Peranan Baitul Mal

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK BINCANGKAN PERANAN DAN PELAKSANAAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH

ABBASIYAH PADA ABAD KE 9-11 M.


PENGENALAN  Kerajaan Abbasiyah (750-1250M/132-656H) dianggap sebagai period yang paling kaya
dalam sejarah kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam (golden age)
 Pengurusan baitulmal zaman Abbasiyah melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan dan
pemantapan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan
 Para sejarawan mencatatkan bahawa sebelum zaman Khalifah Harun al-Rasyid
meninggal dunia, beliau telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak dalam
baitulmal.
 Namun, pemerintahan khalifah2 yang berikutnya, kewangan negara agak meruncing
hingga menyebabkan beberapa usaha terpaksa dilakukan untuk memulihkan kembali
institusi kewangan tersebut.
ISI SUMBER BAITULMAL
HURAIAN  Sumber utama kewangan negara yang disimpan dalam baitulmal diperolehi daripada
umat Islam melalui pungutan zakat termasuk zakat harta benda seperti emas dan
perak, zakat pertanian, zakat penternakan, zakat emas dan perak.
 Sumber daripada orang bukan Islam diperolehi daripada bayaran jizyah (cukai
perlindungan) dan cukai kharaj (cukai tanah).
 Selain itu, usyur (cukai perniagaan) yang dikenakan ke atas orang Islam dan bukan
Islam mengikut kadar yang ditentukan oleh pemerintah.
 Baitulmal juga mendapat sumber daripada ghanimah (harta rampasan perang) dan al-
fay (harta rampasan daripada musuh tanpa berperang).
 Harta peninggalan orang mati tanpa waris dan harta karun (rikaz) serta luqatha (harta
tercicir yang dijumpai tetapi tidak bertuan) turut menjadi sumber baitulmal.
 Wakaf, sedekah, wasiat dan hadiah turut menjadi sumber Baitulmal zaman Abbasiyah.
 Perkembangan ekonomi pada zaman Abbasiyah menyaksikan pelbagai cukai
perdagangan (usyur), cukai barangan perdagangan, cukai kilang, cukai barangan
mewah, cukai import, cukai kastam dan sebagainya.
 Namun Khalifah Wathiq telah memansuhkan sebahagian cukai berkenaan.
 Sumber terbesar baitulmal zaman Abbasiyah ialah kharaj dan usyur berikutan peluasan
kuasa dan perkembangan pesat ekonomi negara.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa terdapat pelbagai sumber yang diperolehi oleh Baitulmal daripada
zakat, kharaj, usyur, ghanimah dan al-fay.
ISI PENGURUSAN SUMBER BAITULMAL
HURAIAN  Pada peringkat awal kerajaan Abbasiyah, kebanyakan dana baitulmal digunakan untuk
tujuan ketenteraan termasuk pembelian peralatan senjata dan membayar gaji tentera.
 Berikut merupakan penggunaan sumber baitulmal mengikut zaman pemerintahan
setiap khalifah pada zaman Abbasiyah

KHALIFAH AL-MAHDI (775-785M)


 Beliau memperkenalkan sistem perkongsian (Muqasamah) terhadap hasil pertanian di
Iraq untuk menambahkan dana baitulmal.
 Sistem ini mengenakan cukai berdasarkan hasil pertanian sebenar setelah ditolak
modal yang digunakan.

KHALIFAH HARUN AL-RASYID (786-809)


 Baitulmal mencapai zaman kemuncaknya sehingga berjaya memainkan peranan
penting dalam pelbagai bidang pentadbiran dan pembangunan negara seperti:
pembayaran gaji tentera dan kakitangan kerajaan, kegiatan keilmuan, mendirikan
masjid, sekolah, hospital, terusan air dan sebagainya.
 Hasil perolehan baitulmal dari cukai sektor ekonomi begitu banyak mencecah 900 juta
dirham sehingga kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu dan perdagangan utama
dunia.

KHALIFAH AL-MAMUN (813-833M)


 Sebagai pencinta ilmu, beliau banyak memanfaatkan sumber baitulmal untuk
membiayai kegiatan intelektual seperti penulisan karya dan penterjemahan karya-
karya ilmiah asing.
KHALIFAH AL-MUSTAIN (862-866M)
 Institusi baitulmal telah mengalami sedikit perubahan apabila beliau telah melantik
Utamish sebagai wazir dan Ahmad al-Khasib sebagai katib.
 Cadangan Utamish agar gaji tentera tentera dan kakitangan kerajaan dibayar dua bulan
sekali dan menyatukan pentadbiran kewangan (Baitulmal) dan pentadbiran
ketenteraan untuk menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al-Khasib.

