Kajian Tindakan Aida

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

1.0.

Pendahuluan

Kajian ini adalah mengenai penggunaan kaedah Eurhythmics untuk meningkatkan

kemahiran memainkan corak irama yang mengandungi not minim, minim bertitik, krocet

dan kuaver dalam meter tigaan untuk mengiringi lagu bagi murid tahun 5.

1.1. Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) sejak tahun 2011. Bagi matapelajaran pendidikan Muzik, Kurikulum

Pendidikan Muzik Tahap Dua merupakan program pembelajaran untuk tiga tahun

persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah. Kurikulum

ini merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik Tahap Satu (Tahun

Satu hingga Tahun Tiga).Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua memberi tumpuan

kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik.Murid diberi

pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi

terhadap estetika muzik. terdapat empat aspek modul iaitu pengalaman muzikal,

penghasilan muzik, apresiasi muzik serta membaca dan menulis notasi muzik.

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan

insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik

secara intelektual menerusi aktiviti muzik. Pendidikan Muzik Sekolah Rendah juga telah

menetapkan objektif iaitu mengaplikasi pengetahuan muzik menerusi aktiviti nyanyian,

gerakan dan permainan alat muzik, mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik

dalam aktiviti muzik, menghasilkan idea muzik kreatif menerusi aktiviti nyanyian,

gerakan dan permainan alat muzik. Membaca dan menulis notasi muzik. Menghargai

pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan daripada aspek muzikal karya

muzik yang didengar atau ditonton dan mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti

muzik.

1
Pengkaji memilih untuk menggunakan modul pengalaman muzikal kerana

permainan corak Irama menggunakan alat perkusi berada di bawah modul ini. Pengkaji

memilih untuk menggunakan kaedah Eurhythmics adalah kerana masalah yang

dihadapi Untuk mengatasi masalah tersebut data triangulasi diperoleh menerusi ujian

pra dan pasca, pemerhatian dan temubual.

1.2. Konteks

1.2.1. Huraian Berkaitan Pengkaji

Pengkaji merupakan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Ambilan Jun 2015 bagi matapelajaran Pendidikan Muzik. Sepanjang pengajiannya,

pengkaji aktif bermain violin dalam sebuah kumpulan muzik dan sering dijemput untuk

membuat persembahan sehingga di peringkat antarabangsa. Pengkaji telah

didedahkan dengan pegagogi-pedagogi dan strategi PdP khusus bagi matapelajaran

Pendidikan Muzik Selain itu, kemahiran Teknologi Maklumat Komputer (TMK) yang

menarik seperti animasi dan permainan ringkas yang berkaitan Pendidikan Muzik

menerusi perisian PowerPoint juga merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh

pengkaji. Dengan adanya kelebihan ini, ianya dapat membantu pengkaji melaksanakan

intervensi serta kajian dengan lebih lancar.

1.2.2. Huraian Mata Pelajaran Yang Diajar

Kajian ini dilaksanakan bagi matapelajaran Pendidikan Muzik. Selama tempoh

berpraktikum, pengkaji telah mengajar subjek Pendidikan Muzik bagi murid tahun 2, 3,

4 dan 5. Kemahiran konsep muzik yang telah diajar merangkumi nyanyian, permainan

rekorder, membaca dan menulis notasi serta permainan alat perkusi. Oleh itu,

berdasarkan kajian yang dijalankan, ianya melibatkan murid tahun 5 dan modul yang

digunakan adalah pengalaman muzikal, standard kandungan 1.2. iaitu memainkan alat

perkusi manakala standard pembelajarannya pula adalah 1.2.1. memainkan corak

2
irama berdasarkan skor meter tigaan. Matapelajaran Pendidikan Muzik di sekolah

dijalankan hanyalah selama 30 minit bagi satu sesi dan sepanjang tempoh

berpraktikum, hanya satu sesi PdP sahaja yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam

tempoh seminggu mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

1.2.3. Huraian Am Murid Dan Sekolah

Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Timur Laut di negeri

Pulau Pinang. Sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai jumlah keseluruhan murid

seramai 1217 orang. Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan bilik

muzik berpenghawa dingin yang kondusif serta bilangan alat perkusi yang mencukupi

bagi jumlah murid yang ingin dikaji. Kelab pancaragam sekolah sering mengharumkan

nama sekolah sehingga di peringkat kebangsaan. Ini kerana sekolah telah memiliki

seorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar dalam bidang muzik dan

mengendalikan kelab pancaragam. Guru ini juga telah dilantik sebagai guru

pembimbing semasa pengkaji melaksanakan praktikum di sekolah bagi membantu

dalam mendapatkan maklumat dan prestasi murid. Hasil daripada maklumat yang

diperoleh prestasi murid bagi kemahiran memainkan

1.3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktilum fasa ke-2, pengkaji telah menjalankan sebuah Pengajaran

dan Pengajaran (PdP) berdasarkan modul pengalaman muzikal iaitu memainkan dua

daripada empat jenis corak irama yang melibatkan nilai not minim, krocet dan kuaver

terhadap murid-murid tahun 5. Pengkaji telah menyediakan sebuah slaid animasi dan

membawa murid ke sebuah gua. Pintu gua perlu dibuka dengan menepuk Secret

Rhythm. Guru mendemonstrasikan Secret Rhythm sepanjang dua bar yang

mengandungi not minim dan krocet. (Rujuk Rajah 1.1)

3
(Rajah 1.1. Secret Rhythm)

Murid mengimitasi guru menepuk corak irama diatas. Berdasarkan pemerhatian

saya sebahagian besar murid dapat menepuk corak irama tersebut. Setelah pintu gua

dibuka pengkaji memperkenalkan corak irama yang ingin diajar dengan menggunakan

kaedah demonstrasi. (Rajah 1.2)

Corak irama 1:

Corak irama 2:

(Rajah 1.2. Corak irama 1 dan 2)

Setelah memperkenalkan corak irama kepada murid, pengkaji mengiringi murid

menepuk corak irama 1 menggunakan kibod bagi lagu Adikku Sayang. Semasa

mengiringi murid, pengkaji dapati sebahagian besar murid tidak dapat memainkan

corak irama tersebut dengan betul. Setelah membuat perbincangan dengan pasangan

praktikum, pengkaji dapati murid telah terbiasa memainkan corak irama yang

mempunyai empat detik (Rujuk Rajah 1.3). Oleh itu, mereka kerap terlebih satu detik

apabila pengkaji memainkan irama dalam meter tigaan.

4
(Rajah 1.3 Corak irama yang dimainkan oleh murid yang keliru)

Selain itu, murid juga mengalami masalah untuk memainkan corak irama

mengiringi lagu Adikku Sayang kerana mereka tidak mampu merasai detik bagi meter

tigaan dengan baik. Oleh itu, corak irama telah dimainkan pada kiraan yang salah dan

tidak konsisten. Menurut Chosky (1981) kaedah imitasi didapati kurang sesuai kerana

ia hanya boleh digunakan pada irama yang ringkas. Oleh itu kaedah imitasi yang

digunakan oleh pengkaji pada sesi PdP ini tidak dapat memenuhi kehendak murid

dalam memainkan corak irama yang lebih kompleks seperti memainkan alat perkusi

secara ensembel.

1.4. Refleksi Nilai Pendidikan

Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ini menerapkan lima unsur utama dalam proses

pembelajaran. Pertama ialah merasai, kedua mendengar, ketiga berimaginasi kuat

kemudian menginterpretasi bunyi dan seterusnya memberi respon.Pada proses

mendengar, murid akan menggunakan deria pendengaran mereka secara aktif bagi

mengenalpasti konsep irama yang diterapkan melalui muzik. Oleh itu, bagi kajian ini,

konsep muzik yang difokuskan adalah irama. Proses kedua ialah merasai, Menurut

Findlay (1971) “Latihan muzikal yang berkesan adalah dengan meminta murid-murid

menggunakan tubuh untuk merasai dinamik lagu.” Berdasarkan pernyataan berikut,

penggunaan tubuh untuk merasai dinamik lagu merupakan satu daripada latihan

5
muzikal yang berkesan kepada murid. Oleh itu, pengkaji berpendapat corak irama juga

merupakan satu latihan muzikal dan ianya boleh diaplikasikan menggunakan proses ini.

Seterusnya dengan berimaginasi, murid-murid dapat mengintepretasi situasi

yang digambarkan dengan baik. Proses yang terakhir dalam aktiviti Eurhythmics ini

adalah ‘memberi respon’. Gardner (1983) telah membahaskan cara kanak-kanak

memberi respon berkaitan muzik dan gerakan secara semulajadi. Beliau menyatakan

Eurhythmics merupakan kesinambungan antara muzik dan gerakan serta menjelaskan

bahawa banyak kaedah yang berkesan untuk mengajar muzik dengan

mengintegrasikan suara, tangan dan badan.

