Laporan Aktiviti Malam Gema Syair Serantau Send

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Laporan Aktiviti Malam Gema Syair Serantau

1.0 Sebelum Aktiviti:

Selapas kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa, pada 20 Januari 2019 kami telah
mengadakan minit mesyuarat kali pertama di padang IPG. Isu yang telah kami bincangkan
dalam meeting ialah tentang pakaian iaitu pakaian baju kebaya songket kepada siswi-siswi
manakala pakaian baju melayu bagi siswa-siswa pada malam tersebut. Tema yang telah kami
tetapkan untuk aktiviti mala mini adalah Bangsawan. Selain itu, kami akan mengutipkan duit
sebangyak RM10 sebagai dana bagi aktiviti kali ini. Kami juga diberitahu bahawa terdapat
persembahan Tarian Zapin, puisi, nyanyian dan silat. Kami juga berbincang tentang isu
doorgift tetapi belum mempunyai keputusan.

Gambar 1: Minit Mesyuarat Gambar 2: Minit Mesyuarat


Kali Pertama Kali Pertama

Pada 12 Februari 2019 kami telah mengadakan minit mesyuarat kali kedua di DDKA.
Kami telah berbincang tentang photobooth iaitu kami perlu menghasilkan perahu yang 3D
dengan menggunakan kotak, pintu gerbang buluh serta pangkin. Kami juga menetapkan
masa untuk raptai iaitu dari 24 hingga 26 Februari. Pengerusi juga memantau progres AJK
yang bertanggungjawab buku program, kad jemputan, serta AJK bertanggungjawab
persiapan dewan.

Gambar 3: Minit Mesyuarat


Kali Kedua

1
Pada 14 Februari 2019 kami telah mengadakan minit mesyuarat dengan Dr. Hajah
Maskiah Haji Masrom di kelas kami. Isu perbincangan kami adalah susun atur program pada
hari tersebut serta isu-isu yang berkaitan pada hari tersebut.

Gambar 4: Minit Mesyuarat


dengan Dr. Hajah Maskiah
Haji Masrom

Pada 23 Februari 2019 sesetengah AJK telah membantu untuk menyiapkan pangkin
dan juga parahu 3D yang diperlukan pada bahagian photobooth. Selepas menyiapkan kerja
tersebut kami juga mengadakan mini mesyuarat kali ketiga di Blok Akademik Baru yang
berdekat dengan Jabatan Bahasa. Isu perbincangan pada mini mesyuarat tersebut ialah
agihan tugas kepada AJK usher bawah, AJK atas pentas, AJK pemberian goodies dan juga
isu tentang susun atur tempat duduk semasa program tersebut. Pada keesokkan hari AJK
juga perlu bertanggungjawab untuk membungkus goodies pada pukul 8 malam di Pusat
Kegiatan Murid. Pada malam Isnin iaitu 25 Februari semua AJK perlu hadir untuk
menyediakan tempat di DST pada pukul 5 petang. Kami juga akan mengadakan raptai pada
hari Isnin.

Gambar 5: AJK sedang


menghasilkan pangkin.

Gambar 6: AJK sedang


mengecat pangkin.

2
Gambar 7: AJK sedang Gambar 8: Minit Mesyuarat Gambar 9: Pembungkusan
menghasilkan perahu. Kali Ketiga goodies untuk hadirin.

Pada 25 Februari 2019, semua AJK wajib hadir ke DST untuk persiapan awal dewan.
Kami telah mengadakan minit mesyuarat dengan pensyarah penasihat kami Pn.Ruziyah Binti
Zainol Abidin Kami telah susun atur tempat duduk hadirin, membuat batang ais menyediakan
photobooth serta menghiaskan pentas.

Gambar 10: Minit Gambar 11: AJK sedang Gambar 12: AJK sedang
mesyuarat dengan menyusun atur tempat menyediakan batang ais
Pensyarah Penasihat duduk hadirin

Gambar 13: AJK sedang Gambar 14: AJK sedang


menghiaskan pentas menyediakan photobooth

3
Pada 26 Februari 2019, kami membuat persiapan terakhir iaitu menyediakan tempat
untuk hadirin menandatangani dan meninggalkan komen terhadap aktiviti yang kami
menjalankan serta menyediakan tempat mengambil goodies bag dengan doorgift.

Gambar 15: AJK sedang Gambar 16: AJK sedang Gambar 14: AJK sedang
menyediakan tempat menyediakan doorgift menyediakan tempat
menandatangani serta dengan goodies bag yang pengagihan goodies bag
meninggalkan komen akan diagihkan dan doorgift

2.0 Semasa Aktiviti


Pada 26 Februari 2019 (Selasa), majlis Malam Gema Syair Serantau bermula pada
pukul 7.30 malam yang diadakan di Dewan Sri Temenggong (DST). Selepas tetamu berdaftar
di foyer depan, mereka mengambil ‘doorgift’ dan mengambil tempat masing-masing. Ada
tetamu yang mengambil gambar di ‘photobooth’ di belakang dewan sebagai kenangan.
Tetamu juga meninggalkan tandatangan mereka di papan yang disediakan. Semua ahli
jawatankuasa (AJK) mengambil tempat masing-masing dan menunggu ketibaan tetamu VIP.

