Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENDAHULUAN

Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, saya telah merancang rancangan mengajar
secara sistematik yang akan digunakan supaya memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Model yang akan saya gunakan ialah Model Assure. Menurut Rozinah Jamaluddin
(2003), Model Assure adalah panduan untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan
penggunaan media. Proses pembangunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi
menentukan sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Bagi saya
perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara
berperingkat. Terdapat enam langkah penting dalam Model Assure yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

1
2.0 HURAIAN LENGKAP BERKENAAN MODEL YANG DIPILIH

Langkah yang pertama ialah analyze learners (analisis pelajar) iaitu menganalisis kumpulan sasaran
atau murid.adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi
mereka. Oleh itu, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang
sukar dilaksanakan. Murid dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut seperti ciri-ciri umum,
pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya murid belajar.

Langkah yang kedua ialah State objective (menyatakan objektif pengajaran), dalam merancang
sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin
digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan
dipelajari atau ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif mesti spesifik,
contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan,
ataupun murid dapat meniru bunyi binatang tersebut.”

Langkah yang ketiga ialah Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber
pengajaran). Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan
bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-
aspek berikut iaitu membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai, memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih mengubahsuai atau
mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Langkah yang keempat ialah Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) iaitu
bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan
murid. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut
perlu dilakukan oleh guru, seperti menyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas, memberikan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dan memberikan pengalaman pembelajaran kepada
murid.

Langkah yang seterusnya ialah require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang
aktif) sesuatu pembelajaran yang melibatkan murid untuk beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Pengalaman ingin berjaya murid akan dapat
mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran, contohnya latihan dalam bentuk
perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya akan dapat terus
mengekalkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran.

2
Dan langkah yang terakhir ialah Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat
penambahbaikan), ini merupakan langkah terakhir dalam Model Assure. Sebenarnya langkah ini
menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian
seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan
objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.

3
3.0 KELEBIHAN MODEL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Jelaslah Model Assure mempunyai peranan penting dalam membangunkan pengajaran pembelajaran
yang berkualiti. Dengan menggunakan Model Assure sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, ia
akan dapat membantu saya untuk merancang rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik.
Contohnya, analisis murid membolehkan saya mengetahui latar belakang murid tersebut dari segi taraf
kehidupan serta sosiobudaya kehidupan murid tersebut. Oleh yang demikian saya dapat melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan tersusun.

Seterusnya kelebihan model melalui objektif pengajaran, dengan berpandukan model Assure ini
murid dapat menyatakan kembali contoh-contoh yang dikehendaki bersesuaian dengan topik. Selain itu,
murid juga berasa teruja bila guru menayangkan video dan akhirnya murid akan dapat mengeluarkan
idea berdasarkan tayangan video yang ditayangkan.

Kelebihan model yang seterusnya ialah memilih kaedah, bahan dan media serta menggunakan
media dan bahan. Rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru
membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas kerana ia
menjimatkan masa. Kaedah yang saya gunakan ialah dengan memberi penerangan awal kepada murid
tenteng konsep topik, seterusnya murid dapat memberikan sumbang saran mengenai pendapat mereka.
Selain itu, dengan menggunakan media tayangan video, murid berasa lebih jelas tentang konsep topik.

Kelebihan yang seterusnya ialah melalui proses yang memerlukan penglibatan murid yang aktif.
Dalam masa yang sama juga penggunaan Model Assure ini akan menimbulkan minat murid untuk beralih
kepada bahan yang lain, dan memberi kefahaman kepada murid serta mengubah persepsi murid bahawa
pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan. Contohnya penglibatan
murid ialah murid membuat perbincangan dalam kumpulan kemudian membuat perbentangan
berdasarkan hasil perbincangan murid. Oleh itu, dengan menggunakan Model Assure, ia dapat
membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media dalam bilik
darjah masing-masing.

Dan kelebihan model yang terakhir ialah penilaian. Selepas semua aktiviti dilaksanakan di dalam
kelas, saya akan membuat beberapa penilaian terakhir contohnya adakah murid dapat mencapai objektif
yang telah saya tetapkan. Jika terdapat kelemahan di dalam proses pengajaran saya akan memperbaiki
kelemahan tersebut supaya murid dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan berkesan.

