Perkembangan Matematik Di Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang dapat melatih minda untuk berfikir
secara logik dan bersistem seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu ianya sentiasa berkembang dan diberbaharui bagi mencapai
tujuannya dan selaras dengan harapan kerajaan. Seperti yang kita ketahui, sistem
pendidikan di Negara kita telah bermula sejak sebelum kedatangan British (1400 – 1786)
yang dijalankan secara tidak formal. Matematik diperkenalkan sebagai ‘Ilmu Hisab’. Inilah
bermulanya pengenalan pendidikan matematik rendah dalam sistem pendidikan di Tanah
Melayu. Ianya berkembang dan diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut peredaran
masa atau zaman supaya menjadi lebih sempurna dan pengajarannya berkesan kepada
murid-murid (Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K, 2006, 141).

Penyata Razak

Sistem pendidikan menjadi lebih baik setelah penubuhan Penyata Razak pada tahun
1956. Terdapat banyak cadangan dalam penyata tersebut dan antaranya ialah secara
rasminya kurikulum matematik telah digunakan. Usaha telah dibuat bagi memberi
pendidikan kepada semua kaum . Semua cadangan dalam Penyata Razak termaktub dalam
Ordinan Pelajaran 1957. Perubahan demi perubahan telah berlaku sehinggalah
perlaksanaan Projek Khas pada tahun 1970.

Projek Khas

Projek Khas ini bermula sejak 1968, 30 buah sekolah telah dipilih sekitar Kuala
Lumpur sebagai sekolah rintis pada tahun 1970. Objektif projek ini ialah memperbaiki mutu
pendidikan matematik agar selaras dengan perkembangan matematik di negara-negara
maju.

Terdapat perubahan dalam sukatan matematik sekolah rendah dan strategi dalam
pengajaran dipertingkatkan kepada berpusatkan guru. Setelah dibuat kajian rintis, Projek
Khas ini telah diubahsuai supaya lebih mantap dan bersesuaian dan seterusnya
diperkenalkan kepada semua sekolah rendah secara berperingkat.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


1
Pada tahun 1970, Program Matematik Moden telah diperkenalkan di sekolah rendah
sehingga sekolah menengah. Tajuk-tajuk dalam Matematik Moden diperkenalkan seperti
teori set, statistik dan vector yang dipermudahkan. Pada tahun 1972, topik-topik baru
ditambah seperti pemetaan, tranformasi dan lain-lain lagi bagi meningkatkan kualiti dalam
bidang tersebut.

Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem


pelajaran yang diperkenalkan samada dapat memenuhi matlamat negara pada tahun 1974.
Pada tahun 1979, Laporan Kabinet mendapati banyak kelemahan, seperti dalam mata
pelajaran matematik murid lemah kemahiran asas. Oleh itu sistem pendidikan negara kita
dikemaskinikan lagi.

KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan bagi menggantikan


Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) pada tahun 1983. Ini adalah kerana KLSR
didapati kurang memberi tumpuan kepada nilai dan kemahiran bagi membolehkan murid-
murid berkembang secara menyeluruh. KBSR menekankan Kemahiran Asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dalam kurikulum matematik, KBSR mengembangkan
kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah logik (Nota Ulangkaji dan
Latihan P.T.K, 2006, 204).

Sukatan pelajaran matematik KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1
melibatkan penguasaan empat operasi aritmetik yang asas iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi. Tahap 2 pula melibatkan tumpuan kepada pengukuhan kemahiran mengira dan
penggunaan kemahiran tersebut bagi penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Pada
tahun 1984, Amalan Perdagangan diperkenalkan sebagai sebahagian matematik dalam
aktiviti jual beli. Berikut merupakan rajah aktiviti matematik bagi Tahap 1 dan 2
(Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, 1995. 18).

