Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

- pemanduan seni
Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara,
seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera. 2.
Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada
masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel
boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama
pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan
fakta mengenai watak tersebut.

- adaptasi
Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu.
2. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada
bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. 3. Untuk memudahkan pelajar memahami isi
sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau
nyanyian.

- kerusi panas
Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam
sesebuah karya sastera. 2. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati
dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi
yang diletakkan di hadapan kelas. 3. Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan
pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera
tersebut. 4. Kerusi Panas atau Hot Sitting adalah satu teknik latihan asas penghayatan
watak dan perwatakan. 5. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater. 6.
Biasanya, pelakon akan diberi satu peranan dan akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi
watak dalam semua aspek. 7. Kerusi panas adalah kerusi yang diletakkan di hadapan
kelas. 8. Seorang pelajar duduk di kerusi itu dan bersedia menjawab setiap soalan yang
dikemukakan. 9. Soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan watak yang
dilakonkan dalam cerita daripada teks.

Guru harus memastikan bahawa teknik yang digunakan sewaktu mengajarkan sastera berupaya
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian pelajar terhadap pengajaran sastera dan
membangkitkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap teks sastera yang dipelajari. Namun, teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dan sejajar dengan matlamat pengajaran yang
ingin dicapai, profil pelajar, peringkat umur pelajar, kebolehan dan kesediaan pelajar.

You might also like