Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SK MUTIARA PERDANA

JALAN DATO ISMAIL HASHIM


11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

SUBJEK SEJARAH :
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FAWWAZ RIFAIE BIN RIDUAN
KELAS 5 AMANAH

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ZARINA ABDUL AZIZ

1
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ................................................................................................. 3

2.0 Mat Salleh .................................................................................................... 4

3.0 Rentap .......................................................................................................... 6

4.0 Sharif Masahor ............................................................................................. 9

5.0 Antanom ..................................................................................................... 10

6.0 Dato Bahaman ............................................................................................ 11

7.0 Dato Maharajalela ...................................................................................... 13

8.0 Penutup....................................................................................................... 15

2
1.0 Pendahuluan

Kedudukan negara kita yang kaya dengan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar
datang ke negara kita.secara tidak langsung kuasa luar sudah mula berminat untuk menjajah
negara kita untuk pelbagai tujuan.konsep penjajahan boleh dibahagi kepada kita:
Konsep imperialisme:penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan
kedaulatan negara.

Konsep koloniaslime:peluasan kuasa danpenjajahan serta meletakkan kuasa dan


penjajahan dalam aspek ekonomi.membolot kekayaan ekonomi dengan negara penjajah.
Konsep mekantilisme:peluasan kuasa serta meletakkan kuasa dalam aspeknekonomi.membolot
kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah.menjadikan negara jajahan
bergantung dengan negara penjajah.

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain.istilah
penjajahan dan imperialisme kadang kadang bertukar ganti tetapi sarjana selalunya
membezakan di antara keduanya.penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain
melalui kuasa politik dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik
atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

3
2.0 Mat Salleh

Mat Salleh atau nama sebenarnya ialah Datu Mohammad Salleh merupakan satu nama
yang gah suatu ketika dahalu. Beliau merupakan seorang pejuang sabah yang dalam
penentangannya terhadap penjajah British yang menjajah kawasanya. Tambunan pernah
diisytiharkan oleh beliau sebagai daerah di bawah kekuasaanya.

Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau
dan Ѕulu. Perjuangan Mat Salleh menentang British telah bermula sejak tahun 1894 apabila
bangsa asing yang menakluki sabah telah menetapkan undang-undang dan peraturan baru yang
membebankan rakyat tempatan. Antara peraturan yang ditetapkan oleh British pada ketika itu
ialah pengamalan buruh paksa serta mengenakan cukai beras dan cukai perahu.

Selain itu, pejuangan Mat Salleh juga adalah disebabkan terpengaruh dengan semangat
jihad orang Sulu menentang Sepanyol di Selatan Filipina. Mat Salleh dan pengikutnya pergi ke
Sandaran untuk menemui Gebenor British, pada tahun 1895 iaitu pada bulan Ogos bertujuan
untuk berunding dengan pihak British berkenaan masalah cukai dan tindakan kekerasan
pegawai SBUB. Namun Mat Salleh telah mendapat layanan yang teruk menemui Gabenor
Beaufort iaitu C.V Creagh. Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan
kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.

Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari. beliau
meninggalkan Sandakan. Gebenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kedudukan
dan kepentingan British di Sabah. Oleh itu, British telah bertindak dengan membakar dan
memusnahkan kampungnya. British menawarkan hadiah sebanyak 500 dollar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Mat Salleh. Sabagai tindak balas Mat Salleh dan pengikut-
pengikutnya telah menyerang dan membakar pejabat British yang terletak di Pulau Gaya dan
turut membakar pejabat British yang terletak di Ambong pada tahun yang sama. Inggeris
bertindak balas dengan menyerang kubu Mat Salleh yang terletak di Ranau iaitu pada bulan
Disember 1897.

Namun begitu, serangan ini berakhir dengan kekalahan Inggeris dan banyak tentera
mereka yang terbunuh. Walau bagaimanapun, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh
pada Januari 1898 dengan angkatan tentera yang lebih besar. Mat Salleh terpaksa

4
mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru yang jauh lebih kukuh di
Tambunan Kota pertahanan ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh yang
menyebabkan kota pertahanan ini tidak dapat ditembusi oleh peluru British.