Jaques Dalcroze percaya bahawa kesihatan seseorang itu memerlukan

keseimbangan dari segi minda, tubuh badan dan deria. Terdapat beberapa individu

yang berpendapat kemahiran motor halus boleh ditingkatkan melalui aktiviti

pergerakan. (Abramson, 1980). Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini dapat melatih

koordinasi badan murid serta melatih kanak-kanak untuk berfikir tentang apa yang

mereka perlu lakukan bagi memastikan pergerakan yang mereka tunjukkan bertepatan

dengan situasi dan corak irama yang ditetapkan.

Kajian Caldwell (1993) menunjukkan bahawa terdapat beberapa cara

seseorang boleh menumpukan perhatian semasa kelas muzik seperti mendengar

muzik dengan teliti, merasai muzik mengalir dalam diri, memberi respon melalui

gerakan terhadap muzik yang diperdengarkan, dan memastikan pic yang tepat semasa

menyanyi. Berhubung dengan prinsip Eurhythmics, kajian Caldwell (1993)

membuktikan bahawa guru yang banyak bercakap sambil bergerak telah dapat

meningkatkan tumpuan murid dalam kelas. Oleh itu, pembelajaran melalui gerakan

juga dapat membantu guru untuk menarik minat murid untuk menumpukan perhatian di

dalam kelas.
6
Kajian Wang (2008) telah mendapati bahawa murid-murid telah menunjukkan

pencapaian positif dalam pembelajaran tajuk irama menggunakan pendekatan

Dalcroze. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui latihan muzik yang konsisten

yang diselangi dengan pembelajaran siri-siri latihan irama dapat membantu murid

meningkatkan pengetahuan yang lebih tinggi terhadap konsep irama dan meter.

Pendekatan yang digunakan juga dapat memupuk kecenderungan murid terhadap

pembelajaran muzik dan mewujudkan suasana pembelajaran kelas muzik bertambah

menarik. Pendekatan ini dikatakan sangat relevan dan sesuai dijalankan ke atas kanak-

kanak untuk meningkatkan kemahiran muzikal mereka.

2.0. FOKUS KAJIAN

2.1. Kriteria Pemilihan Fokus

Pengkaji telah memilih beberapa kriteria dalam meningkatkan pemilihan fokus kajian.

Kriteria yang dipilih adalah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan,

kolaboratif dan kerelevanan kepada sekolah.

2.1.1. Kebolehtadbiran

Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan Dalcroze dapat membantu murid dalam

memainkan corak irama dalam meter lazim tigaan kerana pendekatan ini menekankan

pembelajaran secara Eurhythmics yang merupakan aktiviti bagi melatih badan murid

untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Eurhythmics diperkenalkan untuk

penglibatan individu secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota

badan, serta emosi diri secara menyeluruh di mana individu perlu mendengar, merasai,

berimaginasi kuat, menginterpretasi bunyi dan memberi respon (Monica, 1998).

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca bagi

memastikan kajian dapat dilaksanakan dengan lancar.

7
2.1.2. Kepentingan

Kajian ini adalah penting untuk meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama

dalam meter tigaan dengan betul. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh

murid ianya akan memberi kesan kepada kemahiran muzik yang lain seperti nyanyian

dan permainan rekorder kerana konsep irama merupakan konsep asas dalam

pembelajaran muzik. Bagi jangka masa panjang, pengkaji dapat memberi pendedahan

kepada guru Muzik di sekolah dalam memahami serta mengaplikasikan pendekatan

Dalcroze dalam pengajaran muzik di sekolah sekiranya guru mengalami isu yang

sama.

2.1.3. Kebolehgunaan

Pengkaji berpendapat hasil daripada kajian ini dapat membantunya dalam merancang

pengajaran yang seterusnya dengan lebih mudah. Konsep irama merupakan aspek

penting dalam kemahiran muzikal. Oleh itu, sekiranya masalah yang dikaji dapat

diatasi, pengkaji dapat memudahkan murid memahami corak irama dalam kemahiran

muzikal yang lain seperti nyanyian dan permainan rekoder.

2.1.4. Kawalan

Kajian ini dilaksanakan dalam skop yang sederhana kerana jumlah sampel dalam kelas

yang dikaji adalah seramai 36 orang. Pengkaji akan melaksanakan kajian hanya pada

waktu PdP pendidikan Muzik sahaja. Oleh kerana pengkaji ingin mengaplikasikan

kaedah Eurhythmics dalam pengajarannya, kelas dijalankan di dalam bilik muzik

kerana ianya dapat menyediakan ruang yang besar dan lebih selesa untuk

melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan murid untuk bergerak.

8
2.1.5. Kolaboratif

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mendapat kerjasama daripada pihak

sekolah, pensyarah penyelia serta ibu bapa. Guru kelas peserta kajian telah membantu

mendapatkan maklumat am murid. Pihak pentadbir juga telah memberi ruang kepada

saya untuk melaksanakan intervensi dengan memberi waktu ganti kelas yang terlibat

kepada saya sekiranya guru mereka tidak hadir. Pengkaji bergerak secara kolaboratif

dengan membuat perbincangan bersama dengan rakan-rakan yang turut menggunakan

pendekatan yang sama. Bantuan daripada guru pembimbing juga telah dirujuk supaya

dapat memudahkan pengkaji dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap

prestasi murid bagi subjek Pendidikan Muzik. Pengkaji juga tealah merujuk dan

berbincang bersama pensyarah pembimbing bagi mengukuhkan kefahamannya dalam

pelaksanaan kajian ini.

2.1.6. Kerelevanan

Pengkaji berpendapat bahawa dalam melaksanakan kajian ini, ianya dapat memberi

faedah kepada pihak sekolah kerana dapat memudahkan guru-guru dalam memilih

murid bagi mewakili sekolah dalam pertandingan seperti tarian, action song dan boria.

Ini kerana pada asasnya murid yang dipilih perlulah mempunyai kebolehan untuk

bergerak mengikut irama dan muzik dengan betul. Selain itu, guru-guru dalam panitia

pendidikan Muzik juga dapat didedahkan mengenai pendekatan yang pengkaji jalankan

bagi membantu mereka merancang aktiviti yang sesuai dalam pengajaran mereka.

Mereka juga boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam membantu murid

yang mengalami masalah yang sama.

9
2.2. Pengumpulan Data Awal

Kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data awal adalah melalui pemerhatian,

dan ujian pra. Semasa berpraktikum di sekolah ini, pemerhatian dilaksanakan untuk

menentukan murid yang menghadapi masalah dalam memainkan corak irama meter

tigaan semasa menjalani sesi PdP di kelas tersebut. Tindakan seterusnya yang diambil

oleh pengkaji adalah dengan menemubual guru yang mengajar subjek muzik bagi kelas

tersebut. Tujuan temubual tersebut adalah untuk mengetahui sejauhmanakah

pelaksanaan matapelajaran muzik diterapkan kepada kelas tersebut dan juga bagi

mengetahui prestasi murid terhadap matapelajaran muzik.

Hasil dari temubual bersama guru subjek pendidikan muzik bagi peserta kajian

mendapati murid tidak didedahkan dengan pembelajaran permainan perkusi secara

ensembel. Merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sekolah,

sepatutnya permainan alat perkusi secara ensembel telah dilksanakan. Guru muzik

tersebut turut menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang guru yang mahir dalam

bidang muzik dan diberi tugas mengajar subjek ini kerana sekolah tersebut kekurangan

guru muzik. Ini merupakan satu punca murid keliru untuk memainkan corak irama yang

tepat semasa mengiringi lagu. Pengkaji juga dapati ada dalam kalangan murid yang

tidak memberikan tumpuan semasa PdP tinjauan awal dilaksanakan yang

menyebabkan mereka tidak dapat memainkan corak irama dengan tepat. (Rujuk Jadual

2.1)

10
Item Irama 1 Irama 2 Irama 3 Irama 4

1. Murid yang dapat memainkan 89% 61% 50% 19%

corak irama dengan betul


(32) (22) (18) (7)
(N = 36)

(Jadual 2.1 Keputusan Ujian Pra)

Jadual diatas menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan oleh pengkaji

sebelum melaksanakan intervensi. Ujian pra yangberbentuk amali ini dilaksanakan

secara individu. Tujuan perlaksanaan ujian pra dalam kajian adalah untuk mengukur

tahap prestasi murid sebelum dan selepas intervensi. Keputusan ujian pra diatas

menunjukkan sebahagian besar daripada murid iaitu seramai 90% tidak mengalami

masalah untuk memainkan irama 1. Bagi corak irama 2 seramai 61 % dan 50% bagi

corak irama 3 daripada jumlah peserta yang tidak dapat memainkan corak irama

tersebut. Bagi corak irama 4 hanya seramai 19% sahaja murid yang berjaya.

Keputusan ujian pra ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar murid masih

belum menguasai corak irama yang telah diajar oleh pengkaji kecuali corak irama 1.

