Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Maksud dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Menurut Bear, Wolf and Risley (1968) dalam Tingstrom (2006) menyatakan bahawa
pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat
secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang
individu. Pengurusan tingkah laku amat perlu dititikberatkan oleh guru terutamanya guru
pendidikan khas dalam membentuk murid untuk bertingkah laku yang positif agar dapat
diterima oleh masyarakat dan tidak membahayakan kepada orang disekeliling. Seseorang
murid mampu menunjukkan pelbagai tingkah laku di dalam bilik darjah. Jika tingkah laku
bermasalah ditunjukkan maka proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas (Aini
dan Norhafizah, 2015).

2.0 Analisis Situasi


2.1 Bertindak agresif (merampas barang) dan merampas apa yang
dikehendakinya.

Berdasarkan situasi yang diberikan menyatakan bahawa murid A berkelakuan agresif di


dalam kelas serta sentiasa merampas sesuatu barang yang dikehendakinya daripada murid
yang lain. Perlakuan agresif dan merampas ini menunjukkan bahawa murid A mempunyai
tingkah laku yang agresif. Reed & Baali, (1972) dalam Azizi (2016) menjelaskan bahawa
tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang berlainan daripada norma-norma biasa yang telah
ditetapkan oleh institusi tertentu, maka murid A berkelakuan yang tidak seperti murid lain di
dalam kelas tersebut. Merampas juga satu tingkah laku agresif iaitu tingkah laku yang
berbentuk instrumental. Tingkah laku agresif yang instrumental ialah berkaitan dengan
sesuatu tujuan untuk mendapatkan sesuatu (Azizi dan Faizah, 2016). Tingkah laku agresif ini
boleh dikatakan sebagai tingkah laku distruptif kerana tidak mencedarakan orang lain namun
mengganggu proses pdp berlaku. Menurut Higgins,et al., (2001).Tingkah laku disruptif pula
memberikan impak negatif di dalam kelas melalui pelbagai cara dan mengganggu kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar secara individu, guru atau keseluruhan
kelas. Maka murid A mengganggu proses pdp daripada berlangsung dengan licin kerana guru
perlu memberhentikan pengajarannya untuk menyelesaikan masalah yang telah murid A
lakukan.

Terdapat pelbagai fakor yang menyebabkan murid A berkelakuan agresif dan


mengganggu proses pdp, antara faktor ialah peniruan tingkah laku tersebut daripada
masyarakat disekeliling. Murid A mungkin mempelajari merampas objek daripada murid lain
berdasarkan peniruannya daripada perlakuan merampas orang disekelilingnya, sebagai
contoh ibu bapa, masyarakat atau rakan sebaya. Peniruan ini berlanjutan kepada hampir
semua tingkah laku termasuk keagresifan (Azizi, 2004). Selain itu, murid A merampas sesuatu
kerana ingin memenuhi kehendaknya juga salah satu murid A bertindak negatif. Menurut
Sigmund Freud dalam Khalim Zainal, (2008) menyatakan bahawa seseorang individu
mempunyai satu unsur memenuhi keseronokan yang disebut sebagai id kuasa dalaman ini
bertindak dalam zon yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Maka kemungkinan murid
A ini tidak sedar merampas sesuatu daripada murid lain bagi memenuhi kehendaknya
tersebut.

Kesan perlakuan murid A iaitu perlakuan agresif dan merampas di dalam kelas menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terganggu. Hal ini kerana perlu
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh murid A akibat dia bertindak agresif dan
merampas barang murid yang lain. Pastinya terdapat murid yang nangis kerana tidak tahan
dengan adanya murid lain yang bertindak agresif kepadanya, maka guru perlu menghentikan
proses pengajaran dan pembelajarannya untuk menghalang perkara tersebut berlaku.

