Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

6 REFLEKSI

6.1 AKTIVITI

Persekitaran dan Suasana Bilik Darjah

Sepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
keadaan kelas adalah bersih dan bersifat serderhana. Susunan kelas tersebut mempunyai susun atur
kelas abad ke-21. Di bawah merupakan pelan susun atur kelas 5C:

Smartboard

Amali

Bahan Bacaan

Bahan dan Sumber PdP dipamerkan di bilik darjah


Bahan dan Sumber PdPC yang disediakan diguna kerap oleh warga kelas 5C. Guru amat
memanfaatkan kemudahan yang di dalam kelas untuk memastikan PdPc menarik dan berkesan.
Contohnya, penggunaan smartboard dan TMK dalam PdPc untuk menayangkan bahan pengajaran
kepada murid secara efektif. Video dan audio yang dimainkan dapat dinikmati oleh seluruh warga kelas
melalui kemudahan tersebut. Di samping itu, guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang
maujud untuk menarik perhatian murid sebelum kelas bermula. Ini dapat memastikan murid di dalam
kelas berminat terhadap pembelajaran tersebut.
6.2 PERBINCANGAN / INTERAKSI

REFLEKSI

18.3.2019 (Isnin)

Hari ini merupakan hari pertama saya pergi ke sekolah rendah pilihan saya, isitu SJK(C) Kepong 2
untuk menjalanan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1. Saya berasa cemas dan takut
kerana ini merupakan kali pertama saya menjalankan pengalaman berasaskan sekolah.

Saya dan dua orang kawan saya telah pergi ke sekolah pada 6:15 a.m. dan sampai sekolah
pada 6:30 a.m. Seterusnya, kami terus melaporkan diri kepada Guru Penolong kanan Pentadbiran
tersebut, iaitu Puan Gan Sai Hoon. Beliau berada di depan pintu apabila kami menjejak kaki ke sekolah
tersebut. beliau merupakan seorang yang peramah dan bertegur sapa dengan murid yang menghadir
ke sekolah. Beliau berasa gembira ketika menampak kehadiran kami dan menjemput kami dengan
tangan terbuka. Saya berasa kagum dan gembira kerana beliau bersifat mesra dan nilai-nilai murni
beliau patut saya contohi apabila saya bertugas sebagai guru kelak.

Tepat pagi 7:15, kami bertiga diminta untuk berduduk bersama dengan guru-guru yang lain
kerana perhimpunan sekolah telah bermula di dewan sekolah. Pada permulaannya, murid-murid
diminta untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Kuala Lumpur, diikuti dengan lagu sekolah.
Saya berasa amat kagum kerana pihak sekolah secara tidak langsung telah menyemai semangat
patriotisme dalam jiwa murid-murid. Semangat cinta akan negara yang ada dalam diri murid-murid akan
mewujudkan masyarakat yang aman damai dan bersatu padu. Selepas itu, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Puan Lim Siu Wan memberikan ucapan tentang disiplin murid-murid. Beliau menegaskan
bahawa murid-murid haruslah menjaga disiplin diri seperti menyusun balik kasut luar bilik darjah dan
tandas dan mengambil balik bekas-bekas makanan yang telah ditinggalkan.

Selepas perhimpunan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Gan Sai Hoon
membimbing kami sepanjang kami menjalankan PBS. Kami berasa lega hati kerana boleh dibimbing
oleh pihak pengurusan yang berpengalaman. Selepas itu, Puan Gan memperkenalkan kami kepada
guru Sejarah iaitu Puan Yap Keng Peng dan meminta beliau untuk menjadi guru pembimbing kami
sepanjang minggu ini. Selepas sesi berkenalan dengan Puan Yap, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Gan mengatur kami duduk di dalam bilik mesyuarat sepanjang minggu ini kerana bilik guru tidak
mempunyai tempat kosong. Sifat Puan Gan yang mesra dan rela membantu kami telah memberikan
kesan yang mendalam kepada saya, saya akan mencontohi beliau dan sentiasa menolong orang yang
memerlukan bantuan.

