Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia memberi peluang yang sama rata kepada semua individu untuk
menuntut ilmu. Keadaan ini membuka peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk
turut sama merebut peluang mencapai kejayaan. Menurut Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), murid berkeperluan khas ditakrifkan sebagai murid
yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi
mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta
sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal,
masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan. Kelewatan
perkembangan dalam kanak-kanak berkeperluan khas perlu dikenalpasti dengan awal dan
intervensi awal perlu dilakukan secepat mungkin. Intervensi awal ialah satu proses
membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko
atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan
mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Intervensi awal memainkan
peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran
asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal mempunyai impak yang
positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas.

2.0 KONSEP INTERVENSI AWAL

Menurut Sandler A. D., Brazdziunas D., Cooley W. C., & De Pijem L. G., (2001), intervensi
awal merupakan perkhidmatan atau program yang disediakan untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak berkeperluan dan keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas dalam
lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi
serta adaptasi melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio,
terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga. Hanson M.J., & Lynch, E.W (1989),
pula berpendapat bahawa intervensi awal merupakan gabungan usaha pendidikan, maklumat
tentang pemakanan, perkembangan kemahiran psimotor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan
sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus dengan ketidakupayaan yang dikenal pasti.
Intervensi awal juga menyediakan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan khidmat
nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan
atau dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak (Kail, 2001). Justeru, intervensi awal
dapat ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan
khas bagi mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami serta
mengelakkkannya daripada menjadi semakin serius supaya dapat mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh.

1
Wolfendale (1997), dalam (Kuder, S. J. (2003), mengemukakan empat tujuan utama
intervensi awal. Pertama, intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada
keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal
adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti
komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan
keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam
kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Di Malaysia program intervensi awal disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang
berumur 0 hingga 6 tahun. Hal ini demikian, program intervensi awal ini perlu dilaksanakan
dengan seawal mungkin supaya dapat meningkatkan kualiti kehidupan bayi atau kanak-kanak
serta dapat mengurangkan beban ahli keluarganya. Menurut Hallahan dan Kaufman
(2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebihawal kecacatan
seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau
rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang bakal diperolehi oleh seseorang anak
berkeperluan khas. Terdapat kajian juga menunjukkan bahawa intervensi sebelum 48 bulan
menunjukkan kemajuan yang lebih tinggi berbanding dengan intervensi selepas 48 bulan
(Martin, D., (2000). Selain itu, Kuder, S. J. (2003), menyatakan bahawa intervensi awal yang
diberikan sebelum umur tiga tahun adalah lebih berkesan berbanding dengan selepas umur
lima tahun.

3.0 PERANAN INTERVENSI AWAL

Menurut U.S. Department of Education (2004), intervensi awal merupakan perkhidmatan yang
disediakan khas untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun yang dikenalpasti mengalami
kelewatan atau ketidakupayaan dari aspek perkembangan. Perkhidmatan intervensi awal ini
disediakan di bawah Akta Individual with Disabilities Education Act (IDEA). Biasanya,
pasukan pelbagai disiplin seperti pakar perubatan, ibu bapa, guru-guru, pakar terapi dan
sebagainya terlibat dalam membantu kanak-kanak ini untuk mengejar dan meningkatkan
peluang mereka untuk berjaya di sekolah dan kehidupan secara keseluruhan. Kajian-kajian
menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang
upaya yang berisiko tinggi dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa yang panjang.
Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-
kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (Addison S.,
2003). Penyataan ini membuktikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang amat

