Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks pengerusi majlis Kursus Latihan dalam Perkhidmatan LADAP Ke-3 (PEMBUGARAN PAK 21)

Assalamualaikum w.b.t.. dan Salam sejahtera.

Yang Berusaha, En. Abd Samad bin Othman, Pengetua SMK Orkid Desa,
Yang dihormati, Pn. Aziah bt Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum,
Pn. Dahanum bt Soyono, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Azmi b. Mohd Isa, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru kanan mata pelajaran dan seterusnya guru-guru SMK Orkid Desa yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada
pagi yang berbahagia ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu ini demi
kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian pelajar kita. Tahniah kepada tuan-tuan
dan puan-puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari Sabtu dan berjaya
menangguhkan segala keinginan yang muncul dalam minda ketika ini. Latihan Dalam
Perkhidmatan Kali Ketiga pada hari ini bertajuk Pembugaran Pembelajaran Abad Ke-21.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan wakil daripada pihak Bank Rakyat iaitu Pn.
Intan Hamiza bt Mohd Izahari dan En. Mohd Haziq b. Nordin ke sekolah ini. Terima kasih tuan
dan puan atas kehadiran ke sekolah ini dan sudi menaja makanan untuk semua guru SMK Orkid
Desa.

Tuan pengetua, dan guru-guru yang dihormati, untuk slot Ladap yang pertama pada hari ini,
saya mempersilakan En. Mohd Haziq bin Nordin, wakil dari pihak Bank Rakyat untuk
menyampaikan taklimat tentang Perancangan Kewangan. Dipersilakan.

Terima kasih En. Mohd Haziq bin Nordin atas penerangan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan slot-slot ceramah yang akan dikelolakan oleh En. Abd Samad bin
Othman, Pn. Aziah binti Ahmad, dan Dr. Fauziah binti Mail. Antara tajuk yang akan disampaikan
pada hari ini ialah SIMULASI SKPMg2 DAN KEBERHASILAN, KORELASI PEMBELAJARAN ABAD KE-
21 DENGAN SKPMg2 SERTA PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI, PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH. Dipersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada semua penceramah atas kesudian menyampaikan
ceramah itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Pihak sekolah turut mengalu-alukan kehadiran Pn. Faridah bt. Abdul Hameed, SIP+ dari Pejabat
Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Justeru, majlis menjemput Pn. Dahanum bt. Soyono untuk
mengiringi Pn. Faridah bt. Abdul Hameed bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada semua
penceramah. Dipersilakan.
Dijemput En. Abd. Samad b. Othman untuk menerima sijil penghargaan,
Seterusnya dijemput Pn. Aziah bt. Ahmad, dan
Dijemput Dr. Fauziah bt. Mail untuk menerima sijil penghargaan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Faridah bt Abdul Hameed atas penyampaian sijil
penghargaan sebentar tadi.

Tidak lengkap rasanya jika kehadiran tetamu undangan ke majlis ini sekiranya tidak
menyampaikan sedikit ucapan, oleh itu majlis menjemput Pn. Faridah bt. Abdul Hameed untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Faridah bt. Abdul Hameed atas penerangan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat buat seketika. Majlis akan disambung semula pada pukul
11.30 pagi. Para hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan.

Mohon rakan-rakan guru untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana kita akan
memulakan LADAP kita yang seterusnya.

Para guru sekalian,


Program kita diteruskan lagi dengan slot yang seterusnya iaitu Pembelajaran Berasaskan
inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah yang akan
dikendalikan oleh Dr. Fauziah bt. Mail. Sesi ini akan diteruskan nanti dengan aktiviti dalam
kumpulan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Fauziah bt. Mail yang telah mengendalikan slot ketiga
sebentar tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini.
Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Guru hebat guru cemerlang


Selesai Ladap mari kita pulang.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya selaku wakil urus setia memohon beribu-ribu
kemaafan jika ada tersilap kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian, wabillahitaufik
walhidayah, wassalamualaikum wbt.

You might also like