Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/321491230

PENSYARIATAN FARAID MENGIKUT KERANGKA FIQH ISLAM

Conference Paper · October 2017

CITATIONS READS

0 1,610

3 authors, including:

Mushaddad Hasbullah Zahari Mahad Musa


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
15 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    58 PUBLICATIONS   4 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Developing Child Participation Judicial Procedure in Family Justice View project

Encyclopedia Digital Solat Mobile Apps Development View project

All content following this page was uploaded by Zahari Mahad Musa on 04 December 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

KERTAS
KERJA

SABTU : 21 OKTOBER 2017/1 SAFAR 1439H


Dewan Kuliah Pusat 4, USIM
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Ucaptama:
KE ARAH PENGHAYATAN DAN PERLAKSANAAN FARAID DAN
HIBAH YANG SEBENAR
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

1. Isu kesamarataan gender di dalam Islam masih lagi diperdebatkan di kalangan orang
Islam dan bukan Islam. Ada kalangan yang memaparkan perjuangan beberapa NGO
wanita yang menuntut kesamarataan antara lelaki dan wanita. Ia termasuklah tuntutan
mengkaji semula undang-undang Islam umpamanya yang berkaitan dengan faraid.
Undang-undang faraid itu dimomok ketinggalan zaman kerana tafsiran yang diberikan
kepadanya semata-mata berdasarkan faktor sejarah. Syariah juga diperlekeh bukan
sebagai undang-undang tetapi merupakan dogma-dogma prinsip sahaja. Undang-
undang ini hendaklah dipinda kerana mendiskriminasi dan menzalimi wanita. Apatah
lagi dalam era moden ini lebih ramai wanita bekerjaya dan memenuhi menara gading
berbanding dengan kaum lelaki.
2. Berbalik kepada isu yang diperkatakan iaitu undang-undang faraid. Seharuslah kita
merujuk kembali kepada nas asal berkaitan dengannya iaitu di dalam Surah An Nisa’:
ayat 11 hingga 14 yang bermaksud:
Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan
untuk) anak-anakmu, (iaitu) bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bagian
dua orang anak perempuan. Dan jika anak itu kesemuanya perempuan yang
jumlahnya lebih dari dua, maka bahagian mereka dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka dia memperoleh
setengah (harta yang ditinggalkan). Dan untuk kedua ibubapa, bahagian masing-
masing seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika dia (yang meninggal)
mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia
diwarisi oleh kedua ibubapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga. Jika dia
(yang meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat
seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas) setelah (dipenuhi)
wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya. (Tentang) orang
tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang
lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan Allah. Sungguh, Allah
Maha Mengetahui, Mahabijaksana.

Dan bahagianmu (suami-suami) adalah seperdua dari harta yang ditinggalkan


oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika mereka (isteri-
isterimu) itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang
ditinggalkannya setelah (dipenuhi) wasiat yang mereka buat atau (dan setelah
dibayar) hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu
tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka
para isteri memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan (setelah
dipenuhi) wasiat yang kamu buat atau (dan setelah dibayar) hutang-hutangmu.
Jika seseorang meninggal, baik laki-laki mahupun perempuan yang tidak
meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang
1
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

saudara laki-laki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi
masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika
saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersama-sama dalam
bahagian yang sepertiga itu, setelah (dipenuhi wasiat) yang dibuatnya atau (dan
setelah dibayar) hutangnya dengan tidak menyusahkan (kepada ahli waris).
Demikianlah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun.

Itulah batas-batas (hukum) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-
Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan
yang agung.
Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya dan melanggar batas-batas
hukum-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di
dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan.
3. Sekali imbas ayat-ayat di atas seolah-olah menggambarkan diskriminasi terhadap
golongan wanita yang hanya mendapat separuh daripada bahagian dinikmati lelaki.
Namun apakah benar terdapat diskriminasi terhadap golongan wanita ini? Bagi
mendapat jawapannya kita bukan hanya perlu memahami ayat-ayat yang disebut di
atas tetapi perlu mengkaji keseluruhan sistem Islam itu sendiri. Islam tidak boleh
diambil dari kompartmen-kompartmen yang kita mahu sahaja, kita perlu
melaksanakan Islam secara keseluruhannya dan mengabdikan diri kepadaNya secara
total. Hanya dengan sedemikian kita akan dapat menikmati keindahan ajaran Islam.
4. Al Quran menjelaskan dengan begitu teliti keseluruhan hukum berkaitan faraid
tersebut. Ayat-ayat yang begitu terperinci membawa makna yang amat jelas. Ia
bersifat definitif dan tidak perlu ditafsirkan lagi. Dari sudut kaedah pentafsiran pula
hanya hukum-hukum yang bersifat spekulatif sahaja yang perlu ditafsirkan manakala
yang bersifat tetap atau qatie tidak memerlukan kepada pentafsiran lagi. Perkara ini
tidak memerlukan tafsiran kerana ia sudah jelas. Oleh itu menyeru supaya hukum
faraid ini ditafsirkan semula membawa erti meminda ayat-ayat hukum yang telah
diturunkan oleh Allah. Apatah lagi apabila kita mengatakan undang-undang tersebut
telah ketinggalan zaman. Ia amat jelas mencabul kesucian Al Quran itu sendiri. Di
dalam ayat-ayat di atas juga Allah telah nyatakan itulah ketetapan dan ketentuanNya.
Siapakah kita untuk mempertikaikan perkara tersebut?
5. Dalam masa kita memperkatakan tentang ketaatan kepada pemerintah, kita lupa
bahawa ketaatan kepada Tuhan adalah ketaatan yang mutlak. Oleh itu tuntutan
golongan ini dilihat sebagai tidak selari dengan pandangan Islam. Walau apapun,
sepatutnya kita berbalik kepada Al Quran dan Al Sunnah, bukan menculik lari
daripadanya. Membelakangkan sumber hukum Islam hanya akan membawa kepada
kerosakan. Akal fikiran kita tidak boleh mengatasi hukum naqli yang telah ditentukan
oleh Allah.
6. Dalam ayat yang dinyatakan di atas adalah jelas bahawa Allah memberi amaran
terhadap ketentuannya yang perlu di patuhi. Tidak timbul isu mentafsir semula
ataupun mengatakan undang-undang itu telah ketinggalan zaman. Sepatutnya falsafah
perundangan Islam itu difahami dan diinsafi dan bukan hanya diambil secara sambil
lewa sahaja.

2
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

7. Sebenarnya ayat-ayat yang dinyatakan di atas tidaklah boleh ditafsirkan secara isolasi
dengan ayat-ayat lain khususnya berkaitan dengan tanggungjawab dan beban yang
perlu digalas oleh seseorang. Begitu juga hadith-hadith yang berperanan
memperjelaskan ayat-ayat Al Quran tersebut.
8. Walaupun kaum wanita mendapat separuh bahagian daripada lelaki namun separuh
bahagian tersebut diterima sebagai 'net' atau 'nilai bersih'. Manakala kaum lelaki yang
menerima dua kali ganda tersebut menerimanya secara 'gross' atau kasar. Bahagian
gross tersebut masih perlu dikongsikan dengan orang lain seperti ibu bapa, isteri, adik
beradik anak dan cucu. Manakala wanita yang menerima nilai bersih tersebut
tidakpun bertanggungjawab berkongsi dengan orang lain walaupun suami atau anak
mereka melainkan dengan kesukarelaannya. Akhirnya kita akan mendapati bahawa
bahagian yang diterima lelaki sebenarnya jauh lebih kurang daripada bahagian yang
diterima wanita.
9. Namun yang menjadi persoalannya ialah falsafah pembahagian ini tidak dihayati oleh
sebahagian orang Islam. Maka orang lelaki akan menghabiskan bahagiannya semata-
mata untuk dirinya sendiri dan meminggirkan orang lain yang mempunyai hak secara
tidak langsung terhadap bahagian mereka.
10. Jelaslah di sini isunya adalah perlaksanaan. Bukan hukum itu yang perlu
dimansuhkan. Hukum tersebut sudah sangat cantik ia perlu diperindahkan dengan
pelaksanaan yang betul.
11. Neraca Barat yang digunakan bagi mentafsir keadilan bukanlah neraca yang terbaik,
malah dalam banyak keadaan ianya lebih menyukarkan dan mendiskriminasi. Lensa
Islam adalah lebih luas kerana keadilan di dalam Islam bukan bermakna kesamarataan
total iaitu satu sama dengan satu. Keadilan dalam Islam bermaksud meletakkan
sesuatu di tempatnya. Oleh yang demikian keadilan di dalam Islam membawa maksud
yang lebih besar lagi dari apa yang difahami oleh undang-undang lain.
12. Gustave Le Bon di dalam bukunya 'Arab Civilization' menulis:-
"The principles of inheritance which have been determined in the Qur'an
have a great deal of justice and fairness. The person who reads the Qur'an
can perceive these concepts of justice and fairness in terms of inheritance
through the verses I quoted. I should also point out the great level of
efficiency in terms of general laws and rules derived from these verses. I have
compared British, French and Islamic Laws of inheritance and found that
Islam grants the wives the right of inheritance, which our laws are lacking
while Westerners consider them to be ill-treated by the Muslim men."
13. Sekali lagi penulis menjemput agar kita melihat kembali maksud ayat Al Quran di
dalam Surah Al Nisa’ yang disebut di atas, membacanya satu persatu dan memahami
maksud yang jelas yang dinyatakan di dalamnya dengan hati yang ikhlas.
14. Mudah-mudahan Allah akan memberi hidayah kepada kita semua. Bagi penulis
rasional Al Quran memberi bahagian yang lebih kepada orang lelaki adalah semata-
mata kerana golongan lelaki dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab termasuklah
menjadi ketua keluarga. Segala apa yang diterima oleh orang lelaki hendaklah
dikongsi bersama dengan orang lelaki lain dan perempuan lain yang terdiri dari ibu,
bapa, isteri, anak, adik beradik dan lain–lain lagi. Tetapi wanita yang menerima faraid
hanya untuk dirinya sahaja dan tidak wajib memberikan bahagiannya kepada orang
lain termasuk suami beliau.
3
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

15. Dalam Islam umpamanya, tanggungjawab membayar nafkah tidak akan berpindah ke
pihak perempuan dalam apa keadaan sekalipun kerana sekiranya suami atau bapa
tidak berkemampuan membayar nafkah isteri atau anak-anak, tanggungjawab tersebut
dipindahkan kepada datuk sebelah bapa, adek beradek lelaki dan sesiapa yang hampir
dari kalangan keluarga lelaki tersebut.
16. Seharusnya persaingan antara lelaki dan wanita bukanlah di dalam serba serbi bidang.
Bukan juga atas nama tertentu. Lelaki mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri
begitu juga wanita mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka juga. Apa yang perlu
dititikberatkan ialah pelaksanaan dan pengahayatan kepada undang-undang faraid ini
bukan memansuhkannya.
17. Persaingan antara lelaki dan wanita hendaklah bukan berasaskan kepada material atau
hal keduniaan tetapi bersaing untuk mendapat keredhaan Allah SWT sebagaimana
ditentukanNya.
18. Bagi penulis isu hak asasi manusia seperti kesamarataan walaupun disebut di dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada isu-isu agama kerana prinsip hak
asasi itu sendiri tidak bersifat mutlak. Perlembagaan Persekutuan sendiri memberikan
keistimewaan kepada perundangan Islam sehinggakan di dalam waktu daruratpun
undang-undang Islam masih terlaksana.
19. Kesamarataan secara total tidak mungkin akan mendatangkan keadilan. Ini adalah
kerana kehendak dan keperluan sesuatu golongan itu berbeza dari golongan yang lain.
Umpamanya keperluan dan kehendak anak-anak bersekolah rendah jauh berbeza
dengan keperluan dan kehendak anak-anak yang belajar di universiti. Oleh itu
perbezaan perlu dilakukan dari sudut nafkah, keperluan peribadi dan kebebasan
mereka. Adalah mustahil untuk menyamaratakan keperluan dan kehendak kedua
golongan ini.
20. Akibat ketidakfahaman ataupun kegagalan melaksanakan falfasah Hukum Faraid ini
sebahagian umat Islam mengambil inisiatif mencari alternatif lain untuk
menyamatarakan hak ini. Bukanlah saya mengatakan ia tidak perlu dilakukan tetapi
selagi mana ia tidak bertentangan dengan Hukum Syarak ia harus dilakukan.
21. Hibah umpamanya menjadi pilihan kerana dilihat dapat memberi keadilan kepada
waris-waris. Namun terdapat beberapa aspek yang perlu difahami yang menjadikan
hibah berbeza dengan faraid dan wasiat. Saya tidak berhasrat untuk mengupas
perbezaan-perbezaan tersebut kerana percaya ia akan diulas dengan penuh teliti
sepanjang program ini.
22. Saya tekankan di sini bahawa hibah yang dilakukan hendaklah tidak berperanan
mengambil alih hukum faraid dan wasiat. Hibah berlaku sewaktu pemberi hibah
masih hidup manakala faraid dan wasiat hanya berkuatkuasa setelah kematian pemilik
harta.
23. Apa yang saya ingin bangkitkan di sini adalah suatu isu perundangan/hukum syarak
mengenai pemilikan penuh atau milku at tam yang menjadi rukun kepada hibah. Rata-
ratanya orang Melayu/Islam membeli harta melalui pinjaman. Oleh kerana mendapat
pinjaman sudah pastilah harta tersebut dibebankan dengan gadaian ataupun serahhak.
24. Bagi harta yang mempunyai geran individu, gadaian merupakan mekanisme biasa
bagi menjamin pinjaman atau kemudahan kredit. Persoalan di sini ialah adakah
gadaian tersebut menafikan milku at tam itu.

