendak pelanggannya. Bukanlah menjadi
suatu perkara mudah untuk menangani pelbagai masalah yang dilontarkan
setiap hari. Pengalaman Guru Besar sekolah Perantisan 1 menjadikan beliau
semakin matang dalam mentadbir. Ada kalanya beliau juga hamper kalah untuk
menghadapi situasi yang akan menambah tekanan di dalam hidup. Namun
begitu pesan beliau, jangan terlalu menjadi pemikir yang boleh merosakkan diri.
Hadapi masalah dengan tenang dan berkongsi masalah dengan rakan pemimpin
sekolah yang lain. Jangan membuat keputusan yang terburu-buru dan minta
masa untu membuat keputusan. Catatkan segala perkara yang difikirkan serius
dan penting di dalam buku catatan beserta tarikh dan masa serta seorang saksi
supaya boleh dijadikan bukti jika bangkit isu itu suatu hari nanti.
6. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh bekerja bersama dengan
komuniti yang ada. Sebagai pemimpin sekolah adalah menjadi tanggungjawab
untuk mengenali semua murid, guru-guru serta ibu bapa pelajar. Komuniti
setempat juga sangat penting dalam membantu kemenjadian para pelajarnya.
7. Sesungguhnya, secara keseluruhan di sekolah Perantisan 1 selama tiga hari ,
bagi pendapat saya adalah bukan mudah untuk menjadi pemimpin sekolah yang
baik. Banyak perlu yang dipelajari dan mencari sebanyak mungkin ilmu untuk
menyelesaikan masalah. Pengalaman seharian akan menjadikan seseorang
pemimpin lebih matang dalam mentadbir sekolah. Kejayaan dan kemenjadian
murid adalah menjadi keutamaan.

You might also like