Tajuk Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Tajuk Kajian
Keunikan Adat Perpatih dan Adat Temenggung di Malaysia

2.0 Persoalan Kajian

1) Apakah ciri-ciri Adat Perpatih dan Adat Temenggung dari segi Ekonomi?
2) Apakah peranan sistem politik dan pentadbiran dalam Adat Perpatih dan Adat
Temenggung?
3) Sejauh manakah kerelevenan pengamalan masyarakat dari aspek sosial terhadap
adat perpatih dan Adat Temenggung di Malaysia?

3.0 Tinjauan Kajian Lepas

4.0 Objektif Kajian

1) Menjelaskan ciri-ciri adat perpatih


2) Mengkaji peranan wanita dalam adat perpatih
3) Menganalisis pengamalan masyarakat terhadap adat perpatih

5.0 Skop dan Batasan Kajian

6.0 Metadologi Kajian

7.0 Signifikan kajian

Antara kepentingan sesuatu adat diamalkan oleh kaum atau kelompok tertentu ialah
untuk melindungi jati diri individu-individu dan mengangkat martabat sesuatu bangsa
khususnya di Malaysia. Selain itu, keberlangsungan sesuatu adat di dalam suku-suku
atau kelompok-kelompok tertentu adalah untuk menjaga beberapa kemaslahatan yang
dilihat akan berlaku kemusnahan sekiranya tidak dibendung dari awal kemunculan
kelompok atau kaum tersebut. Justeru itu, pengekalan sesuatu amalan yang menjadi
kebiasan atau lebih sinonim dengan istilah “adat” adalah merupakan satu metod atau
kaedah terbaik yang difikirkan oleh pengamal adat demi menjaga kepentingan
masyarakat kaum tersebut mengikut keadaan dan keperluan semasa. Begitu juga
dengan amalan yang dilaksanakan oleh masyarakat Minangkabau di Malaysia,
khususnya di Negeri Sembilan yang mana mereka mengamalkan sistem Adat Perpatih
melalui penerapan elemen-elemen tertentu yang berbeza dengan sistem Adat
Temenggong di negeri-negeri lain.
Pembahagian bab:

Bab 1: Pendahuluan

Adat dari segi bahasa ialah peraturan-peraturan atau perkara yang biasa dilakukan.
Dan dari segi budaya pula, adat adalah merupakan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh sesuatu masyarakat yang harus dipatuhi (Asmad, 1990). Khususnya di
Malaysia, terdapat pelbagai adat yang telah diamalkan oleh kaum-kaum tertentu yang
bermula sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi dan pengamalan adat-adat ini sudah
hampir pupus kerana ditelan arus kemodenan. Walaupun begitu, masih terdapat adat yang
kekal diamalkan hingga ke hari ini. Adat juga melambangkan simbol atau identiti sesuatu
kaum. Setiap amalan tersebut mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

Bab 2: Ciri-ciri Adat Perpatih

Adat merupakan pegangan masyarakat tradisional di Malaysia. Sebagaimana yang


diketahui umum, adat terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang bertulis, tidak bertulis
dan undang-undang Islam. Adapun undang-undang tidak bertulis pula terbahagi kepada dua
iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih secara ringkasnya adalah suatu
peraturan hidup bermasyarakat yang berteraskan kepada kelompok-kelompok
kekeluargaan. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan disini meliputi semua aspek seperti
aspek politik, ekonomi, undang-undang dan organisasi sosial. Cara berkomunikasi dan
tanggungjawab antara satu sama lain juga ditetapkan. (Nadzan Haron, 1997)

Dalam Adat Perpatih, kumpulan utama atau masyarakat dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Antara masyrakat yang masih mengamalkan sistem Adat Perpatih ini ialah masyarakat
Melayu di Kuala Pilah. Bermula dari bawahan atau sosio-politik paling kecil ialah Perut.
Setiap anggota perut berasal dari keturunan perempuan (moyang) yang sama. Anggota
perut terdiri dari keluarga sedarah nisab ibu dan beberapa anggota lain yang telah berkadim
(Hajah Makiah Tussaripah & Jamaliah Mohd Taib, 2016). Berkadim pada umumnya
bermaksud memperolehi saudara bagi sesuatu perut (Mohd Rosli, 2011). Berkadim adalah
satu proses memperolehi saudara yang disaksikan oleh lembaga, buapak, ibu soko dan
anak angkatnya, yang disertai dengan adanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah.
Sekiranya tiada perkara tersebut, berkadim tidak sempurna. Berkadim juga melibatkan
tanggungjawab anak angkat yang berkadim dan hati yang ikhlas dan kejujuran di pihak yang
memberi dan menerima.

