Professional Documents
Culture Documents
Nota Perkembangan Kanak
Nota Perkembangan Kanak
Nota Perkembangan Kanak
Bilakah kali terakhir anda melukis? Apakah bentuk lukisan yang anda
hasilkan? Siapakah yang mempengaruhi dan memberikan galakan kepada
anda untuk melukis?
Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya
mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada
kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik.
Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak
kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat
manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.
“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the
teacher, but they should not be considered as goals for education.”
Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan
garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar
untuk
mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan
melalui pelbagai media.
Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa
terkawal
dan contengan rupa.
Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya
kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan
garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang
dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal
memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya
mengikut kehendak mereka.
Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga
lukisan
yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi
peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang
alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut
keupayaan
cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung
kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus
imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.
Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah
seperti
rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura
merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak
ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga
terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang
dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai
kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.
Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej
tidak
menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna
ke
atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru,
warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau
tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih
menumpukan
kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka
tahu.
perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang
iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan
Britain
Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan
adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan
gemar untuk berkongsi.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.
Latihan 1.3
RUMUSAN
Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa kanak
gemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan karya yang
dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan
satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru dan boleh
gunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan perkembangan
artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-kanak untuk
bercerita
dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya
pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.
PENGENALAN
Bidang pendidikan seni itu sendiri sangat luas, subjektif dan abstraktif. Perkembangan
seni seseorang individu melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahami
teori-teori pendidikan seni yang dikemukakan, guru pendidikan seni visual akan
mendapat
gambaran yang lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatan
pengajaran mereka. Sebelum merungkai teori-teori terkemuka di dalam pendidikan
seni
visual, eloklah disingkap terlebih dahulu pengertian seni itu sendiri.
OBJEKTIF
Seni di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah Latin
ars,
bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun. Dalam konteks ini, interpretasi seni
adalah sangat universal yang merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun
mengikut aturan tertentu.
Interpretasi seni yang sangat luas ini menggamit pengamal-pengamal seni untuk
menjuruskan skop seni ke atas lensa yang lebih fokus agar dapat memberikan gambaran
yang lebih spesifik. Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang.
Namun,
sifat seni yang subjektif dan abstrak menyukarkan untuk memberikan takrifan khusus
kepada seni mahupun konsep seni itu sendiri. Walaupun sukar untuk diberi definisi
khusus
dan sama sukarnya untuk menilai tahap seni seseorang individu, setiap artis
menentukan
sendiri parameter hasil karya seni mereka.
Secara amnya, seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi
diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam
hasil
seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk
yang
difikirkan paling efektif. Ada juga yang memandang seni sebagai satu hasil aplikasi
kreativiti yang mempunyai elemen atau nilai apresiasi, berdasarkan nilai estetik dan
kesan
emosi.
Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat dengan kemampuan dan penguasaan
sesuatu medium dalam menyampaikan maksud-maksud tertentu. Menentukan maksud
yang ingin disampaikan, medium dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud
tersebut; memerlukan asas kritis yang baik dalam membuat penilaian.
Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-
ulang
di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan
umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas
berdasarkan
kematangan usia mereka.
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di
dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal.
Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan
mata
dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada
isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-
kanak
dan juga jiwa dan pemikiran mereka.
Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenal
pasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada
perkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai
kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat
tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang
emosi.
Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi
lebih
peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten,
daya
dan juga keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik
di
atas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian
yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah.
Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai
elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau
pun
melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua
pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa, pemerhatian
terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apa
yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka.
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat
awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati
melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan
mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan
ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
Pada dasarnya, istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti
penyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Ahli psikologi kognitif
mempunyai minat yang mendalam untuk melihat bagaimana manusia memahami,
menganalisa dan menyelesaikan masalah melibatkan proses mental. Teori kognitif
secara
umumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material yang
seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu.
Sekiranya diteliti sejarah perkembangan teori, teori-teori kognitif bermula dengan
teori
Gestalt. Walaupun teori kognitif yang ada pada hari ini mempunyai persamaan yang
sangat sedikit dengan teori Gestalt, elemen persepsi, cara minda melihat corak dan
persepsi terhadap persekitaran; yang ada pada Gestalt, dapat dikenal pasti dalam
banyak
teori-teori yang lain. Teori-teori kognitif juga banyak dipengaruhi oleh model Sosial-
Interaksi Piaget yang memperjelas proses pertumbuhan kognitif kanak-kanak. Begitu
juga
dengan pendekatan Konstruktivis yang ketara di dalam perkembangan teori kognitif.