4
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)

Nama Guru Norazila Binti Ab Rahman


Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Kelas 2 Ibnu Khatsir
Tarikh 15 Ogos 2018
Masa 12.10 tengah hari – 13.10 tengah hari
Bilangan Murid 23 Orang
Tajuk Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Standard Kandungan Ekspresi Seni dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman
Hasil Pembelajaran Murid menyedari pentingnya hiasan dalaman di dalam
rumah bagi menarik perhatian penghuni dan tetamu.
Murid bersyukur dan menghargai kepentingan hiasan
dalaman bagi emosi seseorang.
Nilai-nilai Murni Menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab, berdisplin
dan bertolenrasi.
Kemahiran Berfikir Meneliti, menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
merumuskan dan menjana idea.
Alat Bantu Mengajar Tayangan video dan model rumah
EMK Matematik, Geografi dan RBT

Analisis pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia Gaya Pembelajaran


Ada

Murid-murid berada Murid telah Murid lebih cenderung


dalam lingkungan umur mempelajari unsur ke arah gaya
14 tahun. Yang berlatar hiasan dalam tajuk reka pembelajaran visual
belakangkan tahap sosio- bentuk landskap. dan aktiviti
ekonomi yang sederhana Murid terdedah dengan berkumpulan.
dan berpendapatan pameran hartanah
tinggi. Dari segi yang dipamerkan di
pencapaian akademik Pasar Raya.

5
berada dalam kumpulan Murid telah
yang juga sederhana. mengeksplorasi alatan
Serta tempat kediaman di dan kedudukan perabot
kawasan bandar dan luar rumah kediaman
bandar sendiri

Menyatakan objektif Di akhir pengajaran hari ini,


Murid dapat menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan
alat, simbol dan konsep dalam penghasilan:
Mereka bentuk ruang kediaman
Melakar lukisan perspektif bagi ruang kediaman menggunakan skala yang
sesuai.

Memilih kaedah, Kaedah Media Alat dan bahan sumber


media dan sumber yang diperlukan
Kuliah, sumbang saran Tayangan video
dan perbincangan goo.gl/PXpnAH Computer, LCD dan
kumpulan model rumah

Menggunakan media Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tanyangannya
dan bahan dalam lingkungan 5 minit. Tajuk video ini ialah teknik menghasilkan rekaan
reka bentuk hiasan dalaman ruang kediaman. Ia mengandungi hiasan ruang
tamu, ruang makan, ruang keluarga, bilik tidur dan bilik air.

Melibatkan pelajar Set Induksi: (5 minit)


Guru bersoaljawab dengan murid mengenai penempatan keluarga mereka
dan suasana susun atur dalam kediaman mereka.

Langkah 1: ( 5 minit)
Guru menayangkan video klip teknik menghasilkan rekaan reka bentuk hiasan
dalaman kediaman.
goo.gl/PXpnAH

6
Langkah 2: (10 minit)
Guru menerangkan konsep reka bentuk hiasan dan elemen reka bentuk yang
ada dalam hiasan dalaman.

Gaya Kotemporari/ Gaya tradisinal Gaya Klasik


Moden

Guru menjelaskan teknik yang perlu dibuat untuk menghasilkan perspektif


ruang yang diperlukan di dalam rumah kediaman.

Guru menunjukkan contoh model hiasan dalaman ruang kediaman.

Langkah 3: (35 minit)


Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki berbincang dengan rakan-
rakan yang lain untuk mereka cipta ruang kediaman yang lengkap secara
berkumpulan.

7
murid dikehendaki melakarkan pelan lantai berdasarkan perspektif yang
dikehendaki ke atas kad board.
Murid diminta membuat ruang kediaman yang lengkap di atas kad board
dengan meletakkan hiasan dalaman rumah seperti perabut-perabut di dalam
ruang-ruang kediaman.

Rumusan dan penutup: (5 minit)


Guru membuat rumusan hasil daripada perbentangan kumpulan.
Murid dikehendaki melengkapkan rekaan reka bentuk hiasan dalaman dengan
menggunakan pelbagai teknik berpandukan rekaan bahasa seni visual.

Penilaian Pencapaian murid dinilai dari:


Hasil perbincangan dan perbentangan kumpulan.
Hasil daripada persembahan rekaan hiasan dalaman kediaman.
Penambahan yang dibuat:
Menyediakan model yang boleh dijadikan contoh kepada murid.
Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip
berkenaan.

8
5.0 KAEDAH MODEL DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK
SATU TOPIK SUBJEK

Langkah pertama yang saya gunakan dalam kaedah model ini ialah analisis pelajar. Saya melihat kepada
beberapa faktor antaranya melalui latar belakang keluarga murid, tahap sosioekonomi, pencapaian
akademik dan taraf kehidupannya. Melalui aplikasi sistem dan maklumat murid (APDM) saya dapati
murid di dalam kelas seramai 15 orang murid dari keluarga yang berada dan tinggal di kawasan bandar,
ibu dan ayahnya berpendidikan tinggi manakala 8 orang yang berbaki berlatarbelakang keluarga yang
sederhana dan mempunyai taraf hidup yang rendah dan tinggal di luar bandar.

