Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Komunikasi kepimpinan adalah sangat penting dalam organisasi terutamanya antara


pengurusan dan pekerja. Komunikasi yang berkesan seharusnya bermula daripada
penglibatan pihak pengurusan dan dijalankan oleh semua peringkat ahli organisasi.
Kepimpinan pengurusan juga seharusnya menunjukkan sikap yang baik dan menjadi role
model kepada setiap pekerja. Ini akan menjadikan pihak pengurusan tersebut dipandang
tinggi, dihormati, nilai-nilai murni terbentuk dan secara langsung ia juga dapat membantu
menstabilkan dan mencapai matlamat sesebuah organisasi. Air Asia sebagai sebuah syarikat
penerbangan yang terbesar sudah tentu juga mengamalkan berbagai bentuk komunikasi
dalam usaha mencapai matlamat dan objektif syarikat. Dalam usaha mencapai matlamat
tersebut, pihak pengurusan sentiasa merangka dan merancang kaedah pelaksanaan yang boleh
memberi faedah yang maksimum kepada semua pihak yang berkepentingan. Walaupun
demikian, masih terdapat jurang komunikasi di antara satu pihak dengan pihak yang lain,
terutama mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan pelaksanaan dasar pentadbiran.
Dengan terdapatnya jurang komunikasi telah mengakibatkan wujudnya kesamaran dalam
menangani sesuatu isu. Komunikasi kepimpinan yang berkesan amat penting dalam
pembangunan organisasi. Bagi mencapai objektif ini, setiap syarikat di Malaysia perlu
menyusun strategi selaras dengan kemodenan masa kini. Jika syarikat tidak mengambil
langkah yang bijak, kemungkinan syarikat tidak dapat bersaing dimasa hadapan adalah
tinggi.

LATAR BELAKANG

Air Asia Berhad, Malaysia adalah syarikat penerbangan tambang murah, tanpa "frill" dan
tanpa tiket yang pertama di Asia. mereka memperkenalkan banyak insentif untuk
menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan penerbangannya.
Syarikat Air Asia pada mulanya ditubuhkan pada 20 Disember 1993 dan mula beroperasi
pada 18 November 1996 yang telah diasaskan oleh sebuah konglomerat kerajaan Malaysia,
DRB-Hicom. Air Asia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berhad menurut syer dan sendirian
yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Air Asia telah ditubuhkan semula pada 12 Disember 2001 apabila syarikat ini telah
menanggung beban hutang yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM40 juta. Oleh itu, ia telah
dijual kepada Tony Fernandes iaitu pengasas Tune Air dengan harga seringgit sesaham. Tony
Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd" yang
telah memperkenalkan penerbangan tambang murah. Pada 8 Jun 2004, jenis syarikat ini telah
ditukar dari syarikat sendirian kepada syarikat awam dengan nama AIRASIA BERHAD.

Slogan "Kini Semua Orang Boleh Terbang" adalah bersesuaian dengan segmen pasaran pihak
AirAsia Berhad yang menumpukan kepada kumpulan sasaran pengguna yang berpendapatan
rendah. AirAsia Berhad diterajui oleh Yang Berbahagia Dato' Pahamin A.Rajab sebagai
pengerusi dan pengarah, Tony Fernandes sebagai Ketua Eksekutif (CEO) dan Pengarah,
Encik Kamarudin Meranun dan Encik Aziz Bakar sebagai Pengarah serta Conor McCarthy
sebagai Director.

Aktiviti utama syarikat Air Asia ini adalah menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang
murah perjalanan jarak jauh ke seluruh dunia. Air Asia pada mulanya hanya memiliki dua
buah kapal terbang terpakai Boeing 737-300. pada peringkat permulaan, perkhidmatan
penerbangan hanya ke satu destinasi dan membawa 250 penumpang setahun serta
mempunyai hanya 250 pekerja.