4
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

25. Sebagaimana yang kita semua ketahui, Malaysia melalui Kanun Tanah Negara
mengamalkan undang-undang tanah berdasarkan sistem Torrens yang berasal dari
Australia. Sistem Torrens mementingkan pendaftaran. Pemilik berdaftar adalah
pemilik sebenar harta tersebut. Apabila suatu pinjaman dijamin oleh pihak Bank
umpamanya Bank akan mendaftarkan gadaian ke atas hartanah tersebut. Pemilik
berdaftar masih kekal dinamakan sebagai pemilik berdaftar tersebut yang menjadi
peminjam.
26. Berbeza dengan di England, apabila sesuatu pinjaman berdasarkan 'mortgage' dibuat
nama pemilik hartanah ditukar terus kepada nama Bank memegang bagi pihak
peminjam. Nama pemilik sudah tidak muncul lagi sebagai pemilik hartanah dan
ditukar kepada nama Bank. Di sinilah perbezaan yang sangat ketara.
27. Oleh yang demikian dalam sistem Torrens pada pandangan saya 'milku at tam' masih
kekal lagi kerana keempunyaan tidak ditukar. Oleh itu juga pada pandangan saya bagi
hartanah yang masih lagi terhutang dan terdapat gadaian, hibah juga masih boleh
dibuat. Cuma bagi melaksanakan hibah tersebut ia terhenti (mauquf) sehinggalah
bebanan atau gadaian tersebut dilepaskan.
28. Walau bagaimanapun hal yang sama tidak terpakai kepada hartanah yang tidak
memiliki geran individu kerana apabila pinjaman dibuat, peminjam akan
menyerahhak (assign) hartanah mereka kepada pihak Bank. Apabila hak sudah
diserah kepada Bank, maka hak memiliki hartanah tersebut secara sempurnanya sudah
tidak lagi berada ditangan peminjam tersebut.
29. Persoalan sebegini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah bagi diputuskan dengan jelas.
Hujahan yang betul di mahkamah mungkin akan memberi bantuan kepada para hakim
membuat keputusan dengan baik. Alhamdulillah saya telah beberapa kali membawa
isu ini ke mahkamah syariah dan mahkamah syariah telahpun membuat perintah
bahawa hibah tersebut adalah sah di sini Hukum Syarak. Malangnya alasan
penghakiman tidak menghuraikan isu ini dengan tuntas kerana tiada rayuan dibuat
terhadap keputusan yang dibuat itu.
30. Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak kesemua hadirin hadirat
yang mendengar ucaputama ini memikirkan dengan tuntas apa yang telah saya
zahirkan sebentar tadi. Moga cetusan idea ini dapat menjadi pemangkin kepada kita
untuk lebih menghayati sebahagian dari isu faraid dan hibah yang dilontarkan tadi
selaras dengan tajuk ucaputama ini iaitu ‘Ke arah penghayatan dan perlaksanaan
Faraid dan Hibah yang sebenar’.
31. Segala yang baik itu sedah tentunya dari Allah SWT dan keburukan serta kejelekan
semata-mata disebabkan kekurangan saya sendiri.

Sekian

Wassalam.

5
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

PENSYARIATAN FARAID MENGIKUT KERANGKA FIQH ISLAM


Dr. Mushaddad bin Hasbullah, Zahari Mahad Musa & Dr Zaharuddin Zakaria
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM

PENDAHULUAN
Ilmu Faraid atau ilmu pengurusan harta Islam merupakan salah satu cabang fiqh Islam yang
mempunyai perbahasan yang tersendiri, ia bukan sahaja melibatkan teori tetapi juga amali
atau tatbiqi yang memerlukan kemahiran dalam pengiraan. Ilmu ini telah dijelaskan secara
tafsili oleh Allah SWT di dalam surah al-nisa’ dalam ayat-ayat 11, 12 dan 176. Perlu
ditekankan bahawa ilmu faraid amat penting dalam dalam menjamin setiap apa yang dimiliki
adalah berdasarkan kepada konsep pemilikan yang sah menurut Syariat Islam. Ini kerana
setiap apa yang dimiliki akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Kesedaran untuk mempelajari dan menghayati hukum faraid merupakan satu usaha
yang terpuji terutamanya pada hari ini ramai di kalangan umat Islam yang amat
mementingkan usaha dan mengambil berat tentang konsep pemilikan harta dengan cara yang
sebenar berteraskan fiqh Islam. Penggunaan istilah Hudud untuk faraid merupakan satu
bentuk uslub quraniy yang amat jelas bagi menerangkan kepada umat Islam tentang peri
pentingnya faraid dalam pembahagian harta pusaka dalam menjamin setiap pemilikan harta
mesti berteraskan kepada hak yang sebenar tanpa mengambil hak orang lain dan setiap hak
wajib disampaikan kepada pemiliknya yang sebenar.
Justeru, artikel ini akan cuba mengupas secara terperinci tentang pensyariatan hukum
faraid yang berteraskan kepada al-Quran, Sunah dan ijma’ ulama. Penulis juga akan
memfokuskan kepada aspek hukum asal faraid berteraskan hukum taklifi. Di samping
penekanan kepada beberapa permasalahan semasa berkaitan hukum faraid.
ILMU FARAID
Perkataan faraid berasal daripada Bahasa Arab dan merupakan kata jamak daripada
perkataan faridah yang membawa maksud ketetapan atau ketentuan (Al-Fairuz Abaadiy).
Manakala menurut istilah ulama fiqh, Faraid ialah ilmu pengetahuan yang membincangkan
tentang kadar-kadar pewarisan bagi setiap ahli waris, dan penjelasan tentang siapa yang
berhak dan sebaliknya serta kaedah pembahagian harta pusaka. Ilmu faraid juga dikenali
sebagai ilmu mirath.
Ilmu faraid merupakan satu daripada cabang ilmu pengetahuan yang sangat
dititikberatkan oleh Islam. Islam menyuruh umatnya mempelajari ilmu ini dan
mendalaminya. Sabda Rasulullah SAW:
.‫تعلموا الفرائض وعلمواها الناس إنها نصف العلم وهو ينسى وهو أول الشيء ينزع من أمتي‬
Terjemahan: "Belajarlah faraidh dan ajarlah kepada manusia lain, sesungguhnya
ia merupakan separuh daripada ilmu dan ianya dilupakan, ilmu ini merupakan
yang pertama sekali diangkat dari umatku" (Al-Syawkaniy. Nail al-Autar)
PENSYARIATAN FARAID
Pensyariatan faraid bertujuan untuk merealisasikan kemaslahatan manusia sama ada
melibatkan individu, keluarga dan masyarakat. Hakikatnya, kelebihan yang sebenar hanya
diketahui oleh Allah SWT yang telah menentukan dan menetapkan hukum tersebut. Dalil
6
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

pensyariatan atau masyru’iyyah hukum faraid adalah bersandarkan kepada Al-quran, Al-
Sunah dan Ijma’.
Pertama: Al-Quran
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 11:

ْ َ‫ساءً فَ ْو َق اثْ نَتَ ْي ِن فَ لَ ُه َّن ثُلُثَا َما تَ َر ََ َوإِ ْن َكان‬ ِ ِ ِّ ِ َّ ِ ِ ِ َّ ِ


ْ َ ‫يُوصي ُك ُم اللهُ في أ َْوالد ُك ْم للذ َك ِر مثْ ُل َحظ األنْ ثَيَ ْي ِن فَإ ْن ُك َّن ن‬
ِ ‫الس ُد‬ ٍِِ ِِ ِ
ْ ‫س م َّما تَ َر ََ إِ ْن َكا َن لَهُ َولَ ٌد فَِإ ْن ل‬
ُ‫َم يَ ُك ْن لَهُ َولَ ٌد َوَوِرثَه‬ ُ ُّ ‫ف َوألبَ َويْه ل ُك ِّل َواحد م ْن ُه َما‬ ُ ‫ِّص‬
ْ ‫َواح َدةً فَ لَ َها الن‬
‫وصي بِ َها أ َْو َديْ ٍن آبَا ُؤُك ْم َوأَبْنَا ُؤُك ْم ال‬ ِ ‫صيَّ ٍة ي‬ ِ ِ ِ ‫الس ُد‬ ِ ِّ َ‫ث فَِإ ْن َكا َن لَهُ إِ ْخوةٌ ف‬ُ ُ‫ألم ِه الثُّل‬
ُ ‫س م ْن بَ ْعد َو‬ ُ ُّ ‫ألمه‬ َ ِّ َ‫أَبَ َواهُ ف‬
ِ ِ ِ ِ َ ‫تَ ْدرو َن أَيُّهم أَقْرب لَ ُكم نَ ْفعا فَ ِري‬
‫يما‬
ً ‫يما َحك‬ ً ‫ضةً م َن اللَّه إِ َّن اللَّهَ َكا َن َعل‬ ً ْ ُ َ ُْ ُ
Terjemahan: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka
untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian
dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada
dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan
oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah
satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang
daripada keduanya: satu perenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati,
jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang
yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu
pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik),
maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah
diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di
antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian
harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu
ialah) ketetapan daripada Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 12:
ِ ‫الربع ِم َّما تَرْكن ِمن ب ْع ِد و‬
‫صيَّ ٍة‬ ْ ِ‫َولَ ُك ْم ن‬
َ َ ْ َ َ ُ ُ ُّ ‫َم يَ ُك ْن ل َُه َّن َولَ ٌد فَِإ ْن َكا َن ل َُه َّن َولَ ٌد فَ لَ ُك ُم‬
ْ ‫اج ُك ْم إِ ْن ل‬ُ ‫ف َما تَ َر ََ أَ ْزَو‬
ُ ‫ص‬
‫َم يَ ُك ْن لَ ُك ْم َولَ ٌد فَِإ ْن َكا َن لَ ُك ْم َولَ ٌد فَلَ ُه َّن الث ُُّم ُن ِم َّما تَ َرْكتُ ْم ِم ْن‬ ِ ُّ ‫وصين بِها أَو دي ٍن ولَه َّن‬
ْ ‫الربُ ُع م َّما تَ َرْكتُ ْم إِ ْن ل‬ ُ َ ْ َ ْ َ َ ُ‫ي‬
ِ
‫اح ٍد ِم ْن ُه َما‬ِ ‫ ْ فَلِ ُك ِّل و‬
َ ٌ ‫خ أ َْو أُ ْخ‬ ٌ َ‫ث َكاللَةً أَ ِو ْام َرأَةٌ َولَهُ أ‬ ُ ‫ور‬ ِ ُ ُ‫صيَّ ٍة ت‬
َ ُ‫وصو َن ب َها أ َْو َديْ ٍن َوإِ ْن َكا َن َر ُج ٌل ي‬
ِ ‫ب ْع ِد و‬
َ َ
ِ ‫ضار و‬ ِ َ ُ‫صيَّ ٍة ي‬ ِ ‫ث ِمن ب ْع ِد و‬ ِ ِ َ ِ‫س فَِإ ْن َكانُوا أَ ْكثَ َر ِم ْن ذَل‬
ً‫صيَّة‬ َ َ ‫وصى ب َها أ َْو َديْ ٍن غَْي َر ُم‬ َ َ ْ ُ‫ك فَ ُه ْم ُش َرَكاءُ في الثُّل‬ ُ ‫الس ُد‬
ُّ
‫يم‬ ِ ِ‫ِمن اللَّ ِه واللَّه عل‬
ٌ ‫يم َحل‬ ٌ َُ َ َ
Terjemahan: “Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh
isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada
harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi kalau kamu
mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi
itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
7
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya ialah satu perenam. Kalau pula
mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah
ketetapan daripada Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 176:
‫ف َما تَ َر ََ َو ُه َو يَ ِرثُ َها‬ ْ ِ‫ ْ فَ لَ َها ن‬
ُ ‫ص‬ ٌ ‫س لَهُ َولَ ٌد َولَهُ أُ ْخ‬
َ ‫ك ل َْي‬َ َ‫ك قُ ِل اللَّهُ يُ ْفتِي ُك ْم فِي الْ َكالل َِة إِ ِن ْام ُرٌؤ َهل‬َ َ‫يَ ْستَ ْفتُون‬
ِّ ‫لذ َك ِر ِمثْل َح‬
‫ظ‬ َّ ِ‫ان ِم َّما تَر ََ َوإِ ْن َكانُوا إِ ْخو ًة ِر َجاال َونِساء فَل‬
ًَ َ
ِ َ‫إِ ْن لَم ي ُكن لَها ولَ ٌد فَِإ ْن َكانَتَا اثْنَتَ ي ِن فَ لَهما الثُّلُث‬
َُ ْ َ َ ْ َْ
ُ َ
ِ ٍ ِ ِ
ٌ ‫األنْ ثَيَ ْي ِن يُبَ يِّ ُن اللَّهُ لَ ُك ْم أَ ْن تَضلُّوا َواللَّهُ ب ُك ِّل َش ْيء َعل‬
‫يم‬
Terjemahan: “Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu
(Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). katakanlah: "Allah memberi
fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu, Iaitu jika seseorang mati yang
tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi
saudara perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati;
dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya,
jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara
perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga daripada harta
yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu)
ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian
dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya
kamu tidak sesat, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
Kedua: Al-Sunnah
Terdapat banyak hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW tentang pensyariatan
hukum Faraid, antaranya:
Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda:
)‫ض فَِأل َْولَى َر ُج ٍل ذَ َك ٍر‬ ِ ِ ‫اب اللَّ ِه فَما تَرَك‬
ُ ‫ ْ الْ َف َرائ‬ َ َ
ِ َ‫ض َعلَى كِت‬
ِ ِ‫ال بَ ْي َن أ َْه ِل الْ َف َرائ‬ ِ ‫( اق‬
َ ‫ْس ُموا ال َْم‬
Terjemahan: “Bahagilah harta kamu antara ahli waris yang mendapat kadar tetap
(ashab al-furud) berdasarkan kitab Allah, dan apa yang baki diberikan kepada
waris lelaki yang lebih dekat (kepada si mati).” (Muslim. Sahih Muslim. 11/53)
Rasulullah SAW membahagikan hak pewarisan bagi permasalah yang ada anak
perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan adik-beradik perempuan dengan sabda
Baginda:
ِ ‫ وما ب ِقي فَلِ ْألُ ْخ‬،‫الس ُدس‬ ِ ِ ِ ُ ‫لالب نَ ِة النِّص‬ ِ
ْ ِ :‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
)ْ َ َ َ َ ُ ُّ ‫ َوالبْ نَة االبْ ِن‬،‫ف‬ ْ َ ‫ال النَّبِ ُّي‬
َ َ‫(ق‬
Terjemahan: “Bagi anak perempuan separuh, cucu perempuan 1/6 dan baki untuk
adik-beradik perempuan”. (Bukhari. Sahih Bukhari. 8/152)
Ketiga: Ijma’
Ummat Islam bersepakat (ijma’) daripada zaman Rasulullah SAW bahawa adik-beradik
perempuan sebapa sama seperti seibu sebapa ketika tiada yang seibu sebapa, adik-beradik
8
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