2
signifikan dalam meningkatkan tahap kefungsian kanak-kanak berkeperluan khas supaya
dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Intervensi awal memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan kesan


sesuatu ketidakupayaan supaya ia tidak menjadi penghalang kepada kanak-kanak
bekeperluan khas menjalankan kehidupan dan menjadi lebih ketara pada masa akan datang.
Ini bermaksud intervensi yang diberi kepada kanak-kanak berkeperluan khas dapat
meningkatkan kebolehan mereka dalam sesuatu aspek. Misalnya, kanak-kanak Sindrom
Down mempunyai kemahiran psikomotor yang agak rendah jika dibandingkan dengan kanak-
kanak tipikal. Keupayaan mereka untuk mengangkat sesuatu, berlari, berjalan dan melompat
adalah sangat rendah kerana mereka mempunyai otot-otot yang sangat lemah. Intervensi
yang sangat sesuai bagi mangurangkan masalah psikomotor ini ialah terapi cara kerja dan
terapi fisio. Menurut Turnbull, A., Turnbull, R., Wehmeyer, M.L., Shorgen, K. A. (2014), terapi
cara kerja meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot
kecil. Melukis, menulis, membutang baju, mengikat tali kasut, membuat rantai manik, dan
melipat baju merupakan beberapa contoh aktiviti cara kerja yang boleh diberi kepada kanak-
kanak Sindrom Down bagi mengingkatkan kekuatan otot-otot jari-jemari. Terapi fisio pula
dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi otot-otot
besar dan untuk pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat,
melempar bola dan sebagainya (Orothea Pienaar, (2012). Maka, intervensi seperti terapi fiso
dan cara kerja dapat membantu dalam mengurangkan masalah psikomotor halus dan kasar
yang dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom Down supaya meraka dapat menguruskan
kehidupan seharian dengan baik dengan berdikari dalam melakukan kerja seharian.

Tambahan pula, intervensi awal juga dapat mencegah berlakunya masalah


sampingan. Sebagai contoh, kanak-kanak hiperaktif sering mempamerkan pelbagai masalah
tingkah laku dan tingkah laku disruptif merupakan salah satu daripadanya. Memukul dan
bergaduh dengan rakan merupakan antara contoh tingkah laku distruptif. Jika masalah
tingkah laku ini tidak dikawal dari sejak kecil maka, ia akan mengganggu secara emosi, sosial
dan fizkal terhadap individu lain yang berada di sekelilingnya pada masa akan datang. Dalam
keadaan ini, guru akan menghadapi masalah untuk mengawal keadaan bilik darjah dan situasi
ini akan menggangggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Oleh itu, masalah tingkah laku tersebut boleh dikurangkan melalui modifikasi tingkah laku
yang efektif. Hal ini demikian, ahli- ahli teori behaviorisme menyatakan bahawa tingkah laku
boleh dipelajari, tidak bersifat kekal dan boleh diubah suai atau dimodifikasi (Jamila K.A.
Mohamed, 2005). Maka, intervensi yang sesuai dan berkesan dari awal dapat mengelakkan
berlakunya masalah lain yang akan mendatangkan masalah. Seterusnya contoh lain yang
boleh dikaitkan ialah keadaan lidah yang tebal dalam kanak-kanak Sindrom Down

3
menyebabkan air liu meleleh. Jika tingkah laku ini tidak diubah dari kecil, mungkin ia akan
mendatangkan masalah kesihatan pada masa akan datang. Justeru, intervensi awal
memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah sesuatu keadaan sebelum
menjadi teruk supaya ia tidak mengundang kepada masalah yang lain.

Di samping itu, intervensi awal juga membantu dalam menentukan kemahiran-


kemahiran yang perlu dipelajari dan menyediakan latihan bersesuian dengan masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak. Sebelum program intervensi dilaksanakan ujian diagnostik akan
dijalankan. Menurut Reed, V. A. (2005), ujian diagnostik merupakan sejenis instrument yang
digunakan untuk mencari punca dan daerah kelemahan kanak-kanak secara terperinci. Hasil
ujian ini dapat digunakan oleh guru untuk merancang aktiviti-aktiviti bersesuaian yang dapat
merangsang perkembangan kanak-kanak. Lazimnya, keputusan ujian diagnostik yang
menunjukkan murid mempunyai masalah untuk menyalin semula perkataan membuktikan
bahawa murid tersebut mempunyai masalah koordinasi mata dan tangan. Kordinasi mata dan
tangan merupakan kebolehan melaksanakan aktiviti dengan tangan, berpandukan
pandangan mata. Berdasarkan hasil ujian tersebut guru akan merancang intervensi-intervensi
yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini. Contohnya, aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi
meningkatkan koordinasi mata dan tangan ialah aktiviti memasukkan bola ke dalam bakul,
memasukkan benang ke dalam manik dan sebagainya. Maka, intervensi memboleh aktiviti-
aktiviti yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak berkeperluan khas dirancang dan
dilaksanakan menggunakan kaedah dan strategic yang sesuai.