OUM
Oleh itu topik ini akan memberi tumpuan kepada tiga teori kognitif yang utama iaitu
teori
Gestalt, teori Sosial-Interaksi Piaget dan teori Konstruktivis. Pemahaman ketiga-tiga
teori
ini akan dapat membantu dalam pemahaman teori-teori kognitif yang lain kerana
ketiga-
tiga teori inilah tunjang kepada teori-teori kognitif yang ada pada hari ini.
Teori Gestalt mempunyai sejarah yang panjang. Teori ini bermula di Jerman pada
tahun
1910 dan diasaskan oleh Max Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka. Walaupun
ketiga-tiga pengasas Gestalt merupakan ahli psikologi, mereka mempunyai latar
belakang
yang berbeza, dipisahkan oleh Perang Dunia Pertama dan bertemu kembali pada tahun
1920. Kohler merupakan Pengarah di Institut Psikologi di University of Berlin dan
Wertheimer merupakan ahli akademik fakulti tersebut.
Koffka pula menjadi tenaga pengajar di Frankfurt. Jarak yang jauh tidak menghalang
ketiga-tiga pengasas ini daripada mengekalkan hubungan yang baik. Bahang daripada
Perang Dunia Pertama serta gerakan anti Yahudi memaksa ketiga-tiga pengasas ini
berhijrah ke Amerika Syarikat. Pada kurun ke 20, asas teori Gestalt tidak hanya
diaplikasikan di dalam bidang psikologi tetapi telah menular dan mempengaruhi
dipindai
ilmu yang lain terutamanya pendidikan.
Pada hujung kurun ke 19, teori behaviorisme merupakan pendekatan popular yang
diamalkan di Amerika Syarikat. Teori ini memberi penekanan kepada produk atau hasil
dan tidak mementingkan proses pembelajaran itu sendiri. Ukuran tahap pembelajaran
seorang pelajar dilihat daripada aspek pencapaian yang selalunya diterjemahkan
melalui
keputusan ujian dan peperiksaan Pengamal teori ini percaya bahawa apabila individu
diberikan rangsangan tertentu, salah satu daripada dua tindakan boleh dikenakan.
Tindakan ini adalah dalam bentuk penguatkuasaan (reinforcement) yang datang dalam
bentuk positif atau negatif; dan juga hukuman (hukuman). Penguatkuasaan atau
hukuman
yang dikenakan boleh memodifikasikan tingkah laku seseorang dan bolehlah
disimpulkan
bahawa individu tersebut telah mempelajari sesuatu. Namun para pengasas teori
Gestalt
percaya bahawa proses pembelajaran bukan hanya disebabkan oleh penguatkuasaan
atau hukuman tetapi lebih melibatkan proses kognitif.
Tidak ada makna khusus untuk istilah Gestalt di dalam Bahasa Inggeris. Malah
perkataan
Gestalt bukanlah datangnya daripada nama pengasas teori tersebut, seperti
kebanyakan
nama teori-teori yang lain. Namun, Gestalt dapat dirujuk sebagai bentuk, rupa,
kedudukan
ataupun diletakkan bersama.
Oleh itu, prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.
Dalam
erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi
makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang,
lantai,
dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif –
minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan
makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Teori ini percaya bahawa persepsi seseorang terhadap sesuatu rangsangan akan
mempengaruhi tindak balas atau perlakuan individu terbabit. Sekiranya dua individu
didedahkan kepada rangsangan yang sama, tindak balas mereka mungkin berbeza,
bergantung kepada pengalaman lepas masing-masing.
Di dalam teori Gestalt, persepsi seseorang terhadap sesuatu memainkan peranan yang
amat penting dalam menentukan tingkah laku individu terbabit. Persepsi ini
dipengaruhi
oleh pengalaman, budaya, cara individu tersebut dibesarkan dan firasat. Elemen-
elemen
ini juga mempengaruhi cara seseorang di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Banyak teori yang diasaskan selepas kurun ke-20 mengintegrasikan elemen teori
Gestalt.