lelaki sebapa sama seperti seibu sebapa ketika tiada yang seibu sebapa (Abu zuhrah. Al-
Mawarith wa al-Tarikat. 7).
Oleh sebab itulah, hukum faraid ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan
tersendiri, antara keistimewaannya adalah seperti berikut (Mushaddad. Al-Khulasoh fi fiqh
al-mawarith wa al-wasiyyah wa al-waqf. 22):
1) Bersifat Rabbani iaitu sandaran kepada Al-Rabb iaitu Allah yang mentadbir urus alam
ini. Allah yang mensyariatkan hukum pewarisan dan pensyariatannya merangkumi
setiap muslim lelaki atau wanita, dewasa atau kanak-kanak. Ia bukan ciptaan manusia
yang bersifat lemah dan serba kekurangan.
2) Pensyariaatanya berlaku secara tadarruj atau berperingkat-peringkat sesuai dengan
permasalahan atau isu yang dihadapi oleh umat Islam di zaman Rasulullah SAW.
3) Sistem pewarisan Islam juga amat meraikan keadilan, kerahmatan dan kesamaan
dalam pembahagian.
4) Dalam pensyariatan Faraid juga, Islam amat menitikbertkan elemen meraikan
golongan yang lemah di kalangan wanita dan kanak-kanak. Sesiapa sahaja yang layak
berhak menerima harta pusaka.
HUKUM MELAKSANAKAN FARAID DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Hukum melaksanakan faraid dalam menguruskan harta secara Islam pada asasnya adalah
wajib syar’iy bersandarkan kepada dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan Sunah yang
menunjukkan kepada hukum wajib. Justeru, jika berlaku kematian pembahagian harta pusaka
si mati secara faraid adalah wajib kerana ketetapan ini amat jelas sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 13 dan 14:

َ ِ‫ين فِ َيها َو َذال‬ ِِ ِ ِ ٍ ِ ِ ِ ُ ‫لك ح ُد‬ ِ


‫وز‬
ُ ‫ك ٱل َف‬ َ ‫ود ٱللَّه َوَمن يُط ِع ٱللَّهَ َوَر ُسولَهُ يُ ْدخلهُ َجنَّٰ ْ تَ ْج ِرى من تَ ْحت َها ٱألَنْ َهُٰر َخٰلد‬ ُ َ ‫ت‬
ِ ِ ِ ِ
)31( ‫ين‬ ٌ ‫اب ُّم ِه‬ َ ‫ص ٱللَّهَ َوَر ُسولَهُۥ َويَتَ َع َّد ُح ُد‬
ٌ ‫ودهُ يُ ْدخلْهُ نَ ًارا َخٰل ًدا ف َيها َولَهُ ع َذ‬ ِ ‫) َوَمن يَ ْع‬31( ‫يم‬
ُ ‫ٱلعظ‬
َ
Terjemahan: “Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke
dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar (13) Dan sesiapa yang derhaka
kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan
dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya dan
baginya azab seksa yang amat menghina. (14)”
Imam Ibn Kathir menjelaskan ketika mentafsir kedua-dua ayat ini:
ِِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ ِ ‫"أ‬
ُ‫اج ِه ْم إِل َْي ِه َوفَ ْقده ْم لَه‬ ِ ‫ ْ واحتِي‬ ِ
َ ْ َ ِّ‫ب قُ ْربِ ِه ْم م َن ال َْمي‬ ِ‫س‬ َِّ ِ
َ ‫ض َوال َْم َقاد ُير التي َج َعلَ َها اللهُ لل َْوَرثَة ب َح‬ ُ ‫َي َهذه الْ َف َرائ‬
ْ
‫َي فِ َيها فَ لَ ْم يَ ِز ْد‬ ِ
ْ ‫ال َوَم ْن يُط ِع اللَّهَ َوَر ُسولَهُ أ‬ َ َ‫ َولِ َه َذا ق‬،‫وها‬ ِ ُ ‫ ِهي ح ُد‬،‫ِع ْن َد َع َد ِم ِه‬
َ ‫ فَ َال تَ ْعتَ ُد‬،‫ود اللَّه‬
َ ‫وها َوَال تُ َجا ِوُز‬ ُ َ
ٍ‫ضتِ ِه وقِسمتِ ِه ي ْد ِخلْهُ جنَّات‬ ِ َّ ٍ ِ ٍ ِ ِ ِ
َ ُ َ ْ َ َ ‫ بَ ْل تَ َرَك ُه ْم َعلَى ُح ْك ِم الله َوفَ ِري‬،‫ص بعضها بحيلَة َوَوسيلَة‬ ْ ‫َم يَ ْن ُق‬
ْ ‫ض ال َْوَرثَة َول‬
ُ ‫بَ ْع‬
‫ودهُ يُ ْد ِخلْهُ نَ ًارا‬َ ‫ص اللَّهَ َوَر ُسولَهُ َويَتَ َع َّد ُح ُد‬ِ ‫يم َوَم ْن يَ ْع‬ ِ َ ِ‫ين فِيها َوذل‬
ُ ‫ك الْ َف ْوُز ال َْعظ‬
ِِ
َ ‫هار خالد‬
ِ ِ
ُ ْ‫تَ ْج ِري م ْن تَ ْحت َها ْاألَن‬
‫ص ُد ُر َع ْن‬ ِ ِ
ْ َ‫ َو َه َذا إِنَّ َما ي‬،‫اد اللَّهَ في ُح ْك ِمه‬ َ ‫َي لِ َك ْونِِه غَيَّ َر َما َح َك َم اللَّهُ بِ ِه َو‬
َّ ‫ض‬ ْ ‫ين أ‬ ٌ ‫ذاب ُم ِه‬
ٌ ‫خالداً فيها َولَهُ َع‬
ِ ِ
"‫َع َدِم الرضا بما قسم اهلل وحكم به‬
Terjemahan: Fardu-fardu dan kadar-kadar (tetap) yang dijadikan oleh Allah ini
adalah untuk ahli-ahli waris berdasarkan kedudukan mereka dengan si mati dan
keperluan mereka kepada si mati serta rasa kehilangan mereka terhadap si mati.
9
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Ini adalah ketetapan Allah yang tidah boleh dicabul dan dilanggar. Oleh sebab itu,
Allah menegaskan bahawa golongan yang taat kepada Allah dan Rasul iaitu
dengan tidak melebihkan atau mengurangkan sesetengah ahli waris daripada yang
lain dengan melakukan hilah atau sesuatu tindakan bahkan menyerahkan kepada
hukum Allah dan ketetapanNya merupakan golongan yang akan dimasukkan ke
dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai dan mereka kekal di
dalamnya, ini adalah kejayaan yang amat besar. Manakala barangsiapa yang
menderhakai Allah dan Rasul serta melanggar ketetapan Allah (hudud Faraid)
akan dicampakkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya serta baginya azab
yang menghinakan lantaran tindakannya yang mengubah sesuatu yang telah
ditetapkan Allah dan melawan hukumNya. Ini berlaku kerana sikap tidak reda
dengan pembahagian yang Allah tetapkan. (Ibn Kathir. Tafsir Ibn Kathir. 2/232)
Syeikh Wahbah Al-zuhailiy menyebut ketika mentafsirkan kedua-dua ayat ini dengan
kata-katanya:
‫ وال يصح لمسلم أن يتخطاها ومن يطع اهلل باتباع ما‬،‫"هي حدود اهلل وأحكامه فال تعتدوها وال تجاوزوها‬
."‫ ويطع الرسول باتباع ما بلغ به عن ربه من أحكام وآيات‬،‫شرعه من الدين وأنزله على رسوله الكريم‬
Terjemahan: “(Hukum faraid ini) merupakan hudud Allah dan hukum-hukumNya,
justeru ia tidak boleh dicabul dan dilanggar dan tidak sah bagi seorang muslim
melangkahinya. Mentaati Allah ialah dengan mengikuti apa yang disyariatkan dan
diwahyukan kepada RasulNya dan mentaati Rasul dengan mengikuti apa yang
disampaikan Baginda yang terdiri daripada ayat dan hukum”. (Wahbah Al-
zuhaili. Tafsir Al-Munir. 4/287)
Manakala menurut Sunnah pula, sabda Rasulullah SAW:
)‫ض فَِأل َْولَى َر ُج ٍل ذَ َك ٍر‬ ِ ِ ‫اب اللَّ ِه فَما تَرَك‬
ُ ‫ ْ الْ َف َرائ‬ َ َ
ِ َ‫ض َعلَى كِت‬
ِ ِ‫ال بَ ْي َن أ َْه ِل الْ َف َرائ‬ ِ ‫( اق‬
َ ‫ْس ُموا ال َْم‬
Terjemahan: “Bahagilah harta kamu antara ahli waris yang mendapat kadar tetap
(ashab al-furud) berdasarkan kitab Allah, dan apa yang baki diberikan kepada
waris lelaki yang lebih dekat (kepada si mati).” (Muslim. Sahih Muslim bersama
syarah imam nawawi. 11/53)
Daripada dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa hukum melaksanakan faraid
pada asasnya adalah wajib, ini kerana penggunaan istilah hudud di dalam al-Quran
menjelaskan tentang ketetapan Allah yang wajib dipatuhi tanpa sebarang pengubahsuaian, ia
dikuatkan lagi dengan balasan atas ancaman terhadap golongan yang mencabuli ketetapan
faraid dengan balasan neraka. Namun, persoalannya apakah hukum jika harta pusaka
dibahagikan tidak mengikut faraid dengan persetujuan bersama daripada ahli-ahli waris.
HUKUM “AL-TARADHI” DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Allah SWT telah menjelaskan secara terperinci tentang hak ahli waris terhadap harta pusaka
seperti mana yang terkandung di dalam surah al-nisa’ ayat 11,12 dan 176 sebagaimana telah
dijelaskan sebelum ini. Hukum faraid ini merupakan ketetapan Allah dalam pembahagian
harta pusaka umat Islam atau disebut sebagai “tauzi’ Rabbaniy”. Dalam satu hadis Rasulullah
SAW bersabda:
ٍ ‫صيَّةَ لِوا ِر‬
)‫ث‬ ِ ‫َن اللَّهَ أَ ْعطَى ُكلَّ ِذي حق ح َّقهُ فَ َال و‬
َّ ‫(أ‬
َ َ َ َ

