Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Nama Pelajar : WAN MUHAMMAD NAFIZ BIN WAN NOR AZLI JASMI

Angka Giliran : 2018172340080

No Kad Pengenalan : 990720035187

Kumpulan/Unit : G 2.3

Kod Kursus : EDUP 3033

Nama Kursus : MURID DAN PEMBELAJARAN

Nama Pensyarah : DR. LEE PHAIK GAIK

Tarikh Hantar : 1 APRIL 2019

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
LAPORAN REFLEKTIF PdPc

1.0) PENGENALAN

Pada tugasan yang lepas meminta kami untuk merancang dan melaksanakan satu aktiviti
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan memilih pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai dengan dengan Pembelajaran Abad ke 21. Saya telah
merangcang satu aktiviti yang menggunakan sukatan mata pelajaran Matematik Tahun 3 iaitu
dibawah 1.0 Nombor Bulat hingga 10,000 dan Standard Kandungannya ialah 1.4 Nilai
Tempat. Aktiviti yang telah dirangka adalah berobjektifkan supaya murid dapat menyatakan
nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor.

2.0) TEORI, KAEDAH, DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Dalam melaksanakan aktiviti semasa proses PdPc perlulah berlandaskan beberapa


perkara seperti teori, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran kerana perkara-
perkara tersebut memberikan satu pelaksanaan aktiviti yng dijalnakan tu lebih jelas dan teratur
dalam menghubungkait konsep-konsep yang ingin di sampaikan kepada murid. Dalam aktiviti
yang telah saya rancang pada awal aktiviti tersebut, Saya telah menjalankan sesi soal jawab
bersama pelajar tetang pembelajaran lepas yang telah mereka pelajari. Pada sesi ini saya
telah menggunakan Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat di mana murid
mengeluarkan kembali ingatan dalam otak mereka tentang apa yang mereka telah pelajari
pada pelajaran lepas tentang nilai tempat. Menurut Galbraith (2004) menyatakan bahawa
model ini merupakan kompenan penting dalam beberapa stategi pengajaran dan
pembelajaran, maka saya mengmbil langkah ini sebagai langkah utama dalam memulakan
aktiviti pdpc. Natijah saya melakukan sesi soal jawab tersebut adalah untuk memastikan murid
telah bersedia dengan tajuk yang telah dipelajari dan menilai kefahaman mereka tentang tajuk
nilai tempat ini.

Selain itu Teori Kontruktivis juga diaplkasikan dalak aktiviti pdpc yang dirancang iaitu
semasa dalam aktiviti perlawanan antara dua kumpulan di mana setiap kumpuan perlu
berbincang untuk membentuk satu nombor daripada kad imbas yang diberikan oleh guru
kepada kumpulan sebeah untuk meneka. Menurut Jean Piaget (1980) menyatakan bahawa
pembinaan pengtahuan berlaku darripada pengalaman sedia ada seseorang tentang perkara
tersebut. Maka murid ini telah mengetahui bentuk nombor yang telah dipelajari maka mereka
membentuk nombor daripada pengalaman mereka yang sedia ada.

Pendekatan yang digunakan dalam aktiviti yang dilaksanakan ialah pendekatan deduktif
di mana murid di ajar tenang niai tempat secara umum pada awal pemebelajaran dan
difokuskan kepada sesuatu yang spesifik iaitu rumah sa, puluh, ratus, ribu dan puluh ribu.
Mengikut Seaton (2008), pendekatan ini ialah memberi maklumat mengenai topik dan diikuti
dengan contoh-contoh.

Setiap aktiviti yang telah saya laksanakan adalah menggunakan strategi berpusatkan
murid di mana murid yang mengmbil alih dalam melakasanakan sesuatu. Aktiviti mencari
soalan yang disorokkan oleh guru pada sekitar kelas menunjukkan penggunaan strategi
berpusatkan murid di mana murid bergerak secara aktif dalam kelas tersebut untuk mencari
soalan di dalam sampul yang disorok oleh guru. Menurut Orlich et al (2007) menyatakan
bahawa pembelajaran aktif terhasil apabila murid dilibatkan meningkat dalam sesuatu aktiviti.
Selain itu aktiviti melawan antara kumpulan yang telah saya laksanakan juga menujukkan
penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti tersebut di mana murid berdiri secara berbaris
dalam barisan kumpulan masing-masing untuk berbincang dalam merangka soalan bagi pihak
kumpulan lain. Guru hanya membimbing mereka dan memberi arahan yang jelas tentang
aktiviti yang dilaksanakan.