Asas bahawa firasat atau insights mempunyai hubungan dengan tindak balas
pembelajaran merupakan konsep penting di dalam teori proses kognitif. Teori Gestalt
juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak
diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
Kepentingan teori ini di dalam dunia pembelajaran ialah fokus yang diberikan dalam
melihat sesuatu entiti secara keseluruhan. Konsep ini amat signifikan di dalam
penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan
sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang
tinggi
ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. Di dalam seni visual, elemen ini amat
penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan produk
yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalam
pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil
kerja
semata-mata. Penilaian kerja para pelajar juga haruslah dimasukkan elemen proses
dan
bukanlah hanya menilai hasil karya yang telah siap.
Di dalam konteks pengajaran, guru haruslah sedar bahawa setiap rangsangan yang
diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para
pelajar,
terutamanya apabila pelajar berdepan dengan rangsangan baru atau pengalaman baru.
Contohnya, apabila menayangkan rakaman video tentang budaya sesuatu suku kaum,
sekiranya budaya kaum tersebut bertentangan dengan budaya yang diamalkan oleh
pelajar, mereka mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap kaum tersebut dan
mempengaruhi hasil karya yang mungkin dihasilkan rentetan daripada tayangan video.
Latihan 2.1
Sebagai ahli biologi, Piaget berminat untuk mengkaji bagaimana sesuatu organisme
dapat
menyesuaikan diri dalam sesuatu persekitaran. Walaupun mengkaji perkembangan
kognitif kanak-kanak, Piaget masih mengekalkan prinsip penyelidikan biologinya.
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan
akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu
dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada
penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
Penyerapan merujuk kepada proses penerimaan rangsangan dari luar dan individu
mentafsir serta memproses rangsangan ini mengikut pengalaman yang telah sedia ada.
Dalam keadaan ini, individu selalunya tidak perlu membuat sebarang modifikasi diri
kerana pengalaman yang dimilikinya mampu membantunya menghadapi rangsangan
tersebut.
Berbeza dengan penyerapan, ubahsuai pula dilihat sebagai penglibatan aktif individu
dalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan
diri
dengan persekitaran. Ini adalah kerana, individu tersebut berhadapan dengan sesuatu
yang baru yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Ini memaksa individu tersebut
mengubahsuaikan diri dan tingkah laku yang sedia ada agar dapat menyesuaikan
dengan
rangsangan tersebut.
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema
fungsi
yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia
sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan
digantikan dengan skema tersusun.
Apabila bayi meningkat usia dan lebih terdedah kepada persekitaran, skema ini akan
digantikan dengan struktur. Struktur bertanggungjawab ke atas tingkah laku kanak-
kanak
yang lebih kompleks. Dan apabila struktur menjadi lebih matang, ianya akan digantikan
dengan penyusunan hierarki.
Jean Piaget telah mengenal pasti empat peringkat perkembangan kognitif yang dilalui
oleh
setiap individu setelah dilahirkan sehinggalah dewasa. Keempat-empat peringkat ini
dikenali sebagai Peringkat Deria-Pergerakan (Sensorimotor), Peringkat Pra-olahan (Pre-
operational), Peringkat Pengolahan Konkrit (Concrete Operational) dan Peringkat
Pengolahan Formal (Formal Operation).
Setiap peringkat ini mempunyai ciri-ciri spesifik yang unik yang hanya dimiliki oleh
kanak-
kanak pada peringkat itu sahaja. Walaupun setiap peringkat diwakili dengan tempoh
usia
yang tertentu, perlu difahami bahawa setiap kanak-kanak mengalami perkembangan
mental pada tahap yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin mempunyai
pertumbuhan mental yang lebih cepat atau lambat sedikit dibandingkan dengan kanak-
kanak lain.
Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kemampuan yang terbatas. Otaknya masih baru
dan belum banyak bekerja, oleh itu bayi hanya menyedari persekitarannya dengan
kabur.
Namun, fungsi deria bayi berkembang dengan cepat dan kanak-kanak dalam peringkat
ini
cepat menjadi pemerhati dan pemerhatian ini akan diikuti pula dengan gerak balas.