10
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap yang berhak


akan haknya, maka tidak ada wasiat untuk ahli waris” (Tirmizi. Sunan Tirmizi.
3/505 (Hadis Hasan Sohih))
Para ulama bersepakat bahawa pemilikan tarikah (harta pusaka) akan berpindah
kepada waris selepas kematian pewaris. Persoalannya, apakah hukum pembahagian harta
pusaka dibuat secara persetujuan bersama antara ahli waris?
Para ulama menyatakan bahawa harus membahagikan harta pusaka secara taradhi
atau saling bersetuju antara ahli waris. Contohnya mereka bersetuju untuk memberikan
bahagian yang lebih kepada ibu simati. Namun, terdapat syarat-syarat dalam pembahagian
seperti ini, syarat-syaratnya adalah seperti berikut (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyyah. 7/160):
1) Semua ahli waris yang berhak baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan
baik pada pandangan syarak.
2) Persetujuan bersama yang dicapai adalah yang sebenar bukan kerana paksaan atau
kerana malu, tidak berkait dengan kepentingan seseorang seperti persetujuan orang
sakit atau penghutang yang muflis dan seumpamanya.
3) Wajib bagi ahli waris berkeyakinan bahawa hukum Allah adalah lebih adil dan lebih
baik. Tidak ada yang lebih baik dan adil daripada hukum Allah. Allah SWT berfirman
dalam surah al-Tin ayat 8 yang bermaksud: (Bukankah Allah (yang demikian
kekuasaannya) seadil-adil Hakim?).
Imam Ibn Kathir menyebut: “Allah SWT mengingkari sesiapa yang keluar
daripada hukumNya yang meliputi segala kebaikan, yang mencegah segala
keburukan….Allah SWT maha mengetahui segala sesuatu dan maha Adil pada
segala-galanya” (Ibn Kathir. Tafsir Ibn Kathir. 3/131). Syeikh Tantawi pula
menyebut: “Tidak ada seorang pun yang hukumannya lebih baik daripada hukuman
Allah atau sama dengan hukum Allah. Ini adalah akidah golongan yang yakin dengan
agamanya, tunduk kepada tanggungjawab Syariah, beriman dengan keesaan Allah dan
patuh mengikuti sunnah Rasul dan Nabi” (Tantawi. Muhammad Sayid. Al-Tafsir Al-
Wasit. 1/1292).
HUKUM MENGELAK/BERHELAH DARIPADA MELAKSANAKAN FARAID
Terdapat pelbagai tindakan atau helah yang dilakukan untuk mengelak daripada pembahagian
harta secara faraid, sebagai contoh seorang ayah menghibahkan keseluruhan harta kepada
anak perempuan dan isterinya supaya harta tersebut tidak dibahagikan secara Faraid kepada
ahli waris lain yang ada. Persoalannya, adakah perbuatan ini diharuskan dalam syarak?
Pada asalnya harus bagi seorang bapa menghibahkan kesemua hartanya kepada anak-
anaknya, hibah itu sah jika pemilikan dilakukan semasa si bapa masih hidup dan dalam
keadaan sihat. Namun perbuat itu tidak sepatutnya dilakukan jika ada niat tersembunyi atau
helah di sebaliknya iaitu bagi menghalang sebahagian waris lain darpada mendapat hak
dalam harta pusaka. Imam Badr Al-Din Al-‘Aini menyebut:
"‫" َوأما االحتيال إلبطال حق ال ُْمسلم فإثم وعدوان‬
Terjemahan: “Manakala berhelah untuk membatalkan hak Muslim yang lain
adalah dosa dan perseteruan” (Al-Aini. Badr Al-Din. ‘Umdah Al-Qari Syarh
Sahih Al-Bukhari. 24/109).
Imam Muhammad bin Hasan iaitu murid kepada imam Abu Hanifah menyebut:

11
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

."‫َح َكام اهلل بالحيل الموصلة إِلَى إبِطَال الْحق‬ ِ ِ‫"لَيس من أَ ْخ َالق الْمؤمن‬
ْ ‫ين الْف َرار من أ‬
َ ُ َ ْ
Terjemahan: “Bukanlah daripada akhlak mukminin lari daripada hukum Allah
dengan melakukan helah untuk membatalkan hak orang lain” (Al-Aini. Badr Al-
Din. ‘Umdah Al-Qari Syarh Sahih Al-Bukhari. 24/109).
Justeru itu, para ulama menegaskan bahawa helah sebegini adalah haram dan ia
adalah daripada perbuatan golongan Yahudi (Ibn Qudamah. Mughni. 2/263) sebagaimana
yang diriwayatkan dalam sebuah hadis:
"‫ تستحلوا محارم اهلل بأدنى الحيل‬،‫"ال تفعلوا كما فعل ْ اليهود‬
Terjemahan: “Jangan kamu lakukan seperti apa yang dilakukan oleh golongan
Yahudi, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan dengan serendah-
rendah helah” (Ibn Abi Al-‘Izz Al-Hanfiy. Al-Tanbih ‘ala Musykilat al-Hidayah.
5/697).
Imam Syatibiy dalam kitabnya al-Muafaqat menyatakan:
،‫آخ َر‬ َ ‫ال ُح ْك ٍم َش ْر ِعي َوتَ ْح ِويلِ ِه فِي الظَّا ِه ِر إِلَى ُح ْك ٍم‬ ِ َ‫ْجوا ِز ِِإلبْط‬ ِ
َ َ ‫يم َع َم ٍل ظَاه ِر ال‬
ِ ِ
َ ‫فَِإ َّن َحقي َقتَ َها ال َْم ْش ُه‬
ُ ‫ورةَ تَ ْقد‬
‫ فَِإ َّن‬،ِ‫الزَكاة‬
َّ ‫ب ماله عند رأس الحول فر ًارا من‬ ِ ‫ َكال َْو ِاه‬،‫الش ِر َيع ِة فِي ال َْواقِ ِع‬
َّ ‫اع ِد‬ِ ‫آل الْعم ِل فِيها َخرم قَ و‬
َ ُ ْ َ َ َ ُ ‫فَ َم‬
ِ َ‫اح ٍد ِم ْن هما ظ‬
‫اه ٌر أ َْم ُرهُ فِي‬ ِ ‫ فَِإ َّن ُك َّل و‬،‫الزَكا َة ِمن غَي ِر ِهب ٍة لَ َكا َن ممنوعا‬ َّ ‫ َول َْو َمنَ َع‬،‫ْج َوا ِز‬ ِ
َُ َ ً ُْ َ َ ْ ْ َ ‫َص َل الْ ِهبَة َعلَى ال‬ ْ‫أ‬
َّ ‫آل الْ ِهبَ ِة ال َْمنْ َع ِم ْن أ ََد ِاء‬
‫ َو ُه َو‬،ِ‫الزَكاة‬ ُ ‫ص َار َم‬
َ ،‫صد‬
ِ ‫ فَِإذَا جمع ب ي نَ هما َعلَى ه َذا الْ َق‬،ِ‫الْمصلَح ِة أَ ِو الْم ْفس َدة‬
ْ َ َ ُ َْ َ َ َ َ ْ َ
َ َ
ِ.‫الشر ِعيَّة‬ ِ
ِ َ‫صد إِلَى إِبْط‬ ِ ِ
َ ِ‫ َولَك َّن َه َذا ب‬،ٌ‫س َدة‬
ْ َّ ‫َح َك ِام‬ ْ ‫ال ْاأل‬ ْ ‫ش ْرط الْ َق‬ َ ‫َم ْف‬
Terjemahan: “Sesunggugnya hakikat helah adalah masyhur dalam mengutamakan
perbuatan yang pada zahirnya harus dengan tujuan untuk mambatalalkan hukum
syar’ie dan menukarkannya pada zahir kepada hukum yang lain. Maka hasil
daripada perbuatan tersebut ialah merosakkan kaedah syarak pada realiti seperti
seseorang menghibahkan harta ketika hampir cukup haul kerana ingin lari
daripada zakat, hukum asal hibah adalah harus…namun natijah hibah tersebut
menjadi penghalang atau perosak kepada zakat. Akan tetapi perbuatan ini menjadi
rosak dengan syarat menpunyai qasad atau niat untuk membatalkan hukum
syarak”. (Al-Syatibiy. Al-Muafaqat. 5/187-188)
Perbuatan mengelak daripada melaksanakan faraid dalam pembahagian harta pusaka
dengan melakukan helah tertentu seperti menghibahkan keseluruhan harta semasa hidup
kepada waris tertentu merupakan perbuatan yang dibenci oleh Islam. Perbuatan sebegini
merupakan perosak kepada hukum Syarak jika ia dilakukan dengan niat untuk lari dari
melaksanakan hukum Allah atau menyekat orang yang berhak daripada menerima haknya.
PENUTUP
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Faraid merupakan Syariat Allah yang sangat penting,
penggunaan istilah hudud membuktikan bahawa ia merupakan merupakan uslub Qur’aniy
yang menekankan kepada aspek wajib dalam pelaksanaannya. Pensyariatan Faraid adalah
amat jelas bersandarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran, al-Sunah dan Ijma’. Justeru
para ulama bersepakat bahawa hukumnya adalah wajib. Namun, pembahagian secara
persetujuan bersama “al-taradhi” boleh atau harus untuk dilakukan selagi mana tidak
terkeluar daripada garis panduan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan.

12
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Setiap Muslim wajib meyakini bahawa faraid ini adalah hak Allah atau hukum Allah
untuk mengatur kehidupan umat Islam di dunia ini. Tidak ada yang lebih sempurna atau lebih
adil daripadanya. Justeru kita perlu sedar tentang kepentingannya yang merupakan asas
dalam menyempurnakan pembahagian harta pusaka. Tindakan mengelak atau berhelah untuk
tidak melaksanakan faraid dengan niat untuk menghalang waris lain daripada menerima harta
pusaka merupakan perbuatan yang tidak berakhlak dan dosa kerana sengaja membatalkan
hukum syarak yang telah ditetapkan Allah SWT.

13
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

PENSYARIATAN HIBAH MENURUT KERANGKA FIQH ISLAM


Dr Mohamad Zaharuddin Zakaria, Dr Mushaddad Hasbullah & Zahari Mahad Musa
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM

Abstrak
Hibah merupakan salah satu instrumen perancangan harta dalam Islam. Ianya
mula mendapat perhatian umum khususnya mereka yang merancang
pengurusan harta bertujuan memastikan harta mereka diuruskan dengan baik.
Namun isu yang sering dibahaskan sama ada pelaksanaannya bertepatan
dengan kehendak syarak atau tidak. Justeru, kertas kerja ini ditulis untuk
menjelaskan kedudukan hibah dari sudut fiqh untuk memberi lebih kefahaman
kepada umum berkaitan hukum-hakam pelaksanaannya. Pemerhatian khusus
diberikan kepada pandangan-pandangan fuqaha terdahulu dan kontemporari
agar ianya dapat diperhalusi dan disesuaikan dengan keperluan umat Islam
pada masa kini. Sesungguhnya Islam itu bersifat murunah di mana hukumnya
bersesuaian sepanjang zaman. Penulis mendapati terdapat pelbagai produk
hibah dipasaran yang disesuaikan dengan konsep hibah menurut syarak hasil
ijtihad para fuqaha mengikut keperluan dan kesuaian setempat khususnya di
Malaysia. Harapan penulis agar umat Islam lebih memahami konsep hibah
agar setiap tindakan yang dilakukan bertepatan menurut syarak.
Kata kunci: Hibah, Fiqh, Umra, Ruqba, Perancangan Harta Islam
PENDAHULUAN
Perancangan harta umat Islam sangat penting untuk dilaksanakan agar harta yang dimiliki
dapat ditadbir dan diuruskan dengan baik khususnya setelah kematian pemilik harta tersebut.
Sesuai dengan kesyumulan Islam yang diturunkan sebagai rahmat kepada manusia
seluruhnya, salah satu tujuannya adalah untuk menjaga kelestarian harta yang dimiliki. Justru,
pelbagai instrumen pengurusan harta telah disediakan oleh syarak untuk memenuhi tujuan
tersebut. Di antaranya yang berbentuk pemberian tanpa balasan ataupun hibah. Namun,
perkara yang menjadi kerisauan umat Islam pada hari ini adalah kecenderungan sebahagian
daripada umat Islam yang menjadikan hibah sebagai jalan untuk mengelakkan harta mereka
diagihkan secara faraid kepada waris-waris mereka kelak. Justeru, adalah penting bagi umat
Islam untuk memahami tujuan sebenar pensyariatan hibah dimana ia bukan hanya sekadar
pemberian tetapi ia juga adalah satu kelestarian.
DEFINISI HIBAH
Hibah dari sudut bahasa berasal daripada perkataan arab “wahaba” yang bermaksud
pemberian tanpa balasan (al-Fayyumi, t.t.:273). Firman Allah di dalam surah Maryam ayat
19:
‫َك غُ َال ًما َزكِيًّا‬
ِ ‫ك ِأل ََهب ل‬
َ
ِ ِّ‫ول رب‬
َ ُ ‫ال إِنَّ َما أَنَا َر ُس‬
َ َ‫ق‬
Terjemahan: Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk
menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
Manakala dari segi istilah syarak, hibah bermaksud: satu pemberian milik sukarela
semasa hidup pemilik harta kepada seseorang tanpa balasan. Hibah berbeza daripada hadiah
dan sedekah berdasarkan niat pemberi. Sekiranya pemberian tersebut semata-mata untuk
mendapat ganjaran pahala kepada seseorang yang memerlukan maka ia adalah sedekah.
14
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Manakala pemberian yang dilakukan untuk memuliakan penerimanya atau kerana tujuan
tertentu maka ia adalah hadiah. Hibah pula berbeza kerana pemberinya tidak mengkhususkan
niat tertentu terhadap pemberiannya. (al-Khatib, Muhammad al-Sharbini, t.t.: 4/62)
Menurut pandangan lain di dalam mazhab Syafi’i, hibah adalah satu akad pemberian
milik sesuatu harta tanpa balasan semasa hidup secara sukarela dan tertakluk kepada rukun
tertentu. (al-Ansari, t.t.: 1/259; al-Nawawi, 1985: 5/364). Justeru, sebagai satu akad yang
diiktiraf syarak maka ia perlu memenuhi prinsip-prinsip akad khususnya saling redha
meredhai di antara pihak yang melakukan akad dengan termeterainya ijab dan qabul di antara
mereka.
PEMBENTUKAN HIBAH
Hibah yang diterima di sisi syarak mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditentukan
khususnya rukun-rukun hibah dan syarat-syaratnya.
Rukun Hibah
Terdapat beberapa rukun hibah yang perlu dipatuhi sebelum ianya dikira sah di sisi syarak.
Ketidakpatuhan kepada rukun-rukun tersebut boleh menyebabkan hibah terbatal dan tidak
dapat dikuatkuasakan. Rukun-rukun tersebut adalah sighah (Ijab dan Qabul), penghibah,
penerima dan barang yang dihibah (mawhub). Di samping rukun-rukun yang dinyatakan
tersebut, terdapat satu lagi elemen penting yang wajib dipatuhi untuk menjadikan sesuatu
hibah itu berkuatkuasa.
1) Sighah (ijab dan qabul)
Sebagaimana akad muamalat yang lain, sighah yang terdiri daripada ijab dan qabul menjadi
penentu utama kepada kesahan hibah yang dilakukan. Ia menunjukkan keredhaan berlaku di
antara pihak-pihak yang melakukan akad. Ijab atau penawaran daripada penghibah dan qabul
atau penerimaan daripada penerima boleh berlaku dalam apa sahaja yang membawa maksud
ijab dan qabul sama ada dalam bentuk kata-kata dan perbuatan. Lafaz ijab dan qabul boleh
berlaku dalam sarih (jelas) atau kinayah (kiasan). Lafaz sarih seperti wahabtuka yang
bermaksud “aku hibahkan kepada kamu”. Lafaz kinayah seperti a’taituka atau “saya beri
kepada kamu”. Lafaz pertama jelas menunjukkan makna hibah manakala lafaz kedua perlu
melihat kepada niat pemberi sama ada ianya hibah, hadiah atau sedekah. Manakala lafaz
qabul seperti qabiltu atau “saya terima” sudah cukup untuk menjadikan hibah tersebut sah di
sisi syarak. Perbuatan unjuk mengunjuk juga boleh diterima sebagai salah satu cara
melakukan hibah. Hal yang demikian memandangkan uruf atau adat setempat menerimanya
sebagai salah satu kaedah dalam melakukan akad. Syarak juga mengiktiraf uruf atau adat
sebagai penentu kepada hukum. Hal yang demikian sebagaimana kaedah fiqh menyatakan:
‫( العادة محكمة‬Adat menjadi penentu hukum).
2) Penghibah
Hibah adalah satu bentuk akad tabarru’ atau kebajikan di mana seorang penghibah mestilah
memenuhi kelayakan untuk melakukan tabarru’. Hal yang demikian bagi mengelakkan
seseorang itu melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan hartanya. Justeru,
penghibah mestilah seorang yang berakal, baligh, merdeka, pemilik sebenar kepada mawhub,
tidak dipaksa, tidak ditahan hartanya disebabkan tidak bijak mengurus harta (safih) atau
ditahan kerana hutang, dan bukan dalam keadaan sakit yang membawa kepada kematian atau
tiada harapan sembuh (marad al-mawt).
3) Penerima Hibah