Kota ini sangat sukar ditembusi kerana setiap penjuru kota pertahanan tersebut dikawal
oleh orang-orang Mat Salleh. Terdapat beberapa buah terowong atau jalan bawah tanah dalam
kubu ini yang digunakan untuk meminta bantuan senjata dan makanan. Jalan ini juga akan
digunakan untuk melarikan diri jika diserang dan dikepung oleh tentera British. Pihak British
telah menawarkan perdamaian kepada Mat Salleh setelah tidak berjaya menyerang beliau. Mat
Salleh bersetuju untuk menerima perdamaian tersebut walaupun telah ditentang oleh orang-
orangnya sendiri.

Tetapi pada tahun 1899, pihak British telah mungkir janji kerana telah menyerang
Tambunan dan cuba mengambil alih Tambunan dari Mat Salleh yang menyebabkan peperangan
kembali tercetus. Kota Mat Salleh tumbang akibat serangan yang berterusan yang dilakukan
oleh tentera British. British telah berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh pada 31 Januari
1900. Dalam serangan ini juga Mat Salleh telah terkorban sebagai pejuang bangsa

5
3.0 Rentap

Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang menentang British di sarawak dan dilahirkan
pada tahun 1800. Nama asal beliau ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’. Rentap
juga digelar ‘Raja Darat’ dan merupakan seorang pemimpin Iban di Sungai Skrang dan Sungai
Saribas

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di


Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang
Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap.

Pada tahun 1853 Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan
Rentap berjaya dalam serangan tersebut dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee telah
terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban.

Pada tahun 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap. Pengikut Rentap telah berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di
situ. Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’.
Seterusnya pada tahun 1857 James Brooke telah menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang
Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Namun, Charles
Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan Rentap yang sangat kukuh.

Tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal.
Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari
Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’. Pada tahun 1863 James Brooke
mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran berlaku selama
sebulan dan akhirnya Rentap telah tewas. James Brooke telah membakar kubu dan rumah
pengikut Rentap. Dalam peperangan tersebut, James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang
Sadok’ untuk menentang Rentap. Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang
Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke. Rentap berundur ke Entabai untuk
menyusun strategi baru tetapi akhirnya meninggal dunia sebelum sempat mengalahkan Brooke.

6
Kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun
tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap. Luyang

Luyang Bansang ialah seorang waris keturunan Panglima Rentap telah mengatakan
bahawa generasi muda perlu mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan
Iban itu, terutamanya ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui
menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima
perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga
peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang kini terletak dalam
Bahagian Betong.

Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya


menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak,
Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan
berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya. “Walaupun dilabelkan sebagai ketua
pemberontak oleh regim Brooke, saya sangat menghormati dan menyanjungi peranannya
sebagai pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang menggerakkan semangat nasionalisme,” kata
Luyang, seorang pegawai penerangan di Jabatan Penerangan Sarawak kepada Bernama di sini.

Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung di rumah panjang
26 pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya dengan “Tawak Sadok,” sejenis gong yang
digunakan semasa peperangan di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek moyang
lima generasi.

Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara
peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan
Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan
sebagai ketua panglima perang. Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25
Sept 1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun,
menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844.

Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri
merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara
hidup tradisional kaum Iban.

Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai usaha kerajaan


menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai “Lumbong Rentap,” yang bermaksud kubur dalam
bahasa Iban, bagi memperingati perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan
kesungguhannya mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap diisytiharkan
sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993.