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan
objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui
kesan
deria dan gerak-gerinya. Apabila telah menguasai kawalan pergerakan, kanak-kanak
mula
berinteraksi dengan cara menggerakkan objek-objek dalam persekitarannya. Apabila
umur
bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mula memahami konsep ‘kekal’ (permanence)
iaitu
kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek
tersebut tidak ghaib begitu sahaja.
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama
untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru
dan
terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebut mencapai
peringkat pengolahan formal.
Di waktu inilah mereka mula meneroka alam sekeliling. Penerokaan ini membantu
mereka
menemui benda-benda baru, justeru meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak.
Jawapan yang sesuai yang diberi untuk soalan-soalan mereka akan menambahkan ilmu,
tahap kematangan dan membantu mereka mengaitkan sesuatu kenyataan dengan
kenyataan yang lain. Hujung peringkat ini menyaksikan kebolehan kanak-kanak untuk
bertutur dan mereka amat petah bercakap. Ekspresi diri seperti ini harus digalakkan
untuk
melatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul. Peringkat ini jugalah kemuncak
bagi
kebolehan untuk berimaginasi dan mencipta pelbagai benda.
Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubungkaitkan simbol dan
perkataan dengan objek dengan cara intuisi dan bukannya dengan cara penaakulan
(reasoning). Mereka masih di permulaan pembinaan konsep iaitu mula
mengklasifikasikan
objek dan kejadian, oleh itu konsep yang dikuasai jauh daripada kesempurnaan.
Pemikiran kanak-kanak adalah sehala dan cara pemikiran adalah sangat egosentrik iaitu
sangat mementingkan diri dan merasakan diri mereka sentiasa benar dan betul.
Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara menyebabkan minat
mereka sentiasa berubah-ubah. Kanak-kanak juga mempunyai kecenderungan untuk
meletakkan matlamat yang tinggi untuk sesuatu perkara dan mengharapkan segala-
galanya tercapai dengan sempurna. Oleh itu mereka akan selalu putus asa dan kecewa
sekiranya tidak mendapat apa yang mereka mahukan.
Kematangan dalam berfikir juga telah mula kelihatan di mana kanak-kanak tidak lagi
egosentrik. Malah mereka mula sedar bahawa setiap perkara ada pro dan kontra, buruk
dan baik dan mereka mula belajar untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum
mencapai keputusan.
Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi dan kanak-
kanak
dalam peringkat ini dapat mengurus dan mengolah persekitaran mereka dengan baik.
Mereka juga mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan mereka
dan tidak mudah terkeliru dengan hasil yang di luar dugaan. Walaupun begitu, cara
pemikiran mereka tidak sama dengan corak pemikiran orang dewasa.
Di peringkat ini juga mereka mula memahami konsep abstrak dan ini membantu mereka
memahami prinsip moral dan etika. Mereka juga mula mempunyai kesedaran tentang
kepentingan falsafah hidup, etika, politik dan hal-hal keagamaan.
Latihan 2.2
Teori ini banyak membantu guru-guru dalam memahami proses mental kanak-kanak;
iaitu
bagaimana kanak-kanak berfikir dan bagaimana cara pemikiran ini mempengaruhi
tingkah
laku mereka. Pemahaman teori ini memberi gambaran kepada guru dalam menyediakan
persekitaran yang sesuai bagi merangsang minat dan proses pertumbuhan mental
mereka.
OUM
(a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabila
kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru
pra-
sekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara
tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
Guru juga perlu memberi penggalakan kepada pelajar untuk meluahkan diri mereka
secara verbal dan menyediakan tatabahasa baru kepada pelajar agar dapat mereka
bertutur dengan cara yang lebih sempurna.
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan
sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang
sama
mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif,
manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri.
Guru haruslah bijak merangsang kanak untuk mengambil bahagian di dalam gerak-kerja
kelas dan semua kanak-kanak diberi peluang yang sama rata. Guru-guru juga harus
melatih kanak-kanak untuk bercakap hanya apabila diberi peluang agar tumpuan
kanak-
kanak akan juga diberikan semasa guru mengajar. Cuba ingati kanak-kanak untuk
mengikut giliran, dan menghormati orang lain dengan cara senyap dan mendengar
apabila
giliran orang lain untuk bercakap.
