Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Sifat-Sifat Peribadi

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan agama Islam juga seorang
yang tegas dan adil.Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah
SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima
pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah
menyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika itu beliau memegang jawatan khalifah untuk
melihat sendiri keadaan rakyatnya. Malah beliau sendiri yang mengangkat guni-guni gandum
dan minyak untuk diberi kepada golongan yang memerlukan.

l Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq mengenai pembebasan tawanan perang
Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak
penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat.

Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh
meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum
lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat
biasa.

l Berani

Sebelum memeluk Islam dengan begitu kuat menentang Rasulullah SAW sehingga
menyebabkan beliau sangat ditakuti dan digeruni oleh orang yang memeluk agama Islam.
Namun apabila ‘berani kerana benar’ beliau tidak gentar mengisytiharkan dirinya memeluk
Islam secara terbuka di khalayak ramai. Satu-satunya Muslim yang berani menunaikan ibadat
secara terang-terangan di hadapan orang ramai.

Beliau jugalah yang mencadangkan Rasulullah SAW supaya ajaran Islam disebarkan secara
terbuka. Sebagai jaminan beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang
Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya
itulah, maka beliau diberi gelaran al-Faruq.

l Adil

Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan
kemakmuran rakyatnya. Beliau tidak memilih bulu dan mengetepikan soal status diri dan
sesiapa yang didapati bersalah, tetap akan dihukum. Beliau juga pernah menjatuhkan
hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang
Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda. Jasa-jasa dan sumbangan besar Umar terhadap
Islam begitu dijanjikan kepadanya akan syurga. Bagi Umar segala kebaikan yang beliau
lakukan selepas memeluk Islam seolah-olah masih tidak membayar segala dosa dan
kesalahan beliau yang lampau itu.

Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling mulia?
Jawab baginda: Orang yang paling bertakwa. Kata mereka: Bukan tentang ini yang kami
tanyakan. Jawab Nabi: Kalau begitu, tentang siapakah orang Arab yang paling mulia yang
kamu ingin tanyakan kepadaku? Sesungguhnya orang paling mulia di kalangan kamu pada
masa jahiliah, dia jugalah yang paling mulia di antara kamu di dalam Islam sekiranya dia
tafaqquh fiddin. (riwayat Bukhari)

Tepat sekali jika yang dimaksudkan oleh baginda itu antaranya Umar al Khattab. Lebih-lebih
lagi setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.
Apakah rahsianya Saidina Umar Al Khattab boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya
tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh fiddin (faham agama).

Mukmin yang tafaqquh fiddin memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan
orang yang banyak beribadat tetapi jahil tentang selok belok agama. Ini berdasarkan hadis
Nabi SAW: Ertinya: Seorang Faqih (orang yang tafaqquh fiddin) adalah lebih digeruni oleh
syaitan daripada seribu orang ‘abid (orang yang banyak beribadat). (riwayat Tarmidzi, Ibnu
Majaah dan al-Baihaqi)

Nama penuh sahabat besar Nabi ini ialah Umar bin Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b.
Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Dilahirkan pada tahun 583M daripada
Bani Adi iaitu salah satu puak dalam kabilah Quraisy yang dipandang mulia, megah dan
berkedudukan tinggi. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti. Umar
memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan nabi.

https://aki2004.wordpress.com/2010/02/07/kehebatan-sayyidina-umar-al-khottab/
Umar mencabar kafir Quraisy menghalangnya dari berhijrah ke Madinah.

Ketika perintah Allah supaya umat Islam yang ketika itu dipulaukan oleh penduduk kafir
Quraisy berhijrah ke Yathrib, ramai dikalangan umat Islam takut untuk berhijrah. Ada yang
tidak mahu meninggalkan kampung halaman masing-masing. Ada yang tidak sanggup
berpisah dengan sanak saudara. Dan paling ramai kerana takut dibunuh kafir Quraisy yang
menghalang disetiap sempadan negeri Makkah. Jika ada umat Islam yang keluar pasti akan
dibunuh. Rasulullah SAW dan Abu Bakar sendiri berhijrah secara sembunyi. Namun
keberanian Umar Al-Khattab mengatasi segalanya. Beliau dengan nekad akan menyahut
seruan Nabi SAW untuk berhijrah ke Yathrib.

Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang
disandang di sisi pinggangnya. Kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya,
sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaabah.
Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Kaabah terpaku menyaksikan
kehadiran Umar dengan keadaan sedemikian. Mereka tidak berani mendekati,apalagi untuk
bertanya sesuatu kepada Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa
menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan
tawaf, beliau menuju ke Makam Ibrahim dan mendirikan solat. Selesai solat, Umar berdiri di
sisi Makam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kafir
Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di
dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah. Barangsiapa
yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-
anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri
kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik
bukit ini”.

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar
dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka.
Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa
seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata. Dari sudut psikologi, cara
Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati,
menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar
mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak
Quraisy lemah semangat, Umar mengajak mereka beradu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar
melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-
puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin
yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya
meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah
ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Umar menjadi khalifah

Pada tahun ke 13 Hijrah bersamaan 634 Masihi, Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik
menjadi khalifah Islam yang kedua. Pelantikannya telah dicadangkan sendiri oleh Abu Bakar
sebelum meninggal dunia. Para sahabat yang lain mengikut cadangan Abu Bakar kerana
Umar sememangnya pilihan yang tepat untuk menjadi pemimpin Islam. Islam begitu
gemilang di bawah pemerintahan Umar. Jajahan takluk Islam juga begitu luas sehingga ke
Eropah dan melebihi separuh dari dunia.

Selama pemerintahan Umar, kekuasaan Islam tumbuh dengan sangat pesat. Islam mengambil
alih Mesopotamia dan sebahagian Parsi dari tangan dinasti Sassanid serta mengambil
alih Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia dari pemerintahan Romawi
(Byzantium). Sejarah mencatat banyak pertempuran besar yang menjadi awal penaklukan ini.
Pada pertempuran Yarmuk, yang terjadi di Damaskus pada tahun 636 M, 20 ribu pasukan
Islam mengalahkan pasukan Romawi yang mencapai 70 ribu dan mengakhiri kekuasaan
Romawi di Asia Kecil bahagian selatan. Pasukan Islam lainnya dalam jumlah kecil
mendapatkan kemenangan atas pasukan Parsi dalam jumlah yang lebih besar
pada pertempuran Qadisiyyah (tahun 636M), di sungai Eufrat. Pada pertempuran itu, jeneral
pasukan Islam yakni Sa`ad bin Abi Waqqas mengalahkan pasukan Sassanid dan berhasil
membunuh jeneral Parsi yang terkenal, Rustam Farrukhzad.

Pada tahun 637M, setelah pengepungan yang lama terhadap Yerusalem, pasukan Islam
akhirnya mengambil alih kota tersebut. Saidina Umar diberikan kunci untuk memasuki kota
oleh pendeta Sophronius dan diundang untuk solat di dalam gereja (Church of the Holy
Sepulchre). Umar memilih untuk solat ditempat lain agar tidak membahayakan gereja
tersebut. 55 tahun kemudian, Masjid Umar didirikan ditempat beliau solat.
Pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Jabatan-jabatan penting telah ditubuhkan.
Beliau juga telah mewajibkan zakat ke atas kuda. Kalendar Islam telah diperkenalkan oleh
Umar mengikut Tahun Hijrah. Malah pengumpulan nasakh Al-Quran juga bermula pada
zaman ini,kerana Umar menyedari semakin ramai hafiz yang gugur syahid di medan perang.
Begitu banyak kemajuan yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar.

Saidina Umar, berjalan di malam hari untuk mengetahui derita rakyatnya.

Pada suatu malam, ketika Umar berjalan melihat keadaan rakyatnya bersama seorang
pembantu melalui lorong-lorong kota Madinah, mereka bertemu dengan seorang wanita dan
anak-anaknya duduk mengelilingi periuk besar di atas api. Anak-anak itu mengeluh
kelaparan. Lalu Khalifah Umar mendekati keluarga itu bertanya kepada ibu itu apa yang
terjadi, maka ibu itu menjawab anak-anaknya kelaparan kerana sudah 2 hari mereka tidak
makan, yang dimasaknya hanyalah air dan batu supaya anak-anaknya boleh menunggu
hingga tertidur. Umar bertanya kepada ibu tadi kenapa tidak diberitahu kepada Khalifah
Umar?. Maka berkatalah ibu tadi: “Seharusnya dialah yang tahu keadaan kami, dia punya
kuda dan juga ribuan tentera, seharusnya dia tidak boleh tidur nyenyak dirumahnya
sementara rakyatnya seperti kami ini kelaparan dan kedinginan”, tanpa dia mengetahui orang
yang ada dihadapannya adalah Khalifah Umar.