2.3. Tindakan

Model yang dipilih oleh pengkaji bagi melaksanakan kajian ini adalah model gelungan

yang diperkenalkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis (2000)

“Action study is a participatory study consisting of a spiral of following self-reflective

cycles” ini menjelaskan bahawa kajian tindakan mengandungi lingkaran yang

membawa kepada refleksi diri kepada pengkaji. Terdapat empat elemen utama dalam

model ini iaitu Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek (Kemmis, 2000). (Rujuk

Rajah 2.1)

11
Gelungan
pertama

Gelungan
kedua

(Rajah 2.1 Gelungan Kajian Kemmis dan Mc Taggart)

Pengkaji telah menggunakan kaedah Eurhythmics dalam pendekatan Dalcroze

sebagai intervensi bagi mengatasi masalah memainkan corak irama dalam kalangan

murid-murid tahun 5. Dalcroze telah memperkenalkan kaedah Eurhythmics dan

menurut Manifold (2008), kaedah Eurhythmics merupakan kunci utama bagi seseorang

untuk mempelajari muzik melalui pergerakan dan mengekspresikan emosi

menggunakan badan. Oleh itu, pengkaji memilih kaedah ini agar murid dapat meneroka

corak irama dengan lebih berkesan melalui aktiviti pergerakan dan dapat membuat

perhubungan diantara corak irama dengan iringan muzik. Istilah Eurhythmics diambil

dari bahasa Greek di mana eu dan rhythmos bermaksud ‘good flow’ atau ‘good

movement’. Pada pendapat pengkaji, penggunaan pendekatan Dalcroze sesuai

12
digunakan dalam memberi pendedahan kepada murid terhadap kemahiran memainkan

corak irama mengiringi lagu Adikku Sayang.

Campbell (2004) sependapat dengan Jeong (2005) apabila beliau menyatakan

“tubuh atau jasmani manusia melalui sensori motor dapat memberikan pengalaman

hidup”. Hal ini bertepatan dengan konsep Eurhythmics yang dikatakan bukan sekadar

gerakan tubuh sahaja, namun ia juga berkait rapat dengan ekspresi. Kesinambungan

kedua-dua perkara inilah yang menjadikan Eurhythmics lebih bermakna. Oleh itu,

pengkaji akan memainkan iringan kord menggunakan kibod dan iringan lagu Adikku

Sayang bagi meter tigaan agar ianya lebih bermakna dan konsep muzik dapat

diterapkan.

Pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian dan temubual

manakala ujian pra dan pasca dijalankan sebagai sokongan dalam menghasilkan data

triangulasi. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pengkaji adalah audio

lagu Adikku Sayang, skor lagu yang dipaparkan menggunakan Perisian PowerPoint

agar lebih jelas dan mudah difahami oleh murid dan pengkaji telah menggunakan kibod

untuk menghasilkan iringan kord semasa aktiviti Eurhythmics diljalankan. Pengkaji

memilih untuk mengekalkan strategi PdP menggunakan kaedah bercerita kerana

berdasarkan refleksi PdP yang lalu murid telah menunjukkan minat dan tumpuan yang

baik apabila pengkaji menggunakan kaedah tersebut.

13
3.0. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1. Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak

irama dalam meter tigaan untuk mengiringi lagu dengan menggunakan lima proses

kaedah Eurhythmics bagi murid tahun lima iaitu mendengar, merasai, berimaginasi

kuat, menginterpretasi bunyi dan memberi respon

3.2. Objektif khusus

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran

murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan?

2. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik,

minim, krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat?

3. Mengenalpasti sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

3.3. Persoalan Kajian

Kajian tindakan yang akan dijalankan ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan

berikut:

1. Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid untuk

bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan?

2. Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam

memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet,

dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat?

14
3. Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid

dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

4.0. PESERTA KAJIAN

Kajian ini akan melibatkan seramai 36 orang murid tahun 5 yang berusia 11

tahun di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Murid-murid ini terdiri daripada 30 orang berbagsa melayu, 5 orang berbangsa India

dan seorang murid berbangsa Cina. Murid-murid tersebut hanya mempelajari muzik

pada waktu pendidikan Muzik di sekolah. Namun, terdapat tiga orang murid terlibat

dengan kumpulan pancaragam sekolah dan seorang murid telah mengikuti kelas Muzik

di luar sekolah. Namun begitu, peserta kajian yang dipilih ini terdiri daripada murid yang

mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana.

15
5.0. PELAKSANAAN KAJIAN

1. Merancang

Membina pelan PdP yang menggunakan


lima peringkat kaedah ‘Eurhythmics’ iaitu
mendengar, merasai, berimaginasi kuat,
menginterpretasi bunyi dan memberi
respon

2. Bertindak

Intervensi yang dirancang akan dilaksanakan


berdasarkan kaedah Eurhythmics dalam
pengajaran irama.
4. Refleksi
Aktiviti 1: Aktiviti pergerakan mengikut detik
Pengkaji akan membuat menggunakan bola.
refleksi terhadap
Aktiviti 2: Aktiviti pergerakan menerusi Quick
keberkesanan intervensi
Action Respond bagi menguji kefahaman murid
yang dirancang dengan
dan kemahiran murid untuk mendengar corak
menggunakan kaedah
irama yang dimainkan
Eurhythmics
Aktiviti 3: Aktiviti pergerakan mengikut corak
irama mengiringi lagu Adikku Sayang secara
berkumpulan.

Aktiviti 4: Mengaplikasikan aktiviti pergerakan


yang dipelajari menerusi permainan alat perkusi
bagi mengiringi lagu Adikku Sayang secara
ensembel

3. Pemerhatian
Pencapaian murid akan
diperhatikan menggunakan
instrumen dan kaedah
pengumpulan data yang dipilih
oleh pengkaji iaitu melalui
temubual, pemerhatian dan
juga ujian pra dan pasca.

(Rajah 5.1. Gelungan Intervensi)

16
5.1. Perancangan Tindakan.

Pelaksanaan intervensi kajian ini dirancang merujuk kepada lima proses yang

diterapkan dalam kaedah Eurhythmics iatu mendengar, merasai, berimaginasi,

mengintepretasi dan memberi respon.

5.1.1. Intervensi Kajian

AKTIVITI 1

Objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada aktiviti ini ialah murid dapat bergerak

mengikut detik. Bahan bantu mengajar yang telah digunakan adalah kibod, audio lagu

Adikku Sayang dan bola getah bersaiz kecil. Pada aktiviti ini, corak irama 1 telah

diperkenalkan kepada murid secara tidak langsung kerana ianya merupakan detik bagi

lagu yang digunakan.

Langkah 1: Pengkaji memainkan detik menggunakan kord C major pada kibod dan

murid bergerak dalam bulatan dengan gaya berkawad menghentak kaki.

Langkah 2: Murid telah diperdengarkan audio lagu Adikku Sayang dan pengkaji

membimbing murid untuk merasai detik dan menghentak kaki dalam bulatan

Langkah 3: Kemudian, murid berdiri dalam bulatan dan pengkaji mengedarkan sebiji

bola kepada seorang daripada murid tersebut. Kemudian, pengkaji yang berdiri

ditengah bulatan memberi arahan kepada murid untuk memberi bola kepada rakan

yang berada di sebelah kanan mengikut detik bagi lagu yang dimainkan. Apabila audio

lagu Adikku Sayang dimainkan, murid memberi bola kepada rakan sebelahnya

mengikut detik lagu tersebut. Murid yang gagal mengikut detik akan memberi kesan

kepada kelancaran pergerakan bola. Dengan melihat pada kelancaran pergerakan bola

itu, pengkaji dapat mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam merasai detik lagu.

17
Kutipan data menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan intrumen yang telah

disediakan dilaksanakan oleh pengkaji.

AKTIVITI 2 (a)

Bagi aktiviti kedua pula, pengkaji melaksanakan aktiviti pergerakan yang melibatkan

semua murid menerusi Quick Respond. Keempat-empat corak irama yang terdapat

dalam modul pengajaran muzik bagi tahun 5 telah diperkenalkan pada langkah ini.

Pengkaji menggunakan dua sesi PdP dengan memperkenalkan dua corak irama bagi

setiap PdP. Ini bertujuan bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan lebih

sistematik dan lancar. Berikut merupakan perlaksanaan berdasarkan proses

Eurhythmics Dalcroze dengan mengaplikasikan kelima proses Eurhythmics,

Pada aktiviti ini pengkaji menggunakan ruang yang ada di dalam bilik muzik

secara menyeluruh. Oleh itu, murid berdiri dengan mengambil ruang yang selesa untuk

membuat aktiviti pergerakan.

Tindakan Objektif Corak Irama

Aktiviti Murid dapat bergerak

2(a) mengikut corak irama

1 dan 2 mengiringi

audio lagu Adikku Corak irama 1

Sayang.

Corakirama 2

18
Langkah 1: Pengkaji memberi arahan agar murid mendengar cerita yang diampaikan

oleh pengkaji dengan membuat pergerakan yang sesuai apabila pengkaji memainkan

kord pada kibod. Berikut merupakan pelaksanaan aktiviti penceritaan:

“Pada suatu hari, Helmi sedang berjalan pulang ke rumah. Sedang

berjalan, dia terjumpa sebuah denai. Tanpa berfikir panjang Helmi

berjalan menyusuri denai tersebut (murid berjalan mengikut corak irama

1). Helmi ternampak sebuah sungai yang sangat cantik dan mneruskan

perjalanan menuju sungai tersebut. Tiba-tiba! dia ternampak seekor

beruang yang sangat besar muncul dan berada ditepi sungai untuk

mencari makanan. Helmi memberhentikan perjalanannya (pengkaji

berhenti memainkan iringan kibod bagi corak irama 1dan murid berhenti

berjalan). Saya berasa sangat takut dan berpaling kebelakang untuk

berpatah balik. Saya mengambil langkah satu persatu (pengkaji

memainkan kord bagi corak irama 2 dan murid melangkah mengikut bunyi

kibod yang dimainkan oleh pengkaji).” Cerita ini disambung oleh pengkaji

pada PdP yang seterusnya.