Selepas 9 tahun beroperasi, Air Asia bernilai hampir 4 billion mencatat keuntungan sebanyak
RM549 juta dan telah memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330 . penerbangan Air
Asia terbang terus melebihi 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia. Air Asia
telahpun menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih
dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Kini, kumpulan Air Asia beroperasi dalam penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih
400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah
Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Syarikat penerbangan gabungan Air Asia ialah Thai Air Asia, Air Asia Philipines
dan Air Asia Japan yang mempunyai hab masing - masing di Lapangan Terbang
Suvarnabhumi, lapangan terbang antarabangsa Clark dan lapangan terbang antarabangsa
Narita. Pejabat berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor, manakala ibu pejabatnya
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang terkemuka dan terbaik di
Asia. Hal ini dapat dibuktikan dengan pencapaian dan pengiktirafan yang telah
dianugerahkan kepada Air Asia. pada tahun 2003, Air Asia memperoleh status Superbrand
Malaysia oleh Superbrands International.Selain itu, Air Asia adalah antara 100 Penerima
Utama Anugerah CIO untuk kecemerlangan strategik IT.P'encapaian seterusnya ialah Air
Asia ialah Ketua pegawai Eksekutif Terbaik Tahun 2003 (Tony Fernandes) oleh Business
Time dan American Express. Air Asia juga mendapat anugerah sebagai syarikat Penerbangan
Sedang Membangun Terbaik Tahun 2003 oleh jurnal Airfinance.

Pada tahun 2004, Air Asia merupakan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia
Pasifik oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA). Seterusnya, eksekutif Penerbangan
Terbaik Asia Pasifik dianugerahkan kepada Tony Fernandes, CEO kumpulan oleh Pusat
Penerbangan Asia Pasifik (CAPA).

Anugerah lain ialah anugerah Iklan Kos Rendah Asia Pasifik untuk iklan cetak syarikat
Penerbangan Tambang Murah terbaik Asia Pasifik atau Timur Tengah 2004 oleh Pusat
Penerbangan Asia Pasifik. Air Asia juga merupakan syarikat Terbaik yang Baru Tersenarai
Dalam Bursa Saham (Tempat ketiga) oleh Euromoney.

Air Asia juga mendapat anugerah Kepimpinan Kos Rendah atau Serantau dalam Anugerah
Strategi Perniagaan Syarikat Penerbangan oleh Airline Business yang telah dianugerahkan
kepada Dato' Tony Fernandes.

Misi, Visi & Nilai AirAsia

Visi kami

Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan


perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum
kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.
Misi kami

 Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik untuk
bekerja
 Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia
 Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan AirAsia
 Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi
mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan

Nilai kami

Kami adalah Allstars dan kami...

 Menyeronokkan

Menyeronokkan bermakna kami meraikan kehidupan. Ia bermakna kami ketawa lebih


kuat, terseyum lebih lebar dan kami boleh menjadi diri sendiri yang unik. Kami
kumpulan yang peramah dan kami gemar berkongsi idea dan penyelesaian untuk
mewujudkan keadaan yang lebih baik. Lagipun, keseronokan sememangnya untuk
dikongsi bersama.

 Penyayang

Perasaan sayang menimbulkan rasa senang dan mesra dalam diri, jadi kami
menunjukkan kasih sayang kepada tetamu kami dengan layanan yang membuat
mereka berasa selesa.

 Bersungguh-sungguh

Bersungguh-sungguh bermakna kami sanggup berusaha sedaya upaya untuk mencapai


tujuan yang lebih besar. Kata orang, mereka yang bersungguh-sungguh boleh
mengubah dunia dan itu ialah sesuatu yang amat penting bagi kami.

 Penuh dengan integriti


Kami percaya apa sahaja yang berbaloi untuk dilakukan, wajar dilakukan dengan
betul. Ini berkaitan dengan kami melakukan perkara yang betul pada setiap masa.

 Mementingkan keselamatan

Syarikat penerbangan yang selamat ialah syarikat penerbangan yang ceria.


Keselamatan tetamu kami amat kami utamakan, oleh itu kami melaksanakan tugas
kami dengan teliti. Demi keselamatan, kesemuanya penting tidak kira sekecil mana
sekalipun.

 Bekerja keras

Ini bermakna satu pasukan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Sama ada dalam memenuhi masa putaran 25 minit kami atau memastikan anda
dihubungkan dengan destinasi terbaik pada harga yang terendah, kami melakukannya
sebagai satu pasukan. Semua untuk satu. Satu untuk semua.

