Laporankejohananmerentasdesaperingkatsekolah 130120183949 Phpapp02

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

PENDAHULUAN
Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah merupakan aktiviti tahunan
yang semestinya dijalankan.Kejohanan ini disertai oleh murid – muridTahun 1
– 6 SekolahRendah Islam II, Felda Mata Air. Ianya bertujuan membina tahap
kecergasan dan daya tahan dalam diri seseorang khasnya yang berminat
dalam arena sukan.

2. MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 Januari 2014 (Sabtu)

Masa: 8.00 – 10.30 pagi

Tempat : Laluan sekitar Felda Mata Air.

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Semua warga Sekolah Rendah Islam II telah bekerjasama untuk memastikan


perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang
mempunyai masalah kesihatan) dan guru telah turut serta berlari di sepanjang
laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang
telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Tuan Guru
Besar sendiri telah turun padang untuk melepaskan dan mengiringi para
peserta sepanjang laluan merentas desa.

4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah
ditetapkan iaitu :-

1. Kategori Lelaki tahap 1

2. Kategori Perempuan Tahap 1

3. Kategori Lelaki Tahap 2


4. Kategori Perempuan Tahap 2

5. KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan


pengelolaan kejohanan merentas desa peringkat sekolah berjalan dengan
lancar dan jayanya. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas
masing-masing untuk menjaga check point. Para pelajar pula begitu
bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah
menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6. KELEMAHAN

Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan merentas desa ini berlangsung ialah
kurang kawalan keselamatan. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang
kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan
permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain ketika
menggunakan jalan raya. Hal ini memerlukan bantuan daripada pihak
keselamatan seperti polis,rela atau pertahanan awam pada masa akan datang.

7. KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM175 untuk


perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk
membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung
dalam kertas kerja.

8. PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada
sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini.
Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada
masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

.........................
LAMPIRAN

Peserta mendengar taklimat mengenai Kejohanan merentas desa

Tuan Guru Besar mengiri murid semasa kejohanan merentas desa.


Pengawal keselamatan mengawal lalu lintas.

Para guru mengiri murid semasa kejohanan merentas desa berlangsung


Ketibaan Murid.

Hakim penamat

You might also like