7
“Sesuatu perlu dilakukan bagi generasi muda mempelajari tentang Rentap, semangat
perjuangannya dan cerita mengenai penentangannya terhadap pentadbiran Brooke bagi
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mereka,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sebagai sebahagian daripada warisan sejarah dan kekayaan budaya, Luyang menggesa
kerajaan supaya meningkatkan kemudahan termasuk pondok dan trek hutan menuju ke Tugu
Peringatan Rentap di puncak Bukit Sadok. Dari kawasan tinggi inilah panglima hebat dan
pengikutnya turun dan melayari Sungai Saribas atau Sungai Ulu Skrang River untuk
melancarkan serangan menentang penjajahan Brooke.

Luyang berkata kemudahan yang lebih baik dan penyelenggaran akan memudahkan
orang ramai termasuk pelancong dan pelajar melawat tugu bersejarah di puncak Bukit Sadok,
dengan replika “Bujang Timpang Berang,” sejenis meriam yang digunakan oleh Rentap dalam
peperangannya menentang askar-askar Brooke dibina.

Meriam sebenar kini ditempatkan di Pejabat Daerah Betong, Bukit Bangun, setelah
dipindahkan dari Kubu Lily di Betong, di mana sebuah jalan dan dewan komuniti dinamakan
sempena nama Rentap.

8
4.0 Sharif Masahor

Nama beliau ialah Sharif Masahor atau nama penuh beliau adalah Sayyid Mashhur bin
Muhammad Al-Shahab. Beliau terkenali sebagai seorang pahlawan melayu yang terkenal yang
berketurunan Hadhram di Sarikei, Sarawak, Kuching, Malaysia pada masa era Raja Brooke di
negeri tersebut. Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan
Melanau. Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang.

Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan daripada


pembesar-pembesar Sarawak. Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau Syarif
Masahor tumbuh membesar sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama. Beliau sangat
dikenali sebagai ‘guru ngaji’ yang mendalam ilmu agamanya, wara’, tawadu’ sehinggakan
masyarakat setempat mengkagumi beliau. Setelah mencapai usia matang, beliau diberi
kepercayaan oleh abahnya untuk melakukan perjalanan sekaligus menjalankan dakwah di
kawasan sekitar Igan, dan beliau sangat dikenali sebagai pendakwah yang mengislamkam
Kampung Tengah, di Igan. Kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Kerajaan
Brunei di bawah pemerintahan Sultan Abdul Mu’mein telah memberi kepercayaan untuknya
menjadi Wakil Sultan di Daerah Sarikei kawasan Sungai Rajang pada tahun 1849. Beliau sangat
berpengaruh dikalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

Syarif Masahor terkesan dengan perjuangan Syarif Sahab, Syarif Mullah, Syarif Jaafar
dan beberapa Syarif yang lain yang berlaku lebih awal, serta kemarahan atas kebiadapan
penjajah Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya menjadi titik tolak
kemaraan perjuangan beliau.

9
5.0 Antanom

Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (1885 – 1915) ialah pahlawan
Murut yang terkenal dan perkasa[perlu rujukan] dari Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang
menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu, dia telah menerima
sokongan daripada ketua dan penduduk dari kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan
dan Rundum lalu mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara
British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit
berhampiran Pensiangan.[1]

Di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British Chartered North Borneo
Company, BCNBC), selain mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh
penduduk tempatan, pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut yang memiliki dua
orang anak untuk menyerahkan seorang daripada mereka sebagai buruh syarikat.

Hilang sabar, Ontoros Antonom mengumpulkan hampir seribu orang pahlawan Murut
dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk menentang empayar British pada tahun 1915.
Pegawai British dikejutkan dengan beratus-ratus pahlawan Murut membanjiri bangunan
pentadbiran mereka dan menyerang mereka. Ontoros Antonom membina beberapa kubu
dengan terowong bawah tanah dan rumah.

Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera yang dilengkapi dengan
senjata api bagi menyerang balas. Sungguhpun pihak Murut hanya memiliki senjata asas seperti
sumpitan, pedang dan lembing, tentera British gagal menundukkan mereka. Dengan itu, pihak
British memasang perangkap dengan menawarkan perundingan damai di Rundum. Apabila
Ontoros Antonom dan pengikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepong dan
ditahan oleh beratus-ratus orang tentera British. Selepas itu, Ontoros Antonom telah dihukum
mati oleh pihak British.

