Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH

06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

_________________________ ___ ____ ___Tel: 04-7822276

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Rujukan Kami :SKTPSH/30 /002/1 (2/2017)

Tarikh : 10 OGOS 2017

...................................................................

Tuan/puan,

MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI 2 / 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 10 OGOS 2017 (KHAMIS)

Masa : 1.30 tengahari

Tempat: Makmal Komputer SKTPSH

3. Agenda mesyuarat:

3.1 Ucapan Aluan Pengerusi

3.2 Ucapan Aluan Penasihat

3.3 Pembentangan & Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

1
3.4 Perkara berbangkit

3.5 Perbincangan isu-isu Panitia Sejarah

3.5.1 Pemantauan kurikulum berkualiti (PKB)

3.5.2 Perancangan / Aktiviti tahunan

3.5.3 Kewangan

3.6 Hal-hal lain

Tuan/puan dijemput hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI”

…………………………………

(PN. SARINAH BINTI AKOB)

Pengerusi Panitia Sejarah,

SK Toh Puan Sharifah Hanifah.

2
SEKOLAH KEBANGSAAN TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH,
KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

CATATAN MINIT MESYUARAT

PANITIA SEJARAH KALI 2 /2017

Tarikh : 10 OGOS 2017 (KHAMIS)


Masa : 1:30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer SKTPSH

Kehadiran : En. Puzil Bin Othman (Guru Besar)


Pn. Sarinah Binti Akob
Pn. Shahyon Binti Abdullah
Pn. Rusnah binti Md Salleh
Pn. Norzifah Binti Hashim

Pn. Wan Aznita Bt Wan Salim

AGENDA 1 -Ucapan Aluan Pengerusi – Pn.Sarinah Binti Akob (Ketua Panitia)

1.0 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat panitia kali kedua bagi tahun 2017. Beliau berharap semoga mesyuarat kali ini
boleh memberi keputusan yang baik dan memberangsangkan bagi meningkatkan pencapaian
panitia ini .
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang dapat melaksanakan
tugas yang diamanahkan dengan baik serta melaksanakan tugas tersebut seperti mana yang
dirancang.Di samping itu juga, beliau berharap guru dapat menjalankan PDP yang dirancang
mengikut Rancangan Pelajaran yang ditetapkan.
Tindakan : Untuk makluman

1
2. UCAPAN PENASIHAT

2.0 En. Puzil bin Othman , selaku penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua AJK pada mesyuarat panitia kali ini. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini dapat
berjalan lancar dan setiap aktiviti yang dirancang dapat dibincangkan dengan baik .
2.1 Beliau memohon agar guru panitia Sejarah dapat melaksanakan tugas yang diberikan
dengan baik seperti mana yang dirancang bagi membolehkan murid terlibat secara langsung
atau pun tidak langsung. Beliau juga berharap agar program yang dijalankan akan memberi
pengalaman baru kepada pelajar dalam kehidupan seharian mereka.

Tindakan: Untuk makluman

3.0. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LALU

3.1 Pn Shahyon selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2017 yang
lalu.

Cadangan : Pn. Norzifah Hashim

Sokongan : Pn.Rusnah Md Salleh.

TINDAKAN : Setiausaha dan AJK

4. PERKARA BERBANGKIT

- Tiada Perkara Berbangkit.

2
5. Perbincangan Isu-isu Panitia Sejarah Berdasarkan Mesyuarat kali Pertama

5.1 Pemantauan Kurikulum

a. Pemantauan Kurikulum Berkualiti telah dilakasanakan oleh pihak pentadbir mengikut


jadual yang ditetapkan. Pemantauan termasuklah penyediaan Buku Rekod Mengajar serta
semakan buku latihan murid. (Rujuk Buku Perancangan Sekolah 2017). Semua guru yang
terlibat memberi kerjasama kepada pihak pentadbir mengikut jadual yang ditetapkan.

5.2 Rancangan Pelajaran ( DSKP,RPT,RPH)

a. Semua guru telah menyediakan DSKP, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian ( Tahun 4 – Tahun 6 ). Semua guru mengikut format yang ditetapkan dan
telah dilaksanakan di peringkat sekolah.

b. Rancangan Pelajaran Harian juga boleh ikut format yang terkini samada bertaip atau tulis
tangan.

5.2 Jadual waktu bagi guru yang mengajar pelajaran Sejarah diserahkan kepada pengerusi
untuk dimasukkan ke dalam fail serta maklumat peribadi.-telah diserahkan sepertimana yang
dikehendaki.

5.3 Perancangan / Aktiviti tahunan

a. Sambutan Kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan peringkat sekolah

- Pihak sekolah telah menjalankan sambutan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah dengan
mengibarkan Jalur Gemilang, Nyanyian Lagu Patriotik serta Pertandingan Poster Hari
Kemerdekaan.

4
b. Lawatan Sambil Belajar – Kembara Sejarah Di Sekitar Bandaraya Alor Setar

- Program ini dicadangkan selepas peperiksaan Akhir Tahun .

c. Pertandingan Kuiz Sejarah

- Dijalankan sepanjang PDP mengikut topik Sejarah yang dibincangkan .

d. Pertandingan Lagu Patriotik, Pertandingan Buku Skrap dan Deklamasi sajak

- Akan dilaksanakan sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

Tindakan : Semua AJK

5.4 Pendidikan Abad 21 - Pdp & KBAT


Guru-guru telah mengaplikasi PDP mengikut keperluan Pendidikan Abad 21 kepada murid

dengan berpusatkan murid manakala guru hanya bertindak sebagai fasilatator.

- Aktiviti kumpulan haruslah dijalankan bagi memberi peluang kepada murid menunjukkan

bakat serta kebolehan mereka dalam menguruskan sesuatu aktiviti.

- Pdp & KBAT - Guru-guru telah melaksanakan KBAT dalam bilik darjah dengan

menggunakan alat berfikir – KBKK serta penggunaan program i-think dalam pembelajaran .

- Guru telah menggunakan teknik Menyoal dimana murid cuba menyoal dengan

menggunakan pemikiran aras tinggi iaitu kenapa, mengapa dan bagaimana bagi mendapatkan

maklumat berdasarkan tajuk yang dibincangkan..

Tindakan : Semua Guru

5
5.4 Kewangan

- Peruntukan belum dinyatakan.

TINDAKAN : Makluman Semua Guru

AGENDA 6 : Hal-hal lain

6.1 Kembara Sejarah akan melibatkan semua pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6. Kutipan wang

lawatan bermula dari awal persekolahan bagi membolehkan semua murid dapat mengikuti.

Murid cuba mengumpul dalam bentuk tabungan dan diserahkan kepada guru kelas.

AGENDA 7 : Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dan bermanfaat

kepada murid bagi memberi peluang yang baik dan mencabar ke arah melahirkan murid yang

berkelibar dan dapat menyesuaikan diri dalam setiap lapisan masyarakat.

- Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerana telah hadir

dan dapat memberi pendapat dalam mesyuarat dengan jayanya. Beliau berharap agar semua

guru dapat mengambil tindakan atas semua perkara yang telah dibincangkan serta

mendoakan agar segala perancangan dan pengurusan akan berjalan lancar seperti mana yang

dirancang. Kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ribuan terima kasih.

6
Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Dicatat oleh : Disemak oleh :

.......................................... .................................

(PN.SHAHYON BT ABDULLAH ) (PN SARINAH BINTI AKOB)


Setiausaha Panitia Sejarah Pengerusi Panitia Sejarah
SK Toh Puan Sharifah Hanifah. SK Toh Puan Sharifah Hanifah.

You might also like