Hubungan di antara individu-individu di dalam perut biasanya sangat rapat berdasarkan


kepada perasaan persaudaraan dan persatuan. Setiap perut mempunyai seorang ketua
yang digelarkan sebagai Buapak. Tanggungjawab Buapak adalah sangat luas, antaranya
ialah menjaga maruah anggota-anggota perutnya, menguruskan adat keramaian seperti
perkahwinan, berkadim dan perwarisan harta. Kumpulan yang kedua ialah suku daripada
perut-perut yang membentuk satu unit kekeluargaan yang lebih besar. Mereka mempercayai
bahawa asal mereka ialah dari satu keturunan yang sama. Namun agak sukar untuk
memperincikan susur galur yang ada disebabkan jauhnya pertalian tersebut. Ahli suku
saling menganggap mereka adalah satu keluarga yang menyebabkan kahwin sesama suku
(endogamy) tidak dibenarkan bagi mereka.

Dalam Adat Perpatih terdapat 12 suku yang terdiri daripada: Suku Biduanda, Seri
Melenggang, Seri Lemak , Anak Acheh, Tiga Nenek, Tiga Batu, Batu Belang, Paya Kumbuh,
Suku Mungkal, Tanah Datar, Batu Hampar, Anak Melaka. Kumpulan yang terakhir
dinamakan dengan Luak yang merupakan unit kawasan pentadbiran dari segi adat.
Mengikut pentadbiran dari segi adat terdapat empat luak utama iaitu Sungai Ujung,
Rembau, Jelebu dan Johol yang diketuai oleh Undang yang Empat, dan Luak Tanah
Mengandung yang meliputi lima luak kecil yang mengandungi Seri Menanti iaitu Luak Inas,
Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini
pula ditadbirkan oleh ketua adat yang bergelar Penghulu Luak. Dalam sesebuah luak
terdapat lima atau enam suku utama dan tiap-tiap luak pula didominasi oleh suku Biduanda
(Hajah Makiah Tussaripah & Jamaliah Mohd Taib, 2016).

Di dalam kumpulan-kumpulan di atas, terdapat hirarki-hirarki tertentu dari segi sistem


kepimpinan. Ianya bermula dengan Kadim, yang mana merupakan ketua bagi kelompok
atau rumpun yang kecil. Manakala kadim-kadim di dalam sesuatu ruang bersama dengan
anak buah akan memilih daripada kalangan mereka ketua ruang yang dipanggil Besar. Di
Luak dan Rembau, Besar terbahagi kepada dua iaitu Besar Rumpun dan Besar Undang.
Besar Undang adalah pegawai kepada Undang yang dilantik daripada ruang-ruang suku
pemerintah, iaitu suku Biduanda. Oleh itu, Besar Undang mempunyai lebih kuasa dari Besar
Rumpun.

Seterusnya ialah Buapak yang dipilih dan dilantik oleh Kadim dan ahli-ahli kelompok.
Kelompok lebih besar berbanding Besar dan mewakili kelompok keluarganya apabila
bersama dengan kelompok lain di dalam sukunya. Begitu juga Kadim, Besar dan Buapak
serta anak-anak buah buah sesuku akan melantik ketua suku yang dipanggil Lembaga yang
merupakan pimpinan tertinggi di dalam suku. Dan pemimpin tertinggi di dalam sistem politik
adat di dalam sesuatu Luak. Ia dipilih berdasarkan perlantikan yang dibuat oleh Datuk
Lembaga. Namun begitu, sistem adat ini hanya wujud pada empat Luak besar iaitu Jelebu,
Sungai Ujong, rembau dan Johol. Adapun lima buah luak kecil dipimpin oleh Penghulu.

Bab 3: Peranan wanita dalam Adat Perpatih

Bab 4: Pengamalan masyarakat terhadap Adat Perpatih

Bab 5: Penutup

You might also like