Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NOTA

Sofbol merupakan permainan yang telah di ubahsuai daripada permainan baseball.


Permainan sofbol telah bermula pada tahun 1887. permaianan ini telah dicipta oleh
George Hancock dari Farragu Boat Club. Permainan ini dimainkan di dalam dewan
ketika musim sejuk. beliau telah menggunkan satu sarung tangan tinju yang diikat
sebagai bola dan sebatang kayu penyapu sebagai bet. Pada tahun 1895, Lonis Rober,
pengawal Jabatan Bomba Minneapolis menjadikan sofbol sebagai permainan untuk
mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba pada waktu lapang. Kini, permainan
sofbol ini semakin di minati ramai, dan kemudian kemudahan dan peralatan sofbol
wujud.

Antara kemudahan yang wujud adalah gelanggang yang berbentuk segi empat
sama yang mempunyai empat sudut iaitu base akhir (home plate), base pertama (first
base), base kedua (second base) dan base ketiga (third base). Lemparan pitcher’s plate
terletak ditengah – tengah gelanggang. Pitcher’s plate merupakan tempat melakukan
lemparan yang diperbuat daripada getah padu berwarna cerah. Home plate pula
merupakan tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk memperoleh run
(mata).Bet, diperbuat daripada kayu atau juga boleh diperbuat daripada aluminium yang
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras. Tombol diperbuat
untuk menghalang bet daripada menggelongsor daripada genggaman, manakala lapisan
getah pula boleh dipasang pada tombol dan pemegang untuk mengemaskan genggaman.
bola sofbol diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengang benang dimana
bahagian luarnya dibalut dengan kulit atau bahan sintetik yang sesuai. Jahitan yang
timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan pergerakan bola semasa
lemparan pitch.

Pemain sofbol perlu memakai topi keselamatan yang ianya diperbuat daripada
gentian dan bahagian dalamnya dilapik gabus atau juga getah. pemukul, pemukul on
deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan bagi megelakkan
daripada berlakunya kecederaan. glove yang dipakai oleh pemain adalah diperbuat
daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai dan dipakai oleh semua pemain yang
memadang. glove ini mempunyai poket diantara ibu jari dan jari telunjuk yang berfungsi
untuk memerangkap bola. Manakala glove catcher yang dikenali sebagai catcher’s mitt
pula mempunyai pelapik yang lebih tebal untuk melindungi tangannya. Jumlah pemain
dalam permainan ini adalah seramai 9 orang dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu,
battery, pemadang dalam dan pemadang luar. battery terdiri daripada pitcher dan
catcher. pemadang dalam terdiri daripada base pertama, kedua, ketiga dan juga
pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada pemadang kanan, tengah dan kiri.

Teknik memegang bola

Teknik Membaling Bola


TEKNIK MENYAMBUT BOLA

You might also like