Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

http://www.scribd.

com/doc/88571823/Kajian-Perkembangan-Seni-Kanak-
Kanak-mengikut-Teori-Victor-Lowenfeld

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek “Kajian Peringkat Perkembangan
Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld”

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


PensyarahPendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas
tunjuk ajardan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh
penyiapantugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga
saya yangbanyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasihkepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan
kerjakursus pendek ini. Terima kasih buat semua
ABSTRAK

Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil


kajianyang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian
iniberdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982).

Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi


mewakilisetiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat
menunjukkanbahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu
peringkat keperingkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan
dan mediaserta pendedahan kepada persekitaran mereka.

Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di
dalamperancangan kurikulum kelak.
PENDAHULUAN

Definisi Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud


programpendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhikeperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang
dicetuskanmelalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang
diadunkandaripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha


yangmelibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di
sampingmengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang
dimaksudkan disini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni
bina, rekabentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni,
baik yangberupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di


dalampenghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni,
membezakanmakna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu,
pendidikan seni lebihmenitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original
di samping memberikesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula
jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran


danpembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta
matlamatbermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya
K
PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri,
penilaianyang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni,
didalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk
yangdifikirkan paling efektif.

Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk


yangmenggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi
oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan
dan melahirkan apa yang dirasakan”. Definisi ini telah diberi oleh Emerson.
Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang
terlintas dan terfikir melaluipemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur
indah, halus dan penuhbermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-
sifat yang biasa,secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan
jugaberdasarkan pengalaman yang lalu.
LATAR BELAKANG

Kanak-kanak dan Seni Visual

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta


berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni
visual yangdihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak

(a) Aspek Kognitif


Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuatpenilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal


Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada
otottangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti


Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untukmengembangkan
aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senivisual mengutamakan
proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi


murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan
deriamelalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat
disekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi


Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain
meningkatkankeyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan
semangatbekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Keinginan Asas Kanak-kanak
I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dandisanjung
(hasil karya dipuji dan dipamerkan)
II. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan)
III. Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagipeluang
kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)

Kanak- Kanak dan Seni Lukis

Melukis sebagai Medium Komunikasi.


Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakanbentuk
komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianyadijadikan
alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, merekamencurahkan
segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satubentuk ekspresi
diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisanmengambarkan perasaan
seseorang itu seperti warna biru yang melambangkankeamanan dan kedinginan. Melukis
juga dapat menyampaikan mesej yang ingindisampaikan kepada orang lain. Dengan
demikian, aspek komunikasi satu halatercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat
perhubungan antara rakan-rakandalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid
boleh berinteraksi danmeningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaranpendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktivitiberkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.


Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-
kanak.Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain
dapatmembina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan
dayaintuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi
tahapperkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan
sesuatukarya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan
alatdan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkanapa
yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unikmengikut
tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapatmeningkatkan
daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbukadapat membantu
murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti danprojek di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding denganhasilan akhir. murid
boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria melalui
prosespenghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling
mereka.Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk
dapatmerangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan
denganmemanipulasikan objek alam.

TOKOH PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD


Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr.
Lowenfeldmerupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of
FineArts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh
IjazahSarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas
sebagaiseorang guru sekolah menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik
menjadipengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah
berhijrahke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun
1946 selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids consultant‟ dalam
tentera laut. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939
sebagaipembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni
diinstitut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art
Department” di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke
ThePennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.
Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly founded Department
of Art Education”.Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia
padatahun 1960. Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art
Education”yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga
merupakanseorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The
NationalCommittee dalam Pendidikan Seni.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD

IAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-


a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Pernyataan ini
disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar menerokadan penuh dengan
perasaan ingin tahu.

b) Victor Lowenfeld–menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh


diukurmelalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta
pantas),fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi),
keaslian(mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti
melihat,merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya
sebagaiproses pengamatan dan merekod).

Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak-kanak‟ menulis


tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura
ibunyalebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran
sebenarnyamemperlihatkan kasih saying kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu
figura ibunyadiberi penekanan sebegitu rupa.
Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersuratdan
tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentinganterapi seni
dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT


TEORIVICTOR LOWENFELD

Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan


telahmenentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini
adalahseperti berikut:

PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-
kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkatperkembangan
artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkatscribbling, peringkat
preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkatpseudonaturalistic dan
peringkat adolescent art.