Mendengar jawapan itu Saidina Umar terus ke gudang menyimpan gandum dan mengambil
satu karung gandum bersama minyak samin. Saidina Umar mengendong sendiri gandum dan
minyak itu walaupun pembantunya melarang dan ingin membantunya membawa barangan
tersebut. Umar berkata: "Apakah kamu ingin memikul dosaku di hari kiamat kelak?" ,
kemudian Umar ke tempat wanita itu membawa barangan tersebut dan menghidupkan api
serta memasak gandum yang dibawa bersamanya. Kemudian Saidina Umar r.a meminta
perempuan tersebut mengejut anak-anak nya untuk makan makanan yang telah
dimasaknya,sebelum berlalu Saidina Umar meminta wanita itu datang ke pejabat khalifah
untuk mendapatkan bantuan segera, pagi harinya wanita itu pergi ke pejabat khalifah dan dia
sangat terkejut kerana orang yang membantunya semalam adalah Saidina Umar bin Al-
Khattab.
Begitu juga kisah Umar berjalan di malam hari, pada suatu ketika Umar r.a sangat tertarik
dengan seorang anak gadis yang enggan mencampurkan susu dengan air kerana takutkan
Allah. Bahkan Umar melamar gadis itu untuk puteranya,Ashim bin Umar.

Tangisan Khutbah Saidina Umar, mimpi Saidina Umar dan kematiannya

Pada suatu hari dalam tahun 23 Hijrah, Saidina Umar yang sedang memberikan khutbah
Jumaat dengan tidak semena-mena menangis. Para sahabat kehairanan, namun membiarkan
Umar menangis kerana tidak mahu mengganggu khutbah beliau. Selepas solat Jumaat, para
sahabat bertanya kepada Umar kenapa beliau menangis secara tiba-tiba. Saidina Umar
menceritakan perihal mimpinya kepada sahabat yang bertanya. Saidina Umar mengatakan dia
akan sentiasa redha dengan apa yang akan berlaku. Kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa
bersama dengan orang yang bertakwa.

Pada suatu malam, Saidina Umar telah bermimpi kakinya dipatuk ular sebanyak 3 kali. Umar
yang berasa pelik dengan mimpi itu lantas berjumpa dengan Jaafar bin Abi Talib r.a. kerana
isteri Jaafar yakni Asma’ binti Umais terkenal dengan kebolehannya mentafsir mimpi.(Ada
riwayat yang mengatakan ketika itu Asma’ adalah janda Jaafar,bukan isterinya). Mengikut
tafsiran Asma’ binti Umais, Saidina Umar akan ditikam sebanyak tiga kali dan beliau
mungkin akan terkorban kerana itu.

Umar pulang ke rumah setelah mendengar perkabaran itu. Pada keesokkan harinya, iaitu
sabtu. Umar menjadi imam bagi solat subuh (pada zaman itu pemimpin negara adalah
pemimpin dalam setiap solat). Pada hari sabtu, kebiasaannya Saidina Umar akan membaca
Surah Yusuf pada rakaat pertama. Sehingga sampai pada ayat 84 yang berkisarkan kisah Nabi
Ya’kub yang bersedih kerana kewafatan Yusuf yang terbunuh, Umar kembali menangis
untuk beberapa ketika. Kemudian, Umar rukuk dan pada ketika inilah datangnya Abu
Lukluk, seorang hamba yang baru dimerdekakan meluru ke arah Saidina Umar dan menikam
sebanyak tiga kali. Hamba tersebut menikam belakang Saidina Umar. Crut! Tikaman yang
pertama. ALLAHUAKBAR! Itulah lafaz yang keluar dari mulut Saidina Umar. Crut!
Tikaman yang kedua. ALLAHUAKBAR! Crut! Tikaman yang ketiga. ALLAHUAKBAR!
Umar tetap mengagungkan Allah walaupun dalam kesakitan.

