Tugasan 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 4: PROJEK PERNIAGAAN (INDIVIDU)

1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini, saya telah memilih perusahaan perniagaan Cendol Mami yang sangat
terkenal di Kuching, Sarawak. Perusahaan ini terletak di batu 2 Jalan Matang, Kuching. Cendol
Mami merupakan resepi turun temurun daripada nenek moyang. Pengusaha Cendol Mami
merupakan anak jati Sarawak iaitu Farah Umirah Binti Ariffin. Perusahaan tersebut menjual
pelbagai jenis pencuci mulut yang berasaskan cendol. Cendol yang dihasilkan merupakan buatan
mereka sendiri. Pelbagai jenis menu cendol yang menjadi kegemaran pelanggan mereka.
Antaranya ialah cendol biasa, cendol jagung, cendol durian dan cendol pulut. Selain daripada
cendol, terdapat juga menu-menu sampingan lain seperti mee belacan, kueh tiaw, dan popia
sengkuang. Pada mulanya, Cendol Mami diusahakan secara kecil-kecilan. Dengan adanya
media sosial seperti ‘facebook’, perusahaan ini semakin dikenali ramai. Kini perusahaan ini bukan
sahaja dikenali dalam kalangan penduduk tempatan malah menjadi satu daya tarikan
pelancongan.

2.0 PERSEKITARAN PERNIAGAAN YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PERNIAGAAN

2.1 EKONOMI

Persekitaran ekonomi tempatan yang stabil menyebabkan perniagaan berjalan dengan


lancar dan meningkat (Ab. Aziz Yusof, 2015). Cendol Mami ini terletak betul-betul
bersebelahan dengan Masjid Gita dan bertempat di kawasan kedai ‘bundle’ yang terkenal
sekitar 90an dahulu iaitu mahrup (panggilan orang Kuching). Selain itu juga, lokasi Cendol
Mami ini terletak tidak jauh dari Pasar Minggu Satok, Kubah Ria. Pelanggan-pelanggan
yang pergi ke Pasar Minggu tersebut kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang untuk
singgah di Cendol Mami. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika Cendol Mami sentiasa
dipenuhi dengan pelanggan sehingga ada pelanggan yang sanggup beratur di luar kedai
bagi mendapatkan tempat duduk di kedai tersebut.

2.2 FIZIKAL

Kemudahan fizikal yang terdapat di persekitaran Cendol Mami amat memuaskan.


Terdapat jalan raya yang berturap yang akan memudahkan perjalanan para pelanggan
untuk singgah di Cendol Mami. Di samping itu, walaupun Cendol Mami terletak di tepi
jalan namun para pelanggan tidak menghadapi masalah untuk meletak kenderaan kerana
ruang tempat letak kenderaan sudahpun tersedia di kawasan luar Masjid Gita.

1
Kemudahan komunikasi yang baik dalam satu perniagaan akan memudahkan urusan
perniagaan dan berhubung dengan pelanggan (Wan Sabri, 2011). Apabila pelanggan
ingin membuat tempahan, mereka boleh menelefon atau menghantar mesej pada talian
khas Cendol Mami ataupun melalui laman “Facebook”. Dengan kemudahan fizikal yang
tersedia ini, pelanggan mula menunjukkan kesetiaan mereka kepada Cendol Mami.

3.0 FUNGSI PENGURUSAN DAN KESAN KEPADA POTENSI PERNIAGAAN

3.1 PERANCANGAN

Pengurus Cendol Mami menentukan matlamat yang ingin dicapai seperti mendapatkan
pulangan modal setelah satu tahun berniaga dan menentukan tindakan yang perlu diambil
untuk mencapai matlamat organisasi seperti menjual cendol yang pelbagai jenis dan
mengutamakan kebersihan bagi memastikan pelanggan setia dengan Cendol Mami.
Pengurus Cendol Mami membuat perancangan untuk mewujudkan arah tuju bagi
memastikan beliau tahu apa sebenarnya yang ingin dilakukannya dan tahu bagaimana
untuk melakukan sesuatu perkara yang telah diputuskan. Apabila seseorang pengurus
tahu arah tujuannya, maka perniagaan akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan
perniagaan akan meningkat (Muhammad Yunus, 2010).

3.2 PENGORGANISASIAN

Pengurus menyusun dan mengagihkan sumber organisasi untuk melaksanakan tugas


yang ditetapkan supaya matlamat Cendol Mami tercapai. Pengurus mengupah lima orang
pekerja untuk bekerja di Cendol Mami. Seorang pekerja diberikan tugas untuk menjadi
penjaga kaunter atau ‘cashier’. Selain itu, seorang pekerja ditugaskan untuk menguruskan
panggilan-panggilan telefon yang diterima daripada pelanggan serta mencatat mesej-
mesej pelanggan yang menyatakan pendapat atau cadangan mereka di “Facebook”
manakala tiga orang pekerja lagi ditugaskan untuk mengambil pesanan pelanggan di meja
makan dan memastikan kesemua pesanan telah dihantar kepada pelanggan.
Pengorganisasian yang dilakukan oleh Pengurus Cendol Mami dapat membantunya
melaksanakan apa yang telah diputuskan dalam perancangan dan dapat mengelakan
kerja daripada bertindih-tindih. Pengorganisasian yang mantap akan membantu
perniagaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, perkhidmatan yang diberikan
oleh pekerja akan berkualiti dan perniagaan akan meningkat (Moha Asri, 2010).

