Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PAMERAN SENI VISUAL

AHLI JAWATANKUASA : MOHAMAD QUSYAIRIZUL SYAHMIE BIN NORDIN @


NORDEY

Bermula 10 Mac-4 April 2019,unit Pendidikan Seni Visual semester 8 telah mengadakan
pameran Seni bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu(PPAT).Pameran
ini melibatkan seramai 14 orang siswa guru PSV serta dibantu oleh siswa guru elektif PSV
yang terdiri daripada siswa guru semester 2 dan 6 orang siswa guru Sejarah semester
8.Pameran ini bertujuan untuk memaparkan hasil-hasil karya siswa guru sepanjang berada
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.Pameran ini berfokuskan audiens daripada pelajar
tingkatan 6 yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual. Untuk projek pameran kali ini,
saya dan Siti Nabilah binti Samsudi telah ditaklifkan untuk menjadi Ajk Publisiti, Cenderahati
dan Hebahan.

Pada 12 Nov 2018, kami telah mengadakan perbincangan umum projek seni.
Perbincangan kali pertama ini membincangkan tentang perkara-perkara umum serta
menetapkan aktiviti yang ingin dipilih untuk dilaksanakan sebagai projek. Kami telah
menyenaraikan beberapa aktiviti dan selepas berbincang,kami bersetuju untuk memilih
pameran sebagai aktiviti projek kami.Kami juga mengenalpasti konsep,tema dan sasaran
projek dijalankan.Kemudian,kami juga menentukan hasil pembelajaran dan strategi.

Kemudian, pada 14 Nov 2018 pula beberapa orang wakil daripada pihak kami telah
datang ke Perbadanan Perpustakaan Awam (PPAT) untuk berbincang dengan pihak PPAT
berkaitan pameran seni yang ingin diadakan pada tahun 2019.Pihak kami telah berbincang
beberapa perkara serta mendapatkan persetujuan dalam beberapa perkara seperti
tarikh,tempat serta kerjasama bersama pihak PPAT. Kami sebagai AJK Publisiti, Cenderahati
dan Hebahan membuat tinjauan berkenaan tempat yang sesuai untuk dimuatkan hebahan
berkaitan pameran di PPAT.

Pada 8 Januari 2019,mesyuarat pertama pada tahun 2019 telah diadakan bertujuan
untuk berbincang senarai ahli jawatankuasa serta pembentangan jobskop setiap ajk.Untuk
tugas sebelum AJK Publisiti, Cenderahati dan Hebahan, kami perlu menempah dan
membuat plan tempat untuk dewan perasmian, tempat pameran dan tempat makan untuk
tetamu dan juga VIP, menyediakan dan meletakkan pelan lantai di tempat program,
menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan oleh AJK lain dan menghantarkan kepada
AJK Peralatan dan lain-lain.Kami telah dibentangkan jobskop sebelum,semasa dan
selepas.Pada tarikh ini, kami juga berbincang tentang susunan meja mesyuarat.
Pada 10 Januari 2019 merupakan mesyuarat jawatankuasa pameran kali
pertama.Setiap ajk membentangkan progress gerak kerja setiap AJK. Untuk Ajk Publisiti,
Cenderahati dan Hebahan, kami membentangkan lakaran poster , kad jemputan, banner dan
bunting kepada rakan dan pensyarah pembimbing.

Pada 17 Jan 2019 pula kami telah melakukan pemilihan karya yang akan dipamerkan
di PPAT. Kami mengangkut semua karya untuk dikumpulkan di galeri seni bagi proses
pemilihan karya. Karya telah dipilih oleh Puan Rashihah dan karya-karya yang terpilih
disusun setempat bagi memudahkan proses memeriksa karya yang perlu dibuat
penambahbaikan dari aspek warna dan sebagainya.Kemudia,pada 31 Januari 2019, Pihak
kami telah melakukan perjumpaan kali kedua dengan pihak perbadanan perpustakaan awam
negeri terengganu(PPAT).Selaku Ajk Tempat,kami bersama dengan beberapa ajk yang lain
telah berjumpa dan melakukan perbincangan.Pihak kami ingin mengesahkan beberapa
perkara seperti tarikh,tempat perasmian dan sebagainya.

Pada 18 Feb 2019 pula taklimat dan pembentangan hasil kerja pameran seni
visual.Untuk ajk Tempat membentangkan beberapa pelan lantai pameran serta susunan
peralatan semasa pameran.Pada 25 Februari pembentangan proses gerak kerja diteruskan
lagi dengan pembentangan gerak kerja masing-masing.Untuk AJK Tempat,kami berjaya
menyiapkan sampel pelan lantai.Sekali lagi kami menerima pelbagai respons dan komen
daripada rakan sekelas serta pensyarah.Pihak kami juga berurusan dengan ajk makanan
untk menempah tempat makan yang luas dan selesa.

Pada 4 Mac 2019,semua ajk telah mengambil kesemua karya serta membalut
karya.Hal ini supaya karya tidak mudah kotor dan rosak apabila dibawa ke PPAT.Pada 7 dan
8 Mac,kami mengangkut semua karya ke PPAT dengan bantuan siswa guru elektif PSV serta
staff sokongan.Kami juga selaku ajk Tempat telah menyusun karya pameran mengikut pelan
lantai yang diipilih.Kami juga melakukan hiasan serta photobooth untuk para tetamu yang
hadir.Pada tarikh 11 Mac juga,kami mengadakan mesyuarat bersama ajk Pismp Sejarah sem
8 yang terlibat semasa perasmian nanti.

Pada 13 Mac 2019 pula,raptai telah diadakan jadi kami selaku AJK Publisiti,
Cenderahati dan Hebahan bertugas untuk menyusun dan mengemskan hebahan di sekitar
PPAT.Pada 15 Mac pula,kami menghias atau menyusun atur tempat perasmian serta tempat
makan.Selaku AJK Tempat,kami perlu memastikan tempat bersih dan selesa.Pada 17 Mac
2019,perasmian telah dijalankan dan kami berdua telah ditugaskan untuk menjadi pengiring
VIP serta menjadi pemegang dulang sewaktu perasmian.Yang terakhir,pada 4 April
2019,kami bergerak ke PPAT untuk mengemas karya dan membawa pulang ke IPG semula.

You might also like