Abu Lukluk melarikan diri, Umar cuba meneruskan solatnya. Sami’allahulimanhamidah.


Umar cuba untuk bangun Iqtidal. Dan ketika itu Umar terus rebah. Abdul Rahman bin Auf
yang solat dibelakangnya berijtihad untuk meneruskan solat, Abdul Rahman lantas mara
kehadapan menggantikan Umar sebagai Imam pada pagi itu. Beberapa sahabat yang lain
membatalkan solat mereka untuk membantu Umar, beberapa yang lain berusaha mengejar
Abu Lukluk, tetapi Abu Lukluk berjaya melarikan diri.

Beberapa ketika sahabat yang lain cuba membantu Saidina Umar Al-Khattab, namun takdir
Allah telah menentukan Saidina Umar meninggal dunia ketika itu juga. Begitulah syahidnya
seorang pembela Islam yang unggul. Syurga menanti kedatangan, kerana jika beliau tidak
syahid sekalipun, Saidina Umar sememangnya salah seorang sahabat yang dijamin masuk
syurga. Subhanallah.

https://www.facebook.com/notes/-taubat-/umar-bin-al-khattab-al-faruq-pemisah-antara-
kebenaran-dan-kebatilan/190465410998780

JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB

Pembangunan Negara

 Mengemaskini Institusi Baitul Mal.

 Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air.

 Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir.

 Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak orang yang baru
memeluk Islam.

Dakwah

 Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.

 Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru tersebut bagi melicinkan pentadbiran dan


penyebaran dakwah.

 Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah.

Pentadbiran

 Mengemaskini Majlis Syura.


 Mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran seperti jabatan cukai dan harta,
 Jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan.
 Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.
 Mengasaskan undang-undang Hisbah.
 Mengasaskan Taqwim Islam.

http://saidinaumaral-khattab.blogspot.com/2013/03/jasa-dan-pengorbanan-saidina-umar-bin.html
KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis
Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib,
Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara
yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-
sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi
negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang
berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-
luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi
kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu
memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru
telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan
kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada
beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa
orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke
Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar
dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan
pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b.
Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi
mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-
Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan
terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah
menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk
membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-
tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan
cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana
tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada
rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai
yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan
rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-
golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan
membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini
diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan
negara bertambah.

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga
mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi
menambahkan lagi hasil pertanian.
3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini
adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali
khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah
supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak
membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara.
Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti
ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik.
Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa,
kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar
menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-
wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak
boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-
pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan
oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya
yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-
Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan
keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang
lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh
wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-
Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha
untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan Sistem Pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana
terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan
Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina
Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat
juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian.
Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di
dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan
pendapatan negara.

BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


Nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin
Abdullahbin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M dan berasal
daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah,
danberkedudukan tinggi. Sewaktu kecil, beliau pernah mengembala kambing dan apabila
dewasa beliau berniaga dengan membawa barang dagangan berulang-alik ke Syam. Pada
zaman Jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai ketika terjadi pertelingkahan hebat antara
kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam berbicara, dan
berterus terang ketika menyatakan fikiran, serta pandangannya dalam menghadapi satu-satu
masalah. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemidato dan juga seorang ahli gusti (Rosnani
Rifin, 2007).
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DAN ISLAM
Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi Muhammad.
Beliau
merupakan pemberi sumbangan yang sangat besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum
itu beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan
Islam. Ramai orang Islam yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbang akan
orang Quraisy yang selalu merancang untuk mengusir mereka. Setelah beliau memeluk
Islam, ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak berasa curiga lagi untuk
mengerjakan ibadat. Beliau digelar “Al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak
dan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan
umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka buat pertama kali dalam
sejarah Islam (Rosnani Rifin, 2007).

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB DAN HIJRAH


Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara
bersembunyi, tetapi Khalifah Umar keluar secara terang-terangan bersama pedang di tangan.
Beliau sedia untuk menghunus sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya keluar berhijrah.
(Rosnani Rifin, 2007).

KEWAFATAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil
para sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi menggantikan
pentadbiran beliau sebagai khalifah. Khalifah Abu Bakar mencadangkan nama Saidina Umar
untuk dicalonkan memegang jawatan tersebut dan seterusnya mendapat persetujuan dari
kalangan sahatan dan orang ramai (Rosnani Rifin, 2007). Khalifah Umar wafat pada malam
Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun iaitu setelah beliau
memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Beliau wafat kerana ditikam
oleh Abu Lu’luah yang berbangsa Parsi dan beragama Majusi.
Beliau dimakamkan di Madinah, berhampiran dengan makam Rasulullah s.a.w dan Khalifah
Abu Bakar (Rosnani Rifin, 2007).
SUMBANGAN DALAM BIDANG PEMERINTAHAN

Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Khalifah Umar sebagai
khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Khalifah Abu Bakar iaitu
dalam memperluaskan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar, terjadinya perluasan kuasa Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini
dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Pasukan Islam berjaya
menduduki Syria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi berturut-turut (Umar Al-Khattab Reformis
Dunia Islam,2010).

PEMBAHAGIAN KAWASAN PEMERINTAHAN


Khalifah Umar telah berjasa dengan membentuk Majlis Permusyawaratan, Anggota Dewan,
dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagikan wilayah Islam kepada lapan
wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah
Makkah, Madinah, Syria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Palestin. Setiap daerah, pegawai
khusus diangkat selaku gabenor. Gaji mereka adalah mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran
percukaian juga diperkemaskan (Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam,2010).

SUMBANGAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN


MEMBENTUK MAJLIS SYURA
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi. Majlis Syura terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan
Majlis Syura Am (Abdul Latip, 2010; Razlina Abd Rahman, 2005).
Antara anggota Majlis Syura Tertinggi ialah:
1. Uthman bin Affan
2. Ali bin Abi Talib
3. Zaid bin Tsabit
4. Abdul Rahman bin Auf
5. Saad bin Abi Waqas
6. Muaz bin Jabal
Sebarang perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan, dan sosial negara akan
dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Selain itu, Majlis Syura ini juga
bertanggungjawab menentukan polisi negara samada dalam soal pemerintahan dalaman
mahupun soal pemerintahan hubungan luar (Abdul Latip, 2010; Razlina Abd Rahman, 2005).
Melalui sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa sahaja permasalahan yang
berlaku dalam semua aspek. Beliau turut membuka peluang dan kebebasan seluas-luasnya
kepada semua orang untuk mengemukakan sebarang persoalan dan pendapat mereka demi
kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menggangap manusia yang tidak mahu
memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah (Abdul Latip, 2010; Razlina Abd
Rahman, 2005).

MEMBAHAGIKAN WILAYAH-WILAYAH ISLAM


Islam telah berkembang luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru. Oleh itu,
bagi menguruskan sesebuah negara ia memerlukan suatu pentadbiran. Melalui perluasan
kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada
beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam dan beliau telah meletakkan
beberapa orang pegawai di setiap wilayah tersebut untuk menjalankan pentadbiran. Mereka
yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada setiap tahun selepas menunaikan haji untuk
membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai
yang cekap bagi melicinkan pentadbiran seperti Muawiyah bin Abu Sufian, Amru bin al-Ass,
Mughirah bin Syu’bah dan Zaid bin Sumyah (Razlina Abd. Rahman,2005).
Sebelum seseorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka
terlebih dahulu bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh
Khalifah
Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam (Razlina Abd. Rahman,2005).

MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN TANAH


Perluasan kuasa Islam telah menuntut Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan
terhadap sistem tanah. Misalnya di Mesir, Syria dan Iraq segala tanah awam menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam di negara itu. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang
dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Justeru,
tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya
dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan (Razlina
Abd. Rahman, 2005).

SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI


MEMAJUKAN SISTEM PERTANIAN
Khalifah Umar Al-Khattab telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian
seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah
sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Selain itu, beliau telah membina Empangan Abu Musa
di Iraq yang menyambungkan sungai Dujlah (Tigres) dan bandar Basrah (Sumbangan Saidina
Umar, 2010).
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang sihat dan
berkualiti.
Rakyat turut digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan lagi hasil
pertanian. Sekiranya tidak terdapat hasil pertanian pada tanah dan tanah itu juga tidak
dikerjakan, tanah tersebut akan ditarik balik (Sumbangan Saidina Umar, 2010).