2
3.3 KEPIMPINAN

Pengurus Cendol Mami cuba mempengaruhi gelagat pekerja dengan melaksanakan


tugasnya sebagai pengurus dengan cekap dan berkesan. Lima orang pekerja Cendol
Mami menerima arahan daripada pengurus dengan baik bermaksud, kepimpinannya
diterima. Pengurus harus menunjukkan pelbagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi
gelagat pekerjanya (Norfadhilah Nasharudin, 2010). Pengurus Cendol Mami sentiasa
memberi gaji pada masa yang tepat seperti dalam kontrak kepada pekerjanya. Oleh itu,
pekerja-pekerja Cendol Mami sangat berdisiplin semasa bekerja dan mereka
melaksanakan kerja mereka dengan baik. Menurut Wan Sabri (2011), disiplin merupakan
kunci utama sebuah kejayaan. Oleh itu, pelanggan suka untuk singgah di Cendol Mami
kerana layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerjanya sangat baik.
Maka, perniagaan Cendol Mami juga meningkat.

4.0 BANTUAN DAN SOKONGAN

4.1 INSTITUSI KEWANGAN

Pengurus Cendol Mami menerima bantuan khidmat nasihat dari institusi kewangan yang
menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan wang. Dengan nasihat-nasihat yang
beliau dapat daripada institusi kewangan tersebut, kewangan Cendol Mami dapat diurus
dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain itu, segala kos pengurusan juga dapat
dikurangkan dan keuntungan dapat ditingkatkan.

4.2 KURSUS

Pengurus Cendol Mami juga memberikan peluang kepada salah seorang pekerjanya
untuk menyertai kursus menguruskan pelanggan secara “online”. Kini, pekerja tersebut
mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan dapat memberi tindak balas atau
“feedback” yang sesuai jika mereka memberi cadangan ataupun rungutan dalam telefon
ataupun melalui “Facebook” rasmi Cendol Mami. Oleh itu, para pelanggan akan berpuas
hati dan mereka akan mejadi pelanggan setia di Cendol Mami.

5.0 AMALAN ETIKA DAN KESANNYA KEPADA DAYA SAING PERNIAGAAN

5.1 PESAING

Cendol Mami menawarkan harga cendol dan menu lain yang paling berpatutan iaitu tidak
terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Oleh itu, apabila pesaing cuba untuk masuk dalam

3
persekitaran perniagaan Cendol Mami, berkemungkinan bahawa mereka akan mendapat
untung yang kurang daripada untung yang diperolehi oleh Cendol Mami. Sebagai contoh,
Cendol Mami meletakkan Rm 4.50 bagi harga cendol biasa. Jadi, pesaing terpaksa
meletakkan harga yang lebih rendah bagi cendol biasa untuk memastikan kedai mereka
mendapat tumpuan yang lebih. Oleh itu, keuntungan mereka akan berkurang. Cendol
Mami juga akan mengamalkan persaingan sihat jika wujudnya pesaing dengan menjual
cendol dan menu makanan yang enak serta mengamalkan nilai moral yang baik seperti
tidak mencemarkan nama pesaing. Oleh itu, daya saing perniagaan akan menjadi lebih
tinggi dan kedua-dua perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan
kualiti makanan yang mereka jual.

5.2 PELANGGAN

Cendol Mami menyesuaikan cendol yang dihasilkan dengan perubahan cita rasa
pengguna. Cendol Mami juga sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk
menyediakan cendol dan makanan-makanan lain bersih serta halal. Kebersihan di Cendol
Mami amat dititikberatkan. Selain itu, sikap terbuka yang diamalkan oleh pengurus dan
pekerja-pekerja Cendol Mami amat menyenangkan pelanggan. Mereka sentiasa
menerima nasihat dan pandangan daripada pelanggan dengan hati yang terbuka.
Menurut Zafir Mohd Makhbul (2016), pelanggan adalah keutamaan. Dengan itu,
pengguna akan sangat setia dengan Cendol Mami dan kemungkinan untuk mereka
berurusniaga dengan pesaing ialah amat tipis. Oleh itu, persaingan menjadi rendah dan
pelanggan setia membeli makanan di Cendol Mami.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Pengurus Cendol Mami amat peka terhadap persekitaran perniagaannya dan
beliau mencuba dengan sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan kualiti cendol dan makanan
yang dijualnya serta mutu perkhidmatan pekerjanya untuk memastikan kesetiaan pelanggan
yang menentukan untung rugi perniagaannya. Sudah terang lagi bersuluh, pengurusan yang
mantap, bijak mengambil peluang dan amalan etika yang baik amat mempengaruhi potensi
perniagaan sesebuah kedai ataupun syarikat.

4
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2015). Usahawan Dan Pengukuhan Jaringan Rakan Niaga. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Moha Asri (2010). Industri Kecil di Malaysia: Kejayaan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Muhammad Yunus. (2010). Buidling Social Business. New York: Public Affairs.
Norfadhilah Nasharudin (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia, Bil. 35, 11-17.
Wan Sabri (2011). “Model Usahawan Yang Berjaya dan Beretika”, Jurnal Usuluddin, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Wan Sabri, (2011). Nilai dan Etika Islam Dalam Perniagaan: Amalan dan Tanggapan Masyarakat
Malaysia, Desertasi yang tidak diterbitkan – Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Zafir Mohd Makhbul (2016). Menjadi Usahawan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5
LAMPIRAN

6
Rajah 1: Suasana di Kedai Cendol Mami Rajah 2: Harga Cendol dan Makanan

Rajah 3: Jenis-jenis cendol di Kedai Cendol Mami

You might also like