Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Masalah-masalah yang wujud:

1) Jawatankuasa Majlis Ikrar & Penutupan terlalu luas bidang kuasanya kerana merangkumi juga
persiapan untuk majlis perasmian MPPB, persiapan hiasan dewan,backdrop dan persiapan
kerusi di dalam dewan dan diluar dewan(di bawah khemah)
2) Bilangan kipas yang dibekalkan adalah tidak mencukupi dan terdapat kipas yang rosak
menyebabkan JK Majlis Ikrar terpaksa meminjam daripada pihak masjid. Ahli AJK terpaksa
mengambil sendiri kipas daripada masjid dan meminta pertolongan pelajar untuk
mengangkut kembali kipas ke masjid tanpa kenderaan yang sesuai.
3) Majlis Perasmian dan Penutupan melibatkan bilangan kerusi yang sangat banyak untuk
keperluan waris, pensyarah dan pelajar. JK Majlis Ikrar & Penutupan perlu membawa turun
sendiri kerusi daripada semua bilik tutorial daripada kesemua aras bangunan. Proses
pemindahan kerusi daripada bilik tutorial adalah dengan menggunakan pengangkutan lori
tetapi tiada pengangkutan seperti lori disediakan untuk proses pemulangan kerusi. Ini
membebankan Ahli Jawatankuasa untuk proses pemulangan kerusi.
4) Susunan pensyarah terpaksa ditempatkan di bahagian belakang dewan kerana bilangan
pelajar yang terlalu ramai.
5) Pentas ikrar tidak dapat disediakan juga disebabkan ruang yang terhad kerana menampung
jumlah pelajar yang terlalu ramai.

Penambahbaikan

1) Jawatankuasa Majlis Ikrar & Penutupan perlu dibahagikan kepada satu lagi Jawatankuasa
Induk yang lain iaitu JK Hiasan Pentas dan Dewan agar tidak membebankan JK Majlis Ikrar &
Penutupan yang perlu bekerja sepanjang minggu dengan bebanan tugas yang terlalu banyak
berbanding JK Induk yang lain.
2) Bilangan kipas yang dibekalkan perlu mencukupi dan dalam keadaan yang baik. Jika perlu
meminjam daripada pihak lain, kenderaan seperti lori perlu dibekalkan agar proses untuk
mengangkut kipas ke dewan dan proses pemulangan berjalan lancar.
3) Pihak kolej perlu menyediakan kenderaan seperti lori untuk proses pemulangan kerusi ke bilik
tutorial. Pihak kolej juga perlu menambah bilangan sukarelawan yang lebih banyak untuk JK .
4) Kedudukan pensyarah perlu diletakkan dibahagian hadapan atau di kiri kanan dewan. Tetapi
disebabkan jumlah pelajar yang terlalu ramai, JK Ikrar mencadangkan pelajar boleh dimuatkan
di bawah khemah juga tetapi perlu disediakan skrin tv agar pelajar mengetahui perkembangan
di dalam dewan.
5) Pentas ikrar yang lebih tinggi perlu disediakan agar pembaca ikrar dapat dilihat oleh
keseluruhan audien di dalam dewan.

You might also like