MENAMBAHKAN PENDAPATAN

Untuk meningkatkan lagi pendapatan di sesebuah kawasan tersebut, Khalifah Umar juga
telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Bagi golongan Dzimmi, cukai jizyah yang
dikenakan juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman
dan kesuburan tanah. Kharaj sebanyak satu dirham dikenakan atas tanaman barli manakala
untuk gandum, dikenakan cukai berjumlah 10 dirham (Siti Hajar Abdullah,2009).
Selain itu, Baitulmal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar bagi mengawal aliran masuk
pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj. Oleh sebab itu, beliau telah diberikan
gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin (Siti Hajar Abdullah,2009).

SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL


MELAKUKAN POLISI BARU UNTUK GOLONGAN DZIMMI
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini
adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah satu kali
Khalifah Umar memanggil sepuluh orang Dzimmi dari Kufah dan sepuluh orang Dzimmi
dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak
membebankan (Siti Hajar Abdullah,2009).
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar dari
negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan
seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam (Siti Hajar Abdullah,2009).
MENINGKATKAN TARAF KEDUDUKAN HAMBA
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang
baik. Golongan hamba tidak lagi dihina dan ditindas, malah mereka boleh hidup bebas seperti
orang-orang biasa, kecuali bagi mereka yang benar-benar menentang Islam dalam
peperangan. Khalifah Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka (Siti Hajar Abdullah,
2009).
Selain itu, taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan
tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Khalifah Umar pernah melucutkan jawatan
seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit (Siti Hajar Abdullah,2009).

MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PEMBELAJARAN


Khalifah Umar telah melakukan pelbagai langkah untuk mengembangkan pelajaran al-Quran.
Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan
guru-guru dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan.
Banyak sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi mengajar pelajaran Islam di seluruh
wilayah Islam. Bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-
Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya, umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah
tertentu didalam al-Quran. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai usaha
untuk menggalakkan mereka menghafal kandungan al-Quran (Siti Hajar Abdullah,2009).

SUMBANGAN DALAM BIDANG KESELAMATAN


MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau telah menubuhkan pasukan polis. Bagi
mengukuhkan sistem pertahanan, beliau telah membina penempatan tentera serta pelabuhan
bagi pembinaan kapal laut. Beliau juga merupakan seorang pahlawan yang telah berjaya
menundukkan Parsi dan Rom selain turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi
mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu, beliau juga memajukan bidang pertanian dan
mengasaskan sistem pelajaran Islam demi meningkatkan sistem pertahanan Negara
(sumbangan Saidina Umar,2010).
3.1 AKHLAKNYA KETIKA ZAMAN JAHILIYYAH

Zaman Jahiliyyah adalah zaman kegelapan, dari segi bahasa, jahiliyyah merupakan perkataan
yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan
sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab
1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. kekufuran,
keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliyah tidak
ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan.
Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan
ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan
tidak berakhlak. Politik ketika itu tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai system
pemerintahan yang teratur, lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil.
Ekonomi pula,

Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas
runtuhnya empangan Ma’arib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana
berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru. Keadaaan
sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk
berdagang. Dari segi Agama dan Akhlak pula, nilai kepercayaan dan moral orang Arab
adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan
tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia
dan akhirat. Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan
kepercayaan animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan
menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan
barang dagangan yang membawa keuntungan.

Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada animisme iaitu dengan memuja dan
menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari, bintang, binatang, pokok, roh dan lain-
lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan
unsur-unsur mitos dan tahyul. Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga
adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak
berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini
ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi
menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan
dan mempunyai taraf yang cukup rendah. Begitulah keadaan dan kehidupan Umar Al-
Khattab sebelum menerima kebenaran.

Pada ketika itu, Umar seorang yang mempunyai akhlak yang buruk, dia suka meminum arak,
berjudi dan perkara buruk yang lain. Satu hari, Umar mengajak anak perempuannya pergi ke
suatu tempat, sampai di kawasan itu, dia menggali lubang dan mengorek tanah bersama anak
perempuannya itu, Umar menyuruh anaknya masuk ke dalam lubang yang digali, kemudian
dia menanam anaknya dan tidak menghiraukan jeritan anaknya itu, akhirnya anaknya mati
kerana ditanam hidup-hidup Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara
terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina
Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.. Begitulah sifatnya
ketika Zaman Jahilliyyah.