Langkah 2: Pengkaji memperkenalkan corak irama 1 dan 2 berdasarkan cerita yang

disampaikan. Oleh itu, murid berjalan mengikut detik apabila pengkaji memainkan

corak irama 1 dan melangkah mengikut corak irama 2 dengan bimbingan pengkaji.

Seterusnya pengkaji melaksanakan aktiviti Quick Respond bagi menguji

kefahaman murid dan kemahiran murid untuk mendengar corak irama yang dimainkan

oleh pengkaji. Pengkaji memainkan corak irama 1 dan 2 secara spontan tanpa ada

urutan yang tetap dan diselangi dengan ‘freeze’ dimana murid akan menjadi kaku. Data

akan dikutip menggunakan kaedah pemerhatian oleh pengkaji terhadap kebolehan

19
murid untuk mengnalpasti pergerakan yang betul bagi corak irama yang dimainkan

serta kebolehan murid untuk bergerak mengikut corak irama dengan betul.

Langkah 3: Pengkaji memperkenalkan corak irama yang dipelajari dengan

memaparkan skor menggunakan slaid. Audio dimainkan dan murid akan bergerak

mengikut corak irama 1 sepanjang lagu kemudian corak irama 2 dengan bimbingan

guru.

AKTIVITI 2 (b)

Jadual 3.

Tindakan Objektif Corak Irama

Aktiviti Murid dapat bergerak

2(b) mengikut corak irama

3 dan 4 mengiringi
Gambar 2.3. menunjukkan corak irama 3
audio lagu Adikku

Sayang.

Gambar 2.4 menunjukkan corak irama 4

Langkah 1: Pengkaji memberi arahan agar murid mendengar cerita yang disampaikan,

kemudian murid membuat pergerakan yang sesuai apabila pengkaji memainkan kord

pada kibod. Berikut merupakan pelaksanaan aktiviti penceritaan yang mempunyai

kesinambungan dengan penceritaan sebelumnya dengan tujuan murid-murid dapat

membuat perkaitan dan memahami pergerakan dengan lebih mudah.

20
“Rakan saya Helmi yang berjalan-jalan di hutan telah terserempak dengan

seekor beruang. Ketika cuba melarikan diri, Helmi telah tersepak sebiji batu

lalu terjatuh (murid melakonkan situasi tersebut) Kaki kirinya sakit dan dia

mengheret kaki kiri berjalan keluar ke jalan utama (pengkaji memainkan

corak irama 2 secara kord menggunakan kibod dan murid melakonkan

gaya mengheret kaki). Tiba-tiba beruang muncul di hadapan Helmi. Helmi

menumbuk beruang tersebut (corak irama 4 dimainkan oleh guru dan murid

membuat aksi menumbuk mengikut corak irama tersebut). Kemudian Helmi

melarikan diri (murid membuat aksi berlari setempat). Setelah menjumpai

jalan utama Helmi meneruskan perjalanannya dan pulang ke rumah

dengan selamatnya.”

Langkah 2: Pengkaji memperkenalkan corak irama 3 dan 4 berdasarkan cerita yang

disampaikan. Oleh itu, murid berjalan melangkah dan seret kaki apabila pengkaji

memainkan corak irama 3 dan menumbuk beruang bagi corak irama 4 dengan

bimbingan pengkaji. Seterusnya pengkaji mengulangi aktiviti Quick Respond yang

dilaksanakan pada aktiviti 2(a) bagi menguji kefahaman murid dan kemahiran murid

untuk mendengar corak irama yang dimainkan oleh pengkaji. Pengkaji memainkan

corak irama 3 dan 4 secara spontan tanpa ada urutan yang tetap dan diselangi dengan

‘freeze’ dimana murid menjadi kaku. Data dikutip menggunakan kaedah pemerhatian

oleh pengkaji terhadap kebolehan murid untuk mengnalpasti pergerakan yang betul

bagi corak irama yang dimainkan serta kebolehan murid untuk bergerak mengikut corak

irama dengan betul.

Langkah 3: Pengkaji memperkenalkan corak irama 3 dan 4 dengan memaparkan skor

menggunakan slaid. Audio dimainkan dan murid bergerak mengikut corak irama 3

sepanjang lagu kemudian corak irama 4 dengan bimbingan guru.

21
AKTIVITI 3

Setelah melaksanakan aktiviti pergerakan mengikut corak irama, pengkaji memainkan

audio lagu Adikku Sayang dan meminta murid membuat pergerakan mengikut corak

irama yang telah diajar.

Langkah 1: Pengkaji mengulangkaji sesi PdP yang lalu agar murid dapat merasai detik

bagi lagu Adikku Sayang. Ianya penting bagi membantu murid melakukan pergerakan

dengan lebih mudah semasa bergerak mengikut corak irama mengiringi lagu Adikku

Sayang. Murid berdiri dalam bulatan dan pengkaji memainkan Audio lagu Adikku

Sayang dan bersama-sama murid berkawad

Langkah 2: Pengkaji memasang audio lagu Adikku Sayang dan membimbing murid

melakukan pergerakan bagi corak irama 2, 3 dan 4. Kemudian pengkaji memainkan

lagu Adikku Sayang menggunakan kibod dalam tempo perlahan bagi membantu murid

bergerak mengikut corak irama 2 dengan lebih mudah. Seterusnya diulang bagi corak

irama 3 dan 4 pula. Seterusnya, kelajuan tempo meningkat daripada perlahan sehingga

tempo yang sebenar.

Langkah 3: Pengkaji membahagikan murid kepada dua kumpulan yang besar. Pengkaji

menetapkan agar kumpulan pertama memainkan corak irama 2 (melangkah) dan

kumpulan kedua bergerak mengikut corak irama 3 (kaki kanan melangkah dan seret

kaki kiri). Audio lagu Adikku Sayang dimainkan, pada waktu yang sama kumpulan

pertama (corak irama 2) dan kumpulan kedua (corak irama 3) melakukan pergerakan

mengiringi lagu tersebut. Seterusnya murid akan bertukar peranan. Bahagian ini

diulang dengan menggunakan corak irama 3 dan 4.

22
AKTIVITI 4

Pada bahagian ini, pengkaji mengaplikasikan aktiviti pergerakan yang dilaksanakan

pada aktiviti 3 kepada permainan alat perkusi dalam meter tigaan. Pada langkah ini

pengkaji hanya fokus pada corak irama 3 dan 4 dalam memainkan alat perkusi secara

ensembel mengiringi lagu Adikku Sayang.

Langkah 1: Pengkaji memainkan Audio lagu Adikku Sayang dan meminta murid

menepuk corak irama 1 sepanjang lagu. Langkah ini diulang bagi corak irama 2, 3 dan

4.

Langkah 2: Murid dibahagikan seramai enam orang dalam satu kumpulan. Pengkaji

mengedarkan alat perkusi kastanet dan loceng. Pengkaji membimbing murid

memainkan alat perkusi loceng bagi corak irama 3 dan kastanet bagi corak irama 4

mengiringi audio Adikku Sayang. Kemudian dalam kumpulan murid memainkan

kastanet dan loceng secara ensembel dengan bimbingan guru mengiringi lagu Adikku

Sayang.

Langkah 3: Murid melakukan persembahan memainkan corak irama 3 dan 4 secara

ensembel mengiringi lagu Adikku Sayang menggunakan kastanet dan loceng di

hadapan kelas. Pengkaji merekod prestasi murid pada borang senarai semak yang

disediakan oleh pengkaji mengikut rubrik yang telah ditetapkan.

5.2. Kaedah Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan perkara yang amat penting dalam kajian ini. Data yang

baik adalah yang menjurus kepada topik atau isu kajian dan ianya dapat menyediakan

jawapan kepada kajian (Mills G, 2003). Data juga merupakan bahan bukti yang terbaik

bagi membantu pengkaji menjawab persoalan dan menjadikan kajian ini lebih kukuh.

Keberkesanan dalam menyelesaikan isu atau masalah dapat dibuktikan menggunakan

23
data yang dipersembahkan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji merancang untuk

menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temubual serta ujian

pra dan pasca bagi memperoleh data triangulasi. (Rujuk Lampiran A).