15
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Disyaratkan juga bagi menerima mestilah seorang yang berkelayakan untuk memiliki atau
menerima pemberian daripada penghibah. Justeru, penerima wajib memenuhi syarat-syarat
keahlian tasarruf sebagaimana pembeli dan penjual di dalam sesuatu akad jual-beli.
Sekiranya penerima seorang minor atau tidak layak untuk melakukan tasarruf maka walinya
akan menerima bagi pihaknya. Penerima juga disyaratkan wujud ketika hibah dilakukan.
Justeru pemberian kepada janin di dalam kandungan atau kepada orang telah mati adalah
tidak sah.
4) Harta yang dihibah
Para fuqaha menetapkan beberapa syarat yang wajib dipenuhi untuk menjadikan sesuatu itu
layak dihibahkan atau sah sebagai subjek hibah. Ia mestilah berbentuk harta sagaimana
subjek di dalam jual beli. Harta tersebut mestilah wujud ketika akad hibah dilakukan, ianya
telah ditentukan, diiktiraf syarak dan dimiliki oleh penghibah. Hal demikian bagi memastikan
hibah tersebut selamat daripada unsur gharar (ketidakpastian) dan untuk memastikan syarat
qabd dapat dilaksanakan. Kaedah fiqh menyebutkan: ‫( ما يصح بيعه تصح هبته‬apa sahaja yang
boleh dijual beli, maka ia boleh dihibahkan).
Bagi mazhab Maliki, gharar hanya memberi kesan kepada akad mu’awadah seperti
jual-beli dan tidak memberi kesan kepada akad tabarru’ seperti hibah, sedekah dan hadiah.
Justeru, Imam Malik berpandangan harus menghibahkan barang yang belum ada ketika akad.
Contoh harta yang bakal wujud seperti keuntungan pada masa hadapan atau rumah dalam
pembinaan dan seumpamanya. Walaupun begitu, harta yang bakal wujud tersebut mestilah
tidak mustahil untuk wujud pada masa hadapan. Sekiranya mustahil maka hibah tersebut
tetap tidak sah.
Manakala hibah sesuatu yang tidak dimiliki adalah tidak sah di sisi Syafi’i dan
Hanbali namun ia dikira tertangguh bagi mazhab Hanafi dan Maliki. Hibah menjadi sah
setelah mendapat keizinan daripada pemiliknya. Justeru, harta yang menjadi cagaran di bank
umpamanya boleh berkebarangkalian dihibahkan berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan
Maliki seandainya pihak bank membenarkannya (Nasrul Hisyam, 2011: 62). Perkara ini perlu
diputuskan oleh pihak berautoriti sebelum ianya dibenarkan.
Berkaitan manfaat harta seperti bayaran sewa, royalti, hak untuk tinggal di dalam
rumah dan sebagainya, Jumhur kecuali Hanafi mengiktirafnya juga sebagai harta, justeru
ianya juga boleh dihibahkan menurut pandangan jumhur tersebut (al-Sanhuri, t.t.: 2/63-64).
Bagi harta yang dimiliki oleh ramai pemilik samada telah ditentukan bahagiannya atau belum
ditentukan bahagiannya (musya’), maka Jumhur berpandangan ianya masih boleh dihibahkan.
Justeru, penerima hanya memiliki bahagian yang dihibahkan tersebut.
Bagi hibah yang dilakukan ketika marad al-mawt, ia mengambil hukum wasiat iaitu
hanya 1/3 daripada harta simati yang terpakai bagi hibah tersebut dengan syarat ianya tidak
diberikan kepada waris kecuali dengan persetujuan wari-waris yang lain setelah kematian
penghibah (Wahbah al-Zuhayli, 1998: 113-114).
Syarat Qabd (Pindahan Milikan)
Qabd bermaksud tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang, menguasai
barang yang diberi oleh penghibah dan menjadikan barang itu sebagai milikannya (Nasrul
Hisyam, 2011: 77). Qabd merupakan syarat kepada mawhub. Tanpanya hibah boleh terbatal
atau tidak dapat dikuatkuasakan.
Menurut Jumhur fuqaha di antaranya Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’i dan fuqaha
Hanbali berpendapat bahawa Qabd adalah syarat untuk menguatkuasakan hibah. Hibah yang
berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul masih belum berkuatkuasa. Justeru, mawhub
16
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

tetap kekal dimiliki oleh penghibah yang juga bebas untuk berurusniaga selagi qabd oleh
penerima belum berlaku. Penghibah dalam keadaan ini juga berhak untuk menarik balik
hibahnya (al-Nawawi, t.t.:15/370,377; al-Kasani, 2003: 8/105; al-Bahuti, 1982: 4/301). Hal
ini memandangkan hibah adalah akad jaiz atau ghair lazim yang mana ianya boleh dibatalkan
pada bila-bila masa tanpa keizinan penerima sebelum berlakunya Qabd (Muhammad al-
Zuhayli, 20073: /182). Ini dikuatkan dengan satu riwayat yang menyatakan bahawa Abu Bakr
telah menghibahkan sebahagian daripada hartanya kepada saidatina A’isyah r.ah.
Walaubagaimanapun, Abu Bakr ketika sedang nazak memberitahu A’isyah bahawa harta itu
perlu diagihkan mengikut hukum faraid memandangkan A’isyah tidak pernah menerima atau
menguasai harta tersebut (al-Shawkani, 1999:5/421). Di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah
s.a.w pernah memberikan hibah kepada raja Najasyi, namun raja Najasyi tidak sempat
menerima hibah tersebut sehingga baginda wafat. Justeru Rasulullah s.a.w telah memberikan
mawhub tersebut kepada isteri baginda iaitu Ummu Salamah (al-Shawkani, 1999: 5/421).
Kaedah Qabd
Qabd boleh berlaku secara asal iaitu penerimanya sendiri yang menerima dan boleh juga
melalui perwakilan atau gantian bagi yang tidak memenuhi syarat penerima seperti kanak-
kanak di bawah umur dan safih. Bagi harta yang telah berada di tangan penerima sebelum
hibah dilakukan seperti penyewa atau isteri dan anak-anak yang tinggal bersama di dalam
rumah yang dihibahkan maka ia tidak memerlukan kepada qabd yang baharu, memadai
dengan qabd yang sedia berlaku pada ketika hibah dilakukan.
Cara qabd dilakukan bergantung kepada jenis harta yang dihibah sama ada ianya harta
alih atau harta tidak alih. Qabd juga tertakluk kepada uruf atau adat kebiasaan yang
digunapakai oleh masyarakat setempat. Sekiranya uruf menerimanya sebagai qabd maka
qabd tersebut adalah sah menurut syarak. Bagi harta tidak alih seperti tanah atau rumah, qabd
boleh berlaku dengan penghibah mengosongkan harta tersebut untuk digunakan oleh
penerima hibah, penerimaan kunci rumah atau pengisian borang pindah milik sekalipun
penerima belum menduduki rumah berkenaan. Bagi harta alih seperti pakaian, binatang
ternakan dan wang di dalam akaun, qabd berlaku apabila penghibah memindahkan harta
tersebut kepada penerima untuk disimpan dalam jagaannya (Nasrul Hisyam, 2011: 85)
Satu perkara yang juga penting berkaitan qabd adalah keizinan untuk melakukan qabd
yang menjadi syarat kepada kesahan qabd tersebut. Penerima perlu terlebih dahulu
mendapatkan keizinan penghibah untuk melakukan qabd. Apabila penghibah memberi izin
barulah penerima boleh mengambil harta yang dihibahkan. Seandainya penerima
mengambilnya sebelum mendapat keizinan penghibah maka qabd tersebut tidak sah dan tidak
boleh menguatkuasakan pindah milik mawhub kepada penerima hibah (al-Kasani, 2003:
8/106; al-Khatib Muhammad al-Syarbini, t.t.: 4/67) . Keizinan berkenaan boleh dilakukan
secara sarih seperti lafaz “ambillah”, atau secara dilalah (tidak nyata) seperti penerima
melakukan qabd di dalam majlis hibah dan penghibah tidak menegah tindakan penerima
tersebut. Qabd yang dilakukan berdasarkan keizinan yang sarih boleh dilaksanaka di dalam
majlis hibah atau di luar majlis hibah. Manakala Qabd yang dilakukan dengan izin secara
dilalah hanya sah dilakukan di dalam majlis hibah dan tidak dibenarkan diluar majlis
tersebut. Keizinan juga boleh terbatal sekiranya penghibah menarik balik keizinannya atau
penghibah hilang kelayakan tasarruf atau berlaku kematian salah seorang daripada penghibah
atau penerima sebelum qabd berlaku (al-Haytami, Ibn Hajar, 2001: 2/525).
PEMBATALAN HIBAH
Hibah yang telah sempurna rukun dan syaratnya serta telah berlaku qabd adalah dikira
sebagai akad yang lazim atau berkuatkuasa. Menurut jumhur selain Hanafi menyatakan
17
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

bahawa hibah tersebut tidak boleh dibatalkan kecuali hibah yang dilakukan oleh ayah atau
datuk kepada anak atau cucunya dan pembatalan melalui akad iqalah iaitu melalui
persetujuan bersama. Hukum tersebut berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
‫العائد في هبته كالكلب يعود في قيئه‬
Terjemahan: Orang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang
menjilat kembali muntahnya.
Para ulama berpandangan bahawa perumpaan tersebut adalah satu bentuk
pengharaman. Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menyatakan:
.‫ال يحل ألحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إال الوالد فيما يعطي ولده‬
Terjemahan: Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian
menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seseorang kepada anaknya.
Walaubagaimanpun, keharusan bapa merujuk kembali hibah yang dilakukan
bergantung kepada syarat-syarat tertentu iaitu anaknya mestilah mempunyai kapasiti
(ahliyyah) tasarruf. Oleh itu, bapa tidak boleh merujuk kembali hibah anaknya yang gila,
hamba atau muflis. Seterusnya mawhub tersebut mestilah masih berada di dalam pemilikan
anak. Mazhab Hanafi berbeza daripada jumhur di mana mereka berpandangan bahawa
membatalkan atau merujuk kembali hibah yang telah sempurna dilaksanakan adalah sah. Ia
boleh dilakukan sama ada secara persetujuan bersama atau melalui prosedur kehakiman
(Nasrul Hisyam, 2011: 131).
JENIS HIBAH
Terdapat tiga jenis hibah yang biasa dibancangkan oleh para fuqaha iaitu hibah mutlak, hibah
dengan balasan dan hibah bersyarat.
Hibah Mutlak
Hibah mutlak adalah hibah biasa yang diberikan tanpa ditetapkan sebarang syarat untuk
menguatkuasakan hibah tersebut. Hibah ini sah apabila segala rukun dan syarat telah
disempurnakan.
Hibah dengan balasan
Hibah ini merujuk kepada balasan yang diberikan oleh penerima hibah setelah mendapat
hibah daripada penghibah. Pembalasan tersebut dilakukan secara sukarela tanpa disyaratkan
oleh penghibah pertama. Ia amat digalakkan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w:
‫عن عائشة رضي اهلل عنها قال ْ كان رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقبل الهدية ويثيب عليها‬
Terjemahan: Daripada A’isyah r.ah. telah berkata, “Nabi s.a.w sering menerima
hadiah dan membalasnya”
Hibah yang disertakan Syarat
Pensyaratan di dalam hibah boleh berlaku dalam sighah yang berbentuk taqyid (akad yang
pelaksanaannya tertakluk kepada syarat). Hukum taqyid bergantung kepada syarat yang
dibuat sama ada syarat yang harus (al-syart al-jaiz) ataupun syarat yang rosak (al-syart al-
fasid). Syarat fasid adalah syarat yang bertentangan dengan kehendak akad hibah seperti
mensyaratkan supaya mawhub tidak dijual atau syarat yang mustahil seperti penerima perlu