KHALIFAH AL-MUTADID (892-902M)


 Beliau berusaha memperbaharui pentadbiran baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalkan oleh Utamish.
 Gaji tentera dan pegawai awam dibayar sebulan sekali
 Meminta Kerajaan Saffariyah membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham setahun
sebagai balasannnya mereka dibenarkan memerintah wilayah Timur yang sebelum ini
dikuasai oleh Kerajaan Samaniyah.
 Mewujudkan undang-undang pusaka Islam yang baharu dengan menubuhkan sebuah
jabatan yang bertanggunjawab untuk menguruskan soal harta pusaka
 Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada pihak waris yang menuntut harta berkenaan,
ianya kan menjai milik baitulmal
 Memperkenalkan sistem percukain ala pertanian di kawasan2 pentadbiran kerajaan
pusat, sistem konsesi di daerah-daerah sekitar ibu kota termasuk jalan perdagangan
menuju ke kota dikenakan bayaran 7.000 dinar sehari.
 Namun, usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini tidak dapat meningkatkan sumber
kewangan negara disebabkan perancangan tersebut menelan kos pentadbiran yang
tinggi.

KHALIFAH AL-MUQTADIR (908-932M)


 Pada zaman Khalifah Al-Muqtadir, sumber baitulmal negara masih mencukupi untuk
menampung perbelanjaan negara kerana beberapa buah wilayah yang telah bebas
seperti Iraq, Syam, Armenia, dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada
dalam bentuk wang emas dan perak.
 Namun dari semasa ke semasa ternyata bebanan baitulmal semakin meruncing
terutama kos menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji, menjamin
keselamatan para jemaah yang semakin bertambah dan membayar gaji tentera istana
semakin meningkat.
 Khalifah Al-Muqtadir terpaksa mendapat bantuan daripada saudagar-saudagar kaya,
malah terpaksa mencagar harta benda keluarga dan khalifah-khalifah yang terdahulu
demi kepentingan negara.

KHALIFAH AL-RADHI (934-940M)


 Bermula pemerintahan khalifah ini, keadaan baitulmal semakin meruncing sehingga
tidak mampu membayar gaji tentera, malah pada masa yang sama harga barangan
melambung tinggi.

KHALIFAH AL-QADIR (991-1074M)


 Sumber baitulmal mengalami sedikit pemulihan semasa zaman pemerintahan Khalifah
Al-Qadir.
 Ini disebabkan oleh kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki, Wasit
dan Basra.
 Kesannya, kerajaan memperolehi harta rampasan perang (ghanimah) yang banyak.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa pemerintahan setiap khalifah memberi kesan yang berbeza kepada
sumber baitulmal zaman Abbasiyah.

ISI PENTADBIRAN BAITULMAL


HURAIAN  Para khalifah melantik para pegawai khas untuk menguruskan baitulmal di peringkat
pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran baitulmal di peringkat wilayah.
 Khalifah dan gabenor melantik amil-amil yang berkelayakan sahaja untuk memungut
sumber baitulmal
ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU JAAFAR AL-MANSUR
 Pada zaman pemerintahannya, beliau telah melantik seorang pegawai kewangan yang
bertanggungjawab dalam pentadbiran baitulmal.
 Urusan perbendaharaan telah dikawal secara langsung oleh khalifah dan kerajaan
pusat.
 Kekayaan negara telah mencapai jumlah 810 juta dirham yang disimpan dalam
baitulmal.

ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-MAHDI (775-785M)


 Pada zaman pemerintahannya, beliau telah menubuhkan Jabatan Akaun Negara untuk
mengawal-selia akaun setiap jabatan kerajaan (al-Dawawin), khasnya mengenai hasil
pungutan dan perbelanjaan yang dananya diambil dari baitulmal.

ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID


 Keberkesanan peranan Diwan al-Kharaj dalam meraih pendapatan turut membantu
meningkatkan pendapatan baitulmal.
 Khalifah Harun al-Rasyid telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub (Kadi Besar Baghdad)
agar menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam
pentadbiran negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta
mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa ketiga-tiga khalifah tersebut memainkan peranan yang penting dalam
memperbaiki dan menambah lagi sumber baitulmal kerajaan Abbasiyah.
KESIMPULAN  Baitulmal atau perbendaharaan negara yang diperkenalkan sejak zaman Khalifah al-
Rasyidin terus berfungsi sehingga zaman Abbasiyah dan menjadi institusi terpenting
dalam pembangunan negara.
 Namun terdapat perbezaan dalam cara pelaksanaan mengikut kesesuian dan keperluan
kerajaan yang memerintah.
 Pengurusan baitulmal kerajaan Abbasiyah akhirnya mengalami kemerosotan kesan
serangan orang-orang Tartar, sekaligus membolehkan puak ini menguasai baitulmal
kerajaan pusat Abbasiyah.

You might also like