5.2.1. Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian terhadap murid bagi kajian ini semasa

mereka menjalani intervensi. Menurut Creswell (2009) kaedah pemerhatian ini

merangkumi peluang untuk merekod informasi yang mengandungi tempat dan

mengkaji tingkah laku sebenar. Kaedah pemerhatian adalah sangat relevan dan ianya

berkesan bagi kajian kualitatif kerana hasil pemerhatian tidak diukur dalam bentuk

numerik atau statistik berstruktur. Pengkaji berperanan sebagai peserta pemerhati

kerana terlibat dengan aktiviti mengajar murid memainkan corak irama menggunakan

kaedah Eurhythmics. Jenis pemerhatian yang akan digunakan adalah pemerhatian

berstruktur. Oleh itu, pengkaji akan menetapkan item yang ingin diperhatikan terlebih

dahulu. Rubrik pemarkahan perlui ditetapkan terlebih dahulu bagi memudahkan

pengkaji merekod prestasi murid dengan lebih tepat.

5.2.2. Temubual

Temubual merupakan kaedah pengumpulan data yang paling asas bagi memperoleh

sesebuah data kualitatif. Ia melibatkan perbualan diantara pengkaji bersama responden

yang mempunyai tujuan. Bagi beberapa kes, dewasa dan kanak-kanak akan

memberikan respon yang jujur sekiranya mereka berada pada situasi temubual yang

hanya bersama pengkaji sahaja (Koshy, 2005). Pengkaji memilih untuk menggunakan

temubual fokus kumpulan. Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan kaedah

temubual ini ialah rakaman audio.

Menurut Rosinah Edinin (2008), temubual terbahagi kepada tiga iaitu temubual

berstruktur, temubual separa struktur dan temubual tidak berstruktur. Pengkaji memilih

24
untuk melaksanakan temubual berstruktur di mana soalan-soalan yang diutarakan telah

ditetapkan terlebih dahulu oleh pengkaji (Rujuk Lampiran).

5.2.3. Ujian Pra dan Pasca

Ujian digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, mahupun selepas

kajian dijalankan. Terdapat dua jenis ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan

pasca. Ujian pra akan dijalankan kepada murid sebelum pengkaji melaksanakan proses

kaedah Eurhythmics di dalam kelas manakala ujian pasca pula akan dijalankan selepas

murid mengikuti proses pengajaran pendidikan Muzik menggunakan kaedah

Eurhythmics.

Ujian ini dilaksanakan secara individu berdasarkan soalan yang dibentuk (Rujuk

Lampiran E) mengenai corak irama dan pengkaji telah merakam video murid

memainkan irama yang diberi. Prestasi murid dinilai berdasarkan kebolehan mereka

memainkan irama mengikut nilai not yang tepat serta dalam tempo yang konsisten.

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pengkaji mengenalpasti peningkatan

murid memainkan irama dan membuat penilaian terhadap keberkesanan proses PdP

yang dijalankan menggunakan kaedah Eurhythmics.

5.3. Cara Menganalisis Data

Dalam sesebuah kajian tindakan, terdapat beberapa bentuk dalam menganalisis data

dan pengkaji perlu mengenalpasti adakah data yang dikutip berbentuk kuantitatif sahaja

ataupun kulatitatif ataupun gabungan bagi kedua-duanya. Bagi kajian ini, data yang

dikutip oleh pengkaji adalah berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian,

temu bual dan ujian pra dan pos. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah

Eurhythmics yang telah dijalankan.

25
5.3.1. Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti sesi

PdP bagi intervensi yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Instrumen yang digunakan

ialah borang senarai semak. Menurut Rosinah Edinin (2008), pemerhatian

menggunakan senarai semak adalah lebih senang di analisis berbanding dengan

pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap

penguasaan murid untuk bergerak mengikut corak irama yang betul serta memainkan

corak irama menggunakan alat perkusi dalam meter tigaan dalam mengiringi lagu.

Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya

pengkaji dapat mengesan kelemahan pada item-item yang telah ditetapkan. Data yang

diperoleh telah direkodkan dalam bentuk jadual dan bilangan murid bagi setiap skor

dinyatakan dalam bentuk peratus.

5.3.2. Temubual

Bagi kaedah temu bual, pengkaji menganalisis data menggunakan analisis kandungan

yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian temubual merupakan

sesuatu yang unik kerana melibatkan proses pengumpulan data melalui lisan antara

dua pihak secara langsung (Sang, 2010). Kaedah ini digunakan untuk mengkaji

beberapa individu yang terpilih atau sesuai digunakan dalam kajian yang memerlukan

pengumpulan data daripada persampelan yang besar (Othman, 2014). Temubual

dilaksanakan secara berkumpulan dan hasil daripada respon yang diberikan oleh murid

secara individu dikumpul dan tema bagi setiap kumpulan dikenalpasti berdasarkan

bilangan murid yang terbesar.

Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan makna.

Menurut Burn (1995) kategori pengkodan harus dibangunkan sebaik sahaja

pengumpulan data pertama dilakukan. Silverman (2000) turut menyatakan bahawa


26
pengkodan perlu dilakukan dengan teliti dan dikategorikan berdasarkan temubual yang

telah dirakam dan ditranskripkan dalam setiap baris ayat itu. Oleh itu, hasil temubual

telah ditranskripkan dan diperincikan kategori melalui pengkodan. Kemudian hasil

analisis data ini pengkaji masukkan ke dalam bentuk jadual. (Rujuk Lampiran H)

5.3.3. Ujian Pra dan Pasca

Ujian pra dan pasca di jalankan oleh pengkaji untuk mengukuhkan lagi kajian yang

dijalankan. Ujian yang dilaksanakan secara amali menggunakan soalan yang sama

bagi kedua-dua ujian. Apa yang membezakannya adalah ujian pra dilaksanakan pada

awal kajian sebelum intervensi dijalankan manakala ujian pasca dilaksanakan sebaik

sahaja intervensi selesai. Ujian ini mengandungi empat corak irama yang telah

dipelajari semasa murid mengikuti intervensi yang dijalankan menggunakan kaedah

Eurhythmics.. Secara individu murid diminta untuk menepuk corak irama yang diberi

sepanjang dua bar. Rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan berbentuk skala yang

terbahagi kepada lima tahap iaitu sangat lemah (1), lemah (2), sederhana (3), baik (4)

dan sangat baik (5).

Bagi keputusan ujian pra dan pasca, kedua-dua data tersebut direkodkan

menggunakan borang senarai semak dan pengkaji akan tanda pada skala yang sesuai

berdasarkan prestasi murid. Keputusan ujian pra dan pasca dipersembakan dalam

bentuk graf bar agar pengkaji dapat membuat perbandingan dengan lebih jelas

terhadap prestasi murid sebelum dan selepas kajian ini dilaksanakan.

27
6.0. DAPATAN KAJIAN

Persoalan Kajian 1: Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran

murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam meter tigaan?

Bagi persoalan kajian ini, ianya telah dijawab melalui kutipan data pemerhatian dan

temubual. Hasil kutipan data yang diperoleh telah membuktikan kaedah Eurhythmics

dapat meningkatkan kemahiran murid untuk bergerak mengikut corak irama dalam

meter tigaan. Semasa melaksanakan intervensi, pada aktiviti 2 pengkaji telah

melaksanakan aktiviti Quick Action Respond dimana murid perlu melakukan

pergerakan mengikut corak irama yang didengar. Hasil kutipan data adalah seperti

berikut:

Bergerak mengikut muzik dengan corak irama yang betul

12%
Boleh
Tidak boleh
83%

Rajah 6.1. Carta Pai Keputusan Kaedah Pemerhatian

Carta pai diatas menunjukkan data hasil daripada kaedah pemerhatian yang

telah dilaksanakan oleh pengkaji. Data ini dikutip menggunakan instrumen senarai

semak yang telah disediakan oleh pengkaji (Rujuk Lampiran B). Hasil kutipan data jelas

menunjukkan sebahagian besar murid iaitu sebanyak 83% merangkumi skala 4 dan 5

dapat bergerak mengikut corak irama yang didengar dengan betul. Manakala hanya

28
12% murid tidak dapat bergerak mengikut corak irama muzik yang dimainkan oleh

pengkaji.

Keputusan yang diperoleh melalui kaedah pemerhatian ini dapat disokong

menerusi hasil temubual yang dilaksanakan oleh pengkaji kepada murid secara

berkumpulan. Hasil temubual menunjukkan sebanyak 66.67% murid dapat

membezakan corak irama yang dimainkan oleh pengkaji semasa aktiviti pergerakan

dilaksanakan. Antara respon yang diberikan oleh murid adalah “Saya ikut rentak yang

cikgu main” dan “Saya tumbuk (murid menunjukkan pergerakan menumbuk) bila cikgu

main ada laju-laju sikit tu (not kuaver)” Respon yang diberikan membuktikan bahawa

murid dapat mengenalpasti dan mendemonstrasikan pergerakan yang betul semasa

aktiviti Quick Action Response dilaksanakan.

Seterusnya, sebanyak 16.67% murid telah memberi respon bahawa mereka

dapat bergerak mengikut muzik namun mereka bergerak mengikut rakannya atau naluri

kerana mereka telah mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti pergerakan yang

betul. Antara respon yang diberi adalah “Saya ikut hati” dan “Ikut kawan”. Namun

murid-murid ini masih dapat bergerak mengikut corak irama yang dimainkan oleh

pengkaji. Akhir sekali, seramai 16.67% murid telah memberi respon mereka tidak dapat

bergerak mengikut muzik dan antara sebab yang diberikan adalah “sebab ada konfius

sikit” dan “tak dapat ikut muzik (corak irama)”

Persoalan Kajian 2: Adakah kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran

murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not minim bertitik, minim,

krocet, dan kuaver dalam meter tigaan dengan tepat?

Kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak

irama yang mengandungi not minim bertitik, minim, krocet, dan kuaver dalam meter

29
tigaan dengan tepat. Murid telah dinilai secara individu untuk menepuk keempat-empat

corak irama sepanjang dua bar sebelum dan selepas intervensi dijalankan (Rujuk

Rajah 6.2) menerusi ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan oleh pengkaji secara

amali (Rujuk Rajah 6.3)

(Rajah 6.2. Corak irama Ujian Pra dan Pasca)

Ujian Pra Ujian Pasca


120%
100% 100%
100% 90%
81%
80% 74%
61%
60% 50%
40%
19%
20%

0%
Irama 1 Irama 2 Irama 3 Irama 4

(Rajah 6.3 Carta Bar Keputusan Ujian pra dan pasca)

30
Berdasarkan rajah di berikut, terdapat peningkatan bagi jumlah bilangan murid

yang dapat menepuk corak irama dengan betul bagi kesemua irama selepas intervensi

dilaksanakan. Pada peringkat ujian pra bagi corak irama 1 sebanyak 90% murid dapat

menepuk corak irama 1 dan akhirnya kesemua murid dapat menepuk corak irama 1

dengan tepat iaitu seramai 100%. Bagi corak irama 2 pula sebanyak 61% murid berjaya

menepuk corak irama dengan tepat dan ujian pasca juga menunjukkan seramai 100%

murid dapat menepuk corak irama 2 dengan tepat. Ujian pra bagi corak irama 3

menunjukkan seramai 50% murid dapat menepuk dengan betul dan meningkat menjadi

81% pada ujian pasca. Akhir sekali, seramai 19% murid dapat menepuk mengikut

corak irama dengan tepat pada corak irama 4 dan pada ujian pasca pula seramai 74%

sekali gus telah menunjukkan peningkatan yang tertinggi berbanding corak irama yang

lain.

Persoalan Kajian 3: Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan

kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam mengiringi lagu?

Bagi persoalan kajian tiga pula, pengkaji dapati kaedah Eurhythmics dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama meter tigaan dalam

mengiringi lagu. Ianya dijawab dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan

temubual. Terdapat dua corak irama yang diuji berdasarkan intervensi yang telah

dilaksanakan pada aktiviti 4 (Rujuk Rajah 6.4)

(Rajah 6.4. Corak Irama 3 dan 4)

31
1 2 3 4 5
Skala
(Sangat (Lemah) (Sederhana) (Baik) (Sangat
Item
lemah) baik)

2. Memainkan alat 0% 5.55% 25% 27.77% 41.66%

perkusi dengan
(0) (2) (9) (10) (15)
betul secara

konsisten

(N = 36)

(Jadual 6.1 Keputusan Pemerhatian Item 2)

Jadual 6.1 di atas merupakan hasil pemerhatian yang telah dinilai berdasarkan

kriteria serta rubrik skala yang telah ditetapkan oleh pengkaji (Rujuk Lampiran B). Data

diatas menunjukkan sebanyak 0% iaitu tiada murid yang memainkan kedua-dua corak

irama dengan nilai not yang salah dalam mengiringi lagu Adikku Sayang. Murid yang

mendapat skala baik adalah sebanyak 27,77% iaitu seramai 10 orang murid telah

berjaya memainkan kedua-dua corak irama dengan nilai not yang betul namun tidak

konsisten. Manakala sebanyak 41.66% murid telah berjaya memainkan kedua-dua

corak irama dengan nilai not yang betul mengiringi lagu Adikku Sayang secara

konsisten sepanjang lagu.

Data pemerhatian telah ini telah disokong menggunakan kaedah temubual, hasil

daripada proses temubual telah menunjukkan sebahagian besar murid iaitu sebanyak

66.67% telah memberi respon dengan melakukan aktiviti pergerakan mereka senang

untuk fahami corak irama yang diajar. Antara jawapan yang diberikan oleh murid

adalah “Saya ingat corak irama, dulu saya main teruk sekarang okay cikgu.” dan “Yes! I

32
think it is helpful because I can play it better”. Ini dapat menunjukkan bahawa kaedah

Eurhythmics telah dapat membantu murid memainkan corak irama menggunakan alat

perkusi dalam meter tigaan mengiringi lagu.

Seterusnya sebanyak 16.67% murid telah memberi pendapat dengan

melakukan aktiviti pergerakan, ianya telah membantu mereka untuk mengingati nilai not

serta irama yang perlu dimainkan menggunakan alat perkusi kerana selama tempoh

tiga bulan kajian dijalankan murid telah belajar keempat-empat corak irama (Rujuk

Lampiran E). Berikut merupakan respon murid “Saya rasa membantu sebab dia ulang-

ulang jadi saya ingat dah” dan ”Senang cikgu sebab saya ingat dah corak irama”

Namun, masih terdapat 16.67% murid yang masih keliru dan mengalami

masalah untuk memainkan corak irama 3 dan 4 menggunakan alat perkusi dalam

meter tigaan bagi mengiringi lagu. Jawapan yang diberikan oleh murid bagi tema ini

adalah “kalau main sorang-sorang boleh sikit kalau ramai-ramai tak boleh cikgu,

pening. dan “kadang dapat kadang tak dapat, konfius cikgu”. Respon yang telah

diberikan menunjukkan murid keliru dan akhirnya mereka tidak dapat memainkan corak

irama yang diberi dengan niai not yang betul sepanjang lagu.

7.0. REFLEKSI

Kesimpulannya, keberkesanan kaedah Eurhythmics dalam meningkatkan kemahiran

memainkan corak irama meter tigaan bagi murid tahun lima ini terbukti apabila ketiga-

tiga objektif kajian telah tercapai. Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan

Eurhythmics Dalcroze ini masih relevan untuk diguna pakai pada masa kini khasnya

dalam kelas-kelas Pendidikan Muzik. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat memberi

manfaat kepada guru-guru yang ingin meningkatkan kuaiti PdP agar pembelajaran

murid lebih berkesan. Guru yang mengalami masalah yang sama juga dapat

33
menjadikan kajian ini sebagai rujukan bagi menangani masalah murid memainkan

corak irama dalam meter tigaan.

Pada peringkat awal, murid menunjukkan prestasi yang kurang

memberangsangkan dalam memainkan corak irama dalam meter tigaan semasa sesi

PdP. Oleh itu, pengkaji telah memilih kaedah Eurhythmics ini bagi menangani masalah

ini. Semasa intervensi dijalankan murid telah melakukan aktiviti pergerakan mengikut

muzik yang dimainkan oleh pengkaji menggunakan alat muzik kibod dan juga audio

lagu Adikku Sayang. Secara tidak langsung murid telah mempelajari sesuatu yang baru

di mana muzik bukan sahaja melibatkan nyanyian, dan memainkan alat sahaja. Aktiviti

pergerakan juga dapat diaplikasikan kepada permainan corak irama menggunakan alat

perkusi. Pergerakan juga merupakan salah satu cara bagi murid untuk

mengekspresikan kecerdasan muzikalnya.

Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa melalui aktiviti pergerakan sedikit

sebanyak telah berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mereka

memainkan corak irama mengiringi lagu. Dapatan kajian ini juga dapat dikongsi

bersama guru-guru yang mengajar dalam bidang pendidikan Muzik melalui penyertaan

dalam penulisan akademik, seminar dan bengkel sama ada di dalam mahupun di luar

negara.

Kekuatan yang dapat dilihat sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji mendapati

aktiviti yang dirancang adalah menarik dan berkesan. Ini dapat dilihat menerusi aktiviti

Quick Action Respond, murid seronok semasa aktiviti bergerak dilaksanakan sehingga

ada murid yang meminta agar pengkaji mengulangi aktviti tersebut. Selain itu, aktiviti

menggunakan bola juga membantu pengkaji dalam mengawal kelas dan melibatkan

semua murid secara aktif. Murid juga telah menunjukkan kesungguhan dalam

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pengkaji.


34
Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti

oleh pengkaji sepanjang melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah, tempoh masa PdP

yang singkat telah menyukarkan pengkaji untuk merancang sesi intervensi yang

pelbagai. Oleh itu, pengkaji telah membahagikan beberapa aktviti kepada dua sesi PdP

yang berbeza agar murid dapat menerima pembelajaran yang lebih bermakna dan lebih

berkesan. Oleh kerana kekangan masa, intervensi yang dirancang hanya dilaksanakan

untuk satu kitaran sahaja.