STORY ABOUT YOUR PROTAGONIST

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April


1964) juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah
seorang usahawan Malaysia dan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan AirAsia, yang memperkenalkan
penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia
dengan slogannya, "kini sesiapapun boleh terbang".
Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu beliau
memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat
penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga
dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan
negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas
permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada
AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Fernandes ialah seorang berbangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di
Kuala Lumpur pada 30 April 1964. Ibu bapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes
(meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes (meninggal). Pada masa muda lagi, dia sentiasa
mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware.

Beliau berpendidikan di Sekolah Alice Smith di Kuala Lumpur. Bermula pada usia 12 tahun,
dari 1977 hingga 1983, beliau belajar di Kolej Epsom di England. Beliau belajar matrikulasi
di Sekolah Ekonomi London dan menamatkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987,
beliau bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun
1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah
syarikat Richard Branson di London.

Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi
naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa
Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya
bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang
rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia

1. Berkarisma dan Merendah Diri

Tony Fernandes dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang sangat berkarisma dan
merendah diri meskipun dia sudah berjaya. Dia ramah, tidak sombong dan sangat mudah
untuk didekatii bukan hanya sebagai seorang bos tetapi juga sebagai orang biasa.

Semasa syarikat penerbangannya menghadapi banyak kesulitan, dia dengan tenang akan
memberitahu semua orang tentang situasi dan memberikan maklumat terkini apabila perlu.

Dia juga akan bertemu dengan pelanggan yang menghadapi masalah menggunakan syarikat
penerbangan tersebut dan berusaha mengurangkan beban mereka.
2. Utamakan Pekerja Dulu Sebelum Pelanggan

Seterusnya, Tony Fernandes adalah seorang majikan yang amat mementingkan pekerja-
pekerjanya. Ini bermaksud bahawa dia meletakkan pekerja-pekerjanya terlebih dahulu
sebelum pelanggan.

Dia sangat menjaga keperluan pekerjanya kerana dia percaya bahawa apabila pekerja
gembira, maka pelanggan akan gembira juga. Terdapat juga jabatan budaya di mana
peranannya hanya untuk menganjurkan majlis. Beliaubukanlah CEO biasa anda yang
memakai baju kemeja yang mahal tetapi sebaliknya dia akan memakai pakaian yang selesa
bersama dengan topi.

3. Suka Berjalan-jalan Daripada Duduk Dalam Pejabat

Tony Fernandes menerapkan gaya pengurusan yang dipanggil ‘berjalan-jalan’ yang


menunjukkan bahawa beliau tidak hanya duduk di pejabatnya menunggu wang untuk masuk
ke akaun banknya. Beliau sanggup menghabiskan masa berjam-jam di pejabat melakukan
kerja kertas dan seterusnya turun ke padang bagi bersama dengan pekerjanya.

Malah, beliau juga melakukan kerja lain seperti memindahkan kargo atau bekerja bersama
dengan krew kabin kerana dari pengalaman ini akan membantu beliau membuat keputusan
dan mendapat maklum balas terus tanpa tapisan daripada pekerjanya.

Beliau sentiasa dilihat bersama dengan pekerjanya dan disebabkan itu, pekerjanya
menghargai beliau sebagai pemimpin mereka dan ini secara tidak langsung meningkatkan
motivasi mereka untuk bekerja dengan lebih gigih.

4. Layanan Sama Rata

Di samping itu, Tony Fernandes menggalakkan semua pekerjanya untuk bercakap dan
“meninggalkan” formaliti. Syarikat penerbangan Air Asia tidak mengamalkan gaya
pengurusan “Saya bos anda, saya lebih besar daripada anda”.
Sebaliknya semua orang dibenarkan bercakap bahkan pejabat pengurusan adalah di kawasan
yang terbuka. Ini bermakna bos dapat melihat anda dan anda juga boleh melihat bos anda.
Tidak ada minoriti atau majoriti dimana semua pekerja dilayan dengan sama rata.

5. Jangan Berputus Asa

Satu lagi ciri penting yang beliau sering terapkan adalah tidak membiarkan kegagalan
“menahan” anda untuk terus mencuba. Banyak usahawan menghadapi kegagalan sebelum
berjaya, sebagai contoh Colonel Sanders iaitu pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC).
Ideanya pernah ditolak sebanyak 1009 kali sebelum akhirnya diterima dan sekarang francais
KFC pada berada di seluruh dunia.