Setiap soalan yang diajukan oleh pelajar perlulah diberi jawapan yang sesuai. Sekiranya
guru tidak mempunyai jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, janganlah kanak-
kanak tersebut dibohongi. Sebaik-baiknya guru boleh memberi maklum balas kepada
kanak-kanak dalam masa sehari dua sambil cuba mencari jawapan yang sesuai.
Sekiranya seseorang kanak-kanak didapati mengetahui lebih daripada apa yang guru
ketahui di dalam sesuatu topik atau bidang, kanak-kanak tersebut patut digalakkan
untuk
berkongsi maklumat dengan rakan kelas yang lain.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai minat yang pelbagai namun ini tidak
bermakna mereka tidak mempunyai disiplin mental yang baik. Guru seharusnya
mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas supaya kanak-kanak dapat mempelajari dengan
pelbagai cara yang berlainan dan baru. Sekiranya mereka dipaksa melakukan perkara
yang sama setiap hari, kanak-kanak akan merasa jemu, hilang minat dan lebih bahaya
lagi, menjadi benci kepada proses belajar itu sendiri.
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk
identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik
dan
konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topik-
topik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah
membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta
menetapkan matlamat.
Tugasan di dalam kelas juga seharusnya diolah supaya dapat mencabar minda dan
imaginasi pelajar. Ini dapat membantu mereka berfikir secara kritikal dan sekiranya
tugasan tersebut mencabar, ianya akan merangsang para pelajar untuk lebih komited
menyiapkan tugasan yang diberikan.
Satu lagi pendekatan utama yang sangat popular di dalam dunia pendidikan ialah
pendekatan konstruktivis yang diasaskan oleh Jerome L. Bruner. Menurut Bruner,
proses
belajar memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam membina idea-idea atau konsep
baru
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar memilih dan menterjemah maklumat,
membuat andaian, membuat keputusan dan proses-proses ini sangat bergantung
kepada
kebolehan kognitif seseorang.
Bruner berpendapat bahawa manusia secara lahiriah mampu belajar melalui penemuan
sendiri dan membuat kaitan di antara pelbagai rangsangan untuk mencapai kepada
maklumat yang bermakna. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang
dikemukakan oleh B.F. Skinner, pengamal teori behaviorisme yang menganjurkan
bahawa
pelajar belajar secara bersendirian.
Pandangan konstruktivis melihat ilmu bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan dunia
atau
persekitaran, tetapi terbina daripada dunia dan persekitaran. Ilmu bukanlah sesuatu
yang
kekal dan jitu malah dibina oleh individu melalui pengalamannya dengan persekitaran.
Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti-aktiviti
penemuan
melalui cara berinteraksi dengan persekitaran. Pengalaman amat membantu di dalam
menterjemah persekitaran ini. Pengalaman ini membantu individu melihat
permasalahan
tertentu daripada perspektif yang berlainan.
2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar
dengan mudah (organisasi).
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat
maklumat yang diterima.
4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan
dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu.
Di dalam konteks yang lebih luas, pendekatan konstruktivis menyarankan agar pendidik
menimbang terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar, agar
pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuaikan dengan tahap pelajar.
Kemudian
tumpuan diberikan di dalam pembinaan kurikulum sekolah agar pelajar dapat
menjalinkan
pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang baru dipelajari. Bruner juga mengesyorkan
agar
kurikulum dirangka mengikut aturan spiral supaya pelajar akan terus membina
maklumat
baru daripada apa yang mereka pelajari.
Latihan 2.3
RUMUSAN
Melalui topik ini, anda telah didedahkan dengan beberapa teori yang sangat signifikan
di
dalam dunia pendidikan amnya, dan bidang pendidikan seni visual khususnya. Di dalam
konteks pengajaran seni visual kepada kanak-kanak, pengetahuan tentang teori-teori
ini
amat penting kerana ianya bukan sahaja dapat membantu guru secara langsung di
dalam
pengajaran, tetapi juga membantu guru memahami proses perkembangan kognitif dan
bagaimanakah maklumat perkembangan di dalam setiap peringkat proses dapat
dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran secara berkesan. Seterusnya guru
didedahkan dengan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil mengikut teori-teori
yang
dikemukakan di dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas seni.
Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang
tinggi,
ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan
berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk
menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar
proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih
bermotivasi
untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka
benda-
benda baru ataupun media-media yang baru.
