Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SYARAT DAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN

MARA SPONSORSHIP PROGRAMME TO WORLD’S TOP UNIVERSITIES (WTU)


PROGRAM PENAJAAN MARA KE UNIVERSITI TERBAIK DUNIA 2019

MARA menawarkan penajaan dalam bentuk pinjaman pelajaran (dengan pengurangan


bayaran balik tertakluk kepada keputusan akhir pengajian) bagi pengajian peringkat
Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti LAMPIRAN 1. Program ini bertujuan
melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih
kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

2.0 SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

2.1 Syarat Umum

2.1.1 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan


Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.

2.1.2 Had umur pemohon adalah tidak melebihi 25 tahun dari tarikh
permohonan dikemukakan.

2.1.3 Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat Ijazah Sarjana


Muda.

2.1.4 Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana


agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.

2.1.5 Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga TIDAK DI SENARAI HITAM atau sedang
dalam tindakan undang-undang MARA.

2.1.6 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas


sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak
pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas
masalah akademik dan disiplin.

2.2 Syarat Khusus

2.2.1 Terbuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran dan sedang
mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti
terbaik dunia seperti senarai LAMPIRAN 1 dalam bidang atau kursus
yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan
Profesional Malaysia. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian
perlu melampirkan surat tawaran dan pengesahan belajar dari pihak
universiti beserta tempoh mula hingga tamat pengajian.

1
2.2.2 Pendapatan Keluarga (Ibu dan ayah / penjaga) tidak melebihi
RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan
bercukai tahunan.

2.2.3 Mengikuti proses pemilihan yang ditetapkan oleh pihak MARA.

3.0 TEMPOH PINJAMAN

3.1 Tempoh pinjaman bagi pelajar baharu adalah berdasarkan tempoh pengajian
sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang
daripada 1 tahun.

4.0 PERMOHONAN

4.1 Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman
web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 28 Mac sehingga 06 April
2019.

4.2 Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas
tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan
keputusan adalah muktamad.

5.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti butiran
di bawah:

World’s Top Universities Programme (WTU)

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan MARA

50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03-2613 2070 / 32062 /32023

Emel : wtu@mara.gov.my

2
LAMPIRAN 1

Senarai universiti terbaik dunia bagi tahun 2019

No. Universiti Terbaik Dunia Negara


1 Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA
2 Stanford University USA
3 Harvard University USA
4 California Institute of Technology (Caltech) USA
5 University of Oxford UK
6 University of Cambridge UK
7 ETH Zurich - Swiss Federal Institute of Technology Switzerland
8 Imperial College London UK
9 University of Chicago USA
10 University College London UK
11 National University of Singapore (NUS) Singapura
12 Nanyang Technological University (NTU) Singapura
13 Princeton University USA
14 Cornell University USA
15 Yale University USA
16 Columbia University USA
17 Tsinghua University China
18 University of Pennsylvania USA
19 University of Michigan USA
20 The University of Tokyo Japan
21 Kyoto University Japan
22 Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) Korea
23 Seoul National University Korea
24 Technical University of Munich Jerman
25 Ludwig-Maximilians - Universität München Jerman
26 Lomonosov Moscow State University Rusia
27 Saint-Petersburg State University Rusia

You might also like