10
6.0 Dato Bahaman

Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah.
Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman
ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892.
Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman menentang pelaksanaan Undang-Undang barat yang
telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato' Bahaman(Orang
Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undang-
undang tersebut serta ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu. Semangat
keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa kekuatan senjata yang
mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.

Nama sebenar Dato' Bahaman ialah Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari
Bangkinang, Indonesia. Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga diberi gelaran
Seman Tahan kerana dapat menyelesaikan masalah secara fizikal dan intelektual. Sejarah
penentangan Dato' Bahaman berpunca daripada tindakan provokasi
C.E.B Desborough(Pemangku Pemungut Hasil Semantan) yang telah menangkap anak buah
Dato' Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar
cukai.Pembinaan balai polis di Lubuk Terua dianggap satu pencerobohan ke atas tanah orang
Melayu dan menggangu kegiatan mereka menyebabkan Dato' Bahaman bangkit menentang
peraturan yang menyusahkan kehidupan masyarakat tempatan.

Tindakan pertama yang diambil oleh Dato' Bahaman ke atas pasukan keselamatan
penjajah British yang dipimpin oleh Desborough di Lubuk Terua sehingga berjaya membunuh
3 orang polis bersenjata lengkap dan mencederakan beberapa orang yang lain. Dalam serangan
tersebut, Dato' Bahaman berjaya melepaskan pengikut beliau yang ditahan oleh British. Dato'
Bahaman seterusnya memimpin sepasukan pejuang Pahang menyerang pelbagai kemudahan
milik British seperti memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan serta barangan kepunyaan
Syarikat Lombong Bijih di daerah Bentong dan Raub. Keupayaan Dato' Bahaman mengalahkan
pasukan polis British telah menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan orang
Melayu untuk menentang British walaupun perlu berjuang dalam keadaan serba kekurangan
dan hanya berbekalkan kehebatan gerak langkah Silat Melayu.

11
British melakukan serangan tindak balas ke atas kedudukan Dato' Bahaman dan
pengikutnya serta menabur pelbagai fitnah dengan mendakwa bahawa Dato' Bahaman menulis
surat kepada Residen Selangor, W.E Maxwell meminta supaya Semantan disatukan dengan
Selangor. Tujuannya supaya masyarakat setempat membenci Dato Bahaman. Namun begitu
usaha yang dilakukan British menemui kegagalan setelah usaha menyebarkan propaganda tidak
berjaya, Inggeris mencari helah yang lebih halus dengan menggunakan nama Sultan Pahang.

Dato' Bahaman telah dianggap sebagai penderhaka sehingga diperintahkan oleh Sultan
untuk menjawab segala tuduhan yang dibuat oleh British di Istana Pahang. Namun, Dato'
Bahaman dengan bijaksana tidak berkompromi tipu muslihat British, sebaliknya bersembunyi
di dalam hutan satu strategi untuk mengumpul kekuatan serta menyusun langkah seterusnya.
Setelah usaha menggunakan kuasa Istana gagal, British bertindak balas dengan menahan
pengikut Dato' Bahaman.

Dengan kehebatan dan kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan


pengikutnya yang ditahan walaupun dikawal rapi oleh pihak British sehingga menimbulkan
rasa takut kepada pihak British untuk menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato'
Bahaman dan pengikutnya kerana bimbang kehilangan anggota mereka. British kemudian
bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200 askar Melayu. Ini disebabkan askar
Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar Sikh. Namun British tetap menghantar
sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui oleh Kapten Summer dan Hugh Clifford dan
usaha itu tetap mengalami kegagalan.

Usaha terakhir yang dilakukan oleh British untuk menghapuskan Dato' Bahaman dan
pengikutnya tidak lagi dengan menggunakan kekuatan tentera sebaliknya British telah
melancarkan perang saraf di mana satu propaganda yang dinamakan 'Gerakan Sultan' pada 22
Januari 1892 di mana baginda Sultan dikatakan akan menghantar hadiah kepada sesiapa yang
memberi maklumat sehingga Dato' Bahaman ditangkap atau dibunuh, namun tetap gagal.

