Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/2018

Tarikh : 28 Disember 2017


Hari : Khamis
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran
1. Pn Norhayati Bt Mat Ali -Ketua Bidang Sains dan Matematik
2. Pn Nor Adilah Binti Shukry - Ketua Panitia Fizik
3. Pn Norazian Binti Ramli - Guru mata pelajaran
4. Pn Norzieyani Binti Mat Nazir - KP Sains Menengah Rendah
5 . Pn Pungodi a/p Shanmugam - Guru mata pelajaran
6. Pn Siti Kamilah Binti Idris - Guru mata pelajaran
7. Cik Siti Nurul Ha wa Binti Abd Wahab - Guru mata pelajaran
8. Pn Zuraidah Binti Harun - KP Sains Menengah Atas

Tidak Hadir
1. En Azman @ Ruazman Bin Salleh - KP Kimia
2. Pn Menalosni a/p Subramaniam - Guru mata pelajaran
3. Pn Sumadi a/p Velathan - KP Biologi
4. Tuan Mohd Hafeez Bin Tuan Ibrahim -KP KHB

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi


1.1 Ketua Bidang Sains & Matematik selaku pengerusi mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat panitia sains yang pertama bagi tahun 2018.
Pengerusi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru
atas usaha dan kerjasama menjayakan semua program panitia yang telah dijalankan.

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat diterima dan disahkan atas cadangan Pn Norazian Binti Ramli
dan disokong oleh Pn Norzieyani Binti Mat Nazir.

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
4.1 Standart 4 iaitu aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Ketua Panitia diminta membuat perbincangan bersama-sama ahli panitia dan
menyediakan dokumen yang bersesuaian dengan tahap murid-murid.

4.2 Ketua bidang meminta Ketua Panitia dan ahli-ahli panitia meneliti jumlah
tugasan, tugasan kumpulan dan tugasan individu untuk kelompok dan kelas.

1
4.3 Guru-guru perlu catatkan dalam Rancangan Pelajaran Harian(RPH) latihan atau
aktiviti untuk kempulan cemerlang, sederhana dan lemah.

4.4 Template RPH perlu dipatuhi oleh ahli-ahli panitia.

Tindakan: Ketua-Ketua Panitia


5.0 Perancangan pdpc
5.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar perancangan PdPc perlu menepati segala
item PdPc abad ke-21 iaitu:
(a) LO
(b) SC
(c) Tarikh
(d) Kehadiran
(e) Susunan meja
(f) Pameran Hasil Kerja Murid
(g) KBAT
(h) I-think
(i) Parking lot
(j) Carta ganjaran
(k) Koperatif dan kolaboratif
(l) Traffic light
(m)Anchor activities
Tindakan: Semua Guru

5.2 Ketua Bidang juga menegaskan kepentingan mengasah kemahiran menyoal kritis
dan kreatif dalam kalangan murid. Beliau turut menyatakan supaya setiap pelajaran
disusuli dengan soalan atau latihan berunsur KBAT.

Tindakan: Makluman

5.4 Professional Learning Community (PLC) peringkat sekolah telah dirancang dari
segi tarikh. Semua panitia diminta bersedia supaya PLC dapat dilaksanakan dengan
lancar. Pnitia sains akan terlibat pada 29.1.2018 bagi tajuk Inquiry Based Learning.
Tindakan: Makluman

5.5 Professional Learning Community (PLC) peringkat bidang atau panitia akan
diadakan perbincangan Lesson study pada setiap Isnin waktu PLC
Tindakan: Makluman

5,6 Ketua Bidang turut menekankan aspek Problem Based Learning dan Thinking
Skills. LDP tentang aspek di atas akan diadakan pada 28 April 2018 dan 28 Julai 2018.
Kedua-dua aspek ini selari dengan KBAT.
Tindakan: Makluman

2
5.7 RPT dan RPH perlu mengikut keperluan pdp abad ke-21. Penetapan bilangan
buku latihan dan jumlah latihan perlu diselaraskan.

Tindakan: Ketua-Ketua Panitia

5.8 Ketua Bidang menegaskan penggunaan semua buku latihan ialah buku Sekolah
sahaja kerana warga sekolah perlu ada rasa bangga dengan logo sekolah. Semua
makluman pada kulit buku perlu dilengkapkan oleh murid-murid.

Tindakan: Makluman

5.9 Guru diminta menyediakan Buku Rekod Penghantaran Buku Latihan murid dan
catatkan tindakan susulan yang telah diambil oleh guru. Contohnya amaran lisan, amaran
bertulis, menghubungi ibu bapa dan Perjumpaan Pengetua/GPK 1/GPK Petang dengan
ibu bapa.