Selepas itu, Puan Gan telah memberikan pelan sekolah dan pelan pejabat guru kepada kami
sebagai rujukan. Kami juga menggunakan pelan tersebut untuk melawat sekeliling sekolah dan
memerhatikan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekolah ini. Kami menggunakan
pelan pejabat guru untuk mencari tempat guru pembimbingnya. Saya telah mengambil gambar sebagai
bukti dalam menyiapkan laporan PBS. Semasa kami melawat seseorang, terdapat setiap murid yang
melalui di hadapan kami telah mengucapkan semalat pagi dan bertunduk kepada kami. Perkara ini telah
menunjukkan murid-murid di sekolah ini mempunyai sifat peribadi yang positif dan menghormati orang
yang lebih tua. Hal ini juga telah memberi implikasi kepada saya bahawa kita sebagai seorang guru
haruslah mendidik anak murid kita bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga harus
cemerlang dari sikap peribadi.

Pada pagi, kami telah menjalankan temu bual dengan Puan Yap untuk memenuhi tugasan yang
telah diberikan sebelum PBS. Dalam proses temu bual ini, saya mendapati bahawa tugasan beliau
adalah menganalisis gaya pembelajaran individu iaitu terhadap seorang murid cemerlang dan seorang
murid lemah pencapaian akademik berdasarkan Modul Dun & Dunn dan implikasi terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Saya amat berterima kasih kepada Puan Yap kerana beliau telah memberi
pandangan tentang tugasan saya.

Sebagai kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan telah mempelajari banyak ilmu
pengetahuan yang baru melalui para guru dan murid di sekolah ini. Saya menantikan kedatangan esok
supaya saya dapat meneruskan PBS ini.
REFLEKSI

19.3.2019 (Selasa)

Hari ini merupakan hari kedua saya pergi ke sekolah untuk menjalankan PBS Fasa 1.

Pada pagi 8:45, kami telah meminta Encik Mohd Khairul bin Mohamed yang mengajar subjek
Bahasa Melayu (kelas 5C) bahawa kami ingin masuk ke dalam kelas untuk memerhatikan gaya
pembelajaran seorang murid cemerlang dan seorang murid lemah berdasarkan Modul Dun & Dunn
untuk memenuhi kehendak tugasan Murid dan Pembelajaran (EDUP3033).

Dalam kelas Encik Khairul, kami telah mempelajari banyak teknik pengajaran yang efektif dan
sesuai untuk alam pendidikan abad ke-21. Contohnya, beliau menggunakan set induksi yang menarik
untuk menarik perhatian murid melalui soal jawab. Selain itu, dengan menggunakan kemudahan
smartboard di bilik darjah telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Beliau telah
menyelitkan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajarannya. Di samping itu,
kami juga memerhatikan murid cemerlang dan murid lemah semasa proses PDP. Kami telah mengambil
gambar gaya pembelajaran kedua-dua murid tersebut sebagai bukti tugasan.

Selepas PDP, kami telah menemu bual Encik Khairul terhadap gaya pembelajaran seorang
murid cemerlang dan murid lemah. Dalam proses temu bual, kami telah mendapati banyak maklumat
tentang gaya pembelajaran seseorang murid. Hal ini telah memudahkan tugasan saya.

Secara kesimpulan, saya berasa amat gembira kerana segala aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar dan saya juga menanti-nantikan kedatangan esok supaya saya dapat meneruskan PBS
ini.
REFLEKSI

20.3.2019 (Rabu)

Hari ini merupakan hari ketiga saya pergi ke sekolah untuk menjalankan PBS Fasa 1.

Hari ini merupakan Hari Kantin. Semua murid dan guru telah sibuk menyusun meja, kerusi,
makanan, alat permainan dan sebagainya di sekeliling sekolah. Suasana sekolah adalah ceria.