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


2
TAHAP 1 Pelajaran Matematik

Sistem Nombor Kemahiran Amalan Jual


Perpuluhan Mengira Beli

Pola Ciri Tambah Tolak Darab Bahagi Nilai Sikap


Nombor Nombor Kemahiran

Pengukuhan kemahiran operasi asas dan aplikasikan


TAHAP 2

Menyelesaikan Penghampiran Anggaran Sukat Mentafsir Jual


masalah Menyukat Data Beli

Aktiviti Matematik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 (KBSR)


(Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, 1995 : 18)

Starategi pengajaran dan pembelajaran membabitkan aktiviti berkumpulan mengikut


tahap kecerdasan atau berbagai kebolehan dan kecenderungan. Strategi ini baik dan murid
boleh berinteraksi dan mencuba sendiri dengan bimbingan guru. Penilaian matematik
Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011
3
dibahagi kepada 3 bahagian iaitu penilaian formatif, penilaian sumatif dan penilaian
kemajuan. Keputusan penilaian ini akan direkodkan dan dapat mengesan tahap pencapaian
murid dengan lebih tepat.

Pada tahun 1994, sekali lagi kurikulum matematik telah dirombak dan menjadi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasrat dapat melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyerluruh dan bersepadu daripada segi interk,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membina
kefahaman dan kemahiran asas matematik di kalangan murid merupakan matlamat utama
dalam KBSR. Dalam sukatan pelajaran, semua topik yang dipelajari dikekalkan tetapi
huraian dan perkembangan diubah supaya lebih berkesan dan bersesuaian.

Di peringkat sekolah rendah, penguasaan konsep nombor dan kemahiran asas


mengira diberi tumpuan bagi membantu murid-murid mengendalikan urusan harian dengan
lebih berdisiplin. Sukatan Pelajaran telah dirancang dan disusun merupakan pengetahuan
dan kemahiran asas metematik daripada yang paling asas sehinggalah lebih kompleks serta
sikap dan nilai ditekankan. Antara tajuk-tajuk yang disusun ialah :-
1. Nombor Bulat
2. Pecahan
3. Perpuluhan
4. Wang
5. Ukuran dan Sukatan
6. Ruang
7. Purata
8. Peratus
9. Graf

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, semua guru perlu memastikan hasrat
kerajaan dapat dicapai dengan menggnakan teknik, kaedah, pendekatan yang berkesan
sehingga boleh menarik minat murid. Murid perlu dibimbing membina kefahaman dan diuji
dengan latihan, murid dilatih menggunakan konsep dan kemahiran yang dipelajari sambil
menerapkan nilai-nilai murni.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


4
Pada tahun 1998, sukatan matapelajaran matematik disemak semula bagi
menyelaraskan hasrat kerajaan supaya semua murid celik IT seperti dalam cabaran visi
2020 serta menguasai kemahiran asas matematik dan mengaplikasikannya.

PPSMI

Seterusnya, dibawah KBSR, pendidikan matematik diubah lagi dengan pelaksanaan


Pengajaran dan Pembeljaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada
tahun 2003. Ianya dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 bagi Sekolah
Rendah dan Tingkatan 1 dan 6 bagi Sekolah Menengah. Mata pelajaran matematik diajar
dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.

Objektif atau rasionalnya bahasa pengantar ditukar adalah untuk memantapkan


Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana bidang sains dan matematik merupakan perkara penting
dalam kemajuan dan pembangunan seterusnya bersedia untuk bersaing dalam era
globalisasi. Bagi mencapai pengajaran yang lebih berkesan, pihak kerajaan telah
mewajibkan guru-guru yang terlibat menghadiri kursus dan penyediaan bahan pembelajaran
iaitu:-

1. Buku Teks
2. Buku Latihan dan Aktiviti
3. Buku Panduan Guru
4. MyCD
5. CD-ROM Guru
6. Buku Amali
7. Buku Glosari
8. Peralatan ICT seperti LCD, Troli dan Laptop.