OBJEKTIF
46
OUM
alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk merangsang daya imaginasi kanak-
kanak
di dalam kelas.
Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan
alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran
yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam
proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.
(b) Gambar
Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-
gambar
foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej
yang
pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai
lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah
menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun
risalah,
ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.
Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan
gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya
guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam
karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak
akan
memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh
didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara teknik
terbaik
yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-
kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun
pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini
dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang
serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan
ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam
kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.
Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk
memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual
dapat
menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan, sekaligus
meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi mencapai objektif
ini,
guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di hadapan kelas agar semua
pelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya kemudahan projektor, komputer dan
perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di sekolah, guru bolehlah
mengaplikasikan
teknologi tersebut untuk tujuan ini.
Latihan 4.1
Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam
pembelajaran seni visual di sekolah. Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di
sekolah mungkin agak terhad, sekurang-kurangnya guru masih boleh menggunakan
rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang
dengar yang terdapat di sekolah-sekolah.
Jadi, rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk ditayangkan kepada para
pelajar?
Sekali lagi, guru harus memikirkan kesesuaian kandungan video berdasarkan sukatan
mata pelajaran pendidikan seni visual. Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar
proses pembuatan sesuatu bahan atau benda, jadi rakaman video tentang proses
pembuatan bahan tersebut bolehlah ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik,
pasu tanah liat, wau, dan sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu
mendapat penerangan sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-
jawab untuk menjawab keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar.
Walaupun di dalam pendidikan seni visual, guru akan mendemonstrasikan sendiri proses
pembuatan sesuatu bahan atau material, namun rakaman video merupakan alternatif
terbaik di atas sebab-sebab tertentu. Menayangkan rakaman video memberi penegasan
terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin mendedahkan
pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di demonstrasikan di
dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan. Oleh itu dengan
tayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat didedahkan kepada para
pelajar.
Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dalam proses
pembelajaran seni visual dan ianya memberi pengalaman yang baru dan berbeza
kepada
para pelajar dan juga guru. Penggunaan IT dalam pengajaran memberi kesempatan
kepada kanak-kanak untuk meneroka benda. Menggunakan komputer memang
menyeronokkan, tetapi kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
komputer terlebih dahulu sebelum mereka dapat memanipulasikan perisian-perisian
yang
ada. Di dalam pendidikan seni visual, penggunaan komputer, pengimbas, kamera
digital,
pencetak dan Internet mencabar guru untuk memikirkan alternatif kepada suasana
pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.
Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-kanak
mempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan
intim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanak
perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria
yang dimiliki – deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh.
Umum mengetahui bahawa setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa,
deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini memainkan
peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangat
diperlukan untuk proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual,
guru
haruslah bijak mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. Penggunaan deria
yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian
secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam,
alat
dan bahan. Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang
penggunaan
pancaindera kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, pendekatan mengadakan
perbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar.
Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran kanak-
kanak. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza,
oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam penggunaan deria
adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain. Kecenderungan ini
mempengaruhi minat kanak-kanak, cara mereka memproses dan menterjemah
maklumat
serta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Kajian-kajian yang
dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam
belajar
atau tiga cara belajar: visual, auditori dan kinestetik.
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar
menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan
maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih
cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. Semasa
sesuatu
pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang mengajar, pelajar ini suka menyalin
nota dengan terperinci. Ada kalanya pelajar visual hanya dapat belajar dengan efektif
sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam format bertulis.
Berhadapan dengan pelajar visual, adalah lebih berkesan sekiranya guru dapat
memastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat dilihat
dengan
jelas oleh pelajar-pelajar ini. Guru juga perlu membanyakkan paparan visual di dalam
pengajaran seperti diagram, video, carta dan pemilihan material pembacaan sekiranya
mampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. Guru juga seharusnya memberi masa yang
secukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin informasi pengajaran dengan
cara
yang terperinci agar mereka dapat memahami dan menyerap maklumat yang
disampaikan.
Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa proses
pembelajaran. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal. Semasa
di
dalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses
menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami
maklumat
bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.
Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan, ada beberapa teknik yang
boleh
diaplikasikan oleh guru. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat, pastikan
maklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya menguntungkan
pelajar
visual), tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Galakkan perbincangan di dalam kelas,
sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan dengan jelas dan belajar untuk
mendengar pendapat pelajar-pelajar. Kerja-kerja kumpulan juga hendaklah digalakkan
dijalankan melalui aktiviti-aktiviti perbincangan. Guru juga haruslah lebih peka dengan
isyarat verbal mereka semasa mengajar kerana pelajar auditori juga mempunyai
kecenderungan untuk menterjemah maksud tersembunyi melalui ton suara guru,
kepantasan dan nada yang digunakan.
PENGENALAN
OBJEKTIF
5.1 KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru
pendidikan
seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim &
Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan
intelektual
yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif
(cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan
maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan
data,
pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan
Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini
adalah
berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan
pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal
daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala
daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002)
mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini,
ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu
yang
kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti
sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,
kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan
kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu
yang mempunyai kebolehan ‘kreatif’ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan
eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md
Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).
5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI
KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam
mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah
diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957
hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia,
Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang
psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta
kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau
mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk
mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya ‘Torrence Test of
Creative Thinking’.
Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih
daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual
dan
material pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan
psikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of
Creativity and Talent Development.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya,
Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan
menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea
yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa
idea
boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.
Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan
yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak
seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika
di
dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi
yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni
perlu
dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam
sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan
mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu,
usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.
Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan
anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera
sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa.
Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang
terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah
bertukar
bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di
peringkat
doktor falsafah.
Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas
kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam
kehidupan.
Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati
kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan
akhirnya menjadi individu kreatif.
Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa
individu
yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan
serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk
kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta
melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini
mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi
pengemuka
teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial.
Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila
seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan
menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta
kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas
perkara tersebut.
ASAS INDIVIDU
YANG SIHAT
Keterbukaan kepada pengalaman
Menikmati kehidupan yang dialami
Mengamalkan kebebasan
Individu yang kreatif
Menghargai diri sendiri
Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran
tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidak
menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak
menyoal berbanding murid.
Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:
Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu
mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan
dan
panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman
guru itu sendiri. Namun demikian, di dalam proses ini guru mungkin mempunyai
kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa
menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan
seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar
daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.
Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:
Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah
menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu
menghasilkan karya.
Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan
terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai
makna dan nilai tersendiri.
Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat
kreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat
kelaziman.
Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-
ciri
individu kreatif.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu
membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat
menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-
satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan
perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini
sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
Dalam proses ini, apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak
mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang
diberikan
mungkin tidak logik dan relevan. Proses menilai, perbincangan dan kritikan perlu
dikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar. Kecenderungan untuk
menilai
sama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan proses
tersebut. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan
sesi sumbangsaran.
E. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang
membantu
menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang
individu.
Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal
murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan
semasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh
diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh
yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti
pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan
rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan
terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkan
membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak
seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik
mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan
motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru.
(c) Pemerhatian
Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai
contoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di dalam konteks
pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria
pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang
lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.
Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan
hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkan
berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaan
demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secara
tidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan
eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam
menghasilkan karya yang lain.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikan
seni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan
kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbing
murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan
sekelilingnya.
(f) Memanipulasi
Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu
bertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampu
menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan
seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru,
rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.
Latihan 5.5
Proses menjurus ke arah pemikiran kreatif perlu mengambil kira faktor keperluan
murid itu
sendiri. Terdapat pelbagai cadangan dan aktiviti yang boleh digunakan bagi
merangsang
pemikiran kreatif murid, namun guru perlu melihat faktor murid sebagai faktor utama
kerana proses memupuk kreativiti memerlukan keinginan dan kerjasama murid.
Penganjuran aktiviti perlu melihat minat, keinginan dan semangat ingin tahu semula
jadi
murid. Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru
bagi
menyuburkan proses kreativiti.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang
cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan memberi
tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual
mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil
karya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang
dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. Selain hasil
karya, bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi boleh
diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam
seni.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam
menghasilkan karya seni visual.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang
mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di
dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang
baik.
RUMUSAN
Di dalam topik ini, anda telah mempelajari kreativiti dan kepentingan merangsang
pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak selain mempelajari tingkatan kreativiti
Aktiviti-
aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif perlu diterapkan semasa melaksanakan
aktiviti
pendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual juga perlu turut kreatif
menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.