Langkah kedua ialah menyatakan objektif. Dari segi kognitif, murid dapat menyatakan jenis-jenis
alatan, simbol dan konsep dalam penghasilan hiasan dalaman dengan mereka bentuk ruang pilihan serta
murid boleh melakarkan perspektif bagi ruang pilihan dengan skala yang sesuai. Dari segi afektif pula
murid menunjukkan riak muka yang teruja semasa melihat video teknik menghasilkan rekaan reka bentuk
hiasan dalaman. Dan dari segi psikomotor pula murid dapat membuat lakaran rekaan reka bentuk hiasan
kediaman sendiri.

Langkah ketiga ialah memilih kaedah, media dan sumber. Kaedah yang saya gunakan dalam
model ini ialah kaedah kuliah, saya memberikan penerangan awal kepada murid-murid tentang konsep
rekaan dalaman. Seterusnya saya menggunakan kaedah sumbang saran dan sesi perbincangan supaya
murid dapat menyatakan pendapat mereka. Selain itu saya juga menggunakan media tayangan video
supaya murid dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana cara untuk melakar
perspektif dan seterusnya membuat model rekaan hiasan dalaman kediaman. Dan yang terakhir yang
saya gunakan ialah sumber yang digunakan iaitu computer, LCD dan model rumah yang telah saya
siapkan.

Langkah keempat ialah menggunakan media dan bahan. Sebelum saya memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran saya akan memastikan video yang akan saya tayangkan bersesuain
dengan murid. Selain itu saya akan memastikan media yang akan digunakan tidak mempunyai masalah
dan juga media yang akan saya gunakan akan menarik minat murid.

Langkah yang kelima ialah melibatkan pelajar. Saya telah menyediakan media dan bahan yang
sesuai supaya dapat membantu dan meningkatkan penglibatan murid. Contohnya penggunaan gambar
yang berkaitan dengan konsep hiasan dalaman berdasarkan gambar dan tayangan video, murid diberi
masa untuk berbincang di dalam kumpulan dan membuat model rumah kediaman yang lengkap.
Kemudian murid akan membentangkan hasil daripada model rekaan mereka.
9
Langkah yang terakhir ialah penilaian. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya
akan menilai kembali adakah media dan bahan yang saya gunakan bersesuaian, dapat difahami dan
dikesan murid dan mencapai objektif. Sekiranya terdapat kelemahan dalam penggunaan bahan dan
media, saya akan memperbaiki kelemahan tersebut.

10
6.0 REFLEKSI

Refleksi pengajaran yang di buat ini membolehkan saya untuk menilai semula pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilakukan selama 60 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian
penutup, saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu telah mencapai
objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan pengajaran harian. Contoh refleksi, pada akhir
pengajaran sebanyak 23/23 orang murid dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan diberi latihan
pengayaan. Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pengajaran supaya
menjadi lebih menarik. Contoh refleksi, 5/23 orang murid tidak mencapai objektif dan diberi latihan
pengukuhan. Di samping itu, saya juga dapat menilai di manakah kekuatan atau kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Maka dengan ini, dapatlah saya melambaikan apa
kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran saya.

11
7.0 PENUTUP

Berdasarkan model Assure, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Model Assure mempunyai asas yang kukuh untuk dijadikan
panduan pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana berdasarkan kajian lalu,
model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan
cirri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan. Bahkan, model Assure
ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan membina bahan media untuk pengajaran dan
pembelajaran, sudah semestinya murid-murid akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk
mengajar. Dan pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

12
8.0 RUJUKAN

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). Reka Bentuk Perisian
Multimida. Skudai, Johor: Penerbit UTM.

Ee Ah Meng. (1992). Pedagogi : Satu Pengenalan. Fajar Bakti : Petaling Jaya.

Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium, Alawiah Ibrahim. (2000). Kaedah
Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran Pengajian Jarak Jauh.

Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail dan Zaitun (2001). Membina Laman Web Pertama Menggunakan
HTML: Langkah Demi Langkah. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Kundupapa. (2012) Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

QasimAhmad. (1998). Pengajaran dan pembelajaran: Komponen penting kurikulum,seminar kualiti


pengajaran dan pembelajaran, sekolah dan pentadbiran social. Sabah: Universiti Malaysia
Sabah.

Rozinah Jamaluddin. (2003). Teknologi Pelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. (1990). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan amalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Steven Abraham. Model Assure Realisasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


https://www.slideshare.net pada 15 Ogos 2018

13

You might also like