Murid sekolah rendah pada tahun 2008 merupakan perintis PPSMI yang menduduki
UPSR. Walaubagaimanapun, PPSMI ini dimansuhkan dan tamat mulai tahun 2012.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


5
KSSR

Setelah pemansuhkan PPSMI diputuskan, sistem pendidikan diubah lagi kepada


Dasar Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. KSSR
dimulakan dengan murid tahun satu 2011, pengajaran dan pembelajaran menggunakan
modul bagi menggantikan buku teks.

Modul pula terbahagi kepada 3 iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul
Asas Elektif. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dirancang juga akan
menjadi lebih menarik dan interaktif. Dalam KSSR ini, matematik dan sains kembali diajar
sepenuhnya dengan Bahasa Malaysia.

Seperti sebelum ini, pengajaran terbahagi kepada 2 tahap iaitu Tahap 1 akan
tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul), kemahiran
asas teknologi dan maklumat, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap
dan nilai. Bagi Tahap 2 pula akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi.

Merujuk Draf KSSR yang telah diedarkan di semua sekolah rendah, mata pelajaran
matematik diajar dibahagikan kepada 2 Tahap. Ini jelas diterangkan dalam rajah dibawah
yang dipetik dalam draf tersebut.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


6
(Huraian Sukatan KSSR,2010.11 )

Bagi mata pelajaran Matematik, jumlah waktu yang diajar telah dikurangkan dari 7
waktu kepada 6 waktu seminggu. Matlamat KSSR dalam mata pelajaran matematik adalah
untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketarampilan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
kehidupan seharian (Draf Dasar KSSR Matematik). Topik yang dipelajari iailah :

1. Nombor dan Operasi


2. Sukatan dan Geometri
3. Perkaitan dan Algebra
4. Statistik dan Kebarangkalian

Murid perlu bertindak secara aktif, berinteraksi, menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan kehidupan
seharian. Dasar KSSR ini baru dimulakan dan hasilkan masih lagi dinantikan. Apa yang kita
harapkan ianya dapat memenuhi hasrat kerajaan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhanya , kita dapat lihat bahawa perkembangan kurikulum pedidikan


matematik di Malaysia sentiasa berubah bertujuan untuk menambahbaikan dan mengatasi
kelemahan kekurangann serta memastikan ianya menjadi yang terbaik dan paling sesuai
untuk murid-murid berdasarkan Falsafah Pendiikan Kebangsaan. Apa yang pasti kerajaan
inginkan murid-murid yang dilahirkan melalui sistem pendidikan di Negara kita ini merupakan
murid yang seimbang.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


7
Secara ringkasnya perkembangan kurikulum matematik boleh dilihat dengan lebih
jelas lagi pada carta aliran di bawah ini.

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

KURIKULUM
MATEMATIK

Matematik diajar
secara tidak formal
sebagai Ilmu Hisab

KBSR (1983)
Matematik diajar mengikut
tahap dan menekankan
kemahiran asas serta
aplikasi

KBSR (1993)
Menggalakkan murid membina
konsep dan menguasai
kemahiran asas mengira serta
mengaplikasikannya

SEMAKAN (1998)
Memenuhi keperluan
Sekolah Bestari (IT) PPSMI (2003)
Metematik diajar dalam
Bahasa Inggeris
KSSR (2011)
Tahap 1 – membina pengetahuan, kemahiran
Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011 asas dan8aplikasi
Tahap 2 – penggunaan lebih kompleks dan
mengaitkan dengan kehidupan seharian
Carta aliran perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia
BIBLIOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah : Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 6. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah


Rendah : Huraian sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.

3. Mok Soon Sang. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk


peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

4. Mok Soon Sang. (1994) Siri Pendidikan Perguruan-Matematik KBSR dan


Starategi Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

5. Mok Soon Sang. (2001). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.


Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

6. Mok Soon Sang. (2006). Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K. Ed. ke 5. Selangor :
Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

7. Nik Azis Nik Pa. (1995). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011


9

You might also like