4.0 KOMPONEN-KOMPONEN PENTING DALAM INTERVENSI AWAL

Terdapat lima komponen penting dalam intervensi awal iaitu penapisan, pengesanan awal
dan pentaksiran, aktiviti meneguh dan merangsang perkembangan, tugasan-tugasan yang
berurutan, aktiviti-aktiviti simulasi serta penilaian tahap kefungsian.

4.1 Penapisan, pengesanan awal dan pentaksiran

Penapisan adalah satu proses yang sangat penting sebelum memulakan intervensi awal
kerana dapat mengesan murid-murid yang dijangka memerlukan intervensi awal. Dalam
konteks ini, guru merupakan pihak utama yang terlibat dalam membuat penapisan untuk
mengenal pasti murid yang berisiko tinggi. Guru akan membuat penapisan terhadap murid
yang dikenalpasti berisiko tinggi menggunakan pemerhatian di dalam bilik darjah dan
standardized group assessment tool seperti senarai semak, borang berkada atau rating dan
alat pengukuran yang piawai (Yasmin Hussain, 2013). Murid perlu mengikuti pengujian

4
diagnostik yang lebih terperinci melalui pakar untuk membuat pengesanan setelah guru
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak melalui proses
penapisan.

Seterusnya, pengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas


merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi pendidikan
mereka. Pengesanan pada peringkat awal adalah sangat penting kerana membantu dalam
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas supaya dapat
memberi intervensi yang sesuai unruk perkembangan diri mereka. Pengesanan boleh dilakukan
secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga
mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis hasil kerja. Pengesanan secara
formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan penilaian
pencapaian. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan proses
pengesanan ke atas kanak-kanak. keperluan kanak-kanak adalah catatan anekdot, catatan
berterusan, catatan spesimen, mensampel masa, mensampel peristiwa dan senarai semak. Hasil
yang diperoleh melalui teknik ini boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya untuk didiagnos oleh
pakar-pakar yang tertentu.

Lebih-lebih lagi, pentaksiran dalam intervensi awal memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Malalui proses pentaksiran yang
telah dijalankan, guru boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk mengesan punca
masalah yang dihadapi murid seterusnya, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi
pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan masing-
masing. Pendek kata, matlamat pentaksiran ialah memberikan murid, ibu bapa dan guru
maklumat yang terperinci tentang kemajuan, pencapaian dan perkembangan murid dalam
pembelajaran mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

4.2 Aktiviti meneguh dan merangsang perkembangan

Aktiviti meneguh dan merangsang perkembangan juga merupakan komponen yang sangat
penting dalam intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini dapat membantu
kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengurangkan kesan sesuatu ketidakupayaan. Maka,
intervensi yang sesuai dengan keperluan dan kehendak murid haruslah diberi. Contohnya,
bagi kanak-kanak autisme intervensi-intervensi yang boleh diberi bagi merangsang
perkembangan bahasa ialah Picture Exchange Communication System (PECS). Kaedah ini
diguanakan untuk kanak-kanak autistik yang non-verbal. Menurut Owens, R. (2001), PECS
ialah sistem komunikasi augmentatif yang dibentuk untuk membantu individu memperolehi
salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. PECS memungkinkan kaanak-kanak

5
autisme untuk membuat permintaan, memilih item-item, dan menyatakan perasaan dengan
menggunakan kad-kad gambar sebagai pertukaran kepada komunikasi dalam kalangan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Seterusnya bagi kanak-kanak autisme yang
mengalami masalah sensori atau deria terapi integrasi sensori boleh digunakan. Lazimnya,
contoh aktiviti terapi integrasi sensori ialah memberus badan kanak-kanak dengan berus khas,
melukis dengan jari, bermain dengan bola bergerigi dan bermain dengan playdough. Justeru,
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan ketidakupayaan kanak-kanak dapat membantu dalam
merangsang perkembangan mereka mereka.