Pelbagai teknik dan kaedah yang dilaksanakan dalam aktiviti yang dirancang antaranya
ialah perbincangan semasa aktiviti membina soalan untuk kumpulan lain. Selain itu, Belajar
sambil bermain di mana merupakan aktiviti yang melibatkan aktiviti fizikal yang aktif dan
melibatkan imaginasi (Palligrini, 2010). Dapat dilihat sepanjang aktiviti yang dilaksanakan
pelajar tidak berada keadaan tetap iaitu pada meja mereka sendiri dan bergerak dari papan
putih ke ruang legar belakang dan menurut Fromberg (2005) menyatakan bahawa belajar
sambil main adalah berbeza dengan kerja atau dibalajr di mana murid bergembira dan
bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti.

3.0) KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Dalam aktiviti yang dilaksanakan terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang di
dapat dikesan. Kekutan dalam aktiviti yang dirancang ialah aktiviti tersebut sangat
menyeronokkan dan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Hal
ini kerana aktiviti yang telah dirancang lebih kepada pergerakan murid-murid bergerak
daripada berada dalam keadaan pegun di meja masing-masing. Aktiviti seperti mencari
soalan dan lawan kumpulan melibatkan pergerakan aktif dan menyeronokkan.

Kelemahan dalam aktiviti yang dilaksanakan ialah tidak memenuhi kehendak objektif yang
dinyatakan iaitu supaya murid dapat menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor. Persalahfahaman dalam memahami maksud ‘menyatakan’ dalam objektif yang
dinyatakan membawa kepada kesalahan perangkaan aktiviti. Kebanyakan aktiviti yang
dilaksanakan adalah lebih kepada menyebut nilai tempat dan nilai bagi sebarang nombor.
Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan juga ringkas kerana tidak melibatkan pelbagai bahan
yang kompleks dan menarik kerana semuanya aktiviti lebih kepada pergerakkan aktif.

4.0) CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Dalam pelaksanaan aktiviti dalam proses pdpc perlulah selari dengan objektif yang
dinyatakan maka aktiviti yang dilaksanakan boleh diubah kepada menyatakan nilai tempat
dan nilai digit nombor bagi sebarang nombor. Sebagai contoh guru meminta murid
menyatakan nilai tempat bagi nombor yang telah digaris oleh guru semasa aktiviti
berlangsung. Ini mungkin dapat memenuhi kehendak objektif yang dinyatakan (Frankiel,
2002). Selain itu, mempelbagaikan aktiviti yang dilkasanakan dengan melibatkan pelbagai lagi
bahan yang lebih menarik dan merangsang penglibatan murid. Serta menghasilkan aktiviti
yang lebih kompleks seperti mempelbagaikan kad imbas yang diagihkan kepada kumpulan
suaya lebih variasi pengunaan dalam aktiviti.

5.0) KESIMPULAN

Kesimpulannya dapat dinyatakan ialah kepentingan dalam menerapakan teori, strategi ,


kaedah dan teknik pembelajaran amat penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dalam
proses pdpc. Hal ini kerana perkara-perkara tersebut dapat memberikan kesan terhadap
penglibatan murid, penerapan konsep yang ingin diajarkan dan keberhasilan sesuatu kelas
(Burden & Byard, 2006). Maka guru perlu melilih strategi pembelajran yang sesuai serta
kaedah yang sesuai dalam menarik penglibatan murid dan membatu mereka memahami
konsep yang diajar.
Rujukan
Burden, L., & Byard, M. (2006). Towards a Theory of Instruction. Cambridge: Harvard Universiy Press.

Frankiel, J. (2002). Helping Student Think Value: Strategies for Teaching the Social Studies.
Eaglewood Cliff: Prentice Hall.

Fromberg, G. (2005). Education Phsychology: Theory and Practice. Boston: The Hgh Books.

Gailbraith, D. (2004). Looking into Classrooms. New York: Harper Collins.

Orlich, D., Harder, R., & Callahan, R. (2007). Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction.
Boston: Houston Mifflin Co.

Palligrini, A. (2010). The Future of Play Theory: a Multidisciplinary Inquiry into the Contributions of
Brian Sutton-Smith. New York: University New York Press.

Piaget, J. (1980). Play, Dreams and Imitation in Childhood. New York: Norton.

Seaton, R. (2008). Models of Learning Tools for Learning. Buckingham: Open University Press.

You might also like