Peringkat Scribbling (2-4 tahun)


Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Prosesmenconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi
ototmoto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan
danbadan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus
danmelintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun )


Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertamauntuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisanContoh :Ibu
bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyaikarakter tangan
dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yangberbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun )


Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkatawal
tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekananlebih
diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusiadan objek
yang terdapat di sekelilingnya.Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan
membahagikan ruang padakertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.
Bagi pemandangansatah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala
objek udara puladibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan,
bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah
denganlukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )


Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahanpada
peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imejlukisan mula
mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikaldengan hasil
karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakansebaya dan ini
menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti
karya yang dihasilkan.
Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun )
Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan .
Merekamenitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar
melukismelalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan
menerusiimaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan
sebaya danperasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan
tidakmenarik.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17


tahun )
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
senidan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuatkeputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

KAJIAN & ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT


PERINGKATPERKEMBANGAN

Peringkat Scribbling (Contengan) (2 tahun 9 bulan)

Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu


Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan
tangankerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua
hinggalima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapatdi dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis
bahandan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan
karyapada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan
bagimenggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk
mencubadan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan
melaluipelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara
kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang
adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan
mencontengsangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di
antara matadan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan
garisan yangpelbagai. .Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari
sendiriapabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa
diridisekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna
penseldan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya
adalahseekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-
kakaknyasedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-
kanakmempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej
bergantungkepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

Peringkat Pre-schematic (6 Tahun)

Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukisbentuk-


bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruhbesar dan
lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alatpermainan dan
sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya sepertiobjek awan,
matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apayang mereka
tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja
pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yangdihasilkan melalui
lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan
objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objekpertama (imej pokok). Ruang ini
dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai
masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan
persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangatpetah bercakap. Beliau
menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untukmenghasilkan lukisan di
atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya. Melalui lukisannya di
atas beliau sedang mencuba dan menghasilkanpemandangan mengikut imaginasi yang
terlintas olehnya walaupun imej yang terhasiladalah tidak logik bagi orang dewasa.
Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tandacontengan mula hilang dan bentuk-bentuk
yang dihasilkan adalah rumah, pokok,matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan
adalah adalah rumah kerana ianyaadalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya
sekeluarga. Perhatikan objek-objekyang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai
saiz.
Peringkat Schematic (8 Tahun lebih)

Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih)

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek


yangmenarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan
bentukgeometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat
hiasan(dekoratif).

Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik
inimenggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru
siapdiubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk
menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat
pembaris bagimenghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga
pasu bunga.Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar.
Pernyataan iniamat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi
¾ ruangkertas lukisan

Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahunini
jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel
danmelakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan
mewarnakanlukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang
perlu dilukistanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age(11 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli
rakansebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian
mereka.Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut
rakansebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan
jantinamelalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan
kepadakesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna
bagimenggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan
dansebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek
dalamlukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi
menghasilkanlukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang
digunakanbertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan
tersebut. .Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria,
terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan
serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna
yang harmoni. AdikFatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya
berdekatandengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah
keluargayang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning (13 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar


sepertiapa yang diperhatikan. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman
remajadan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami
konsepruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini
merupkanseorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik
Farizirahturut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam
lukisanadik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi, dan
gunungyang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Ruang objek
dibuatmengikut saiz dan jarak. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada
pemandanganalam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang
sedemikian.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School (17 tahun)

Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedariperanannya
dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambanganmenjadi lebih
matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagaimedia
melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.Mula
mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. AdikWong
ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni disekolah. Beliau
telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakanpemandangan alam dengan
pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yangdigunakan memberi
keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkancukup realistik dan
mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan danpemilihan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air.
Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warnayang harmoni dengan alam
semulajadi.Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan
angsa putihyang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti
olehrumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep
ruang,kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan
ini.Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan
keindahanpemandangan alam semula jadi.
KESIMPULAN
Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai
peringkatumur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak
banyakdipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana
persekitaranyang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
cara yangpositif.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta


berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster
(2001), hasilkerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia
membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangankreatif


dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Pengetahuan sedia
ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahapperkembangan dan
pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,intelek dan estetik. Dengan
ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akanberlaku dengan sihatnya tanpa
disedari.

Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak
penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagaiaktiviti.
Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak sertakemampuan
mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupayamerancang
aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV25
REFLEKSI
Pada 19 Januari yang lalu, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberisatu
tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kamidikehendaki
membuat kajian terhadap hasil lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat
perkembangan umur mereka iaitu berumur 2 hingga 17 tahun. Kami jugadiminta
menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan ArtisitikKanak-
kanak oleh Vicktor Lowenfeld.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut


masasupaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang
lain.Sepanjang cuti perayaan yang lalu saya telah mengambil kesempatan
untukmengumpulkan beberapa lukisan melalui saudara-mara serta anak murid di
sekolahberdekatan. Saya juga meminta anak-anak jiran yang berbeza dari segi umur
melukisdan mewarna.

Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat lain melalui blog-blog pelajar seni
serta jurnal-jurnal yang terdapat di dalam internet.
Rujukan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2004).Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis.


UniversitiTeknologi Malaysia.

Donald Herberholz, Barbara Herberholz –9thed (2002). Artworks For


ElementaryTeachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Mc Graw Hill.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM.
PearsonLongman.

Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanak-
kanakdan Remaja. Universiti Putra Malaysia.

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-
kanak.html

http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf

http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/Viktor_Lowenfeld

http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

You might also like