Aktiviti yang meneguh juga sangat penting dalam intervensi awal untuk membentuk
tingkah laku yang positif dan memperbaiki tingkah laku negatif kanak-kanak berkeperluan
khas. Ganjaran memberi rangsangan dan kesan kepada emosi yang memainkan peranan
yang dapat mengubah psikologi seseorang dengan mempengaruhi pemikiran dan tingkah
laku murid tersebut. Sebagai contoh, guru haruslah memberi pujian apabila kanak-kanak
memenuhi tingkah laku yang positif, memberi ganjaran apabila apabila kanak-kanak
memenuhi kriteria tingkah laku sasaran. Guru juga perlulah memberi respon positif apabila
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku sasaran dan respon pembetulan apabila kanak-kanak
melakukan kesalahan.

4.3 Tugasan-tugasan yang berurutan

Komponen intervensi awal yang seterusya ialah tugasan-tugasan yang berurutan. Ini
bertujuan untuk membolehkan murid memahami dengan lebih jelas tugasan yang perlu
dilaksanakan dan tidak keliru. Arahan yang diberi juga haruslah pendek dan bukannnya
panjang lebar. Sebagai contoh, visual schedule menggunakan tugasan yang berurutan dalam
membantu kanak-kanak autisme mengetahui rutin sepanjang hari atau sepanjang sesuatu
aktiviti pembelajaran. Antara ciri-ciri utama seorang kanak-kanak autisme ialah mempunyai
masalah untuk bersosial, menggunakan bahasa dan mempunyai tingkah laku yang berulang-
ulang. Visual sangat membantu dalam ketiga-tiga daerah kelemahan tersebut (Garguilo, R.
M., 2006). Dalam konteks ini, visual schedule sangat sesuai digunakan untuk kanak-kanak
autistik kerana ia mempunyai gambar dan simbol-simbol yang mewakili sesuatu perkataan
bagi memudahkan meraka untuk memahami tugasan yang perlu dibuat seterusnya. Di
samping itu, kanak-kanak autisme akan berasa cemas apabila rutinnya berubah atau mereka
berada dalam situasi yang tidak biasa bagi mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak autisme suka
mengikut rutin. Maka, visual schedule dapat membantu mereka untuk mengurangkan
kecemasan dan mengetahui tugasan yang akan dilaksanakan seterusnya. Oleh itu, visual

6
dapat membantu mereka untuk befokus terhadap makumat-maklumat yang penting dan
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekitarnya.

Selanjutnya, analisi tugasan juga boleh digunakan semasa menjalankan intervensi


bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Analisis tugasan adalah perincian tentang sesuatu
tugasan atau aktiviti (American Psychiatry Association, 2000). Analisis tugasan memecahkan
sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang ringkas. Maksudnya,
sesuatu kemahiran akan diajar langkah demi langkah sehingga mereka menguasai
keseluruhan kemahiran sasaran dengan baik. Analisis tugasan dapat membantu pemahaman
dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid berkeperluan khas secara beransur-ansur.
Sebagai contoh analisis tugasan boleh digunakan untuk mengajar cara-cara mengggosok gigi,
memakai baju, mencuci rambut dan sebagainya.