2.2 Memukul dan Menggigit rakan

Selain daripada bertindak agresif dan merampas barang daripada murid lain yang
menggaggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid A turut berkelakuan
memukul dan menggigit rakannya jika enggan menyerah apa yang dikehendakinya. Ini
menunjukkan murid A berkelakuan agresif yang mencederakan orang lain. Tingkah laku ini
jelas merupakan tingkah laku yang negatif. Menurut Mok Soon Sang, (2011), Tingkah laku
bermasalah akan menjadi berbahaya sekiranya melibatkan kumpulan kecil yang mana
akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung lebih awal. Ini
menujukkan kelakuan murid A bertambah buruk kerana bertindak dengan mencedakan murid
lain apabila rampasannya tidak berjaya. Tingkah laku yang mencederakan orang lain boleh
diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang berbentuk matlamat (penyerang reaktif)
mempunyai tujuan untuk mecederakan pihak lain (Azizi dan Faizah, 2016). Murid A
bermatlamat untuk menghukum murid yang lain yang enggan menyerahkan apa yang
dikehendakinya dengan menggigit serta memukul murid tersebut.

Murid A berkelakuan tersebut kerana murid tersebut belajar daripada persekitarannya,


berkekemungkinan murid A berlatarbelakangkan dengan keluarga yang bermasalah yang
menggunakan elemen-elemen kekasaran di rumah. Menurut Hairiz (2010), seseorang muid
bertindak agresif kerana mempunyai latar belakang keluarga yang berpecah belah seperti ibu
bapanya berpisah kerana peceraian. Murid A bertindak agresif mencedarakan kerana
kemahuannya selalu tidak dipenuhi oleh keluargannya dan tiada nasihat daripada ibu
bapanya tentang perlakuannya yang agresif. Persekitaran seterusnya ialah melalui
pemerhatian daripada orang sekeliling. Menurut Bandura (1977), menyatakan bahawa
pembelajaran boleh berlaku berdasarkan pemerhatian individu kepada sesuatu model. Model
boleh dikategorikan kepada model hidup dan bukan hidup (Omrod, 2008). Murid A mungkin
mempelajari aksi ganas atau agresif ini berdasarkan model bukan hidup iaitu televisyen.
Televesyen kini menyiarkan pelbagai aksi-aksi ganas yang tidak sesuai ditonoton oleh kanak-
kanak, apabila kanak-kanak menonoton aksi ganas tersebut mereka turut akan melakukan
aksi tersebut kepada orang lain sebagai contoh murid A. Mengikut Olweus (1998), pemerhati
melihat sesuatu yang agresif, turut melakukannys kerana peniruan.

Kesan daripada perilaku murid A bertindak ganas iaitu menggigit serta memukul murid yang
lain kerana tidak mengikut kehendaknya menyebabkan murid yang lain takut untuk ke sekolah
kerana dibuli. Murid yang menjadi mangsa murid bertindak agresif mencedarakannya akan
menghidari daripada pergi ke seklah kerana takut akan murid A. Beale (2001) dalam Amin, et
al,(2017), menyatakan mangsa yang sedang dibuli, mengalami satu atau lebih daripada
perkara berikut iaitu ketidak hadiran ke sekolah yang kronik. Ini menyebabkan murid yang
tidak hadir ke sekolah akan ketinggalan dalam pembelajaran. Selain itu, sudah terang lagi
bersuluh perilakuan tersebut akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Guru perlu mengawal perilakuan murid A dengan menunjukkan moral-moral yang baik
kepada murid A agar mengurangkan tingkah laku yang agresif yang boleh mencederakan
orang lain dan menggaggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Ketawa dan Perbuatannya tidak disedari

Murid A sering kali ketawa setelah berjaya membuat rakannya menangis disebabkan oleh
perbuatannya menggigit dan memukul rakannya tersebut. Perbuatan ketawa tersebut
merupakan satu tingkah laku yang distruptif, hal ini kerana, ketawa yang dilakukan oleh murid
A tersebut mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Menurut Ainul,
(2016), tingkah laku distruptif ialah segala perbuatan yang mengganggu proses pdp termasuk
perkara yang menggunakan verbal seperti cakap di dalam kelas dan selanjutnya. Segala
perbuatan yang dilakukan oleh murid A tidak disedari oleh gurunya maka gurunya gagal
menghalang perbuatannya daripada berlaku dan guru tersebut hanya sedar apabila murid A
ketawa, mangsa murid A menangis atau meamanggil gurunya.