Pengkaji juga mendapati masih ada murid yang menepuk corak irama dengan

nilai not yang salah secara tidak konsisten dan tidak mengikut tempo. Pengkaji telah

memainkan dengan tempo perlahan menggunakan piano semasa murid menepuk

corak irama. Namun murid tidak mengikut tempo yang diberikan. Murid menepuk

semakin laju. Semasa diuji secara berkumpulan, terdapat murid yang dapat mengikut

tempo dengan konsisten dan terdapat juga murid yang tidak dapat menepuk corak

irama mengikut tempo dan teragak- agak untuk menepuk. Menurut Grieshaber (1987),

masalah utama yang dihadapi dalam menepuk corak irama ialah disebabkan tempo.

Walaupun sesuatu detik diberikan sepanjang proses menepuk, murid masih menepuk

dengan semakin cepat.

8.0. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pelaksanaan sebuah kajian tindakan merupakan satu proses yang berterusan bagi

meningkatkan mutu dan kualiti kajian yang dilaksanakan, pelbagai penambahbaikan

atau idea yang baharu boleh ditambah untuk menjadikan kajian itu lebih menarik dan

berkesan. (Mills, G. 2009). Bagi kajian ini, aktiviti pergerakan dapat dibuktikan dalam

meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter tigaan. Oleh itu,

saya mencadangkan agar kaedah ini dapat dipanjangkan kepada permainan perkusi

bagi meter lagu yang lain juga seperti meter duaan dan juga empatan.
35
Selain itu, saya juga mencadangkan agar kajian ini dapat digabungkan dengan

elemen TMK dengan lebih meluas kerana kaedah Eurhythmics ini telah diperkenalkan

oleh Jaques Dalcroze sejak dari tahun ?? Dalam tempoh itu sehingga hari ini, ke

kemajuan teknologi telah berkembang dengan maju. Saya yakin dengan adanya

gabungan TMK, ianya dapat memudahkan pengkaji melaksanakan intervensi dengan

lebih mudah dan berkesan. Sebagai contoh menggunakan kesan audio yang lebih

menarik atau efek animasi yang lebih realistik dalam membantu murid membentuk

imaginasi dengan lebih mudah.

Sepanjang kajian ini dilaksanakan, pengkaji hanya menggunakan audio lagu

Adikku Sayang pada sesi perlaksanaan intervensi. Terdapat murid yang bosan apabila

lagu yang sama dimainkan secara berulangkali. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar

pada masa akan datang kajian ini perlu mempelbagaikan audio yang sesuai dengan

tahap murid dengan menggunakan meter yang sama. Bagi memudahkan pengkaji lain,

lagu Abang Balik Kampung juga boleh digunakan semasa melaksanakan intervensi

kerana ianya terkandung dalam modul pengajaran guru dan mempunyai pergerakan

kord yang sama dengan lagu Adikku sayang. Oleh itu, apa kedua-dua lagu ini boleh

dimainkan secara berselang seli mengikut kesesuaian aktiviti yang dirancang.

36
9.0. SENARAI RUJUKAN

Abramson, R. M. (1980). Improvisation for K-8 students: Dalcroze-based improvisation.

Music Educators Journal, 62.

Burn, R. B (1995). Introduction To Research Methods. Melbourne: Longman.

Caldwell, T. (1993). A Dalcroze Perspective on Skills For Learning. Educators Journal

79(7), 27-28.

Campbell, D. (2004). Teaching and Learning Through Multiple Intelligences. New York:

Pearson

Choksy, L. (1981). The Kodaly Context: Creating An Environment for Musical Learning.

New Jersey: Prentice Hall.

Findlay, E. (1971). Rhythm and Movement: Applications of Dalcroze Eurhythmics.

Secaucus, New Jersey: Summy Birchard, 1971.

Gardner, H. (1983). Frames of Mind. The Theory of Multiple Intelligences. New York:

Basic Books.

Grieshaber, K. (1987). Children's Rhythmic Tapping: A Critical Review of Research.

Bulletin of the Council for Research in Music Education, no. 90, 73-82.

Jeong, J-E. (2005). Adaptation of Dalcroze Methodology to The Teaching of Music to

Kindergarten Students In Korea. Thesis D.M.A. Massachusetts: Boston

University.

Kemmis S., & McTaggart (1988). The Action Research Reader. Australia: Deakin

University Press.

37
Koshy V, (2005). Action Research for Improving Practice. Great Britain: Paul Chapman

Publishing.

Manifold, L. H. (2008). Applying Jaques Dalcroze's Method to Teaching Musical

Instruments and Its Effect on The Learning Process. 468Pp0).

Miles, M. B. Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded

Sourcebook. 2nd ed. Thousand Oaks, Califf: Sage.

Mills, G. (2009). In Action Research: A Guide fot The Teacher Research Second

Edition. USA: Sage Publications.

Monica D. (1998) The Quantifying Analysis of Effectiveness of Music Learning Through

the Dalcroze Musical Method. Online Submission, 5(9), 32-41.

Othman, Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode.

Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosinah Edinin. (2008). Penyelidik Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd

Sang, Mook Soon. (2010). ienyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Puchong, Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd.

Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. London,

Thousand Oaks, New Delhi: Sage

Wang, D.P. (2003).The Quantifying Analysis of Effectiveness of Music Learning

Through The Dalcroze Musical Method. Faculty of Education, University of

Macau, Taipa Macau, China. USA.

38
10.0. LAMPIRAN

LAMPIRAN A

DATA TRIANGULASI

Persoalan Kajian Intrumen

1 Pemerhatian
Adakah kaedah Eurhythmics dapat

meningkatkan kemahiran murid untuk Temubual

bergerak mengikut corak irama dalam

meter tigaan?

2 Adakah kaedah Eurhythmics dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam


Ujian pra dan pasca
memainkan corak irama yang

mengandungi not minim bertitik, minim,

krocet, dan kuaver dalam meter tigaan

dengan tepat?

3 Mengkaji sama ada kaedah Eurhythmics Pemerhatian

dapat meningkatkan kemahiran murid


Temubual
dalam memainkan corak irama meter

tigaan dalam mengiringi lagu?

39
LAMPIRAN B

RUBRIK PEMARKAHAN SENARAI SEMAK (PEMERHATIAN)

Item 1 Bergerak mengikut corak irama yang dimainkan oleh guru.

Item 2 Memainkan corak irama dengan nilai not yang betul sepanjang lagu

Skor 1 2 3 4. 5

Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Item 1 Murid tidak Murid tidak Murid bergerak Murid Murid dapat
memberi bergerak mengikut irama bergerak bergerak
respon apabila mengikut irama yang mengikut mengikut
guru yang betul dimainkan oleh irama setelah irama
memainkan sepanjang lagu guru tetapi melihat sepanjang
lagu. dimainkan. tidak konsisten. rakannya lagu yang
bergerak. dimainkan
oleh guru.

Item 2 Murid Murid dapat Murid dapat Murid dapat Murid dapat
memainkan memainkan memainkan memainkan memainkan
kesemua corak satu corak satu corak dua corak dua corak
irama dengan irama dengan irama dengan irama irama
nilai not yang nilai not yang nilai not yang dengan nilai dengan nilai
salah betul tetapi betul not yang not yang
tidak konsisten betul tetapi betul secara
tidak konsisten.
konsisten.

40
LAMPIRAN C

BORANG PEMERHATIAN

Bil Murid Item 1 Item 2 Item 3 Catatan


1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1 M1

2 M2

3 M3

4 M4

5 M5

6 M6

7 M7

8 M8

9 M9

10 M10

11 M11

12 M12

13 M13

14 M14

15 M15

16 M16

17 M17

18 M18

19 M19

20 M20

21 M21

22 M22

41
23 M23

24 M24

25 M25

26 M26

27 M27

28 M28

29 M29

30 M30

31 M31

32 M32

33 M33

34 M34

35 M35

36 M36

37 M37

42
LAMPIRAN D

RUBRIK PEMARKAHAN UJIAN PRA DAN PASCA

1 2 3 4 5
Skor (Sangat
(Lemah) (Sederhana) (Baik) (Sangat
Lemah)
Baik)

Murid Murid dapat Murid dapat Murid dapat Murid dapat


memainkan satu corak memainkan memainkan memainkan
Tahap
kesemua irama dua corak tiga corak empat corak
murid
corak irama dengan betul irama irama irama
dengan dengan betul dengan betul dengan betul
salah

43
LAMPIRAN E

SOALAN UJIAN PRA DAN PASCA (AMALI)

Murid diminta untuk memainkan corak irama berikut dengan nilai not yang tepat.

1.

2.

. .
3.

4.

44
LAMPIRAN F

SOALAN TEMUBUAL BERSTRUKTUR

Dilaksanakan secara berkumpulan.

Bil Soalan

1. Bagaimana kamu kenalpasti pergerakan yang betul semasa melakukan


aktiviti Quick Respond?

2. Bagaimana pergerakan tersebut membantu kamu dalam memainkan corak


irama pada alat perkusi?

3. Cuba kamu tepuk semula corak irama ini? (pengkaji memaparkan satu
daripada empat corak irama yang telah dipelajari)

45
LAMPIRAN G

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

Kumpulan 1

Pengkaji : Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sampel : Waalaikumsalam / selamat pagi cikgu

Pengkaji : Semasa cikgu memainkan kibod, bagaimana kamu kenalpasti pergerakan

yang betul semasa melakukan aktiviti Quick Respond?