4.4 Aktiviti-aktiviti simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu (Johnsen, B. H. & Skjorten, M.D. (2001). Maksudnya,
simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan dari alam nyata ke dalam bilik darjah.
Pelaksanaan aktiviti simulasi dalam interevensi awal untuk akank-kanak berkeperluan kahas
dapat memberi peluang kepada mereka untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar
serta cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Melalui
aktiviti ini murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Penglibatan secara aktif dapat membantu kanak-kanak memperoleh pengetahuan dan
menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan (Turnbull, A., Turnbull, R., Wehmeyer,
M.L., Shorgen, K. A., 2014). Tambahan pula, simulasi juga turut dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan kemahiran bersosial kerana ia memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Kaedah simulasi terbahagi kepada dua iaitu
sosiodrama dan main peranan. Contoh aktiviti sosiodarama ialah melakonkan situasi membeli
makanan di kanti sekolah. Manakala, contoh aktiviti main peranan ialah memainkan peranan
seorang doktor, polis atau bomba. Oleh itu, bagi memastikan aktiviti simulasi berjalan dengan
lancar kaak-kanak perlulah diberi satu gambar mengenai situasi yang diinginkan dan topik
yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kemampuan kanak-kanak.

7
4.5 Penilaian tahap kefungsian

Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Reed, V. A.
(2005). Dalam intervensi awal penilaian tahap kefungsian merupakan komponen yang paling
penting kerana melalui ini guru dapat mengetahui keberkesanan sesuatu intervensi yang
diberi kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian juga penting untuk mengukur
perkembangan yang telah dicapai oleh kanak-kanak berkeperluan khas menerusi intervensi-
intervensi yang diberi kepada mereka. Ini adalah untuk memastikan intervensi yang
dilaksanakan membawa perubahan yang diingini dalam kanak-kanak berkeperluan khas.
Melalui penilaian berterusan, guru dapat mengesan perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Selain itu, penilaian tahap kefungsian dalam intervensi awal juga amat penting bagi
mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contohnya, seorang murid mengalami kesukaran untuk memegang
pensel kerana otot-otot jarinya lemah. Oleh itu, aktiviti terapi cara kerja seperti menggunting,
mewarna dan memasukkan benang ke dalam manik telah dilaksanakan bagi menguatkan
otot-otot tanagannya. Dalam konteks ini, setelah beberapa kali melaksanakan aktiviti ini guru
perlu menilai kebolehan murid untuk memegang pensel untuk mengetahui tahap
perkembangannya dan keberkesanan intervensi yang diberi.

5.0 KONSEP KHIDMAT SOKONGAN

Khidmat sokongan merupakan bantuan perkhidmatan yang diberi kepada oleh orang-orang
yang mempunyai kepakaran dan keperihatan dalam kerja-kerja sosial (Garguilo, R. M. (2006).
Individu-individu yang terlibat dalam memberi khidmat skongan terdiri daripada para
professional yang mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan dan tidak
berdasarkan bayaran. Mereka dikenali sebagai pasukan pelbagai disiplin. Khidmat Sokongan
biasanya dalam bentuk bantuan atau pertolongan seperti khidmat kepakaran, penasihat,
kemudahan, perundangan, kewangan atau psikologi.Matlamat utama khidmat sokongan
diberi kepada kanak-kanak berkeperluan khas ialah untuk membantu mereka menangani
sebarang masalah yang dihadapi. Melalui bantuan-bantuan yang diberi kepada kanak-kanak
berkeperluan khas kualiti kehidupan mereka dapat ditingkatkan. Hal ini demikian, Orang
Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka
mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota
masyarakat yang lain. Seksyen 504 (USA) juga menggariskan bahawa individu kurang upaya
tidak boleh didiskriminasikan ataupun terkecuali daripada menerima perkhidmatan dan
bantuan khas. Justeru, mereka haruslah diberi khidmat sokongan yang sesuai dengan

8
keperluan mereka. Antara pihak terlibat dalam memberi khidmat sokongan kepada kanak-
kanak berkeperluan khas ialah badan kerajaan, badan bukan kerajaan, ibu bapa, guru dan
masyarakat. Kolaborasi antara semua pihak ini penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan
murid berkeperluan khas.