Tindakan:
Makluman

5.10 Ketua-Ketua Panitia diminta melengkapkan fail dengan merujuk kandungan fail
panitia. Fail-fail panitia perlu lengkap dan dikemas kini selewat-lewatnya 20 Januari
2018. Ketuaa panitia juga perlu membuat perancangan perbelajaan.
Tindakan: Ketua-Ketua Panitia

6.0 SKPMg2 Pengurusan Kurikulum


6.1 Pengerusi menerangkan tentang standard 3.1.1 dan membincangkan peranan
ketua panitia dalam melengkapkan dan menguruskan fail panitia mengikut aspek:

3.1.1.1 Pelaksanaan kurikulum diuruskan secara sistematik dan terancang


Tindakan: Ketua Panitia

6.2 Ketua panitia diminta mengemaskini dan melengkapkan fail panitia mengikut
maklumat terkini.

6.3 Guru-guru diminta melengkapkan Fail Rekod Mengajar dan hantar kepada Ketua
Bidang pada minggu pertama.

3
7.0 SKPMg2 pengurusan mata pelajaran
7.1 Ketua Bidang menerangkan SKPMg2 dalam pengurusan mata pelajaran. Ini
merangkumi aspek:

3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang


3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara professional dan
terancang
3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara sistematik
dan terancang

Tindakan: Ketua Panitia

7.2 Setiap panitia perlu menganalisis data dan maklumat keperluan pentaksiran serta
tindakan susulan perlu dilakukan dalam SIP. Setiap panitia perlu buat pindaan
atau pembaharuan berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan 2,3 dan 4.

Tindakan: makluman

8.0 Analisis PT3


8.1 Pengerusi membacakan keputusan PT3 dan GPMP yang dicapai oleh mata
pelajaran Sains. Terdapat peningkatan peratus lulus bagi tahun 2017. Ketua bidang
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru mata pelajaran.

8.2 Ketua bidang juga berharap agar semua guru berusaha lebih gigih supaya dapat
mencapai sekurang-kurangnya GPMP 5.00
Tindakan: Makluman

9.0 Semakan Semula


9.1 Semakan semula perlu dibuat oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru diminta
menganalis pencapaian pelajar dan mengaitkannya dengan program intervensi yang akan
dibuat.
Tindakan: guru mata pelajaran

10.0 Peperiksaan Akhir Tahun


10.1 Ketua bidang membacakan pencapaian pelajar pada peperiksaan akhir tahun
2017.

10.2 Ketua bidang memfokuskan kepada pencapaian pelajar yang bakal menduduki
PT3 dan SPM.
10.3 Guru-guru diminta untuk mengenalpasti pelajar mengikut tahap masing-masing
iaitu cemerlang,sederhana dan lemah.
Tindakan: Makluman

4
11.0 Agihan Tugas kurikulum dan koakademik
11.1 Jadual agihan tugas untuk pembinaan item bagi ujian 1, Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun akan dibuat.

11.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru akan dilaksanakan dalam LDP
pada 28.4.2018 dan PLC pada 29.1.2018. Setiap isnin juga perbincangan lesson study
juga akan diadakan.

11.3 Agihan tugas bagi penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan telah di buat. (rujuk
LAMPIRAN 1)

11.4 Program PKS akan bermula pada minggu kedua bulan Januari dan akan ada guru
sains yang terlibat mengikut jadual.

12.0 Pencerapan dan penyemakan buku


12.1 Pencerapan akan bermula pada bulan Februari hingga Mac. Guru-guru diminta
bersedia dengan sentiasa mengamalkan PDPC abad ke 21. Guru- guru juga diminta untuk
menyediakan satu RPH kepada pencerap.

12.2 Penyemakan buku oleh pengetua,GPK1 dan Ketua bidang akan dilaksanakan
seawal bulan Januari seperti dijadualkan. Guru-guru diminta sentiasa menyemak hasil
kerja murid di dalam buku latihan.

Tindakan: Makluman

13.0 Hal-Hal Lain


13.1 Pelaksanaan Amali Gemilang diteruskan seperti tahun sebelum-sebelumnya.

13.2 Banyak aktiviti amali tertangguh akibat penggunaan makmal oleh unit kesihatan
untuk tujuan pergigian.

13.3 Penyediaan soalan hendaklah menyediakan salinan kepada ketua panitia untuk
difailkan.

.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh

(NOR ADILAH BINTI SHUKRY)


Ketua Panitia Fizik

You might also like