Pada pagi 7:20, saya telah meminta murid cemerlang datang ke perpustakaan untuk menolong
saya menjawab soal selidiknya supaya tugasan saya dapat dijalankan dengan lancar.

Seterusnya, guru pembimbing meminta kami menolong guru-guru lain mengira kupon-kupon
yang dikumpulkan oleh gerai-gerai makanan dan sebagainya.

Melalui Hari Kantin tersebut, saya telah memerhatikan bahawa hubungan antara guru dengan
murid adalah mesra dan baik.

Secara kesimpulan, saya berasa amat gembira kerana segala aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar dan saya juga menanti-nantikan kedatangan esok supaya saya dapat meneruskan PBS
ini.
REFLEKSI

21.3.2019 (Khamis)

Pada awal pagi 8 a.m., kami telah menemu bual dengan kakitangan sekolah iaitu Puan Siti
Salizahwati binti Dahlan. Daripada temu bual tersebut, kami didapati bahawa beliau merupakan
pembantu tadbir kewangan sekolah dan telah berkhimat selama 2 tahun di sekolah ini. Tugasan utama
beliau adalah menguruskan segala dokumentasi pentadbiran sekolah dari segi kewangan. Beliau
merupakan seorang yang dapat menguruskan masa dengan baik, beliau telah mengajar kami supaya
dapat mengasingkan tugasan-tugasan yang telah diberikan dan menyelesaikannya satu demi satu
supaya tidak kelam kabut. Kami mendapat pengetahuan yang amat berguna kerana kita sebagai pelajar
pasti ada tugasan-tugasan yang banyak dalam tempoh yang sama, jika kita dapat mengagihkan kerja
dan mengurusan masa dengan baik, sudah pasti kita dapat menyiapkan tugasan kita dengan berkesan.

Pada waktu rehat, saya dan rakan saya telah pergi ke kantin sekolah untuk makan. Kantin
sekolah itu amat besar dan dapat ruang yang mencukupi bagi murid-murid untuk makan. Saya juga
perasan kantin sekolah itu menyediakan tong-tong yang berlainan untuk memudahkan murid
mengasingkan pinggan, mangkuk, sudu, garpu, sisa makanan dan sampah selepas makan.

Pada pagi 10:15, saya meminta murid lemah pergi ke perpustakaan untuk menolong saya
menjawab soal selidiknya supaya tugasan saya dapat dijalankan dengan lancar.

Secara kesimpulan, saya berasa amat gembira kerana segala aktiviti yang dirancang berjalan
dengan lancar dan saya juga menanti-nantikan kedatangan esok supaya saya dapat meneruskan PBS
ini.
REFLEKSI

22.3.2019 (Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir saya pergi ke sekolah untuk menjalankan PBS Fasa 1.

Saya dan rakan telah menemu bual dengan Guru Besar sekolah tersebut. Dalam temu bual itu,
kami mengetahui bahawa guru besar adalah seorang yang rela hati untuk mendekati murid-murid di
sekolah ini. Beliau akan sentiasa bertanya kepada murid tentang keadaan mereka di dalam sekolah
seperti adakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ataupun boleh belajar
dengan baik. Perkara yang dapat saya pelajari daripada beliau adalah sentiasa mendekati dengan anak
murid dan mengambil berat tentang keadaan mereka.

Saya telah mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana telah membantu
saya dan rakan sepanjang kami menjalankan PBS, saya juga menyerahkan cenderamata kepada
sekolah sebagai tanda ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga. Seterusnya, saya juga
bersalaman dengan murid-murid serta mengambil gambar sebagai kenangan.

Sebagai kesimpulan, saya berasa amat berat hati kerana akan meninggalkan sekolah itu dan
kembali ke IPG. Walaupun saya hanya berada di sekolah itu selama lima hari, namun saya telah
melahirkan perasaan cinta terhadap sekolah tersebut. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru besar, guru dan kakitangan yang telah menghulurkan bantuan kepada kami
sepanjang kami menjalankan PBS.

You might also like