Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia:

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR)

Sistem pendidikan sekolah rendah negara terus mengalami perkembangan selaras dengan

perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran

1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan sekolah rendah di negara ini, atas dasar

untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun

1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan

ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila

Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi

penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan

zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard

*Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan ekoran terbitan Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah

diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini

telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah

rendah dan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 1983.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-

murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati

nilai secara terus melalui pengalaman.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang

komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu.

Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran

3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu,

Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan

Jawatankuasa Kabinet 1979.

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak

pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira” ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, Kurikulum Baru Sekolah Rendah

memfokuskan kepada nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai

dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala,

dalam bidang perkembangan diri individu pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah meliputi semua

aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini

diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis

ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi

mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan

pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Konsep bersepadu yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan dan kemahiran. Nilai dalam kandungan KBSR

diintergrasikan supaya wujudnya kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

konsep bersepadu tadi diserapkan melalui penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-

kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan

mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan potensi intelek,

rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu.

Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan. Kesepaduan antara teori dan praktik

diutamakan. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-

murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah,

berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan

memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan,

iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan

masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah merupakan

pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR

telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun

2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula

pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh,

pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.

Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah

berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.

“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu

tempoh dan tahap persekolahan” ~ Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011)

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi,

Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan

Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas

kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi

Maklumat dan Komunikasi.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul

Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani

dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi,
Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti

Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M

(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan

maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan

aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah

pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk

menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran

koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian

masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang

sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan,

mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai

murni.

Kesimpulan

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahan-

perubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut

kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu

dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum perlu dilakukan bagi menyediakan warga

negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.
Hal ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahiran-

kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini

meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahiran-

kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa

hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

You might also like