Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INAS, BAKAI,


KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN
BIL. 3/2018

Tarikh : 27 OGOS 2018


Hari : ISNIN
Masa : 2.00 PETANG
Tempat : Makmal ICT SK Ulu Bakai
Kehadiran : 3 orang

Kehadiran Pentadbir :

1.Pn Azlina Binti Ali Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran

Kehadiran Guru :

1.Pn Hamidah Binti Haron Ketua Panitia Sains


2.En. Redzuan Bin Mohd Yusof Setiausaha Panitia Sains

i. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli jawatankuasa
dalam mesyuarat Panitia Sains kali ketiga.
2. Pengerusi meminta semua ahli meningkatkan usaha untuk memperbaiki
prestasi akademik semua murid.

Makluman
ii. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADIRAN
3. Pn Azlina mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia sains yang
hadir dalam mesyuarat kali ini.
Makluman
4. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Sains
tahun 6 yang telah bertungkus lumus menjayakan pengajaran dan
aktiviti untuk menyediakan murid menghadapi UPSR 2018.
Makluman

5. Beliau juga meminta agar guru Sains selain tahun 6 bergerak seiring
dengan guru tahun 6 untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran
mereka untuk mengelakkan bebanan tugas kepada guru tahun 6 kelak.
Tindakan: Guru Sains

6. Selain itu, beliau meminta agar mana-mana guru yang menghadiri kursus
agar melengkapkan minit curai sekembali daripada kursus untuk
menyebarkan kandungan dan pengetahuan kursus. Ketua panitia juga
perlu mengambil tahu berkaitan kursus yang dihadiri oleh ahli panitia.
Tindakan: Guru Sains dan Ketua Panitia

iii. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA


7. Minit mesyuarat kali kedua telah dibentangkan oleh Setiausaha, Pn.Rozila
Rusdi dan mendapat cadangan serta sokongan pengesahan oleh:
Pencadang : En Redzuan Bin Mohd Yusof
Penyokong : Pn . Hamidah Binti Haron
Makluman
iv. PERKARA BERBANGKIT
8. Pn. Hamidah memaklumkan pembelian barang/peralatan sains
dibuat menggunakan peruntukan kewangan tahunan bagi panitia Sains.
Tindakan: Ketua Panitia Sains

v. ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


9. Pn. Hamidah membentangkan keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2018 serta tindakan susulan yang diambil.(Rujuk Lampiran)
Tindakan: Ketua Panitia sains

10. Pn. Azlina memohon semua guru untuk meningkatkan prestasi mata
pelajaran Sains di dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang akan datang.
Tindakan: Guru Sains

vi. HEADCOUNT
11. Pengerusi menyarankan agar guru setiap guru mengemaskini headcount
dengan menambah bilangan murid yang disasarkan memperolehi A bagi
Peperiksaan Akhir Tahun. Sejajar dengan itu, guru -guru juga perlu
meningkatkan usaha untuk membantu murid memperolehi A dalam
subjek Sains.
Tindakan: Guru Sains

vii. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).


12. Pn. Azlina mengingatkan guru perlu memuat turun Buku panduan PBS
sebagai rujukan dan sesalinan perlu disimpan dalam fail panitia.
Pentaksiran berasaskan sekolah perlu diisi secara ‘ offline’ dan perlu
dicetak serta dimasukkan ke dalam fail PBS. Bagi murid-murid tahun 6,
PBS hendaklah diserahkan bersama keputusan UPSR.
Tindakan: Guru Sains

viii. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


13. Peperiksaan Akhir Tahun ( PAT) bakal berlangsung pada 28 Oktober – 01
Nov 2018. Soalan soalan bagi subjek Sains bagi tahap 2 ( 4,dan 5) dibeli
daripada Majlis Guru Besar manakala bagi tahap 1 ( 1,2 dan 3), soalan
disediakan sendiri oleh guru subjek. Guru subjek dan Ketua Panitia perlu
menyemak soalan sebelum tiba hari peperiksaan untuk memastikan tiada
ralat pada soalan.
Tindakan: Guru Sains
ix. PROGRAM PANITIA
14. Guru-guru disarankan agar aktiviti – aktiviti panitia yang sesuai
dilaksanakan semasa waktu Kokurikulum ( Kelab/Persatuan) iaitu pada
hari Rabu.
Tindakan: Guru Sains
x. PENGURUSAN FAIL PANITIA.
15. Pn Azlina meminta Ketua Panitia mengemaskini fail-fail panitia dari
semasa ke semasa.
Tindakan: Ketua Panitia

xi. HAL-HAL LAIN


16. Pn. Azlina meminta agar buku latihan murid dihantar untuk disemak oleh
pentadbir dengan berpandukan takwim 2018.
Tindakan: Guru Sains

xii. UCAPAN PENANGGUHAN


17. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian Pn. Azlina dan ahli
panitia menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia kali ini.
18. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.50 petang.

Disediakan oleh,

............................................................
(HAMIDAH BINTI HARON)
Ketua Panitia Sains,
SK Ulu Bakai, Malau, Kulim, Kedah
Disemak oleh,

...............................
(AZLINA BINTI ALI AHMAD)
Penolong Kanan Kurikulum
SK Ulu Bakai, Malau, Kulim, Kedah.

You might also like