Docx

You might also like

You are on page 1of 10

KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

1.Sebuah galeri akan mengadakan satu pameran bertemakan “Bangkit”. Anda dipelawa
untuk menghasilkan catan cat minyak.

Anda dikehendaki membuat kajian dengan memberikan fokus kepada analisis


konsep tema untuk menghasilkan karya yang bertepatan dengan tema tersebut. Hasil
karya hendaklah dihasilkan di atas kanvas berukuran 34inci x36 inci (86.3cm x 91.5cm)

Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual

(a) Cadangan pengkaryaan

(i) Pernyataan permasalahan kajian


(ii) Penentuan tema, konsep, subjek dan kandungan
(iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan
(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian
(v) Sumber dan rujukan

(b) Penghasilan karya

(i) Lakaran dan kajian visual


(ii) Lukisan akhir
(iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi
(iv) Penentuan gaya penghasilan dan penampilan
(v) Karya catan cat minyak
(vi) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual

(c) Persembahan dan peragaan

(i) Pameran hasil karya dan kemasan


(ii) Apresiasi
 Pernyataan pelukis (artist statement)
 Lisan

Nota:

(1) Karya hendaklah dihasilkan secara manual.


(2) Sisipan, foto dan catatan proses penghasilan adalah penting dan perlu
dikumpulkan oleh calon sebagai bukti keaslian dan kreativiti dalam
penghasilan karya.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

(i) PERNYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN

Tema: Bangkit

Definisi:

Maksud bangkit ialah seperti terjaga daripada tidur atau berdiri daripada
duduk dan hidup kembali daripada kubur. Contohnya bangun daripada tempat
tidur lalu berdiri. Bangkit juga bermaksud, naik ke udara (debu), terbit
(matahari), perasaaan ( marah, berani).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bangkit bermaksud terbit atau


datang seperti hatinya timbul keberanian, sedar dan bergerak untuk mencapai
kemajuan,sedar dan maju ;berbangkit dan perkara-perkara (hal atau soal) yang
ditimbulkan dalam minit mesyuarat atau menimbulkan perkara yang berbangkit
iaitu perkara yang sudah lama dibangkitkan semula kerana tidak berpuas hati.
Contohnya, perasaan marah apabila perkara yang lalu dibangkitkan semula.

Seterusnya, perkataan bangkit ini juga membawa maksud menggerakkan


supaya bangkit, menimbulkan semangat kesedaran atau kegiatan yang membawa
kepada kemajuan dan bangkit daripada kejatuhan. Contoh, bangkitnya sesebuah
negara daripada zaman peperangan dan kejatuhan kepada zaman kegemilangan
sehingga menjadi sebuah negara yang maju.

Secara rasionalnya, jelaslah bahawa perkataan bangkit mempunyai


maksud yang meluas. Oleh itu, tema yang akan dijalankan oleh saya ialah
‘Bangkit’.

Tema ini sesuai dengan karya saya yang mengisahkan tentang kejatuhan
Jepun kerana pengeboman atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki.
Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang
dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah
pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6
Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandar raya Hiroshima,
diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man"
di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan
dalam sejarah.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

Pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira


70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Manakala di Nagasaki,
kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

Masyarakat di bandar Hiroshima dan Nagasaki hilang kebergantungan


hidup kesan daripada kebakaran, penyinaran, dan penyakit yang menyusul.
Kekurangan sumber perubatan telah memburukkan lagi keadaan pada masa
itu. Mereka hilang sumber pendapatan dan sumber makanan. Hal ini
menyebabkan mereka berputus-asa untuk meneruskan kehidupan yang
mendatang kerana tiada tempat tinggal dan kehilangan orang yang tersayang.
Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun
1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.

Setelah mengalami kekalahan dalam Perang Dunia kedua, Jepun mula


membuka lembaran baru pada tahun 1950-an. Idea mengubah kawasan besar
Hiroshima menjadi peringatan kepada orang mati bom atom mendapat tarikan
pada tahun 1946. Ekonomi di Jepun telah berkembang pesat dengan adanya
pembaharuan dalam kegiatan ekonomi dan berjaya menempatkan Jepun sebagai
kekuatan ekonomi terbesar yang ke-dua di dunia, dengan rata-rata pertumbuhan
produk domestik bruto sebesar 10% per tahun selama empat dekad.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

(ii) PENENTUAN TEMA, KONSEP,SUBJEK DAN KANDUNGAN

1. Tema : Tema ‘Bangkit’ dalam kajian saya berkaitan dengan sebuah negara yang
bangkit dari kemusnahan kepada kemajuan kerana semangat cinta akan negara.

2. Konsep: Konsep yang akan saya tonjolkan dalam karya catan ini adalah
kebangkitan sebuah masyarakat yang telah musnah akibat peristiwa
pengeboman. Kemusnahan ini tidak menjejaskan semangat mereka untuk
membina hidup baru.