3.2 AKHLAKNYA SELEPAS MENERIMA KEBENARAN

Sayyidina Umar Al-Khattab akhirnya memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan
Nabi. Ia berlaku ketika Umar pergi ke Masjidil Haram untuk bertawaf di Ka’abah, dia terlihat
Rasullulah s.a.w sedang melakukan solat. Didalam hati Umar terdetik untuk menyemak
bacaan ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasullulah s.a.w. Pada malam hari, beliau datang
dari arah hijab, lalu bersenbunyi di bawah kain Ka’bah, sehingga antara Umar dan Rasullulah
s.a.w hanya ada kain ka’bah. Ketika mendengar Al-Quran luluhlah kalbu Umar, lalu
menangis dan islam mula masuk dalam dirinya.Tidak lama kemudian, dia memeluk islam
selepas melindungi Rasullulah s.a.w dari diserang, dan Umar terus mengucap dua kalimah
shahadah dengan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Rasullulah itu pesuruh
Allah.

Selepas pengislamannya, beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap peristiwa penanaman


anak perempuannya secara hidup-hidup dahulu. Sebelum ini, orang Islam ramai yang berasa
takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraisy yang selalu
mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam, ramai dari kalangan orang-
orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar
“al-Faruq” yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini
diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk
bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah
Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi
Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya. Ketika
berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi,
tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada
sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya. Dan merupakan salah seorang daripada Sahabat
Rasulullah s.a.w yang begitu rapat dan sentiasa melindungi Rasullulah s.a.w dari dikutuk,
diejek, dihina dan banyak lagi herdikan dari kaum Quraisy terhadap baginda. Kehadiran
Umar di dalam Islam, memberi lebih peluang untuk Rasullulah s.a.w berdakwah.

Sayyidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana, dia juga dikenali
dengan sifat zuhud yanag dimiliki. Pernah diceritakan oleh Abdullah bin Umar dan ayahnya
dan datuknya, ia berkata, “Pada suatu hari, Umar bin khatab memakai baju baru. Lalu dengan
penuh kegelisahan, ia memangilku, ‘Kemari dan lihatlah wahai anakku, lengan bajuku
menutupi tanganku, maka potonglah yang kelebihan itu, ‘ pintanya padaku. Didalam cerita
lain, Umar juga telah menharamkan mentega untuk dirinya, kerana beliau tidak mahu
memakannya, kerana beranggapan bahawa makanan itu tergolong mewah. Begitulah akhlak
zuhudnya. Ketegasan beliau didalam melaksanakan hukum Allah, telah digelarkan oleh
Rasullulah s.a.w dengan gelaran Asadullah, yakni Singa Allah. Beliau juga mempunyai sifat
lemah lembut dan suka bertolak ansur terhadap isterinya. Dia juga memiliki sifat pemurah
terhadap orang yang memerlukan bantuan. Kemahiranya didalam bidang peperangan amat
dihormati orang lain. Begitulah bebrapa sifatnya yang boleh saya ceritakan.

3.3 AKHLAKNYA SEBAGAI PEMIMPIN

Umar Al-Khattab telah memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari. Umar
Al-Khattab sangat dihormati oleh rakyatnya, kerana Keadilan beliau did dalam melaksanakan
hukuman. Beliau merupakan khalifah yang kedu selepas Abu Bakar As-Siddiq. Sifat keadilan
yang ditunjukkanya itu, memberikan kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Umar juga
mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak, sehingga sanggup memberi upah kepada
sesiapa sahaja yang memiliki bayi yang baru dilahirkan. Sikap kepimpinan beliau amat
dipandang tiingi oleh rakyatnya, beliau sanggup memantau keluarga dan kerabatnya seperti
pengawasan orang yang terjaga, tidak lalai, dan tidak tidur,kerana imgin mejaga harta
rakyatnya daripada dicuri, dirompak dan sebagainya.

Beliau juga dipanggil dengan gelaran amirul mukminin.