Hubungan kolaborasi antara pelbagai pihak dalam pendidikan khas amat penting
untuk mengenal pasti kanak-kanak pendidikan khas dan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
Hubungan kolaborasi ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak kurang upaya dan sama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan masalah
tersebut. Seterusnya, untuk merangka program pendidikan dan aktiviti untuk murid-murid
khas yang mantap dari segi perlaksanaannya hasil gabungan pelbagai pihak dan menjadikan
program tersebut berkualiti dari sudut pengisian serta berjaya melahirkan kanak-kanak
pendidikan khas yang berpengetahuan. Menerusi program ini kanak-kanak diberikan latihan
kemahiran dan kemudahan peralatan dalam pembelajaran mereka. Kolaborasi boleh
disimpulkan sebagai usaha daripada pelbagai pihak untuk menjaga dan melindungi
kepentingan kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan dan
khidmat sokongan dari semua pihak kerana mereka turut layak mendapat layanan dan hak
yang sama seperti kanak-kanak normal. Kekurangan yang mereka miliki tidak seharusnya
menjadi halangan untuk mereka tidak mendapat perhatian yang seharusnya mereka peroleh.

6.0 KHIDMAT PELBAGAI DISIPLIN

6.1 Badan kerajaan

Antara badan kerajaan yang terlibat dalam memberi khidmat sokongan kepada orang
kurang upaya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM menawarkan bantuan kepada
OKU dari segi kewangan dan peralatan. Antara bantuan kewangan yang diberi kepada OKU
termasuk Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM 400, Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
sebanyak RM 250 dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar sebanyak RM 350 sebulan. Geran
Pelancaran (GP) juga turut memberi bantuan kewangan kepada OKU yang mempunyai minat
dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.JKM juga
turut membantu OKU kurang kemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan
seperti kaki palsu, kalipers, tongkat tangan atau ketiak, cermin mata, alat pendengaran dan
lain-lain yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.Tambahan pula, JKM
membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan Mesin Braille bagi mereka yang kurang
upaya penglihatan.

9
Kementerian pengangkutan pula menawarkan bantuan seperti pengecualian cukai
jalan kepada orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan
motosikal buatan tempatan. Diskaun tambang sebanyak 25 peratus bagi perkhidmatan bas
ekspres 50 peratus bagi perkhidmatan bas henti- henti juga turut diberi. OKU juga dapat
menikmati diskaun harga sebanyak 50% ke atas tambang perjalanan bagi perkhidmatan
Sistem Transit Aliran Ringan, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antarabandar, KTM Komuter
dan Penerbangan Malaysia (MAS).

Kementerian kesihatan pula menawarkan perkhidmatan rehabilitasi dan


perkhidmatan kesihatan mental dalam komuniti dibawah satu unit iaitu Unit Mental atau
Rehabilitasi yang ditubuhkan pada tahun 1996. Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya pula
meliputi penjagaan kanak-kanak keperluan khas serta perkhidmatan pencegahan dan
kawalan masalah kebutaan, kepekakan dan kecacatan fizikal.Golongan OKU turut
dikecualikan daripada bayaran rawatan dihospital atau pusat perubatan awam di negara ini.

Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas


kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalahpembelajaran.
Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integratsi di
sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar
kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian
di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan
mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

6.2 Badan bukan kerajaan

Terdapat beberapa badan bukan kerajaan yang menawarkan khidmat sokongan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka seperti
NASOM, KIWANIS, Persatuan Orang Buta Malaysia, NURY dan TASPUTRA PERKIM.
Sebagai contoh, NASOM berperaan dalam mengesan dan menjalankan rawatan dan
pembelajaran bagi kanak-kanak autism. Selain itu, memberi nasihat kepada keluarga yang
terlibat dan cadangankan aktiviti-aktiviti yang bolehdijalankan bagi meningkatkan potensi
kanak-kanak autism. KIWANIS pula merupakan satu pusat bukan kerajaan yang bertujuan
membentuk anak-kanak Sindrom Down mendapat pelajaran dan latihan kemahiran hidup
sebelum mereka bersekolah. Persatuan Orang Buta Malaysia pula, mengesan kanak-kanak
buta dan mendaftarkan ke program seperti pra sekolah dan memastikan mereka mendapat
perkhidmatan kesihatan mata yang sempurna dan member nasihat kepada ibu bapa. Di
samping itu, NURY adalah pertubuhan yang member perkhidmatan kepada keluarga yang
mempunyai kanak-kanak bermasalah dan membantu ke arah pembangunan keluarga bagi

10
melahirkan anak-anak yang cemerlang di samping menjalankan aktiviti-aktiviti terapi yang
bersesuaian. TASPUTRA PERKIM pula berperanan memberi asuhan dan bimbingan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah memberikan latihan yang meningkatkan kekuatan mental dan fizikal.