18
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

terbang kelangit tanpa alat atau syarat yang haram seperti mesyaratkan penerima berzina
dengan penghibah.
Jika syarat fasid dikenakan oleh penghibah maka syarat tersebut adalah dihukumkan
batal, manakala akad hibah adalah sah. Di antara contoh hibah bersyarat:
i. Hibah dengan syarat balasan:
Penghibah dalam akad hibahnya menyatakan bahawa dia akan menghibahkan sesuatu
harta miliknya dengan syarat penerima hibah tersebut membalas pemberiannya
dengan sesuatu yang telah ditetapkannya dalam akad. Hibah ini dihukumkan
seumpama akad mu’awadah dan ia adalah sah.
ii. Hibah dengan mensyaratkan penerima hibah melakukan atau tidak melakukan sesuatu
tindakan:
Penghibah meletakkan syarat untuk penerima hibah melakukan sesuatu seperti
membina rumah untuknya. Hibah sah sekiranya pensyaratan tersebut memenuhi
prinsip umum dalam penetapan syarat.
iii. Hibah dengan mensyaratkan penerima hibah tidak bertasarruf dengan mawhub:
Hibah sah namun syarat terbatal kerana ia bertentangan dengan kehendak akad.
HIBAH DALAM BENTUK AL-‘UMRA DAN AL-RUQBA (HIBAH BERSYARAT)
Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah
dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al-‘Umra juga
bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah
seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal
dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika
pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi
hibah. Contoh lafaz hibah al-‘umra adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku
berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu
kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati”.(Zamro,
t.t.)
Manakala al-ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak
sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu
pihak yang hidup. Al-Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh
pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi
hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah
maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah
seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika
kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu
untuk kamu”.(Nasrul Hisyam, 2011: 179)
Para fuqaha’ sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan
terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah
yang bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal.
Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad
hibah itu sendiri (Zamro, t.t.). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara ‘umra
kerana sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia
menjadi milik orang yang dihibahkan”.
Sebahagian daripada fuqaha’ mazhab Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu
Thur dan lain-lain serta qawl al-qadim Imam Syafie berpendapat bahawa hibah ‘umra adalah
19
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

harus dan syaratnya sah jika tidak dinyatakan oleh pemberi hibah bahawa harta yang
dihibahkan akan menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian penerima hibah. Ini
bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.
Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat sementara
pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ‘ariyah (peminjaman) (Nasrul Hisyam,
2011: 173).
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah ‘umra tetapi tidak
mengharuskan hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah
s.a.w yang telah mengharuskan hibah ‘umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini
dikritik oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat
bahawa hibah ruqba adalah hibah ta’liq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia
akan terlaksana. Ruqba yang tidak diharuskan disisi mazhab Malik berbeza daripada maksud
Ruqba di sisi mazhab lain. Ruqba yang dimaksudkan adalah sekiranya kedua-dua pihak
penghibah dan penerima mensyaratkan ruqba bagi harta masing-masing contohnya:
“sekiranya kamu mati sebelumku, kedua-dua rumah ini (rumah kamu dan rumahku) menjadi
milikku, namun sebaliknya, jika aku mati dahulu, maka kedua-duanya menjadi milik kamu”.
Berkenaan ruqba yang difahami jumhur, terdapat riwayat daripada Imam Malik
mengenai seorang lelaki yang menghibahkan hambanya kepada lelaki lain dengan
mensyaratkan, “Sekiranya kamu mati dahulu, maka hamba itu menjadi milikku. Sebaliknya
jika aku mati, maka ia kepunyaan kamu.” Penerima telah mati dulu, maka hamba tersebut
kembali semula kepada penghibah (al-Qayrawani, 1999: 12/217). Berdasarkan riwayat ini,
hukum ruqba adalah sama dengan Umra bagi mazhab Maliki iaitu hibah dan syarat sah dan
perlu diikuti (Nasrul Hisyam, 2011: 182).
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang
membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha’ mengenai hibah ‘umra dan hibah ruqba
ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang
dita’liqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi yang
berbeza di kalangan fuqaha’. Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra dan hibah ruqba tidak
diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”.
Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan
hadis yang bermaksud:
“(Hibah) ‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”.
KESIMPULAN
Hibah adalah instrumen yang berkesan dalam pengurusan harta. Umat Islam wajar
menggunakannya untuk memastikan harta mereka ditadbir dengan baik khususnya setelah
kematian mereka bagi mengelakkan pelbagai pertikaian berhubung harta yang ditinggalkan.
Namun hibah yang di lakukan perlulah mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh
syarak. Ia tidak boleh gunakan untuk mengelakkan sesuatu ketetapan syarak seumpama untuk
mengelakkan pembahagian harta secara faraid atau untuk menafikan hak waris tertentu
kerana dengki, dendam dan sebagainya. Hibah disyariatkan untuk memberi peluang kepada
umat Islam untuk melakukan sebanyaknya kebaikan sebagai bekalan bertemu Ilahi. Justeru,
ia perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh umat Islam keseluruhannya kerana setiap amal
perbuatan yang dilakukan oleh setiap mukallaf adalah bergantung kepada niatnya.

20
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

PERLAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA


BERDASARKAN FARAID: KEDUDUKAN DAN
PERLAKSANAANNYA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN
AMALAN GUAMAN DI MALAYSIA1
Ahmad Termizi Bin Abdullah
Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie di Tetuan Termizi & Co.

MUQADDIMAH
Hari ini ramai yang keliru tentang perlaksanaan pembahagian faraid dalam pembahagian
harta pusaka. Apakah kepentingan sijil faraid dalam pembahagian harta pusaka? Apakah
prosedur yang perlu dilakukan oleh waris untuk mendapatkan sijil faraid? Apakah undang-
undang yang terpakai berkaitan pembahagian faraid di Malaysia? Adakah institusi-institusi
atau badan-badan yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka menerimapakai sijil faraid
dan pelbagai persoalan lain yang timbul dalam pemikiran orang ramai.
Dari segi kaedah pembahagian faraid itu pula, ramai yang tertanya-tanya tentang
formula pembahagian. Bagaimana faraid menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka bagi
waris yang hilang, bayi dalam kandungan, kematian serentak, kematian berlapis, dan
sebagainya. Apakah amalan guaman di Malaysia tentang perbezaan pendapat ulama’ dalam
kaedah pembahagian faraid. Adakah konsep penamaan itu mencukupi bagi mengelakkan
sesuatu harta pusaka itu dibahagikan mengikut faraid?
Kertas kerja ini Insya-Allah akan menerangkan secara ringkas tentang perlaksanaan
pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid: kedudukan dan perlaksanaannya mengikut
undang-undang dan amalan guaman di Malaysia, semoga dapat menjawab beberapa
persoalan di atas.
TERTIB PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut tertib/prioriti sebagaimana
berikut:
1. Pengurusan pengkebumian si mati seperti kos membeli peralatan dan upah
pengurusan jenazah. Contohnya, kos bagi pembelian kain kafan, peralatan bagi
memandikan jenazah, upah kepada orang yang memandikan jenazah, kos
pengangkutan, tanah perkuburan, dan lain-lain sebagainya. Bagi si mati yang
dilindungi oleh khairat kematian, selalunya kos untuk pengkebumian jenazah
digunakan daripada wang khairat kematian si mati. Dalam banyak keadaan juga, kos
pengkebumian jenazah ini diambil daripada wang derma daripada orang ramai yang
melawat waris arwah, walhal wang derma ini bukanlah sebahagian daripada harta
pusaka si mati.
2. Pembayaran hutang bagi pihak si mati. Waris si mati hendaklah menggunakan harta
pusaka yang ada bagi membayar hutang si mati terlebih dahulu. Oleh hal yang
demikian, ahli waris hendaklah mewarwarkan kepada orang ramai tentang kematian si
mati dan meminta supaya orang ramai yang ingin menuntut hutang daripada si mati
boleh berjumpa dengan ahli waris bagi tujuan ahli waris melunaskan hutang-hutang si

1
Kertas kerja ini dibentangkan semasa Seminar Hibah v. Faraid: Biar Tahu, Jangan Keliru, pada 21 Oktober,
2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
21
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

mati. Hutang si mati ini juga merujuk kepada hutang kepada Allah seperti zakat,
nazar, haji, fidyah, dan kifarah.2
3. Pembahagian harta sepencarian. Harta sepencarian atau dikenali sebagai harta
syarikat, ialah harta yang diperolehi atau dikumpulkan bersama oleh suami atau isteri
sepanjang tempoh perkahwinan mereka mengikut hukum syarak yang ditentukan oleh
hukum syarak.3
Jika pasangan kepada si mati menuntut haknya daripada harta pusaka sebagai
sebahagian harta sepencarian si mati dengannya, maka harta sepencarian hendaklah
dibahagikan kepada pasangan terlebih dahulu. Sekiranya ada waris yang tidak
bersetuju dengan tuntutan pasangan si mati, satu permohonan pengesahan harta
sepencarian boleh dipohon di mahkamah syariah bagi menentusahkan pembahagian
harta sepencarian daripada harta pusaka si mati. Dalam hal ini, sumbangan isteri atau
suami dalam perolehan atau pengumpulan harta berkenaan akan diambil kira sebagai
asas dalam menentukan jumlah yang layak dipertimbangkan oleh mahkamah syariah.4
Harta sepencarian dikira sebagai hutang oleh si mati kepada isteri atau suami ke atas
sumbangan yang diberikan oleh isteri atau suami tersebut dalam memperolehi harta
perkahwinan. Sumbangan yang diberikan oleh isteri atau suami adalah dalam bentuk
kewangan (jika isteri atau suami bekerja) atau dalam bentuk tenaga (jika isteri
menguruskan rumahtangga).5
4. Perlaksanaan wasiat si mati. Jika si mati ada meninggalkan wasiat, maka wasiat
tersebut hendaklah ditunaikan terlebih dahulu. Jika kesahihan wasiat diragui oleh
waris, satu permohonan pengesahan wasiat boleh dibuat oleh waris di mahkamah
syariah untuk mendapatkan kepastian tentang kesahihan wasiat yang dibuat oleh si
mati.6
5. Selepas itu barulah baki harta pusaka itu dibahagikan kepada waris-waris yang
berhak. Pembahagian harta pusaka ini pula boleh dibahagikan mengikut cara-cara
yang berikut:
i. Waris melepaskan hak mereka kepada waris yang lain. Bagi waris yang tidak
mahu menerima harta pusaka, mereka boleh melepaskan hak mereka kepada
waris yang lain. Contohnya, adik-beradik si mati melepaskan hak mereka
kepada anak-anak perempuan si mati.
ii. Waris bersetuju untuk membahagikan harta pusaka secara muafakat. Contohnya,
waris-waris bersetuju untuk membahagikan harta pusaka secara sama rata
sesama mereka.
iii. Pembahagian harta pusaka secara faraid. Pembahagian secara faraid bukanlah
satu pembahagian yang wajib dibuat oleh waris. Waris berhak untuk memilih
kaedah pembahagian cara i dan/atau ii di atas. Cumanya, jika waris-waris tiada
permuafakatan dan/atau semua waris masing-masing menuntut hak mereka,
maka pada masa tersebut, pembahagian harta pusaka mengikut kiraan faraid
adalah wajib.