Sampel : Saya dengar dan gerak.

Sampel : Saya ingat bila cikgu tunjuk (demonstrasi) tu.

Sampel : Saya tak tau lah cikgu, ikut ja lagu tapi boleh.

Pengkaji : Owh, okay lepas tu bagaimana pula pergerakan yang kamu lakukan itu

dapat membantu kamu dalam memainkan corak irama pada alat perkusi?

Sampel : Hmm, ingat dah corak irama

Sampel : Gerak tu senang ingat

Sampel : Haah, gerak tu senang ingat sebab banyak kali buat. Main perkusi senang

sikit dari dulu.

Sampel : mula tak faham, lepas itu saya ikut cikgu gerak-gerak, saya faham dan

boleh tepuk tangan ikut irama tu.

Pengkaji : Bila main kat alat perkusi?

Sampel : Senang sikit cikgu (mengangguk), dulu saya tak boleh main betul-betul.

: Owh, cuba kamu semua tepuk corak irama ini bersama-sama. (pengkaji

menunjukkan salah satu corak irama)

:*5/6 murid dapat menepuk corak irama dengan betul

Pengkaji :Okay, bagus thank you semua.

46
Kumpulan 2

Pengkaji : Selamat pagi semua

Sampel : Selamat pagi cikgu.

Pengkaji : Harini ini, cikgu nak tanya beberapa soalan berkaitan aktiviti yang telah

kita laksanakan. Are u ready?

Sampel : Yes teacher!

Pengkaji :Baiklah, semasa kita laksanakan aktiviti Quick Respond, bole kamu

beritahu cikgu bagaimana kamu kenalpasti pergerakan yang betul untuk

bergerak?

Sampel : I move based on the way you play. If you play like this (murid mengajuk

gaya guru) I will walk.

Sampel : saya ikut bunyi cikgu. Kadang saya jalan kadang saya seret kaki.

Sampel :Yes, saya tumbuk (pergerakan menumbuk) bila cikgu main ada laju-laju

(not kuaver) sikit tu.

Sampel : Saya ikut bunyi.

Pengkaji :Bagus-bagus, seterusnya cikgu nak tanya, bagaimana pula pergerakan

tersebut membantu kamu dalam memainkan corak irama pada alat

perkusi?

Sampel : Saya ingat corak irama, dulu saya main teruk sekarang okay cikgu.

Sampel : Corak irama jadi senang nak main.

Sampel : Hmm, I think it’s quite hard but I manage to play better than before.

Pengkaji : Why do you think its hard?

Sampel : I confused but when teacher show on slides I can follow.

Pengkaji : Does moving around helps you to play the percussion?

Sampel : Yes teacher.

47
Pengkaji : Great!! Okay thank you.

Sampel : Welcome.

Kumpulan 3

Pengkaji : Hai semua.

Sampel : Hai Cikgu

Pengkaji : Boleh kamu beritahu semasa aktiviti Quick Action Respond bagaimana

Sampel kamu kenalpasti pergerakan yang betul untuk bergerak.

Sampel : Ikut relics (rhythm) and we feel like we wanna do like that.

Sampel : Yaa, we can feel the difference.

Pengkaji : How about you?

Sampel : Ya, I can differentiate the rhythm.

Pengkaji : Semasa memainkan corak irama menggunakan alat perkusi kamu rasa

aktiviti pergerakan tu membantu ke?

Sampel : Yes! I think it is helpful because I can play it better.

Sampe, : Yes, It helps a lot.

Sampe : A little bit confius but I can have improvement playing that corak irama.

Pengkaji : Since you are already in standard five. Do you think this movement

activity interesting?

Sampel : Yes (senyum sambil mengangguk) it feels like 21st century learning.

Sampel : Yaa, we all have fun.

Sampel : I like to play.

Pengkaji Kamu boleh tak mainkan alat perkusi mengiringi lagu setelah melakukan

aktiviti pergerakan, mengapa?

48
: Lepas saya dapat tepuk corak irama tu, saya rasa senang sikit nak main

kat alat perkusi.

: Senang cikgu sebab saya ingat dah corak irama.

: Iyaa, saya boleh kut sebab dah selalu dengar

: Okay, thank you for your cooperation.

Kumpulan 4

Pengkaji : Assalamualaikum

Sampel : Waalaikumsalam

Pengkaji : Baiklah, semasa melakukan aktiviti pergerakan (Quick Action

Response), kamu diminta untuk bergerak mengikut muzik yang cikgu

mainkan menggunakan kibod. Seronok tak aktiviti tu?

Sampel : Seronok! (sambil menggangguk kepala)

Sampel : Seronok tapi sekejap sangat la cikgu.

Pengkaji : Awat tak puas ka?

Sampel : Haah x puas.

Pengkaji : Okay, hmmm. kamu dapat bergerak mengikut muzik yang cikgu mainkan

tak?

Sampel : Dapat.

Sampel : Tak, sebab ada konfius sikit

Sampel : Dapat

Pengkaji : Kalau dapat, bagaimana kamu boleh tahu bila perlu tukar dari satu

pergerakan ke pergerakan yang lain?

Sampel : Because we always do that so, its easy already lah.

49
Pengkaji : How do you know when you need to change the steps?

Sampel : I listen to (the) music.

Sampel : Mmm, macam bila saya dengar tu saya ikut rentak saja lah. Ikut kreativiti

lah saya nak lari semua tu.

Pengkaji :Semasa memainkan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu

membantu tak? Bagi sebab kenapa.

Sampel Okay, cuba kamu tepuk corak irama ini. (pengkaji memaparkan satu

daripada empat corak irama yang telah dipelajari)

: *Kesemua murid dapat menepuk corak irama 3 dengan betul.

: Haaa, good! Itu sahaja, Thank You.

Kumpulan 5

Pengkaji : Hello,

Sampel : Hello cikgu.

Pengkaji : Dalam aktiviti pergerakan yang cikgu lakukan, dapatkah kamu bergerak

mengikut muzik? Macam mana kamu tahu perlu begerak pergerakan yang

berbeza?

Sampel : Tak dapat sebab saya tak reti ikut muzik

Sampel : Saya dengar saya buatlah ikut cikgu.

Sampel : Saya cuba ikut rentak tapi konfius.

Sampeli : I follow the music.

Sampel : Saya ingat apa yang cikgu mainkan daripada mula-mula dulu, saya

Sampel dengar dia lain saya bergeraklah. (pergerakan baru)

Pengkaji : Semasa memainkan alat perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu

50
membantu tak? Bagi sebab kenapa.

Sampel : Membantu, mula-mula pening sebab kawan saya main tak betul, lama-

lama okay.

Sampel : Kalau main sorang-sorang boleh sikit, kalau ramai-ramai tak boleh cikgu,

pening.

Sampel : Kadang dapat kadang tak dapat, konfius cikgu.

Sampel : Boleh.

Pengkaji : Kenapa boleh?

Sampel : Sebab kene main satu corak irama ja time iring lagu.

Pengkaji : Itu sahaja untuk sesi temubual kita, terima kasih.

Kumpulan 6

Pengkaji : Semasa aktiviti pergerakan, bagaimana kamu tahu bila perlu mengubah

dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain?

Sampel : Saya dengar dan Ikut rentak muzik yang cikgu main

Sampel : Saya keliru tapi lama-lama saya dapat ikut.

Sampel : Ikut hati

Sampel : Ikut kawan.

Pengkaji : CIkgu harap kamu bagi kerjasama ya.

Sampel : Ada beza rentak yang cikgu main.

Pengkaji :Okay good. Seterusnya, cikgu nak tanya, semasa memainkan alat

perkusi kamu rasa aktiviti pergerakan tu membantu tak? Bagi sebab

kenapa,

Sampel : Susah sikit cikgu sebab pening.

51
Sampel : Saya rasa membantu sebab dia ulang-ulang. Jadi saya ingat dah.

Sampel : Senang sikit, dulu saya pening.

Samepel : Membantu. rentak dia sama ja.

Sampel : Membantu! (sambil mengangguk)

Pengkaji : Kamu pening sebab apa?

Sampel : Lagu laju, kastanet ketat gila (sangat).

Sampel : Haah, kastanet susah nak pakai. Rosak (tali longgar/ketat)

Sampel : Penat cikgu baiki kamu tarik-tarik tali dia. Okaylah, Terima kasih.

Pengkaji : Baik, sila main corak irama ini (pengkaji menunjukkan corak irama 4

*4 daripada 6 murid dapat menepuk dengan betul

: Okay thank you.

52
LAMPIRAN H

KEPUTUSAN ANALISIS DATA TEMUBUAL

Bil Kategori Kod Kumpulan Bilangan sampel Peratusan

1. Dengar muzik DM 1, 2, 3, 4, 24 66.67%

2. Ikut hati IH 6 6 16.67%

3. Keliru K 5 6 16.67%

Bil Kategori Kod Kumpulan Bilangan sampel Peratusan

1. Bergerak senang BSF 1, 2, 4, 6 24 66.67%


faham

2 Sudah hafal corak SHCI 3 6 16.67%


irama

3 Keliru K 5 6 16.67%

53

You might also like