Surat Jemputan Penceramah Kem Pengawas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DR SULAIMAN

73000 TAMPIN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL/ FAKS: 06 – 4416673
NBA 5053 EMEL: NBA5053@moe.edu.my

Rujukan Kami: SKDS 700-8/3/1 ( 4 )


Tarikh : 13 FEBRUARI 2019

PN. KHOLILAH BINTI AMIN


NO. 48 KG ULU LADANG
73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN


PENGAWAS PUSAT SUMBER SK DR SULAIMAN TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman akan mengadakan Kem


Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2019 pada ketetapan berikut:

TARIKH : 15 FEBRUARI 2019


HARI : JUMAAT
MASA : 3:00 – 5:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK DR SULAIMAN, TAMPIN

3. Justeru itu pihak sekolah ingin menjemput pihak tuan sebagai penceramah untuk
menyampaikan ilmu kepimpinan dan mengendalikan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam
program tersebut. Diharap pihak tuan dapat melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan
program ini. Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling SKDS, Pn. Juliati binti Johari (017-9513146)
sedia membantu untuk memberikan penjelasan lanjut.

4. Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................
(HAJI MOHD HANAFI BIN HAJI DERIS)
Guru Besar
SK Dr Sulaiman, Tampin

s.k. : 1. Fail Sekolah


2. PPD Tampin

You might also like