Kertas Cadangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI,

6800 AMPANG

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROJEK TARIAN JOGET MELAYU

PROJEK INTERNSHIP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH

NURLIANA BINTI ARIFFIN

SISWA GURU SEMESTER 8 PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JUN 2015

DENGAN KERJASAMA SK TASEK PERMAI, AMPANG.

1
1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam

pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek dan aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin

yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah atau tempat bertugas. Internship juga memberi

peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk

sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru

permulaan yang berkesan. Untuk program Internship pada kali ini, siswa guru Semester 8 perlu

merancang dan melaksanakan satu projek atau aktiviti di sekolah yang boleh melibatkan murid-

murid di sekolah. Projek Tarian Joget Melayu merupakan satu aktiviti yang amat bersesuaian dan

memenuhi terma dan syarat Program Internship ini selama satu bulan. Program Internship ini

dapat menguji tahap kompetensi siswa guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan

sesuatu projek dengan berjaya.

2.0 MATLAMAT

Matlamat melaksanakan projek Tarian Joget Melayu adalah untuk menerapkan dan

memperkenalkan tarian tradisional Melayu yang semakin kurang dipraktikkan oleh generasi

muda.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenalkan kepada warga sekolah mengenai Tarian Joget Melayu.

3.2 Murid dapat membuat gerakan asas tarian joget iaitu maju mundur, asas, penjuru, dan

terancang.

3.3 Meningkatkan kemahiran siswa guru dalam merancang, melaksanakan dan mengurus

sesuatu projek dengan berjaya.

2
4.0 CIRI-CIRI INOVASI DAN KREATIVITI

Inovasi merupakan idea, amalan dan objek yang dianggap baharu dan diperbaharui

manakala kreativiti pula merupakan suatu proses pemikiran yang mendorong usaha ke

arah mengaplikasi idea baharu hasil daripada gabungan idea lama dan baharu.

Pembaharuan (inovasi) diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi, tetapi dalam

segala bidang termasuk bidang pendidikan khususnya pengetahuan dan aplikasi dalam

pengajaran. Perubahan dan inovasi dalam pendidikan amat penting bagi memenuhi

kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Oleh sebab

itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik pembelajaran perlu

sentiasa diperbaharui. Budaya inovasi dan kreativiti ini amat dituntut demi menghadapi

persaingan di peringkat global khususnya dalam pendidikan di negara Malaysia.

Untuk perlaksanaan projek ini, inovasi dan kreativiti yang diimplementasikan adalah dari

segi pergerakan tarian dan juga busana tarian. Koreografi tarian ini telah dicipta sendiri

oleh siswa guru Nurliana binti Ariffin. Koreografi tarian ini telah dicipta dengan kreatif

namun masih mengekalkan keaslian tarian Melayu. Memandangkan lagu yang

digunakan dalam tarian ini bertajuk Joget Kereta Lembu, koreograf tarian lebih rancak

dan ceria kerana lagu ini menceritakan hal usik menusik antara lelaki dan wanita. Dari

aspek busana tarian pula, guru telah menggunakan bahan bahan terpakai seperti bunga

hiasan sebagai sanggul untuk murid perempuan. Tarian ini akan dipersembah pada hari

Mesyuarat PIBG SK Tasek Permai.

5.0 NAMA PROJEK

Tarian Joget Kereta Lembu

3
6.0 TEMA

Tarian Tradisional

7.0 TARIKH

25hb Februari 2019 – 15 Mac 2019

8.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek Tarian Joget Melayu :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

 Guru menyediakan

koreografi tarian dan Mentor Internship


25 Februari – 1 Mac
1 mendapatkan kelulusan & Siswa Guru
2019
dari guru pembimbing Semester 8

 Pemilihan murid tarian.

 Taklimat ringkas kepada

murid yang terlibat

dengan tarian joget


Siswa Guru
 Latihan asas
Semester 8 &
2 4 Mac – 8 Mac 2019 pergerakan tarian tanpa
Murid-murid SK
muzik.
Tasek Permai
 Latihan mengikut

koreografi tarian dan

muzik.

4
 Pemilihan busana dan

aksesori dijalankan.

 Hari Mesyuarat Agung

PIBG.
Warga SK Tasek
3 9 Mac 2019  Murid melakukan
Permai
persembahan Tarian

Joget Kereta Lembu.

 Penulisan laporan
4 11 Mac – 15 Mac 2019
projek.

9.0 TEMPAT

Dewa Terbuka SK Tasek Permai.

10.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah ahli Kelab Kebudayaan atau mana-mana murid yang

berkebolehan dalam menari di SK Tasek Permai.

11.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Encik Zulkifli B Hassan (Guru Besar)

Guru Penasihat : Cikgu Rafidah binti Idris

Setiausaha : Cik Nurliana binti Ariffin

AJK Pelaksana : Cik Nurliana binti Ariffin

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan: Peruntukan Sekolah

5
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1 Baju persalinan lelaki 4 x RM 60.00 240.00

2 Baju persalinan perempuan 4 x RM60.00 240.00

3. Aksesori 4 x RM 20.00 80.00

4. Alat solek 4 x RM50.00 200.00

JUMLAH 760.00

13.0 PENUTUP

Semoga kertas kerja ini dapat diluluskan oleh pihak sekolah supaya aktiviti yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Pengalaman yang diperolehi sepanjang

perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan projek ini diharapkan dapat jadi satu pengalaman yang

bernilai dan berharga apabila berada dalam profesion ini. Aktiviti ini akan memberikan manfaat

bukan sahaja kepada murid-murid di sekolah tetapi kepada siswa guru dalam menguruskan

sesuatu projek dengan berjaya.

Saya juga berharap semoga dengan wujudnya pasukan tarian ini akan dapat memberikan

suatu imej baru kepada Sekolah Kebangsaan Tasek Permai mempromosikan Sekolah

Kebangsaan Tasek Permai sebagai sebuah pusat pendidikan yang mampu melahirkan pelajar

kreatif, inovatif, seimbang dan unggul. Ianya boleh dimanfaatkan dalam perancangan

pembangunan dan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan muzik tradisional dan moden

ke arah pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

6
Disediakan oleh,

(NURLIANA BINTI ARIFFIN)

Siswa guru

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Disemak oleh,

(CIKGU RAFIDAH BINTI IDRIS)

Guru Pendidikan Kesenian

SK Tasek Permai

Disahkan oleh,

(ENCIK ZULKIFLI B. HASSAN)

Guru Besar

SK Tasek Permai

You might also like