2
Untuk perbahasan lanjut contohnya sila lihat Wan Abdul Halim Wan Harun, Mengurus Harta Pusaka; Asas
Pembahagian Harta Cara Faraid, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor, 2011, m/s.122-125.
3
Lihat seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Pindaan 2006).
4
Lihat Amir Bahari, Soal Jawab Wasiat Islam; Solusi Permasalahan Pewarisan Islam, Telaga Biru Sdn. Bhd.,
Selangor, 2012, m/s. 30.
5
Ibid., m/s. 31.
6
Untuk rujukan lanjut contohnya, boleh rujuk Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 bagi mengetahui
peruntukan undang-undang tentang wasiat orang Islam.
22
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Kalau faraid dilaksanakan paling akhir, maka persoalannya ketika mana faraid akan
mula-mula digunakan?
- Bagi orang yang telah meninggal dunia, faraid adalah yang paling akhir digunakan
untuk mengurus harta pusaka.
- Bagi yang hidup, faraid adalah yang mula-mula digunakan untuk merancang harta
pusaka.
Memang benar ia adalah hukum. Iaitu ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta
pusaka selepas meninggal dunia. Tetapi ilmu ini juga yang sepatutnya digunakan semasa
hidup bagi merancang harta pusaka. Bermakna:
- Faraid adalah salah satu alternatif dalam merancang harta pusaka.
- Faraid adalah salah satu instrument perancangan harta pusaka seperti hibah, wasiat,
wakaf, takaful, dan juga harta sepencarian.
- Faraid adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar alternatif, ia bukan sekadar
instrument, bahkan faraid adalah tonggak utama dalam merancang harta pusaka.
Kerana ramai orang apabila dilihat semula perancangan harta pusaka dibuat, kadang-
kadang ia menafikan hukum faraid. Contoh, ada yang membuat hibah yang keterlaluan
seperti:
- Menghibahkan seluruh hartanya kepada yang bukan waris.
- Menghibahkan harta kepada anak-anak perempuan sahaja.
- Menghibahkan harta kepada anak angkat hingga menafikan hak anak-anak yang
sebenar.
Akhirnya mereka meninggal dunia, waris tidak menerima apa-apa harta pusaka. Waris
dianiaya oleh ibu bapanya sedangkan ia adalah seorang waris yang baik.
Justeru, apabila dikatakan perancangan harta pusaka, bukan bermaksud kita hendak
lari daripada faraid. Bahkan jadikan faraid tonggak utama dalam merancang harta pusaka.7
SIJIL FARAID
Sijil Faraid adalah dokumen akuan pewarisan orang beragama Islam, yang menyatakan
kesahihan ahli-ahli waris dan bahagian-bahagian yang diperoleh. Permohonan Sijil Faraid
hendaklah dibuat di mahkamah syariah kerana hanya mahkamah syariah yang
berbidangkuasa untuk menentusahkan siapakah waris yang berhak kepada harta pusaka si
mati dan berapakah nilaian pembahagian bagi waris tersebut.
Sijil Faraid diperlukan contohnya bagi kes-kes seperti berikut:
1. Pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian.
Sijil Faraid diperlukan terlebih dahulu sebab dengan adanya Sijil Faraid barulah boleh
ditentukan siapakah pemohon dan siapakah responden dalam permohonan harta
sepencarian.
2. Waris ingin mengeluarkan harta alih si mati yang disimpan oleh institusi-institusi
perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya. Sebagai alternatif kepada
Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Faraid boleh digunakan oleh waris sebagai dokumen
bagi mencairkan harta alih si mati yang dibekukan oleh institusi-institusi perbankan,
Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya.

7
Lihat Md Ghazali Ibrahim, Urus Harta Sebelum Mati, Mustread Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2010, m/s. 4-5.
23
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

3. Waris ingin menjual harta tak alih si mati. Dalam hal ini, Sijil Faraid hendaklah
diekshibitkan oleh pemohon (selalunya pentadbir) dalam permohonan perintah jualan
di mahkamah tinggi. Kesemua waris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid hendaklah
menandatangani afidavit persetujuan bagi menyatakan persetujuan mereka bagi
pemohon menjual harta tak alih si mati. Sekiranya ada waris yang tidak dapat
dihubungi, maka ARB boleh mewakili waris yang hilang tersebut dan wang hasil
jualan harta tak alih si mati akan disimpan oleh ARB sebagai pemegang amanah
sehinggalah waris tersebut menuntutnya.8
Walau bagaimanapun, Sijil Faraid tidak diperlukan sekiranya permohonan bicara
pusaka dibuat di unit pusaka kecil di pejabat-pejabat tanah kerana unit pusaka kecil sudahpun
mempunyai bidangkuasa dalam menentusahkan waris dan membuat pengiraan faraid.
PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL FARAID
Permohonan sijil faraid boleh dibuat sendiri atau anda boleh melantik peguam syarie untuk
membuat permohonan bagi pihak anda. Bagi anda yang tidak biasa dengan prosedur
mahkamah, hal ini akan menjadi sukar kerana anda perlu menyediakan dokumen-dokumen
mengikut tatacara mahkamah syariah dan akan melalui proses perbicaraan.
Secara ringkasnya, prosedur permohonan sijil faraid adalah sebagaimana berikut:
i. Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid;9
ii. Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut;10
iii. Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati,
salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan
sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal
dari si mati, dan lain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit
sokongan;11
iv. Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit
tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin;
v. Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada
pemohon;
vi. Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan;
vii. Mahkamah akan menyoalsiasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi
mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka si mati;
viii. Mahkamah akan menyoalsiasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap
pemohon;
ix. Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah
pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (sijil faraid);
x. Setelah siap sijil faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat
pendaftaran Mahkamah Syariah.12

8
Lihat seksyen 12 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
9
Lihat contohnya Borang MS 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
10
Lihat contohnya Borang MS 26 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
11
Lihat contohnya Borang MS 27 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
12
Lihat Ahmad Tarmizi Jusoh, Pewaris Jutawan; Kaedah Merancang & Menguruskan Harta Pusaka Islam,
Truewealth Sdn. Bhd., Selangor, 2009, m/s.159-160.
24
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

BEBERAPA ISU BERKENAAN PENGIRAAN FARAID


1. Pengiraan Faraid Secara Munasakhat
Pengiraan secara munasakhat terjadi apabila seorang atau lebih dari ahli waris meninggal
dunia sebelum harta warisan dibahagikan. Pengiraan faraid akan dibuat secara sekaligus sama
ada secara inqisam, mubayanah (jam’iah), atau muwafaqah berdasarkan fakta kes.13
Dalam sijil faraid, nama si mati kedua dan seterusnya akan ditulis dan bahagian
mereka akan ditandakan sebagai kosong (0) kerana bahagian mereka sudah dikira atau
dimasukkan kepada waris-waris lain yang masih hidup.14
Jika pengiraan tidak dibuat secara munasakhat, pihak waris hendaklah
mengemukakan sijil faraid yang berlainan bagi setiap si mati kepada pihak-pihak yang
berkenaan, contohnya kepada pihak mahkamah tinggi bagi permohonan perintah jualan oleh
pentadbir.
2. Dzawil Arham
Dzawil arham adalah waris yang tidak mendapat bahagian faraid mengikut mazhab Syafie.
Dzawil arham boleh dikategorikan kepada tiga (3) golongan:
i. Golongan aslu, iaitu datuk yang diselangi oleh waris perempuan seperti datuk sebelah
ibu.
ii. Golongan furu’, iaitu waris keturunan lelaki yang diselangi oleh waris perempuan
seperti cucu lelaki daripada anak perempuan, cicit perempuan daripada anak lelaki.
iii. Golongan hawasyi, iaitu sama ada;
(a) Waris perempuan selain adik-beradik perempuan, seperti emak saudara sebelah
bapa, emak saudara sebelah ibu, dan anak saudara lelaki daripada emak saudara.
(b) Waris yang dihubungkan oleh waris perempuan selain adik beradik seibu, seperti
anak saudara daripada adik-beradik perempuan, bapa saudara seibu sebelah bapa,
dan bapa saudara sebelah ibu.
(c) Anak keturunan daripada adik-beradik lelaki seibu.15
Oleh sebab dzawil arham adalah waris yang tidak layak menerima harta pusaka
mengikut mazhab syafie,16 tempat mereka digantikan oleh baitul mal sekiranya tidak terdapat
waris ‘asabah. Jika waris berhasrat untuk membahagikan harta pusaka si mati mengikut
mazhab selain syafie dan mahukan waris dzawil arham menerima harta pusaka, pihak waris
hendaklah membuktikan bahawa si mati bermazhab hanafi atau hambali dan hanya
mahkamah syariah yang boleh membuat pengesahan pengiraan sebegini. Manakala unit
pusaka kecil di pejabat tanah hanya berautoriti membuat pengiraan faraid berdasarkan
mazhab syafie sahaja.

13
Untuk perbincangan yang lebih terperinci contohnya lihat Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Panduan
Praktis Hukum Waris Menurut al-Quran dan as-Sunnah yang Shahih, Cetakan Ketiga, Pustaka Ibnu Katsir,
Bogor, 2009, m/s. 179-198. Lihat juga Wan Abdul Halim Wan Harun, Pengurusan Dan Pembahagian Harta
Pusaka, Cetakan Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2008, m/s. 260-298.
14
Lihat Lampiran.
15
Lihat Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Panduan Praktis Hukum Waris Menurut al-Quran dan as-Sunnah
yang Shahih, m/s. 131-132. Lihat juga Hilmi Haniz Muhammad, Fajar Faraidh, Akademi Al-Ghazali Sdn.
Bhd., Selangor, 2013, m/s. 55-56.
16
Mazhab maliki juga berpegang kepada hujah bahawa waris dzawil arham tidak layak menerima harta pusaka.
Manakala mazhab hanafi, dan hambali berpendapat bahawa waris dzawil arham layak menerima harta pusaka.
Perbahasan lanjut tentang perkara ini ada dibincangkan contohnya oleh Syeikh Muhammad Ali Al-Shabuni,
Haji Abdul Malik Haji Hasan (Penterjemah), Ilmu Waris Dalam Syariah Islam Menurut Al-Qur’an Dan Sunnah,
Pustaka Al-Shafa, Kuala Lumpur, 2006, m/s. 247-275.
25
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

3. Pengiraan Faraid Secara Radd


Radd dalam ilmu faraid bermaksud mengembalikan bahagian kepada ahli waris. Contohnya
saudara lelaki seibu akan mendapat 1/6 jika berseorangan. Baki daripada bahagian tersebut
iaitu 5/6 dikembalikan juga kepadanya apabila menepati syarat-syarat radd.
Syarat-syarat radd:
(a) Tiada baitul mal di negeri tersebut atau baitul mal tidak amanah dalam mentadbir.
(b) Ada ahli fardhu.
(c) Tiada ahli ‘asabah.
(d) Masih ada baki daripada bahagian ahli waris. Contohnya ibu mendapat bahagian
1/3 dan masih ada baki 2/3 dan tiada ahli waris yang lain yang akan mengambil
baki.
(e) Tiada suami atau isteri. Jika ada suami atau isteri, mereka akan mengambil dahulu
bahagian mereka. Kemudian baki daripada bahagian tersebut akan diberikan
kepada ahli waris yang lain secara radd. Suami atau isteri boleh mengambil
bahagian secara radd jika tidak terdapat golongan nasab sama ada daripada ahli
fardhu ataupun dzawil arham.17
Pengiraan secara radd juga tidak diamalkan dalam mazhab syafie. Jika ahli waris
ingin membahagikan harta pusaka si mati mengikut pengiraan secara radd, mereka boleh
cuba memohon secara khusus kepada mahkamah syariah. Unit pusaka kecil tiada kepakaran
untuk membuat pengiraan secara radd kerana mereka hanya dilatih untuk membuat pengiraan
berdasarkan mazhab syafie sahaja. Secara alternatif, pihak unit pesaka kecil juga boleh
membuat permohonan ke mahkamah syariah bagi mendapat kiraan secara radd jika dirasakan
bahawa pengiraan secara radd akan lebih menjurus kepada keadilan kepada ahli waris.
4. Waris Patah Titi / Wasiat Wajibah
Wasiat wajibah bermaksud sebahagian daripada harta peninggalan yang diperuntukkan oleh
undang-undang untuk anak-anak yang kematian bapa sebelum datuk atau nenek mereka
meninggal dan anak-anak tersebut tidak mendapat bahagian harta peninggalan datuk atau
nenek mereka kerana terdinding oleh ibu atau bapa saudara mereka. Justeru itu, diberi kepada
mereka dengan kadar dan syarat-syarat tertentu sebagai wasiat dan bukannya sebagai
pusaka.18
Untuk mendapatkan hak ini, cucu tersebut hendaklah membuat permohonan
pengesahan wasiat wajibah di mahkamah syariah. Dengan adanya perintah pengesahan ini,
barulah hak cucu tersebut diiktiraf dan dilindungi walaupun mungkin sudah terdapat sijil
faraid yang dikeluarkan sebelum ini yang tidak meletakkan cucu tersebut sebagai waris yang
layak.
5. Waris Hilang (Mafqud)
Jika terdapat waris yang tidak diketahui maklumat mereka, sudah tidak dapat dihubungi oleh
waris yang lain, tidak diketahui sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia,
mengikut hukumnya, mereka dianggap masih hidup (kerana asalnya hidup) kecuali terbukti
bahawa mereka sudah meninggal dunia.19