Faktor yang menyebabkan perbuatan murid tidak terhalang ialah kerana guru tidak
menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang tidak dapat menarik
perhatian murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan.Selain itu aktiviti
yang sukar menyebabkan kanak-kanak cederung untuk tidak melakukan aktiviti tersebut.
Menurut Hairiz (2010), murid akan mula bosan, malas dan nakal apabila aktiviti pdp tidak
menarik. Maka, murid A cederung untuk mengganggu murid lain semasa guru sibuk
menyediakan aktivitinya.
Kesannya, murid lain juga turut tergganggu apabila murid A mengganggu mereka
sewaktu melakukan aktiviti pdp yang disedakan oleh guru. Maka, ada murid akan duduk diam
dan tidak terlibat dengan aktiviti tersebut.

3.0 Kesimpulan

Berdasarkan situasi yang telah dianalisis menunjukkan bahawa murid A mempunyai


tingkah laku yang negative yang mengganggu proses pdp berlangsung dengan lancar. Maka,
guru perlu melaksanakan modifikasi terhadap tingkah laku murid tersebut. Oleh itu, guru perlu
mencari kaedah yang sesuai dalam mengubah tingkah laku negatif tersebut. Guru juga perlu
memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid apabila
mengajar (Noriati, et al, 2010). Pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan seperti
menunjukkan kepada murid A cara bertingkah laku yang baik. Apabila murid A tersebut
melakukan tingkah laku yang baik, berikannya ganjaran sebagai dorongannya untuk terus
bertingkah laku yang baik selalu. Apabila tingkah laku tertentu diberikan ganjaran, individu
tersebut menjadi lebih suka mengulangi pada masa akan datang. Sebaliknya apabila
dihukum, dia jarang mengulangi kesilapan itu (Azizi 2004). Dan kaedah yang lain yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengubah tingkah laku tersebut kerana setiap tingkah laku dapat
diubah. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya
melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto dan Troutman,(1990).
Bibliography

Alberto, P. & Troutman, A. 1990. Applied Behavior Analysis for Teachers (3rd ed.).
Columbus, OH: Merrill Publishing Co.
Ainul Yaqin Abdullah, Mohd Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar. (2016).
Pengubahsuaian Tingkah Laku Disruptif Menggunakan. Univrsiti Kebangsaan
Malaysia.
Amin Al Haadi Bin Shafie, Azad Athahiri Bin Anuar, Norsayyidatina Bt Che Rozudi, Wan
Ahmad Zakry B. Wan Kamaruddin, & Musa B. Mohamad. (2017). MANGSA BULI
DAN KESAN BULI. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities , 109-124.
Azizi Yahaya , & Faizah Idris . (2016). TINGKAH LAKU AGRESIF. Universiti Teknologi
Malaysia. .
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya, Amir
Hamzah Abdul (2004). “Psikologi Sosial”. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.
Hairiz, R. (2010, Jun 30). Scribd. Retrieved from Pengurusan Tingkah Laku:
https://www.scribd.com/doc/33759125/Punca-Masalah-Tingkah-Laku.
Higgins J., Williams R., & McLaughlin, T.F, 2001. The Effect of a Token Economy
Employing Instructional Consequences for a Third-Grade Student With Learning
Disabilities: A Data-Based Case Study. Education & Treatment of Children, 24, 99-106.

Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik,Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum
Bil. 9, 44-58.
Mok Soon Sang. (2011). Psikologi pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noor Aini Ahmad , & Norhafizah Abu Hanifah. (2015). TAHAP PENGETAHUAN GURU
PENDIDIKAN KHAS. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, , 73–
88.
Olweus, D. (1998). Bullying at school: basic facts and effect of a school based intervation
program. Child Psychological Science, 4, 196-200.

Ormorod J. E. (2008). Educational Psychology Developing Learners. Uppersaddle River,


New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Tingstrom, D., Sterling-turner, H., & Wilczynski, S, 2006. The Good Behavior
Game:1969-2002. Behavior Modification, 30, 225-253.

You might also like