Kertas Kerja PPDa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan
Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting
memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang
sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu
diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-
baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal
insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara
sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan
keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan
mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup
sihat.
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah rendah
lagi.
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASARAN

Murid-Murid Tahun 1 hingga 6 Dan Semua Guru


5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Dg Fauziah Binti Ag Ismail


Guru Besar
Timbalan Pengerusi : En Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib-Naib Pengerusi : Pn Zahariah Binti Bidin
Penolong Kanan Pentadbiran
: En Mohd Raziff Bin Mat Zuki
Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras Program : En Mohd Radzi Bin Hamzah
Naib Penyelaras Program : Pn Rubitasyahida Binti Ahmad Tajuddin
Setiausaha Program : Pn Suzana Binti Bakhtiar
Pegawai Kewangan : Pn Arina Zalikha Binti Dolmat

Program 5 Minit PPDa (Luar Bilik : Guru Bertugas Perhimpunan Harian


Darjah / Perhimpunan) : En Mohd Radzi Bin Hamzah
: Amran Shatir Bin Abdullah
: Ahli-Ahli Doktor Muda
: Pengawas PPDa
Program 5 Minit PPDa (Dalam : Guru-Guru Kelas
Kelas – 5 Minit Sebelum, Semasa : Guru-Guru Matapelajaran
Atau Selepas Sesi PDPc)

Program Aktiviti Gabung Jalin : Ketua Panitia Bahasa Melayu


: Ketua Panitia Bahasa Inggeris
: Ketua Panitia Matematik
: Ketua Panitia Sains
: Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi
: Ketua Panitia Muzik
: Ketua Panitia Seni Visual
: Ketua Panitia Pendidikan Islam
: Ketua Panitia Pendidikan Moral
: Ketua Panitia Sejarah
: Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Kemaskini Lorong & Papan : Rubitasyahida Binti Ahmad Tajuddin
Kenyataan Ppda : Muhammad Zulhakim Bin Hazaha
: Pengawas PPDa
Ceramah Anti Dadah : Suzana Binti Bakhtiar
: Guru-Guru Kelas & Matapelajaran
Gambar & Dokumentasi : Noraida Wati Binti Abdullah
: Rozia Harianni Binti Othman

6.0 Strategi Pelaksanaan / Aktiviti yang dirancang:-


Seperti Lampiran Takwim Yang Telah Ditetapkan
7.0 ATURCARA PROGRAM – PERASMIAN & AKTIVITI PROGRAM PPDa

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN

21 Feb 2019 7.30 am i. Pelancaran Minggu Anti Dadah Semua Murid &
(Khamis)  Ucapan Guru Penyelaras PPDa Guru
 Perlantikan Pengawas PPDa
 Bacaan Ikrar Anti Dadah Oleh Semua
Murid Dan Guru
 Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
22 - 28 Feb Waktu  Kuiz Murid Tahap 1
2019 Perhimpunan  Bacaan 5 Minit Murid Tahap 2
(Khamis,
Isnin -
Jumaat)
22 Feb 2019 Waktu PDPc  Menulis Esei Bahaya Dadah Kepada Murid Tahap 2
(Khamis) BM & BI Kehidupan

25 Feb 2019 7.30 am  Program MySihat Doktor Muda – Info Bahaya Semua murid &
(Isnin) Perhimpunan Dadah Guru
Rasmi

26 - 28 Feb Waktu PDPc  Pertandingan Melukis & Mewarnakan Poster Semua murid
2019 Pend. Seni Bahaya DARVIH Murid Tahap 1&2
(Selasa - Visual (Dadah,Alkohol,Rokok,Vape,Inhalan,HIV)
Jumaat)
28 Feb 2019 7.30 am  Majlis Penyampaian Hadiah Semua Murid &
(Jumaat)  Majlis Penutup Minggu Anti Dadah Guru

8 Mac 2019 9.00 am  Pameran Dan Ceramah Oleh Jabatan Narkotik Murid Tahap 2
(Khamis) IPD Daerah Gombak / AADK

1 Mac – 22 Setiap Hari  Lawatan Ke Lorong PPDa Semua Murid


Nov 2019  Bacaan 5 Minit ( Setiap Minggu Kedua) Semua Guru
 Program Cakna DARVIH (5 Minit Dalam PDPc) Matapelajaran

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


PCG Pendidikan Seni Visual 72.00
PCG Bimbingan & Kaunseling 150.00
SUWA 60.00
JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 282.00
PERBELANJAAN BIL / UNIT JUMLAH SUMBER
(RM)
Perasmian
Banner Perasmian 1 Bidang x RM 150.00 150.00 PCG Bimbingan
& Kaunseling

Hadiah Pertandingan Melukis & Mewarnakan


Poster Bahaya DARVIH
 Tahun 1 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00
 Tahun 2 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00
 Tahun 3 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00 PCG Seni
 Tahun 4 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00 Visual
 Tahun 5 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00
 Tahun 6 (Johan, Kedua & Ketiga) 3 Set Alat Tulis x RM 4.00 12.00

Ceramah Anti Dadah


Cenderamata Penceramah 1 Bakul Buah x RM 60.00 60.00 SUWA

JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 282.00

10. PENUTUP

Diharapkan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan
menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
-------------------------------------------------------------------------------- o ---------------------------------------------------------------------------

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

...................................... ...................................
SUZANA BINTI BAKHTIAR MOHD RADZI BIN HAMZAH
Setiausaha Program Penyelaras PPDa
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

Disemak Oleh : Disahkan & Diluluskan Oleh :

...................................... ....................................
MOHD SAHARI SAYUTI BIN ARIFIN DG FAUZIAH BINTI AG ISMAIL
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

You might also like