3. Subjek:

(a) Subjek utama: : Struktur sebuah bangunan yang berkonsepkan zaman


perang dunia kedua yang hampir musnah.

(b) Subjek sokongan: Latar belakang bergambar yang menunjukkan


sebuah pesawat pengebom sedang menggugurkan bom nuklear .
4. Kandungan:

 Mesej yang ingin disampaikan dalam karya ini ialah mengenai kesengsaraan
hidup apabila perang berlaku. Kesengsaraan ini bertambah apabila negara
dibom dengan menggunakan bom nuklear yang mampu memusnahkan
kehidupan rakyat negara itu. Walaupun bandar Hiroshima telah dibom
dengan teruk, rakyat jepun tidak berputus asa. Mereka dengan gigih
membina semula bandar yang telah hancur menjadi debu. Walaupun ada
diantara mereka masih sakit tetapi masih mampu begerak turut memberi
kerjasama dalam membina semula bandar Hiroshima kesayangan mereka.
Semangat cinta akan negara menyebabkan mereka sangat bersemangat
dalam membangkitkan semula bandar Hiroshima.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

(iii) PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA


PENGHASILAN

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

Penentuan Aspek Formal:

a) Unsur Seni

1. Garisan : Garisan lurus dan tebal digunakan untuk menimbulkan


rupa dan bentuk-bentuk bangunan.

2. Warna: Warna yang digunakan adalah gabungan warna panas dan


warna sejuk. Gabungan ini bagi menimbulkan mood atau
perasaan melalui warna yang digunakan. Selain itu penggunaan
warna yang pelbagai juga dapat menimbulkan subjek utama di
dalam karya.

3. Jalinan: Jalinan digunakan bagi mewujudkan karya yang lebih


terperinci. Unsur jalinan juga dititikberatkan bagi meningkatkan
kualiti karya.

b) Prinsip rekaan:

1. Prinsip pergerakkan - diterapkan bagi menampakkan subjek


utama karya. Selain itu penggunaan unsur garisan bagi
menghasilkan kesan pergerakkan juga digunakan bagi
menghasilkan karya ini.
2. Prinsip keseimbangan - digunakan dalam menghasilkan karya
yang mampu menarik minat penonton dengan menggunakan
imbangan simetri iaitu atas dan bawah.
3. Prinsip kadar banding - digunakan dalam penghasilan karya ini.
Saya mengaplikasikan prinsip kadar banding bagi mewujudkan
struktur subjek yang tepat.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

c) Gaya penghasilan

1. Saya telah memilih untuk menggunakan gaya penghasilan semi-


abstrak dari aliran impresionisme untuk menampilkan kesan-
kesan pencahayaan yang kuat dengan penekanan pada tampilan
warna bukan bentuk.

Tajuk : Dusk In Venice

Karya : Claude Monet

Media : Oil on Canvas

Teknik : Impresionis

Saiz : 65.2cm X 92.4cm

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

(iv) PERYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

a. Menggambarkan kesusahan semasa peperangan berlaku.


b. Menggambarkan kebangkitan sebuah masyarakat yang telah musnah .
c. Menunjukkan perasaan cinta akan negara.
d. Menanam semangat nasionalisme dan perpaduan kepada audien.
e. Komunikasi visual audien dengan karya tentang tema ‘Bangkit’

Keaslian:

i. Karya dapat dilihat dengan penggunaan subjek utama


ii. Menggunakan media yang berbeza
iii. Gaya dan teknik penghasilan yang tersendiri.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

(v) SUMBER DAN RUJUKAN

a. Sumber Internet

i. Kohilan Sekaran (2015). 10 perkara anda perlu tahu mengenai


pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Dari
http://www.astroawani.com/berita-dunia
ii. Hani (2013). Perang dunia kedua. Dari
http://fafaunieniey.blogspot.my/2013/05/selepas-perang-dunia-
kedua-jepun.html
iii. Norhana Fariza Harun (2015). Hiroshima selepas 10 tahun. Dari
http://www.sinarharian.com.my/global/hiroshima-selepas-70-
tahun-1.420736
iv. Justin McCurry (2016). Story of cities #24: How Hiroshima rose from
the ashes of nuclear destruction. Dari
https://www.theguardian.com/cities/2016/apr/18/story-of-cities-
hiroshima-japan-nuclear-destruction

b. Rujukan Buku Ilmiah

i. Kamus Dewan Bahasa Melayu, 2005, Edisi Keempat Cetakan


Kedua, Kuala Lumpur
ii. Hassan Mohd Ghazali, 2012, Buku Seni Visual: Citra Grafik
Kuala Lumpur: Penerbitan McGraw-Hill.

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039


KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2017

NO.PUSAT: SR0002 ANGKA GILIRAN:1032 NO. KAD PENGENALAN: 981224-09-5039

You might also like