Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INVENTORI MATEMATIK TIDAK FORMAL

Ujian ini digunakan adalah untuk mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran
yang terkandung dalam sukatan pelajaran

LANGKAH-LANGKAH

Menurut Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah (2010), 4 langkah


menyediakan item ujian bagi inventori matematik tidak formal ialah:

Kenalpasti bahagian sukatan


Kemahiran yang ingin diuji yang sesuai digunakan untuk Item-item ujian disediakan
item soalan disusun daripada
ditentukan menggunakan ujian berdasarkan umur, bagi setiap bahagian sukatan
senang ke susah
sukatan pelajaran darjah dan tahap kebolehan pelajaran.
murid.

Oleh itu, kami telah berbincang untuk menyediakan item ujian inventori matematik
tidak formal ini menggunakan langkah-langkah tersebut. Untuk langkah 1 kami iaitu
menentukan kemahiran yang ingin diuji kami telah menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaskiran (DSKP) Tahun 2 (Masalah Pembelajaran). Berdasarkan Modul
Pendidikan Pemulihan (2010), terdapat tiga kemahiran dalam matematik iaitu pranombor,
komputasi dan aplikasi serta penyelesaian masalah. Kami telah memilih kemahiran komputasi
iaitu nombor bulat (dalam linkungan 20).

Seterusnya, kami mengenalpasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk


ujian. Bahagian sukatan yang dipilih adalah berdasarkan tiga komponen iaitu umur, darjah
dan tahap kebolehan murid. Kami memilih seorang murid yang berumur 10 tahun dan
merupakan murid pendidikan khas pembelajaran (lembam). DSKP tahun 2 dipilih kerana umur
mental murid pendidikan khas pembelajaran adalah tidak seiring dengan umur kronologi
mereka (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2015). Hal ini bermaksud, murid ini
mempunyai umur mental 8 tahun. Dalam DSKP ini, standard kandungan menulis nombor telah
dipilih. Manakala standard pembelajaran yang ingin diuji ialah menulis nombor dalam bentuk
angka. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru kelasnya, murid ini sudah boleh
memegang pensil dengan betul dan baik. Disebabkan ini, kami memilih untuk menguji
kemahiran menulis nombor murid ini.
Setelah itu, kami membina item soalan berdasarkan kemahiran yang ingin diuji iaitu
menulis nombor dalam bentuk angka. Kami menyediakan tiga jenis soalan yang beraras
senang, sederhana dan susah. Hal ini bertepatan dengan langkah yang dinyatakan dalam
Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah iaitu item soalan disusun dari senang
ke susah bagi melihat kemahiran dan perkembangan matematik murid ini.
Kemahiran : Komputasi

Tajuk : Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan : 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran : 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________ Tarikh: __________

Arahan: Sambungkan garis putus-putus nombor berikut.


Kemahiran : Komputasi

Tajuk : Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan : 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran : 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________ Tarikh: _________

Arahan: Sambungkan garis putus-putus nombor berikut mengikut anak panah.


Kemahiran : Komputasi

Tajuk : Nombor Bulat (dalam linkungan 20)

Standard Kandungan : 2.2 Menulis Nombor

Standard Pembelajaran : 2.2.1 Menulis nombor dalam bentuk angka

Nama: _____________________________ Tarikh: _________

Arahan: Tulis semula nombor pada ruangan yang disediakan dengan kemas.
RUJUKAN

Modul Pendidikan Pemulihan. (2010). Putrajaya: Institut Pendidikan Guru Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2015). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak
Bekeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran


Tahun 2 Asas 3M (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah. (2010). Putrajaya: Kementerian


Pendidikan Malaysia.

You might also like