Begitu juga halnya dengan Jack Ma dengan AliBaba dan ramai lagi tokoh-tokoh usahawan
terkenal yang lain. Mereka semua ada sikap tidak mengaku kalah dan terus berjuang sampai
berjaya.

Kegagalan dalam suatu tindakan sudah menjadi adat resam dalam bidang yang diceburi
terutamanya di dalam perniagaan. Perkara ini turut dihadapi oleh CEO AirAsia iaitu Tan Sri
Tony Fernandes. Pada dua tahun yang lalu iaitu pada 28 Disember 2014, satu berita sedih
telah diterima beliau apabila mengetahui bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu
QZ8501 telah mengalami kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai
162 orang yang berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat
mendukacitakan apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca
kejadian ini dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.

Walaubagaimanapun Tan Sri Tony Fernandes menganggap hal ini bukan kegagalan
untuk segala usahanya. Beliau merupakan seorang yang tabah ketika menghadapi musibah
ini. Beliau berusaha mengambil langkah penyelesaian dengan membayar pampasan kepada
mangsa-mangsa kemalangan. Mangsa terdiri daripada warga Indonesia, Korea Selatan,
Perancis, Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap
pelusuk badan pesawat diperiksa dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara
menghantar bantuan pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa
diberitahu info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara
penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah menerima
satu masalah.

6. Leaderships Skills

Selain itu, Tony Fernandes telah mengamalkan pengurusan operasinya dengan pelbagai cara
yang meliputi ciri kepimpinannya yang berkarisma. Tony Fernandes juga mengamalkan
‘Walk and Talk' gaya pengurusan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu duduk di pejabat
dan hanya melihat laporan kewangan, dia akan membuat beberapa kesilapan besar. Daripada
harian bekerja dalam setiap bulan dia bekerja di atas tanah atau dalam krew kabin katanya,
beliau telah banyak belajar daripada bekerja di syarikat penerbangan sendiri. Dia membuat
keputusan perniagaan berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian dan maklum balas
daripada krew beliau.

Di samping itu, Tony Fernandes juga mengamalkan kepimpinan ‘employees orientated’


dalam syarikat. Fernandes berkata, pekerja lebih diutamakan berbanding pelanggannya.
Beliau percaya bahawa mempunyai tenaga kerja yang gembira, kakitangan beliau akan
menjaga pelanggannya. Seterusnya, sifat kepimpinan Fernandes adalah ‘Anti-hierarcay’
sperti menggalakkan orang ramai dan pekerja untuk bersuara atau memberi idea-idea. Satu
contoh yang baik adalah bagaimana pejabatnya dibina, ia membolehkan pekerjanya bersuara
untuk memberi pendapat.

Beliau Tony Fernandes kepada semua orang adalah berbaju polo dan dengan topi besbol yang
terkenal. Pengurusan duduk di satu peringkat yang besar di pejabat ruang terbuka, di mana
ketua juruterbang mempunyai meja sudut melihat pasukan operasi, yang terletak di sebelah
pasukan atendan penerbangan, yang terletak di sebelah kawasan penerimaan, dan di mana
tidak ada pusat panggilan tetapi pasukan chat perkhidmatan pelanggan dalam talian.
PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum beliau memasuki perindustrian ini, negara-
negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit
Terbuka. Pada pertengahan 2003, Fernandes telah meminta Dr. Mahathir untuk
mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura.
Atas permintaanya, beliau mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan
sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang
lain.

Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui


penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang
rendah di wilayah ini, iaitu:

 Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
 Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh
Qantas Airways dari Australia;
 Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
 Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.

Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:

 "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series)


oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat akhbar di Amerika Syarikat, bagi
kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
 "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada
Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan
kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times.
Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan
kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat
Malaysia;
 "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging
Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
 "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
 2010 Forbes Asia businessman of the year.
 2011 No. 52, in FastCompany Top 100 Most Creative People in Business.
 "Brand Builder of the Year" 2014 di World Branding Awards, untuk kerjanya dalam
membina jenama AirAsia

You might also like