Kejatuhan Empayar Melaka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AJAN ANAK SIGUN

AB180057

SEKSYEN 26

DR AKBAL BIN ABDULLAH

Kesultanan Melayu merupakan sebuah kerajaan melayu yang terkenal pada zaman
dahulu dan sangat sinonim dengan sejarah Malaysia. Kesultanan Melaka telah berkembang
pesat sehingga menjadi sebuah kerajaan besar dan terkenal dengan kegiatan perdagangan,
pusat penyebaran Agama Islam dan sebagai pusat pentadbiran tertinggi dalam
perhubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar pada ketika itu. Melaka juga menjadi
sebuah pelabuhan yang terpenting dikepulauan melayu. Kesultanan Melayu Melaka mula
melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila Melaka ditawan oleh
Portugis.

Faktor kejatuhan kuasa Kesultanan Melayu Melaka merosot selepas kematian Tun
Perak, Bendahara Melaka pada ketika itu. Penganti kepada bendahara tun Perak tidak dapat
meneruskan legesi beliau menyebabkan pelaburan dan perdagangan di kota Melaka
merosot. Beliau juga mengenepikan peranan Orang Laut. Hal ini telah menyebabkan keraja
Melaka kehilangan kuasa dalam mengambilan cukai dan hilang kuasa terhadap
perdagangan. faktornya adalah kelemahan kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka pada
masa itu. Sultan Mahmud Syah dikatakan seorang sultan yang lemah. Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja
yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan selepas kemangkatan
ayahanda beliau ketika beliau masih kanak-kanak.

Selain itu, faktor kelemahan kuasa pemerintahan sultan menyebabkan amalan


rasuah dan fitnah semakin berleluasa di kalangan pembesar-pembesar Melaka. Pembesar-
pembesar kerajaan pada ketika itu tidak berpegang teguh kepada ajaran agama Islam,
walaupun Melaka merupakan pusat pengajian dan penyebaran agama islam di seluruh
Kepulauan melayu. Hal ini telah mengakibatkan kegiatan perdagangan di Malaka terjejas.
Pedagang-pedagang asing yang berhasrat untuk berdagang di Melaka terpaksa memberikan
hadiah kepada pembesar-pembesar tertentu. Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan seperti
sebelumnya.
Kelemahan pertahanan ketenteraan Melaka juga merupakan factor yang telah
menyumban kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Porutgis. Askar-askar
Melaka tidak mempunya kelengkapan perang yang moden. Askar Melaka hanya bergantung
kepada peralatan perang tradisional seperti keris, lembing, panah, perisai dan sumpit
beracun. Ini jauh berbeza dengan kelengkapan perang Portugis yang jauh lebih moden
seperti senapang, pestol dan meriam. Portugis mempunyai askar-askar yang terlatih
dengan teknik-teknik peperangan berbanding dengan askar-askar Melaka. Hal ini telah
menyebabkan kota Melaka senang untuk ditawan oleh kuasa asing.

Kesimpulannya, keruntuhan empayar Melaka telah mengajar kita bahawa amalan


yang tidak baik merupakan faktor utama yang menyebabkan kejatuhan sesustu empayar
tersebut.

You might also like