Refleksi Makro Teaching

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa bersyukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurnianya saya dapat melaksanakan dan menyiapkan satu tugasan mengajar dan
merakamkannya dalam bentuk video pengajaran makro. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Puan Zaharilah Binti Abdul Kadir kerana telah banyak memberikan bimbingan
sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu
bapa kerana telah banyak membantu dalam sokongan moral dan kewangan dan rakan-rakan
seperjuangan yang turut terlibat dalam pelaksanaan pengajaran makro ini.

Pada beberapa hari yang lepas, saya dan rakan-rakan sekelas telah melaksanakan
pengajaran makro bagi subjek Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran PRKA 3012.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak kelemahan, kekuatan dan cadangan
penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi teknik pengajaran yang saya sampaikan. Pertama
sekali, kekuatan utama saya dalam pengajaran makro saya ialah kepelbagaian aktiviti yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Contohnya, saya telah melibatkan aktiviti
seni iaitu penggunaan kaedah kolaj dalam seni, permainan interaktif menggunakan kemudahan
TMK, permainan puzzle,dan terapi pasir. Aktiviti yang pelbagai ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik daripada sekadar menggunakan lembaran kerja sahaja. Murid
dapat menggunakan kemahiran visual, auditori, kinestetik dan taktil semasa melaksanakan
aktiviti-aktiviti seperti membuat kolaj, menjawab puzzle dan terapi pasir. Kesimpulannya
pelaksanaan aktiviti pengajaran makro saya ialah dapat dilaksanakan dengan baik sekali.

Kekuatan saya yang seterusnya ialah, sikap pekerti dan keprihatinan yang ditunjukkan
sebagai seorang guru. Saya telah menonjolkan sikap seorang guru yang prihatin dengan
memberikan banyak token ekonomi dan ganjaran secara adil kepada semua murid. Saya akan
membantu murid apabila murid kurang faham semasa melaksanakan aktiviti. Saya tidak akan
memberikan layanan secara pilih kasih kepada murid pemulihan saya dan menganggap setiap
daripada mereka memiliki tahap kognitif dan masalah yang berbeza yang perlu saya atasi
dengan penuh rasa sabar dan profesionalisme yang tinggi. Kesimpulannya, saya telah
menampilkan sikap dan sahsiah seorang guru yang yang penyabar, prihatin dan sentiasa
murah dengan senyuman dan sikap mesra agar murid rasa dihargai.

Kekuatan yang seterusnya ialah, set induksi dan aktiviti yang menarik dan menampilkan
unsur TMK yang Berjaya menimbulkan perasaan inkuiri dan ingin tahu murid. Saya telah
menggunakan penggunaan QR code yang tterus berhubung dengan tema pembelajaran pada
hari tersebut. Bagi kita sebagai seorang murid, khususnya murid pedalaman, mereka akan
merasakan penggunaan QR code ini merupakan satu perkara yang baru dan akan tertanya-
tanya apakah yang dapat dilakukan oleh seorang guru apabila menggunakan telefon pintar
untuk scan QR code yang terdapat pada sekeping kertas. Selain itu, saya juga menonjolkan
kaedah TMK sekali lagi dengan menggunakan aplikasi permainan interaktif iaitu “Pac Man”.
Cara bermain permainan tersebut ialah, murid perlu terlebih dahulu menjawab soalan dengan
betul, dan sebagai ganjarannya barulah murid dapat bermain permainan “Pac Man”.
Kesimpulannya, penggunaan kemahiran TMK banyak digunakan dalam pengajaran mikro saya.

Seterusnya, kelemahan yang saya telah tunjukkan ialah penampilan diri sebagai
seorang guru, khususnya penggunaan tanda nama sewaktu mengajar. Hal ini demikian kerana,
Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang tidak
memakai tanda nama dianggap salah dan telah melanggar kod etika berpakaian kakitangan
kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya berharap
kesilapan seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan akan datang dan saya akan memastikan
penampilan sebagai seorang guru dapat dipertingkatkan lagi. Langkah mengatasinya ialah,
saya mestilah sentiasa memastikan diri supaya sentiasa peka dengan kod etika berpakaian
sebagai seorang guru.

Kelemahan dan cadangan mengatasi yang seterusnya ialah masalah komunikasi


dengan murid. Kelemahan saya ialah penggunaan bahasa kebangsaan saya kurang
memuaskan khususnya daripada aspek intonasi dan kelncaran kerana Bahasa Mekayu
bukanlah bahasa pertama yang saya tuturkan sejak kecil. Namun begitu, hal ini bukanlah
alasan kepada saya untuk tidak berusaha untuk memperbaiki sebutan dan meningkatkan
penggunaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu. Cadangan bagi mengatasi masalah
ini ialah saya perlu sentiasa berlatih di hadapan cermin dan banyakkan bertanya dengan rakan-
rakan tentang cara yang betul untuk meningkatkan keyakinan dan kelancaran saya dalam
bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat mengambil kesempatan untuk membuat
muhasabah diri dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan ternyata masih
banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Saya perlu memupuk sifat kreatif, kritis dan inovatif.
Nilai-nilai ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak Pembelajaran Abad ke-21. Pada masa akan datang, saya akan cuba menampilkan
kaedah dan teknik yang lebih menarik dalam pengajaran saya.

You might also like