6.3 Ibu bapa

Ibu bapa merupakan orang yang terekat kepada seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.
Oleh itu, mereka perlulah mengesan dengan kadar segera masalah yang dihadapi oleh anak-
anak mereka kerana supaya masalah itu dapat dipulihkan. Mereka juga perlu merujuk pakar
perubatan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh anaknya. Dengan ini, ibu bapa
dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengurangkan kesan sesuatu
masalah dan menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari untuk meningkatkan
potensi kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program
pendidikan khas juga dapat memberikan semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga
akan berasa lebih yakin pada diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan
ibu bapa juga dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak mereka.

6.4 Guru Pendidikan Khas

Guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu
mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan
rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh
daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila
penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang
kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
berperanan penting untuk membentuk kanak-kanak pendidikan khas supaya mereka pandai
berdikari dan menguruskan diri. Guru pendidikan khas juga perlulah membawa murid-murid
berkeperluan khas melawat kawasan luar agar dapat meluaskan pengetahuan mereka
tentang dunia luar. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan
rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada
individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa
mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat
diperbaharui.

11
6.5 Komuniti

Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan orang kurang
upaya. Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah diri dalam membantu dan
menghulurkan bantuan kepada golongan OKU. Komuniti yang bertanggungjawab harus
bersedia melibatkan diri dalam segala program yang dianjurkan untuk golongan OKU.

7.0 PENUTUP

Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak
berkeperluan khas terutamanya dalam tempoh umur di antara 0 hingga 6 tahun. Untuk
menghasilkan program intervensi yang efektif kepada kanak-kanak berkeperluan khas,
kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak
profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak
yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,
iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak
berkeperluan khas dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, “pendidikan
untuk semua’’ yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan
perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal
untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang
pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran
semula jadi.

12
8.0 PENUTUP

Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan
mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh
individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik
dan ahli sains sosial percaya bahawa lebihawal kecacatan seseorang individu dikenal pasti
dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik
penghasilan yang bakal diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal
yang intensif bertujuan untukmengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada

13
pembelajaran danmengelakkannya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki
alampersekolahan. Program intervensi awal juga dapat menyediakan sokongan kepada anak
dankeluarga dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukankecacatan
yang dialami (Kaiser 2000). Melalui program tersebut bantuan keluargamembuat penyesuaian
ke atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, programintervensi awal juga memberi latihan
kemahiran kepada ibu bapa yang sewajarnya mengikut keperluan anak untuk dikendali di
rumah bagi memantau pembelajaran anak-anak dan membantu keluarga mengenal pasti
khidmat sokongan tambahan yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau
peruntukan kewangan. Program intervensi awal juga merupakan kaedah paling
baikmewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin
dankomuniti (Cook, Tessier & Klein, 1992). Selain daripada itu, intervensi awal juga mendidik
kanak-kanak yang lewattumbesaran agar mencapai potensi yang maksima dan menyediakan
kanak-kanaklewat tumbesaran ke arah pendidikan formal. Di samping itu, menimbulkan
kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti tentang kanak-kanakberkeperluan khas
serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan para profesionallain tentang prosedur dan
kepentingan memberi intervensi awal pada usia yangseawal mungkin. Intervensi awal
membantu dan menggalakkan perkembanganpembentukan kumpulan sokongan dan
penyertaan ibubapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas.Intervensi awal
memberikan maklumat dan Ibu bapa diajar dengankemahiran-kemahiran yang dapat
mengukuhkan anak-anak mereka di rumahsebagaimana yang telah dipelajari di sekolah.
Program intervensi awal juga

14

You might also like