17
Hilmi Haniz Muhammad, Fajar Faraidh, m/s. 90.
18
Lihat seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999. Peruntukan yang sama juga terdapat dalam
enakmen wasiat di Negeri Sembilan, dan Melaka.
19
Dalam perbincangan usul fiqh, prinsip ini dikenali sebagai istishab.
26
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Jika boleh dibuat carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & JPN
sahkan bahawa mereka sudah meninggal dunia, maka bolehlah dianggap waris tersebut sudah
meninggal dunia mengikut tarikh mati yang disahkan oleh JPN. Satu carian sijil kematian
juga boleh dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kematian waris tersebut.
Jika waris yang ada berhasrat untuk menganggap waris yang hilang tersebut sudahpun
meninggal dunia berdasarkan bukti-bukti yang dianggap kukuh, mereka boleh membuat
permohonan anggapan kematian berdasarkan seksyen 108 Akta Keterangan 1950 di
Mahkamah Tinggi.20 Orang yang hilang tersebut hanya dianggap mati bermula dari tarikh
anggapan kematian disahkan oleh mahkamah. Beberapa elemen di bawah seksyen 108
hendaklah dipenuhi oleh pemohon sebelum permohonan ini boleh dibenarkan oleh
mahkamah. Selalunya mahkamah mahukan afidavit sokongan dari seseorang yang kali
terakhir melihat orang tersebut melebihi tempoh sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun, bukti
tentang usaha pencarian yang telah dibuat bagi mencari orang yang hilang tersebut seperti
iklan di surat khabar, dan lain-lain sebagainya.
Secara alternatif, permohonan anggapan kematian juga boleh dibuat di mahkamah
syariah yang mana tempoh kehilangan orang tersebut lebih singkat iaitu selama tidak kurang
empat (4) tahun daripada hari terakhir ia dilihat atau diketahui.21 Walau bagaimanapun,
setakat pengetahuan penulis, permohonan anggapan kematian di mahkamah syariah setakat
ini hanya digunakan oleh pihak-pihak bagi memohon pembubaran perkahwinan sahaja.
Bahagian waris yang hilang tadi (yang dianggap masih hidup) hendaklah diserahkan
kepada syarikat pemegang amanah yang dilantik oleh pentadbir tanah atau mahkamah.22
Selalunya pihak ARB akan dilantik sebagai pemegang amanah bagi waris yang hilang
sehinggalah waris tadi datang menuntut hak mereka. Satu fail/akaun akan dibuka oleh ARB
& ARB akan merekodkan maklumat setakat yang dimaklumkan kepada mereka.23
Dalam sijil faraid, nama waris yang hilang ini akan ditulis sebagaimana yang diberi
dalam keterangan oleh pemohon dan saksi-saksi semasa sesi bicara dalam permohonan sijil
faraid, dan bahagian pengenalan diri mereka selalunya akan dicatat sebagai ‘tiada maklumat’.
6. Bayi Dalam Kandungan/Janin
Bayi dalam kandungan/janin berhak mewarisi harta pusaka dengan syarat memang sah bayi
tersebut sedang dikandungkan sewaktu si mati meninggal (walaupun berusia sehari), dan dia
sempat hidup sewaktu dilahirkan (walaupun untuk beberapa saat).24
Untuk menetapkan kewujudan bayi di dalam kandungan ibunya, maka perlulah dilihat
daripada;
(a) Perbezaan waktu antara akad nikah dengan kelahiran anak tersebut;
(b) Perbezaan waktu perceraian dengan kelahiran anak tersebut.
Para ulama bersepakat bahawa perbezaan waktu kandungan mestilah berusia enam (6)
bulan dan ke atas.25

20
Lihat kes Ridzwan Bin Ibrahim [2002] 4 AMR 4318.
21
Lihat contohnya seksyen 80 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
22
Contoh syarikat pemegang amanah yang terdapat di negara kita ialah As-Salihin Trustee Berhad. Syarikat
pemegang amanah ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan tertakluk kepada Akta Pemegang
Amanah 1949.
23
Lihat seksyen 12 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
24
Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang bayi sudah menangis, maka ia berhak mendapat warisan.” Hadis
riwayat Abu Dawud (no. 2920).
27
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Bagi bahagian waris yang tidak terjejas sama ada bayi tersebut hidup atau meninggal
sewaktu dilahirkan, bahagian pusaka bagi waris tersebut boleh dibahagikan. Tetapi bagi
bahagian yang ada kemungkinan perubahan pengiraan bergantung kepada hidup atau mati
janin, atau kebarangkalian jantina lelaki atau wanita janin, maka simpanlah bahagian paling
maksima atas kebarangkalian-kebarangkalian pengiraan supaya hak janin tetap terpelihara.26
7. Kematian Serentak
Dalam kes kematian serentak / kematian bersama, contohnya dalam kes kemalangan jalan
raya, kapal tenggelam, nahas kapal terbang/helikopter, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami,
kebakaran, dan lain-lain sebagainya, dalam keadaan tidak diketahui siapa yang mati terdahulu
dan siapa yang mati terkemudian, maka hukumnya, tiada pusaka-mempusakai di antara
mereka yang mati tadi.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
yang bersidang kali ke-83, pada 22-24 Oktober 2008 di Kelantan telah membincangkan
hukum pewarisan bagi kes kematian serentak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
“Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam
kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati
terlebih dahulu bagi menentukan hak perwarisan, maka mereka tidak akan saling
mewarisi antara satu sama lain. Ini berdasarkan syarat-syarat perwarisan, waris
(al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-
muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris
yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersama-
samanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah
diterima pakai dan dicatatkan dalam sijil kematian.”27
STATUS PENAMA DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Status penama tidaklah menjadikan penama itu secara langsung sebagai penerima mutlak
harta si mati. Bahkan penama hanyalah bersifat sebagai wasi, atau pentadbir bagi harta si
mati.
Apabila si mati menamakan seseorang sebagai penama, bukanlah hasrat si mati
menghadiahkan harta tersebut kepada penama. Ini tidak dikategorikan sebagai hibah kerana
hibah berkuatkuasa serta-merta sedangkan tujuan prosedur penamaan bukanlah untuk
memberi kesan pemindahan harta secara serta-merta.
Hal ini juga tidak boleh dikategorikan sebagai wasiat kerana wasiat hanya sah sekadar
satu pertiga (1/3) daripada keseluruhan harta si mati supaya tidak menjejaskan waris-waris
yang lain.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang
bersidang pada 20 September 1973 dan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada
19 September 2000, memutuskan bahawa penama adalah wasi atau pentadbir harta dan
penama hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati mengikut hukum faraid.
Sekiranya memang si mati ingin mewasiatkan 1/3 daripada hartanya yang terkumpul
kepda penama, hal ini hendaklah dinyatakan secara jelas dalam dalam dokumen wasiat yang

25
Lihat Amir Bahari, Soal Jawab Wasiat Islam; Solusi Permasalahan Pewarisan Islam, m/s. 47.
26
Untuk perbincangan yang lebih lanjut, lihat contohnya Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Panduan Praktis
Hukum Waris Menurut al-Quran dan as-Sunnah yang Shahih, Cetakan Ketiga, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor,
2009, m/s. 227-234.
27
Lihat Amir Bahari, Soal Jawab Wasiat Islam; Solusi Permasalahan Pewarisan Islam, m/s. 139-140.
28
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

berasingan supaya tidak menimbulkan perbalahan dengan ahli waris yang lain. Ini kerana
sesuatu wasiat hanya dikira sah apabila dinyatakan secara jelas dan tidak boleh difahami
secara kiasan atau maksud tersirat daripada konsep penamaan.28
HAK DAN TANGGUNGJAWAB DAN KAITANNYA DALAM PEMBAHAGIAN
PUSAKA SECARA FARAID
Pembahagian harta pusaka mengikut kaedah faraid adalah pembahagian harta pusaka yang
berdasarkan dalil-dalil yang sahih daripada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Memanglah
kaedah pembahagian tersebut bukanlah kaedah pembahagian yang sama rata, tetapi
ketidaksamarataan bukanlah bererti ketidakadilan sebab keadilan bukanlah merujuk kepada
pembahagian sama rata/sama banyak semata-mata.
Perbezaan antara jantina lelaki dan wanita pun misalnya adalah ketara. Aspek fizikal,
biologi, emosi antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Islam meletakkan tanggungjawab
yang besar kepada kaum lelaki berbanding wanita. Seorang suami contohnya
bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isteri, dan anak-anak.29
Oleh hal yang demikian, hak antara lelaki dan wanita dalam pembahagian pusaka
mengikut kaedah faraid juga adalah berbeza. Wanita secara perbandingannya memanglah
menerima sedikit pembahagian faraid berbanding lelaki. Hal ini sebenarnya munasabah
kerana menjadi tanggungjawab pihak lelaki sama ada bapa atau suami untuk melindungi dan
menyara kaum wanita. Walaupun pihak lelaki secara zahirnya dilihat menerima bahagian
yang lebih banyak daripada wanita, berdasarkan tanggungjawab lelaki tadi yang melindungi
dan menyara isteri, anak perempuan, dan adik-beradik perempuannya, secara hakikatnya,
bahagian yang diterima oleh pihak lelaki tadi bukanlah bahagian untuk dirinya secara
mutlak.30
Sememangnya kaitan antara hak dan tanggungjawab hendaklah benar-benar perlu
difahami agar keadilan Islam itu nampak dalam kehidupan kita sehari-hari dan hikmah
daripada pembahagian pusaka secara faraid itu dapat dihayati.
PENUTUP
Sememangnya pembahagian harta pusaka secara faraid adalah pembahagian yang adil.
Malangnya, hikmah keadilan di sebalik hukum Ilahi ini tidak terpancar dalam kehidupan
umat akhir zaman ini kerana umat Islam sekarang ini kebanyakannya sudah lari dari
tanggungjawab menjaga keluarga masing-masing.
Hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga masa kini makin renggang. Masing-
masing mementingkan diri sendiri dan masing-masing mahukan harta yang lebih. Hal inilah
yang membuatkan ramai yang menganggap bahawa pembahagian harta pusaka secara faraid
adalah sesuatu yang tidak adil, dan ramailah pula yang mencari alternatif untuk mengelakkan
harta yang akan ditinggalkan nanti dibahagikan secara faraid.

28
Perbincangan yang lebih lanjut tentang isu ini contohnya lihat Narizan Abdul Rahman, Pentadbiran Harta
Amanah Orang Islam: Tinjauan kepada Harta Penama, dalam Siti Mashitoh Mahamood (editor), Harta Amanah
Orang Islam di Malaysia; Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran, Cetakan Kedua, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2008, m/s. 209-223.
29
Lihat Surah al-Nisa’ (4): 34.
30
Lihat Pawancheek Marican, Islamic Inheritance Laws in Malaysia, Edisi Kedua, Lexis Nexis, Selangor, 2008,
m/s. 5-6.
29
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Merancang harta yang ada memanglah amat digalakkan. Cumanya, perancangan


pembahagian harta itu juga hendaklah selari dengan matlamat untuk mencapai keadilan
kepada insan-insan yang kita sayangi.
Dari segi pengurusan harta pusaka pula, banyak kes pusaka menjadi tergendala dan
tidak boleh diselesaikan adalah kerana perangai waris-waris yang tidak boleh bekerjasama.
Undang-undang yang ada, walaupun mungkin belum sempurna, sudah pun mampu
menyelesaikan kes-kes pusaka secara saksama, dan jika pun ada percubaan penipuan dalam
pembahagian harta pusaka, ia bukanlah sesuatu yang mudah jika semua pihak mengikut lunas
perundangan yang ada.
Oleh hal yang demikian, ilmu tentang pengurusan harta pusaka hendaklah
diperkembangkan supaya masyarakat lebih memahami hikmah peraturan Ilahi ini dan
kehidupan berkeluarga akan lebih harmoni dan berkasih-sayang.

BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Tarmizi Jusoh. 2009. Pewaris Jutawan; Kaedah Merancang & Menguruskan
Harta Pusaka Islam. Selangor: Truewealth Sdn. Bhd.
2. Amir Bahari. 2012. Soal Jawab Wasiat Islam; Solusi Permasalahan Pewarisan Islam.
Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.
3. Hilmi Haniz. 2013. Fajar Faraidh. Selangor: Akademi Al-Ghazali Sdn. Bhd.
4. Md Ghazali Ibrahim. 2010. Urus Harta Sebelum Mati. Kuala Lumpur: Mustread Sdn.
Bhd.
5. Mohd. Fitri Abdul Rahman. 2007. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
6. Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin. 2009. Panduan Praktis Hukum Waris Menurut al-
Quran dan as-Sunnah yang Shahih. Cetakan Ketiga. Bogor: Pustaka Ibnu Katsir.
7. Pawancheek Marican. 2008. Islamic Inheritance Laws in Malaysia. Edisi Kedua.
Selangor: Lexis Nexis.
8. Siti Mashitoh Mahamood (editor). 2008. Harta Amanah Orang Islam di Malaysia;
Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
9. Syeikh Muhammad Ali Al-Shabuni, Haji Abdul Malik Haji Hasan (Penterjemah). 2006.
Ilmu Waris Dalam Syariah Islam Menurut Al-Qur’an Dan Sunnah. Kuala Lumpur:
Pustaka Al-Shafa.
10. Wan Abdul Halim Wan Harun. 2008. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
11. Wan Abdul Halim Wan Harun. 2011. Mengurus Harta Pusaka: Asas Pembahagian Harta
Cara Faraid. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

30
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

Lampiran

31
Seminar Hibah vs Faraid : 21 Oktober 2017 :
Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM & Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HARTAGUAM)

32

View publication stats

You might also like