Campur Tangan Inggeris Di Selangor - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Campur Tangan Inggeris di Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Isi kandungan
Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor
Perang Kelang bermula
Sultan Abdul Samad murka
Wakil Yamtuan
Perang Kelang II
Perang Kanching
Rujukan

Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor


Pada tahun 1859, Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah, telah dilantik menjadi
Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul Samad menggantikan ayah saudara baginda almarhum Sultan Muhammad
Shah yang telah mangkat pada tahun 1857. Sultan Abdul Samad bersemayam di Bandar Langat yang disebut Bandar
Termasa.

Perang Kelang bermula


Pada tahun 1866, seorang cucu almarhum Sultan Muhammad Shah bernama Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni
almarhum Sultan Muhammad Shah, dengan pengikutnya dari Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya, iaitu orang
Bangkahulu, Batu Bara, Mendahiling dan Rawa yang berasal dari Sumatera, telah menyerang Kelang yang diperintah
oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar adik Raja Jumaat Lukut.

Semasa serangan Raja Mahadi, Raja Abdullah telah melarikan diri ke Melaka sementara puteranya Raja Ismail
menentang serangan tersebut. Raja Ismail telah dikalahkan oleh Raja Mahadi dan beliau juga telah melarikan diri ke
Melaka. Sejak itu Raja Mahadi memerintah Kelang dan beliau membuat perkampungan di Pengkalan Batu.

Sultan Abdul Samad murka


Sebagai pemerintah Kelang, Raja Mahadi telah melaksanakan pungutan cukai keatas bijih timah yang dijual melalui
Sungai Kelang terutama bijih timah yang dilombong di Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. Walaubagimanapun,
Raja Mahadi tidak memberi sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada Sultan Abdul Samad yang sebelum itu
menerima $500.00 setiap bulan daripada Raja Abdullah. Ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad
terhadap Raja Mahadi.

Wakil Yamtuan
Pada tahun 1867, Sultan Abdul Samad telah mengahwinkan puteri baginda iaitu Tengku Arfah dengan seorang anak
raja dari Kedah iaitu Tengku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid, iaitu adik kepada Sultan Kedah masa
itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tengku Dhiauddin lebih dikenali dengan nama Tengku Kudin.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin sebagai wakil baginda dengan gelaran Wakil
Yamtuan bagi menjalankan pentadbiran pemerintahan di seluruh negeri Selangor. Surat kuasa perlantikan Tengku
Kudin telah dikurniakan dalam suatu istiadat yang dijalalankan pada 26hb Jun 1868.

Setelah perlantikan tersebut, Sultan Abdul Samad telah memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Tindakan baginda
ini tidak dipersetujui oleh putera baginda yang bernama Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub yang dikenali juga
dengan nama Tengku Alang. Raja Mahadi juga tidak bersetuju dengan tindakan baginda memberikan Langat kepada
Tengku Kudin. Disebabkan penentangan tersebut, Tengku Kudin telah baik ke Kedah untuk mengumpulkan orang-
orangnya untuk dibawa ke Selangor.

Perang Kelang II
Semasa Tengku Kudin berada di Kedah iaitu pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail bin Raja Abdullah bersama dengan
angkatannya seramai lebih kurang 100 orang telah datang dari Melaka untuk menyerang Raja Mahadi di Kelang.
Perang tersebut bermula dengan angkatan Raja Ismail menyerang dan menawan kubu pihak Raja Mahadi di Kuala
Kelang. Selepas itu, angkatan Raja Ismail telah mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang. Raja Ismail juga meminta
bantuan dari Tengku Kudin.

Setelah dua bulan lamanya angkatan Raja Ismail melaksanakan kepungan tersebut, dalam bulan Oktober 1869,
Tengku Kudin dengan angkatannya seramai 500 orang telah tiba dan bersatu dengan angkatan Raja Ismail. Sultan
Abdul Samad juga telah menghantar 200 ratus orang askar dari Langat unuk membantu Tengku Kudin dan Raja
Iamail melawan Raja Mahadi. Semasa kepungan tersebut, pasukan meriam Tengku Kudin yang diketuai oleh seorang
berbangsa Perancis bernama de Fontaine telah membedil kota Raja Mahadi di Pengkalan Batu dengan tidak berhenti-
henti.

Setelah enam bulan lamanya kepungan keatas pihak Raja Mahadi dijalankan, pihak Raja Mahadi pun keputusan
bekalan makanan. Ini menyebabkan Raja Mahadi lari meninggalkan Kelang dan Kelang pun jatuh ke tangan Tengku
Kudin.

Perang Kanching
Semasa angkatan Raja Ismail, Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang,
berlaku pula pertempuran dekat Bukit Kanching yang terletak tidak beberapa jauh di utara Kuala Lumpur, yang
dikatakan berpunca dari pertelingkahan bekenaan jual beli bijih timah. Pertempuran tersebut adalah diantara
angkatan Kapitan Cina Kuala Lumpur iaitu Yap Ah Loy bersama angkatan Raja Asal dan Sutan Puasa yang datang dari
Kuala Lumpur menyerang pelombong-pelombong bijih timah Cina di Kanching. Dianggarkan seramai 30 orang Cina
di Kanching telah dibunuh oleh angkatan Kapitan Yap Ah Loy.

Rujukan
Haji Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 - 19, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1985

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Campur_Tangan_Inggeris_di_Selangor&oldid=4223703"

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:45, 27 November 2017.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan
mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like