Gambar 15: Tempat Gambar 16: AJK bertugas Gambar 17: Tetamu
Pendaftaran untuk mengagihkan ‘doorgift’ mengambil gambar beramai-
Tetamu kepada tetamu ramai di photobooth

4
Gambar 18: Tetamu Gambar 19: Usher berada di depan
menandatangan di papan pintu masuk untuk menyambut
yang disediakan ketibaan tetamu VIP.

Pada pukul 8.15 malam, ketibaan VIP disambut dengan pasukan kompang Melayu
dan persembahan silat di dewan. Selepas itu, majlis bermula dengan bacaan Surah Al
Fatimah dan doa Selamat yang dipimpin oleh seorang bekas pensyarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Semasa doa dibacakan, upacara cukur rambut
dijalankan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar.

Gambar 20: Bacaan Surah Al Gambar 21: Yang Berhormat


Fatimah dan doa Selamat yang Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu
dipimpin oleh seorang bekas Bakar mencukur rambut bayi.
pensyarah IPGKTI.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Universiti Brunei
Darulssalam, ucapan Pengarah IPGKTI dan ucapan tetamu kehormat, Yang Berhormat Tuan
Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar. Selepas itu, penyampaian hadiah dan sijil dijalankan, Tetamu
kehormat memberi hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang dan mengucapkan tahniah
kepada para pemenang.

Gambar 22: Wakil Universiti Brunei


memberi ucapan di atas pentas.

5
Gambar 23: Pengarah Gambar 23: Yang
Berhormat Tuan Mohd Gambar 24: Upacara
IPGKTI menberi ucapan penyampaian hadiah dan
dan mengalu-alukan Khuzzan Bin Abu Bakar
memberi ucapan untuk sijil dijalankan.
kedatangan tetamu dari
negara lain. merasmikan majlis.

Selepas penyampaian hadiah dan sijil dijalankan, persembahan majlis dimulakan.


Persembahan yang pertama ialah persembahan jemputan, tema syair ialah Syair Kesetiaan
Dalam Kehidupan yang dipersembahkan oleh Puan Norliza Salim. Selepas itu, acara majlis
disambungkan dengan tayangan video yang disediakan oleh Yayasan Warisan Johor dan
video dari radio televisyen Brunei yang memperkenalkan keunikan negara masing-masing.

Gambar 25: Puan Norliza Salim Gambar 26: Tayangan Video yang
mempersembahkan syair yang memperkenalkan negara Brunei dari
bertemakan Syair Kesetiaan Dalam segi sosioekonomi, geografi dan
Kehidupan. lain-lain.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Teater Bersyair Pelajar
Drama Dan Teater Kanak-Kanak IPGKTI yang dibimbing oleh Dr Hjh. Maskiah Binti Hj.
Masrom Dan Kelab Teater Tiara Persona. Tema teater yang dipersembahkan ialah Bonda
Bahteradan Nakhoda. Persembahan yang seterusnya ialah Petikan Syair Siti Zubaidah
Perang China yang dipersembahkan oleh Puan Nishah Haron.

6
Gambar 27: Persembahan teater Gambar 28: Petikan Syair Siti
Bersyair yang dipersembahkan oleh Zubaidah Perang China yang
guru pelatih IPGKTI. dipersembahkan oleh Puan Nishah
Haron.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan syair yang dipersembahkan oleh wakil
Brunei dan Indonesia dalam tiga tema yang berbeza iaitu persembahan Sketsa Bersyair oleh
Universiti Brunei Darussalam, Surat Kapal Puan Idawati oleh Universiti Islam Riau Indonesia
serta Bebansi Cara Minangkabau dari Universiti Islam Riau Indonesitas. Tetamu kehormat,
Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar beredar dari dewan DST selepas
persembahan tersebut.

Gambar 30: Surat Kapal Puan


Gambar 29: Sketsa Bersyair oleh
Idawati oleh Universiti Islam Riau
Universiti Brunei Darussalam
Indonesia.

Gambar 31: Bebansi Cara Gambar 32: Para tetamu berdiri


Minangkabau dari Universiti Islam semasa Yang Berhormat Tuan
Riau Indonesitas. Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar
beredar dari dewan DST selepas
persembahan tersebut.

7
Persembahan majlis diakhiri dengan tiga jenis tarian iaitu Tarian Zapin Tradisional
yang dipersembahkan oleh Kumpulan Zapin Temenggong, Tarian Aduk-Aduk yang
dipersembahkan oleh Universiti Brunei Darussalam dan Tarian Seantero Dunia yang
dipersembahkan oleh Universiti Brunei Darussalam.

Gambar 33: Tarian Zapin Gambar 34: Tarian Aduk-Aduk Gambar 35: Tarian Seantero
Tradisional yang yang dipersembahkan oleh Dunia yang dipersembahkan
dipersembahkan oleh Universiti Brunei Darussalam. oleh Universiti Brunei
Kumpulan Zapin Darussalam.
Temenggong.

3.0 Selepas Aktiviti


Selepas aktiviti ditamatkan, semua AJK telah mengambil gambar bersama-sama
sebagai kenangan manis pada masa depan. Kami juga mengemaskan sekeliling DST. Kami
disuraikan kira-kira pada pukul 11.30 malam.

Gambar 36: AJK sedang Gambar 37: AJK sedang Gambar 38: AJK sedang
mengemaskan DST mengemaskan DST mengemaskan DST

Gambar 39: Papan


meninggalkan komen
dengan tandatangan
hadirin

Gambar 40: Gambar


semua AJK

You might also like