Beliau pernah keluar dengan sahabatnya pada waktu malam, untuk melihat keadaan
rakyatnya, supaya dapat memberi bantuan yang terbaik. Beliau banyak memberi sumbangan
yang besar terhadap perkembangan Islam. Walaupun sebelum ini beliau merupakan musuh
ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Antara sumbangan beliau
terhadap perkembanga Islam ialah Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran dengan
membentuk Majlis Syura. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui
apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang
dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan
pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua
manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam Perkembangan Islam yang semakin luas dengan


pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi
menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah
membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga
kelicinan pentadbiran Islam. Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Perluasan
kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem
tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Seterusnya pembaharuan dalam bidang
ekonomi banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan
kepadarakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah
diubah. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini
adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Memperbaharui
taraf kedudukan hamba. Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan
sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas
seperti orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh
dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Mengalakkan kegiatan keilmuan dan
pelajaran Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan
pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung
dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang
lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh
wilayah Islam. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi Memajukan sistem pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana

terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil

dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat.

5.0 NASIHATNYA DAN WASIAT

Ada beberapa nasihat dan wasiatnya, antaranya penilaiannya terhadap kadar kenikmatan
dunia. Suatu hari Umar bin Khatab r.a. melewati tempat sampah. Beliau berhenti, sementara
sahabat yang lain terlihat dan menunjukkan rasa jijik, kemudian Umar berkata, “Inilah dunia
yang selalu kamu buru dan kamu lindungi.” Umar juga menasihati supaya berhati-hati
terhadap dunia kerana ada balasan disebaliknya itu. Umar Al-Khattab berkata : “Seandainya
aku menginginkan, nescaya aku dapat hidup mewah dengan memakai pakaian yang lebih
halus dari kamu, Aku juga mampu memakan makanan yang lebih lazat dari kamu, serta
menikmati berbagai kenikmatan lain yang tidak kamu nikmati. Akan tetapi , aku menghindari
semua itu, kerana aku pernah mendengar bahawa Allah membinasakan sesuatu kaum kerana
melakukan seluruh perbuatan ku sebut tadi.” Allah SWT berfirman :

Maksudnya : 20. Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta
dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu Dalam
kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini
kamu dibalas Dengan azab Yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka
bumi Dengan tidak berdasarkan alasan Yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik"

Nasihatnya yang boleh saya masukkan lagi di sini ialah tidak mencintai dunia. Umar bin
Khattab menganjurkan untuk tidak mencintai dunia kerana beliau berpendapat bahawa jika
seseorang menginginkan dunia, maka kepentingan akhiratnya terancam. Sebaliknya, jika ia
menginginkan akhirat, maka urusan dunianya terbengkalai. Kalau memang demikian
kenyataannya, silakan engkau memilh kepentingan mana yang lebih utama.

Hadith tentang Umar


1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang
perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini.
Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat
At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang
dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari
Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai
(kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah
orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan
oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-
kata Abdullah bin Umar)

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin

2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam

3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak

4. Pertama mengharamkan nikah mut’ah

5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda


6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan

7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan

8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir

9. Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Umar Dan Al-Quran

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya
merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena
pendapat beliau ialah :

1. Kisah tawanan Badar – ayat 28 Surah Al-Anfal

2. Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat – Ayat 125 Surah Al-Baqarah

3. Ayat Hijab – Ayat 53 Surah Al-Ahzab

4. Ayat tentang asal-usul kejadian manusia – Ayat 12 Surah Al-Mukminun

5. Ayat tentang arak – Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’

6. Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq – Ayat 84 Surah At-Taubah

7. Kisah orang Munafiq – Ayat 6 Surah Al-Munafiqun

8. Ayat 5 Surah Al-Anfal

9. Ayat 16 Surah An-Nur

10. Ayat tentang penghalalan jima’ di malam bulan Ramadhan – Ayat 187 Surah Al-Baqarah

11. Ayat 97 Surah Al-Baqarah

12. Ayat 65 Surah An-Nisa’

13). ayat 13 Surah Al-Waqiah

- See more at: http://www.eramuslim.com.my/bibliografi-latar-belakang-saiyidina-umar-al-


khattab-ra/#sthash.y9Fxz1gy.dpuf

You might also like