Tugasan 2 Etnik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2019

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod : MPU3122
Semester / Tahun : Semester 2 / Tahun 3
Ambilan : Jun 2016
Kumpulan : (MT, SAINS, TESL, BA, BM, BC,
BT, BDK, PJK, PAKK, SJH, PKB1, PKB2,
PKP1 dan PKP2)
Nama Kursus : HUBUNGAN
ETNIK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Ilmiah / Esei (9 jam) 22 Februari 2019 22 Mac 2019

2. Menjawab Kuiz (2 jam) 29 Mac 2019 5 April 2019

3. Pembentangan (2 jam) 6 April 2019 12 April 2019

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas


hubungan etnik. (C2, A1, LO1)
2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian
agama. (C2, A2, LO1, LO3, CTPS1)
3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,
Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan
Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber. (C4, A2, LO1, LO3, LO6,
CTPS1, LL1)
4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asas
pembinaan jati diri dan negara bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1,
LO3, LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS3)
5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik
secara lisan dan bertulis. (C5, A4, LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 hingga 5.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep-konsep asas hubungan etnik berserta contoh-contoh yang


sesuai melalui soalan-soalan kuiz.
2. Menganalisis faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu,
Sarawak dan Sabah, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan
British serta selepas pembentukan Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai
sumber secara penulisan ilmiah atau esei.
3. Membincangkan secara penulisan esei sejauhmana konsep Perlembagaan
menjadi asas dalam pembinaan jati diri dan negara bangsa.
4. Menilai secara kritis usaha-usaha kerajaan dan masyarakat dalam meningkatkan
integrasi nasional serta cabaran-cabaran yang boleh menjejaskan usaha-usaha
tersebut melalui penulisan ilmiah atau esei.
5. Membincangkan dan menilai konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati
diri dan negara bangsa serta usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan
cabaran dalam hubungan etnik secara kritis melalui aktiviti menjawab soalan
kuiz dan pembentangan kumpulan.

TUGASAN 1 : Penulisan Ilmiah / Esei (100 markah wajaran 60%) - Individu

Penduduk Malaysia pada hari ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian etnik inilah yang mewujudkan pula kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, perubahan struktur politik pemerintahan,
penjajahan, perkahwinan dan sebagainya sehingga wujudlah pembentukan masyarakat
majmuk. (Mohd Ashraf Ibrahim, et. al.)

Berdasarkan penyataan di atas, hasilkan sebuah penulisan tentang perkara-perkara


berikut;

1. Membincangkan konsep hubungan etnik dari perspektif politik, ekonomi dan


agama di Alam Melayu.
2. Menganalisis faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam
Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan
British serta selepas pembentukan Malaysia berdasarkan rujukan pelbagai
sumber.
3. Sejauhmana konsep Perlembagaan menjadi asas dalam pembinaan jati diri
dan negara bangsa.
4. Menilai secara kritis usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan integrasi
nasional
di negara ini serta cabaran-cabaran yang boleh menjejaskan usaha-usaha
tersebut.

TUGASAN 2 : Kuiz (100 markah wajaran 20%) - Individu

Menjawab soalan kuiz dalam masa tiga puluh minit bagi menguji kefahaman
pelajar terhadap kandungan kurikulum Hubungan Etnik dan mengaplikasi tatacara
pentaksiran dan pelaporannya. Soalan kuiz disediakan terdiri daripada 4 soalan
struktur mengikut aras kesukaran yang ditentukan (Taksonomi Bloom / Anderson).
Soalan-soalan kuiz berdasarkan tajuk-tajuk berikut :
Topik 2 : Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik
Topik 3 : Sejarah Masyarakat Malaysia
Topik 5 : Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik
Topik 8 : Pemupukan Integrasi Nasional

Tarikh cadangan pelaksanaan : 5 April 2019

TUGASAN 3 : Pembentangan (100 markah wajaran 20%) – Secara Berpasangan

Secara berpasangan anda dikehendaki membentangkan satu sub topik yang


terkandung dalam kurikulum Hubungan Etnik berdasarkan soalan yang disenaraikan
di bawah, secara menyeluruh dan kritis.

1. Sejauhmana Perlembagaan Malayan Union 1946 berbeza dengan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2. Sejauhmana peruntukan dalam Perlembagaan 1957 memelihara hubungan
antara kaum di Malaysia.
3. Buktikan bahawa manifestasi kontrak sosial wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
4. Mengapakah Perlembagaan Malaysia perlu dipertahankan. Beri justifikasi
anda.
5. Dasar-dasar dan pelan tindakan kerajaan dapat memupuk hubungan etnik dan
integrasi nasional di Malaysia. Buat rumusan anda.
6. Globalisasi merupakan salah satu cabaran yang boleh menjejaskan integrasi
nasional di Malaysia. Pertahankan penyataan ini dengan hujah-hujah yang
bernas.
7. Organisasi bukan kerajaan (NGO) juga boleh memainkan peranan dalam
memupuk perpaduan dan integrasi nasional di negara kita. Nilaikan pendapat
ini.
8. Sejauhmana sikap kerjasama, saling hormat-menghormati dan ziarah-
menziarahi antara jiran dan rakan dapat menjalin hubungan yang harmoni
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 adalah tugasan


berpasangan. Anda dibenarkan berkolaboratif semasa mencari maklumat bagi
setiap tugasan.

2. Gunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber rujukan atau kajian
sebagai bahagian utama isi tugasan.

4. Format penulisan ;

a. Font Arial saiz 11


b. Langkau satu baris setengah (1.5)
c. Rujukan menurut APA (American Psychological Association)
d. Lampiran hendaklah disertakan sebagai bukti
e. Mengandungi Isi kandungan dan halaman serta Penghargaan
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Tugasan mesti dihantar dalam bentuk hard copy.

7. Markah penulisan ilmiah/esei 60%, menjawab Soalan Kuiz 20% markah sementara
pembentangan membawa 20% markah yang membawa markah keseluruhan :
100%.

8. Panjang tugasan 1, tidak kurang 1500 patah perkataan (tidak termasuk senarai
rujukan dan lampiran) sementara panjang tugasan 3, tidak lebih daripada 20 slaid
power point (tidak termasuk senarai rujukan).

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda harus meliputi semua kehendak yang dinyatakan dalam Jadual
Spesifikasi Tugasan Projek.
3. Persembahan power point yang menarik dan berinformasi serta tepat menjawab
persoalan tugasan.
4. Rumusan/cadangan dan bukti-bukti serta bahan-bahan yang dapat menyokong
hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan
ilmiah.
6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
7. Penulisan esei / laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
8. Perlu mengandungi senarai rujukan dari pelbagai sumber yang tepat memenuhi
kehendak tugasan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ _____________________
(Nama : Umi Nadzrah Binti Ali Othman) (Nama : Chin Kuang Tiu )
Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Hubungan Etnik Pensyarah Kanan
Unit Pengajian Sosial Unit Pengajian Sosial
Jabatan Sains Sosial Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar
Disahkan oleh:

_____________________
(Nama : Shamsir Alam Bin Mohd Arshad)
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Raja Melewar

You might also like