Dato' Bahaman bersama pengikutnya melakukan serangan balas dan dapat menawan
semula Lubuk Terua. Tindakan itu membangkitkan kemarahan British yang kemudian
menghantar 300 askar Melayu yang diketui oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise(Majistret di
Temerloh) yang cuba menggunakan askar orang asli untuk menjejaki Dato' Bahaman, namun
orang asli Pahang tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris kerana menganggap Dato' Bahaman
sebagai saudara mereka.

Walau bagaimanapun, dalam satu serangan balas besar-besaran British ke atas Dato'
Bahaman di Jeram Ampai pada tahun 1894, para pejuang Pahang termasuk Dato' Bahaman
terpaksa berpecah dan berundur ke dalam hutan. Tokoh pejuang Pahang ini teus menghilangkan
diri dan dikatakan berundur ke Terengganu, seterusnya ke Kelantan dan menetap di Siam.
Nama Dato' Bahaman terus kekal di dalam lipatan sejarah sebagai pejuang tulen yang berani

12
menentang penjajah dan Sekolah Menengah Dato' Bahaman, Lancang didirikan mengabadikan
nama tokoh pejuang ini agar tidak dilupakan oleh zaman.

7.0 Dato Maharajalela

Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam menentang British merupakan satu


perjuangan yang suci dan murni. Beliau tidak mahu mengotorkan dirinya menjadi pencacai
British, sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya mempertahankan sistem tradisional
di Perak yang diganggu gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang dianggap berwibawa
dan begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan
menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur
rancangan menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut, bukan sahaja
dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum yang
ditugaskan membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir dalam
dirinya. Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan. Ketika penentangan
dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III. Pengetahuan agama dan ketinggian keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik
sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa
yang boleh memancung tanpa bertanya.

Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan
bangsawan dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang Kaya-Kaya
Seri Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan tercatat dalam buku sejarah
sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim. Perancangan beliau
ternyata licik sehingga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Semuanya bermula
rentetan mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan orang-orang bangsawan anti-British

13
dan pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6 bulan setelah sistem Residen
diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Raja Abdullah
dan Raja Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung
Gajah.

Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W.Birch


mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu
sendiri yang melaporkan kepada British tentang penglibatannya sebagai pelaku utama dalam
rancangan membunuh Birch hingga beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak adil
oleh Mahkamah. Akhirnya pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman gantung, bersama-sama
Dato' Sagor dan Seputum manakala pembesar yang lain dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

Nama Dato' Maharajalela sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati dan
dikenang sehingga terkorban bagi mempertahankan prinsip perjuangan. Sikap dengki, iri hati
dan pengkhianatan golongan bangsawan dalam kes Dato Maharajalela menyedarkan kita
bahaya perpecahan yang melanda orang Melayu. Perjuangan beliau menjadi iktibar dan
semangat buat orang Melayu untuk terus bersatu mempertahankan segala yang telah
diperjuangkan. Kisah Dato Maharajalela telah membuktikan kewujudan bukan satu mitos
dimana kewujudan beliau telah tercatat pada tugu peringatannya.

14
8.0 Penutup

Dalam bab ini,saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak serta mengenali pahlawan-pahlawan yang pernah wujud di negara kita. Lokasi
yang sangat strategik dan jauh dari bencana alam serta Melaka yang mempunyai pusat
perdangan yang sangat terkenal disamping negara yang kaya dengan sumber bahan mentah
menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot
oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas.

Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,pahlawan tanah air telah
berjuang bersama sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.Walaupun mereka
gagal,namun semangat dan keberanian mereka amat mengagumkan dan menjadi sumber
inspirasi kepada pejuang seterusnya. Penjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan yang
pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.

15

You might also like